Вы находитесь на странице: 1из 28

PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

MUKADIMAH Perkahwinan merupakan sesuatu yang mulia di dalam Islam. Malahan ianya sangat dituntut sehinggakan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengikut sunnahku maka bukanlah ia daripada umatku. Sunnah ini termasuklah perkahwinan. Namun begitu, langit tidak semestinya cerah sentiasa. Ada perkahwinan yang berakhir dengan perceraian disebabkan oleh pelbagai punca. Antaranya ialah pasangan yang tidak sekufu. Pepatah enggang sama enggang, pipit sama pipit menggambarkan tentang sekufu ini. Perkara ini menjadi perbahasan di kalangan para ulama tentang kedudukannya dalam keperluan substantif perkahwinan kerana ianya tidak dinyatakan secara jelas dalam nas al-Quran dan as-Sunnah. Namun begitu dalam realiti masyarakat hari ini, terdapat sebahagian masyarakat yang mengutamakannya dan ada juga yang tidak melihat aspek sekufu dalam memilih pasangan. Kafaah pada istilah fuqaha ialah setara di antara suami dan isteri demi untuk mengelak keaiban pada beberapa perkara yang tertentu iaitu di segi Mazhab Maliki ialah agama dan hal keadaan (yakni selamat dari keaiban-keaiban yang membolehkan pihak perempuan khiyar) dan di sisi jumhur ialah agama, keturunan, kemerdekaan, dan pekerjaan (kerjaya), ulama Hanafi dan Hanbali menambah dengan harta. Maksud kafaah dalam perkahwinan bolehlah dikatakan serupa, seimbang atau serasi antara pasangan suami dan isteri sehingga masing-masing tidak merasa berat untuk melangsungkan perkahwinan. Ia juga boleh dirumuskan sebagai persesuaian antara si suami dengan perempuannya, sama kedudukannya. Suami seimbang kedudukannya dengan isterinya di masyarakat sama baik akhlaknya dan kekayaannya. Persamaan kedudukan suami dan isteri akan membawa ke arah rumahtangga yang sejahtera, terhindar daripada perkara-perkara yang tidak elok.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk memastikan suapaya bakal-bakal suami dan isteri melakukan persiapan dan persediaan yang selengkapnya sebelum melangkah ke alam perkahwinan.Ini kerana persediaan yang lengkap adalah penting bagi memastikan kebahagaian sesebuah rumah tangga itu.Ia juga perlu memenuhi adab-adab yang telah ditetapkan. Selain itu,tujuan untuk berkahwin adalah untuk memenuhi tuntutan naluri antara lelaki dan perempuan.Tetapi dengan syarat mereka perlulah memenuhi beberapa rukun dan syarat tertentu yang telah ditetapkan sebelum mereka menghadapi dan mamikul tanggungjawab masing-masing. Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan iaitu pembinaannya mestilah berasaskan agama dan bukannya rupa semata-mata.Ini kerana untuk mendapatkan kebahagiaan dalam rumah tangga,pasangan hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab yang sempurna kerana perkahwinan yang diikat melalui akad nikah bertujuan untuk membentuk peribadi antara pasangan supaya berkongsi pendapat bila ada masalah yang perlu diselesaikan. Untuk membentuk keluarga yang baik dan harmoni,pasangan perlulah melalui prosesproses,adab-adab dan syarat-syarat yang tertentu.Ini kerana supaya pasangan bakal suami dan isteri dapat menyesuaikan diri dan secara tidak langsung ianya dapat membina kepercayaan dalam diri antara satu sama lain.

DEFINISI Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Dalam konteks lain pula,akad nikah juga ialah suatu proses ikatan yang kukuh di antara lelaki dengan perempuan yang sah kahwin melalui akad perkahwinan untuk hidup bersama dan membolehkan perkara yang tidak halal sebelumnya di antara mereka.

SEJARAH Agama-agama wahyu memperakui bahawa perkahwinan pertama di kalangan manusia berlaku antara Nabi Adam a.s. bersama Hawa. Perkahwinan ini berlaku dengan suatu cara perhubungan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada mereka berdua. Ini merupakan suatu sistem perkahwinan yang disyariatkan bagi

membiakkan manusia untuk memerintah Bumi dan mendudukinya buat sementara waktu. Selain al-Quran dan hadith, Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru turut

menceritakan kejadian Adam dan Hawa sebagai pasangan pertama. Di dalam Perjanjian Lama atau Taurat, telah diselitkan beberapa ayat, antaranya yang bermaksud, Tuhan telah berkata tidak baik Adam berkeseorangan sahaja, maka Aku jadikan seorang penolong sepertinya. Berkenaan dengan perkahwinan anak-anak Adam sendiri tidaklah dapat diketahui bagaimanakah sistemnya yang sebenar. Di dalam Tafsir Ibn Kathir, apa yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir daripada Ibn Masiud dari beberapa orang sahabat yang lain,bahawa mereka berkata yang bermaksud, Sesungguhnya tidak diperanakkan bagi Adam anak lelaki melainkan diperanakkan beserta anak perempuan, kemudian anak lelaki kandungan ini dikahwinkan dengan anak perempuan dari kandungan lain, dan anak perempuan bagi kandungan ini dikahwinkan dengan anak lelaki dari kandungan yang lain itu. Pada masa itu, perkahwinan berlainan kandungan boleh dijadikan seperti perkahwinan berlainan keturunan..

JENIS-JENIS PERKAHWINAN Jenis-jenis perkahwinan

Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami

dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri dengan syarat-syarat yang tertentu.

Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.

Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap

perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

HIKMAH PERKAHWINAN

Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.

Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman Memelihara kesucian diri Melaksanakan tuntutan syariat Menjaga keturunan Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab Dapat mengeratkan silaturahim

HUKUM PERKAHWINAN Pada asalnya hokum perkahwinan adalah sunat bagi sesiapa yang ingin berkahwin dan sanggup membayar mas kahwin kepada isteri serta mampu menyara nafkahnya.Walau bagaimanapun,hukum tersebut akan berubah mengikut keadaan seseorang iaitu: 1. WAJIB-Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina. 2. SUNAT-Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina. 3. HARAM-Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya. 4. HARUS-Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin. 5. MAKRUH-Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

PEMILIHAN CALON

CIRI-CIRI BAKAL SUAMI

beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t bertanggungjawab terhadap semua benda memiliki akhlak-akhlak yang terpuji berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar tidak berpenyakit yang berat seperti gila, aids dan sebagainya rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga. CIRI-CIRI BAKAL ISTERI

beriman & solehah rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami memiliki akhlak-akhlak yang terpuji menentukan mas kahwin yang rendah wanita yang subur masih dara berasal dari keturunan yang baik bukan keturunan terdekat tidak memandang harta semata-mata

SEBAB HARAM NIKAH

Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adikberadik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.:

Ibu Nenek sebelah ibu mahupun bapa Anak perempuan & keturunannya Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa) Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:

Ibu susuan Nenek dari sebelah ibu susuan Adik-beradik perempuan susuan Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:


Ibu mentua dan ke atas Ibu tiri Nenek tiri Menantu perempuan Anak tiri perempuan dan keturunannya Adik ipar perempuan dan keturunannya Emak saudara kepada isteri

Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

PEMINANGAN Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Meminangmerupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangansahaja. Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang: "Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang: "Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia(membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim(Asy-Syaikhan))

RUKUN NIKAH

Pengantin lelaki Pengantin perempuan Wali Dua orang saksi lelaki Ijab dan kabul (akad nikah)

SYARAT BAKAL SUAMI


Islam Lelaki yang tertentu Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut Bukan dalam ihram haji atau umrah Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

SYARAT BAKAL ISTERI


Islam Perempuan yang tertentu Bukan perempuan mahram dengan bakal suamI. Bukan seorang khunsa Bukan dalam ihram haji atau umrah Tidak dalam idah Bukan isteri orang

SYARAT WALI

Islam, bukan kafir dan murtad Lelaki dan bukannya perempuan Baligh Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan Bukan dalam ihram haji atau umrah Tidak fasik Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya Merdeka Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali.Sekiranya syarat2 wali bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu.Sebagai seorang mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal2 yag wajib seperti ini.Jika tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah zina selamanya.

Jenis-jenis wali

Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak dikahwinkan)

Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali Wali abad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali aqrab berkenaan. Wali abad ini akan berpindah kepada wali abad lain seterusnya mengikut susunan tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu

Syarat-syarat saksi

Sekurang-kurangya dua orang Islam Berakal Baligh Lelaki Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul Dapat mendengar, melihat dan bercakap Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil) Merdeka

Syarat ijab

Pernikahan nikah ini hendaklah tepat Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran Diucapkan oleh wali atau wakilnya Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah) Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)

Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat qabul

Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab Tiada perkataan sindiran Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu) Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak) Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan) Menyebut nama bakal isteri Tidak diselangi dengan perkataan lain

Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai"ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin khususnya dari dua orang saksi perkahwinan dengan cara meminta saksi mengatakan lafaz"SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu. Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagian suami isteri.Aktiviti ini diteruskan dengan suami mengucup/mencium isteri.Aktiviti ini disebut sebagai "Pembatalan Wuduk".Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan suami dan isteri itu diminta untuk berwuduk terlebih dahulu. Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

Wakil Wali/ Qadi Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya urusan perkahwinan berjalan lancar.Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan pendaftaran negara.Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya.Qadi juga mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

Mahar Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab alQuran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib

membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut. Jenis mahar

Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh perempuan atau walinya.

Walimatul urus Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

TALAK Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya. Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga. Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.

Hukum talak Hukum Penjelasan

Wajib

a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagi b) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat untuk perdamaian rumahtangga mereka c) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baik d) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifaS b) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhi c) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada Haram menuntut harta pusakanya d) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat

a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinya b) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh

Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai pengetahuan agama

Harus

Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus haidnya

Rukun talak Perkara Syarat

Suami

Berakal Baligh Dengan kerelaan sendiri

Isteri

Akad nikah sah Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya

Lafaz

Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannya Dengan sengaja dan bukan paksaaan

Contoh lafaz talak

Talak sarih

Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti Saya talak awak atau Saya ceraikan awak atau Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya dan sebagainya.

Talak kinayah

Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti Pergilah awak ke rumah mak awak atau Pergilah awak dari sini atau Saya benci melihat muka awak dan sebagainya. Namun, lafaz kinayah memerlukan niat suaminya iaitu jika berniat talak, maka jatuhlah talak tetapi jika tidak berniat talak, maka tidak berlaku talak. Jenis talak Talak raji Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

Talak bain Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya. Talak sunni Suami melafazkan talak kepada isterinya yang masih suci dan tidak disetubuhinya ketika dalam tempoh suci Talak bidi Suami melafazkan talak kepada isterinya ketika dalam haid atau ketika suci yang disetubuhinya. Talak taklik Talak taklik ialah suami menceraikan isterinya bersyarat dengan sesuatu sebab atau syarat. Apabila syarat atau sebab itu dilakukan atau berlaku, maka terjadilah penceraian atau talak. Contohnya suami berkata kepada isteri, Jika awak keluar rumah tanpa izin saya, maka jatuhlah talak satu. Apabila isterinya keluar dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik. Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya. Ia juga boleh berlaku dengan cara, Jika saya menyeksa isteri saya dengan sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya dengan nilai tebus talak tersebut.

FASAKH Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri). Cara melakukan fasakh

Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang megharuskan fasakh Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka Jika dapat dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan membatalkannya

Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Khuluk atau tebus talak Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan. Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 : Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan. Talak boleh jatuh dengan menyebut Saya menceraikan kamu dengan bayaran RM 10,000, dan isterinya menjawab, Saya menerimanya. Apabila suami melafazkan demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad nikah baru sahaja.

Tujuan khuluk

Memelihara hak wanita Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan mahkamah.

RUJUK Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.

Hukum rujuk Hukum Penjelasan

Wajib

Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain

Haram

Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu

Makruh Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri

Harus

Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

Rukun rujuk

Perkara Syarat

Berakal Suami Baligh Dengan kerelaan sendiri

Telah Berkeadaan Isteri Bukan Bukan dengan cerai talak talak secara

disetubuhi raji tiga khuluk

Masih dalam idah

Ucapan Lafaz Tiada

yang disyaratkan

jelas dengan

menyatakan khiar atau

rujuk pilihan

Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyarat Dengan sengaja dan bukan paksaan

Contoh lafaz rujuk Lafaz sarih Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : Saya rujuk awak kembali atau Saya kembali semula awak sebagai isteri saya. Lafaz kinayah Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : Saya jadikan awak milik saya semula atau Saya pegang awak semula. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana

jika dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah rujuknya.

KESIMPULAN

Keluarga yang bahagia adalah keluarga yang dibina di atas asas yang paling teguh dan betul mengikut islam serta yang dapat memenuhi ciri-ciri dan kehendak syari at islam. Dengan terlaksananya aturan tersebut InsyaAllah segala cita-cita untuk membina sebuah istana keluarga akan mendapat kejayaan di samping mendapat rahmat dan nikmat dari Allah SWT. Semua pihak akan dapat menikmati kebahagian dan kerukunan rumahtangga.Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan terhadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.

RUJUKAN http://www.scribd.com/doc/27711784/perkahwinan-dalam-islam http://watashi-izuan.blogspot.com/2009/07/tesis-konsep-kafaah-dalamperkahwinan.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan

PENGAJIAN ISLAM MPW 1143 ASSIGNMENT BERKUMPULAN

NAMA:MOHD NOR HAMDAN BIN AWANG DOSHM0711000688 :MOHD AFFIF SIDQI BIN YUSUF DOSHM0711000638 :MOHD HANIS BIN AJIJI DOSHM0711000620 :ABDUL RASYID BIN TAHMEDDELLAH DOSHM0711000654

BATCH:18 B LECTURER NAME:USTAD MOHD SAFUAN BIN AHMAD SUBHI

Вам также может понравиться