Вы находитесь на странице: 1из 33

KECERGASAN

??

konsep kecergasan keseluruhan atau kesejahteraan.Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat.Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.

KECERGASAN EMOSI SOSIAL MENTAL FIZIKAL LAKUAN MOTOR

KESIHATAN ROHANI

(a) Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.

KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN

Daya Tahan Kardiovaskular. Keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama yang melibatkan keseluruhan badan contohnya berjogging. Kelembutan. Kebolehan meregang otot atau ligamen bagi membolehkan sendi bergerak dengan bebas dalam julat pergerakan yang maksimun. Contohnya aktiviti split. Kekuatan Otot. Daya yang dapat dikenakan kepada otot atau sekumpulan otot dalam satu pengecutan maksimun. Contohnya mengangkat objek besar. Daya Tahan Otot. Keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama tetapi kurang dari keupayaan maksimun. Contohnya melakukan aktiviti bangkit tubi. Komposisi Badan. Ia merujuk kepada peratus lemak dalam badan.

KECERGASAN FIZIKAL BERDASARKAN LAKUAN MOTOR


(i) Kelajuan (Speed) Kelajuan adalah keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa (ii) Ketangkasan (Agility) Ketangkasan adalah keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat. (iii) Kuasa (Power) Kuasa adalah keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot. (iv) Imbangan (Balance) Imbangan adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh samada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik). (v) Masa reaksi (Reaction Time) Masa reaksi adalah masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat demikian. (vi) Koordinasi (Coordination) Koordinasi adalah kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

(b) Kecergasan Mental Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.

c) Kecergasan Sosial Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.

(d) Kecergasan Emosi Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.

(e) Kecergasan Rohani Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECERGASAN

Genetik. Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu genetik boleh digunakan sebagai panduan untuk menilai kekauatan dan kelemahan seseorang. Gunakan kelebihan pada diri anda untuk menonjolkan keupayaan pada tahap yang sebenarnya dan memperbaiki kelemahan setelah kita mengenalpasti kelemahan berdfasarkan maklumat-makluamt genetik.

Persekitaran. Ia menentukan peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh seseorang. Sebagai contohnya keluarga Haji Sidek boleh menakluki dunia badminton di peringkat dunia. Mengapa Australia yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit boleh menjadi kuasa besar dalam bidang sukan.

Tingkahlaku. Faktor ini merupakan faktor penentu di antara ketiga-tiga faktor di atas. Sebagai contohnya seseorang individu yang mempunyai genetik dan persekitaran yang baik tidak berupaya menghasilkan kecergasan yang baik disebabkan tingkahlakunya yahng negatif seperti merokok, minum arak dan mengamalkan tabiat-tabiat buruk. Sebaliknya walau pun seseorang yang mempunyai genetik dan persekitaran yang kurang baik tetapi mempunyai tingkahlaku yang baik berupaya meningkatkan tahap kecergasan apabila mengamalkan gaya hidup sihat

FITTNESS??

F- Frequency ialah kekerapan melakukan senaman. I - Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan jantung anda. T-Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit untuk lebih berkesan). T-Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah digalakkan

JENIS SENAMAN KECERGASAN

1. Tekan tubi dilakukan untuk menguatkan otot dada dan otot bahu. Untuk orang yang baru mulakan latihan tekan tubi lakukan dalam kedudukan bertentangan dinding atau kedudukan yang diubah suai seperti semasa berehat

2. Semasa aktiviti separa menyangkung, pembukaan antara kedua belah kaki diluaskan seberapa yang boleh akan menguatkan otot lutut dan memejalkan otot punggung anda

3. Mengangkat kaki kebelakang dalam kedudukan melutut atau baring terlentang, akan memejalkan punggung dan anggota bawah bahagian belakang

4. Duduk tegak (sit ups) untuk menguatkan otot perut.

5. Mengangkat kaki pada kedudukan mengiring akan menguatkan paha anda.

6. Senaman dengan beban (dumb bells) boleh digunakan untuk membina otot bisep.

KOMPOSISI BADAN/ KANDUNGAN LEMAK

KEKUATAN OTOT

FLEKSIBILITI KEBAIKAN KECERGASAN

DAYA TAHAN DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR OTOT

(i) Komposisi badan/kandungan lemak Komposisi badan adalah kadar relatif otot,lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh. Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian. (ii) Daya tahan kardiovaskular Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. (iii)Fleksibiliti Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendisendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. (iv)Kekuatan Otot Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). (v) Daya Tahan Otot Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

GAYA HIDUP SIHAT

DEFINISI GAYA HIDUP SIHAT..

Amalan tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan.

KOMPONEN GAYA HIDUP SIHAT

Makanan seimbang Kebersihan diri Tidak salahguna bahan Rehat yg cukup Senaman

AMALAN MAKANAN SEIMBANG

Nutrien diambil mengikut hiraki keperluan Karbohidrat Vitamin Protein Lemak

TIDAK SALAHGUNA BAHAN..

Hindari tabiat yang sia-sia seperti Pengambilan dadah Meminum alkohol Pengambilan candu atau narkotik dan tar. Menghidu gam

AMALAN KEBERSIHAN DIRI..

Penjagaan kebersihan diri meliputi aspek : -Tubuh badan Kaki, tangan, rambut dll -Pakaian Kain baju, kasut dll -Tempat tinggal Bilik tidur, rumah, kampung dan seterusnya.

REHAT YANG MENCUKUPI..

Rehat bertujuan : -mengurangkan stress -pemulihan tenaga -tumbesaran -legakan fikiran -persediaan untuk aktiviti selanjutnya

RUMUSAN

Kesihatan ditentukan berdasarkan gaya hidup seseorang. Sikap dan pertimbangan diri sangat penting dalam menentukan gaya hidup. Ubah gaya hidup untuk mendapatkan kesan kesihatan yang baik.

Вам также может понравиться