Вы находитесь на странице: 1из 26

2011

TAJUK : KONSPIRASI YAHUDI MENJELANG HARI KIAMAT PROGRAM : A LEVEL MEDICINE GRUP : 12M2 NAMA PENSYARAH : AFFUAN CHE MANSUR AHLI KUMPULAN : ABDUL HANNIF BIN ABDUL RAZAK ABDUL HANNAN BIN MOHD JUNIT MUHAMMAD FIRDAUS BIN AB GHANI TARIKH HANTAR : 9 / 9 / 2011

TAJUK ASAL USUL RINGKAS CIRI CIRI KAUM YAHUDI KAUM YAHUDI DAN BAITUL MUQADDAS MENGAPA KAUM YAHUDI DILAKNAT ALLAH SWT ? AGENDA ZIONISME MUSLIHAT YAHUDI PENGENALAN GAMBARAN DAJJAL MALAPETAKA YANG DIBAWA OLEH DAJJAL TEMPAT YANG TIDAK DITUJUI DAJJAL USAHA MENJAUHI DAJJAL TAMATNYA RIWAYAT DAJJAL PENGENALAN TANDA TANDA KECIL TANDA TANDA BESAR GAMBARAN HARI KIAMAT

MUKA SURAT

Asal Usul Ringkas Kisah berkenaan kaum Yahudi banyak diceritakan oleh Allah SWT dalam kitab kitab Nya khususnya Al Quran. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak buak , saya dan rakan rakan telah melakukan sedikit kajian tentang asal usul bangsa yang dilaknat Allah SWT ini serta peranan mereka menjelang hari kiamat kelak. Wallahualam. Menurut catatan sejarah , dan penemuan arkeologi serta lembaran lembaran kitab suci , bangsa Yahudi berkait rapat dengan kisah Nabi Ibrahim Alaihi Salam (AS) yang berlaku lebih kurang 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun Sebelum Masihi (SM). 1 Menurut tafsir Al Quran , Nabi Ibrahim AS tinggal di daerah Kanaan atau lebih dikenali sebagai Pelestin bersama sama Nabi Luth AS dan para pengikutnya. Firman Allah Subnahu Wa Taala (SWT) dalam Surah Al Anbiya , ayat 69 71 yang bermaksud , Kami ( Allah SWT ) berfirman , Wahai api! Jadilah kamu dingin , dan penyelamat bagi Ibrahim. Dan mereka hendak berbuat jahat terhadap Ibrahim , maka kami menjadikan mereka itu orang orang yang paling rugi. Dan kami selamatkan dia ( Ibrahim ) dan Luth ke sebuah negeri yang telah kami berkati untuk seluruh alam. Sebelum kedatangan Nabi Ibrahim AS , penduduk Kanaan tadinya merupakan penyembah berhala. Baginda mengajak mereka menyembah Allah SWT Tuhan Yang Maha Esa. Menurut sumber-sumber sejarah , beliau mendirikan rumah untuk isterinya , Siti Hajar dan puteranya , Nabi Ismail AS di Mekah dan sekitarnya. Sementara itu , isterinya yang lain , Siti Sarah dan putera keduanya , Nabi Ishaq AS menetap di Kanaan. Baitul Haram (Mekah) , Ya Tuhan kami , sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati , ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat , maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan , mudah-mudahan mereka bersyukur. (Al - Quran , 14 : 37) Untuk pengetahuan bersama , baginda Sallahu Alaihi Wasallam (SAW) berasal daripada keturunan Nabi Ismail AS. Nabi Ishaq AS pula mempunyai putera yang bernama Nabi Yaaqub AS. Israel adalah gelaran yang diberikan Allah SWT kepada Nabi Yaaqub AS. kaum Bani Israel.
2 1

Dalam Al-Qur'an ada menyebut bahawa Nabi Ibrahim mendirikan rumah untuk beberapa puteranya di sekitar

Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah

kekasih Tuhan dan beliau mempunyai 12 orang putera yang digelar 12 suku Israel atau lebih kita kenali sebagai

1 2

http://www.tragedipalestina.com/sejarah.html http://kheirbeitak.blogspot.com/2009/10/yahudi-dan-israeladakah-mereka-serupa.html

Ciri Ciri Kaum Yahudi Kaum Yahudi sering melakukan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan sejak zaman para nabi lagi. Mereka merupakan bangsa yang pandai bermuka muka , penuh dengan muslihat dan melampaui batas. Jadi , tidak hairanlah mereka digelar sebagai umat yang berselerak atau the scattered tribe kerana sering diperangi dan dimusuhi oleh pelbagai bangsa lain. Mereka juga pernah membunuh serta menfitnah para nabi yang menjadi utusan Ilahi untuk sekalian manusia. Sebagai contoh , orang orang Yahudi telah menfitnah Nabi Luth AS dengan tuduhan berzina dengan anak perempuannya ketika mabuk untuk mendapatkan zuriat , menuduh Nabi Daud AS berzina dengan isteri orang semasa ketiadaan suaminya , menfitnah Nabi Harun AS dengan tuduhan mensyrikkan Allah SWT dengan membuat patung anak lembu. Selain itu , mereka juga telah membunuh Nabi Zakaria AS dengan

membelah pokok yang menyembunyikan baginda , memenggal leher putera baginda (Nabi Yahya AS) dan cuba membunuh dan menyalib Nabi Isa AS.3 Orang Yahudi menganut agama Judaisme iaitu menyembah Tuhan ciptaan mereka sendiri iaitu Yahweh atau Jehovah (selepas peneyelewangan ajaran Nabi Musa AS). Dikatakan Yahweh telah berjanji kepada kaum Yahudi untuk mengutus seorang Nabi dalam kalangan mereka untuk menerajui satu misi penting iaitu , mengahapuskan orang bukan Yahudi (goyim) serta menubuhkan sebuah negara Yahudi. Orang Yahudi mempunyai 3 kitab induk iaitu Taurat , Thalmud dan Kabbala. Namun , kitab Taurat yang asalnya diturunkan kepada Nabi Musa AS itu telah diseleweng dengan sesuka hati oleh mereka. Sebagai contoh , mereka telah menghalalkan perkara yang Allah SWT telah haramkan seperti amalan riba. Menurut ajaran Judaisme , Kamu tidak boleh memberikan pinjaman berdasarkan riba kepada saudaramu (Yahudi) , atau meminjam barangan atas riba atau memberikan pinjaman apa sahaja yang dipinjam atas riba (apa sahaja yang berfungsi sebagai mata wang). Kepada orang asing (bukan Yahudi) kamu boleh memberikan pinjaman atas riba. (Deuteronomy , 23 : 19 20) Kitab Thalmud pula merupakan buku yang mentafsir ajaran Taurat dan dicipta seratus peratus pleh para rahib Yahudi mengikut hawa nafsu mereka. Berikut adalah beberapa ajaran Judaisme yang terdapat dalam kitab Thalmud 3 : 1. Setiap orang Yahudi hendaklah menghalang orang orang bukan Yahudi daripada memiliki tanah supaya kekuasaan tetap berada di tangan orang orang Yahudi. 2. Sekiranya kaum Yahudi tidak wujud , keberkatan bangsa bangsa lain akan lenyap. Kitab Kabbala pula mengandungi ritual ritual mistik seperti amalan sihir dan pemujaan syaitan yang menjadi pegangan anggota Illuminati. Illuminati merupakan sebuah pertubuhan sulit yang ditubuhkan oleh Adam Weishaupt bertujuan merampas kuasa kerajaan kerajaan dunia melalui revolusi dan pemberontakan yang bakal mewujudkan Satu Kerajaan Dunia. Kebanyakan anggota Illuminati merupakan penganut agama Judaisme mazhab Kabbala yang bertuhankan Lucifer.
3

Dato Haji Mohamad , Haji Muzaffar , Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu , 2007 , Edisi 1 , Crescent News (KL) Sdn. Bhd , halaman 24 , 16 , 20 , 21 , 23 , 57 , 60

Kaum Yahudi Dan Baitul Muqaddas Orang Yahudi menganggap Baitul Muqaddas sebagai tempat suci bagi kaum mereka. Hakikatnya , orang Nasrani dan orang Islam juga turut meyakini Baitul Muqaddas merupakan kota suci kerana di situlah Nabi Isa AS yang dipanggil Jesus Christ oleh orang Kristian telah lahir , dan tempat itu juga merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum Baitul Haram Mekah. Bagaimana kaum Bani Israel (Yahudi) boleh tiba di Baitul Muqaddas ? Untuk menjawab persoalan ini , eloklah kita ingat kembali kisah Nabi Musa AS dan Firaun Laanatullah. Ketika Firaun menjadi pemerintah Mesir , beliau telah menzalimi kaum Bani Israel yang menetap di situ.Beliau telah membunuh kanak kanak lelaki berketurunan Bani Israel yang masih kecil kerana mendapat firasat bahawa seorang lelaki daripada keturunan tersebut akan menewaskannya . Akan tetapi dengan takdir Ilahi , Nabi Musa AS yang masih bayi lagi telah terselamat daripada kekejaman tersebut. Allah SWT berfirman dalam Al Quran yang bermaksud , Iaitu ketika Kami mengilhamkan kepada ibumu sesuatu yang diilhamkan. Iaitu letakkanlah dia (Musa) di dalam peti , kemudian hanyutkanlahnya ke sungai (Nil) , maka biarlah sungai (arus) itu membawanya ke tepi , dia akan diambil oleh musuh Ku (Firaun) dan musuhnya , Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang daripada Ku dan agar engkau diasuh bawah pengawasan Ku. (Al - Quran , 20 : 38 39) Kerana kekejaman Firaun yang tidak terkira terhadap Bani Israel , Allah SWT telah mengutus Nabi Musa AS pada masa itu , dan mengarahkannya untuk membawa Bani Israel keluar dari Mesir. Nabi Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir dengan pertolongan Allah SWT seperti yang dikisahkan dalam Al Quran (Al Quran , 20 : 77 80). Mereka tinggal di Semenanjung Sinai untuk beberapa ketika. Namun , Nabi Musa AS menerima wahyu daripada Allah SWT untuk memimpin kaumnya ke Tanah Tang Dijanjikan (Al - Quran , 5 : 21). Namun , setelah tiba di luar kawasan Tanah Yang Dijanjikan itu , mereka telah melanggar perintah Allah SWT untuk berjihad menentang orang orang kafir yang menetap kawasan tersebut. Kemurkaan Allah SWT telah menyebabkan mereka tersesat selama 40 tahun , mencari cari Tanah Yang Dijanjikan itu sedangkan mereka berada berhampiran dengannya. Namun dengan izin Allah SWT , akhirnya

mereka menemui wilayah tersebut dan menetap di situ. Namun mereka tidak pernah serik untuk melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT. Sebelum peristiwa tersebut , sebahagian daripada mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menyembah patung emas berupa anak lembu ketika Nabi Musa AS sedang bermunajat kepada Allah SWT di Bukit Sinai. Namun , mereka yang melakukan perbuatan tersebut telah menyesal dan memohon taubat serta menerima hukuman bunuh sebagai kafarah. 3 Semasa di Kanaan , mereka telah belajar membuat minuman keras (arak) dan mencipta berbagai jenis permainan judi yang dibuat daripada kayu ukiran dan batu batu yang digilap. Apabila Nabi Yushua AS (utusan Allah SWT selepas Nabi Musa AS) memberi peringatan tentang perbuatan keji itu , orang Yahudi memberi alasan bahawa minuman dan permainan tersebut sengaja dicipta oleh mereka untuk melalaikan manusia lain khususnya orang bukan Yahudi. Disebabkan sikap mereka yang bermuka muka dan pandai memutar belit sesuatu perkara , orang Yahudi sering diancam oleh penduduk sekitar Kanaan dan ancaman yang paling ditakuti oleh mereka datangnya dari kaum gasar yang kuat , besar dan ganas , iaitu kaum Amalakit yang diperintah oleh gergasi Jalut. 3 Oleh itu , mereka telah bermohon kepada Allah SWT agar mengutus seorang raja yang boleh memimpin mereka menentang gergasi Jalut dan tenteranya. Firman Allah SWT yang bermaksud , Tidakkah engkau ketahui satu kaum di antara Bani Israel sesudah (wafat) Musa , ketika mereka berkata kepada Nabi mereka , utuslah seorang raja untuk kami , supaya kami berperang di jalan Allah Taala. Berkata Nabi itu : Barangkali kamu tidak mahu berperang jika diperlukan peperangani atas kamu. Mereka menjawab : Mengapakah kami tidak mahu berperang pada jalan Allah , sedang kami dan anak anak kami diusir orang dari kampong kami. Maka tatkala diperlukan peperangan Quran , 2 : 246) Permohonan mereka dimakbulkan Allah SWT apabila Thalut telah diangkat Nya sebagai raja. Namun , mereka mempersoalkan kelayakan Thalut sebagai raja kerana beliau tidak mempunyai harta dan pengaruh. Selepas mendapat petanda besar bahawa Thalut merupakan pilihan Allah SWT , mereka terpaksa akur dan akhirnya Raja Thalut memimpin Bani Israel menentang gergasi Jalut. Dengan takdir Allah Taala Yang Maha Berkuasa Atas Tiap Tiap Sesuatu , gergasi Jalut telah berjaya dibunuh oleh seorang budak lelaki bernama Daud. Berikutan kematian gergasi Jalut ini , tentera Bani Israel pimpinan Raja Thalut memperoleh kemenangan dengan izin Allah SWT. Dengan rahmat Ilahi , Daud telah dikahwinkan dengan anak perempuan Raja Thalut dan diangkat sebagai nabi pilihan Allah SWT Beliau telah mengambil tampuk pemerintahan selepas kemangkatan Raja Thalut. Nabi Daud AS telah diperintahkan Allah SWT untuk membangunkan sebuah kawasan di Kanaan yang dipanggil Jebus. Di Jebus , Allah SWT telah memerintahkan Nabi Daud AS menempatkan Peti Tabut dan menjadikan kota itu sebagai pusat kerajaan baginda. Firman Allah SWT yang bermaksud , Kemudian mereka itu mengalahkan Jalut serta tenteranya dengan izin Allah SWT , dan Daud dapat membunuh Jalut dan Allah SWT memberikan kerajaan dan hikmah kepada Daud serta mengajarkan apa apa yang dikehendakinya. (Al - Quran, 2 : 251) atas mereka , mereka berpaling (tidak mahu mengikut) kecuali sedikit antara mereka. Allah SWT Maha Mengetahui orang orang yang aniaya itu. (Al -

Kemudian , Allah SWT telah memerintahkan Daud untuk membina satu pusat ibadah yang teragung dalam sejarah peradaban manusia , namun baginda tidak sempat menyempurnakan tugas tersebut kerana telah wafat. Tugas tersebut diambil alih oleh putera baginda , Nabi Sulaiman AS. Bagi menyempurnakan tugas tersebut , Nabi Sulaiman AS telah mengambil khidmat ahli ahli binaan dan para tukang yang terbaik dari seluruh pelosok dunia. Baginda memerintahkan kaum jin untuk menggali emas dan batu permata dalam perut bumi serta mengutip batu karang dan permata di dasar lautan untuk dijadikan tiang tiang dan dinding dinding masjid. Harum haruman amber dan kasturi juga digunakan dalam pembinaan tersebut.
3

Masjid yang dinamakan Haikal Sulaiman ini menjadi simbolik keagungan era pemerintahan Nabi Sulaiman AS. Walaupun sebahagian daripada Haikal Sulaiman telah dimusnahkan akibat peperangan dengan tentera Rom , rumah ibadat itu tetap menjadi simbolik bagi kaum Yahudi hingga hari ini. Rentetan peristiwa peristiwa sejak zaman Nabi Musa AS lagi , kaum Yahudi beranggapan Baitul Muqaddas merupakan hak eksklusif buat mereka sahaja.

Mengapa Kaum Yahudi Dilaknat Allah Taala ? Selepas Bani Israel diusir dari Kanaan oleh tentera Rom , mereka menjadi kaum yang berselerak. Tetapi dengan rahmat dan rahim Allah SWT , mereka diberi peluang untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT yang bermaksud , Mudah mudahan Tuhanmu mengasihi kamu. Jika kamu kembali (berbuat dosa) , nescaya Kami kembali pula (menyeksamu). Dan Kami adakan neraka Jahannam sebagai penjara bagi orang orang kafir. Quran , 17 : 8) Sejak itu , Bani Israel mula menunggu nunggu kedatangan seorang Rasul Khatamul Anbiya seperti yang tertulis dalam kitab Taurat dan Injil. Mereka berharap rasul pilihan Allah SWT itu dapat melepaskan mereka daripada lembah kehinaan seperti perutusan Nabi Musa AS untuk mengangkat darjat Bani Israel. Permohonan mereka dimakbulkan Ilahi melalui kelahiran Nabi Muhammad SAW yang diutus Allah SWT sebagai penutup sekalian nabi dan rasul bagi seluruh alam. Namun , sekali lagi ketaatan dan keimanan kaum Yahudi diuji apabila rasul pilihan Allah SWT itu tidak dipilih dalam kalangan mereka. Hakikat tersebut seperti mata pedang yang menusuk nusuk hati mereka kerana keyakinan kaum Yahudi sebagai kaum pilihan Allah SWT . Sesungguhnya Allah SWT Maha Bijaksana , Dia sebenarnya mahu menguji keimanan Bani Israel , sama ada mereka tetap taat kepada Nya atau tidak dengan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW yang dipilih daripada keturunan Nabi Ismail AS. (Al -

Nabi Muhammad SAW cuba memujuk kaum Yahudi dengan membuat perjanjian tolong - menolong untuk menyatukan mereka dengan kaum Arab Madinah. Bahkan , dalam tempoh 17 bulan , Nabi SAW telah bersolat dengan menghadap Masjid Al Aqsa sebagai kiblat serta berpuasa mengikut cara mereka. Namun , usaha baginda tidak berjaya mengubah pendirian mereka kerana ego mereka amat tinggi. Oleh sebab itu , baginda telah memohon kepada Allah SWT agar menukarkan kiblat umat Islam ke Masjid Al Haram. Allah SWT turut mewahyukan Qital (jihad) dan mewajibkan puasa bagi umat Islam. Termaktubnya perintah Allah SWT ini telah memansuhkan kitab Taurat yang menjadi pegangan mereka. Orang Yahudi mempersoalkan pertukaran kiblat tersebut , namun Allah SWT menurunkan wahyu kepada baginda bagi menjawab soalan mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud , Nanti akan berkata orang orang bodoh antara manusia : Mengapakah mereka (orang orang Islam) berpaling dari kiblatnya yang dahulu (Baitul Muqaddas) ? Katakanlah : Kepunyaan Allah SWT timur dan barat. Dia menunujuki sesiapa yang dikehendaki Nya ke jalan yang lurus. (Al - Quran , 2 : 142) Setiap kali baginda berbuat baik kepada kaum Yahudi , namun mereka membalasnya dengan kejahatan dan pengkhianatan. Sebagai contoh , mereka telah menghasut dan mengumpulkan lebih 12 000 orang dari berbagai bagai kabilah Musyrikin untuk bersatu menentang tentera Islam dalam Perang Khandak. Jumlah tentera Islam pada ketika itu hanyalah 3 000 orang sahaja. Namun , berkat kesabaran , ketaatan serta doa para muslimin , Allah SWT telah memberi kemenangan kepada pihak Islam. Selepas peristiwa itu , kebanyakan orang Yahudi di Madinah telah dihukum bunuh kerana mencabuli perjanjian tolong menolong yang telah dipersetujui oleh mereka pada awalnya. Sesungguhnya , kaum Yahudi telah berulang kali diberi peluang oleh Allah SWT untuk bertaubat sejak zaman nabi nabi mereka , namun mereka tetap kufur dengan nikmat yang diberikan. Sehinggalah terutusnya Nabi Muhammad SAW sebagai utusan terakhir buat sekalian manusia , mereka tetap dengan kesombongan mereka. Akhirnya , Allah SWT telah menunjukkan Qahhar Nya (Kekerasan Nya) kepada kaum Yahudi. Firman Allah SWT yang bermaksud , Orang orang Yahudi berkata : Tangan Allah SWT dibelenggu. Sesungguhnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat , ekoran dari apa yang mereka katakan itu. Tidak begitu , tetapi kedua dua tangan Allah SWT terbuka. Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki. Dan Al Quran yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu , sangat sangat akan menambah kederhakaan dan kekafiran bagi kebanyakan antara mereka. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sampai hari kiamat. Setiap mereka menyalakan api peperangan , Allah SWT memadamkannya dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah SWT tidak menyukai orang orang yang membuat kerosakan. Quran , 5 : 64) Turunnya ayat di atas menjelaskan sebab kaum Yahudi dilaknat Allah SWT. Sebab utamanya ialah mereka sering melanggar perintah Allah SWT dan Rasul Nya. Dan sejak itu juga , mereka telah menjadikan umat Islam sebagai sasaran utama bagi misi balas dendam mereka. Dan mereka telah merencanakan sesuatu sejak dahulu lagi bagi menghancurkan Islam secara lahiriah dan batiniah dengan menunggu ketibaan pemimpin mereka iaitu , Al Masih Dajjal! (Al

Agenda Zionisme Muslihat Yahudi Zionisme adalah berasal daripada perkataan Bukit Zion , merujuk kepada tapak paling suci bagi agama Yahudi. Mereka percaya di Bukit Zion itulah tapak sebenarnya Temple of Solomon (Haikal Sulaiman). Tapak itu sekarang ialah betul-betul di Dome of The Rock (Qubbah al-Sakhrah) yang menempatkan batu As Sakhrah semasa peristiwa Isra Miraj. Zionisme adalah sebuah pergerakan kebangsaan yang ditubuhkan oleh orang Yahudi. Merupakan sebuah ideologi politik sempit berasaskan perkauman yang meletakkan sasaran merampas serta menubuhkan sebuah negara bangsa Yahudi di atas tanah milik rakyat Palestin. Ditubuhkan pada tahun 1897 di Basel , Switzerland oleh Theodor Herzl (1860 1904). Kongres pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung pada 1897. Modus operandi utama pergerakan ini ialah membawa masuk bangsa-bangsa Yahudi dari seluruh dunia terutamanya dari Amerika dan Eropah Timur , masuk ke dalam negara Palestin. 1 Mereka akan menggunakan apa sahaja cara, seperti merampas tanah dan juga perjanjian politik dengan kuasa penjajah , bagi membolehkan mereka menguasai seinci demi seinci tanah Palestin. menggantikannya dengan Orde Baru Dunia.
3

Antara agenda lain Zionisme ialah

menghapuskan semua agama - agama lain selain agama Yahudi , menghapuskan semua kerajaan yang sah dan

Pengenalan
Al-Masih Dajjal. Mengapakah Dajjal juga digelar Al-Masih sedang gelaran Al-Masih itu adalah gelaran untuk Nabi Isa alaihissalam? Hal ini kerana Al-Masih boleh diertikan sebagai menipu dan juga sebagai menyapu atau membersihkan. Al-Masih Dajjal di sini

membawa maksud Dajjal yang menipu dan Al-Masih Maryam pula bermaksud Nabi Isa yang membersihkan (menunjuki).

Yang mula-mula akan muncul di dunia ini adalah Al-Masih yang menyesatkan iaitu Dajjal. Dajjal datang ke dunia pada akhir zaman nanti adalah untuk menyesatkan manusiamanusia yang ada di atas muka bumi ini. Di samping menyesatkan manusia, dia juga akan cuba untuk mengkafirkan seramai manusia yang boleh. Dia menggunakan propagandapropagandanya serta yang paling teruk sekali ialah mengakui dirinya sebagai tuhan untuk menyesatkan manusia sehinggakan pada suatu masa nanti hampir semua manusia telah berjaya dikafirkan. Dan pada waktu ini barulah Nabi Isa a.s diturunkan ke dunia untuk membunuh Dajjal itu1. Turunnya Nabi Isa a.s di akhir zaman nanti adalah bukti bahawa segala yang tertulis dalam Al-Quran adalah benar.

Kerana Allah sudah tahu Dajjal akan berada di dunia pada akhir zaman nanti untuk menyesatkan manusia sedangkan Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi terakhir, oleh sebab itu Allah mengekalkan Nabi Isa a.s di langit sehingga pada suatu masa nanti baginda akan diperintahkan oleh Allah untuk turun ke dunia untuk membunuh Dajjal. Nabi Isa a.s turun ke dunia bukan untuk menyebarkan syariat baru tetapi mengembangkan syariat yang pernah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dahulu1. Dalam hadis dikatakan Nabi Isa a.s nanti akan menyuruh manusia ke hadapan untuk menjadi imam, lalau baginda sembahyang di belakang sebagai makmum, kemudian beliau berkata, sesungguhnya yang menjadi imam adalah dari kalangan kamu sendiri1. Maksudnya dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w dan ini adalah kemuliaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Orang yang dimaksudkan sebagai imam di atas ialah Imam Mahdi yang akan muncul pada akhir zaman nanti iaitu sewaktu keadaan dunia sedang kacau bilau dan kejahatan sedang memuncak. Beliaulah yang akan menjadi pemimpin kepada umat islam pada waktu itu. Dikatakan bahawa beliau sangatlah warak dan diterima oleh semua umat islam.

Setelah turunnya Nabi Isa a.s nanti, baginda akan membunuh Dajjal. Sesungguhnya wajah Dajjal akan mencair apabila berhadapan dengan Nabi Isa a.s. Setelah Dajjal dibunuh, baginda akan memimpin dunia dengan baik dan teratur. Manusia dalam keadaan aman dan tenteram dan juga dalam keadaan makmur. Langit mencurahkan hujan rahmatnya dan bumi juga mengeluarkan rahmatnya. Tanam-tanaman tumbuh dengan subur dan ekonomi

bertumbuh dengan begitu baik skali. Pada waktu itu manusia semua dalam keadaan kaya sehinggakan tiada siapa lagi yang berhak menerima zakat1.

Tetapi setelah itu, Nabi Isa a.s juga merasakan apa yang akan dirasai oleh semua makhluk iaitu mati. Akhirnya Nabi Isa a.s akan wafat dan menyusul lagi tanda-tanda kiamat dan akhirnya ditiup sangkakala, maka matilah semua makhluk yang ada di bumi dan langit kecuali mereka yang dikehendaki Allah belum mati.

Gambaran Dajjal
Dajjal adalah salah satu dari tiga orang yang ditunggu-tunggu di akhir zaman. Telah diriwayatkan oleh Muslim dari hadis syukbah dan yang lainnya dari Samak, dari Jabir, dari Samurah, berkata saya telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda yang maksudnya: menjelang terjadinya kiamat akan muncullah pembohong-pembohong1. Kata Jabir ada lagi kata-kata wapadalah terhadap mereka. Kalimat terakhir yang diucapkan oleh Jabir ini

menguatkan lagi riwayat yang mengatakan tentang kedatangan Dajjal1. Rasullullah telah mengingatkan kita supaya berwaspada dengan pembohong-pembohong yang akan muncul itu. Dari Abdullah bin Umar, katanya Rasullullah ada memberikan gambaran tentang Dajjal dengan sabdanya: sesungguhnya aku memberikan gambaran kepada kamu tentang Dajjal. Tidak ada nabi-nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang Dajjal. Nabi Nuh sendiri telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Namun demikian, aku mengingatkan kamu tentang satu perkara yang belum diceritakan oleh nabi-nabi sebelum aku. Perlu kamu ketahui bahawa Dajjal itu bermata satu (matanya buta sebelah), sedangkan tuhan sebenar (Allah) tidaklah demikian1.

Dajjal muncul dari kalangan orang-orang yahudi. Dari Anas bin Malik, katanya Rasullullah s.a.w bersabda: keluar Dajjal itu nanti dari golongan Yahudi Asbihan. Ia disertai oleh 70000 orang-orang yahudi yang pembohong1. Orang-orang Yahudi beranggapan bahawa kebolehan Dajjal menahan sunagi daripada mengalir adalah sebagai tanda atau mukjizat daripada Allah. Justeru itu orang Yahudi membantah bahawa Dajjal itu adalah pembohong sebaliknya mereka menganggap Dajjal itu benar. Disebabkan kejahatan dan besarnya keburukan yang dibawa oleh Dajjal, maka ada hadis yang mengatakan: ertinya: tidak ada di antara zaman penciptaan Adam sampai terjadinya kiamat perkara paling besar (keburukannya) selain daripada Dajjal1.

Apakah Dajjal itu dari golongan manusia atau jin? Berlain-lainan pendapat ulama tentang kejadian Dajjal. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Dajjal ialah dari golongan jin yakni cucu iblis. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa Dajjal adalah manusia yakni cucu Adam. Dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ayahnya adalah manusia sedangkan ibunya jin1.

Yang sebenarnya, Dajjal adalah syaitan, sama ada dari jenis jin, manusia mahupun kedua-duanya. Dajjal akan muncul pada akhir zaman. Tidak pasti apakah Dajjal itu sudah lama wujud ataupun akan lahir di akhir zaman nanti. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal sudah ada sejak dulu lagi dan sekarang dirantai si suatu tempat yang hanya diketahui oleh Allah. Ada juga yang mengatakan bahawa Dajjal belum ada lagi dan akan dilahirkan di akhir

zaman nanti1. Yang penting bagi kita Dajjal adalah syaitan yang akan dikeluarkan oleh Allah menjelang hari kiamat nanti.

Malapetaka yang dibawa oleh Dajjal


Sebelum kedatangan Dajjal, nanti akan berlakunya kemarau yang amat dasyat selama tiga tahun. Pada tahun pertama Allah akan menyuruh langit supaya menahan sepertiga daripada air hujannya. Di samping itu Allah juga akan menyuruh bumi menahan sepertiga tumbuhannya. Pada tahun kedua pula Allah menyuruh langit menahan dua pertiga daripada air hujannya manakala bumi menahan dua pertiga daripada tumbuhannya. Pada tahun ketiga yakni setahun sebelum keluarnya Dajjal, Allah mengarahkan langit menahan sama sekali air hujannya sehingga tidak ada hujan sepanjang tahun, dan bumi pula menahan tumbuhannya

secara keseluruhannya sehingga tidak ada lagi yang tumbuh1. Ketika dunia dalam keadaan demikian maka muncullah Dajjal dengan penuh kehebatan. Dalam hadits lainnya dijelaskan bahwa Dajjal tersebut akan datang sambil membawa neraka dan surga. Surganya adalah neraka, dan nerakanya adalah surga, dan ia memiliki sungai yang penuh dengan air, gunung dari roti. Ia akan menyuruh langit untuk menurunkan hujan, maka hujan pun turun dan menyuruh bumi untuk menumbuhkan beraneka macam tumbuhan maka tumbuhlah tanaman tersebut. Dan ia akan menempuh perjalanan dengan cepat, secepat air hujan yang ditiup angin, dan keanehan-keanehan lainnya (HR Muslim 18/65-66). Dajjal juga diberikan oleh Allah kebolehan untuk membunuh dan menghidupkan semula manusia yang telah mati. Abu Sa'id Al Khudri berkata: Telah menceritakan kepada kami Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam pada suatu hari cerita yang panjang tentang Dajjal, diantara yang beliau ceritakan kepada kami adalah: \"Ia mendatangi jalan di gunung Madinah -padahal Madinah diharamkan baginya- hingga tiba di sebagaian tanah setelah Madinah. Saat itu seorang manusia terbaik atau diantara yang terbaik menghadangnya, ia berkata, 'Aku bersaksi bahwa kau adalah Dajjal yang pernah diceritakan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam kepada kami.' Dajjal berkata: 'Bagaimana menurutmu, bila aku membunuh orang ini lalu aku menghidupkannya kembali, apa kau masih meragukannya? ' mereka menjawab: 'Tidak.' Dajjal pun membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Saat menghidupkannya, ia berkata: 'Demi Allah, aku tidak pernah lebih memahamimu melebihi saat ini.' lalu Dajjal ingin membunuhnya tapi ia tidak mampu mengusainya'.\" Abu Ishaq berkata: Ada yang mengatakan bahwa orang itu adalah Khadhir 'alaihis Salam. Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Abdurrahman Ad Darimi telah mengkhabarkan kepada kami Abu Al Yaman telah mengkhabarkan kepada kami Syu'aib dari Az Zuhri dalam sanad ini dengan matan serupa. - Riwayat Shahih Muslim

Tempat yang tidak didatangi Dajjal


Makkah Madinah Baitul Maqdis

Usaha Menjauhi Dajjal

Menghafaz sepuluh ayat pertama dan terakhir surah Al-Kahfi Bertempat di Makkah atau Madinah Membaca zikir pelindung dari fitnah Dajjal

Tamatnya Riwayat Dajjal


Bilangan orang-orang mukmin sungguh sedikit pada waktu itu. mereka menghindar dari Dajjal dan lari daripada Dajjal ke Bukit Dukhan yang terletak di Syam. Dajjal dan pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada Bani Iblis dan Bani Adam ketika itu sungguh kuat pengaruhnya dan ramai bilangannya. Mereka tahu bahawa orang islam telah melarikan diri ke situ, maka mereka pun pergi ke lembah bukit itu untuk mengepung orang-orang mukmin. Orang-orang mukmin pada ketika itu berada dalam keaadaan yang sangat sukar dengan ketiadaan makanan dan minuman langsung. Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah bertasbih, tahmid dan bertahlil untuk meminta pertolongan daripada Allah. Dajjal tidak sanggup ke tempat mereka oleh sebab terdengar akan zikir-zikir yang bibaca oleh orang-orang mukmin dengan kuat. Berbulan-bulan lamanya mereka berada di atas puncak bukit itu, kerana tentera Dajjal sedang menunggu di bawah. Namun demikian, pada suatu masa, tiba-tiba langit menjadi gelap sehinggakan tapak tangan pun tidak kelihatan. Dalam keadaan yang gelap gelita itu semua orang berasa takut, tiba-tiba mereka terdengar seruan yang cukup kuat, telah dating kepada kamu pertolongan!. Maka turunlah Nabi Isa a.s dari langit untuk menamatkan penderitaan dan kesengsaraan orang mukmin dan yang paling penting untuk membunuh Dajjal. Setelah turunnya Nabi Isa a.s, semua tentera yahudi menjadi gementar dan ketakutan. Akhirnya Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa a.s dan tentera Yahudi dikalahkan oleh tentera mukmin. Seterusnya manusia hidup dengan penuh keharmonian di bawah tampuk pemerintahan Nabi Isa a.s1.

HARI KIAMAT

PENGENALAN
Hari kiamat itu pasti datang. Kaum-kaum dan agama-agama lain sudah membuat ratusan andaian bilakah kemusnahan total tersebut akan berlaku. Sebagai contoh yang paling popular, kalendar kaum Maya tamat pada 21 Disember 2012 lalu pelbagai filem dan sajak telah diolah bagi memberi gambaran kepada kaum kaum kafir ini bahana kehancuran yang sememangnya lebih dasyhat daripada apa yang mereka sangkakan. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai teori yang jauh berbeza daripada dalil dalil di dalam Al-Quran yang menyatakan kedatangan hari kiamat/Ad-Din merupakan satu peralihan daripada kehidupan dunia yang penuh dengan godaan dan bersikap sementara kepada zaman abadi, zaman di mana kebenaran dan keadilan akan mengatasi perkara perkara

mazmumah dengan pelaku-pelaku dosa akan dicampak ke neraka dan hamba-hamba yang taat akan diberi ganjaran syurga. Mereka berpendapat kiamat hanyalah satu peralihan zaman di bumi dengan wujudnya teori Post-apocalyptic. Orang-orang Yahudi memperkirakan terjadinya kehancuran dunia pada tahun 1998 Masihi manakala kaum Nasrani pula membuat anggaran bahawa kiamat akan menjengah pada musim panas 2001 M. Ternyata hari kiamat adalah perkara ghaib di mana hanya Allah swt sahaja yang mengetahui bilakah tibanya hari tersebut dan manusia tidak mampu untuk membuat sebarang ramalan. Apapun, terdapat seorang peramal yang terkenal, Nostradamus yang mampu untuk membuat prediksi tentang apa yang bakal berlaku. Hal ini dapat dilihat menerusi ramalannya yang menyebut, Pada tahun pertama abad baru di bulan ke Sembilan (September 2001), dari langit akan datang malaikat pencabut nyawa yang sangat besar, langit akan menyala dalam darjat empat puluh lima dan bermulalah Perang Besar Dunia Ketiga Perang besar disini merujuk kepada Armageddon, pertempuran di antara kaum Yahudi dengan Islam bersama Kristian. Walaubagaimanapun, ramalan tersebut sangat diragui kerana tragedi 11 September itu hanyalah sandiwara Amerika Syarikat didalangi Yahudi atau lebih tepat boleh dianggap sebagai ritual agama mereka bagi menyambut kedatangan pemimpin mereka, Al Masih Ad Dajjal. Sebagai umat Islam, ayuhlah kita mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan amalan amalan yang mendapat keberkatan Allah swt agar kita tidak tergelincir dari landasan yang betul. Halaman seterusnya akan menyingkap hari kiamat melalui tiga aspek iaitu tanda tanda kecil, tanda tanda besar dan gambaran dan perihal kedasyhatan hari kiamat.

TANDA-TANDA KECIL
Diutusnya Nabi Muhammad saw. sebagai Rasulullah. Dengan diutusnya beliau, maka berakhirlah nubuwah dan risalah yakni bahwa sesudah beliau tidak ada lagi nabi atau rasul yang diutus oleh Allah swt. Dari Anas r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, Saya diutus (oleh Allah) dan jaraknya dengan hari kiamat sebagai dua jari ini. (Beliau bersabda demikian sambil menunjukkan dua jarinya yakni jari telunjuk dan jari tengah). (H.R. . Bukhari Muslim dan Tirmizi).

Tujuan perumpamaan ini adalah untuk menggambarkan dalam jarak waktu antara diutusnya Nabi Muhammad saw. dengan tibanya hari kiamat sudah tidak ada lagi nabi yang lain. Jadi antara kedua peristiwa itu amat berdekatan sekali, yang satu menyusul yang lain. Jelaslah bahwa diutusnya Nabi Muhammad saw. adalah tanda sudah dekatnya hari kiamat tersebut. Namun demikian hal ini tidak memberi ketetapan tentang dapat diketahuinya dengan tepat waktu terjadinya hari kiamat itu, sebab hanya Allah swt. saja yang mengetahuinya.

Jika yang menjadi raja-raja, menteri-menteri, amir-amir dan kepala-kepala adalah anak-anak dari wanita-wanita tawanan atau golongan rendah, bukan dari anakanak keturunan yang mulia, baik pendidikan, keluhuran akhlak serta kesempurnaan kepribadian. Sebagaimana juga keadaan kaum badwi atau para penggembala kambing telah menjadi golongan hartawan, berlimpah ruah kenikmatan duniawinya, menghuni gedung-gedung indah dan tinggi dan menjadi pemimpin umat di masyarakatnya.

Dalam hadis lain diriwayatkan bahwa Jibril a.s., bertanya kepada Rasulullah saw. perihal tibanya hari kiamat, lalu beliau menjawab, Tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya.Penanya berkata lagi, Beritahukanlah pada saya tanda-tandanya. Beliau menjawab, Apabila sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang lagi miskin dan penggembala kambing bermegah-megahan dalam gedung besar. (H.R. Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)

Selain dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan sekumpulan tanda-tanda kecil ini, berjumlah sebelas macam. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi saw. bersabda, Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ada dua golongan besar saling bunuhmembunuh, antara keduanya terjadi peperangan besar sedang dakwahnya adalah satu. Juga tidak akan tiba hari kiamat sehingga banyak kaum dajal, tukang berdusta yang jumlahnya hampir tiga puluh orang semuanya mengaku bahwa dirinya adalah utusan Allah. Tidak akan tiba pula hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan dilenyapkan. Demikian pula sehingga banyak keguncangan (gempa bumi). Zaman berdekatan sekali. Banyak timbul fitnah. Banyak pembunuhan. Banyak pula harta sampai melimpah ruah, sehingga orang yang memiliki harta sukar sekali mencari orang yang suka menerima sedekahnya sampai ia menawarkan hartanya,

tetapi orang yang ditawari berkata, Saya tidak membutuhkan harta lagi. Orang-orang sama bermegah-megahan dalam gedung-pencakar langit. Seseorang melalui makam orang lain lalu berkata, Sayang, alangkah baiknya kalau aku yang menempati kubur ini. Matahari terbit dari tempat terbenamnya. Jika ini telah terjadi dan orang-orang banyak sudah mengetahuinya, maka mereka pun beriman semua. Dalam keadaan yang demikian tidak bermanfaat lagi keimanan seseorang yang dahulu tidak pernah beriman atau tidak berbuat baik dalam keimanannya. Sesungguhnya kita sudah boleh menyatakan bahawa tanda-tanda kecil semuanya telah dapat disaksikan dengan mata kasar kita sendiri.Nauzubillah.

TANDA-TANDA BESAR
Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

Keluarnya bangsa Yajuj dan Majuj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

Allah Taala berfirman:

Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, lalailah semua wanita yang menyusui anaknya dari anak yang disusuinya dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk, padahal sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi azab Allah itu sangat kerasnya. (QS. Al-Hajj: 1-2) Dan juga Allah Taala berfirman tentang hari kiamat: Hari dimana anak-anak kecil beruban. (QS. Al-Muzzammil: 17) Dari Al-Miqdad bin Al-Aswad radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
:

Matahari mendekat kepada para makhluk pada hari kiamat sampai hanya berjarak 1 mil dari mereka, sehingga semua manusia berkeringat sesuai dengan amalan mereka: Di antara mereka ada yang keringatnya sampai ke kedua mata kakinya, di antara mereka ada yang sampai ke kedua lututnya, di antara mereka ada yang sampai ke dadanya, dan

di antara mereka yang keringat menutupi mulut mereka, dan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menunjuk mulut beliau. (HR. Muslim no. 62) Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya keringat akan menyebar di bumi pada hari kiamat seluas 70 hasta. Dan itu. (HR. Muslim no. 61)

GAMBARAN HARI KIAMAT


Sesungguhnya di dalam kitb suci AlQuran sudah jelas menyatakan perihal kedasyhatan hari kiamat ini untuk member peringatan kepada kita bahana yang menanti kita sekiranya kita berterusan ingkar kepada ajaranNya. 1. Surah At - Takwir # Apabila matahari digulung (QS. 81:1) # dan apabila bintang-bintang berjatuhan, (QS. 81:2) # dan apabila gunung-gunung dihancurkan, (QS. 81:3) # dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan (tidak diperdulikan), (QS. 81:4)

# dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan, (QS. 81:5) # dan apabila lautan dipanaskan. (QS. 81:6) # dan apabila ruh-ruh dipertemukan (dengan tubuh), (QS. 81:7) # apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, (QS. 81:8) # karena dosa apakah dia dibunuh, (QS. 81:9) # dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka, (QS. 81:10)

2. Surah Al-Insyiqaq # Apabila langit terbelah, (QS. 84:1) # dan patuh kepada Rabbnya, dan sudah semestinya langit itu patuh, (QS. 84:2) # apabila bumi diratakan, (QS. 84:3) # dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong, (QS. 84:4) # dan patuh kepada Rabbnya, dan sudah semestinya bumi itu patuh, (pada waktu itu manusia akan mengetahui akibat perbuatannya). (QS. 84:5) # Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja sungguh-sungguh menuju Rabbmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya 1566. (QS. 84:6) # Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, (QS. 84:7) # maka ia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, (QS. 84:8) # dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira. (QS. 84:9) # Adapun orang yang diberikan kitabnya dari belakang, (QS. 84:10)

3. Surah al Infitar # Apabila langit terbelah, (QS. 82:1) # dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, (QS. 82:2) # dan apabila lautan dijadikan meluap, (QS. 82:3) # dan apabila kuburan-kuburan dibongkar, (QS. 82:4) # maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan yang dilalaikannya. (QS. 82:5) # Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Rabbmu Yang Maha Pemurah. (QS. 82:6) # Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, (QS. 82:7) # dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. (QS. 82:8)

# Bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan. (QS. 82:9) # Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), (QS. 82:10)

Sumber: http://soni69.tripod.com/txt_081.htm

Вам также может понравиться