Вы находитесь на странице: 1из 13

HMBL4303 : KURIKULUM DAN PERKAEDAHAN DALAM PENGAJARAN BAHASA

MELAYU
FalsaIah pendidikan negara digubal untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang
mempunyai idealisme dan cita-cita melalui sistem pendidikan yang berdasarkan acuan yang kita
mahukan selain dari mengikut keperluan rakyat. Penggubalan FalsaIah Pendidikan Negara
berdasarkan perkara-perkara seperti Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta
Pelajaran 1961, Laporan JK Kabnet 1974, Laporan JK Kabinet 1979, Rukunegara, Prinsip-
prinsip pendidikan, Matlamat pendidikan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Mengikut Perakuan 191, Laporan Jawatan Kabinet, 1979 menegaskan bahawa:
Pendidikan di negara ini adalah untuk mencapai perkembangan murid yang menyeluruh, iaitu
perkembangan yang meliputi aspek kognitiI atau intelek, jasmani, sosial, emosi, sikap dan nilai-
nilai etika pada murid-murid dan generasi akan datang. '
Kemudian, dasar pendidikan dikaji semula maka FalsaIah Pendidkan Negara 1988
digantikan dengan FalsaIah Pendidikan Kebangsaan 1996 iaitu:
' Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. '
Sejarah pendidikan Malaysia kebanyakkannya berdasarkan dari dasar-dasar penjajah atau
teori barat yang pernah menakluki Malaysia yang dikenali sebagai Malaya suatu ketika dahulu.
Pendidikan yang berasaskan IalsaIah pendidikan barat sebenarnya hanya bertujuan untuk
memberikan pendidikan yang paling asas kepada Malaya. Ilmu yang diberikan hanyalah sekadar
untuk memenuhi tuntutan rakyat Malaya supaya mereka juga dididik. Malangnya, budaya
berIikir dan mengasah minda tidak sama sekali diterapkan. Sehingga kini ia bukanlah menjadi
saluran utama untuk mendidik jiwa masyarakat kearah pembentukkan budaya berIikir yang
membolehkan mereka belajar untuk berIikir di luar kotak.
Sejujurnya, pendidikan yang ada di Malaysia dilihat memerlukan transIormasi yang
membolehkan Malaysia bersedia kearah perubahan globalisasi. Kita tidak seharusnya
meletakkan pendidikan sebagai satu cabang yang kurang penting dalam mencorakkan suasana
dan pembangunan negara. Malah, pendidikan merupakan satu teras yang perlu diIokuskan
supaya kita berjaya membentuk sebuah masyarakat yang maju dari aspek pemikirannya. Apabila
pemikiran telah maju dan bergerak seiringan dengan pembangunan Iizikal, rohani, emosi dan
intelektual maka, ini barulah dikatakan sebagai kesepaduan pendidikan yang perlu dimulakan
diperingkat bawah lagi.
Setelah 50 tahun merdeka, adakah relevan lagi kita terus menggunakan IalsaIah dan asas
pendidikan penjajah walaupun sebenarnya kita telah ada satu IalsaIah pendidikan yang memiliki
kesepaduan ilmu dari aspek yang pening seperti jasmani, rohani, emosi dan intelektual seperti
dalam FalsaIah Pendidikan Negara. Namun, apabila ia dalam tahap pelaksanaan, ia hanya
melibatkan intelektual semata-mata dan tidak pun mempunyai elemen lain yang boleh
membentuk akhlak dan peribadi muslim dalam diri pelajar. Oleh itu, kesepaduan ilmu seperti
yang telah digarapkan di dalam IalsaIah pendidikan negara tidak mampu sampai ke dalam diri
masyarakat sekarang.
Sudah separuh abad, adakah kita masih perlukan acuan yang dicedok dari barat untuk
mencorak anak bangsa kita? Kita mahukan bangsa Malaysia, satu Malaysia tetapi adakah acuan
yang kita berikan kepada masyarakat akan membangunkan mereka? Kita sudah ada identiti, kita
sudah pandai berdikari dalam menguruskan negara, namun apa yang kita perlukan bukanlah
ukuran intelektual semata-mata dalam pendidikan negara kita tetapi, segala aspek kita perlu
dididik masyarakat supaya bukan sahaja menjadi intelektual, tetapi aplikasi ilmu dan disiplin
yang dilahirkan dari akhlak yang telah diterapkan dalam diri mereka.

Soalan 2:
2.1 Kekuatan dan kelemahan Perlaksanaan 5P
Konsep 5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan,
pemulihan dan penilaian. Kelima - lima elemen adalah sangat penting dan amat di tekankan
penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap
elemen ini penting untuk membantu guru merangka strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang eIektiI dan menyeronokkan. Didalam sukatan pengajaran Bahasa
Melayu, konsep 5P digunakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ini adalah untuk
memudahkan para guru di dalam melaksanakan tugas dan juga memastikan murid - murid
terus bertambah mahir dan sekaligus menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih
mendalam.
Penggabungjalinan adalah bertujuan untuk menbantu guru memastikan murid
menguasai beberapa kemahiran secara serentak. Secara tidak langsung ini juga membolehkan
guru untuk menjadikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui penggabungjalinan juga, guru boleh
mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti dan melibatkan lebih ramai pelajar.Penggabungjalinan
di dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai bentuk, antaranya adalah pengabungjalinan
sekurang-kurangnya dua kemahiran bahasa melayu sendiri atau dengan kemahiran mata
pelajaran yang lain. Contohnya adalah membaca kuat teks dan seterusnya menulis isi - isi
penting yang terkandung di dalam teks tersebut.
Penyerapan pula adalah bertujuan untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulum di
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan adalah proses di mana ilmu, nilai,
kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah diserapkan di dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk penyerapan adalah seperti penyerapan
isi mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ,penyerapan nilai-nilai murni
dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan yang terakhir sekali penyerapan kemahiran bernilai tambah seperti
kemahiran berIikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kemahiran teknologi
dan komunikasi, kecerdasan pelbagai, konstruktivisme, dan kontekstual. Penyerapan di
lakukan secara terancang oleh guru dan diserap oleh murid-murid secara tidak langsung
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh penyerapan adalah seperti semasa aktiviti
membaca teks mengenai anatomi serangga, guru pasti akan meletakkan beberapa istilah
sains ke dalam teks tersebut untuk di serapkan ke dalam minda pelajar.
Pengayaan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan
murid yang mempunyai tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran
asas di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti pengayaan boleh di lakukan sama ada
di luar atau di dalam kelas. Aktiviti pengayaan juga mengandungi unsur-unsur seperti
meluaskan dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
yang sedang di pelajari. Aktiviti pengayaan adalah berbentuk bebas untuk memberi peluang
kepada pelajar untuk memperkembangkan minat, kreativiti, sikap ingin tahu, sikap berdikari,
bakat kepimpinan serta melatih murid membuat keputusan untuk diri, masyarakat dan
kumpulan. Contoh aktiviti pengayaan adalah murid di minta menulis sebuah cerita dengan
menggunakan perkataan - perkataan yang di sediakan.
Pemulihan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan
murid yang mempunyai tahap kemampuan yang lemah dan lembab. Pemulihan lebih
berIokus kepada proses membantu murid memperbaiki kelemahan mereka di dalam
pembelajaran, khususnya di dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh itu aktiviti yang boleh di
lakukan di dalam pemulihan adalah sangat terbatas dan lebih khusus. Contoh aktiviti
pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di dalam petikan dengan menggunakan
perkataan - perkataan yang disediakan.
Penilaian iaitu proses yang sistematik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
yang penting bagi menilai tahap pencapaian dan prestasi murid. Ianya juga bertujuan
untuk melihat sejauh mana objektiI pengajaran dan pembelajaran yang di rancang guru
tercapai. Penilaian juga di anggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran kerana penilaian boleh dilakukan oleh seseorang guru semasa menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan maklumat perkembangan prestasi dan
pencapaian murid sentiasa dapat di pantau, penilaian haruslah di lakukan secara berterusan.
Terdapat 2 bentuk penilaian yang boleh dijalankan oleh guru iaitu penilaian secara IormatiI
dan sumatiI. Hasil dapatan daripada penilaian tersebut guru boleh memastikan jenis tindakan
susulan sama ada memberi aktiviti pemulihan atau pengayaan kepada 4 pelajar bersesuaian
berpandukan keputusan penilaian pelajar tersebut.

2.2.1 Pendekatan Bahasa Melayu
Pendekatan adalah jalan yang diambil semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan. Dengan kata lain, pendekatan ini merupakan penentu bagaimana ilmu itu hendak
disampaikan. Kalau diterjemahkan dalam bahasa yang mudah, jika seorang ayah ingin
menyempurnakan keinginan anaknya yang selalu meminta barangan yang tidak mampu dia
belikan, dia mungkin menggunakan jalan yang kotor iaitu mencuri , merompak mahupun
merampas barangan tersebut daripada orang lain ataupun dia menasihatkan anaknya agar
bersabar kerana dirinya sukar untuk mendapatkan barangan tersebut dalam masa singkat kerana
kekangan duit. Selain itu, kita juga boleh membayangkan bahawa pendekatan itu adalah jalan
yang dipilih oleh seseorang umat untuk berjaya ataupun tidak dalam kehidupan mereka.
Di dalam Bahasa Melayu, terdapat 4 pendekatan yang selalu digunapakai oleh guru
Bahasa Melayu.Pendekatan-pendekatan itu adalah seperti:-
a. Pendekatan induktiI- Dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke
arah sesuatu generalisasi. Pendekatan InduktiI melibatkan pengumpulan dan
pentaIsiran maklumat-maklumat yang kemudiannya setiap maklumat ini akan
berubah kepada kesimpulan. Murid dibimbing oleh guru bagaimana untuk berIikir,
mengkaji, mengenalpasti seterusnya mentaIsir maklumat untuk membuat
generalisasi/kesimpulan. Pengajaran dan pembelajaran melibatkan seseorang guru
boleh membanu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian
atau contoh-contoh yang diperoleh. Selain dalam matapelajaran Bahasa Melayu,
matapelajaran lain juga menggunakan pendekatan ini iaitu seperti matapelajaran
Matematik dan Sains banyak menggunakan pendekatan induktiI.

b. Pendekatan deduktiI - Pendekatan deduktiI merupakan jenis pengajaran yang bermula
daripada umum kepada spesiIik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran
dimana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes
tertentu. Strategi Pengajaran DeduktiI merupakan kaedah mengajar yang kompleks
kerana murid perlu memperolehi keIahaman yang mendalam /mencukupi serta
berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah dipelajari dengan
tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.

c. Pendekatan eklektik - Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang
menggabungkan segala ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan
menggunakannya dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan eklektik
dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan indukiI dan deduktiI.
Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan. Ada
kala kaedah induktiI lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada pula
murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah deduktiI.

d. Pendekatan komunikatiI - Prinsip-prinsip pendekatan komunikatiI ini adalah
berkaitan dengan pengetahuan murid dalam aktiviti yang akan dilakukan . Setiap guru
haruslah merancang terlebih dahulu aktiviti agar murid dapat menggunakan bahasa
dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana
dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas ayat agar pelajar dapat
berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut proses komunikasi
sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.

2.2.2 Kaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan sistematik
sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran. Ianya adalah
cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajara untuk
mencapai sesuatu objektiI pelajaran. Setiap orang akan menggunakan kaedah dalam kehidupan
seharian mereka. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi seperti mempunyai masalah
keluarga, kita mesti akan mencari jalan iaitu pendekatan untuk menghuraikan masalah ini. Tanpa
bantuan kaedah, masalah ini tidak akan berjalan dengan lancar. Mungkin kita boleh membuat
senarai semak perkara-perkara yang boleh membuatkan masalah itu selesai.
2.2.3 Teknik
Pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan situasi-situasi yang
tertentu. Teknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi yang dicipta. Ianya
merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektiI. Selain itu, teknik
merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada
murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Teknik ini merujuk kepada suatu
kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti pembelajaran bagi sesuatu hasil
segera yang maksimum pada waktu mengajar bahan pengajaran. Secara khususnya, teknik
merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat
penanggapan pelajar. Diantara teknik yang boleh dilaksanakan ketika pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di jalankan di dalam maupun luar bilik darjah:-
a. Teknik main peranan
b. Teknik permainan bahasa
c. Teknik latih tubi
d. Teknik bercerita
e. Teknik inkuiri
I. Teknik perbahasan
g. Teknik kuiz
h. Teknik sumbangsaran
i. Teknik soal jawab
j. Teknik simulasi
k. Teknik drama
l. Teknik perbincangan
m. Teknik Iorum
n. Teknik dialog

2.2.4 Fungsi Bahan Bantu Mengajar
Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih
berjaya selaras dengan FalsaIah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan
murid-murid. Melalui IalsaIah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan
konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian
kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.



.




Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala
ciri yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran
dan pembelajaran. Pendekatan eklektik dihasilkan dengan menggunakan gabungan pendekatan
indukiI dan deduktiI. Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai
kebolehan. Ada kala kaedah induktiI lebih sesuai digunakan untuk segelintir murid manakala ada
pula murid yang akan memahami dengan jelas melalui kaedah deduktiI.

Sebagai contoh, guru boleh memulakan P&P dengan memberikan contoh dan diikuti
dengan kesimpulan. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran boleh diakhiri dengan
memberikan contoh diikuti dengan generalisasi. Proses ini lebih menyerupai kepada
pendekatan induktif. 1ika guru memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau
generalisasi diikuti dengan contoh dan kemudian diakhiri dengan penerangan tentang
peraturan, maka ianya lebih kepada pendekatan deduktif. Strategi pengajaran menggunakan
pendekatan eklektik boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mirip kepada pendekatan induktif
ataupun P&P yang lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Pendekatan ini banyak
digunakan dalam pengajaran Sains danMatematik. Curu boleh mengaplikasikan strategi
Pusatan guru, Pusatan murid, Pusatan bahan dalam P&P. Kebanyakkan guru akan
menggunaka pendektan ini dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan.


Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berpusatkan murid iaitu
berfokuskan kepada bentuk-bentuk komunikasi iaitu seperti meminta maaf, bercerita ataupun
melapor. Situasi ini berlaku dalam amalan masyarakat sehari-harian. Melalui pendekatan ini,
penekanan tentang penyerapan bentuk gramatikal adalah untuk tujuan
komunikasi.Pendekatan ini wujud kerana pendekatan lain lebih mementingkan penguasaan
bahasa pada peringkat membina ayat-ayat yang betul secara pencilan yang terkeluar
daripada konteks wacana. Hasilnya, pekajar tidak akan menguasai kecekapan
berkomunikasi. Penguasaan komunikasi adalah perlu agar pelajar dapat membuat pemilihan
struktur ayat yang betul mengikut konteks bahasa.

Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif ini adalah berkaitan dengan pengetahuan
murid dalam aktiviti yang akan dilakukan . Setiap guru haruslah merancang terlebih dahulu
aktiviti agar murid dapat menggunakan bahasa dalam berkomunikasi. Selain itu, pengajaran
bahasa dibuat dalam konteks wacana dan guru perlu mengajar bahasa yang melampaui batas
ayat agar pelajar dapat berkomunikai secara berkesan. Pengajaran bahasa lebih mengikut
proses komunikasi sebenar iaitu seperti perbualan dalam kehidupan sehari-harian.

Kebolehan pelajar melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran
bermakna di dalam bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara
yang bertanggungjawab dalam masyarakat moden dan demokratik.Kita harus melahirkan
pelajar sebagai pemikir berkesan dan ini merupakan matlamat penting dalam dunia
pendidikan. 1ika kita inginkan murid bertidak secara efektif dalam setiap aktiviti yang
dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Pengenalan Kaedah dan 1eknik
Kaedah pula adalah cara yang dipilih kemudian disusun secara teratur dan
sistematik sebelum melaksanakannya dalah sesuatu program mahupun aktiviti pembelajaran.
Ianya adalah cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu
mengajara untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran. Setiap orang akan menggunakan
kaedah dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, apabila kita berada dalam situasi
seperti mempunyai masalah keluarga, kita mesti akan mencari jalan iaitu pendekatan untuk
menghuraikan masalah ini. 1anpa bantuan kaedah, masalah ini tidak akan berjalan dengan
lancar. Mungkin kita boleh membuat senarai semak perkara-perkara yang boleh
membuatkan masalah itu selesai.
1eknik pula adalah bagaimana seseorang melaksanakan sesuatu berdasarkan
situasi-situasi yang tertentu. 1eknik juga boleh dikenali sebagai modus operandi dalam situasi
yang dicipta. Ianya merupakan satu prosedur untuk membantuk kaedah mencapai objektif.
Selain itu, teknik merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan
pengajaran kepada murid dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. 1eknik ini
merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan aktiviti
pembelajaran bagi sesuatu hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar bahan
pengajaran. Secara khususnya, teknik merupakan salah satu cara penyampaian pelajaran
dan perlu diteliti supaya dapat mempercepat penanggapan pelajar
Bahan Bantu Mengajar??
Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan
dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of
Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai "information from which a (written)
work is to be produced". Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai
segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan.

Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional.
Curu memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan.

Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk
meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan
bahan bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau
slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong
penyampaian pembelajaran

Fungsi Bahan Bantu Mengajar

Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih
berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan
kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha
menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain
memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek.

Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya
menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu
antaranya ~Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua
institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan... (Yahya Don, 2005). Dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami
proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan
stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah
membosankan.

2) STRATEGI
Definisi:
Menurut Kamus Dewan (1998), strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga boleh diibaratkan sebagai suatu susunan
pendekatan pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan
menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Sebenarnya strategi meliputi kempat-empat aspek seperti kaedah, pendekatan, teknik dan
aktiviti. Namun begitu, terdapat empat jenis strategi dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
yang dinyatakan oleh Mok Song Sang (2002):
i. Pemusatan Guru
ii. Pemusatan Murid
iii. Berasaskan Bahan
iv. Berasaskan Tugasan/aktiviti

Konsep Kaedah:
Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu.
Berlainan dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektiI pelajaran spesiIik dalam jangka pendek. Dengan perkataan lain,
kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektiI pelajaran dengan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun.
a. Prosedur pertama: Mengnal pasti masalah
b. Prosedur kedua: Merancang penyelesaian
c. Prosedur ketiga: Mengumpul maklumat
d. Prosedur keempat: Membuat taIsiran
e. Prosedur kelima: Membuat kesimpulan

Konsep Teknik:
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni
seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Di antara teknik-teknik pengajaran Bahasa
Melayu yang biasa digunakan oleh guru adalah seperti berikut:
a. Teknik main peranan b. Teknik permainan bahasa
c. Teknik latih tubi d. Teknik bercerita
e. Teknik inkuiri I. Teknik perbahasan
g. Teknik kuiz h. Teknik sumbangsaran
i. Teknik soal jawab j. Teknik simulasi
k. Teknik drama l. Teknik perbincangan
m. Teknik Iorum n. Teknik dialog

Вам также может понравиться