Вы находитесь на странице: 1из 1

Aku sebuah basikal Aku sebuah basikal.

Aku dilahirkan di sebuah kilang basikal yang terletak di Johor Bahru, Johor. Aku merupakan sebuah basikal yang digemari oleh anak-anak pada zaman ini. Aku digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak.

Di kilang, badanku diperbuat daripada besi yang berkualiti tinggi.Setelah saya dipasang, aku dicat dengan warna biru dan dibalut dengan plastik lalu dimasukkan ke dalam lori. Pada suatu hari aku dan rakan-rakan aku dimasukkan ke dalam lori untuk di hantar ke sebuah kedai basikal di Teluk Intan. Kami melalui perjalanan yang panjang dan saya berasa panas di dalam lori.

Aku dan rakan-rakanku ditempatkan di sebuah kedai menjual basikal di bandar Teluk Intan. Di sini, aku disusun dengan rapi bersama kawan-kawanku yang lain. Tauke kedai meletakkan tanda harga sebanyak RM200 pada badanku.

Pada suatu petang, seorang lelaki dewasa datang membelekku. Dia kagum dengan bentuk dan kualiti yang aku miliki. Dia terus membeli aku dan harga itu.Dia menghadiahkan aku kepada lelakinya bernama Ah Meng.

Setiap hari, tuanku akan menunggang aku ke sekolah.Kawan-kawan tuanku selalu memujiku kerana mereka kagum dengan bentuk dan kelajuan aku. Walaupun aku cantik, aku tidak angkuh kerana bagiku kecantikan bersifat sementara. Tuanku menjaga aku dengan baik. Dia selalu mengelap badanku supaya nampak bersih dan berkilat.

Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang baik hati dan menggunakan saya dengan cermat. Kini, sudah 3 tahun aku berkhidmat dengan setia kepada tuanku. Tayarku pernah pancit sebanyak tiga kali, namun dia masih setia menggunakan aku. Saya berasa sangat gembira mendapat tuan seperti Ah Meng.

Вам также может понравиться