Вы находитесь на странице: 1из 2

lSL Mlngguan ?

oong Soo May


M1L 3107 erancangan dan enga[aran MaLemaLlk emullhan (8C)/ MaLh Ambllan !an 2010

SL M3:
Refleksi Pengajaran Mikro berdasarkan aspek-aspek berikut:
- Apakah yang murid-murid telah belajar
- Apakah kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan pengajaran yang
dirancang dengan baik

Dalam pengajaran mikro saya bagi set induksi tentang perimeter, saya telah
menggunakan bahan bantu mengajar iaitu kad bentuk. Saya membahagikan murid
kepada tiga kumpulan, di mana setiap kumpulan menghantar wakil untuk mengundi
kad daripada satu beg plastik. Kemudian, pelajar-pelajar dalam kumpulan telah
mengukur panjang di sekeliling kad bentuk. Mereka kemudian menunjukkan cara
mengira panjang tersebut di atas papan putih, dan saya telah menerangkan kepada
mereka bahawa panjang di sekeliling sesuatu bentuk dinamakan "perimeter. Dalam
hal ini, saya telah mengaitkan murid dengan pengalaman sedia ada murid, iaitu
panjang.

Melalui pengajaran mikro tersebut, murid-murid telah mempelajari tentang
cara mengukur panjang menggunakan pembaris. Mereka juga belajar mengaitkan
pengalaman dengan pengetahuan baru. Mereka dapat tahu bahawa perimeter
merupakan hasil daripada gabungan panjang di sekeliling sesuatu bentuk. Melalui
aktiviti mengukur secara kumpulan, mereka akan menyedari kepentingan
bekerjasama. Semasa menerangkan hasil jawapan mereka, murid-murid dilatih
tentang keyakinan diri.

Kemahiran yang penting dalam menyampaikan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang dengan baik termasuklah teknik penyoalan. Dalam
sesuatu pengajaran, teknik penyoalan adalah amat penting untuk dikuasai. Teknik
ini sesuai digunakan dalam kaedah soal jawab dan kaedah Sokratik. Saya juga telah
memperoleh kaedah penyelesaian masalah, iaitu memberi murid satu tugasan untuk
diselesaikan dalam masa yang ringkas.

Kesimpulannya, pelbagai faedah telah diperolehi daripada pengajaran mikro
tersebut.

lSL Mlngguan ?oong Soo May


M1L 3107 erancangan dan enga[aran MaLemaLlk emullhan (8C)/ MaLh Ambllan !an 2010

Вам также может понравиться