Вы находитесь на странице: 1из 4

MBMMBI

Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris(MBMMBI). Mulai tahun 2011 ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan dasar MBMMBI di seluruh sekolah di Malaysia. Sehubungan itu juga, mulai 2011 semua murid sekolah kebangsaan (SK) akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu (BM) dan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina (SJK Tamil dan SJK Cina) akan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda masing-masing. Ini bermakna murid SJK(T) akan belajar sains dan Matematik dalam Bahasa Tamil dan murid SJK(C) akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Mandarin. Hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan murid sekolah akan diperkuatkan melalui pelaksanaan dasar MBMMBI ini. Dasar baharu ini adalah bagi mengganti dasar PPSMI yang telah dimansuhkan. Dasar ini juga mengambil kira Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai oleh semua warga negara Malaysia. Bagi saya, ini adalah satu dasar yang adil dan perlu didokong oleh semua warga guru dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Beberapa hari yang lalu saya terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang guru dalam akhbar The Star. Beliau menyarankan supaya mata pelajaran sejarah diajar dalam BI bagi membantu murid mengukuhkan lagi penguasaan penulisan dan lisan BI. Beliau memberikan hujah yang begitu meyakinkan, antaranya adalah melalui subjek ini murid dapat belajar kosa kata, tatabahasa, komunikasi dan susunan ayat yang betul. Lagi pun terdapat begitu banyak teks sejarah dalam BI yang terkenal. Saya percaya sekiranya subjek ini diajar dalam BI, hasrat untuk memperkukuhkan BI dalam MBMMBI akan menjadi kenyataan.

Tugas Mengajar Guru


Guru-guru yang telah dianugerahkan kelulusan ikhtisas perguruan sama ada diploma atau ijazah mesti:

Menyediakan objektif pembelajaran yang berkaitan dengan semua pelajar dalam kelas berdasarkan pengetahuan pelajar, pengalaman lalu dan sedia ada, tahap umur dan pengetahuan yang bersesuaian dengan tahap umur. Menggunakan objektif pengajaran dan pembelajaran untuk merancang dan merekabentuk persediaan pengajaran dengan mengambil kira pelajar pelbagai pencapaian, lelaki, perempuan dan bangsa. Memilih dan menyediakan sumber (alat/bahan bantu mengajar) dan merancang untuk menggunakankannya dengan berkesan dengan mengambil kira minat, penguasaan bahasa dan latar belakang budaya dengan bantuan dari pelbagai pihak lain mana yang sesuai. Mengambil bahagian dan memberikan sumbangan mana yang sesuai kepada sekolah, seperti bertugas dengan jujur, ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam memimpin aktiviti kokurikulum dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekolah.

Merancang peluang-peluang untuk pelajar mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti merancang lawatan ke muzium, zoo, kerja lapangan dan sebagainya, dengan bantuan staf lain sekira perlu. Sentiasa menambahkan dan mengemaskinikan ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam bidang masing-masing. Secara tidak langsung, kita juga meningkatkan profesionalisme melalui ilmu pengetahuan yang diperolehi sama ada melalui kursus, bengkel dan pembacaan ilmiah yang dilakukan. Menggunakan teknik, strategi dan kaedah pengajaran yang terkini terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Ini adalah kerana murid di zaman ini sentiasa dikelililingi dengan maklumat yang sangat mudah diperolehi melalui teknologi yang telah tersedia seperti internet dan sebagainya.

Pengetahuan dan Pemahaman Yang perlu Dimiliki Oleh Seseorang Yang Bergelar Guru
Guru-guru yang dianugerahkan Sijil Perguruan, Diploma Pendidikan atau Bacelor Pendidikan, iaitu sijil ikhtisas untuk mengajar mesti mengamalkan perkara berikut: Mereka mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam mata pelajaran yang dilatih untuk diajar di sekolah. Kepada mereka yang dilatih untuk sekolah menengah, ilmu pengetahuan yang ada perlulah menyamai kelayakan yang telah ditetapkan iaitu diploma atau ijazah pertama. Ilmu pengetahuan yang dimaksudkan ialah ilmu pengetahuan dalam bidang atau mata pelajaran yang diajar atau content knowledge dan juga kemahiran mengajar atau pengkaedahpedagogical content knowledge. Mereka mengetahui dan memahami nilai, matlamat dan tujuan serta keperluan am pengajaran yang telah ditentukan oleh kurikulum kebangsaan. Mereka memahami bahawa proses pembelajaran yang berlaku dalam kalangan pelajar adalah dipengaruhi oleh fizikal, intelektual, linguistik, sosial, budaya dan perkembangan emosional masing-masing. Mereka tahu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyokong mereka menambahkan kemahiran dan peranan profesional. Mereka memahami tanggung jawab masing-masing di bawah Kod Etika Perguruan dan mengetahui bagaimana untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sekiranya memerlukan kemahiran tertentu. Setiap guru perlu memiliki, memahami dan menghayati Standard Guru Malaysia (SGM). Mereka mengetahui bagaimana mengatur strategi untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan bermakna. Semua guru perlu bijak menangani sebarang situasi yang tidak dijangkakan dalam bilik darjah. Guru perlu dapat mewujudkan keceriaan, kemesraan dan toleransi yang tinggi antara mereka dan murid. Mereka telah lulus ujian dalam bidang numerasi, literasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) (Computer literacy, ICT Literacy)

Siapakah sebenarnya yang bergelar insan GURU?


Guru adalah merupakan profesion yang begitu penting dalam masyarakat. Setiap hari mereka menjalankan tugas menyebarkan pelbagai maklumat dan mengubah sikap dan kelakuan pelajar-

pelajar secara langsung melalui kurikulum yang diajar dan secara tidak langsung melalui amalan, sikap, kelakuan, nilai dan hubungan dengan pelajar-pelajar mereka. Guru yang baik sentiasa optimis dengan apa yang akan dicapai oleh pelajar mereka dalam sebarang situasi dan latar belakang. Dari pengalaman, mereka tahu bagaimana membimbing pelajar kearah kejayaan. Mereka memahami kelemahan dan kekurangan yang terdapat dalam setiap pelajar dan berusaha mengatasinya bagi membantu pelajar-pelajar mereka mengikut keupayaan masing-masing. Namun begitu proses mendidik adalah melebihi dari itu, ia memerlukan pengetahuan dan kemahiran amali, kebolehan untuk membuat pertimbangan, menyeimbangkan tekanan dan cabaran, amalan dan kreativiti, minat dan kesungguhan, dan memahami bagaimana pelajar belajar dan berkembang. Ini melibatkan pengaruh orang lain dalam perkembangan diri pelajar seperti rakan sebaya dalam kelas, ibu bapa dan keluarga di rumah serta masyarakat setempat. Ibu bapa dan masyarakat mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap guru-guru agar dapat membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan yang tinggi. Oleh itu, guru-guru perlu mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap pelajar agar mereka dapat mencapai kejayaan. Mengajar adalah memerlukan kreativiti, intelektualiti dan ganjaran, oleh itu piawaian untuk profesion perguruan haruslah juga tinggi. Guru yang berkemahiran tinggi menyebabkan proses pengajaran menjadi mudah. Oleh itu guru perlu mempelajarai kemahiran tersebut dan menambahkannya melalui latihan, amalan, penilaian dan belajar dari rakan setugas yang lain. Profesion perguruan adalah sentiasa mengalami perubahan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan globalisasi dan teknologi terkini. Piawaian mengajar sentiasa berubah dari semasa ke semasa dan menjadi bertambah baik. Ini tentulah mempengaruhi sistem pendidikan negara dan performance pelajar. Guru-guru baru yang mulai menceburkan diri dalam profesion ini menghadapi cabaran-cabaran yang menuntut supaya mereka sentiasa belajar dan mendapatkan maklumat-maklumat yang terkini bagi menyediakan diri bagi menyahut cabaran tersebut. Guru-guru yang sedia ada di dalam sistem persekolahan juga sentiasa perlu meningkatkan diri dalam pelbagai ilmu dan bidang pengetahuan yang sentiasa berubah dan semakin canggih. Sebuah buku yang menjadi piawaian dan keperluan rujukan perlu diwujudkan bagi memastikan supaya semua guru-guru baru mempunyai pengetahuan dalam bidang (subjek) masing-masing dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan, dan bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam profesion perguruan yang diceburi. Seseorang guru yang telah dianugerahkan status mengajar dari institusi pendidikan guru perlu memahami dan mematuhi Kod Etika Perguruan Malaysia dengan menzahirkan perkara-perkara berikut dalam tugasan harian mereka: Mereka mempunyai jangkaan dan harapan yang tinggi kepada semua pelajar; menghormati sosial, budaya, bahasa, agama, latar belakang etnik, dan komited terhadap usaha meninggikan pencapaian pendidikan mereka. Mereka melayan semua pelajar dengan adil dan saksama secara berterusan, dengan menghormati dan memahami perkembangan pembelajaran yang pelbagai dalam diri seseorang pelajar. Mereka menunjukkan sikap, nilai dan tingkah laku yang positif yang mereka harapkan dari pelajar mereka. Mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan ibu bapa dan penjaga, menghormati peranan, tanggung jawab dan minat mereka dalam pembelajaran pelajar.

Mereka dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran serta bertanggung jawab dalam sebarang tugas yang berkaitan dengan sekolah, Jabatan Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka sentiasa bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dengan cara menilai semula amalan pengajaran masing-masing, mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan berkongsi pengalaman dengan rakan setugas yang lain. Mereka sentiasa bermotivasi dan boleh menjalankan tugas tambahan untuk perkembangan profesionalisme masing-masing. Mereka sentiasa bersedia untuk menjalankan tanggung jawab berkaitan tugas harian yang berhubung dengan profesionalisme perguruan. Posted by Deria at 2:23 PM

0 comments:

Вам также может понравиться