You are on page 1of 20

Meneliti Kedudukan Filem Keagamaan (Islam) Melalui Perkembangan Genre Filem Melayu di Malaysia Rosmawati Mohamad Rasit*, Md Salleh

Hj Hassan, Mohd Nizam Osman dan Muhammad Sham Shahkat Ali * *Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia *Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
rosma_mr@ukm.my mdsalleh@putra.upm.edu.my nizamosman@fbmk.upm.edu.my sham@fbmk.upm.edu.my

Abstrak Bermula dengan perjuangan di Jalan Ampas sehingga kepada penubuhan studio Merdeka dan FINAS, filem Melayu menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan terutamanya dari aspek pertambahan jumlah filem yang dihasilkan khususnya melalui kemunculan pelbagai genre dan sub-genre baharu. Penentuan gaya genre sangat penting dan berperanan dalam mencapai sasaran berdasarkan segmentasi audien. Kertas kerja ini memfokuskan perbincangan awal mengenai sejauhmana kedudukan filem keagamaan (Islam) melalui perkembangan genre filem Melayu di Malaysia dengan meneliti penghasilannya dalam tempoh 5 tahun terkini (2007-September 2011). Dalam tempoh lima tahun penghasilan filem cereka Melayu (2007-September 2011), genre seram, drama dan komedi dilihat mendominasi penghasilan genre utama oleh para karyawan filem tempatan. Namun, ironiknya hampir tidak wujud filem yang mengangkat elemen keagamaan sebagai inti pati utama perjuangan karya-karya pengarah Melayu (Muslim) di Malaysia. Ini dapat dilihat daripada senarai genre yang dibincangkan hanya terdapat beberapa buah filem sahaja yang memasukkan unsur-unsur keagamaan dalam penghasilan karya mereka secara langsung. Berdasarkan statistik FINAS (2011) sepanjang tahun 2007-September 2010, daripada 126 buah filem yang telah dihasilkan hanya terdapat empat buah filem dari pelbagai kategori genre yang menyentuh secara langsung mengenai aspek keagamaan (Islam). Kata kunci: Filem Melayu, genre, sub-genre, filem keagamaan,

PENGENALAN Genre filem mempersembahkan kepelbagaian tema dan cerita yang berbeza. Norman (2004) dalam membincangkan genre filem mengaitkannya dengan pilihan audien terhadap jenis filem yang digemari mereka. Ini turut diperjelaskan oleh Ayu Haswida (2005) yang berpendapat bahawa filem pada dasarnya mempunyai klasifikasi genre yang khusus. Zairul Anuar (2007) pula menjelaskan bahawa genre atau jenis filem dapat memberi gambaran awal mengenai faedah fungsi yang boleh diperolehi oleh audien. Melalui pola penceritaan tertentu, audien filem akan dapat memastikan bagaimana jalan cerita dapat memberi faedah secara langsung kepada audien. Oleh itu, penentuan gaya genre sangat penting dan berperanan dalam mencapai sasaran berdasarkan segmentasi audien. Secara umumnya, klasifikasi genre filem yang sering menjadi pilihan pembikin filem ialah genre filem seram, melodrama, komedi, western, muzikal, fiksyen sains, fantasi serta drama. Bertitik tolak daripada klasifikasi genre ini, wujud beberapa cabang subgenre lain contohnya genre komedi cinta dan komedi seram yang kini begitu popular di kalangan karyawan filem tempatan. Kertas kerja ini menyentuh perbincangan awal mengenai kedudukan filem keagamaan dalam konteks perkembangan genre filem Melayu yang dihasilkan di Malaysia. Sinema Barat seperti Hollywood mengiktiraf genre keagamaan dalam filemfilem mereka dengan menghasilkan filem bergenre keagamaan (religious genre) seperti The Ten Commandments (1956). Walaubagaimanapun, selain daripada Hollywood dan sinema Barat, dunia sinema Islam lebih dekat dengan filem keagamaan dalam melihat persoalan agama dan spiritual melalui filem. Sinema Arab-Mesir, Iran, Turki, Indonesia mahupun Malaysia merupakan sebagai antara sinema perfileman yang mengangkat isu keagamaan yang sering dikaitkan dengan kepelbagaian agama dan budaya hidup. Malah, sinema Timur seperti India melalui industri perfileman Bollywood (Nayar 2010; Javed 2010) amat kuat dengan struktur agama dan budaya mereka yang sering diangkat dalam filem-filem seperti Mother India (1957), Sarfarosh (1999), Mission Kashmir (2000) dan juga Chak De India (2007).

Perkembangan penghasilan filem Melayu hari ini menampakkan keseriusan para pembikin filem untuk terus mempertahankan industri ini dari terus berkubur. Filem-filem Melayu bergerak daripada perjuangan penggiat-penggiat filem untuk memartabatkan filem Melayu di persada dunia. Filem Melayu telah meniti usia hampir 80 tahun bermula dengan penayangan filem pertama iaitu Laila Majnun pada tahun 1933 (Lihat Aimi Jarr dan Mohd Zamberi 2009; Sharifah Zinjuaher 1980; ABI 1987). Bermula dengan perjuangan di Jalan Ampas sehingga kepada penubuhan studio Merdeka dan FINAS, filem Melayu menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan terutamanya dari aspek seperti pertambahan jumlah filem yang dihasilkan khususnya melalui kemunculan pelbagai genre dan sub-genre baharu. Mendekati perspektif genre filem Melayu di Malaysia memperlihatkan perkembangan yang sihat melalui persaingan yang wujud di antara produksi-produksi filem seperti Primeworks Studio Sdn. Bhd., MIG Sdn. Bhd., Tayangan Unggul Sdn. Bhd. serta Excellent Pictures dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, filem bercorak keagamaan bukan merupakan pilihan popular dalam kalangan para pembikin filem tempatan. Terdapat hanya beberapa buah filem Melayu yang jelas memasukkan elemen keagamaan jika dilihat dari aspek Syukur 21 (2000). FILEM KEAGAMAAN Penghasilan filem Hollywood yang bercorak keagamaan banyak menyentuh persoalan agama Kristian mengenai ketuhanan, ruh, jiwa, moral, malaikat (angel) dan juga syaitan (devil) (Lindvall 2004; Nayar 2010) seperti filem The Passion of Christ (2004), Leap of Faith (1992), Da Vinci Code (2006) dan juga 2012 (2009). Pengaruh kemunculan aliran ahli falsafah agama Kristian terutamanya dalam industri perfileman sinema Barat memberi kesan kepada masyarakat. Sebagai contohnya filem The Passion of Christ (2004) yang menceritakan pengorbanan Jesus Christ mencapai kutipan box-office dan mendapat sambutan daripada khalayak filem. Selain daripada memfokuskan agama Kristian yang diangkat dalam filem-filem keluaran Hollywood, mereka turut membawa kisah agama Islam dalam filem-filem seperti The Message (1976) dan Lion of the Desert (1981) yang menggunakan produksi Hollywood walaupun diarahkan oleh pengarah perkembangan industri perfileman negara seperti Semerah Padi (1956), Isi Neraka (1960) dan juga

Muslim, Mustapha Akkad. Hollywood turut melahirkan filem seperti Kingdom of Heavens (2005) yang memaparkan perjuangan agama Kristian dan Islam melalui Perang Salib. Kebangkitan filem yang bersandarkan agama Islam semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat dan audien filem Muslim. Filem-filem hasil karya dari Indonesia dan Iran sejak akhir-akhir ini dilihat mendominasi kebangkitan filem keagamaan (Islam) atau turut juga dikenali sebagai filem dakwah. Filem-filem Indonesia seperti Ayat-ayat Cinta (2008), Ketika Cinta Bertasbih (2009) dan juga Dalam Mihrab Cinta (2010) dilihat berjaya menarik minat dan perhatian audien yang dahagakan filem yang berbentuk dakwah ini. Penglibatan ahli-ahli agama seperti Habiburrahman el shirazy menyemarakkan dan menyumbang penghasilan karya filem keagamaan ini secara lebih benar dan jujur. Javed (2010) membincangkan mengenai penglibatan sinema Islam yang mampu menghasilkan filem yang mematuhi undang-undang Islam, budaya dan nilai-nilai masyarakat. Malah kebangkitan karya Majid Majidi (Javed 2010), pengarah tersohor Iran melebarkan pengaruhnya dengan menghasilkan filem-filem yang tekal konsep spiritual dan keagamaan seperti Children of Heaven (1998), The Color of Paradise (2000) dan juga The Song of Sparrows (2008). Sinema Iran merupakan contoh penghasilan perfileman melalui perkembangan sentuhan spiritual dan agama yang diterjemahkan melalui filem. Perubahan terhadap dunia perfileman di Iran dirasai masyarakat Islam dunia setelah berlakunya Revolusi Islam (Lihat Javed 2010; Sadr 2006; Bahar 2010) yang banyak menyumbang kepada perubahan dasar dalam pembikinan filem. Ini menyumbang kepada penghasilan filem-filem Iran yang dekat dengan agama sebagai pembinaan dimensi kehidupan masyarakat Iran secara menyeluruh. Justeru, kita dapati banyak filemfilem dari Iran mendapat sentuhan spritual, kejiwaan dan agama yang mendasari genre keagamaan sebagai genre filem yang bertapak kukuh. Walaubagaimanapun Naim (2010) telah menjelaskan perbezaan mengenai filem Islam dan filem yang berunsurkan Islam secara kritis melalui perbincangan kertas kerja

Filem Islam: Satu perbicaraan. Menurut Naim (2010), filem berunsur Islam merujuk kepada filem yang antara paparannya mengandungi beberapa unsur yang selaras dengan tuntutan Islam. Namun, tidak keseluruhan filem tersebut Islamik. Mungkin daripada aspek naratif, dramatik, sinematografi, semiotik, aplikasi, teknikal dan kontektualnya. Manakala, filem Islam menurut Naim (2010) pula membawa mesej penyerahan diri, tunduk, patuh dan bertauhid kepada Allah yang Maha Pencipta. Menurut Naim (2010) juga: Hasil garapan inti-inti pembicaraan tentang seni dalam Islam, maka filem Islam diungkapkan sebagai sebuah hasil seni, berbentuk produk halal, pra dan pasca penerbitan dengan pengisian dan garapan bersandarkan kod etika dan nilai Islam sehinggalah kepada proses edaran, tayangan dan tontonan khalayak. Tujuannya menyebar dakwah, menerap nilai murni dan menegakkan amar makruf nahi mungkar. GENRE FILEM MELAYU Filem Melayu di abad ke-20 dan 21 membawa audien kepada suatu penerokaan genre dan eksperimental idea pengarah-pengarah muda khususnya. Wujud dua dimensi pengarahan yang jelas dilihat dalam perkembangan filem tanah air iaitu penghasilan filem-filem popular melalui pengarahan komersial seperti Yusuf Haslam, Aziz M.Osman, A. Razak Mohaideen dan Ahmad Idham dan juga filem-filem yang agak berat menerusi pengarahan seperti U-Wei Hj Shaari, Dain Said, Hishamuddin Rais dan Amir Muhammad. Berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan FINAS sepanjang tahun 2007 sehingga September 2011, Malaysia telah menghasilkan sebanyak 126 buah filem cereka Melayu dalam pelbagai kategori genre dan sub-genre yang melalui syarat wajib tayang di pawagam (Jadual 1). Ini menunjukkan bahawa filem cereka Melayu mengalami perkembangan yang baik melalui peningkatan jumlah filem yang dihasilkan dari tahun ke tahun (Graf 1) bersandarkan penghasilan pelbagai klasifikasi genre dan subgenre. Menurut Wan Asrudi (2010): Perkembangan dunia seni tanah air nampak semakin baik dari segi wujudnya penghasilan genre baru. Macam-macam bentuk cerita dihasilkan. Bukan seperti suatu masa dulu terikat kepada satu genre semata-mata iaitu cinta atau seram saja. Kalau kita lihat pembikin filem kini berani menghasilkan genre baru seperti komedi penyiasatan, seram komedi, drama dan lawak slapstik.

Jadual 1: Senarai Genre/Subgenre dan Jumlah Penghasilan Filem Cereka Melayu pada tahun 2007-September 2011 2010 Genre/Subgenre Filem 2007 2008 2009 2011 JUM 1. Aksi 2 3 1 1 7 Komedi 1 5 4 2 4 16 Drama 3 6 2 3 3 16 4. Cinta 1 1 1 0 2 5 5. Seram 4 6 1 3 4 18 6. Animasi 0 0 1 0 1 2 7. Patriotik/Sejarah 0 1 1 0 1 3 8. Komedi/Aksi 4 0 0 1 1 6 9. Komedi/Cinta 4 2 4 2 0 12 10. Komedi/Seram 2 2 1 1 1 7 11. Komedi/Muzik 0 0 0 0 2 2 12. Komedi/Fantasi 0 0 0 2 2 4 13. Komedi/Drama 2 0 0 0 0 2 14. Komedi/Pengembaraan 0 0 0 1 0 1 15. Komedi/Misteri 1 0 0 1 0 2 16. Drama/Cinta 2 0 0 1 2 5 17. Drama/Aksi 1 0 1 0 1 3 18. Drama/Seram 0 0 1 0 0 1 19. Drama/Muzik 0 0 1 0 0 1 20. Seram/Misteri/Ngeri 0 4 4 1 2 11 21. Muzikal/Fantasi 1 0 0 0 0 1 22. Pengembaraan 0 1 0 0 0 1 JUMLAH 21 25 25 29 26 126 Sumber: Diubah suai dari FINAS (2007-2011) dan Sinema Malaysia (2011) Graf 1: Jumlah Filem Cereka Melayu tahun 2007-September 2011

30 25 20 15 10 5 0 2007 2008 2009 2010 Sep11


Tahun

Jumlah Filem

Filem Cereka Melayu

Dalam tempoh lima tahun penghasilan filem cereka Melayu (2007-September 2011), genre seram dilihat mendominasi pilihan genre utama oleh para karyawan filem tempatan. Genre komedi dan drama berkongsi kedudukan yang sama dengan 16 buah filem daripada keseluruhan genre filem yang telah dihasilkan (Graf 2). Senario filem Melayu ini menunjukkan bahawa khalayak filem Melayu hari ini gemar menonton filem bergenre seram, komedi dan juga drama. Trend filem seram yang terus mendapat sambutan adalah ekoran daripada rasa teruja penonton untuk mengalami sendiri rasa seram dan menakutkan yang mungkin tidak diperolehi secara realiti (Nor Shamsinor dan Nazmy 2008). Manakala, genre komedi dilihat mendominasi penghasilan filem Melayu sepanjang lima tahun ini (2007-September 2011) dengan menghasilkan lapan subgenre (Graf 3). Bambang (2005) menyentuh mengenai industri filem tempatan yang dibanjiri oleh filem-filem komedi. Mungkin kerana faktor masyarakat kita yang sudah sarat dengan pelbagai tekanan hidup, maka mereka terpanggil untuk menonton filem-filem komedi sebagai salah satu alternatif untuk meredakan tekanan. Keghairahan pembikin filem pula semakin terserlah apabila pulangan dari filem-filem komedi begitu lumayan. Komedi cinta mencatat penghasilan tertinggi iaitu sebanyak 12 buah filem manakala komedi seram dan komedi aksi masing-masing 7 dan 6 buah filem sepanjang tempoh lima tahun tersebut (Graf 3). Selain daripada subgenre komedi, filem Melayu turut dihasilkan dalam gabungan genre seperti drama cinta, drama aksi, drama seram serta misteri/seram (Graf 4). Graf 2: Taburan Genre Utama Filem Cereka Melayu Tahun 2007-September 2011 20
Jum lah Filem

15 10 5 0
Dram a Cinta di

Filem Cereka Melayu

Genre Utama

Patri ot

si ik/Se jarah

Aksi

Ko m e

Ser a m

Anim a

Graf 3: Taburan Subgenre Komedi Filem Cereka Melayu Tahun 2007-September 2011 12 10 8 6 4 2 0

Jumlah Filem

Filem Cereka Melayu

Graf 4: Taburan Subgenre Lain Filem Cereka Melayu Tahun 2007-September 2011
12 10 8 6 4 2 0
Dram a Cin ta Dram a Ak si Dram a Se ram Dram Ser a a Mu m/M z ik ister i/Ng Muzi eri k al/F anta si

Jumlah Filem

Kom ed i A ksi Kom ed i C in ta Kom ed i S eram Kom ed i M u zik Kom ed i F an ta si Kom Kom ed i D ed i P r am a eng e mba r aan Kom ed i M i ste r i

Subgenre Komedi

Filem Cereka Melayu

Subgenre Lain

Penghasilan filem cereka Melayu yang mengalami peningkatan dari tahun ke tahun ini banyak disumbangkan oleh para penerbit filem Malaysia yang sentiasa aktif dalam menghasilkan filem. Ini sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh para penerbit filem dalam memastikan industri perfileman negara sentiasa berkembang positif. Tiga syarikat penerbit filem telah dikenal pasti sebagai antara penerbit yang paling aktif dalam menyumbang kepada peningkatan

pengeluaran filem dari tahun 2007-September 2011. Produksi-produksi tersebut telah menghasilkan sebanyak 71 buah filem daripada keseluruhan 126 buah filem (Graf 5). Ketiga-tiga syarikat penerbit filem ini menyumbang lebih 56 peratus daripada keseluruhan penghasilan filem dalam tempoh lima tahun ini. MIG Productions Sdn. Bhd. menjadi penerbit filem terbanyak dengan 32 buah filem sepanjang tempoh 5 tahun tersebut. Terdapat juga syarikat-syarikat penerbit filem ini yang saling berkolaborasi di antara satu sama lain dalam menghasilkan sesebuah filem (Lampiran A). Graf 5: Taburan Penerbit Filem Terbesar Tahun 2007-September 2011 12 Jumlah Filem 10 8 6 4 2 0 2007 2008 2009 2010 Sep11 Tahun Tayangan Unggul MIG Primeworks

Jika diteliti penghasilan filem daripada pengeluar terbesar negara ini, kita dapati wujud satu corak penghasilan filem yang telah dihidangkan kepada khalayak filem Malaysia. Berdasarkan Graf 6, analisis genre mengikut syarikat penerbit filem menunjukkan terdapat tiga genre utama yang menjadi pilihan mereka dalam menghasilkan filem cereka Melayu iaitu komedi, seram dan aksi. Melalui analisis ini, setiap subgenre akan diklasifikasi dalam satu genre utama bagi memudahkan penilaian dibuat. Sebagai contohnya subgenre komedi cinta akan dimasukkan dalam kategori genre utama komedi. Walaubagaimanapun, subgenre yang bertindan sama ada dikategorikan dalam genre komedi atau seram telah dikenal pasti dan hanya dimasukkkan dalam satu

genre utama sahaja mengikut piawaian populariti sesebuah kategori filem. Subgenre secara spesifik dijelaskan di dalam Lampiran A. Graf 6: Taburan Penghasilan Genre Utama Filem Cereka Melayu Tahun 2007September 2011
35 30 25 20 15 10 5 0
T. Un ggul wo rk s MIG

Lain-lain Drama Komedi Seram Aksi

KEDUDUKAN FILEM KEAGAMAAN (ISLAM) DI MALAYSIA Sepanjang tahun 2007 sehingga September 2011, daripada 126 buah filem yang telah dihasilkan hanya terdapat empat buah filem dari pelbagai kategori genre yang menyentuh secara langsung mengenai aspek keagamaan (agama Islam) (Jadual 6). Walaupun perbahasan dan kritikan perlu diutarakan mengenai naskhah keagamaan yang berlandaskan syariat di dalam filem-filem tersebut, namun secara zahirnya ia merupakan suatu usaha yang baik untuk mengangkat elemen keagamaan secara langsung menerusi filem. Justeru, filem-filem yang dikatakan mempunyai unsur-unsur Islam ini juga masih perlu diperbincangkan sama ada unsur-unsur Islam yang dimasukkan di dalam filemfilem tersebut bertepatan dengan syariat Islam yang sebenar.

Prim e

10

Jadual 6: Taburan Filem yang Memasukkan Unsur Keagamaan Tahun 2007-September 2011 Tahun Filem & Genre Pengarah Penerbit 2007 -Tiada2008 -Tiada2009 Muallaf (Drama) Yasmin Ahmad MHZ Film Sdn. Bhd Maut (Seram/Ngeri) Bade Hj. Azmi Tayangan Unggul Sdn. Bhd Syurga Cinta Ahmad Idham MIG Productions Sdn. Bhd. (Drama/Cinta) 2010 -Tiada2011 Nur Kasih The Movie Kabir Bhatia Filmscape Sdn. Bhd (Drama) Merujuk kepada statistik FINAS (2011) yang telah dibincangkan, hampir tidak wujud filem yang mengangkat elemen keagamaan sebagai inti pati utama perjuangan karya-karya pengarah Melayu (Muslim) di Malaysia. Sebaliknya masing-masing sibuk mengadaptasi karya genre Barat yang bertentangan dengan nilai budaya dan agama. Maka lahirlah filem-filem yang berlatarkan cara hidup Barat seperti Anak Halal, Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam dan sebagainya. Sedangkan negara-negara Islam lain berupaya mengangkat naskah filem yang hebat dalam memperjuangkan budaya dan agama melalui filem. Filem-filem dari negara Iran dan Indonesia sebagai contohnya berupaya mengekalkan nilai Islam mereka menerusi filem seperti Children of Heaven dan Ketika Cinta Bertasbih. Ini dapat dilihat daripada senarai genre yang dibincangkan hanya terdapat beberapa buah filem sahaja yang memasukkan unsur-unsur keagamaan dalam penghasilan karya mereka secara langsung. Adam (2008) menyatakan: Cuma dalam sibuk kita hasilkan filem lebih fiksyen, lebih romantis atau lebih drift, satu hal pengiat filem kita terlepas pandang ialah betapa kita gersang dengan filem yang menjunjung kesucian Islam. Filem sebenarnya menjadi perantara yang perlu sentiasa memperjuangkan mesej kebaikan kepada masyarakat. Ini dijelaskan oleh Abu Hassan (2009) yang mengatakan bahawa filem Melayu tidak boleh menjadi naskah hiburan semata-mata atau komoditi perniagaan kerana filem turut berperanan menyebar elemen kebaikan supaya menjadi contoh (dlm. Hasliza 2009). Filem dalam perspektif Islam adalah suatu proses memahami, mentafsirkan dan memperjelaskan sesuatu dengan betul dan diambil manfaat 11

daripadanya. Justeru, filem seharusnya menjadi naskah pembinaan tamadun yang diterima oleh Islam sebagai peradaban yang memenuhi segala keperluan sebagai assaadah as-sarmadiyyah (kebahagian yang tulen dan abadi), yang memenuhi amanah bahawa manusia sebagai khalifah Tuhan di bumi. Filem harus mengajar manusia supaya berfikir tentang dirinya sebagai hamba dan khalifah, mengajar bagaimana hubungan manusia dengan alam, dengan agamanya dan tanggungjawabnya kepada masyarakat seterusnya menyediakan manusia menemui jalan untuk kembali kepada Khaliq Maha Esa (Abu Hassan 2006). RUMUSAN DAN KESIMPULAN Senario perkembangan industri perfileman Malaysia memperlihatkan perjalanan filem Melayu hari ini yang tidak seimbang dari segi penghasilan genre filem. Pembikin filem tempatan memilih genre popular dalam meraih sokongan khalayak filem. Oleh sebab itu, genre komedi, seram dan aksi sejak akhir-akhir ini menjadi genre pilihan para penggiat filem. Ketidakseimbangan penghasilan genre filem ini amat membimbangkan jika dilihat dari aspek isi kandungan filem itu sendiri. Ini kerana, kebanyakan filem Melayu yang dihasilkan dalam genre komedi sebagai contohnya dilihat terlalu membodohkan khalayak dengan lawak slapstik yang ketinggalan zaman. Filem Melayu hari ini masih tidak mencapai suatu tahap kualiti isi kandungan yang boleh dibanggakan. Lawak-lawak bodoh sering dihidangkan kepada khalayak filem dengan menggunakan pelakon-pelakon yang boleh dijual nama dan pengaruh mereka. Begitu juga dengan genre dan subgenre seram seolah-olah menjadi fenomena baru para pembikin filem untuk disajikan kepada audien. Kebangkitan filem-filem seram ini begitu popular dengan kutipan box-office seperti Hantu Bonceng (8.52 Juta), Khurafat (8.08 Juta), Jangan Pandang Belakang (5.778 Juta), Mantra (2.74 Juta) dan Ngangkung (8.18 Juta) yang membuktikan sokongan khalayak filem dengan genre sebegini. Namun, dalam keghairahan pembikin filem menghasilkan filem-filem seram ini, timbul kegusaran bila mana soal akidah turut diperjudikan. Genre aksi pula menjadi pilihan dan kegemaran pengarah-pengarah muda seperti Syamsul Yusof, Farid Kamil dan Ahmad Idham. Genre aksi hari ini turut bereksperimen dengan menggabungkan beberapa subgenre lain seperti

12

drama aksi dan komedi aksi. Isu-isu dan permasalahan sosial remaja banyak diangkat dalam filem bergenre aksi seperti isu samseng jalanan dan juga kes-kes jenayah dan keganasan seperti dadah, rogol serta pembunuhan. Ini dapat dilihat dalam filem-filem seperti KL Gangsters, Remp-iT, V3 Samseng Jalanan, Impak Maksima dan Evolusi KL Drift dalam genre aksi yang berjaya di pawagam dengan berjaya mencapai kutipan boxoffice. Justeru, walaupun para karyawan filem hari ini lebih kreatif dalam bereksperimen dengan genre-genre baharu namun mereka masih gemar memilih genre komedi dan seram sebagai asas pilihan mereka. Ini dapat dilihat daripada penghasilan subgenre baru tempatan yang telah digunakan. Sebagai contohnya, genre komedi telah dikembangkan melalui kepelbagaian subgenre yang menjadi pilihan pengarah filem seperti komedi aksi, komedi cinta, komedi seram, komedi drama dan juga komedi komedi fantasi. Begitu juga dengan genre seram yang dikembangkan seperti seram komedi, seram misteri serta seram ngeri. Persoalannya, apakah senario yang berlaku dalam industri perfileman tanah air ini merupakan suatu yang positif atau menjadi titik tolak merudumnya filem cereka Melayu kelak. Apakah pencapaian box-office sesebuah filem menjadi kayu ukur maju dan berjayanya industri filem Melayu hari ini? Atau kejayaan filem Melayu itu sendiri dilihat daripada jumlah filem yang dihasilkan setiap tahun semata-mata. Isu kuantiti dan kualiti filem juga seharusnya diperbincangkan dengan lebih lanjut. Apakah dengan wujudnya pengarah yang mampu menghasilkan tiga atau empat filem ataupun sehingga lapan filem setahun sudah cukup membuktikan tahap kualiti filem Melayu telah berkembang maju? Filem yang bagaimana yang mampu menyumbang kepada kualiti filem di Malaysia? Pengarah dalam persepsi yang bagaimana yang mampu mengekalkan nilai komersial filem tanpa mengabaikan artisitik dan estetika filem? Jika ini yang menjadi ukuran dan landasan karyawan filem dalam menilai kejayaan sebenar industri perfileman negara, sebenarnya mereka telah terlepas pandang mengenai kepentingan aspek lain yang perlu dititik beratkan seperti estetika filem serta budaya dan juga agama melalui isi kandungan filem untuk sajian audien filem Melayu itu sendiri.

13

Hakikatnya menghasilkan filem bukan hanya demi keuntungan semata-mata namun apa yang lebih penting ialah untuk memenuhi tanggung jawab sosial mereka kepada negara, budaya, masyarakat dan agama. Kesedaran ini sememangnya mampu mengubah persepsi masyarakat yang hanya menilai filem sebagai bahan hiburan sematamata. Dengan ini akan lahir filem-filem yang berpaksikan budaya dan negara tanpa mengabaikan nilai moral dan agama masyarakat. Justeru, filem seharusnya diberikan peranan yang sewajarnya dalam membina tamadun bangsa yang beragama. Masyarakat Melayu Islam di Malaysia contohnya masih mengharapkan keajaiban sentuhan para karyawan filem yang menggunakan medium filem dalam menyebarkan nilai agama dan moral yang baik dengan diseimbangkan melalui penghasilan filem-filem yang bercorak keagamaan (Islam). Walaubagaimanapun, kedudukan filem Melayu yang bercorak keagamaan di Malaysia masih belum mencapai standard sebagai sebuah filem Islam yang sebenar. Namun, produk filem keagamaan di Malaysia masih dapat diletakkan dalam kategori filem yang berunsurkan Islam yang mana memasukkan elemen dan unsur Islam walaupun bukan secara sepenuhnya.

14

LAMPIRAN A Jadual A.1: Genre Filem Cereka Melayu 2007


Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. Judul Filem Syaitan Qabil Khusry Qabil Igam Puaka Tebing Biru Mukhsin Chermin Jangan Pandang Belakang Zombie Kampung Pisang Sumolah Waris Jari Hantu Diva Cinta Yang Satu Haru Biru Kayangan Impak Maksima Otai Budak Lapok 1957: Hati Malaya 9 September Misteri Orang Minyak Nana Tanjung 2 Cinta/ Komedi 21. Anak Halal Drama/ Aksi A. Razak Mohaideen Osman Ali Genre Seram Drama Seram/ Misteri Drama Seram/ Misteri Seram/ Misteri Komedi/S eram Komedi Seram/ Drama Muzik/ Drama Cinta Pengarah Bade Hj. Azmi Zaili Sulan Osman Ali Yasmin Ahmad Zarina Abdullah Ahmad Idham Mamat Khalid Afdlin Shauki Shuhaimi Baba Sharad Sharon Penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Sonata Film (M) Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Starry Eye Production Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Vision Works (M) Sdn. Bhd. Pesona Pictures Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Astro Show Sdn. Bhd. Wans Productions Sdn. Bhd. JAS Sdn. Bhd. Raden Pictures Sdn. Bhd. Excellent Pictures Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. Matahari Animation & Production Sdn. Bhd. Pesona Pictures Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Infohibur Productions Sdn. Bhd. NAJ productions Sdn. Bhd. Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Zulkiflie M. Osman Drama Shadan Hashim Komedi/C Raja Ahmad inta Alaudin Aksi Ahmad Idham Komedi/C A. Razak inta Mohaideen Animasi Patriotik/S ejarah Cinta/ Komedi Seram/ Misteri Anwardi Jamil Shuhaimi Baba Pierre Andre Jamal Maarif & C.K Karan

Sumber: Diubah suai dari FINAS (2007) dan Sinema Malaysia (2011) Jadual A.2: Genre Filem Cereka Melayu 2008 15

Bil. Judul Filem 1. Kala Malam Bulan Mengambang 2. 3. 4. 5. Cuci Dunia Baru The Movie Anak Duyung

Genre Pengarah Komedi/ Misteri Mamat Khalid Komedi Hans Isaac

Penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd Tune Entertainment Group Sdn. Bhd. Tall Order Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Komedi/ Yeop Hitler Pengembaraan Ngeri/Seram Barney Lee Fantasi/ Komedi A. Razak Mohaideen Drama Aksi Seram Cinta/Komedi Komedi Drama Drama Komedi/Cinta Seram Drama

6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

Akhirat Evolusi KL Drift Congkak Cinta U-Turn Apa Kata Hati? Pensil Sepi Im Not Single Susuk Kami The Movie

Senario The Movie-Episod Komedi 1 Tipu Kanan Tipu Kiri Komedi Budak Kelantan Wayang Selamat Pagi Cinta Drama Drama Cinta/Drama

Box Life Film Sdn. Bhd. KRU Studios Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. Syed Mohamed Sri Saheb Productions Sdn. Bhd. Syamsul Yusof Skop Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Ahmad Idham MIG Productions Sdn. Bhd. A. Razak Lineclear Motion Pictures Sdn. Mohaideen Bhd. Saw Teong Hin Tayangan Unggul Sdn. Bhd. M. Subash Abdullah Genius Parade Sdn. Bhd. Kabir Bhatia Primeworks Studios Sdn. Bhd. Pierre Andre MIG Productions Sdn. Bhd. Amir Muhammad & Primeworks Studios Sdn. Bhd. Naeim Galili Fariza Azlina & Primeworks Studios Sdn. Bhd. Effendee Mazlan Red Films Sdn. Bhd. Ahmad Idham MIG Productions Sdn. Bhd. Sharad Sharan Wan Azli Hatta Azad Khan Norliana Shamsuddin Azizi Chunk Afdlin Shauki Yusry KRU Astro Show Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. UiTM MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Vision Works (M) Sdn. Bhd. KRU Studios Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd.

Antoo Fighter Seram/Komedi Los & Faun Komedi Cicak Man 2-Planet Hitam Komedi/Aksi Histeria Brainscan: Aku dan Topi Ajaib

Seram James Lee Komedi/ Fantasi Ahmad Idham

Sumber: Diubah suai dari FINAS (2008) dan Sinema Malaysia (2011) Jadual A.3: Genre Filem Cereka Melayu 2009

16

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

Judul Filem Maut Sifu & Tongga Geng Pengembaraan Bermula Rasukan Ablasa Jin Hutan

Genre Seram/ Ngeri Komedi Animasi Seram Seram/ Misteri

Pengarah Bade Hj. Azmi A. Razak Mohaideen Nizam Razak A. Razak Mohaideen Jeffery Wong Bjarne Wong Yasmin Ahmad Pierre Andre Syamsul Yusof Ahmad Idham Ahmad Idham A. Razak Mohaideen Kabir Bhatia

Syarikat Penerbit Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. Les Copaque Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. Image Filmhosting Entertainment Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Hock Start Entertainment Industry Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Skop Productions Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. KRU Studios Sdn. Bhd. Galaksi Seni Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Dayang Digital Sdn. Bhd. Red Films Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. De Baron Sdn. Bhd. KRU Studios Sdn. Bhd. Alakazam Productions Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. MHZ Film Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Sayang...You Can Dance Cinta Talentime Jangan Tegur Bohsia...Jangan Pilih Jalan Hitam Syurga Cinta Jangan Pandang Belakang Congkak Skrip 7707 Setem Jin Notti Momok The Movie Pappadom Lembing Awang Pulang ke Dayang Pisau Cukur Senario The Movie Episode 2: Beach Boys Jalang My Spy Pulau Asmara Santau Muallaf Duhai Si Pari-Pari Drama/ Cinta Seram Aksi/ Drama Cinta/ Drama Komedi/Seram Seram Komedi/Aksi

Komedi/Fantasi Azhari Mohd Zain Komedi/Seram Komedi Sejarah Komedi/Cinta Komedi Drama Komedi Cinta Seram Drama M. Jamil Afdlin Shauki Majed Salleh Bernard Chauly Ahmad Idham Nazir Jamaluddin Afdlin Shauki Uttam Kumar Thangiah Azhari Mohd Zain Yasmin Ahmad

Komedi/Fantasi Azmi Mohd Hatta

Sumber: Diubah suai dari FINAS (2009) dan Sinema Malaysia (2011)

Jadual A.4: Genre Filem Cereka Melayu 2010 17

Bil. Judul Filem 1. Adnan Sempit 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 2 Hati 1 Jiwa Lu Pikirlah Sendiri The Movie Niyang Rapik V3: Samseng Jalanan Evolusi KL Drift 2 Semerah Cinta Stiletto Hooperz Belukar Andartu Terlampau 21 Hari Mencari Suami Lagenda Budak Setan Kecoh Betul Kapoww! Zoo Mantra Senario Asam Garam 4 Madu Magika Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Cuti-cuti Cinta Estet Crayon 2 Alam Ngangkung Aku Tak Bodoh Hantu Kak Limah Balik Rumah

Genre Komedi/ Drama Drama Komedi Seram Aksi Aksi Komedi/ Cinta Komedi Aksi/ Drama/ Cinta Komedi/ Cinta Drama/ Cinta Komedi/ Aksi Komedi/ Aksi Komedi/ Aksi Seram Komedi/ Cinta Komedi/ Cinta Muzikal/ Fantasi Komedi/ Seram Komedi/ Cinta Komedi/ Aksi Drama Drama

Pengarah Ahmad Idham A. Razak Mohaideen Aminah Raphor Ahmad Idham Farid Kamil Syamsul Yusof Ahmad Idham Rosihan Zain Jason Chong Din CJ Sharad Sharan S. Baldev Singh Ikhzal Ideris Azizi Chunk Azhari Mohd Zain Azhari Mohd Zain Hatta Azad Khan A. Razak Mohaideen Edry KRU Ahmad Idham Ahmad Idham Mamat Khalid Dean A. Burhanuddin Zarith Lokman Hairie Othman

Syarikat Penerbit MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd. Excellent Pictures Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Skop Productions Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd Preston Zaidan Production Sdn. Bhd. Big Production Sdn. Bhd. Astro Shaw Sdn. Bhd. Sri Saheb Production Sdn. Bhd. White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd KRU Studios Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Naga VXS Sdn. Bhd. Zioss Sdn. Bhd. Dr. Movie Production Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd Tayangan Unggul Sdn. Bhd.

Komedi/Ser Ahmad Idham am Komedi/ Borris Boo Drama Komedi/ Mamat Khalid Misteri

18

27. 28. 29.

Aku Masih Dara Janin Damping Malam

Cinta Seram Seram

Ahmad Idham Yeop Hitler Ahmad Idham

MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd MIG Productions Sdn. Bhd.

Sumber: Diubah suai dari FINAS (2010) dan Sinema Malaysia (2011)

Jadual A.5: Genre Filem Cereka Melayu sehingga September 2011 19

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26.

Judul Filem Khurafat HAQ Sini Ada Hantu Kembar Siang Hikayat Merong Mahawangsa Ratu The Movie ....Dalam Botol Cun Di Larang Masuk Senjakala Penunggu Istana Seru Momok Jangan Panggil Aku Kongsi Nur Kasih The Movie Karak Toyol Nakal KL Gangster 3 2 1 Cinta Rasuk Sekali Lagi Tolong Awek Aku Pontianak Flat 3A Senario The Movie Ops Pocot Karipap-Karipap Cinta Hantu Bonceng

Genre Seram Aksi Seram/Misteri/ Ngeri Komedi Sejarah/ Peperangan Pengembaraan Drama Komedi/Cinta Seram Seram Seram Seram/Misteri/ Ngeri Seram Aksi Drama Ngeri Komedi Aksi Komedi Cinta Ngeri Cinta Komedi Seram Seram Komedi Komedi Komedi Seram

Pengarah Syamsul Yusof Clhor, Jumaatun Azmi James Lee Hatta Azad Khan Yusri Abd. Halim A. Razak Mohaideen Khir Rahman Osman Ali Jeffrey Chiang Ahmad Idham Wan Hasliza Ming Jin Pierre Andre M. Jamil Farid Kamil Kabir Bhatia Yusri Abd. Halim Z. Lokman Syamsul Yusof Azhari Mohd Zain S. Baldev Singh Hashim Rejab James Lee Azhari Mohd Zain Ismail Bob Hashim Hafsham Ahmad Idham

Syarikat Penerbit Skop Production Sdn. Bhd. Kasehdia Sdn. Bhd. Astro Shaw Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Kru Studios Sdn. Bhd. LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd. J.A.S Sdn. Bhd. Nuansa Sdn. Bhd. & Tayangan Unggul Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Cineworks Sdn. Bhd. Excellent Pictures Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Galaksi Seni Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Primeworks Studios Sdn. Bhd Kru Studios Sdn. Bhd. Artistik Pictures Sdn. Bhd. Skop Production Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. Sri Saheb Production Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Tayangan Unggul Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. MIG Productions Sdn. Bhd. Cinematic Sdn. Bhd. Excellent Pictures Sdn. Bhd.

Sumber: Diubah suai dari FINAS (2011) dan Sinema Malaysia (2011)

20