Вы находитесь на странице: 1из 149

Emine Syenlikoglu

Projek E-Buku

Sebuah gerakan yang berusaha untuk menghayati semangat wahyu pertama IQRA yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW yang al-Amin. Dengan Maha Pemurahnya Allah SWT mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya melalui perantaraan kalam. Suatu penjelasan tentang sumber keilmuan adalah daripada Allah SWT. Ilmu adalah cahaya petunjuk kehidupan seperti matahari yang muncul di siang hari memberi penghidupan dan bulan hadir di malam hari memancar cahaya memberi petunjuk kepada manusia. Malah faham IQRA diadaptasi oleh Universiti Oxford melalui motto Dominus illuminatio mea dalam bahasa latin yang bermaksud Allah adalah sumber cahaya keilmuan. Tidak ada kepentingan untuk mengambil keuntungan daripada usaha ini melainkan berkongsi cahaya keilmuan yang boleh diperolehi. Digunapakai oleh relawan Grup Penjejak Tamadun Dunia Unisel dalam Diskusi Al-Amin. Kata falsafah Buku yang baik adalah buku yang dibaca berulang-ulang kali oleh ramai orang kemudian diulas serta dibahas. Seterusnya diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan untuk kehidupan yang bermakna. Semoga ada manfaat untuk generasi IQRA serta sebagai pencerahan minda.

Ibn Qadahus Nawzi Pengarah Projek E-Buku gptdunisel@gmail.com http://gptdunisel.blogspot.com http://facebook.com/gptd.unisel http://twitter.com/gptdunisel

Kata-kata aluan
Bismillah Ar rahman Ar rahim Assalammualaikum wbt. Jambangan kesyukuran terindah dirafakkan ke hadrat yang Esa atas limpah rahmatNya yang tiada batasan. Gugusan selawat dan salam seluas alam buat Rasul akhir zaman serta para sahabat dan para penerus perjuangannya sehingga Hari kemudian. Sesungguhnya sumbangan para penulis dalam dunia peradaban Islam telah sekian lama menjadi stimulus pemupukan ketamadunan Islam seantero sejagat. Liapatan sejarah menyaksikan rantaian epilog para ilmuan dan saterawan mengukir tugu-tugu peneguh aqidah dan sahsiah umat berwasilahkan lembaranlembaran yang dicoreti tinta dari pena-pena hikmat penuh berkat hasil ilham Rabbani yang mengaliri kesucian persada nurani insane-insan penulis yang sadiqin. Justeru, kelahiran terjemahan novel Maria adalah diharapkan dapat meneruskan mata rantai epilog perjuangan ini lantas memberikan sumbangan buat Islam dan umatnya. Segala usaha dan pengorbanan mereka yang telah berusaha kearah kelahiran novel ini wajar dipuji dan perlu dicontohi oleh semua masyarakat pelajar khususnya para Azhari yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Adalah diharapkan usaha-usaha murni seumpama ini tidak ternoktah sekadar di sini, bahkan mampu melangkaui segenap bidang yang wujud dalam lautan keilmuan Islam yang tiada bertepi. Akhirnya syabas diucapkan atas kelahiran novel terjemahan ini. Semoga segala lembaran keikhlasan dan kesungguhan yang dihamparkan selama ini oleh tangan-tangan yang hanya semata-mata mendambakan keredahan ilahi bakal menghasilkan natijah terbaik sebagaimana yang diharapkan, lantas diterima sebagai amal bakti di sisi ar Rahman. Sekian, terima kasih. Presiden, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)99

Sekapur sirih
Bismillah ar Rahman ar Rahim Setinggi pengabdian disandarkan ke hadrat Allah, tuhan pencipta sekian alam. Selawat serta salam buat junjungan agung Muhammad saw, sahabat-sahabat dan kerabat baginda serta pengikut-pengikut yang menjadikan ajarannya sebagai landasan hidup. Sememangnya setiap kerja yang dihasilkan tidak akan berjaya jika di sana tidak ada minat, semangat serta dorongan. Justeru, kewujudan stimulus yang berbagai itu terjemahan ini dapat disiapkan untuk tata-pan pembaca semua. Segala-galanya bermula dari semangat ingin mengenengahkan keagungan Islam dalam membasmi kekufuran dan kebinatangan yang dicetuskan oleh makhluk yang bernama manusia, seterusnya membebaskan mentaliti umat Islam dari belenggu momokan kuffar yang sentiasa menginginkan Islam terkubur atau terlambat dalam masjid-masjid. Tapi janji Allah itu amat benar. Fajar Islam akan menyinsing lagi buat kesekian kalinya setelah sekian lama tabir malam berlabuh, semenjak pemergian junjungan besar dan khalifah-khalifah baginda. Maria, sebuah novel bercirikan sastera Islam garapan penulis terkemuka Turki yang dapat mengubat kealpaan umat Islam terhadap bahayanya ancaman Ateis dan Kristian. Selain itu novel ini juga menyelitkan episode cinta yang berlatar belakangkan Islam. Kalau dikaji secara terpeinci dari apa yang dirancangkan oleh mereka semenjak puluhan tahun dahulu telah terjawab sekarang. Namun di atas bahu siapakah terpikulnya amanah agar Islam terjulang kembali dengan menyedarkan penganutnya dari igauan material dan keralitan duniawi. Pada hemat saya dengan berwahanakan wacana sastera seperti ini adalah merupakan salah satu jalan bagi menyuburkan pohonan Islam yang hamper kering dan layu. Sayangnya ramai yang meminggirkan lapangan ini dari diterjemahkan ke dalam hidup mereka khususnya daripada kalangan cendikiawan dan sasterawan Islam walaupun keberkesanannya amat terserlah. Harapan saya seluruh cendikiawan dan sasterwan Islam agar menjenuhkan lagi lapangan sastera dalam penulisan novel dan tabloid yang berunsurkan pengabdian kepada Allah dalam setiap lapangan hidup bagi mendepani arus kemodenan yang semakin merancak.

Akhir kata saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan novel terjemahan ini dan mengalu-alukan kritikan yang membina serta memhon jutaan maaf di atas sebarang kepincangan yang terdapat di dalamnya.

Wallahualam. Penterjemah, Al Ustaz Mohd Rafizi Dollah (ppiji) Kaherah 29 Zulkaedah 1419 17 Mac 1999

Coretan Penulis
Pembaca yang budiman. Ingin saya coretkan beberapa noktah penting berkenaan dengan novel ini. Hanya berkisarkan tentang sebuah kisah benar yang telah berlaku di negara Jerman sekitar tahun 30-an berkaitan dengan seorang gadis yang bernama Mary (Maria). Kisah ini saya dengarinya sendiri dan amat menrik sehingga mengheret saya kepada mengkaji tentang kesahihan cerita tersebut, khususnya mengenai perkara yang berkaitan dengan ideology. Justeru itu, memaksa saya meneliti secara lebih terperinci. Khususnya bagi membuktikan kesahihan cirri-ciri yang berkaitan dengan adeologi Atiesisme, begitu juga dalil-dalil yang terdapat dalam novel ini sama ada nas dari al Quran, kitab Injil atau akhbat-akhbar disodok atau dipetik berdasrkan kepada sumber asli. Ramai yang merasa hairan kenapa saya sentiasa menitik beratkan persoalan cinta dalam karyakarya saya. Sebenarnya persoalan cinta bukan suatu perkara baru, malah ianya sering diperkatakan semenjak beribu-ribu kurun dahulu. Buktinya dalam al Quran Allah Taala menceritakan kisah Zulaikha, isteri pembesar Mesir telah jatuh cinta kepada Sayidina Yusuf a.s. Firman Allah Taala yang bermaksud: Sesungguhnya telah mendalam cinta hatinya (terhadap Yusuf). Secara realitinya boleh dikatakan 90% daripada kalangan manusia terjebak dalam kancah percintaan. Jadi amat munasabahlah kalau kita menitikberatkan persoalan ini. Dalam menangani persoalan ini juga kita berkewajipan menerangkan kepada muda-mudi yang beragama Islam mengenai agama Islam yang sebenarnya, khususnya konsep menyintai Allah. Bagaimanakah perspektif agama Islam mengenai cinta agar mereka tidak tergelincir dari cinta yang telah digariskan oleh agama Islam seperti menyintai mereka yang tidak beriman kepada Allah. Sememangnya tidak dapat dinafikan banyak berlaku dewasa ini, dengan kata lain, adalah menjadi kewajiapan kepada kita untuk mengambil berat perasaan, hati seseorang serta pemikiran mereka. Sekarang jelas terbukti bahawa Islam itu indah. Ia mengambil berat segala aspek kehidupan manusia hatta keinginan tabie manusia pun diawasinya.

Harapan saya kepada pembaca semua agar membaca hasil karya yang berbentuk aliran pemikiran, yang dipaparkan dalam bentuk kisah novel. Sekiranya novel ini (yang diterjemahkan juga dalam bahasa Jerman) mencapai selera pembaca semua, saya dengan berbesar hati menyeru sidang pembaca agar dapat memberikan komentar yang sewajarnya. Moga-moga novel ini dapat dibaca dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Semoga Allah mencucuri limpah rahmatNya ke atas sidang pembaca semu, justeru mereka dirahmati Allah akan dijauhi azab nerakaNya di hari pembalasan kelak. Amin..

Emine Syenlikoglu Istanbul 1 September 1992

Wahai pemuda dan pemudi seperti Henz dan Mary, tampillah kalian semua!!!
Wahai gadis Inggeris, Peranchis atau Jerman kamu Setiap kali kau laungkan kebebasan dunia bagaikan tercekik!!! Bergegar bagaikan mesin Nyawa-nyawa ingin jadikan manusia mulia Sayangnya dosa menjadi penghalang Wahai manusia.. Arab atau Turki kalian penderhaka atau yang bergelumang dengan noda dan dosa Ingatlah Allah sahaja yang berhak kalian sembah hancurkanlah semua berhala Kenalilah Islam pelajari dan ketahuilah ia Kalian tidak akan dapat lari dari Allah KepadaNya kesudahan kalian Lihatlah kebatilan di sekelilingmu Inikah yang dinamakan kehidupan insani? Jika itulah kehidupan insani Di mana agaknya alam yang dikatakan bercorak kehidupan kebinatangan? Emine Uzgan Syenlikoglu Istanbul 1 September 1992

Maria Akan ku ceritakan kepada kalian titik mula perubahan perjalanan kisah hidupku.
Suatu hari disebuah perhentian bas, ketika itu salji turun dengan lebat sekali. Sementara dalam kekalutan penduduk kota mengerumuni perhentian bas untuk menuju ke destinasi masingmasing, kelihatan seorang pemuda yang sebelum ini pernah aku melihatnya turut sama menunggu bas di perhentian bas tersebut. Aku merasa hairan melihat pemuda itu, dia amat berlainan sekali. Cara dia berdiri menunggu bas, jelas di wajahnya terbayang seolah-olah dia sedang memikirkan sesuatu. Mengapa ya? Perwatakannya seperti seorang pemuda dari Benua Afrika. Dia kelihatan sedih. Mengkin sedang memikirkan masalah kebuluran yang dialami oleh keluarganya. Aku merasa ragu-ragu. Kiranya aku mempelawa naik keretaku, adakah dia sudi atau sebaliknya? Selepas berfikir panjang aku menghampiri dan mamberhentikan kereta hamper dengannya lantas bertanya adakah dia boleh bercakap dalam bahasa Jerman. Boleh sikit-sikit. Silakan naik, saya akan hantar awak. Dia merenung ke mukaku lantas menjawab sambil menundingkan jarinya kea rah dua orang gadis yang juga turut sama menunggu bas di situ. Adakah awak juga akan mempelawa mereka berdua? Aku terpaksa menumpangkan kedua-dua orang gadis itu, tapi hanya seorang sahaja yang sudi lalu duduk di sebelahku. Pemuda Afrika tadi duduk di belakang. Boleh saya tahu, mengapa awak mempelawa saya naik kereta awak? Adakah kita saling mengenali antara satu sama lain atau pernah berjumpa sebelum ini? Sebenarnya, saya sering melihat awak menunggu bas di perhentian bas itu. Memang saya seorang yang suka mengambil berat hal ehwal masyarakat, lebih-lebih lagi orang dari Benua Afrika. Kalau awak nak tahu Afrika adalah tempat yang paling saya simpati. Ya eloklah tu, tapi kenapa awak memilih saya? Boleh saya tahu tempat mana di Afrika yang menjadi pilihan simpati awak itu? Saya amat simpati di tempat mangsa yang mengalami kebuluran dan juga tempat manusia yang memakan daging manusia. Pemuda itu kelihatan murung.

Setahu saya, tiada terdapat di Afrika tempat yang cik maksudkan itu, malah ia hanya semata-mata satu pembohongan daripada penjajah. Sebenarnya saya dari negara Mesir. Kami tidak pernah pun memakan daging manusia, sebaliknya kami pernah menyaksikan mereka memakan daging-daging kami. Inilah kalau boleh ianya dikatakan dosa kami... Pelik juga ya, awak petah bercakap bahasa Jerman. Mengapa awak mempelajari bahasa ini? Sebenarnya keadaan yang memaksa saya. Siapa nama awak? Abdul Wahab. Nama saya Maria. Saya berketurunan Perancis. Ya. Saya teringat sesuatu. Mengapa awak mempelajari bahasa kami sedangkan kami sedikit pun tidak mengambil berat tentang bahasa awak? Sebenarnya awak sengaja meletakkan jari awak di tempat luka kami. Kamu bangsa penjajah. Semenjak kamu menjajah negara-negara umat Islam, menyebabkan kami umat Islam berkeadaan sebagaimana sekarang ini. Kamu sentiasa berusaha sedaya upaya agar kami mengamalkan cara hidup kamu. Oh! Kalau begitu awak ingin beritahu saya yang umat Islam itu bodohlah. Kenapa mereka dijajah? Soalan aku tadi telah mengena sasarannya sehingga menyebabkan pemuda tadi tunduk berfikir sejenak. Kelihatan manik-manik jernih mula memenuhi kedua-dua kelopak matanya. Ya., sebenarnya kamu telah jadikan mereka bodoh dengan cara menjajah hati dan jiwa mereka. Kalau begitu mengapa kamu sebagai orang yang beragama Islam datang membanjiri negara-negara kami? Pemuda tadi menjawab dengan nada kesal. Cik, adakah awak mempelawa saya naik kereta awak hanya semata-mata untuk mengajukan soalan seperti ini? Kalau begitu silakanlah, nikmatilah segala persoalan yang akan diajukan kepada saya. Secara lumrahnya seoarang ibu yang anaknya dibaham beruang akan sentiasa mengerumuni persekitaran sarang beruang tersebut. Sebenarya kami telah kehilangan sebahagian besar daripada benda-benda yang amat berharga samada moral mahupun material sewaktu didi bawah penjajahn barat khususnya pihak Inggeris. Semuanya kamu rampas daripada kami sehingga jadilah kami sekarang ini pengikut kamu. Cuba awak renungkan, sewaktu saya menunggu bas dalam keadaan cuaca bersalji, awak duduk dengan penuh selesa memandu kereta mewah. Kalau awak nak tahu, salah satu dari empat tayar kereta awak itu adalah keupayaan saya

dan yang dua lagi keupayaan dua orang adik saya. Kamu ambil daripada kami kemudiankamu reka dalam bentuk yang berbagai-bagai. Sekarang kamu bermegah-megah dengan rekaan itu di hadapan kami. Saya harap awak jangan salah faham, bukan awak yang saya maksudkan Cik Mary. Nama saya Maria bukannya Mary, tapi tidak apalah kalau awak senang menyebutnya dalam bahasa Inggeris. Maafkan saya, saya tak perasan tadi. Gadis yang duduk disebelahku hanya diam membisu. Sebentar kemudian dia menoleh kea rah pemuda Mesir tadi lantas bertanya. Adakah awak ingin beritahu yang kami ini satu bangsa yang mencabuli hak-hak orang lain? Sudahlah cik, tak usahlah kita bincangkan perkara ini kerana ianya akan mengundang perasaan gelisah di hati saya. Oh begitu nama saya Monica. Saya memang berminat untuk mengetahui beberapa pekara di bumi Mesir, contohnya pyramid. Adakah ia sebagaimana yang kita baca dalam buku. Sudah adakah orang yang mengkajinya dan bagaimana ia dibina? Pemuda tidak menjawab. Ya, tapi saya suka menambah tentang proses pembinaannya. Apa dia? Orang Barat ketika bercakap mengenai pyramid secara langsung menuduh Firaun menggunakan hamba-hamba serta orang tawanan bagi proses pembinaannya, kerana cara itu sahajalah Firaun mencipta ketemadunan. Tapi hakikatnya bukan begitu. Eh, peliklah awak ni. Asyik cari peluang untuk menuduh Barat sedangkan awak berada di sini! Cik, agama Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk pergi ke negara musuh dan mengambil faedah daripadanya. Sebaliknya apa yang dilarang oleh ajaran Islam ialah menjadi hamba kepada musuh. Perkara yang kedua ini kami lontarkan jauh dari sudut hati-hati kami. Manakala perkara pertama ialah kami perlu mencuba untuk mengambil manfaat bagi perkara yang menjadi keperluan kepada kami serta wajar dititikberatkan, seolah-olah ianya merupakan suatu kewajipan ke atas kami orang-orang Islam. Kerana terlalu asyik berbual-bua, tanpa disedari kami sudah pun hampir sampai ke destinasi. Aku rasa ingin sahaja menukar tajuk perbualan tadi kerana setiap kali pemuda Mesir itu meneruskan percakapannya aku merasakan diriku ini seperti lipas-lipas yang menjijikkan. Namun apa yang menarik perhatianku mengenai pemuda ini ialah keperibadiaannya. Dia amat berlainan

berbanding dengan sebilangan pemuda di tempat kami. Tanpa aku sedari terlontar pertanyaan dari bibirku. Awak sudah kahwin? Belum, saya baru sahaja bertunang. Dimana tunang awak? Dia sekarang berada di Mesir. Pernah dia keluar bersama lelaki lain semasaketiadaan awak? Cik, apa yang cik cakapkan ni? Kami bukannya seperti masyarakat barat. Kami tidak akan membenarkan isteri-isteri atau tuning-tunang kami keluar rumah berfoya-foya dengan lelaki lain, lagi pula perbuatan sedemikian dikira terkeluar dari sisi agama kami. Hanya orang yang tidak patuh pada agama sahaja yang berbuat demikian.. Jawabnya dengan penuh yakin. Bagaimana pula dengan kaum lelaki. Adakah kaum perempuan muslimah sahaja yang dilarang daripada berbuat demikan. Tidakkah kaum lelaki juga sepatutnya dilarang sebagaimana kaum perempuan? Ya, kaum lelaki juga pun wajib begitu. Akidah kami sama sahaja antara lelaki dan perempuan. Contohnya seorang muslim diharamkan melihat perempuan yang halal berkahwin dengannya begitu juga halnya dengan perempuan muslimah. Dan lagi, hukuman penzina adalah sama di antara lelaki dan perempuan. Tapi yang mendukacitakan, penjajah Inggeris sekarang telah menipu muda-mudi IslamMesir. Alhamdulillah, untung kerana tunang saya tidak tergolong bersama mereka yang tertipu. Sekurang-kurangnya dia tidak mengkhianati agamanya atau pun mengkhianati saya Ya tuhan, tak pernah aku temui lelaki yang terlalu mempercayai tunangnya. Sungguh indahbahasa pertuturannya dan alangkah menariknya cara dia menceritakan perihal tunangnya. Oh, alangkah bertuahnya aku kalau kau juga seperti pemuda Mesir ini Henz. Tapi Henz seorang pemuda yanng bertamadun. Impian ini terlintas dibenakku setelah mendengar penjelasan darinya tadi. Aku mengimpikan pemuda seperti ini. Dan aku amat mengimpikan agar sikap Henz sepertinya jua. Sewaktu keretaku meluncur menghala ke jalan lain; jalan yang bakal kami bertiga akan berpisah,kami masih lagi rancak berbual. Sebelum ini aku memang bencikan orang-orang Islam tapi pemuda ini amat berlainan. Sikapnya ramah sekali. Tutur kata yang keluar dari bibirnya menyayatkan hati dan terkadang mengguris perasaanku. Aku amat tertarik. Sebelum kami sampai ke destinasi masing-masing, sempat lagi aku melontarkan pertanyaan untuk mengujinya.

Saya rasa awak penuntut universiti, bukan? Pernahkah awak cuba untuk mendampingi gadis-gadis Jerman? Oh ya! Mereka pernah cuba mendampingi saya tapi saya seorang pemuda yang bermaruah dan patuh pada ajaran agama. Saya sama sekali tidak akan bertolak ansur khususnya dalam hal-hal yang membabitkan kehormatan. Apa yang awak cakap ni? Kita sekarang hidup zaman mana? Sekarang ini manusia amat memerlukan teman. Dia kelihatan termenung. Beberapa detik kemudian menjawab. Cuba Cik Maria renung sejenak. Lebih setengah juta kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang serta didikan ibubapa kerana berpunca daripada jenis hubungan muda-mudi yang awak katakan tadilah. Saya rasa paling rasional kalau kalian memikirkan nasib malang yang bakal menimpa kanak-kanak hasil daripada hubungan tersebut sebagaimana kalian terfikir untuk memuaskan nafsu kebinatangan kalian itu! Aku mula merasa bingung penjelasannya. Bodohkah pemuda ini atau... Ah! Anehnya, masih ada lagikah di kalangan orang-orang Islam yang lemah tetapi bersuara lantang dan meyakinkan? Sebelum ini aku rasa cukup simpati bila mendengar ayahbercakap tentang keadaan mereka. Setelah sekian lama berbual, akhirnya kami sampai di perkarangan kuliah tempat dia belajar. Sebelum meninggalkan kami berdua dia mengucapkan terima kasih. Aku membalasnya dengan nada gurauan. Tak payahlah awak ucapkan terima kasih kerana tayar kereta yang pertama ini milik awak dan yang dua lagi milik dua orang adik awak, bererti saya telah menghantar awak dengan kereta awak sendiri. Jadi tak usahlah awak ucapkan terima kasih. Dia terus meninggalkan sambil melemparkan sekuntum senyuman. Petang itu, sewaktu aku baru sahaja pulang dari kuliah, emak memberitahuku yang ayah sedang sibuk membuat persiapan bagi persidangan tahunan yang akan diadakan di rumahku. Aku memang tidak berpuas hati dengan ayah lantas aku bertanya emak. Tiap-tiap tahun ayah kata kawan-kawannya berkumpul di sini. Apa yang mereka bincangkan dalam perhimpunan tu mak? Ingin benar aku mengetahuinya. Emak seorang pengikut setia serta taksub kepada agama Kristian mazhab Katholik. Dia terlalu membenci ayah kerana tidak terikat dengan mana-mana agama. Emak menjawab pertanyaanku dengan nada marah. Ayah kau dan kawan-kawannya ingin jadikan penduduk bumi ini sepertinya! Cuba kau tengok. Dia sudah hamper-hampir dapat menghapuskan peranan gereja. Kalau ayah kau tahu

keadaan kita berdua cuba untuk menghalang usahanya pasti dibunhnya kita nanti. Usahlah kau bermimpi lagi. Emak bimbang kau juga akn termakan dakyahnya itu. Apalah mak ni, saya kan sudah dewasa dan tahun depan saya akan jadi seoarang wartawa, pun begitu mak masih tidak percayakan saya? Emak memamng begitu. Dia amat bimbangkan kalau-kalau aku menjadi seorang Aties seperti ayah atau paling tidaknya berfikir sebagaimana ayah berfikir. Huh, cuba bayangkan betapa susahnya bagi seoarang yang dilahirkan dalam sebuah keluarga, ibu seorang yang berpegang teguh serta taat setia kepada agama manakala ayah pula seorang Atirs. Oh, susah betul! Sebenarnya sebelum ini aku telah menaruh syak kepada jiranku yang bernama Encik Micheal yang tinggal bersebelahan dengan rumahku. Semenjak 20 tahun lalu, aku masih teringat lagi, suatu hari sewaktu aku berumur 5 tahun, Encik Micheal secara tiba-tiba muncul dihadapanku. Ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke rumah . Kau tahu Maria, aku adalah ayah kandungmu yang sebenar. Kalau tak percaya, tanyalah ibumu! Apabila mendengar kata-kata Encik Micheal, aku mula dihantuii perasaan curiga terhadap ayah. Ingin sahaja aku bertanya kepada emak tapi, ahh. Semenjak hari itu aku membesar dalam keadaan syak dan ragu-ragu. Siapakah ayahku yang sebenarnya? Namun begitu, aku amat menyayangi ayahku sekarang walaubagaimana buruk sekalipun. Ayah bertugas sebagai seorang pegawai ketika di Peranchis. Kami sekeluarga berhijrah ke Jerman atas urusan kerja ayah tapi hingga kini, aku masih belum pasti apakah bidang pekerjaan ayah di sini sebenarnya. Aku memendam cita-ciat untuk mengetahuinya. Ayah seoalholah seorang jutawan. Apakah rahsia di sebaliknya? Gaji ayah hanya 20 ribu mark. Emak pernah memberitahuku, ayah bekerja sebagai seorang perisik. Entahlah, yang penting ayah mendidikku dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Di hatinya tiada sebarang syak yang aku ini anak perempuannya. Kalau sebaliknya, mustahil dia akan mengambil berat tentang aku. Kami mendiami sebuah villi ayang agak mewah. Di dalamnya terdapt beberapa buah bilik, ruang tamu yang luas dan sebuah dewan yang besar yang mampu menampung lebih 150 orang audien. Pendek kata rumah kami dibina kahas seperti sebuah panggung wayang. Aku masih tertanya-tanya bagaimana ayah boleh menjadi sekaya ini sedangkan dia hanya anak seorang peladang. Huh! Pening, bagai nak pecah kepalaku memikirkannya. Untuk melepaskan rasa bosan aku meminta izin dari emak untuk mendengar apa yang dibincangkan oleh ayah dan kawan-kawannya dalam dewan yang tertutup rapat itu. Aku perlahan menghampiri dewan dengan harapan dapat mendengar perbincangan mereka, tapi sepatah

perkataan pun tidak dapat aku dengari. Geram betul. Apalah yang mereka bincangkan dalam dewan itu? Emak sedang sibuk di dapur. Aku menghampirinya. Mak, geram betullah, sepatah perkataan pun saya tak dapat dengar! Bill mana mak? Emak mengalih mukanya dariku, dengan wajah murung dia menjawab. Kemana lagi kalau tidak bersama ayahmu dalam dewan tu. Tak tahulah apa akan jadi kalau ayahmu jadikan Bill macam dia. Huh! Aku begitu sedih setelah mendengar keluhan mak, juga berkecil hati atas tindakan ayah. Mengapa aku tidak diajak sama menghadiri mesyuarat sebagaimana adikku serta jejaka idamanku dalam dewan itu? Sebelum fajar menyinsing, mereka keluar dari dewan tersebut. Aku bergegas mendapatkan ayah lalu memeluknya dengan penuh manja. Ayah, geram betullah, mengapa ayah tidak mengajak saya untuk turut serta dalam mesyuarat sebagaimana Bill dan Henz? Kalau kau seperti Henz dan Bill dan lagi kau dapat buangkan taksub agama serta mendengar cakap ku, akau akan berikan kau tugas penting. Ayah menjawab pertanyaan ku tadi dengan nada tegas lantas bergegas ke tingkat atas untuk berehat. Tinggallah aku keseorangan dalam dewan besar itu. Aku keluar mendapatkan Henz dan Bill untuk mengetahui perkara yang telah mereka bincangkan tapi sayangnya mereka berdua hanya diam sahaja. Kami saling berpandangan kemudian mereka berdua meninggalkan aku. Bill, apakah rahsia yang kau sembunyikan daripada aku hah? Sebelum kau juga yang pernah memberitahu aku akan jadi pendakwah yang berjaya! Aku berteriak langtang melepaskan geram yang sejak dari tadi lagi aku memendamnya. Bill teragak-agak menjawab soalanku. Kesiahan betul gadis Katholik seperti kau ni Maria. Kau asyik menunggu pertolongan dari tuhanmu. Jesus menyebabkan kau tidak pernah memahami erti kehidupan masa kini. Bagaimana hendak aku terangkan kepada kau rahsia kami? Balas Bill dengan nada mengejek. Darah di kepalaku mula mendidih. Aku terus membalingnya dengan pasu bunga yang terletak di atas meja ruang tamu. Celaka kau Bill, kau munafik. Engkaukah yang bercakap tentang rahsia itu wahai budak pendek? Sebenarnya kau hanya ingin memenangi hati ayah dengan sikapmu yang hipokrit Bill! Kau tak ubah seperti Father Nuel. Belum habis aku menyumpahnya Bill terus mempermaikan aku sambil ketawa berdekahdekah.

Tengok tu Henz gadis yang kau kasihi, untuk menyumpah aku guna perumpamaan yang diambil daripada dongengan gereja. Tak tahulah kenapa kita tidak hantarkan sahaja dia ke gereja untuk berkhidmat di sana, manalah tahu kalau-kalau nanti akan wujud Mother Theressa buat kali kedua sekarang. Dengar sini Maria. Urusan dunia sekarang tidak akan berjaya hanya dengan cara mengharapkan rahmat dari tuhan. Yang menjayakannya hanyalah kepintaran akal manusia semata-mata. Kau masih mentah lagi Maria, masih belum faham. Kalau kau nak tahu, agama Kristian sudah pun ranap sekarang. Begitu juga dengan agama Islam di ambang kehancuran. Tidak lama lagi kami akan hancurkan agama Islam sebagaimana kami lakukan ke atas agama Kristian. Manusia hanya perlu menggunakan akal seratus peratus dalam menentukan kejayaan dalam kehidupan mereka. Pergilah kau, habiskan pengajianmu dalam bidang kewartawanan kemudian tulislah berkenaan dengan paderi-paderi tu. Bagaimana mereka bertaws-sul dengan tuhan dan lagi kalau boleh, mintalah dari mereka kunci-kunci syurga ha... ha... ha... waktu itu kau akan menjadi sebagai orang tengah aku. Manalah tahu kalau-kalau aku juga dapat memilik kunci syuga itu! Kata-kata Bill hampir mambuatkan aku gila. Tiba-tiba emak muncul. Bill! Aku tidak rela air susu yang kau minum dari dadaku sewaktu kau kecil dahulu, kau memang bangsat Bill! Berani kau menghina gereja-gerja suci dan paderi-paderi kami. Angkara ayah kau kah semua ini Bill? Awas kau! Aku akan laporkan hal ini kepada Majlis Gereja. Kau akan menyesal nanti! Rupa-rupanya dari tadi lagi emak memerhati pertengkaran kami. Tak mengapalah mak. Mak pergilah laporkan kes ini kepada Majlis Gereja dan jangan lupa ya, sampaikan salam saya kepada semua paderi o.k. Balas Bill mengejek. Emak bergegas menuju kebahagian hadapan rumah meningalkan kami dengan perasaan marah dan hampa. Aku naik panik melihat keadaan emak. Aku menghalakan mukaku ae arah Henz. Kau, kenapa kau diam Henz. Kenapa kau tidak katakan sesuatu? Cuba kau tengaok Bill tu, tanpa segan silu menghina akidah yang kau imani Henz! Apa yang boleh aku lakuakan Maria. Seseorang bebas mengeluarkan dan mempertahankan pendapatnya dan aku pula menyokong penuh fahaman ini. Tapi Henz, apa yang dilafazkan oleh Bill itu bukannya ideologi tapi penghinaan terhadap akidah dan gereja kita namanya. Sanggup kau berdiam diri Henz? Dengar sini Maria. Sebenarnya aku sekarang telah pun mengaut fahaman Ateis. Aku tidak mahu masuk campur dalam pertikaian kamu adik beradik. Untuk pengetahuan mu, perkara

yang paling penting pada masa sekarang ialah ilmu bukannya agama. Sudahlah, tidak perlu kita bincangkan lagi perkara ini semua. Mari kita minum wiski. Hari ini hari perdamaian, pertikaian sebenrnya tidak mendatangkan apa-apa faedah. Ya, baru aku tahu sekarang mereka berdua bersekongkol dengan ayah. Patutlah mereka sekarang nampak bertambah erat lagi. Beberapa minit kemudian ayah turun lalu menuju ke ruang tamu mendapatkan Bill. Bill, beritahu orang gaji supaya menyiapkan dewan besar sebab persidangan kita akan dilaksanakan esok; hari Ahad. Tetamu akan hadir sekitar 25 orang sahaja. Mereka semua adalah orang-orang penting. Baru aku tahu sekarang, perhimpunan hari ini khususnya untuk orang-orang Kristian yang telah disuntik dengan kefahaman Ateis kerana hari ini hari Sabtu. Manakala esok , hari Ahad adalah dikhaskan bagi oarang Yahudi kerana orang Yahudi tidak bekerja pada hari Sabtu. Patutlah dalam perjumpaan mereka hari tidak kelihatan seorang pun orang Yahudi. Malam itu aku tidak dapat tidur kerana perasaan sedih dan hampa menghantui jiwa. Aku berdoa kepada Tuhan Jesus, Mariam dan Mother Theressa agar menolong aku dan emak. Kalau tidak, mereka semua akan berjaya menghancurkan kami semua serta akidah yang kami imani. Sewaktu mengelamun aku terfikir tentang persidangan yang bakal diadakan esok. Terlintas di fikiran satu idea baru. Perlahan-lahan aku bangkitdari katil dan menuju ke dapur. Lama juga aku tercegat di situ memikirkan bagaimana caranya agar dapat aku mengikuti perbincangan mereka nanti. Aku bertekad untuk mencungkil rahsia mereka. Tapi bagaimana ya? Bagaimana kalau aku beritahu emak, sekurang-kurangnya dia akan dapat menolongku. Aku rasa elok aku bersembunyi dalam dewan itu sebelum persidangan bermula, lagi pun aku mahir dalam bahasa Perancis, Inggeris dan Turki. Segala apa yang akan mereka rancangkan nanti dapat aku memahaminya. Kedengaran dari ruang atas rumahku tapak kaki orang sedang berjalan menuruni tangga. Aku mula berasa takut. Adakah ayah mengetahui apa yang sedang aku fikirkan? Semakin lama bunyi tapak kaki semakin jelas kedengaran. Aku terkejut, yang berdiri di depanku adalah emak rupanya. Emak juga tidak dapat tidur kerana memikirkan pertengkaran antara kami petang tadi. Emak menghampiriku. Kau tak tidur lagi Maria? Ya mak, saya tak dapat tidur. Ya, mak juga tak dapat melelapkan matakerana memikirkan sikap Bill. Sungguh berani dia menderhakai mak. Mak rasa kita mesti cari jalan keluar. Kita juga mesti mengetahui apa yang akan mereka bincangkan besok. Balasemak.

Saya memikirkan perkara yang sama mak. Apa pendapat mak kalau saya bersembunyi dalam dewan, tempat persidangan mereka. Mak tahu, mereka yang akan hadir nanti, ada yang dari Mesir, England dan Amerika. Emak mengeluh panjang. Ya, suatu perkara besar pasti akan berlaku... Emak menyambung. Ayah kau tidak pernah pun memberitahu mak mengenai gajinya semenjak beberapa tahun yang lalu. Kadang-kadang terlintas juga di hati mak untuk membunuh ayahmu. Tadi mak hampir-hampir menembaknya dengan pistol, tapi mak tak sampai hati, lebih-lebih lagi mak takut dipulau oleh gereja nanti. Emak memberitahu dengan nada kesal. Mungkin telah terlalu lama dia menanggung derita angkara sikap dingin ayah. Jangan mak. Jangan mak lakukan perkara terkutuk itu! Emak terdiam seketika setelah mendengar nasihatku. Tapi dia.. Kata-kata emak terputus di situ. Adakah dia ingin memberitahuku orang yang aku anggap ayah selama ini sebenarnya bukan ayahku? Cepat-cepat aku menukar tajuk lain. Aku tidak sanggup mendengarnya. Ya mak, besok kalau ayah tanya, mak beritahulah yang Maria ke panggung wayang bersama Mary. Baiklah mak setuju. Mak rasa itu satu idea yang bagus. Setelah selesai berbincang di dapur bersama emak, aku terus ke bilik tidur. Dalam hati aku merasakan puas. Malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali.

****************

Hari Ahad Tempat


persembunyianku dalam dewan nanti telah aku bincangkan dengan emak. Setelah semuanya siap diatur, tepat kam 11:00 pagi aku berpura-pura memberitahu ayah dan Bill untuk ke panggung wayang. Ayah tidak cerewet orangnya. Setelah aku pastikan mereka menyangka aku telah pun pergi, perlahan-lahan aku menyusup masuk ke dalam dewan besar tersebut tempat mereka berkumpul nanti. Sewaktu aku masuk tadi, ayah, Bill dan Henz serta beberapa orang penting sedang berbual-bual di ruang tamu sementara menunggu waktu persidangan tahunan yang akan berlangsung dalam beberapa jam lagi. Degup jantungku semakinkencang bagaikan hendak keluar dari dada. Aku mestilah bersabar dan menahan rasa takut demi keinginanku yang berkobar-kobar untuk mengetahui perkara yang bakal mereka bincangkan dan pekerjaan sebenar ayah. Setelah beberapa ketiak di bawah pentas dalam dewan tersebut tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Kedengaran bunyi tapak kasut ayah menghampiri pentas lalu naik ke atasnya. Sementara itu, tetamu kehormat yang lain mengambil tempat duduk masing-masing. Ayah dan Bill mencuba mikrofon agar suaranya jelas kedengaran. Ya Tuhan, aku merasakan degupan jantungku terhenti. Apa akan terjadi kalau mereka tahu aku bersembunyi disini. Ayah, kenapa ayah memberitahu saya tetamu yang akan hadir 25 orang sahaja sedangkan saya lihatbilangan mereka menjangkau seratus lebih? Bill kehairanan. Begini Bill, kalau ayah beritahu jumlah sebenar tetamu yang akan hadir, bahaya kita nanti. Kita mesti berhati-hati. Cuaba kau perhatikan setiap persidangan selesai paratetamu diarahkan keluar secara berlima melalui pintu belakang. Ayah, saya rasa Maria marah benar sebab kita berahsia dengannya. Saya bimbang kalaukalau berlaku ketegangan dalam keluarga kita. Bagaimana kalau kita beritahu dia ayah? Memang betul apa yang kau bimbangkantu Bill, tapi kau mesti ingat, kakak kau bukan seperti kau. Dia terlalu taksub kepada agamanya. Ayah hanya berjaya selamatkan kau dari mak kau tapi Maria... ahh! Kau tahu Bill, kalau kita beritahunya pasti dia akan membocorkan rahsia kita ini kepada orang yang taksub agama seperti dia. Akibatnya hancur musnalah segala rancangan yang kita rangka kan selama ini. Sabarlah Bill. Tengoklah suatu hari nanti Maria akan bersama kita. Pada saat itu ayah akan berikan dia tugas penting. Ya, apa gunanya selama ini ayah mendidik dia sehingga menjadi orang terpelajar! Jangan bimbang Bill, dia akan bersama kita nanti dalam membentuk dunia baru yang bertamadun.

Perbualan ayah dan Bill amat penting buatku. Patutlah banyak benar perkara yang ayah sembunyikan daripadaku. Beberapa detik kemudian, dewan persidangan itu dipenuhi para hadirin. Kesemuanya dapat aku lihat melalui celah-celah papan pentas. Mereka yang hadir kebanyakannya datang dari jauh. Ada yang dari England, Perancis dan Amerika. Manakala dari negara Arab pula seperti Algeria, Mesir, Arab Saudi, Iraq, Syiria dan dari Turki pun ada, juga dari Korea dan Jerman. Nama-nama negara serta wakil-wakil dari negara berkenaan disebut satu persatu. Aku hairan kenapa negara-negara maju yang masing-masing taksub dan ego boleh berkumpul dalam satu tempat yang sama malah duduk semeja berunding. Wakil pertama yang memberikan ucapan ialah dari negara Perancis. Selepas beberapa minit memberi ucapan, wakil itu turun dari pentas diiringi dengan tepukan gemuruh. Aku tidak sempat menangkap semua yang disampaikan tadi Cuma beberapa noktah penting galak bermain di kepalaku. Tuan-tuan semua, Gerakan yang kita dokong ini sudah lama mengharungi liku-liku perjuangannya. Kalau tidak silap saya, gerakan ini mula beroperasi semenjak dari penubuhannya pada tahun 1789. Pada hemat saya, kalau setiap operasi serta perancangan yang kita rancangkan berjalan dengan teratur dan rapi, tidak mustahil negara Arab dan Turki akan tergolong dalam kumpulan kita. Apa yang perlu dibanggakan sekarang, kita telah berjaya melenyakan pengaruh gereja melalui gerakan ini semenjak tahun penubuhannya. Secara logiknya juga kita akan berjaya melenyapkan pengaruh agama Islam sedunia. Tapi tuan-tuan harus ingat, pengaruh agama Islam bukan seperti pengaruh agama Kristian. Ianya amat berlainan dan lebih sukar sedikit. Oleh itu kita tidak akan dapat menghancurkannya dengan cara melenyapkan peranan masjid-masjid. Sasaran utama kita mestilah dihadapkan kitab suci mereka yang bernama al Quran. Berkenaan dengan pekara ini saya difahamkan perkembangan terbaru negara Syria, Mesir, Algeria dan Turki amat menggembirakan. Mustafa Kamal Ataturk di Turki, seoarang president yang cukup cerdik. Pada hemat saya, tidak lama lagiTurki akan berada setaraf dengan negara-negara Eropah. Begitu juga dengan perkembangan yang berlaku di negara pakistan dan beberapa buah negara yang presidennya terdiri daripada orang-orang kita amat memuaskan. Tuan-tuan akan lihat sendiri kira-kira 20 atau 30 tahun akan datang, semua sempadan akan dihapuskan, Cuma yang ada pada waktu itu sebuah negara sahaja. Waktu itu kita semua tidak akan terikat dengan mana-mana agama... Sekarang barualah aku faham kedudukan yang sebenarnya. Apa yang mereka rancangkan terhadap agama Islam tidaklah menjadi masalah. Cuma yang aku bimbangkan ialah perancangan

mereka terhadap agama Kristian. Selepas itu ayah mengambil mikrofon. Setelah menarik nafas panjang dia memulakan ucapannya: Kawan-kawan semua, Perlu diingatkan, apa yang kita usahakan sekarang dan sebelum ini adalah untuk menuju kepada matlamat kita iaitu pembentukan sebuah negara yang bertamadun serta tidak terikat dengan mana-mana agama. Kerja-kerja seperti ini adalah suatu kerja yang paling mulia. Kita patut berbangga kerana ramai intelektual serta orang-orang penting dalam sesebuah negara telah menganut fahaman ini. Bilangan mereka bertambah dari masa ke semasa. Bukan itu sahaja, malah mereka juga berbangga dan menyokong penuh fahaman baru ini. Oh ya! Kawan kita dari negara Algeria, mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan, mudah-mudahan kita dapat kongsi bersama. Silakan. Kini tiba pula giliran wakil dari negara Algeria. Wakil tersebut menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris. Suaranya agak serak sedikit susah untuk aku menangkapnya, tapi aku masih dapat memahami apa yang disampaikan. Keadaan di negara saya mungkin sama sahaja sebagaimana negara-negara lainnya. Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, negara Perancis yang menjajah kami kini sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan negara dan bangsa kami, khususnya di peringkat golongan pemuda. Ramai di kalangan mereka terpengaruh dengan budaya Perancis, tapi yang menyedihkan kita semua, masih lagi terdapat golongan yang taksub kepada agama. Mereka melaungkan semangat anti Perancis di merata-rata tempat PERANCIS TIDAK BOLEH DIBUAT KAWAN. Mereka menyeru agar pemuda-pemuda Algeria membuka mata dan memahami bahawa selain daripada orang Islam sama sekali tidak akan menjadi penyelamat kepada orang Islam. Namun apa yang membanggakan kita, pengaruh mereka tidak begitu dominan semakin ramai barisan pemuda Algeria meninggalkan ajaran agama mereka. Saya yakin pada masa akan datang hanya tinggl budaya Arab sahaja bukan kebudayaan Islam selama mana kita dapat menyekat pengaruh golongan yang taksub kepada agama. Dewan persidangan sekali lagi gawat dengan tepukan gemuruh para hadirin. Wakil dari negara Arab Algeria tadi tanpa segan silu menjual negaranya. Memang amat bertepatan sekali dengan apa yang termaktub dalam buku yang bernama al Quran: Selain daripada orang Islam, sama sekali tidak akan menjadi penyelamat kepada orang Islam. Aku terpinga-pinga siapakah yang mengarang buku itu? Aku dapati ianya amat berbetulan dengan realiti yang sedang berlaku sekarang.

Tibalah pula giliran wakil deri negara Mesir. Ayah bertanyakan perkembangan terbaru di sana. Paling menyedihkan keadaan di tempat kami, tiada seorang pun yang berani mengaku aku penganut fahaman Ateis. Tetapi kebanyakan orang Islam sudah jauh dari ajaran agama mereka. Kemudian tiba pula giliran wakil dari negara Turki. Di Turki, kami tidak menghadapi apa-apa kesulitan. Maksud saya dengan pertolongan pihak Inggeris, hasilnya amat menggembirakan. Bangsa Turki sekarang terpengaruh dengan Barat. Cuba tuan-tuan lihat gambar perempuan separuh yang menyertai yang menyertai satu pertandingan ratu cantik dalam akhbar ini. Bukan itu sahaja, bahkan mereka memakai pakaian yang mengandungi huruf al Quran di antara tengkok dan dua lengannya, tidakkah ini suatu perkembangan yang mnggembirakan? Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, Presiden Turki, Mustafa Kamal Ataturk mengarahkan agar memisahkan doktrin Islam daripada orang-orang Islam sehinggalah orang-orang Islam menyangka perundangan Islam lain dan agama Islam pula lain. Kerajaan Turki bertungkus lumus melenyapkan doktrin Islam daripada penganutnya. Memang tidak dinafikan lagi Ataturk merupakan seorang pemimpin yang pintar, begitu juga dengan penulis-penulis Turki. Mereka bukannya kefahamankolot. Mereka turut sama mengubah negara Turki kepada cara hidup Barat. Sekali lagi persidangan dibanjiri tepukan gemuruh para hadirin yang ditujukan kepada para penulis Turki yang telah berjasa kepada negaranya itu. Suara ayah muncul lagi. Tuan-tuan semua, Sebenarnya kita telah pun berjaya di negara Turki. Oleh itu, berikan penghormatan ata apa-apa yang perlu khususnya daripada pihak Inggeris kepada Ataturk. Perkara sebegini amat perlu sehinggalah kita berjaya memerangkap mana-mana bangsa. Oh ya, semuanya telah termaktub dalam agenda kita. Saya rasa, sampailah masanya untuk saya membacakan revolusi yang telah disepakati oleh Majlis Tertinggi setakat hari ini. Sekali lagi perlu diingatkan, selama agama masih lagi dianuti oleh mana-mana bangsa, selam itulah misi kita tidak akan berjaya sepenuhnya. Aku melihat ayah begitu khusyuk menyampaikan taklimat. Sekarang barulah aku sedar mereka semua sedang berusaha untuk melenyapkan agama dari muka bumi ini, khususnya agama Islam. Tapi apa yang mereka mahu daripada agama Kristian? Apakah dosa agama Kristian sehingga mereka ingin melenyapkannya bersama-sama agama lain? Ayah semakin rancak memberikan taklimatnya dan mereka mendengar dengan penuh khusyuk dan hormat.

Celaka betul mereka. Ayah menceritakan bagaimana Inggeris, Perancis, negar-negara Arab, Turki dan negara-negara lain yang sebulu dengan mereka bekerja dengan penuh ketekunan, kira-kira hampir satu kurun lamanya bagi mewujudkan pemimpin negara yang berfahaman Ateis khususnya bagi menjayakan misi mereka. Tidak syak lagi, ayah adalah di antara orang yang terpenting dalam gerakan ini dan tidak mustahil ayah merupakan salah seorang daripada agen Central Inteligent Agency (CIA) sebuah badan Perisik Amerika. Ayah masih lagi meneruskan ucapannya. Tuan-tuan mesti ingat, sasaran kita mesti ditumpukan kepada barisan pemuda, lebuhlebih lagi yang berketrampilan. Kalau terdapat tanda-tanda ini pada kanak-kanak maka mestilah diberikanperhatian. Contohnya jika kanak-kanak tersebut terdiri daripada golongan miskin, kita hendaklahmemberi bantuan kepada mereka. Bagi yang kaya pula kita mestilah memberikan penghargaan berupa hadiah dan sebagainya. Perlu diingat, kita tidak akan berjay mempengaruhi pelajar tadi secara lebih berkesan kecuali dengan mempengaruhi sekolahsekolah dan secara lebih tepat lagi mempengaruhi yayasan-yayasan dan kementerian yang mengendaliakan sekolah-sekolah tersebut. Pada hemat saya, cara yang paling baik ialah dengan menubuhkan berbagai persatuan serta memberi hadiah sebagai penghargaan kepada penyelia yang mengendalikan sesebuah persatuan. Untuk pengetahuan tuan-tuan semua, cara ini adalah langkah yang paling berkesan bagi mempengaruhi keperibadian yang kurang keimanan. Natijahnya, mereka yang telah disogokkan tadi secara tidak langsung akan menjadi orang kita, seterusnaya akan menyebarkan fahaman ini di negara mereka. Melalui cara ini kita akan dapat mempengaruhi sekolah-sekolah, pelajar serta pengelolanya dengan lebih mudah dan berkesan. Setelah itu, maka senanglah untuk mencorak para pelajar mengikut selera kita. Tugas kalian hanyalah memberi sogokan yang berbentuk hadiahhadiah... Ahh! Sungguh pintar ayah dalam merangka satu-satu gerak kerja. Patutlah akhir-akhir ini di negara Jerman dan Algeria banyak perayaan seumpama ini diadakan. Tuan-tuan semua, Satu lagi perkara penting yang ingin saya sampaikan. Tuan-tuan semua hendaklah sentiasa mendampingi golongan yang dikira penting dalam sesebuah negara seperti para profesor universiti, para penilis, doktor dan sebagainya. Jika tuan-tuan dapati mereka agak mirip kepada fahaman kita, hampiri dan jemputlah mereka melawat ke tamadun Eropah. Pastinya apabila mereka pulang, mereka akan menceritakan apa yang disaksikan di setiap negara Eropah tadi kepada sekolah-sekolah, hospital-hospital atau tempat-tempat mereka berkhidmat. Kemudian kita momokkan mereka dengan agama yang mereka anuti sehingga

mereka menjadi orang yang kurang yakin terhadap agama, sekali gus beranggapan bahawa agama sudah tidak diperlukan lagi di kurun ke 20 ini. Sekiranya kita berjaya mempengaruhi 20 orang bagi setiap negara, sudah dikira terlalu mencukupi sebagai langkah permulaannya. Setelah mereka berjaya dipengaruhi, kita mesti meyakinkan mereka dengan cara yang paling berkesan seperti memberi bantuan atau penghormatan berupa anugerah berbentuk gelaran Doktor Kehormat atau pangkat-pangkat tertentu. Dengan cara ini mereka akan masuk ke dalam perangkap kita. Dalam hati, aku mengeluh panjang. Celaka sungguh rancangan ayah. Rasanya sudah tidak sanggup lagi aku melihat mereka. Suara ayah berkumandang lagi memenuhi ruang dewan. Tuan-tuan semua, Apakah sumbangan tuan-tuan bagi menjayakan rancangan kita ini. Cuba kemukakan beberapa contoh. Memang kita tidak dapat nafikan kejayaan satu-satu revolusi disebabkan kesedaran barisan pemuda, bukannya sekadar seminar penulisan semata-mata. Oleh itu kita mestilah mewujudkan golongan yang memahami dan terpengaruh dengan fahaman kita dalam satu-satu bangsa. Contohnya sebagaimana yang tuan-tuan telah lakuakan ke atas seorang rahib dengan cara memberi sogokkan berbentuk penghormatan melalui media massa sehingga rahib tersebut sanggup mendedahkan buah dadanya di hadapan seorang wartawan pada tahun lepas. Kejayaan ini adalah semata-mata kerana penghormatan dan pingat yang kita anugerahkan kepada mereka. Dan yang lebih membanggakan lagi, melalui cara ini juga kita telah berjaya mempengaruhi bintang-bintang filem sehingga mereka sanggup berbogel dalam filem lakonan mereka. Berhubung dengan barisan pelakon, kita bukan sahaja memberikan pingat-pingat atau hadiah-hadiah tertentu bahkan lebih membanggakan lagi ialah cogankatacogankata yang mengasyikkan seperti BERSEMANGAT WAJA, BRAVO, MENGAPA MESTI TAKUT DAN MALU UNTUK BERBOGEL. Dengan cara ini hasilnya seperti yang kita saksikan, sudah beribu-ribu orang pelakon tanpa segan silu berbogel dalam filem hanya semata-mata untuk mendapatkan penghormatan dan pingat-pingat yang telah kita sediakan. Bukan setakat barisan pelakon sahaja yang telah berjaya kita pengaruhi, malahan penulis novel dan paderi turut termasuk ke dalam perangkap kita sekarang. Sebelum ini, kita telah memberikan penghormatan kepada seorang penulis novel yang bertajuk Bercinta Dengan Father. Tajuk novel ini terlalu sensitif. Bagi mengelakkan kemarahan para paderi, kita telah mencari jalan dengan menyuntik fahaman bertamadun. Paderi yang bertamadun sama sekali tidak menolak kisah novel seperti ini. Hasilnya kita dapati tiada seorang pun

daripada kalangan paderi yang bangun memberontak. Bagaimana mahu memberontak? Mereka semua takut dituduh taksub atau kolot. Pada hemat saya, mungkin dengan cara psikologi seperti ini juga, kita dapat mempengaruhi para ulama islam, iaitu dengan membahagikan mereka kepada dua bahagian; ulama yang taksub dan ulama yang mempunyai fikiran terbuka (Up to date). Sebagaimana yang kita ketahui, semua ulama Islam sedang berusaha sedaya-upaya untuk memerangi fahaman ini. Bagi mereka ulama Islam yang ikhlas kepada tuhan hanyalah satu golongan sahaja. Dengan ini kita dapat mengaburi mereka dengan perkara seperti ini. Tuan-tuan yang dihormati, Saya rasa kita boleh tambah lagi strategi gerakan ini iaitu perlaksanaan projek Ibu Tunggal (single parent) yang melahirkan anak zina. Sekiranya masyarakat dapat menerimanya, ia adalah satu kejayaan besar bagi kita, Timur dan Barat. Dari itu, samasamalah kita pertahankan revolusi ini. Seperkara lagi yang tidak kurang pengtingnya, kita hendaklah menghalang sebarang peluang negara-negara dunia ketiga bagi menguasai perusahaan jentera berat dalam perindustrian. Pastikan negara tersebut hanya mampu berfungsi dalam bidang pemasangannya sahaja. Apa yang dirancangkan oleh Amerika dalam industri pemasangan kapal terbang Turki tidak bertentangan dengan strategi yang telah kita rangkakan. Industri perkilangan tersebut telah dimonopoli olehnya. Kita mengharapkan agar bangsa sesebuah negara dunia ketiga menaruh keyakinan bahawa kemunduran negara mereka adalah disebabkan anutan mereka terhadap mana-mana agama. Natijahnya, mereka tidak akan mampu mencipta jentera berat seperti kapal terbang, kereta kebal dan lain-lain. Mereka hanya berkemampuan menghasilkan bahan-bahan mentah seperti kapas sahaja. Untuk pengetahun tuan-tuan semua, ratusan negara pengeluar kapas hanya mampu membeli sebuah kapal terbang dari negara-negara maju, sedangkan tempoh yang diambil bagi menanam, memperoses dan mengupul hasil jualan kapas bertahun-tahun lamanya. Bagi menjayakan rancangan ini kita terpaksa memeras keringat mereka. Cara sedemikian negaranegara maju akan bertambah maju dan bertamadun. Hal ini juga boleh membuatkan mereka terpesona serta takjub dengan kemajuan negara-negara Barat. Kita jangan berlengah. Lemparkan tuduhan seumpama ini terhadap agama Islam dan penganutnya agar semua perancangan kita nanti dalam keadaan baik dan selamat. Tuan-tuan yang dikasihi, Usaha tuan-tuan dalam mempengaruhi wanita Islam sehinggakan mereka sanggup berbogel merupakan satu natijah yang baik. Jangan lupa, wanita yang sanggup

menanggalkan tudung kepalanya atas slogan kemodenan suatu masa kelak tanpa segan silu menanggalkan pakaian dalamnya pula. Semua ini bergantung kepada usaha kita. Walau bagaimanapun, tuan-tuan jangan terasa pelik dengan keadaan serta suasan negara hari ini, kerana ia adalah negara tuan-tuan, dan negara tuan-tuan juga adalah negara kami. Kata-kata ayah tadi menyebabkan dadaku menjadi sempit. Ya aku faham, perancangan ayah tidak akan habis setakat itu sahaja. Mereka terlalu mahir melatih ayah sehingga ayah berwibawa sekali dalam melancarkan sebarang misi. Persedangan itu ditangguhkan setakat itu sahaja. Ahli-ahli persidangan dijemput menjamu juadah yang disedikan. Aku masih lagi berada di bawah pentas menahan lapar. Perutku asyik galak berkeroncong. Sebentar kemudian, mereka bersurai setelah dimaklumkan bahawa tahun depan persidangan akan diadakan di England, kemudiannya di Algeria dan sepuluh tahun yang akan datang pula di Turki. Mereka kelihatan amat berbangga kerana suatu masa nanti mereka akan dapat mengadakan persidangan seumpama ini secara terbuka di khalayak ramai. Dewan persidangan sudah pun lengang. Aku masih lagi takut untuk keluar. Tidak berapa lama kemudian emak datang. Maria kau boleh keluar sekarang. Ayah kau sedang minum kopi di tingkat atas. Aku dan emak bergegas keluar munuju ke ruang tamu. Bill dan Henz mengambil angin di halaman rumah. Emak bagaikan tidak sabar ingin mengetahui perkara yang telah dibincangkan oleh merka tadi. Sabarlah dulu mak! Perut saya sedang berkeroncong sekarang, tidak dapat saya bayangkan. Sebelum ini saya tidak pernah pun merasa lapar seperti ini. Aku melabuhkan punggung ke sofa sambil cuba mengingati apa yang telah aku dengari tadi sementara menunggu emak menyiapkan makanan untukku di dapur. Sambil makan, kepalaku tidak pernah berhenti dari memikirkan rancangan mereka untuk melenyapkan semua agama di muka bumi ini. Memberikan sogokan berupa hadiah dan gelaran kehormat kepada wanita yang sanggup berbogel. Melaga-lagakan para ulama. Oh! Bagaikan mahu pecah kepalaku bila memikirkannnya. Emak pula tidak henti-henti memaksaku supaya bercerita. Cepatlah Maria, ceritalah kepada mak. Siapakah sebenarnya ayahmu? Usahlah mak sibuk bertanyakan hal ayah itu. Dia memang sah seorang perisik. Tapi saya tak tahu pula yang ayah tu bekerja untuk siapa? Cuma yang jelasnya satu kuasa besar sedang berusaha untuk memerintah alam ini dan ayah bekerja di bawahnya. Ia seperti sebuah pertubuhan anti agama. Dalam ucapan ayah tadi dia mengatakan jika kita dapat lenyapkan pengaruh agama Kristian di Eropah, kita juga dapat melenyapkan pengaruh agama Islam. Apa yang akn terjadi

terhadap agama Islam tidak penting bagi saya. Cuma yang amat membimbangkan saya, nasib yanng bakal menimpa agama Kristian. Ia amat merisaukan saya mak. Kalaulah besok saya tidak belajar saya akan pergi berjumpa dengan paderi agar mengampuni dosa saya. Demi Tuhan Jesus mak, ini adlah penghinaan yang paling dasyat. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi bila ayah menjadikan saya seorang Aties. Adakah saya terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang penyebar fahaman Aties? Oh tuhan! Emak begitu terharu apabila mendengar penjelasan ku. Maria anak mak, semoga kau sentiasa diberkati Mother Theressa nak! Ketika aku termenung memikirkan nasib yang bakal menimpa agamaku terlintas difikiran satu idea. Ia seolah-olah satu ilham dari tuhan. Mak setuju kalau saya berpura-pura menjadi seorang Aties untuk menyelamatkan agama Kristian? Saya akan beritahu ayah yang saya telah pun berubah fikiran dan akan berkhidmat bersama mereka untuk mencapai matlamat yang mereka impikan. Tentu ayah akan setuju. Mungkin pada mulanya mereka tidak akan membocorkan semua rahsia kepada saya tapi lamakelamaan mereka tentu akan percayakan saya. Oh Maria! Kaulah nyawa mak. Mak amat bangga dengan kau Maria. Suatu hari nanti kau akan menjadi pendakwah yang paling mulia. Tapi yakinkah kau bahawa dengan cara ini kau akan berjaya Maria? Janganlah mak bimbang. Sudah tentu saya akan berjaya. Mak tengoklah nanti. Beberapa bulan selepsa persidangan itu, ayah kembali seperti biasa malah sempat bermesra dengan kelurga. Aku rasa inilah masa yang paling sesuai untuk memberitahu ayah tentang hasratku tempohari. Sebenarnya setelah berbincang dengan mak pada petang itu, aku pergi berjumpa dengan seorang paderi bagi menceritkan hasratku satu persatu kepadanya. Dia samalah juga seperti emak. Amat senang hatinya. Seperti biasa selepas pengajian di kuliah, aku dan Henz bersiar-siar menghirup udara segar di taman bunga. Di situ aku terserempak dengan ayah. Hai Maria, kau pun ada di sini juga? Ayah mempelawaku duduk di sisinya sambil menikmati udara petang yang nyaman itu. Jelas sekali di wajahnya bagaikan ada sesuatu yang sudah lama terpendam. Seolah-olah inilah saat yang paling sesuai untuk meluahkan segala yang terbuku di hati. Kau tahu Maria. Gadis seperti kau selayaknya memikirkan anasir yang terdapat dalam fahaman Aties. Kau bebas keluar bila-bila masa denga Henz, maksud ayah mengikut perspektif sistem hidup bertamadun yang sebagaimana kami laungkan. Ayah, mengapa secara tiba-tiba saja ayah menyentuh perkara ini?

Begini Maria. Ayah rasa sudah tiba masanya ayah beritahumu perkara ini. Buangkanlah sikap taksub agama yang kau pegang selama ini dan dengan cakap ayah. Taman bunga tempat kami berehat petang itu berhampiran dengan gereja Colan. Dengar sini sayang, ayah akan ceritakan pada kau bagaimana satu-satu agama mengongkong penganutnya. Cuba kau amati kitab Injil yang kau imani sekarang. Sejak dahulu, sewaktu ia ditemui beberapa kurun lampau, tidak membenarkan hubungan cinta atau asmara di kalangan muda-mudi. Perkara yang paling aneh, setiap pasangan yang kelaur bersiar-siar dianggap bukan perkara biasa bahkan akan dikenakan hukuman yang mengerikan. Cuba kau perhatikan agama Kristian Mazhab Katholik, pasangan suami isteri tidak dibenarkan bercerai walau apa pun yang berlaku. Sekiranya berlaku penceraian si isteri diharamkan daripada berkahwin begitu juga dengan suami. Ini adalah unsur tekanan yang paling tidak munasabah. Kalau kau teliti betul-betul mengenai agama Kristian kau akan dapati ianya suatu anutan yang membabi buta (taksub). Tetapi fahaman Aties, maksud ayah, fahaman hidup masa kini amat berlawanan dengan apa yang terdapat dalam setiap agama. Ya, kalau kau rasa bahagia bercinta dengan Henz, ayah tidak akan melarangnya kerana itu hak tabie manusia dan bersesuaian dengan yang terdapat dalam fahaman Aties. Kita akan jadikan penganut mana-mana agama tanpa ras keberatan mempersendakan agama mereka yang menyekat muda-mudi mengadakan hubungan cinta atau seks. Jelas ayah dengan panjanglebar mengenai pegangannya. Ayah kelihatan begitu yakin dengan apa yang diucapkan. Aku rasa inilah masa yang paling sesuai untuk aku memulakan langkah sebagaimana yang telah dirancangkan. Aku segera memberitahu ayah. Ayah, setelah saya amati hari-hari yang berlalu saya rasa apa yang ayah cakapkan itu semuanya benar serta bertepatan dengan selera masa kini. Sekarang saya sudah bertekat walau apa pun yang berlaku saya akan bersama ayah. Ayah tentu gembira bukan? Dan yang paling menyeronokkan lagi, saya akan bersama ayah dalam setiap persidangan tahunan. Sebenarnya selama ini saya tidak berpuas hati dengan Bill dan Henz. Nampaknya ayah lebih menyayangi mereka berdua daripada saya. Balasku penuh hati-hati. Ayah amat gembira sekali bila mendengar penjelasan dariku. Baginya ini adalah satu kejayaan yang telah lama diidam-idamkan kerana sebelum ini aku seorang taksub kepada agama menyebabkan dia bersikap tawar hati. Sekarang bagaikan bulan jatuh ke riba. Petang itu sewaktu di rumah, aku menceritakan kepaa emak peristiwa di taman bunga tadi. Mak, kita akan berjaya. Ayah telah pun percaya seratus-peratus pada saya. Semuanya aku lakukan untukmu Tuhan Jesus.

Oh Maria jantung hati mak! Besar sungguh pengorbananmu. Mak tak tahu bagaimana keadaan mereka sewaktu dalam neraka kelak. Rasakan pembalasan dari tuhan! Hari-hari berikutnya masaku dihabiskan dengan membincangkan rancangan kami berdua. Bill kelihatan begitu gembira sekali setelah mengetahui aku sudah sealiran dengannya. Boleh dikatakan setiap hari dia ucapkan Selamat datang ke alam kehidupan baru yang bebas kak Maria. Suatu pagi Henz emngunjungiku. Ketika di ruang tamu dia nampak gelisah sekali. Aku rasa mesti ada sesuatu yang ingin dinyatakan. Dia mengajak aku ke pintu pagar yang berhadapan dengan ruang tamu. Maria aku terpaksa pergi ke Amerika. Berat sekali rasanya untuk berpisah dengan mu Maria, tapi apa boleh buat demi menjalankan tugas. Jangan bersedih ya sayang. Kalau kau rasa sepi sewaktu ketiadaanku aku benarkan kau berkawan dengan pemuda lain bahkanaku benarkan kau mengkhianati aku dengan memberikan tubuhmu kepada lelaki lain kerana ianya sedikit pun tidak menjadi masalah. Tapi awas! Aku tidak akan memaafkanmu jika kau berikan hatimu kepada orang lain. Bagaikan petir menyambar di kepala. Apa yang kau cakap ini Henz? Kau relakan aku melakukan hubungan seks dengan pemuda lain sewatu kau tiada? Ha... Ha... Ha... Kenapa? Apa yang pelik sangat ni? Aku juga akan berkawan dengan gadis-gadis cantik sewaaktu di sana nanti, kalau aku melakukan homoseks sekali pun itu perkara biasa kerana di sana ramai sekali pemuda-pemuda seperti itu. Henz jangan kau buat aku pening, cepat kau beredar dari sini! Mulai saat ini jangan kau tunjukkan muka kau lagi di sini. Amboi Maria, nampak alim konon! Apa kata sebelum ini kau telah melakukan hubungan seks dengan salah seorang pemuda Turki yang bekerja dengan ayah kau. Aku nampak mereka beriya-iya benar setiap kali berjumpa dengan aku. Bagi aku itu tak jadi maslah, kalau kau mahu kau boleh lakukan hubungan seks dengan mereka sementara menanti aku pulang dari Amerika. Aku merasakan inilah gambaran paling buruk yang ditonjolkan oleh pemuda Aties. Kalau lah Henz menganut mana-mana agama sekali pun dia tidak akan berkelakuan sekeji itu. Aku sudah tidak dapat menahan marah lagi. Keluar kau Henz, keluar! Jangan kau tunjukkan muka kau lagi di sini. Kau babi Henz! Aku lebih rela melihat ular berbisa daripada melihat kau. Jeritku bertambah marah.

Henz bergegas keluar dari perkarangan rumahku. Setelah hilang dari pandangan aku ke halaman rumah untuk menenangkan fikiran. Sewaktu di taman bunga aku masih memikirkan kelakuan buruk Henz. Memang bangsat sekali fahaman Aties. Apa yang boleh aku buat selain menangis. Aku menangis sepuas hati sekurang-kuarngnya dapat meredakan sedikit sebak di dada. Oh tuhan! Tolonglah aku, selamatkanlah kekasihku. Beberapa detik kemudian aku kembali tenang. Sekarang aku terpaksa berpisah dengan orang yang aku cintai selama ini. Berpisah buat selama-lamanya. Dia anggap diriku bagaikan benda yang tidak berharga. Celaka kau Henz! Malam itu badanku terasa lesu tidak bermaya. Aku rasa sukar untuk melelapkan mata. Peristiwa tadi seringkali bermain di benakku. Aku begitu lemah dan lesu. Keesokannya aku terlewat terjaga dari tidur. Tidak sempat untuk bersarapan. Aku bergegas ke kuliah. Hari itu cuaca begitu sejuk sekali sehingga agak susah sedikit untuk menghidupkan enjin kereta. Keretaku mula meluncur menuju ke jalan besar. Perbualan tempoh hari dengan pemuda Mesir yang bernama Abdul Wahab tiba-tiba bermain di kepala. Sepanjang perjalanan aku asyik memikirkan apa yang diucapkan olehnya dan apa yang dikatakan oleh ayah. Mana satukah yang benar? Apa yang berlaku sekarang, kami telah pun menjajah negara-negara umat Islam. Adakah ini bererti agama Kristian akan kembali dijulang . Fuuhh! Jahanam lah kamu orang-orang Islam. Sebelum ini kami berusaha menghancurkan umat Islam. Tiga kali percubaan dilancarkan tapi semuanya tak sampai ke matlamatnya, seperti perang salib. Hasrat kami tidak kesampaian. Kadang-kadang terpikir juga di benakku kenapa kami asyik memerangi mereka. Kegelisahan menggila. Kalau teliti dari dahulu sehingga sekarang mereka tidak pernah pun mencuba untuk memerangi agama kami. Sedang aku asyik memikirkan persoalan tadi, aku sudah sampai di perhentian bas yang sama tempoh hari. Aku dapati Abdul Wahab sedang menunggu bas dengan ditemani seorang kawan. Fikiranku pada waktu itu berkecamuk. Aku cuba menghampirinya. Silalah naik. Saya akan hantar kamu berdua. Abdul Wahab kelihatan enggan menerima pelawaanku. Terima kasih sajalah Cik Maria lagi pun sekejap lagi bas akan sampai. Tak apa, jangan lah awak taku. Saya tidak akan makan awak. Ajaklah kawan awak tu sama. Akhirnya Abdul Wahab dan kawannya naik keretaku. Kawannya mengucapkan selamat pagi.

Awak ni Cik Maria bukan? Aku tersentak dan terus menoleh kebelakang. Eh! Awak rupanya. Siapa nama awak. Kalau tak silap Muhammad ya. Awak ni berbangsa Turki kan tapi fasih betul berbahasa Inggeris. Ingatan awak memang kuat Cik Maria, tapi mengapa awak tidak bertanya khabar kami semua semenjak pertemuan tempoh hari? Aku merasa begitu kagum dengan Muhammad. Nampaknya dia begitu mengambil berat tentangku. Aku tidak pernah perasan rupanya dia menunggu perkhabaran dariku. Rasanya suatu perasaan lain mula berputik di hati ini setelah melihat Muhammad. Seolah-olah memaksa aku mendampinginya. Maria, sekarang ini awak tinggl di mana? Abdul Wahab segera menukar tajuk perbualan kami. Oh ya, saya tinggal di Vore. Mungkin kita tinggal berjauhan tapi belajar di tempat yang sama bukan? Dalam pertemuan kali ini Muhammad mengambil kesempatan meminta izin untuk berjumpa denganku lagi pada hujung minggu nanti. Aku tidak menolaknya. Tibalah hari yang dijanjikan kami pun berjumpa. Muhammad seorang pemuda yang peramah sekali. Sewaktu kami berbual-bual tiba-tiba Muhammad memberitahuku yng dia ingin menyatakan satu perkara penting. Dengan nada yang tersekat-sekat dia berterus-terang bahawa dia meminatiku. Muhammad kelihatan termenung sejenak, mungkin ada lagi sesuatu yang terbuku di hatinya. Tapi Maria, kau gadis Katholik. Kita tak mungkin dapat bersama. Aku tidak tergamak untuk mempermainkan perasaanmu. Jalan yang paling sesuai aku rasakan selepas ini kita tak usah bertemu lagi. Aku tahu pertemuan kita ini salah di sisi agama kita masing-masing, tapi apa boleh buat. Muhammad, kenapa ini semua mesti berlaku. Inikah yang dinamakan takdir? Ya, apa boleh buat tapi aku berharap kita boleh berkawan seperti biasa. Adakah ini juga dilarang dalam agamamu? Muhammad diam, aku cuba bertanya lagi. Muhammad, adakah sikapmu seperti Abdul Wahab, keras dan tidak mahu bertolak ansur? Sebenarnya Maria, Abdul Wahab seorang kawan yang jujur. Tapi kami belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat kerana kami jarang berpeluang untuk berbual mesra.

Muhammad, ceritakan padaku perihal dirimu sebagai seorang muslim, negaramu, keluargamu, cita-cita serta impianmu. Untuk pengetahuan mu Maria, negaraku mesti dibentuk semula agar ianya menjadi sebuah negara Islam yang unggul pada masa akan datang dan berbeza dari yang lainnya. Aku berazam akan ku jadikan diriku ini sebagai batu-batan untuk bahan binaannya. Kalau kau datang ke Turki, kau akan berkata ini semua adalah khayalan dan impian semata-mata. Tapi itulah hakikatnya. Aku merasa kagum mendengar Muhammad bercerita. Tapi aku masih tertanya-tanya adakah Muhammad sekarang ini sudah berpunya? Semenjak hari itu kami kerap kali bersiar-siar bersama. Hubungan kami semakin intim sehinggakan aku tidak sanggup kehilangannya. Muhammad seorang pemudayang paling istimewa yang belumpernah aku temui. Dia lain dari yang lain. Aku yakin dia juga menyintaiku, tapi di sana ada tembok yangmemisahkan antara kami berdua, iaitu agama. Aku bingung memikirkannya. Dia antara kami salah seorang mesti mengalah. Samada dia memeluk agamaku atau aku memeluk agamanya. Aku tidak berdaya menanggungnya. Aku cuba memberitahu emak, dia terkejut sekali. Apa yang kau cakap ni Maria. Kau sanggup meninggalkan agamamu? Apalah mak ni! Saya tidak akan sekali-kali meninggalkan agama saya. Mak akan lihat nanti saya akan heret dia ke dalam agama kita. Usahlah mak bimbang. Tapi bagaimana caranya ya? Jangan kau tangguhkan lagi Maria. Tiada perkara yang paling menggembirakan mak selain kau berjaya mempengaruhi orang-orang Islam sehingga memeluk agama kita. Kita mungkin boleh bertolak ansur dengan agama Yahudi dan Budha bahkan boleh duduk semeja dalam menjayakan satu-satu misi penting, tapi dengan orang-orang Islam tidak sama sekali. Mereka semua babi. Aku bencikan mereka semua. Jangan berlengah lagi Maria. Pengaruhilah pemuda itu, mak yakin kau akan berjaya. Mak jangan bimbang. Saya berjanji suatu hari pasti dia kan mengahwini saya di gereja. Mak nampak gembira melihat perubahan mendadak pada diriku. Apa yang aku impikan dia mengahwiniku. Tiga bulan yang berlalu aku habiskan masaku dengan berdampingan dengan Muhammad. Pernah suatu ketika dia memberitahuku. Maria, aku berjanji akan membahagiakanmu sayang. Aku akan membawamu ke alam fantasiku dan bersama membina hidup baru di sana. Ini merupakan satu penghormatan bagiku. Seolah-olah dia meminta untuk mengahwiniku. Aku bertambah yakin bahawa Muhammad tidak mampu hidup tanpaku kerana

dia terlalu menyintaiku. Pernah dia memberitahuku bahawa dia lebih rela mati juka gagal untuk hidup bersamaku. Tapi apa boleh buat di antara kami ada tembok pemisah yang amat payah untuk diruntuhkan. Pernah suatu ketika aku hampir-hampir tidak sempat ke gereja kerana terlalu asyik bersiar-siar bermadu kasih bersamanya. Perasaan resah mula menyelubungiku. Aku telah mula beralah dalam urusan agamaku. Tak mungkin aku lakukan itu semata-mata kerana Muhammad. Aku cuba memberitahunya dalam keadaan tergesa-gesa bahawa aku sudah terlewat ke gereja. Aku terpaksa ke gereja sekarang Muhammad. Adakah kau mahu ikut aku atau menunggu saja di kereta? Ya sudah tentu! Aku akan menunggumu sayang kalau itu yang kau mahu. Kalau kau inginkan aku bersamamu dalam gereja pun tak menjadi masalah. Aku bagaikan tak percaya apa yang aku dengar. Rasanya mahu saja aku berteriak kerana terlalu gembira. Tapi tak mungkin, aku mesti bersahaja seolah-olah perkara itu tidak penting bagiku. Ya sayang, aku gembira sekali kalau kau turut serta ke gereja kerana kau akan dapati suatu perubahan pada diri kau. Kami sama-sama ke gereja dengan berpegangan tangan. Fikiran aku melayang sewaktu di dalam gereja. Bagaikan tidak mendengar langsung muzik yang dimainkan. Aku asyik memikirkan Muhammad. Dia telah berjaya mencuri hatiku. Di hatiku tiada yang lain selain dia. Kadang-kadang aku berkelakuan seperti seorang wanita muslim sedangkan aku gadis Katholik. Sewaktu di rumah aku menceritakan kepada emak perasaan cinta yang membara di dada. Inilah kali pertama mak lihat kau benar-benar jatuh cinta Maria. Mak doakan semoga cintamu tidak akan disia-siakan. Emak kelihatan gembira sekali. Mak, pernahkah mak jatuh cinta? Ya sayang, tapi pemuda yang mak cintai itu menyintai gadis lain. Itu perkara biasa. Kami bebas menyintai sesiapa sahaja yang kami suka. Muda-mudi zaman mak kerap kali bertukar-tukar teman hidup. Tapi sekarang lain sikit. Mula-mula memikat, setelah terpikat menjalinkan hubungan seks, selepas itu bercinta. Tapi saya tidak sanggup bercinta lagi selepas ni mak. Kenapa ni sayang. Mengapa begitu sekali sanggup kau menyiksa dirimu nak? Pemuda itu memang tidak layak dicintai, begitu juga dengan orang-orang Islam yang lain.

Tapi mak, mereka tidak benarkan gadis yang meraka cintai membuat hubungan dengan lelaki lain. Tapi Henz, mak tahu tak apa yang telah dia cakapkan pada saya? Dia rela saya serahkan tubuh saya kepada orang lain. Orang-orang Islam tidak melakukan perkara sekeji itu mak! Dengar sini Maria, sikap orang Islam yang kau cakapkan hanyalah terdapat dalam kitab mereka yang bernama al Quran sahaja. Sekarang ini sudah tidak wujud lagi orang-orang Islam seperti itu. Kalau kau nak tahu, berapa ramai lelaki Islam yang menyerahkan isteri-isteri mereka untuk ditiduri oleh lelaki lain. Tapi mak, sebenarnya kitalah yang mengajar mereka berbuat demikian. Itu tak penting Maria. Yang penting biarlah mereka terpengaruh dengan budaya-budaya kotor itu. Apa yang merunsingkan mak sekarang, agama Kristian di ambang kehancuran. Sebelum ini kita yang mengajar mereka budaya kotor itu agar agama kitaterselamat. Tapi sebaliknya setelah mereka disesatkan, sekarang keruntuhan moral di kalangan muda-mudi Kristian semakin membimbangkan sekali. Mak rasa orang-orang kita sudah tersilap langkah. Semoga Tuhan Jesus mengampuni kita semua. Sudahlah tu mak, usah difikirkan perkara yang lepas. Sekarang ini cuba fikirkan bagaimana caranya saya dapat mempengaruhi Muhammad sehingga dia boleh menerima agama Kristian. Dalam perkara ini mak rasa elok kau pergi jumpa paderi gereja esok. Mungkin dia dapat memberi buah fikiran yang bernas. Ta tak ya jga. Baiklah saya setuju. Malam itu aku tidak dapat tidur dengan lena. Fikiran ku melayang. Aku asyik memikirkan Muhammad, bagaimana aku bisa selamatkan nyawaku itu. Oh Muhammad, bagaimana aku mampu hidup tanpamu sayang? Hari berganti hari, minggu berganti minggu, hubungan kami berdua semakin sirius. Setiap kali Muhammad bertandang ke rumah, aku sajikan daging babi untuknya yang aku katakan daging lembu. Aku gembira sekali. Muhammad seolah-olah telah menganut agamaku. Terkadang Muhammad sanggup beralah walaupun dalam perkara yang membabitkan soal-soal agamanya. Kadang-kadang dia sanggup melanggari agamanya. Aku berlapang dada. Tibalah suatu hari Muhammad memberitahuku yang dia akan pulang ke Turki. Dia berjanji akan sentiasa mengutusiku setiap waktu. Suatu waktu kelak dia akan menjemputku ke negaranya malah yang paling menggembirakan aku dia ingin memberitahu ibunya tentang hubungan kami berdua. Begitu tulus hatimu padaku Muhammad. Saat itu aku merasakan akulah

orang yang paling bahagia. Malam itu sewaktu di rumah, aku menceritakan pada ayah mengenai Muhammad. Kami berbual-bual hingga larut malam. Oh, kalau begitu Muahammad akan pulang bercuti sekarang ya! Tak apalah sayang. Jangan bersedih ramai lagi jejaka tampan seperti Muhammad di sini. Tapi ayah, sekarang ini tidak terlintas di hati saya selain Muhammad. Ingin saya jadikan dia... Aku tersentak dan tidak meneruskan kata-kataku. Aku mesti berpura-pura seperti orang Aties di hadapan ayah agar dia semakin yakin dengan ku. Saya akan jadikan dia seorang yang berfahaman sekular yang bersifat liberal. Dapat bertolak ansur dengan semua jenis agama. Terangku pada ayah. Sebenarnya Maria, ayah gembira sekali kerana kau dapat keluar bersiar-siar dengan pemuda Turki. Ayah telah merancangkan yang kau akan ditugaskan di Turki sebagai wakil kami di sana. Tugas kau hanya melaporkan perkembangan dari masa ke semasa berkenaan dengan revolusi Mustafa Kamal Ataturk. Maksud ayah, saya akan menetap di Turki? Bukan buat selama-lamanya Cuma enam bulan di sana dan enam bulan di sini. Ayah akan tugaskan kau sebagai wartawan kami di sana. Kau gadis cantik. Kalau kau dapat memikat Ataturk lagi bagus. Semua rancangan kita akan berjalan dengan lancar dan teratur lagi. Tapi ayah, saya tidak sanggup mengkhianati Muhammad. Dengar sini sayang. Kau mesti sedia berkorban demi akidah Ateis yang kau imani sekarang. Oh ya! Bagaimana hubunganmu dengan gereja sekarang Maria? Sekarang saya rasa hambar ayah., Cuma kalau saya ke sana pun hanya ingin mengambil hati mak saja. Saya perhatikan ajran Kristian langsung tidak memberi sebarang faedah. Maria jantung hati ayah. Kau tahu nak, manusia yang berakal sudah tidak perlukan mana-mana agama atau tuhan lagi. Kenapa kita asyik sibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang tidak bermunafaat seperti itu? Aku berasa gugup seketika setelah mendengar kata-kata ayah yang manusia tidak memerlukan tuhan lagi. Adakah udara yang membolehkan aku bernafas, air yang aku minum, bumi yang aku pijak, mentari dan semua benda yang aku makan bukan Allah yang menciptanya? Apa akan terjadi kalau tuhan menahan oksigenNya? Adakah yang dimaksudkan dengan manusia yang berakal tidak memerlukan tuhan lagi bererti manusia lebih mengetahui daripada Allah? Tubuhku bagaikan membeku mendengar kata-kata ayah tadi, tapi apa boleh buat. Aku tak mungkin membantah kata-katanya. Kalau tidak hancur musnahlah rancanganku selama ini. Aku

masih ingat ungkapan yang sama yang diungkapkan oleh adikku Bill. Kau tidak akan terkedepan kalau asyik terperap di bawah ajaran gereja! Suatu hari aku menceritakan pada emak betapa ayah begitu gembira dengan keadaanku sekarang. Mereka menyangka aku sudah masuk perangkap mereka. Aku ingin emak saksikan sendiri nanti kegembiraan mereka apabila aku beritahu mereka agar jangan beritahu emak yang aku sekarang malas ke gereja. Emak amat gembira dengan lakonan ku ini. Cis! Celaka betul mereka berdua. Mereka sangka anak perempuan aku ini mudah terperangkap oleh fahaman jahanam mereka itu! Hari-hari yang berlalu aku harungi dengan penuh sabar. Inilah kali pertama aku merasa tersiksa menanggung rindu. Hari berganti hari. Muhammad tidak pernah luput dari ingatan. Aku begitu merinduinya. Merindui surat darinya. Mengapa dia tidak mengutusiku, mengapa? Lima belas hari amat lama bagiku. Muhammad, segeralah kepangkuanku sayang... Aku menghabiskan masaku dengan menunggu Muhammad dan berlakon di hadapan ayah. Sesekali terasa diriku tak ubah seperti seorang perisik emak. Suatu malam di saat aku belum dapat melelapkan mata, aku cuba memikirkan bagaimana cara yang paling baik untuk menyelamatkan Muhammad agar dia dapat menerima agama Kristian. Tiba-tiba muncul satu idea. Apa kata kalau aku tanyakan perkara-perkara yang bertentangan dengan akal yang terdapat dalam agama Islam. Apabila dia tidak mampu menjawabnya sudah pasti dia akan meninggalkan agama Islam secara beransur-ansur. Ya! Inilah cara yang paling baik untuk menyelamatkan Muhammad kekasihku. Malam itu aku tidur dengan nenyak sekali, terlena dibuai mimpi indah bersama Muhammad. Hari yang berikutnya aku ke gereja Mother Maria yang terletak di sebuah bandar yang bernama Brong untuk berjumpa paderi bagi membincangkan rancanganku semalam. Paderi yang bertugas di gereja itu seorang peramah. Aku menceritakan hajatku kepadanya, lalu dibawanya aku ke bilik khas. Silakan duduk nak, cuba kau jelaskan apa yang ingin kau beritahu. Begini father, saya menyintai seorang pemuda Islam tapi saya tidak dapat berkahwin dengannya kecuali dia memeluk agama Kristian. Jadi kedatangan saya ini untuk meminta khidmat nasihat dari father. Nasihat macam mana yang dimaksudkan itu nak? Saya ingin mengetahui hukum-hakam dalam agama Islam yang agak kolot di mata kasar. Saya ingin menanyakannya dan apabila dia tidak dapat memberikan sebarang jawapan, saya akan beritahu dia bahawa apa yang terdapat dalama agama Kristian adalah lebih baik daripada apa yang tersapat dalam agama Islam.

Fathe Adolf termenung sejenak kemudian menjawab. Anakku Maria, sebahagian besar daripada ajaran Islam adalah kolot dan bertentangan dengan akal. Contohnya kau boleh tanya dia dari sudut perkahwinan. Mengapa nabi mereka berkahwin ramai sampai sembilan orang isteri dan penganutnya dibenarkan kahwin empat. Patutkah seorang waras menganut agama sepeti ini dalam dunia serba moden sekarang? Ya tak ya juga. Father mempunyai idea yang bernas. Pasti Muhammad akan terpingapingan mencari jawapan yang tak pernah wujud. Ya, saya yakin dia tak akan dapat menjawapnya. Setelah meminta izin aku segera keluar dari gereja. Di wajahku tergambar luahan kepuasan. Waktu menaiki kereta, aku terfikir elok aku bertanya Abdul Wahab dahulu sementara menunggu Muhammad datang dari Turki. Ya! Memang tepat sekali, seolah-olah aku akan memperolehi dua ekor burung hanya dengan menggunakan satu peluru sahaja. Aku bergegas ke rumah Abdul Wahab yang terletak di lorong di sebuah bandar. Muhammad yang menunjukkan aku rumahnya sebelum ini. Sewaktu sampai, aku lihat dia kelihatan muram sahaja menyambut kedatanganku. Dengan perasaan hambar dia mempelawaaku masuk ke dalam. Aku rasa Abdul Wahab taku tergoda dengan kecantikanku. Tingkah lakunya amat jelas sekali. Dengan penuh ramah dia mempersilakakan aku untuk duduk di ruang tamu. Hairan. Mengapa dia tidak mempelawa aku ke biliknya seperti mana kebiasaan pemuda-pemuda di sini, kenapa? Adakah dia ingat aku akn merogolnya atau... Aku tidak faham perangai Abdul Wahab ni. Silakan Cik Maria, apa hajat awak datang ke rumah saya ini. Ada apa-apa yang boleh saya tolong? Sopan sekali tingkah lakunya. Begini Abdul Wahab, ada beberapa noktah penting berkeaan agama Islam yang inginsaya tanyakan. Jawabku spontan. Cik Maria, boleh saya tahu mengapa secara tiba-tiba saja awak mengambil beral soal ini? Tak, Cuma persoalan ini kerap sekali bermain di kepala saya, itu sahaja. Oh ya Abdul Wahab, saya difahamkan agama Islam membenarkan penganutnya berkahwin empat, agama jenis apa ni? Jelas bertentangan dengan logik akal dan lagi saya mempertikaikan nabi orang Islam yang berkahwin sampai sembilan orang. Patutkah diikut nabi seperti ini? Tanyaku dengan penuh yakin. Oh! Kalau begitu Cik Maria, dalam hal ini nabi awaklah yang paling layak menjadi ikutan bukan? Apa pendapat awak? Ya! Saya rasakan itulah yang paling baik.

Cubalah Cik Maria perhatikan, kalau kita membuat perbincangan kita tidak dapat selesaikan satu-satu masalah dengan hanya menggunakan akal semata-mata. Tentunya kita tidak akan menemui jalan keluar. Nabi awak Jesus tidak pernah berkahwin, adakah dimestikan setiap orang tidak berkahwin? Kalau kita lihat secara realitinya, seolah-olah Nabi Isa bukan nabi kamu kerana kamu menyalahinya. Cuba Cik Maria jawab andaian saya tadi. Adkah dimestikan semua manusia tidak berkahwin? Aku mula rasa kaget. Aku menjawab soalannya dengan nada yang tersekat-sekat. Tak semestinya begitu, manusia mesti berkahwin. Lagipun Nabi Isa tidak mengharamkan perkahwinan. Jawabku dengan perasaan ragu-ragu. Begitulah halnya dengan nabi kami. Siapa yang tak ingin berkahwin silakan. Asalkan jangan sekali-kali terjerumus ke lembah perzinaan. Tapi kenapa dibenarkan mereka berkahwin sampai empat? Nabi awak pula kahwin sampai sembilan. Tanya ku. Cuba kita amati noktah ini betul-betul Cik Maria. Perkahwinan nabi kami adalah atas sebab-sebab tertentu. Waktu itu agama Islam baru mula disebarkan., belum sempurna. Kalau kita teliti perkahwinan merupakan faktor besar bagi menyebarkan agama Islam di kalangan masyarakat Arab pada masa itu. Kalaulah perkahwinan nabi kami atas dasar nafsu seks sematamata, dakwah itu meleset sama sekali kerana perkahwinan pertama nabi kami adalah dengan seorang janda yang berumur empat puluh tahun, sedangkan nabi kami pada waktu itu berumur dua puluh lima tahun sahaja. Manakala perkahwinan berpanjangan selama dua puluh lapan tahun. Khadijah isteri pertama baginda sebelum ini sudah dua kali berkahwain dan perbezaan umur di antara mereka berdua amat ketara sekali. Setelah lima belas tahun hidup sebagai suami isteri, Khadijah pernah menyuarakan kepada baginda andainya baginda ingin mengahwini perempuan lain dia tidak akan menghalangnya kerana dia sudah tua tapi baginda enggan, sedangkan waktu itu baginda masih muda lagi. Ini adalah bukti perkahwinannya bukan atas dasar nafsu sematamata. Kalau atas dasar nafsu mengapa nabi kami berkahwin sewktu umurnya dua puluh lima tahun tidak sebelumnya, sedangkan gadis-gadis cantik di sekelilingnya atau sekiranya baginda mahu baginda boleh melakukan hubungan seks haram ketika itu. Sebenarnya Cik Maria Islam tidak mengharamkan perkahwinan walaupun bertujuan memuaskan nafsu seks. Sekali lagi ditegaskan perkahwinan nabi kami bukan atas dasar nafsu semata-mata. Tegas Abdul Wahab. Abdul Wahab meneruskan lagi hujahnya. Aku lega mendengarnya. Selepas kematian isteri pertama baginda yang waktu itu berumur enam puluh lapan tahun, beberapa tahun kemudian nabi kami berkahwin lagi buat kali yang kedua. Cuba Cik Maria fikir, sewaktu isteri pertamanya meninggal dunia, umurnya hampir tujuh puluh tahun dan

baginda. Selepas itu barulah baginda mengahwini perempuan lain. Bolehkah kalau kita katakan itu satu perkahwinan yang berlandaskan nafsu? Sewaktu baginda mengahwini isterinya yang ke dua (Aishah), keadaan telah memaksa baginda berkahwin lebih dari satu demi menjaga masalah dakwah. Bagainda terpaksa mengahwini perempuan dari kabilah musuh agar hati mereka akan lembut dan menerima ajaran Islam. Cara ini amat berkesan dikalangan masyarakat Arab waktu itu. Natijahnya kabilah-kabilah Arab berduyun-duyun memeluk agama Islam. Mereka mengharapkan perkahwinan nabi dengan anak-anak perempuan mereka merupakan satu penghormatan kepada mereka lebih-lebih lagi kalau sebelum ini wujud permusuhan antara dua kabilah. Pernah suatu masa emak saya menegaskan yang dia tidak keberatan membenarkan suaminya berkahwin dengan anak Presiden Amerika jika dengan cara itu Amerika akan menjadi sebuah negara Islam. Lelaki bagi perempuan muslimah bukanlah untuk kepentingan mereka semata-mata tapi tujuan utamanya adalah untuk kepentingan akidah yang mereka sama-sama anuti. Memang banyak berlaku isteri-isteri solehah menolong mencari jodoh untuk suaminya demi tujuan yang murni itu. Terangnya lagi. Sekarang ini masih lagikah lelaki Islam dibenarkan berkahwin sampai empat? Dalam al Quran tidak terdapat satu nas yang melarang lelaki Islam berkahwin lebih dari satu kecuali dalam keadaan tertentu. Ada lelaki Islam yang dilarang dari berkahwin langsung. Ada yang dibenarkan berkahwin lebih dari satu. Semuanya bergantung kepada keadaan lelaki tersebut. Saya rasa susah bagi Cik Maria untuk memahaminya sekaligus kerana ianya memerlukan waktu bagi mempelajari kaedah-kaedah dan hukum-hakam Islam. Cuma saya ingin beritahu Cik Maria apa yang telah digariskan dalam kitab suci kami mengenai hal ini, Allah berfirman maksudnya : Kalau kamu takut (curiga) untuk berlaku adil (terhadap isteri-isteri kamu) maka hendaklah kamu berkahwin tidak lebih dari satu sahaja. Kalaulah diwajibkan ke atas lelaki berkahwin tidak lebih dari satu sahaja ini bertentangan sekali dengan logik akal. Kenapa awak berkata begitu Abdul Wahab? Tanyaku inginkan kepastia. Cuba Cik Maria perhatikan, Katakanlah penduduk duani semuanya berjumlah 5 juta orang sudah semestinya orang lelaki hanya satu sahaja. Selebihnya orang perempuan. Dari segi logiknya apa yang agama Islam anjurkan itu ialah yang paling munasabah. Kaum lelaki dibenarkan berkahwin sampai empat kerana jumlah wanita melebihi jumlah lelaki 4 kali ganda, tapi mestilah dengan syarat-syarat tertentu. Namun amat pelik budaya kamu orang-orang Barat suami tidak dibenarkan berkahwin lebih dari satu tetapi suami tersebut boleh menjalinkan hubungan luar nikah dengan puluhan wanita lain, bahkan dengan isteri orang pun boleh. Itukah

hakikatnya. Bertamadun betul kamu ya! Yang lebih menghairankan lagi,kamu tidak pernah mengkritik budaya ini tapi sebaliknya apa yang Islam gariskan itulah yang kamu kritik dengan bersungguh-sungguh, sedangkan ianya jarang berlaku. Kalau pun berlaku hanya satu dalam seribu. Cuba Cik Maria hitung, berapa ramai orang Islam yang berkahwin lebih dari satu? Kalau ada pun boleh dikira dengan jari. Suka saya tambah di sini, nafkah untuk anak diwajibkan ke atas bapa samada suami atau isteri tersebut bercerai atau pun tidak. Sebaliknya budaya kamu tidak menghiraukan ini semua. Berapa ramai kanak-kanak yang tidak mengenali ibubapa mereka. Mengapa kamu tidak mahu mengkritik budaya kamu yang mengheret ke arah kehidupan yang tak ubah seperti kehidupan binatang. Jangan Cik Maria lupa, faktor peperangan juga turut mengakibatkan bilangan lelaki berkurangan dan sistem poligami Islam amat diperlukan di negara yang terbabit itu. Aku bertambah hairan., apa yang patut aku jawab. Aku sendiri pun tidak dapat menafikannya. Segala apa yang dikatakannya itu benar dan diterima akal. Benar sekali dakwaannya, secara realiti lelaki dalam masyarakat kami memiliki ratusan perempuan dalam hidup mereka sehingga aku sendiri pun belum dapat memastikan siapakah ayahku sebenarnya. Ah! Father Adolf kata persoalan ini bertentangan sekali dengan logik akal, kalau diutarakan tentu tidak akan ditemui jawapannya. Tapi natijahnya jawapan yang diberikan oleh Abdul Wahab merupakan dalil-dalil yang tidak dapat ditolak dan terlalu logik. Aku menahan geram. Sekali lagi aku akan pergi mengadu kepada Father Adolf dan menceritakan satu-persatu apa yang berlaku kepadanya. Father Adolf hanya menggelengkan kepala. Oh ya! Kalau begitu cuba kau tanya berkenaan zakat dalam Islam. Nabi mereka mewajibkan zakat kerana kemasalahan diri sendiri tanpa bersebab. Khususnya zakat diwajibkan setelah kematian isterinya Khadijah, seorang wanita kaya. Waktu itu nabi mereka tiada sumber kemasukkan lain lalu mewajibkan zakat dengan alasan Allah memerintah umat Islam supaya mengeluarkan zakat. Terang Father Adolf kepadaku. Father, kali ini saya akan pastikan pemuda kolot itu tewas. Maria anakku. Tak usahlah kau temui pemuda itu lagi. Hatiku rasa tidak tenang sahaja. Father Adolf nampak resah dan bimbang sekali, tapi aku berkeras ingin berjumpa dengan Abdul Wahab. Saya mesti bersiap sedia sebelum Muhammad kembali father. Bagaimana saya dapat berkahwin dengannya kalau dia masih beragama Islam? Balasku sambil meluru ke kereta. Aku segara menghidupkan enjin kereta dan bergegas ke rumah Abdul Wahab. Sewaktu di rumahnya tanpa berlengah-lengah aku terus menyoal dengan penuh yakin sekali.

Kenapa nabi kamu mengkhianati agamanya demi kepentingan diri sendiri? Cuba jawab Abdul Wahab. Apa yang Cik Maria cakapkan ni? Kami apabila menyebut Sayidina Muhammad, ianya bererti Islam itu sendiri, seolah-olah dua perkataan yang seerti. Bagaimana seseorang tega mengkhianati dirinya sendiri? TerangAbdul Wahab. Tidak! Saya belum mengajukan lagi persoalan. Tidak sabar lagi rasanya aku ajukan persoalan. Aku begitu yakin dia akan tewas. Mengapa nabi kamu mewajibkan zakat. Ini mestilah disebabkan dia mengalami krisis sumber pendapatan bukan? Abdul Wahab menarik nafas pangjang setelah mendengar soalan yang aku ajukan itu. Pastinya dia akan tersungkur. Dengar sini baik-baik Cik Maria. Agama islam sebenarnya bukanlah sebagaimana yang diberitahu oleh paderi-paderi awak. Agama Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada nabiNya Muhammad. Guru yang memberitahu awak mengenai hal ini sebenarnya sudah tersilap.untuk pengetahuan awak, nabi kami tidak berhak menggunakan harta zakat. Bukan setakat nabi sahaja bahkan semua ahli keluarga baginda. Pernah suatu ketika salah seorang cucu baginda yang bernama Hasan cuba mengambil sebiji tamar daripada zakat yang dikeluarkan oleh orang-orang Islam. Nabi kami terus merampas tamar itu dari tangannya. Apa awak kata Abdul Wahab? Harta zakat diharamkan ke atas nabi awak? Sekali lagi aku rasa panik. Ya Cik Maria, zakat sebenarnya diwajibkan ke atas orang-orang kaya untuk diberikan kepada fakir miskin. Ianya tak ubah seperti tabung bagi menolong orang-orang miskin. Itu pun kalau harta orang-orang kaya tersebut menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Pada hemat saya, kalaulah semua orang kaya mengeluarkan zakat daripada harta-harta mereka tiadalah orang merempat atas muka bumi ini. Cuba Cik Maria dengar apa yang dicakapkan dalam kitab suci kami yang bermaksud: Orang-orang yang bakhil dengan apa yang Allah berikan kepadanya jangan sekalikali menyangka pemberian Allah tersebut merupakan suatu kebaikan untuk mereka, bahkan apa yang Allah berikan itu akan dikalungkan (diazab) di atas (tengkuk) mereka di hari akhirat kelak. Allah itu mempunyai warisan (kekayaan) dilangit dan di bumi. Dia amat mengetahui apa yang kamu semua lakukan.
(surah Ali Imran: 108)

Dalam surah al Nisa pula Allah menceritakan peribadi orang-orang yang patuh kepada ajaran Allah: Kelak kamu semua sedikit pun tidak akan dizalimi Ini adalah pegangan kami orang-orang Islam yang mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan melaksanakan hukum Allah. Dengan berbuat demikian kami akan terhindar dari azab Allah kelak. Ada pun yang membohongi nabi-nabi Allah walaupun mereka diberikan kesenangan hidup di dunia tapi mereka tidak akan terlepas dari seksaan Allah. Mereka tidak beriman dengan agama Islam bahkan sentiasa mencari kepincangan untuk dizahirkan kepad orang ramai. Mereka yang seperti ini tergolong dalam golongan orang yang diceritakan oleh Allah dalam surah Ibrahim ayat ke-3: Orang-orang yang lebih mementingkan kehidupan duniawi daripada kehidupan ukhrawi dan terpesong dari jalan Allah, mereka sentiasa mencari kepincangan di dalamnya (agama Islam). Mereka semua tergolong dalam golongan orang yang paling sesat. Dalam surah al Hijr, ayat ke-2, Allah berfirman maksudnya. Di hari kiamat kelak orang-orang kafir berangan-angan kalaulah dahulu (di dunia) mereka sebagai seorang muslim. Agama Islam adalah agama yang unik. Ia memerlukan kesabaran dan ketekunan untuk memahaminya. Awak akan menyesal Cik Maria kalau awak masih berdegil. Ini amaran Allah. Aku rasakan tubuhku menggigil setelah mendengar ayat-ayat yang dibacakan tadi seolaholah al Quran menceritakan tentang tingkah laku aku yang sentiasa mencari kepincangan dalam agama Islam. Ya, jelas sekali. Akulah orang yang dimaksudkannya itu. Perasaan takut menyelubungiku. Tubuhku lemah bagaikan tidak bermaya. Ku gagahkan diri. Oh! Begitu teratur sekali dan begitu pedas bidasannya. Benarkah ini datangnya dari Allah? Aku mula menyupah Father Adolf. Dialah yang menyebabkan terasa diri ini sedikit pun tidak berharga. Tampak hina di hadapan Abdul Wahab. Aku bergegas keluar menuju ke gereja dalam keadaan menangis teresak-esak. Sesampainya aku di sana Father Adolf sudah pun keluar. Aku segera pulang ke rumah. Ayah membuka pintu. Dia kelihatan amat sangsi dengan keadaan ku yang tidak terurus. Aku memberitahunya yang aku demam. Di kamar aku menangis sepuas hati. Aku sendiri pun tidak tahu mengapa aku harus bersedih. Adakah aku rindu serta bimbangkan Muhammad atau peristiwa hari ini. Hari ini aku merasa terhina di hadapan orang Islam dan merasakan tidak berharga walau sedikit pun. Aku nekad untuk berjumpa paderi esok hari agar aku dapat menewaskan Abdul Wahab.

****************

Adakah Hatiku Menyanggah Akidahku Aku mendapatkan emak yang tiba-tiba tercegat di pintu kamar danterus memeluknya
sambil diiringi tangisan yang tidak bermakna. Mak! Cuba mak bayangkan betapa hinanya saya di hadappan seorang pemuda Islam. Saya tewas mak! Adakah semua paderi Kristian menolak agama Islam hanya dengan menggunakan hujah-hujah mereka yang tidak konkrit. Saya benar-benar hairan mak. Apa akan terjadi nanti kalau saya gagal mempengaruhi Muhammad. Saya rasa kalau saya gagal lebih baik saya mati mak! Jangan kau cakap begitu nak! Jangan kau lakukan itu. Kau akan diusir dari gereja nanti. Sabarlah Maria, mak kan ada. Mak yakin kau akan dapat bersabar. Kau tidak mungkin akan menderhakai Tuhan Jesus dan Mariam. Jangan sekali-kali kau menjual kitab suci kita demi cintamu kepada pemuda Islam itu! Emak tidak henti-henti memujukku. Dibelainya rambutku. Kata-katanya meredakan perasaanku yang hampir remuk. Setelah aku kembali tenang, aku terus membuat pengakuan yang aku tidak akan menjual agamaku hanya kerana cinta. Tapi, walau bagaimanapun aku amat berdendam dengan Father Adolf. Mengucap Maria! Jangan kau mencaci paderi! Aku sudah tidak dapat menahan api kemarahan lagi. Tiba-tiba sahaja aku bagaikan dirasuk iblis. Saya bukan mencacinya mak! Saya hanya ingin melepaskan geram. Biar tenang sikit hati saya. Jangan jadi kurang ajar Maria! Jangan kau ulangi lagi perbuatanmu itu. Emak kelihatan marah. Aku cuba menenangkannya Cuba mak bayangkan, bagaimana saya tidak marah. Paderi itu sengaja menyebabkan saya terhina di hadapan orang Islam. Saya rasa saya memang berhak memarahinya. Tapi tak mengapalah, esok saya akan berjumpa dengan... Perbualan kami terhenti kerana secara tiba-tiba ayah muncul di depan kamarku. Mungkin kerana mendengar pekikanku memarahi paderi. Mujurlah ayah tidak sempat mendengar kesemuanya, cuma apa yang sempat didengarinya aku mencaci paderi, itu saja. Memang kau tidak bersalah Maria!

Sepatutnya aku merasa gembira kerana ayah menyebelahiku tapi sebaliknya bukan niatku untuk mencaci paderi. Lidahku kelu. Aku tidak membantah kata-kata ayah. Ternyata memang perit kehidupan ini. Mampukah aku meneruskannya? Semalaman aku tidak dapat tidur. Setiap kali aku cuba melelapkan mata peristiwa petang tadi bermain-main di kepalaku. Ohh, alangkah hinanya aku di hadapan Abdul Wahab.

****************

Paderi Besar Bernama Marshall Akhirnya aku berpeluang berjumpa paderi besar. Aku terasa gelisah. Apakah agaknya
persoalan yang akan diberikan olehnya serta kata-kata yang mampu aku luahkan. Beberapa ketika kemudian, paderi besar pun keluar mendapatkan aku. Aku cuba bangun untuk memberi penghormatan, tapi dia mengisyaratkan dengan tangannya supaya aku duduk. Aku terus duduk. Perlahan-lahan aku cuba aturkan kalimah yang keluar dari bibirku. Ketua paderi hanya mendengarnya sahaja. Setelah selesai aku ceritakan peristiwa yang berlaku petang kelmarin, dia lantas ketawa berdekah-dekah. Tak perlu kau bersusah hati nak, dalam hal ini father akan tunjuk kepada kaubeberapa kelamahan dalam agama Islam. Betulkah father, apa dia? Aku menagih jawapannya. Father Marshall memberitahuku satu demi satu. Aku begitu yakin sudah tentu aku akan dapat menewaskan Abdul Wahab. Mula-mula kau tanyakan dia berkenaan al Quran, mengapa Allah menurunkan al Quran sedangkan Injil sudah wujud? Ini menunjukkan bahawa Muhammad, nabi mereka telah mencedoknya daripada ajaran Injil kemudian mendakwa wahyu baru yang datang dari Allah. Perkara kedua, berkaitan dengan penindasan terhadap kaum wanita dalam ajaran Islam. Adakah patut para wanita hanya dibenarkan menerima separuh sahaja daripada kadar yang diberikan kepada kaum lelaki? Contohnya dalam pembahagian harta pusaka. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap kaum perempuan hanyalah separuh manusia. Maka memang sepatutnya mereka menerima hanya separuh sahaja daripada harta pusaka. Terang ketua paderi kepadaku. Apa kata kalau dia dapat menjawab berkaitan dengan perkara ini father? Dia mungkin dapat menafsirkannya, tapi tidak sedikit pun yang boleh diterima akal. Saya juga rasa begitu juga father. Mengapa tuhan menurunkan al Quran sedangkan Injil sudah pun ada? Begitu juga dengan pembahagian harta pusaka. Memang jelas kezaliman berlaku. Satu perkara lagi mengenai penyaksian dalamapajua kes. Mereka mensyaratkan dua orang wanita bersama seorang lelaki bertindak sebagai saksi jika ketiadaan dua orang daripada saksi kaum lelaki. Alasannya bahawa wanita seumpama separuh manusia, maka dua orang saksi perempuan menyamai seoarng saksi lelaki.

Ohh! Betulakah begitu sebagaimana yang terdapat dalam al Quran? Tidak syak lagi! Balas ketua paderi. Sekarang aku sudah temui penawarnya. Kali ini aku akan pastikan Abdul Wahab rebah tersungkur di hadapanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Father Marshall aku pun bergegas keluar dari bangunan gereja untuk ke rumah Abdul Wahab. Aku tidak perasan keadaanku memandu kereta ketika itu, tiba-tiba sahaja aku sampai di hadapan rumahnya. Sewaktu dalam perjalanan tadi, akunyaris-nyaris kemalangan. Ketika turun dari kereta, aku dapati Abdul Wahab teregat di muka pintu rumahnya. Dia hairan memandangku. Apa yang sudah berlaku Cik Maria? Kalau tak keberatan mari kita ke Cafetaria, ada beberapa perkara yang ingin saya bincangkan. Kali ini aku agak berbesar hati dan begitu yakin sekali. Abdul Wahab, tahukah awak al Quran bukannya Kalamullah? Abdul Wahab menjawabnya dengan selamba, seolah-olah berjenaka. Ohh! Kenapa begitu? Dari mana awak tahu perkara ini? Awak percayakan yang Injil itu wahyu dari Allah? Kenapa tidaknya. Tapi Injil yang asli! Kalau awak mengaku Injil itu kitab Allah, mengapa Allah turunkan al Quran sedangkan Injil sudah pun wujud? Dia menarik nafas panjang. Begini Cik Maria, adakah awak beriman dengan kitab Taurat? Ya, saya beriman dengannya. Kalau begitu kanapa diturunkan Injil sedang kitab Taurat sudah wujud? Aku rasakan jawapan itu menjdi tamparan hebat buatku. Aku mula merasakan gelisah kerana aku tidak dapat menjawabnya. Abdul Wahab menymbung. Tentu ada hikmahnya Allah menurunkan Injil walaupun Taurat sudah pun ada. Begitu juga dengan al Quran kerana ia adalah peraturan Allah yang Maha Bijaksana. Sebelum ini Allah telan menurunkan wahyuNya yang berupa wasiat-waasiat, seperti wasiat lima puluh sedangkan wasiat sepuluh sudah pun ada. Allah menurunkan Taurat walhal sebelumnya kitab Zabur sudah pun ada. Sebenarnya Allah berbuat demikian bukan sahaja kerana ingin menguji keimanan setiap umat manusia, motif yang sebenarnya semenjak dari nabi Adam a.s hinggalah kepada nabi akhir zaman adalah sama sahaja, iaitu mengesakan Allah walaupun berbilang syariat dan kitab. Sebagai contoh, pelajar yang tamat peringkat menengah, tentu sekali matapelajaran peringkat sekolah rendah berlainan dengan peringkat menengah akan tetapi tujuan hanyalah satu. Boleh juga kita

mengambil contoh, andainya lima buah buku yang kita karang, sudah pasti kita tidak mampu untuk menghuraikan kelima-lima buah buku tadi dalam beberapa minit sahajakan? Aku mengeluh panjang. Baiklah! Apa pendapat awak berkaitan dengan pembahagaian harta pusaka? Kenapa agama Islam memperuntukkan kepada anak lelaki satu kali ganda lebih banyak daripada anak perempuan. Sekarang jelaslah di sini agama Islam memandang anak perempuan seolah-olah separuh manusia bukan? Cuba Cik Maria dengar baik-baik. Dalam agama Islam perempuan tidaklah dipertanggungjawabkan untuk membiayai nafkah seseorang. Dengan kata lain dia tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi nafkah kepada suami atau anaknya. Sebagai contoh jika seseorang mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua-duanya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Si anak lelaki mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak, ditambahkan lagi dengan emak dan ayahnya yang sudah uzur. Jumlah semuanya seramai tujuh orang. Si suami (anak lelaki kapada dua orang tuanya yang uzur) dipertanggungjawabkan bagi membiayai mereka semua. Manakala adik perempuannya sedikit pun tidak dipertanggungjawabkan kecuali jika ibubapanya miskin dan dia seorang yang kaya. Jadi kalau dikira dari segi logiknya, adilkah jika disamakan anak perempuan dengan anak lelaki dalam pembahagian harta pusaka? Tentu sekali tidak adilkan? Oh, aku kecundang lagi. Bagaimana pula dengan penyaksian. Saksi daripada seorang lelaki sama dengan saksi dua orang daripada golongan perempuan. Ini jelas kerana agama kamu menganggap perempuan separuh manusia bukan? Cik Maria, boleh saya tanyakan sesuatu. Paderi wakkah yang beritahuawak hal ini semua? Paling mendukacitakan kamu pengikut agama Kristian sentiasa ditpu mereka. Dengar sini Cik Maria. Agama Islam bukanlah selemah yang awak sangkakan itu, dan tidak sebagaimana yang disangkakan oleh setengah orang pada masa sekarang. Siapakah yang lebih mengetahui selain Allah? Sebenarnya Allah telah menggariskan perkara ini dalam kitab suci al Quran, bermaksud : Bersaksikanlah dua orng saksi daripada kalangan lelaki kamu, jika kamu tidak mendapatinya maka kamu boleh mengambil seorang saksi lelaki dan dua orang saksi wanita yang kamu rasa layak untuk menjadi saksi. Kerana jika salah seorang daripada saksi wanita itu lupa seorang lagi akan mengingatkannya.
(Al Baqarah : 282).

Cuba Cik Maria teliti baik-baik, kita dapati kaum wanita lebih emosi. Mereka lebih mudah terlupa. Mungkin kerana mereka terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga dan anakanak. Jadi, ia sebenarnya merupakan ujian keimanan Cik Maria. Abdul Wahab meneruskan hujanya. Ya, secara realiti kaum perempuan lebih mudah emosi dan mudah lupa. Kalau Cik Maria mendakwa Islam memandang kaum wanita seperti separuh manusia dakwaan itu sebenarnya meleset sama sekali kerana jika seorang lelaki membunuh seorang perempuan maka lelaki tersebut juga akan dikenakan hukuman bunuh (qisas), jika pembunuhan itu disengajakan. Dan kalaulah benar Islam memandang kaum wanita sedemikan nescaya lelaki membunuhnya tadi hanya dikenakan separuh hukuman sahaja.tapi ia tidak pernah berlaku dalam agama Islam. Apa yang awak dengar itu adalah pembohongan semata-mata. Oh tuhan tidak mungkin! Tidak mungkin paderiku sanggup melakukan perkara seperti ini terhadapku. Tuhanku, aku rela mati daripada mendapat penghinaan ini. Aku tidak dapat mengawal lagi perasaan. Aku terus menangis. Abdul Wahab kehairanan melihatku. Kenapa ni Cik Maria? Kenapa awak menangis? Apa yang telah saya lakukan? Awak janganlah merasa pelik dengan apa yang saya cakapkan tadi Cik Maria. Saya menyeru agar awak berserah diri kepada Allah. Masuklah ke dalam agama Islam kerana dengan berbuat demikian awak juga akan beriman dengan ajaran Injil dan nabi Isa. Kenapa awak bersedih sedemikain rupa? Aku terus menangis. Sekarang seolah-olah aku terpaksa menerang masalah agamaku kepada seorang yang tidak mengimaninya. Oh tuhan! Tenangkan lah hatiku untuk melafazkan sesuatu apabila berkeadaan begini. Tidak Abdul Wahab! Saya tidak akan memeluk agama Islam walaupun saya telah kecundang dihadapan awak. Tegasku. Ahhh, mengapa mesti begitu Cik Maria? Mengapa awak begitu bersedih dengan apa yang saya cakapkan tadi. Perkara ini bukan urusan awak. Lagipun kalau awak bawa mereka (paderi) berbincang dengan saya berkenaan perkara ini sekali pun sudah pasti mereka juga akan kecundang di hadapan kebenaran Islam. Aku cuba melawan tangisan. Dalam nada sendu aku bertanya. Kalau saya bawa awak berjumpa paderi kami bagi membincangkan perkara ini bagaimana, awak setuju? Tentu sekali, saya akan berbincang denganya berkenaan dengan apa yang saya tahu. Dengan izin Allah, saya akan membuatkan dia bersetuju dengan segala jawapan yang diberikan

nanti dan kalaulah sebaliknya beerti apa yang ditanya sedikit pun tidak mendatangkan faedah, Cuma sekadar ingin membangkang sahaja. Cukup! Saya mohom agar awak jangan lagi mencaci paderi kami! Sepatutnya Cik Maria, sayalah yang seharusnya memohon kemaafan. Saya tidak boleh mencaci mereka kerana di kalangan mereka ada yang ikhlas kepada Allah . kalaulah kata-kata saya tadi berbentuk cacian, maka ianya ditujukan kepada mereka yang membohongi agama kami, juga yang selewengkan agama Kristian sendiri. Maksud awak? Ya! Paderi-paderi awak telah selewengkan agama Kristian kerana mereka mendakwa ianya sudah tidak sesuai dengan zaman sekarang. Saya harapkan awak jangan salah faham Cik Maria. Saya tidak bermaksud untuk mencaci bangsa Jerman atau paderi-paderi dan orang-orang Kristian semua. Apa yang saya maksudkan ialah dalam dunia Kristian ada golongan yang cuba menyelewengkan setiap hukum yang terdapat dalam kitab Injil yang asal. Terang Abdul Wahab. Cukup Abdul Wahab, cukup! Tak sanggup lagi saya mendengarnya. Saya akan ataurkan pertemuan itu. Di sana nanti cakaplah apa yang awak ingin cakapkan! Aku terus meninggalkan Abdul Wahab dengan perasaan hampa. Ketika di rumah, aku berbual-bual dengan ayah di bilk bacaannya. Maria, sejak akhir-akhir ini ayah tengok kau muram saja, kenapa sayang? Ceritakanlah kepada ayah. Tak ada apa-apalah ayah. Cuma, saya risau sedikit.. Adakah kau rindukan Henz? Taklah. Sebenarnya Henz telah lama keluar dari hidup saya. Oh ya! Tidak lama lagi Muhammad akan kembali semula. Maria, adakah kau membuat hubungan dengan Muhammad kerana Henz berjauhan darimu? Ayah akan beritahu kau perkara yang sebenarnya. Ayah terpaksa menghantar Henz ke sana kerana menyampaikan mesej penting. Mesej ini terpaksa disegerakan. Ayah, tak perlulah ayah sibukkan diri dengan Henz lagi. Henz tidak penting lagi bagi saya sekarang. Ayah, saya ingin tanyakan satu soalan. Kenapa ayah menjauhkan diri dari ajaran Kristian dan kitab Injil? Ayah mengeluh panjang. Senang saja Maria. Ayah dapati ianya sudah tidak sesuai lagi dengan zaman sekarang. Adakah ayah percaya bahawa kitab Injil itu dari Allah? Ya Maria. Ayah menjawab ringkas. Jadi, ayah percayalah bahawa tuhan itu ada?

Sudah tentu! Ayah percaya bahawa ada suatu kuasa yang menukar atom kepada unsur kimia dan ada suatu kuasa yang mengturkan kromoson. Kalau begitu sudah tentu ia tidak pernah tersilap bukan? Adakah orang yang mengaturkan kromoson tersebut mengetahui apa yang paling serasi untuk masa sekarang? Tapi saya rasa ayah tentu tidak percaya yang Injil itu datangnya dari Allah. Sebab kalau ayah mempercayainya pasti ayah akan mengaku ada kuasa yang mengatur alam semual ajadi semenjak lapan juta tahun umur alam ini. Dalam masa tersebut sekalipun ia tidak pernah tersilap dalam menguruskannya. Sudah tentulah penjaganya ialah Allah! Ayah nampaknya gelisah apabila mendengar hujahku. Ohh! Maria, aku ingatkan kau sudah pun menjadi seorang berfahaman Aties. Kenapa kau masih pegang dengan semua ini hah? Kalau Allah memberitahu perkara bagaimana yang benar sebagaimana yang terdapat dalam Injil, mengapa mereka semua dengan mudah sahaja mengubah kandungan kitab Injil itu. Adakah mereka rasa mereka lebih mengetahui daripada Allah? Ayah, apa kata kalau Allah menyampaikan mesej ajarannya melalui kitab lain selain daripada Injil? Kitab mana contohnya? Ayah ketawa panjang. Maria, jangan kau mempermainkan ayah sayang. Ayah telah melihat pengikut-pengikut kitab al Quran. Inikah halnya orang yang mengikut ajaran Allah? Contohnya kebanyakkan negara Islam seperti Syria, Mesir, Algeria, Albania, Turki, Azarbaijan dan tempat-tempat lain lagi. Lihatlah keadaan merka khususnya pemudanya, huh! Teruk benar. Apalah bentuk syariat yang mereka cuba pertahankan? Tapi ayah, apa yang ayah cakapkan itu sedikit pun tidak mengaibkan al Quran. Seperti yang ayah sebutkan tadi, puncanya kerana mereka tidak patuh kepada ajaran al Quran. Ayah namapak marah sekali bila mendengar penjelasan dariku yang seolah-olah menyokong orang Islam. Apa ni hah! Maria kau nak memeluk agama Islam kah? Bukan itu maksud saya ayah. Sebenarnya saya amat geram kepada paderi-paderi gereja, kerana merekalah saya rasa terhina di hadapan orang Islam. Bila terkenangkan peristiwa itu dadaku mula rasa sempit. Aku berazam untuk pergi berjumpa Sister Monica pada keesokan harinya, khas bagi mempelajari selok-belok agama Kristian. Ahh! Lupakan perkara itu dahulu. Aku mesti berkelakuan seperti seorang Aties di hadapan ayah sekarang agar dia benar-benar yakin kepadaku.

Ayah tau tak, kenapa saya kerap ke gereja? Sebenarnya saya kesana untuk mengumpulkan maklumat mengenai agama Kristian supaya senang nanti saya menghentamnya. Itulah yang menyebabkan saya sentiasa termenung. Kau yakinkah dengan apa yang kau cakapkan itu Maria? Tapi ayah lihat kau semenjak akhir-akhir ini berubah benar nampaknya. Kau kelihatan bersedih sepanjang masa. Begini Maria kalau kau mahu, kau boleh kekal dengan agamamu. Tapi ingat, jangan sekali-kali kau memeluk agama Islam kerana Muhammad. Aku tidak akan teragak-agak membunuhmu. Memang benar aku seorang yang memahami masalah orang lain dan suka bertolak ansur, tapi aku tidak akan bertolak ansur dengan agama Islam. Tegas ayah dengan nada amaran. Apa yang ayah cakapkan ni? Memang benar saya menyintainya, tapi tidaklah ke tahap sampai sanggup bertolak ansur dengan pegangan saya ini. Jawabku cuba meyakinkah ayah. Di muka pintu bilik tempat kami berbual kelihatan orang gaji kami menatang dulang. Aku lupa emak tiada di rumah waktu itu. Kami sama-sama minum kopi sambil berbual-bual. Ayah memberutahuku tentang Mustafa Kamal Ataturk. Maria, kau gadis cantik, ayah rasa Ataturk akan terpesoana apabila melihatmu nanti. Memang benar dia mempunyai ramai gadis cantik tapi kalau kau juga akan menjadi idamannya sekurang-kurangnya kau akan mempengaruhinya agar memaksa gadis-gadis Turki memakai bikini. Alangkah bertuahnya kalau kau dapat mengahwininya. Suatu masa nanti sudah pasti negara Turki akan menjadi milik kita. Lagi pun Ataturk tidak kurang kacaknya ha... ha... ha. Jelas ayah sambil ketawa . aku tersentak dengan gurauan ayah tadi. Tolonglah ayah, fahamilah perasaan saya! Saya tidak akan mengkhianati cinta kami atau menjualnya walaupun dengan beratus kali ganda orang yang sekacak Ataturk. Saya sedikit pun tidak hairan dengan wajahnya yang kacak itu. Jangan jadi bodoh Maria! Ini merupakan peluang besar bagimu. Cuba kau lihat bagaimana puan Jorles, seorang wartawan Perancis yang mula berjaya memasuki Majlis Tertinggi Turki. Tak tahulah sama ada dia ada hubungan atau tidak dengan Ataturk, tapi dia bukanlah seorang wanita cantik seperti kau. Ataturk tidak pernah menghiraukannya. Ayah rasa dia sudah tentu terpikat bila melihat kau nanti. Bagaimana kalau kau turut kehendak ayah demi menyebarkan fahaman kita ini? Pujuk ayah lagi. Tapi ayah, gadis-gadis Turki memang sudah terpengarauh dengan fahaman kita. Mereka telah memakai bikini dan menyertai pertandingan ratu cantik. Apa lagi yang kita mahu ayah? Misi kita bukannya tamat setakat mereka memakai bikini sahaja, namun adakah kita mampu mengalihkan pandangan orang-orang Islam kepada cara hidup masa kini. Di negara Turki masih terdapat ramai lagi yang membenci Ataturk. Kalau ada peluang mereka tidak akan teragak-

agak membunuhnya. Kita tak boleh biarkan Ataturk keseorangan di sana. Kita mesti membantunya dalam setiap perkara. Jelas ayah lagi. Setiap kali ayah mengutarakan pendapatnya, tiap kali itu juga aku merasai kekusutan dalam hati ini. Sekarang dalam kepalaku ada eampat persoalan. Muahammad, Aties, ayah dan agama Islam yang memiliki kaedah tersendiri, berbeza daripada yang lain dan masih belum dicemari. Apakah yang Abdul Wahab akan lakukan terhadap paderi-paderiku esok. Ya tuhan, kenapa dia begitu kebal sekali? Muhammad pula mengapa sampai sekrang sepucuk surat pun belum aku terima. Oh tuhan, kenapa aku terlalu menyintainya, aku sendiri pun tidak tahu. Inikah yang dinamakan bahana cinta? Oh...

****************

Tidak Semua Orang Mampu Memberikan Nasihat Yang Berguna Keesokkan


harinya aku menumui Sister Monica. Dia memang terkenal dengan kesetiaannya serta taat beribadat kepada tuhan. Aku menceritakan kepadanya segala permasalahan yang menghantui diriku. Dia menasihatiku agar bertenang dan bersabar. Setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya begitu lunak sekali membuatkan aku merasa tenang buat seketika. Setelah beberapa ketika di rumahnya aku meminta izinuntuk pulang. Sewaktu dalam perjalanan pulang aku melewati satu kawasan taman bunga. Sewaktu mencecah pintu masuk taman bunga tersebut, langkah ku terhenti. Aku bagaikan tidak percaya. Sahabat lamaku Vera berdiri di hadapanku lantas kami saling berpelukan. Aku tidak dapat mengawal perasaan hiba. Air mataku terus mangalir ketika di dalam pelukannya. Dia mengajakku ke rumahnya. Vera seorang sahabat yang memahami perasaanku. Ketiak di rumahnya, aku menceritakan satu persatu maslah yang sedang aku alami. Jangan jadi bodoh Maria! Kalau kau memang menyintainya mengapalah kau jadikan agama sebagai penghalang . apalah yang ada sangat pada agama? Aku tidak pernah menolaknya. Dia yang menuduh aku terlalu taksub kepada agama Kristian. Inlah pemisah antara kami. Aku ingin memujuknya agar menganut agama Kristian. Pernah kau mencuba? Belum lagi. Aku sedang berusaha ke arah itu, tapi kesemua paderi yang aku menaruh harapan pada mereka membuatkan aku kecewa. Aku hampir-hampir menaruh syak pada agamaku. Persoalan ini amat menyempitkan dadaku sekarng. Semoga tuahn menolongku. Usahlah kau bimbang sangat Maria. Kalau kau tak berjaya menjadikan dia Kristian kau sahajalah yang menganut agama Islam. Habis cerita. Apa yang kau cakap ni Vera. Kau dah gila kah? Oh tuhan tolonglah aku! Lebiih baik aku mati daripada memeluk agama Islam. Orang-orang Islam sendiri tidak setuju dengan agama mereka, malah mereka sentiasa melanggari suruhan agama mereka. Agama apakah ini? Sudah! Sudahlah tu! Usahlah kau hiraukan agama lagenda itu. Kau bebaskan memeluk mana-mana agama. Semuanya sama sahaja! Atau kau tak perlu anuti mana-mana agama, kan senang. Ya tuhan! Apa yang kau cakap ni Vera? Kau pun dah terpengaruh dengan fahaman Aties sekarang?

Ya Maria. Sekiranya kau tidak mahu dituduh kolot kau mesti yakin serta percaya pada diri yang engkau tidak perlukan tuhan lagi. Tuhanku, apa sudah jadi dengan semua orang hah! Mengapa fahaman Aties begitu terpengaruh sekali? Aku terus meninggalkan Vera. Hatiku teramat pilu. Tidak ku sangka dia begitu cepat berubah. Siapalah lagi tempat aku mengadu selain emak. Petang itu sekembalinya aku dari rumah Vera, aku dapati emak berdiri di muka pintu menyambut kepulanganku. Alangkah manisnya senyumanmu mak. Mak ada berita gembira untukmu Maria. Surat dari Muhammad ke mak? Ya sayang. Nah ini suratnya. Walau bagaimana pun, mak juga turut rasa gembira kerana surat ini telah membuat kau gembira, ambillah! Tuhanku, adakah ini mimpi di siang hari? Di mana aku sekarang? Aku masih tercegat berdiri di hadapan emak. Tangan ku menjadi kaku. Tak tahu bagaimana ingin ku mengambilnya dengan wajah yang berseri-seri. Sebelum membuka surat itu aku menciumnya berkali-kali. Aku yakin kau tentunya masih menyayangiku Muhammad. Aku merasakan Muhammadlah yang berada di dalam sampul itu. Bila kau membukanya nanti dia pasti akan keluar dengan melayang mendapatkan aku. Tuhanku, kenapa aku menyintainya sebegini rupa. Adakah aku sudah hilang akal? Layakkah bagi seorang insan menerima cinta yang sebegini rupa? Aku membukanya dengan perlahan-lahan. Tanganku terketar-ketar. Setelah membukanya aku dapati ianya tertulis dalam bahasi Inggeris. Maria sayang, Aku tahu kau tidak mungkin memaafiku. Diri ini terasa malu untuk memohon keampunan darimu. Tahukah kau sayang mengapa agak lama aku tidak mengutusimu. Sebenarnya aku cuba untuk melupai hubungan kita tapi... Oh! Tidak berdaya hati ini melupaimu. Ak ucuaba untuk menjauhkan diri darimu namuan hakikatnya, aku masih tidak mampu untuk menipu hati ini kerana aku terlalu menyintaimu. Aku gagal dalam percubaan itu... Aku tidak sanggup menanggung rindu. Aku sentiasa dirundung malang kerana mengingatimu. Sabarlah sayang, beberpa detik yang akan berlalutidak lama lagi aku akan berada disisimu... Oh Muhammad! Rupanya kau terlalu menyintaiku. Saat itu aku rasajan akulah orang yang paling bahagia. Tiba-tiba aku tersentak. Aku masih lagi belum bersedia mempengaruhinya untuk menganut agamaku. Malam itu sewaktu aku berbual-bual dengan ayah, dia memberitahu yang Henz ada menelefonnya. Ayah memberitahu Henz tentang kisah cintaku. Bagi Henz ianya tidak menjadi

apa-apa masalah. Buatlah apa yang aku suka. Dia akan menanganinya bila kembali nanti. Henz bukan sahaja ditugaskan untuk menyampaikanmesej ajaran Ateis, bahkan dia dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas yang amat pengting. Huh! Sungguh besar nafsu mu Henz. bila pulang nanti saya akan menangani keadaan. Sungguh bodoh! Dia ingat siapalah dirinya. Dia seharusnya tahu bahawa Muhammad adalah duniaku. Aku bertekad, jika sepatah perkataan terhambur dari mulutnya nanti aku berjanji akan meludahi mukanya. Pada hari yang berikutnya, aku bangunawal untuk ke gereja berjumpa dengan Father Marshall khususnya bagi membincangkan masalah yang berkaitan dengan Abdul Wahab. Father, saya tidak mampu untuk memahamkannya mengenai perkara ini. Apa kata kalau saya membawanya ke sini untuk berbincang sendiri dengan father. Tolonglah father. Saya bingung sekarang. Tidak lama lagi kekasih saya Muhammad akan kembali, saya masih lagi belum membuat apa-apa persediaan. Oh ya! Elok benar sarananmu itu. Jemputlah dia ke sini. Perbincanagn antara dia denganmu tentuya tidak sama perbincangan dengan kami. Father, bolehkah saya turut serta dalam perbincangan itu? Father Marshall membenarkan aku turut serta mendengarnya. Pagi itu, aku bergegas keluar dari bangunan gereja dengan wajah yang penuh ceria menuju ke rumah Abdul Wahab untuk memberitahunya hal ini. Buat kesekian kalinya aku dapati Abdul Wahab menyambutku dengan separuh hati. Kenapa Cik Maria datang seorang diri menjemput saya? Kenapa, apa salahnya? Awak nak saya datang bersama tentera Jermankah? Abdul Wahab ketawa kecil mendengar jawapanku Bukan begiru, er... er... maksud saya memang boleh. Tapi pertemuan kita berdua kerap seperti ini tak manis Cik Maria... Ya lah tu, tak usahlah encik bimbang. Saya sendiri pun tidak menaruh hati pada encik. Janganlah takut. Saya ni kan kekasih Muhammad, sahabat awak. Bukan itu yang saya maksudkan Cik Maria. Siapa kata takut. Dalam perkara seperti ini kita mestilah menaruh perasaan bimbang. Maksud saya daripada kedua-dua belah pihak. Ya tuhan! Apa yang awak cakapkan ini Abdul Wahab. Bukankah awak menyintai tunang awak? Tentu sekali awak tidak akan mengkhianatinya. Begitu juga dengan saya. Jadi kenapa awak harus taku? Dalam soal ini tentu Cik Maria tidak akan memahaminya. Mungkin awak tidak takut apa yang orang lain akan kata, tapi saya takutkan Allah. Banyak perkara yang saya takutkan. Oh kalau begitu, awak takut apabila kita berdua berada di tempat yang sama ya?

Sudahlah! Awak tidak mungkin dapat memahami perkara seumpama ini. Apa dia perkara lain yang awak takutkan itu? Sudah! Sudah! Baiklah, boleh kita bertolak sekarang. Paderi kami sedang menunggu. Awak akan tahu natijahnya nanti. O.k, saya sudah bersedia sekarang. Kalau saya menolaknya nanti awak akan kata saya ni pengecut. Dalam perkara ini pantang saya menerima tuduhan sebegitu rupa. Tunggu sekejap ya, saya panggil teksi. Oh, tak usah! Di luar sana tu ada kereta yang tiga daripada tayarnya untuk awak dan dua orang adik awak; awak memilik tiga perempat daripada kereta saya. Dia tersentak sambil tersenyum. Oh, kalau begitu awak masih lagi terasa apa yang saya cakapkan tempoh hari ya? Tidak, cuma bila saya tahu yang awak juga mempunyai hak ke atas kereta saya itulah yang saya hairankan. Kami sama-sama menuju ke arah kereta. Abdul Wahab duduk dibahagian belakang. Saya cukup hairanlah dengan sikap awak ni. Cuba awak lihat pelancong-pelancong yang berbangsa Arab tu sedang bersuka-ria dalam kelab-kelab malam. Ada yang sampai pagi tidur bersama pelacur tapi awak, dengan saya pun takut sebegini rupa. Sedangkan mereka, sedikit pun tidak merasa takut dengan perempuan-perempuan pelacur. Cuba tengok tu, naik kereta pun duduk di bahagian belakang kerana takut berada di sebelah saya tapi pelangcong-pelancong yang berbangsa Arab tu amat gemar kepada penari-penari dan pelacur-pelacur di kelab-kelab malam. Awak ni peliklah. Saya sedikit pun tiada keinginan terhadap awak. Awak kolot betullah! Ya! Mereka bolehlah dikira daripada kalangan kami kerana berbangsa Arab tapi bukan dikira dari golongan orang-orang Islam. Pernahkah awak lihat anjing jantan? Bila saja berjalan di belakang anjing betina terus mengangkat ekornya dengan tujuan bermegah-megah tapi bagaimana keadaannya sekali pun dia tetap seekor anjing. Maksud saya mereka suka melakukan hubungan seks dengan perempuan yang bukan isterinya seolah-olah mengamalkan tamadun atau budaya yang telah diwarisi oleh anjing. Saya manusia, saya tidak sanggip hidup berbudayakan budaya anjing. Cara hidup manusiakan lebih mulia dan sempurna! Jadi maksud awak, orang-orang Arab tu semua anjinglah? Saya tidak pernah bermaksud begitu. Apa yang saya maksudkan terdapat dikalangan manusia golongan yang berperangai seperti anjing atau dengan kata lain spesis anjing jugalah.

Beberapa minit kemudiannya kami pun sampai. Father Marshall menyambut Abdul Wahab dengan penuh hormat. Dia mempersilakannya duduk. Sebelum Father Marshall duduk dia menunding jarinya ke arah buku-buku yang tersusun rapi dalam almari di bilik bacaannya. Sebagaimana yang awak lihat, al Quran juga ada di bilik saya. Saya telah pun membacanya dari awal hingga akhir. Abdul Wahab ketawa kecil sambil menjawab. Di sana terdapat perbezaan yang ketara antara bacaan dan fahaman. Ya, saya tahu. Saya telah membaca dan memahaminya. Kalau begitu tuan ini orang Islamlah. Tidak. Saya beragama Kristian. Untuk pengetahuan tuan, tiada seorang daripada kalangan orang yang bukan Islam mampu memahami isi kandungan al Quran. Mungkin mereka merasakan mereka telah memahami tetapi sebaliknya, mereka tidak memahaminya langsung. Saya rasa kita tidak perlu bincangkan tajuk ini. Tajuk perbincangan kita yang sesuai ialah kitab Injil, bukannya al Quran. Tapi kalau tuan mahu juga, bagi saya tidak menjadi masalah. Walau bagaimana pun saya berterima kasih kerana tuan sudi membacanya. Saya doakan agar tuan termasuk dalam golongan orang yang menjadikan al Quran sebagai pegangan hidup. Dan kami lebih berbangga kalau tuan menerima Islam sekaligus digelar sebagai muslim. Awak ni memang suka berguraulah! Saya ingin bertanyakan beberapa perkara bagi menenangkan perasaan anak gadis ini. Ya. Saya juga mahukan perkara yang sama. Tanpa membuang masa Father Marshall terus mengajukan soalannya. Kenapa nabi awak mengisytiharkan dirinya seorang nabi? Sebenarnya tuan sudah silap. Nabi kami tidak pernah mengisytiharkan dirinya sebagai nabi sebelum Allah mengisytiharkan dan memilihnya sebagai nabi serta rasul. Dalam al Quran kami Allah ada menyebutnya yang bermaksud: Muhammad itu adalah pesururh Allah. Sebenarnya sedikit pun tidak memberi sebarang kesan pada saya walaupun awak membacakan ayat itu kerana, kalaulah saya percaya al Quran itu wahyu dari Allah sudah tentu saya akan memeluk Islam. Terima kasih saya ucapkan kerana tuan berterus terang, sekurang-kurangnya perbincangan kita ini akan berjalan dengan lebih lancar. Mula-mula sekali saya ingin beritahu tuan. Saya sebagai seorang muslim sudah tentu membawa dalil-dalil daripada kitab suci kami yang merupakan rujukan utama bagi orang-orang Islam, tapi setelah saya dapati tuan enggan

menerimanya saya akan membawa dalil-dalil daripada kitab suci tuan pula. Dalam Injil, nabi Isa pernah memberitahu bahawa akan muncul selepasnya seorang nabi yang bernama Muhammad tapi sayangnya, sebahagian besar daripada orang-orang Kristian tidak dapat menerima hakikat itu. Begitu juga dengan orang-orang Yahudi. Sampai sekarang pun orang-orang Kristian dan orang orang Yahudi masih menunggu kewujudan nabi akhir zaman. Sebelum ini Allah telah menyatakan tentang seorang rasul (Nabi Muhammad). Oleh kerana rasul yang diutuskan itu bukan daripada keturunan mereka maka mereka menolaknya. Daripada kalangan orang-orang Kristian hanyalah golongan kecil sahaja yang menerimanya, sedangka kami dapati akidah kami mempercayai semua nabi yang diutuskan Allah, samada nabi tersebut diutuskan daripada bangsa kami atau pun daripada mana-mana bangsa sekali pun adalah menjadi satu perkara yang wajib bagi kami mempercayainya. Father Marshall memotong. Tidak perlu awak cakap itu semua. Awak kata dalam kitab Injil terdapat dalil-dalil yang menyatakan kenabian nabi kamu. Cuba tunjukkan kepada saya atau awak bercakap ikut sedap mulut awak sahaja. Kita akan lihat, kitab Injil tidak pernah sebut perkara seperti itu! Aku terasa amat kagum melihat tindakan Father Marshall mencabar Abdul Wahab dengan penuh yakin dan berwibawa. Aku menunggu kata-kata yang bakal keluar dari mulut Abdul Wahab. Adakah dia sebenarnya secara tidak sengaja atau tidak mengetahui secara mendalam berkenaan dengan kitab-kitab Injil? Father Marshall bangun lalu mendapatkan empat buah kitab kemudian diletakkan di hadapan Abdul Wahab. Abdul Wahab hanya tersenyum. Silakan wahai anak muda. Tunjukkan kepada kami dalam empat buah kitab Injil ini, bahagian manakah yang awak katakan terdapatnya dalil-dalil yang mengesahkan kenabian nabi kamu itu? Degup jantungku hampir-hampir terhenti setelah melihat Abdul Wahab hanya tersenyum sambil menunding jarinya ke arah Injil Mathew. Ya! Ambillah dan tunjukkan kepada saya buktinya. Abdul Wahab mengambil Injil tersebut lalu membelek-belek helaiannya. Dengar ya, saya akan bacakan perenggan ke 13 daripada Ishah yang ke 3. Nabi Isa ada menyebut: Orang yang akan dibangkitkan (menggantikan) selepasku lebih kuat daripadaku, dan aku tidak layak dan tidak mampu walau untuk membawa kasutnya. Tapi kamu mengatakan orang yang mengucapkan kata-kta tersebut adalah Nabi Yahya. Tanpa ras takut kamu mengubah kitab suci ini. Cuba tuan dengar pula perkara yang sama disebut dalam Injil Mark perenggan yang ke 7 daripada Ishah yang pertama, kamu juga mendakwa kata-

kata tersebut adalah dari Nabi Yahya. Memang jelas perkara tersebut bukannya wahyu daripada Allah Cuma berupa keterangan yang dinyatakan oleh Mark dan Mathew yang menokok tambah mengiku selera kamu. Kamu juga percaya bahawa Nabi Isa adalah tuhan. Cuba lihat perenggan ke 17 daripada Ishah yang pertama Injil John : Allah itu tidak pernah dilihat oleh sesiapapun. Tengok! Senang sahaja kamu mengubahnya. Kamu mendakwa ketuhanan Isa sedangkan Injil menegaskan yang Allah tidak boleh dilihat dengan mata. John juga ada menyebut : Mereka bukan dilahirkan kerana kehendak jasad tapi adalah dari Allah. Tabiat kamu memang melampau. Kamu menokok tambah serta mengubah kitab-kitab Injil sehingga ajarannya yang asli hanya tinggal sedikit sahaja. Contohnya di dalam kitab Injil arak diharamkan, tapi kamu mendakwa ianya adalah halal. Father Marshall lantas membantah. Tidak. Injil tidak pernah mengharamkan arak! Tengok ni! Cuba tuan dengar perenggan yang ke 14 & 15 daripada Ishah yang pertama, marilah kita sama-sama membacanya. Saat itu aku mula merasa panik. Kakiku terasa kebas, ngilu tidak bermaya bila melihat Abdul Wahab mengambil kitab Injil Luke di atas meja dan membacanya. Sila dengar baik-baik ya. Kelak kau akan menikmati kebahagian dan kegembiraan. Mereka semua akan bergembira dengan kelahirannya kerana dia seorang yang mulia di hadapan Tuhannya. Arak dan benda-benda lain yang memabukkan dia tidak meminumnya. Jadi apa pendapat tuan? Seperkara lagi yang ingin saya menrik perhatian tuan bahawa dalam kitab Injil terdapat juga hukum-hukum yang menyentuh berkenaan dengan pengampunan dosa. Siapakah yang mampu mengampunkan segala dosa selain Allah? Tapi orang-orang Kristian seolah-olah membantah hukum tersebut dan telah mereka hukum-hukum lain lalu menyandarkan nama Allah padanya. Kamu juga mengingkari amalan Kristian (bagi kanak-kanak lelaki) sedangkan orang-orang Yahudi tidak mengingkarinya. Saya harap tuan jangan salah faham. Bukanlah maksud saya untuk mengutamakan orang Yahudi daripada orang Kristian. Tapi sekarang, saya sedang bercakap mengenai masalah berkhitan. Dalam Injil Luke perenggan ke 59 Ishah pertama ada menyentuh masalah berkhitan : Dan pada hari yang kelapan mereka datang untuk berkhitan seorang budak lelaki. Kemudian Injil menceritakan lagi keadaan masa tersebut. Mudah-mudahan mereka diberkati oleh Tuhan Bani Israel.

Layakkah berlaku perkara seperi ini dari Allah? Adakah Allah itu hanya Tuhan bagi Bani Israel sahaja? Orang-orang Kristian telah mendakwa tentang ketuhanan nabi Isa dalam keempatempat Injilnya. Semuanya ini dikira kesilapan yang memang tidak masuk akal. Sekarang saya ingin bertanya kepada tuan, adakah manusia lebih mengetahui daripada Allah mengenai perkara baik atau buruk? Father Marshall menjwab. Sudah tentu Allah yang lebih mengetahui. Kalau begitu mengapa setiap zaman berlaku perubahan dalam kitab Injil? Seolah-olah kamu yang lebih mengetahui daripada Allah. Awak harus faham, kita mesti menyesuaikannya mengikut kehendak masa, mengikut peredaran zaman. Contohnya, kalaulah awak merasakan keadaan zaman tersebut sudah tidak sesuai lagi dengan awak, awak mestilah sesuaikan diri awak dengan zaman itu. Father Marshall cuba menjelaskan sesuatu kepada Abdul Wahab. Oh! Kalau begitu, seolah-olah Allah tidak mengetahui apa yang akan berlaku dan apa yang diperlukan oleh manusia pada zaman sekarang? Dengar sini! Dalam agama Islam pun terdapat perkara yang bertentangan. Contohnya kedudukan Mazhab yang empat. Untuk pengetahuan tuan, mazhab-mazhab yang terdapat dalam agama Islam lahir kerana berlakunya perselisihan dalam menentukan makna dan maksud sewaktu mentakwil sesetengah ayat al Quran serta percakapan nabi kami (hadis) akan tetapi setiap mazhab tadi hanya berpegang kepada al Quran yang satu sahaja. Kitab al Quran tiada padanya tokok tambah dan penyelewengan walau satu ayat atau satu baris daripadanya. Sedangkan kitab-kitab Injil yang ada pada tangan-tangan orang Kristian amat berlainan di antara satu sama lain. Tuan tidak seharusnya terasa canggung dengan kewujudan mazhab-mazhab dalam agama Islam kerana perbezaan mazhab dengan perbezaan agama tidak boleh dijadikan perbandingan. Abdul Wahab seolah-olah memujuk. Secara ringkasnya tuan, saya perhatikan tuan seorang yang mulia. Perkara yang perlu tuan lakukan ialah mempelajari agama Islam secara teliti serta mengetahui bagaimana caranya Allah memerintah manusia. Terimalah Islam sebagai agama tuan dan jangan bimbang dengan memeluk agama kami, bererti tuan juga beriman kepada nabi Isa yang tuan imani sekarang pun tetap seperti biasa. Abdul Wahab meneruskan hujahnya bagi meyakinkan kami. Injil yang ada sekarang telah pun diubah dan ditokok tambah, manakala Injil yang paling hampir dengan Injil asli iaitu Injil Barnaba dipinggirkan dari majlis gereja. Inilah nasib

malang yang menimpa Injil sehingga penganut agama ini mengangka kekayaan adalah suatu dosa malah lebih mengutamakan kefakiran kerana Injil yang mengajar begitu sedangkan dalam masa yang sama orang-orang Yahudi berlumba-lumba mengumpul kekayaan di seluruh pelusuk dunia. Sebenarnya majlis gerejalah yang perlu dipersalahkan kerana dengan kesilapannya ini lahirnya fahaman sekular yang memisahkan urusan agama daripada urusan duniawi. Fahaman ini mula muncul pada tahun 1789. barat menamakannya dengan Zaman Kebangkitan Hakiki. Gerakan Revolusi Demokrasi yang melaungkan Agama adalah pembantut kemajuan sesebuah negara sebenarnya ia adalah visi golongan sekular bagi memisahkan agama daripada urusan duniawi dan kenegaraan. Mereka pernah menyatakan Kami telah pun membunuh tuhan-tuhan yang berada di gereja. Seterusnya mereka menamakan sistem yang memisahkan agama daripada urusan duniawi dan kenegaraan adalah Sistem Sekular. Tidak berapa lama kemudian tekanan yang berpunca daripada kesilapan Majlis Gereja mula berkembang seterusnya menular masuk ke dalam fahaman orang-orang Islam. Natijahnya muncullah daripada kalangan mereka golongan yang menganggap agama terpisah daripada urusan duniawi khasnya hal ehwal kenegaraan sebagaimana yang terdapat dalam agama Kristian. Sebuah buku telah dikarang khas bagi mengkritik agama-agama yang terdapat di Perancis. Sebenarnya buku itu ditujukan kepada agama Kristian berjudul Agama Penyembah Kemunduran. Pembaca yang tinggal di negara memahami maksud perkataan agama di sini adalah agama Kristian. Memang itulah yang dimaksudkan, tapi para pembaca dari negara umat Islam seperti Turki dan Mesir memahaminya secara langsung agama Islam. Inilah masalahnya sekarang! Abdul Wahab kelihatan muram dan terdiam sejenak kemudian menyambung lagi. Saya menyeru kepada semua paderi agar memeluk agama Islam yang sempurna ini. Institusi perkahwinan yang telah diharamkan ke atas paderi-paderi jelas bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia. Kamu mestilah berkahwin dan melahirkan zuriat sekali pun kamu mempunyai cita-cita untuk menjadi orang yang berpegang teguh kepada agama. Perkahwinan sedikit pun tidak menjadi penghalang. Bibirku mula menggigil apabila mendengar penjelasan tadi. Aku rasakan nak pengsan. Father Marshall cuba bertanyakan sesuatu setelah lama mendiamkan diri. Siapa kata kitab Injil menyeru kepada kemiskinan? Kalau tuan perhatikan dengan teliti dalam kitab-kitab Injil, tuan akan menemuinya. Kemudian cuba perhatikan Ishah kelima halaman 27-30 dalam Injil Mathew: Kamu telah mendengar apa yang dikatakan kepada seseorang yang terdahulu daripada kamu agar jangan berzina.

Kata-kata seperti ini amat baik, saya rasa ianya daripada kitab Injil asli, cuba lihat ayat yang selepasnya. Aku memberitahu kamu. Sesiapa sahaja yang melihat perempuan kerana nafsu, sesungguhnya orang tesebut telah berzina dengan perempuan tersebut di dalam hati. Juga saya rasakan ianya benar dan tidak bertentangan. Lihat lagi ayat yang selepasnya. Jika mata kanan kamu melakukan dosa koreklah ia dan buang. Pernahkah tuan melihat orang-orang Kristian mengorek mata mereka kerana melihat perempuan dengan niat buruk? Tuan sendiri andai kata tuan melihat perempuan sedang berbogel adakah hati tuan tidak rosak? Maafkan saya, mungkin tuan tidak berapa senang perumpamaan saya tadi kerana hati tuan belum pernah rosak. Tapi apa kata kalau jutaan hati orang-orang Kristia, antara mereka terdapat paderi-paderi yang tidak berkahwin. Adakah hati-hati mereka tidak rosak? Bagaimana mereka boleh menahannya kerana keinginan seks merupakan suatu kemahuan di luar batasan naluri manusia. Paderi-paderi tersebut tidak mempunyai kelebihan sebagaimana yang diberikan kepada para nabi. Para nabi pun manusia biasa yang mempunyai keinginan seks. Keinginan seks bukanlah merupakan suatu dosa kecuali jika kita melepaskannya pada yang haram. Tanggungjawab manusia ke atas tubuh badan mereka lebih diutamakan daripada tanggungjawab mereka ke atas hati mereka. Jika hati ingin melakukan dosa ia tidak dikira berdosa kecuali setelah melakukannya. Saya rasa Mathew seorang yang tidak pernah menghiraukan perempuan, kalau tidak tentu dia akan tulis. Sesiapa yang melihat perempuan sama ada cantik atau pun tidak janganlah melihatnya buat kali yang kedua. Jika timbul di hatinya suatu keinginan hendaklah segera bertaubat. Inilah yang selayaknya, bukan dengan mengorek dan melemparkan matanya. Father Marshall membantah. Tapi apa yang Mathew tulis dalam Injil hanyalah perumpamaan sahaja, bukanlah yang sebenarnya. Sekiranya mata kanan membuat dosa koreklah ia dan buang, kerana lebih baik bagimu menjahanamkannya sahaja daripada seluruh tubuhmu dihumban kesemuanya ke neraka kelak.
(Ishah 5:27-30)

Mengikut kaca mata Injil tuan, seserang yang melakukan dosa dengan salah satu anggotanya hendaklah membuang anggota tersebut daripada tubuhnya kerana dengan berbuat demikian anggota lain yang tidak berdosa akan terselamat dari azab neraka. Tapi tengoklah keadaan masyarakat barat sekarang, mereka asyik bergelumang dengan dosa. Penzinaan sudah

dianggap perkara biasa, begitu juga dengan homoseksual namun tubuh badan mereka masih lagi selamat. Tapi, orang Islam juga masih ramai yang melanggari suruhan agamanya. Sekali lagi Father Marshall membantah. Benar sekali kata-kata tuan itu, tapi kita bukan mengira penganut satu-satu agama atau orang perseorangan. Yang kita bincangkan ialah agama itu sendiri! Dalam agama Islam, orangorang yang melanggari suruhan agama sahaja yang berdosa, tapi agama Kristian pula ia sendiri yang salah. Punca utama rosaknya akidah orang-orang Islam adalah lahir daripada kamu dan agama kamu. Pemikiran rasional yang kamu laungkan itu adalah teori yang paling celaka. Perkara khurafat dalam agama kamu yang sedikit pun tidak dapat diterima akal telah menular masuk ke alam umat Islam natijahnya sesetengah orang Islam menganggap perkara khurafat dan karut yang terdapat dalam kitab Taurat dan Injil juga terdapat dalam al Quran. Kau telah melampau anak muda! Jangan kau menghina kami dalam gereja kami ini. Baiklah saya ingin bertanya, kenapa kamu sentiasa mencari peluang menghina masjidmasjid dan negara-negara kami setia masa dan ketika? Abdul Wahab menyambung lagi. Cuba tuan lihat sekali lagi isi kandungan keempat-empat buah Injil ini. Nama Allah hanya disebut lebih kurang sepuluh kali sahaja sedangkan nama nabi Isa disebut sekurangkurangnya tiga ratus kali. Demikian juga dengan kalimat Tuhan Jesus. Patutkah sebuah kitab yang didakwa ianya kitab Allah sedangkan lebih memberi keutamaan kepada nabi Isa? Satu perkara lagi yang dikira amat perlu diberi perhatian. Tidakkah perempuan yang diceraikan oleh suaminya juga hamba Allah, atau adakah saya yang bercakap bohong? Cuba tuan lihat Injil Mathew Ishah 5: 32 yang menyentuh masalah penceraian. Perkara yang sama juga terdapat di dalam Injil Mark, tapi apa yang diberitahu oleh Mark amat berlainan sekali iaitu: Sesiapa yang menceraikan isterinya kemudian berkahwin dengan perempuan lain dikira berzina dan perempuan yang bercerai dengan suaminya kemudian berkahwin dengan lelaki lain juga dikira berzina.
(Mark Ishah 10: 11-12)

Mana satu yang betul ni? Mengikut salah satu daripada Injil yang empat itu lelaki tidak dibenarkan berkahwin dengan janda, tapi apa yang kita lihat sekarang masyarakat kamu mengira keaipan jika seseorang gadis itu masih mempunyai dara, dalam masa yang sama kamu membenarkan orang yang runtuh moralnya untuk dikahwini. Kami orang-orang Islam sedikit sebanyak terkena tempias budaya kotor kamu ini. Tambah Abdul Wahab.

Kalau begitu dalam Injil tiadalah perkara-perkara positif yang datang dari Allah? Sebenarnya father, perkara-perkata yang positif masih lagi wujud. Contohnya. Pada suatu hari ada seorang datang berjumpanya lantas bertanya: Adakah di sana suatu kebaikan yang sekiranya diamalkan saya akan mendapat kehidupan yang kekal abadi? Jesus menjawab: Kamu jangan membunuh, berzian, mencuri, membuat penyaksian bohong dan hormatilah ayah dan ibumu.
(Mathew, Ishah 19: 16-18)

Dan banyak lagi ajaran-ajaran seperti ini yang dikira ada persamaan dengan ajaran Islam, dan yang selainnya adalah rekaan semata-mata. Contohnya ajaran-ajaran seperti ini. Jangan sekali-kali kamu menyeru ayah di atas muka bumi kerana ayahmu hanya satu sahaja di langit. Secara logiknya bolehkah kita katakan ianya suruhan Allah? Dari satu sudut terdapat suruhan hormat kepada ayah dan ibunya dan dari satu sudut yang lain pula melarang memanggil ayah di atas muka bumi. Apa pendapat Father? Seperkara lagi yang dikira bercanggah. Pada suatu pagi sewaktu Jesus pulang dari bandar dalam keadaan lapar lalu mendapati ada sepohon tin yang berada di tengah jalan. Pohon tin tersebut tidak berbuah hanya daun-daunnya sahaja yang ada, lalu Jesus berkata : kau tidak akan berbuah lagi selepas ini. Maka pohon tin tersebut menjadi kayu serta merta.
(Mathew, Ishah 21: 18-19)

Bolehkah tuan beritahu saya apa erti semuanya ini. Apakah dosa pohon tin tersebut? Kamu semua kadang-kadang memanggil Nabi Isa dengan nama tuhan, kalau begitu tidakkah lebih baik dia jadikan pohon tin tersebut berbuah daripada kering layu dan mati? Secara ringkasnya Injil yang kamu ubah mengikut selera kamu itu bertentangan sekali dengan tabiat semulajadi manusia. Saya amat bingung, kamu mengatakan paderi-paderi tidak boleh berkahwin, mata yang membuat dosa hendaklah dibuang dari tubuh badan dan lagi perempuan sekali-kali tidak boleh meminta cerai sekalipun dizalimi. Pada pendapat saya father, adakah orang yang menjahanamkan agamanya masih mampu lagi memikul ajaran baru yang dinamakan ajaran Islam? Sudah tentu tidak mampu. Dari itu mereka berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan agama Islam tapi Allah Maha Berkuasa, mereka akan lihat Islam kelak bukan hanya berlegar dalam masjid-masjid sahaja. Aku sudah tidak tahan lagi mendengar huja-hujah Abdul Wahab, tanpa disedari aku berteriak meminta Father Marshall menjawab setiap tuduhan yang tidak berasas itu. Aku merayu kepadanya.

Cakaplah sesuatu father! Demi Tuhan Jesus dan demi kesucian agama kita, beritahu saya apa yang dia cakapkan itu tidak benar! Aku menggesa Father Marshall dengan nada sebak. Father Marshall hanya diam kemudian menjawab. Apa yang Abdul Wahab cakapkan itu semuanya benar anakku... Oh tuhan, apa yang aku dengar ni? Terima kasih tuan, sebenarnya membenarkan sesuatu yang hak itu suatu amalan yang mulia. Sudah! Sudah! Aku tidak sanggup lagi mendengar pengakuan engkau yang jijik itu father! Aku bersumpah, tuhan akan melaknatimu. Kau memang celaka! Nah, ambil lambang salib ini! Aku sudah tidak memerlukannya lagi. Tidak ingin aku anuti agama yang lemah seperti ini. Nah, ambil! Selepas menyumpah Father Marshall aku terus meninggalkan mereka berdua dengan langkah yang tidak teratur. Aku terus keluar dalam keadaan menangis lalu menuju ke arah kereta. Setelah melihat keadaanku seperti orang gila Abdul Wahab berlari mendapatkan aku. Maria, tunggu! O.k Maria, biar saya terangkan dulu. Sudah tidak ada benda yang perlu kita cakapkan lagi. Nyah awak dari sini! Abdul Wahab masih lagi mengekori aku dari belakang. Orang yang lalu lalang di situ semuanya memandang ke arah kami. Saat itu loceng besar gereja berbunyi. Sekali lagi aku seperti hilang pertimbangan. Kamu semua jangan percayakan loceng itu, semuanya bohong belaka! Loceng itu bukan melambangkan agama Kristian yang tulen. Hei! Berhenti kamu. Jangan kamu bunyikan lagi loceng itu. Hei paderi-paderi! Kamu semua dan gereja ini telah aku kuburkan dari hatiku. Berhenti! Berhenti! Jangan bunyikan lagi loceng itu!

****************

Aku Kehairanan Dan Terumbang-ambing Kawasan gereja telah jauh aku tinggalkan. Aku berjalan tanpa arah dan tujuan. Dunia
bagiku waktu itu bagaikan gelap gelita. Aku tidak pasti sudah berapa jam aku berjalan di situ. Di mana aku sekarang aku tidak pasti. Bila aku kembali tenang. Abdul Wahab kelihatan tercegat di hadapan ku. Rupa-rupanya dari tadi dia mengekoriku. Perlahan-lahan dia mendapatkan aku. Mari Cik Maria, mari saya bawakan awak ke kereta. Aku menurut sahaja tanpa membantah. Dengan perasaan separuh hati aku cuba untuk menaiki kereta. Kalau tak keberatan saya boleh hantarkan Cik Maria. Abdul Wahab mempelawaku dengan penuh sopan. Ya, saya rasa itulah yang sebaiknya. Awak ada lesenkah? Ya, saya ada lesen. Abdul Wahab memandu keretaku. Kita nak ke mana ni? Kita ke mana sahaja yang Cik Maria ingin pergi. Aku bagaikan tidak percaya kata-kata itu keluar dari mulutnya. Betulkah awak yang menuturkan kata-kata itu Abdul Wahab? Ya, kenapa? Sebelum ini awak sentiasa menjauhkan diri dari perempuan tapi sekarang... Sekarang pun saya masih begitu, tapi saya tidak tergamak meninggalkan Cik Maria dalam keadaan begini. Abdul Wahab, saya rasa awak begitu gembira atas apa yang saya alami sekarang bukan, puas hati awak? Kenapa mesti saya gembira? Cik Maria tahu tak, saya hanya akan bergembira setelah Cik Maria memeluk agama Islam, dan apa yang saya takutkan sekarang ni, Cik Maria akan menjadi Ateis. Ingat, seburu-buruk agama adalah lebih baik daripada Ateis. Adakah awak meminta saya memeluk agama Islam secara tiba-tiba begini? Bukan begitu maksud saya, sebenarnya saya ingin menolong awak kerana awak sekarang dalam keadaan terumbang-ambing. Sekurang-kurangnya saya telah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang manusia.

Saya tahu awak seorang yang baik Abdul Wahab. Entahlah, saya sendiri pun tidak tahu apa akan terjadi pada diri saya nanti. Untuk kembali semula ke agam Kristian tentu tidak sama sekali. Secara tiba-tiba sahaja aku terfikirkan sesuatu. Atau tuhan tidak pernah wujud sebenarnya ya? Astaghfirullah! Ingatkan tuhan Cik Maria, apa yang awak cakapkan ni! Rasionalkah awak berpendapat sedemikian. Bagaimana awak boleh wujud sekarang ini kalau Allah itu tidak pernah wujud? Ya, mungkin wujud secara kebetulan. Cik Maria, cuba dengar baik-baik. Tidak pernah wujud istilah kebetulan dalam manamana ilmu sekali pun. Cuba Cik Maria perhatikan, contohnya oksigen yang terdapat dalam ruang udara yang mengandungi 21% sahaja, kalau terlebih secara automatik kita semua akan terbakar dan kalau kekurangan kita tidak akan dapat bernafas. Satu lagi cuba Cik Maria fikir mengenai titisan darah yang ada dalam badan kita. Kalaulah ianya membeku dalam takungannya walaupun sebesar ibu jari pasti akan menyebabkan salah satu anggota menjadi kebas atau mengalami kesakitan yang teruk. Kadang-kadang kalau salah satu daripada takungan darah dan mana-mana anggota tersumbat boleh menyebabkan sebahagian anggota tersebut terpaksa dipotong. Sekarang terbukti jasad kita direka dengan begitu unik sekali sehinggakan doktor-doktor yang mengkaji mata manusia sahaja memerlukan masa sekitar 16 hingga 17 tahun bagi menjadi pakar dalam bidang tersebut. Adalah terlalu tidak munasabah jika mereka mengkaji benda-benda yang dikatakan berlaku secara kebetulan hanya untuk menjadi pakar dalam bidang itu. Apa yang awak cakapkan tu benar. Apa yang telah saya cakapkan? Ya. Kajian bagi benda-benda yang berlaku secara kebetulan tidak pernah wujud. Kalaulah semua yang wujud itu berlaku secara kebetulan, apa fedahnya ditubuhkan pelbagai jenis fakulti? Ya, saya gembira kerana awak dapat befikir secara normal sekarang Cik Maria. Muhammad memang beruntung memiliki gadis seperti awak. Ah, saya tidak tahu apa yang patut saya lakukan terhadap Muhammad. Abdul Wahab, boleh awak hantarkan saya pulang ke rumah? Ya tentu sekali, tapi awak mesti jaga diri baik-baik ya. Oh, bagaimana saya akan berjaya? Ya, berjaya untuk kembali ke agama asal saya. Saya sekarang telanh meninggalkan gereja.

Cik Maria, awak sebelum ini pun tidak pernah patuh pada gereja dan ajaran Kristian. Adakah awak rasa awak seorang gadis Katholik yang berpegang teguh dengan agama. Kalau begitu pernahkah awak dapati diri awak berbeza dengan gadis-gadis yang berfahaman Ateis atau dengan kata lain, adakah awak merasakan perbezaan di antara awak dengan gadis-gadis Yahudi sewaktu awak berhadapan dengan gadis yang berfahaman Ateis? Ah, kita dah sampai. Apa yang nak jadi, jadilah. Semuanya sudah selesai. Abdul Wahab, maafkan emak saya kalau dia memandang serong terhadap awak. Saya percaya emak awak tidak akan berbuat demikian kerana kami belum mengenali antara satu sama lain. Tapi mak saya terlalu bencikan orang Islam. Dia amat berbangga kerana saya seorang Kristian, tapi sekarang kalau dia tahu saya telah keluar daripada agama Kristian tentu emak akan mati terkejut akibat penyakit jantungnya. Itu tidak menjadi masalah kerana kita sudah pun mengetahui keadaannya. Pandaipandailah kita sesuaikan diri dengan keadaannya nanti. Mataku masih lagi merah kerana hampir sehari suntuk menangis. Sewaktu sampai di perkarangan rumah, jam menunjukkan pukul sebelas malam. Aku dan Abdul Wahab masuk ke dalam. Emak dan ayah sedang menunggu di ruang tamu. Setelah melihat kami masuk ayah bangun mendapatkan aku. Dia menyambutku dengan penuh mesra. Maria, kau baru balik ya? Kau ke mana sampai sekarang baru balik sayang? Saya keluar makan angin ayah. Oh ya! Ini kawan saya, Abdul Wahab. Ya, selamat datang ke rumah kami. Kawan anak saya juga kawan saya. Silakan duduk. Pelawa ayah kepada Abdul Wahab. Ayah melayan Abdul Wahab dengan penuh hormat tapi emak langsung tidak memandangnya. Tiba-tiba ayah memandang wajahku. Kau menangis saya, kenapa? Tak ada apa-apalah ayah. Mana boleh, ini mesti ada apa-apa yang berlaku. Ingat wartawan mesti berhati waja! Ayah macam bergurau. Abdul Wahab mencelah. Bukan menangis encik, tapi terpaksa menangis. Aku cuba untuk senyum. Emak segera memotong. Cakap Maria, apa yang telah berlaku? Tak ada apa-apalah mak, Cuma saya rasa sedih sahaja. Janganlah kerana rindukan Muhammad kau bersedih sebegini rupa Maria. Kau tak sepatutnya buat begitu sayang.

Ya, benar cakap mak tu. Tapi apa boleh saya buat, dunia bagaikan gelap tanpa Muhammad mak. Kau kata, kau nak ke gereja jumpa Father Marshall. Apa yang telah dia cakapkan? Ayah membisikkan sesuatu ke telingaku. Dia ingat kau masih lagi gadis Katholik pandai betul kau berlakon. Emak masih menanyakan soalan yang sama. Ayah kemudiannya beredar dari situ menuju ke ruang tamu yang terletak di bahagian tengah rumah kami. Aku dan Abdul Wahab mengekorinya. Ya, siapa nama awak tadi, Abdul Wahab bukan. Awak berasal dari mana? Saya dari Mesir encik. Oh! Mesir. Saya pernah bertugasa di sana selama lima tahun. Encik bekerja di mana? Sebenarnya waktu saya seorang paderi, Majlis Gereja menghantar saya ke sana. Saya juga boleh bercakap dalam bahasa Arab. Kenapa Majlis Gereja menghantar encik ke sana? Ya, untuk menyebarkan agama Kristian. Lima tahun saya di sana, hanya lima orang sahaja yang saya dapat pengaruhi masuk agama Kristian. Saya rasa bosan. Setelah saya kembali saya terus meninggalkan agama dan menjauhinya kerana saya merasakan agama itu menjijikkan serta sedikit pun tidak memberi faedah. Saya rasa tidak semua agama sedemikian. Bila encik menyebut nama agama maka secara langsung agama Islam pun termasuk di dalamnya. Tapi bagai saya semua agama itu sama. Sedikit pun tiada perbezaan. Encik, saya rasa encik tersilap. Agama-agama yang ada sekarang tidak sama dengan agama Islam. Agama Islam adalah agama Allah yang belum pernah dicemari. Aku segera menyampuk tajuk perbualan mereka berdua. Abdul Wahab, ayah saya ini tidak menganut mana-mana agama. Tak perlulah awak bercakap dengannya tentang perkara ini. Oh ya, cuba awak ceritakan kepada kami apa yang awak sebutkan tadi sewaktu dalam kereta berkenaan kejadian secara kebetulan. Tajuk itu amat menarik. Benda-benda yang terjadi secara kebetulan tidak perlu dibuat kajian bukan? Maria, ayah rasa kau berasa tenang dengan pendirian kau sekarang, tapi ingat jangan kau sebut perkataan tidak beragama sebut sahaja Ateis kerana perkataan Ateis bukan satu perkataan yang menjijikkan bukan? Bukankah tidak beragama dan Ateis itu memberi erti yang sama?

Ya, tapi kesannya terhadap pendengar amat berbeza. Contohnya kalau kau memberitahu seseorang saya tidak beragama pasti mereka akan rasa gelisah atau sebagainya tapi bila kau kata saya seorang Ateis mereka akan faham bahawa ianya satu fahaman moden atau kita juga boleh gunakan perkataan sekular demokrasi. Terang ayah dengan bangga. Kalau begitu yang dimaksudkan dengan sekular demokrasi itu adalah Ateislah ayah? Ya, sesetengah mereka mendakwa cintakan agama tapi sebaliknya agamalah yang menyintai mereka. Saya rasa tidak perlu kita bincangkan perkara ini. Oh ya! Abdul Wahab, ceritakan berkenaan dengan kejadian secara kebetulan itu, manalah tahu kalau-kalau ayah saya akan beriman dengan kewujudan Tuhan! Maria, ayah bukannya tidak percaya kewujudan tuhan tapi masalahnya adakah yang dimaksudkan dengan tuhan itu adalah Allah atau... ayah bingung. Perbualan kami semakin rancak. Melihat keadaan ayah, Abdul Wahab pun mencelah. Maria, benarkan saya untuk menjawab persoalan ayah awak tadi. Boleh encik beritahu atas dasar apakah encik mempercayai kewujudan pencipta atau tuhan? Saya sendiri pun tidak tahu. Tapi tuhan itu wujud. Contohnya sejenisnya makhluk kecil yang mampu berperanan dengan begitu bersistem sekali. Begitu juga dengan rahsia-rahsia angkasa lepas, jelas membuktikan bahawa di sana ada penciptanya. Pernah suatu masa dahulu, seorang guru biologi memberitahu saya, kalau kita dapat leraikan sel-sel yang terdapat dalam paru-paru manusia ianya boleh dihamparkan pada keluasan 84 meter persegi, lebih kurang keluasan apartment. Saya sentiasa memikirkan hal ini. Mustahil kejadian paru-paru yang begitu aneh dan unik wujud secara kebetulan. Saya yakin tentu ada penciptanya. Aku amat terpegun mendengar huraian dari ayah. Saya hairan orang seperti encik ini sanggup menjadi seorang Ateis sedangkan pengetahuan encik begitu luas berkaitan perkara-perkara tersebut. Abdul Wahab kehairanan. Ayah menyambung lagi. Saya rasa, kalau saya huraikan kepada kamu berdua berkenaan dengan organ-organ manusia tentu kamu berdua akan lebih terpegun. Apa dia ayah? Cuba ayah ceritakan. Saya memang berminat mendengar perkara-perkara seperti ini. Maria, kau jangan ingat ayah menjadi Ateis kerana ayah seorang yang jalil. Cuba perhatikan baik-baik. Dalam setiap organ-organ terdapat berjuta-juta sel. Siapa yang mencipta sel tersebut dan bagaimana ia dicipta? Persoalan ini amat penting untuk difikirkan. Amat tidak munasabah kalau kita katakan ianya terjadi secara kebetulan. Kemudian darah yang dibersihkan

oleh buah pinggang adalah darah yang dialirkan ke seluruh anggota badan. Buah pinggang hanya boleh membersihkan sekitar 170 hingga 180 liter darah sahaja dalam sehari. Cuba bayangkan seolah-seolah badan kita mengetahui kadar darah yang perlu dibersihkan sedangkan ia tidak mempunyai akal untuk menentukan mana yang perlu dan mana yang tidak diperlukan. Kesemua anggota kita mempunyai peranan yang berlainan tapi saling berhubung kait di antara satu sama lain seolah-olah telah diprogramkan. Akibatnya, kalau salah satu daripada anggota tersebut tadi tidak berfungsi bererti berakhirlah hayat seseorang itu. Satu perkara lagi iaitu berkaitan dengan otak manusia. Kajian mengenainya sejak zaman berzaman lagi. Kalau otak tersebut berfungsi secara kebetulan sudah pasti manusia akan menghadapi masalah ketandusan maklumat terkini sedangkan maklumat-maklumat terkini atau penemuan-penemuan baru hasil daripada kajiankajian yang dibuat semakin bertambah dari masa ke semasa. Sebagai contoh, seorang doktor pakar yang mengkaji satu-satu penemuan terbaru. Katakanlah doktor tersebut menghabiskan masanya selama lima tahun kemudian sampailah kepada natijah yang dicari, manusia terjadi secara kebetulan? Jelas ayah dengan panjang lebar. Tiba-tiba emak menyampuk. Oh tuhan! Maria, benarkah apa yang mak dengar ini datangnya dari mulut ayahmu? Ya mak Alah! Tak usahlah kamu semua rasa pelik sangat, semua perkara yang bersangkut paut dengan benda-benda seperti ini sudah termetrai dalam kepala saya dari dulu lagi. Saya ceritakan ini semua pun sekadar melepaskan apa yang terbuku di fikiran saya sahaja. Abdul Wahab nampak hairan benar dengan pendirian ayah. Boleh encik ceritakan bagaimana encik boleh menganut fahaman Ateis sedangkan encik mengetahui semua perkara. Saya sendiri pun tidak mampu untuk menghuraikan benda-benda tadi sebagaimana yang encik huraikan. Sebenarnya Abdul Wahab, saya sendiri pun tidak dapat bayangkan keadaan diri saya tanpa kewujudan tuhan. Benda-benda yang terdapat di sekeliling saya membenarkan perasaan saya tadi. Sebab itu sampai sekarang masalah kewujudan tuhan terdapat dalam benak saya. Amat susah untuk menewaskan perasaan itu. Namun begitu saya dapati diri saya terjerumus dalam fahaman Ateis. Sebenarnya kalimah tuhan tidak wujud dikira haram dalam prinsip kami orangorang Ateis. Apa yang encik maksudkan dari kata-kata encik tadi? Seseorang yang tidak beriman dengan tuhan tidak boleh dituduh sedemikian? Tanya Abdul Wahab pula.

Maksud saya, jika seseorang tidak mempunyai tuhan, bukan bermakna tuhan itu tidak wujud pada pendapat mereka, cuma mereka tidak mempercayainya saja. Sedangkan mereka sedikit pun tidak berpendapat kewujudan mereka tanpa pencipta. Perbualan kami berlangsung beberapa jam. Ayah tidak melepaskan peluang untuk mempengaruhi Abdul Wahab. Abdul Wahab, awak masih muda. Usahlah awak terikat dengan mana-mana agama. Lakukan apa yang awak inginkan. Jangan sia-siakan usia mudamu itu. Encik, sebelum ini encik ada menyebut pencipta alam semesta ini amat mengetahui apa yang diciptakannya. Tidakkah encik terfikir pencipta tersebut terlalu mengambil berat apa yang diciptakannya. Contohnya tempat keluar bahan buangan binatang dan manusia pun Dia mengambil berat dan tidakkah encik terfikir pencipta yang mencipta kita mesti mengutus seorang utusan (rasul) untuk mengawasi kita. Allah merupakan pencipta yang Maha Berkuasa tentu sekali mengajar kita dari mana kita datang dan ke mana kesudahan kita nanti. Dia juga menempatkan manusia di salah sebuah planet-planetnya yang mencecah angka juta dalam cakerawala ini, mustahil dia tidak akan menyoal kita apa tujuannya dia menempatkan kita di sini. Ayah menjawab dengan nada bergurau. Ayah ras khuatirlah. Abdul Wahab ini hampir-hampir menyesatkan ayah daripada pegangan ayah sekarang Maria! Selepas itu ayah tidak cuba lagi untuk berbincang mengenai perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan soal-soal keagamaan. Setelah agak lama berbual Abdul Wahab meminta izin untuk pulang tapi ayah menahannya. Abdul Wahab terpaksa bermalam di rumah kami. Malam itu dalam keadaan pilu aku memikirkan nasib yang bakal menimpaku. Apa yang akan terjadi kalau Muhammad mengetahui aku bukan lagi gadis Katholik. Noktah inilah yang bermain di kepalaku sehinggakan aku tertidur dalam linangan air mata. Setelah beberapa jam melelapkan mata, aku terjaga kerana lapar. Semenjak pagi kelmarin lagi aku tidak berselera untuk makan. Sewaktu menuruni anak tangga ke tingkat bawah, aku terdengar Abdul Wahab membaca sesuatu dalam biliknya. Aku menghampiri. Selamat pagi Abdul Wahab. Apa yang sedang awak buat? Saya sedang bermunajat kepada Allah. Saya nak makan atau minum teh. Kalau tidak keberatan, marilah minum bersama? Terima kasih ajelah Maria, saya akan sarapan bersama ayah awak nanti. Kalau begitu biar saya makan di samping awak. Lagi pun saya senang bila berbicara dengan awak lebih-lebih lagi pada masa ini perasaan saya amat tertekan.

Maafkan saya Maria, malam-malam begini tak manis kita berdua-duaan dalam bilik. Kenapa? Kan awak kata awak sedang bercakap dengan Allah. Jadi apa salahnya awak juga bercakap dengan saya. Saya rasa Allah akan menyayangi awak kerana awak melakukan kebaikkan. Tidak Maria, jangan awak terlalu mengharapkan perhatian yang lebih daripada saya. Kalau awak ada apa-apa masalah hubungi saya melalui surat o.k. Aku lihat Abdul Wahab cemas sekali. Aku masih belum faham benar perangainya. Kenapa Abdul Wahab? Kerap benar awak berkelakuan ganjil begini. Saya berani bersumpah bahawa awak takutkan saya. Oh tuhan! Awak sendiri pun tahu bahawa mata saya ini hanya Muhammad saja yang saya nampak. Mungkin juga... Abdul Wahab menjawab ringkas. Apa yang awak maksudkan ni Abdul Wahab? Jangan lupa Maria, kedua-dua mata awak tidak penting bagi saya. Jadi awak tak yakin dengan kedua-dua mata awak itu? Sudah! Sudah tu Maria. Apa yang kita lakukan sekarang ini amat menyedihkan saya dan lagi amat bercanggah dengan ajaran yang saya anuti. Lagi pula kalaulah Salwa tahu, sudah tentu dia tidak akan memaafkan saya. Tolonglah faham Maria! Hai, tunang awak tu memang tidak faham langsung kalau begitu. Tidak! Dia terlalu menyintai saya. Sudah menjadi lumrah seseorang yang terlalu menyintai kekasihnya akan merasa cemburu tapi masyarakat barat memandangnya suatu keaiban. Beginilah ragam dunia hari ini. Kepincangan berleluasa sehingga kebaikkan seolah-olah tidak wujud lagi kerana ditimbusi oleh maksiat.

****************

Detik-Detik Yang Berlalu Bagaikan Peluru


Abdul Wahab, saya masih tidak fahamlah dengan perangai awak ni. Saya hanya mahu meringan-ringankan beban yang saya tanggung sekarang. Saya terasa malu hendak memberitahu kawan-kawan saya yang lain sebab, susah. Nanti mereka tentu akan mempermainkan saya. Awak sekarang pun seolah-olah seperti mereka juga. Aku cuba meluahkan perasaanku ketika itu. O.k! apa yang perlu saya lakukan untuk awak Cik Maria? Abdul Wahab macam bergurau saja. Dia semakin mesra denganku. Tengok tu, awak sudah mula mahu bercakap dengan saya. Ya, saya merasa hairan bila melihat cara awak bercakap dengan saya. Kita seolah-olah sudah lama berkawan malah awak sanggup menceritakan masalah peribadi awak pada saya. Sebab saya rasa awaklah orang yang paling rapat dengan saya. Saya beritahu awak dari hati ke hati. Di antara kawan-kawan saya, awaklah orang yang paling memahami jiwa saya. Tengok! Tengah malam begini pun awak masih sanggup menemani saya makan. Ya betul, tapi awak masih belum memahami apa yang saya maksudkan Maria. Tidak dinafikan awak begitu mesra dengan saya. Sampai makan pun minta saya temankan tapi awak tidak pernah cuba untuk menghormati cara hidup saya. Hai, awak ni memang pelik betullah! Takkanlah dalam masa yang singkat sahaja saya dapat memahami kesemua cara hidup awak. O.k, cuba awak ceritakan kepada saya mengenai Muhammad. Awak rasa sanggupkah dia mengahwini saya? Saya sendiri pun rasa bingung. Kalaulah semua pasangan yang sedang bercinta berjanji akan rela mati bersama demi cinta sudah pasti tidak akan kekal seorang pun manusia di atas muka bumi ini. Baiklah. Andainya awak berada di tempat Muhammad, adakah awak sanggup mengahwini saya? Astaghfirullah! Apa yang awak cakapkan ni Maria? Oh my dear! Salahkah kalau saya membuat andaian seperti itu? Abdul Wahab kelihatan sugul. Dengar sini Maria. Saya rasa tidak elok kita bincangkan tajuk seperti ini. Lagipun anak gadis seperti awak tak manis bertanyakan soalan seperti ini. Aku mula naik geram dengan perangai Abdul Wahab.

Oh tuhan! Tolonglah. Jauh benar apa yang awak fikirkan itu. Apa salahnya soalan saya tadi? Adakah awak taku jatuh cinta terhadap saya? Kalau macam tu awak tentu masih tidak faham. Perasaan takut jatuh cinta tak timbul Maria. Sebaliknya apa yang saya lakukan sekarang ini bertentangan dengan ajaran agama saya. Saya tidak akan jatuh cinta kepada sesiapa lagi. Sebagaimana yang awak tahu, Salwa adalah satu-satunya kekasih saya dan saya tidak akan mengkhianatinya. Dia adalah segala-galanya bagi saya. Oh, begitu indah cintamu Abdul Wahab. Alangkah bertuahnya aku kalau Muhammad menyintaiku seperti ini. Abdul Wahab, boleh awak ceritakan kepada saya bagaimana awak boleh berkenalan dengan Salwa? Saya sering mendengar awak menyebut perkataan tunang. Saya rasa kurang jelaslah. Boleh awak ceritakan kepada saya? Sebenarnya dalam Islam pertunangan adalah satu ikatan suci sebelum berkahwin. Perkenalan saya dengan Salwa, saya akan ceritakan kepada awak dengan syarat persahabatan kita selepas ini hendaklah lebih berhati-hati, setuju? Saya rasa cara yang paling elok hanya melalui surat sahaja. Tak perlulah kita berjumpa lagi. Jangan begitu Abdul Wahab. Apa akan terjadi kepada saya nanti seandainya saya dilanda kesempitan dan kegelisahan. Saya mesti berjumpa awak. Terus terang saya katakan. Saya rasa amat tenang bila bercakap dengan awak. Tolonglah, saya kesepian sekarang. Abdul Wahab mengeluh. Ya saya faham. Awak dalam kesusahan sekarang... Terima kasih kerana memahami keadaan saya. Oh ya! Ceritakanlah tentang kisah cinta awak dengan Salwa tu. Aku benar-benar ingin tahu tentang kisah cinta mereka berdua. Aku rasakan ianya ada kelainan. Baiklah nampaknya awak beria-ria benar Maria. Sebenarnya saya juga merasa tenang apabila bercakap mengenai Salwa. Sekarang, saya akan ceritakan dari awal hingga akhir. Bermulanya pertemuan kami di suatu perkelahan di tepi pantai. Waktu itu saya masih belum lagi memahami selok-belok agama Islam. Saya terpengaruh dengan budaya Inggeris yang telah menjajah kami. Boleh dikatakan secara total, saya merasa malu untuk mengaku sebagai seorang Islam bahkan terasa janggal bila melihat budaya sendiri. Sekiranya perkara yang dianggap menjadi kebiasaan di sini sekarang, samalah sahaja dengan keadaan saya waktu itu, saya juga beranggapan sedemikian. Saya dibesarkan dalam serba kemewahan. Arak dan semua perkara yang diharamkan oleh agama sudah menjadi perkara biasa dalam hidup saya. Namun,

suatu ketika cara hidup saya mula berubah disebabkan seorang gadis yang mempunyai budi pekerti yang mulia. Ianya bermula pada suatu hari sewaktu saya bersama lima orang kawan bersiar-siar di tepian pantai. Kebetulan bahagian belakang tempat kami berehat terdapat sebuah khemah yang dimiliki oleh satu keluarga yang beriman teguh kepada Allah. Dalam khemah tersebut ada seorang gadis cantik memakai tudung. Auratnya tertutup rapi. Kami sentiasa memerhati gadis tersebut yang kerap melewati kawasan kami. Sesekali kami cuba mengusiknya. Waktu itu perangai saya memang teruk. Saya begitu berbangga dengan budaya yang diperkenalkan oleh orang-orang Inggeris. Malah tanpa segan silu kami mengejek dan memandang rendah terhadap saudara seagama dengan kami yang tidak mengamalkan budaya itu. Ramai daripada kalangan pemuda Islam yang terjerumus ke dalam lembah keruntuhan moral bahkan keadaan mereka waktu itu amat mendukacitakan. Sedangkan, penjajah berpesta kerana telah berjaya menjahanamkan moral orang-orang Islam di negara mereka sendiri. Gadis tersebut kerap menghampiri kawasan kami kerana mengankut air minuman. Kali ini kami telah berpakat untuk mengusiknya. Sewaktu dia kembali dari mengankut air menuju ke khemah, saya sendiri yang mengusiknya dengan menyapa. Nenek, boleh berikan kami sedikit air? Gadis itu menjawab. Ya boleh, tapi mana bekasnya? Gadis itu menuangkan air ke dalam sebuah bekas lalu saya meminumnya. Adakah nenek merasa gembira kerana memberikan saya ais? Tidak, saya tidak merasa apa-apa pun kalau sekiranya air ini saya berikan kepada seseorang kerana, manusia apabila dahaga dia mampu mencari air sendirisebaliknya binatang tidak begitu. Sya terasa amat gembira sekarang kerana saya memberi minum kepada binatang. Kami amat marah apabila mendengar penghinaan itu. Apa maksud awak hah? Awak anggap kami semua binatang? Tidak cucuku semua. Maklumlah nenek ni kan sudah tua, mata pun sekarang sudah kabur. Di sisi cucu semua ini ada binatangkah? Kami bertambah berang. Apa ni hah? Awak berikan kami minuman kemudian awak keluarkannya dari hidunghidung kami. Inikah cara awak menghina pemberian awak kepada manusia? Gadis itu menjawab seolah-olah mengejek. Tidak, saya tidak berbuat demikian tapi tak tahulah kalau orang yang di hadapan saya ini hanya zahirnya sahaja manusia tapi sebaliknya...

Mendengar kata-kata gadis itu saya rasa seolah-olah sebutir bom telah meletup dalam kepala. Selamat tengahari semua. Gadis itu terus meninggalkan kami. Daripada kalangan kami, Jamilahlah orang yang paling meradang kerana penghinaan gadis itu. Kami tidak pernah mendapat penghinaan seperti itu. Tanpa membuang masa kami bergegas ke khemahnya. Gadis itu tiba-tiba muncul di hadpan kami. Kamu semua mahu apa lagi hah? Nak dedakkan? Penghinaan itu semakin menaikkan darah kami semua. Saya menengkingnya. Hai gadis kolot! Kau ingat kau siapa hah? Dia menjawab dengan nad selamba. Tak ada apa-apalah! Saya Cuma manusia biasa tapi yang membanggakan, saya ini seorang Islam yang dimuliakan Allah. Saya tidak sedikit pun teringin mengikut penjajah yang zalin dan langsung tidak hormat akidah serta keimanan kami orang-orang Islam. Kalau kau kata kau seorang Islam, jadi kami ni siapa, Kafir? Mula-mula sekali kamu semua mestilah menjadi seorang manusia, selepas itu baru kita bincangkan tajuk ini. Gadis itu mula mengangkat muka. Kamu juga mesti ingat yang kamu itu siapa? Dari tadi lagi kamu asyik mengejek saya. Kamu tidak ubah seperti Inggeris yang sewenang-wenangnya mencabul negara dan kemuliaan kamu. Kamu mengejek saya bukan kerana apa, cuma kerana saya seorang Islam bukan? Kamu sebenarnya tidak layak digelar manusia kerana manusia tidak sehina ini. Ada apa-apa lagi yang ingin kamu semua katakan? Silakanlah! Kami jadi serba salah. Tergagap-gagap saya menjawabnya. Se... sebenarnya anggapan awak terhadap kami itu salah... Maaf, kamu semua tidak akan mampu merosakan dan memperlekehkan pegangan saya. Pergilah kamu semua. Sekarang carilah tempat yang sesuai di bawah telunjuk mereka. Kami tidak mampu untuk menjawab walau sepatah kata pun. Sungguh celaka gadis itu, seolah-olah dia telah membenamkan kepala kami di dalam lumpur tanpa mengangkatnya semula. Di antara kami, Jamilahlah orang yang paling dirundung perasaan hiba. Dia bagaikan orang yang hilang akal meraung dan mengucapkan sesuatu dalam keadaan bahasa yang tidak teratur. Cuba kalian beritahu aku, orang Inggeris masuk ke negara kita bukan untuk menolong kita kan?

Tujuan mereka adalah untuk menjauhkan kita daripada agama. Mereka memberikan kita beer dan wiski dengan mendakwa itu adalah era hidup masa kini yang penuh kemodenan. Kenapa kita sanggup menghina anak gadis itu? Apa bezanya kita dengan binatang hah? Kita asyik menghina dia sejak beberapa hari lepas. Kita anggap dia tidak faham erti penghinaan. Aku malu dengan diri aku sendiri. Cuba kamu tengok keadaan kita yang berbangga dengan blue jean. Adakah kita... Jamilah meninggalkan kami semua dalam keadaan menangis. Jamilah meratap penuh kekesalan. Jiwanya sedih. Oh tuhan! Ampunilah aku. Dekatkanlah diriku kepadaMu. Jadikanlah aku seperti gadis itu. Aku sudah merasa benci dengan cara hidupku sekarang. Aku ingin bebas dari belenggu ini. Tolonglah aku! Kami semua kelu tak tahu apa yang harus dibuat. Suara Jamilah masih berkumandang. Tiba-tiba gadis yang menghina kami tadi berlari ke arah kami dan memeluk Jamilah seperti orang hilang akal. Mereka berdua sama-sam menangis. Mereka tergamak memisahkan kita kak. Adakah mereka merasa senang kerana dapat mempermain-mainkan kita? Usahlah kak menangis. Tuhan masih memberi kita peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Kita akan ubah cara hidup ini. Kita akan kukuhkan tali persaudaraan antara kita. Usahlah bersedih lagi. Pujuk gadis itu menahan perasaan sedih Jamilah. Buat pertama kalinya saya melihat mata gadis itu ketika dia memeluk Jamilah. Saya tidak tahu mengapa saya terpesona dengan pandangan matanya yang bersinar-sinar. Alangkah cantiknya. Dari sudut pandangan matanya jelas membuktikan dia seorang yang terpelajar dan berjiwa penyayang. Tiba-tiba dia mengalihkan pandangannya setelah beberpa detik bertentangan mata dengan saya. Semenjak peristiwa tempohari, selama tiga bulan saya tidak berkesempatan menemui gadis itu. Pernah saya menyusuri halaman rumahnya dengan harapan untuk melihatnya tapi hampa. Saya tak dapat bayangkan perasaan saya waktu itu. Tibalah di suatu hari, secara kebetulan kami terserempak. Waktu itu dia keluar membeli belah di sebuah di sebuah kedai di bandar Kaherah. Saya beranikan diri untuk menegur dan berkenalan dengannya. Rupanya gadis itu bernama Salwa. Saya Abdul Wahab. Saya rasa Cik Salwa masih ingat saya bukan? Ya, ada apa-apa lagi yang awak mahu tanya daripada saya lagi? Saya... saya sudah kembali ke pangkal jalan dan menjadi seorang Islam yang sejati. Apa yang awak cakapkan tempoh hari meninggalkan kesan yang amat mendalam di hati saya. Awak percaya tak Cik Salwa?

Dengan penuh yakin dia menjawab. Bukan menjadi syaratnya saya percaya atau pun tidak. Kalau saya tidak percaya sekalipun tentu tidak menjadi masalah, yang pentingnya Allah Maha Mengetahui dan Maha melihat. Samada seseorang ingin mempercayai keimanan awak atau tidak, itu tidak penting. Pokoknya, awak hendaklah jadikan tujuan utama awak untuk mencari keredhaan Allah. Awak tidak perlu mengharapkan itu semua daripada manusia! Lidah saya menjadi kelu bila berhadapan dengannya. Saya memberanikan diri memberitahunya apa yang terbuku di hati selama ini. Cik Salwa, sudikah... sudikah awak menjadi isteri saya? Saya sendiri pun tidak tahu bagaimana soalan gelojoh seperti itu terhambur keluar dari mulut saya. Dia tertunduk sejenak, mungkin terkejut kemudian menjawab. Benda-benda yang boleh dibeli di kaki-kaki lima hanyalah seperti ubi kentang dan bawang. Saya bukannya seperti benda-benda itu! Kenapa dengan awak ni, awak nak samakan saya dengan sayur-sayuran itu semua? Dia terus meninggalkan saya dalam keadaan yang terpinga-pinga. Saya semakin gelisah. Berbulan-bulan saya cuba menghampirinya. Akhirnay saya utuskan keluarga untuk meminang. Keluarga saya bersetuju dan dia serta keluarganya pun begitu juga. Kami membaca al Fatihah untuk mengambil berkat. Selepas itu tuhan mengizinkan saya untuk datang belajar di sini. Kami akan diijabkabulkan setelah saya kembali nanti. Salwa begitu mengagumi dan menyintai saya. Begitulah kisah cinta kami berdua. Aku amat terpesona mendengar kisah cinta Abdul Wahab. Baru aku tahu sekarang gadis yang berpegang teguh dengan ajaran Islam bukannya lemah dan bodoh. Mengapa aku begitu bodoh sekali menganggap mereka sedemikian.

****************

Lima Hari Selepas Peristiwa Itu Seperti biasa aku ke kuliah. Namun sejak akhir-akhir ini aku tidak dapat menumpukan
perhatianku kepada pelajaran. Aku hanya asyik memikirkan nasib yang bakal aku hadapi nanti. Apa yang harus aku lakukan terhadap Muhammad yang akan kembali tidak lama lagi. Bagaimana pula dengan emak bila dia tahu aku telah meninggalkan agamaku? Aku amat memrlukan seseorang untuk terus membisikkan semangat untuk bangkit. Namun kepada siapa harus aku ceritakan masalah ini tambahan pula Abdul Wahab sendiri un enggan menjadi teman tempat mengadu. Aku merasakan perjalanan hidup ini amat perit seolah-olah tiada lagi jalan lain untuk aku tempuh. Aku mesti berjumpa Abdul Wahab mungkin dia akn memberitahu ku apa yang harus dilakukan nanti khususnya mengenai Muhammad. Oh Muhammad. Apa akan terjadi kepadaku jika kau tidak akan kembali lagi? Sesungguhnya aku tidak mampu menghadapi kemelut hidup ini tanpa mu sayang. Pagi yang berikutnya aku ke kuliah sabagaimana biasa. Hari itu aku mencari Abdul Wahab di merata tempat dalam kawasan kampus tapi bayangnya pun tidak kelihatan. Abdul Wahab tak datang? Aku bertanyakan rakannya yang kebetulan terserempak denganku. Katanya semenjak semalam lagi Abdul Wahab berperangai agak ganjil. Dia asyik menangis sahaja dan apabila di tanya apakah puncanya dia tidak menjawab. Aku terkejut dan tersentak mendengar khabar itu, kenapa ya? Aku mesti berjumpa dengannya. Mesti ada sesuatu. Apa yang akan terjadi selepas ini jadilah. Sepanjang perjalanan ke rumahnya persoalan ini sentiasa bermain di kepalaku. Aku juga bimbang dimarahinya nanti kerana melanggar janji. Ah, apa yang sudah terjadi dengan dia ini. Adakah dia telah jatuh cinta? Tapi tak mungkin. Oh tuhan apa yang aku fikirkan ni? Tidak lama kemudian aku sampai ke perkarangan rumahnya. Kawan yang tinggal serumah dengannya menjemput aku masuk. Aku duduk di ruang tamu sementara menunggu Abdul Wahab keluar dari bilik. Dalam beberapa minit Abdul Wahab muncul di depanku. Oh tuhan! Aku terkejut melihat Abdul Wahab. Wajahnya pucat tidak bermaya. Aku terpinga-pinga. Apa yang sudah berlaku Abdul Wahab? Tak usahlah kau tanyakan sesuatu tentang aku Maria. Tolonglah beritahu aku. Demi tuhan! Apa yang telah berlaku Abdul Wahab? Dia diam, kemudian menjawab.

Duniaku sudah musnah, hancur lebur... Aku masih tidak faham lantas mendesaknya agar memberitahu ku apa sebenarnya yang telah berlaku. Sudah! Sudah! Aku tak mampu beritahu kau sekarang. Abdul Wahab menangis. Dia amat mengharukan aku. Apa salahnya kalau kau cuba ceritakan kepada aku. Kitakan kawan bahkan macam saudara. Dalam nada sendu dia memberitahu ku. Salwa. Salwa, tunangku. Oh tuhan! Apa yang telah berlaku? Adakah Salwa telah berkahwin dengan orang lain? Salwa kekasihku, nyawaku... Ya lah, apa yang telah berlaku. Adakah dia telah meninggal dunia? Ya, Salwa sudah mati. Mereka membunuhnya dengan kejam. Dia mengalami pendarahan dalaman. Siapa yang melakukan semua itu hah? Dengan nada marah Abdul Wahab menjawab. Anjing-anjing Inggeris itulah! Mereka mendakwa Salwa salah seorang daripada pemberontak. Mereka menahannya selama tiga bulan. Setiap hari Salwa diseksa dalam tahanan. Selepas dibebaskan dia membuat aduan kepada kerajaan Mesir tapi sayang, mereka sedikit pun tidak menghiraukannya. Otak dan pemikiran mereka sudah diracuni penjajah. Oh, akhirnya kau meninggalkan aku Salwa. Aku tak akan melihatnya lagi sehinggalah di suatu masa, di sana aku akan menemuinya... Aku bertambah hairan. Di mana dia akan berjumpa dengan Salwa? Salwakan sudah mati atau Abdul Wahab sudah... Di mana kau akan menemuinya? Ya, di sana... Di mana? Aku cuba bertanya. Abdul Wahab menjawab seolah-olah dia sedang berkhayal. Di alam yang satu lagi. Alam yang kita semua akan ke sana selepas mata kita tertutup rapat dan jasad kita kaku tak bernyawa lagi. Oh begitu, eloklah kalau begitu. Tapi bolehkah kau mengahwininya di sana nanti? Sudah terlalu cukup bagiku kalau aku tergolong dalam golongan ahli syuga. Itulah satusatunya cita-citaku. Tapi aku bimbang kalau aku tidak dapat menemuinya.

Inilah kali pertama aku melihat Abdul Wahab bersedih sebegini rupa. Aku cuba menenangkannya tapi manik-manik jernih tidak mampu ditahan oleh kelopak matanya menyebabkan aku juga turut menangis sambil meredakan keadaan. Tapi apakan daya kalimatkalimat yang keluar dari bibirku tenggelam dalam linangan air mata.

****************

Jangan Biarkan Aku Tertunggu-tunggu Hari-hari


yang berlalu ku rasakan sudah tiada ertinya. Bulan berganti bulan,

Muhammad masih juga belum kembali. Aku sentiasa mengutusinya dan begitu juga dengan dia tapi, bukan itu yang aku mahu. Aku merinduinya, aku mahu dia di sisi. Ketiadaannya di sisi amat pilu ku rasakan. Aku belum biasa berpisah dengan prang yang tersayang. Emak pula menganggap aku masih gadis Katholik. Sebenarnya aku terumbang-ambing sekarang. Bukan Kristian dan bukan juga Islam. Aku terperangkap sekarang. Keresahan hidup sentiasa menyelubungi ku tapi walaubagaimanapun aku tetap tidak akan melupakan mu Muhammad. Kini, kehidupan sebagai seorang mahasiswa telah pun berakhir setalah aku mendapat segulung ijazah. Aku mempelajari bahasa Turki dengan harapan kalau Muhammad tidak kembali, aku akan ke sana menemuinya. Mungkin aku akan memeluk Islam. Rasanya akhir-akhir ini aku mula meminati ajaran Islam. Ayah telah merancang untuk menempatkan aku di Istanbul. Aku akan ditugaskan sebagai wartawan atau perisik gerakkannya. Abdul Wahab pula masih seperti dulu. Dia begitu berputus asa setelah kematian Salwa. Setiap kali aku berkunjung ke rumahnya dia menyambutku dengan separuh hati, hambar. Aku tidak faham kenapa dia berperangai begitu sedangkan aku sudah menganggapnya seperti abang kandungku sendiri. Tak tahulah aku, sampai sekarang dia masih menyebut nama Salwa. Aku amat simpati dengan nasibnya tapi apakan daya. Apa yang mampu aku lakukan? Setiap kali aku teringatkan Muhammad aku cuba mengingati baris-baris ayat dalam suratsuratnya. Alangkah indah kata-katamu Muhammad. Maria sayangku, duniaku bagaikan gelap tanpamu di sisi. Dia ingin mengahwiniku di sana, di negara Turki. Pernah aku memberutahunya melalui suratku tempoh hari. Aku bukan lagi gadis Katholik. Dia cuam mengucapkan tahniah sahaja dan aku cukup gembira. Ahh, kalaulah aku mampu menjadi seorang Islam. Tapi perkara ini tidak semudah itu. Semakin hari aku rasakan batinku semakin tertekan. Inikah yang dinamakan bahana cinta. Aku terlalu gelisah. Abdul Wahablah tempat aku mengadu tapi... Aku beranikan diri untuk berjumpa denganya. Kebetulan hari itu hari cuit. Inilah peluangku.

Apa yang berlaku Maria? Apa lagi yang kau mahu dari aku hah? Aku tergagap menjawab A... aku cuma ingin berjumpa dengan Abdul Wahab. Buat apa kau jumpa aku? Kenapa ni hah? Abdul Wahab kau memang seorang yang tidak punya perasaan langsung! Maria, kan aku sudah beritahu kau, aku tak ingin lagi berjumpa denganmu! Tapi aku memerlukan bimbinganmu. Oh ya, Apakata kalau kau tulis surat kepada Muhammad cakapkan padanya yang aku hampir mati kerana terlalu merinduinya. Minta dia datang segera. Aku sudah tidak tahan lagi menanggung rindu Abdul Wahab. Abdul Wahab mula melenting. Aku sudah jemu dengan kamu berdua. Kenapa kau tidak biarkan saja aku dengan duniaku. Kan aku sudah beritahu kau minggu lepas. Jangan datang ke sini lagi berjumpa aku! Aku begitu terharu mendengar herdikan darinya. Ohh! Begini rupanya perangai pemuda Islam. Aku hampir-hampir memeluk Islam tapi tingkah laku kau ini boleh menjauhkan aku daripada agama Islam Abdul Wahab! Terserahlah kepada kau Maria. Sebenarnya aku sudah tidak sanggup lagi melihat muka kau lagi. Aku yakin walau apa pun yang terjadi kau tetap akan memeluk Islam. Ooh! Tidak semudah itu Abdul Wahab. Kenapa kau begitu yakin hah? Dia diam seketika kemudian menjawab. Setiap orang yang berfikiran waras akan kembali kepada Islam. Kau kan seorang yang terpelajar. Apa agaknya yang perlu kau lakukan? Takkanlah kau hidup di alam yang diciptakan oleh Allah ini tanpa ingin mengetahui hikmat di sebalik ciptaan alam itu. Abdul Wahab, aku rasa keadaan kau ini seolah-olah kau telah jatuh cinta. Adakah kau menyintai aku Abdul Wahab? Maaf, aku tidak bermaksud untuk bertanyakan soalan seperti itu cuma aku hairan, kau kan menyintai Salwa. Aku tidak sedar apa yang telah aku ungkapkan sebenarnya. Aku menyambung. Sebelum ini kau terlalu berhati-hati dengan ajaran agamamu hinggakan kau takut untuk bercakap dengan aku. Setiap kali kita bersua kau kelihatan gelisah. Kalau beginilah keadaan mu dengan siapa aku akan kongsikan kesedihan yang maha perit untuk dilalui ini Abdul Wahab? Maria tolonglah! Tolong tinggalkan aku sendirian. Kongsilah kesedihan kau itu dengan orang lain Abdul Wahab bangun sambil menunding jari ke mukaku. Inilah kali pertama dia menatap mataku.

Aku, kepada siapa ingin aku luahkan kesedihan ayng aku tanggung sekarang ini hah? Cuba kau beritahu aku Maria. Apa yang harus ku lakukan? Apakah seharusnya aku bersabar mendengar semua kisah-kisah cintamu itu sedangkan aku juga sedang lemas sekarang? Kau tahu Maria. Sewaktu aku benar-benar memerlukan seseorang untuk menyintainya tiba-tiba kau datang membawa cinta itu kemudian kau humbankan aku dalam kesedihan. Aku terkejut mendengar luahan yang terhambur keluar dari mulutnya. Abdul Wahab, apa yang kau cakapkan ni hah? Kau kan menyintai Salwa. Aku anggap kau macam abang kandungku sendiri! Ya memang! Aku masih menyintainya. Dia tetap kekasihku. Tapi kau mesti ingat, seseorang yang menyintai orang yang sudah maiti bukan bererti dia juga turut mati malah suatu masa kelak tidak mustahil dia akan jatuh cinta buat kali kedua. Inilah ragam dunia Maria. Seseorang yang menyintai tidak turut terkubur bersama kekasihnya yang telah terkubur. Sekarang aku merayu padamu. Tinggalkan aku segera Maria, tolonglah! Kerana aku akan terkenangkan Salwa setiap kali memandang wajahmu. Selepas ini jangan sekali-kali kau datang berjumpa aku lagi sebelum aku mengahwini perempuan lain. Aku bagaikan tidak percaya apa yang aku dengari itu. Aku rasa fikiran kau kacau sekarang Abdul Wahab. Kau kan tahu yang aku terlalu menyintai Muhammad sahabatmu. Kau kan seorang Islam yang patuh kepada ajaran agama. Ya, sebab aku seorang yang patuh pada ajaran agamalah aku memohon dari orang yang sahabatku cintai ini agar menjauhkan dirinya dariku. Pernah aku melarang kau daripada menyintai sahabatku? Sudah! Sudah! Kau boleh pergi sekarang. Cintailah siapa sahaja yang kau suka dan jangan lagi bebani aku selepas ini. Ya, kami orang-orang Islam juga manusia biasa, bukan batu yang tidak punyai perasaan. Kami mungkin boleh mengawal tingkah laku kami tapi kami tak mampu mengawal setiap waktu hati-hati kami. Aku rasa sudah terlalu jelas penjelasanku ini, penjelasan yang lebih dari ini hanyalah layak untuk orang gila sahaja. Abdul Wahab, adakah ini bermakna kau benar-benar menyintai aku? Tidak, tapi aku rasa kau terlalu rapat dengan ku. Apa yang aku lakukan sekarang adalah untuk mengelakkan hati ini daripada terlontar lebih jauh lagi. Aku pun merasakan kau juga terlalu rapat denganku tapi aku tidak pernah cuba untuk lari seperti kau. Ya, memang kau tak pernah pun berbuat demikan. Apa maksud mu? Maria, sememangnya kau masih belum mengerti Maria. Aku tidak mahu menemui kau lagi! Jika aku memerlukanmu aku akan menghubungi mu melalui surat saja.

Adakah kau yakin dengan apa yang kau cakapkan ini Abdul Wahab? Ya, kenapa tidaknya! Aku menarik nafas panjang menenangkan perasaan yang serba salah. Tapi kau kan tahu keadaan aku sekarang. Aku tidak mampu berjauhan denganmu. Kenapa tak mampu? Ooh! Jadi kau sekarang mengharapkan sebuah cinta dariku untuk memenuhi kekosongan hidupmu. Kau membuat hubungan denganku dan apabila Muhammad kembali kelak semuanya akan berterbangan dibawa angin? Waktu itu aku terkapai-kapai keseorangan,begitu? Aku berasa begitu hampa dengan sikapnya. Abdul Wahab, adakah benar ini yang kau inginkan? Ya Maria, maafkan aku... Abdul Wahab sebelum ini kau telah berjaya menjauhkan aku daripada agama dan akidahku sepatutnya kaulah yang seharusnya membimbing aku tentang Islam. Kau oun tahu aku rasa tidang tenang hidup tanpa agama begini. Maria, jangan kau cuba pengaruhi aku dengan ini semua. Kalau kau betul-betul mahu, akan ku carikan seorang muslimah untuk mengajarmu. Aku telah mengajar kau perkara-perkara pokok dalam Islam sebelum ini, dan selebihnya kau boleh mempelajarinya dari orang lain pula. Kalaulah suatu masa nanti kau memluk Islam, utusilah aku pastinya aku akan gembira sekali. Ah, apa yang telah kau lakukan ke atasku Abdul Wahab? Kesulitan yang kau bebankan ini tidak akan terpikul oleh manusia yang waras kecuali orang gila sahaja. Abdul Wahab menarik nafas panjang seolah-olah dia menyesal. Tuhanku, kenapalah hati ini bagaikan terikat dengan gadis ini? Maria, kau tak mungkin dapat memahaminya. Aku seorang muslim Maria. Aku terpaksa menjaga pantang larang agamaku. Kau tu kekasih orang, kekasih sahabatku sendiri. Kau tahu, dalam Islam langkah untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah dosa hendaklah menghindarkan diri daripada menghampirinya. Bagiku, kau adalah penyebab dosa. Kalau kau ingin kefahaman yang lebih jelas lagi aku akan cakapkan. Kau sebenarnya memiliki sifat dan semangat Salwa. Seperti yang aku katakan tadi, aku tak mampu bersua dengamu kerana aku akan terkengankan Salwa. Oh kalau begitu aku terpaksa pergi sekarang. Aku bimbang kau akan mendapat dosa kerana aku nanti. Ya lah! Aku ini kau anggap penyebab dosa bukan? Sememangnya akulah yang bersalah kerana menganggap kau sebahagian dari hidup ini juga kerana aku menyayangimu Abdul Wahab. Aku terus meninggalkannya. Waktu itu aku lihat air mata membasahi pipinya. Aku begitu simpati terhadapnya tapi apa boleh buat. Kalaulah hati ini belum dimiliki pasti akan ku berikan

kepadanya, menyintainya sepenuh hati. Sewaktu aku sampai di kereta dia bergegas mendapatkan aku. Maria, maafkan aku kalau aku bersalah tapi aku harap kau jangan teragak-agak lagi untuk memeluk Islam. Aku akan bertolak ansur denganmu untuk kali terakhirnya. Datanglah berjumpaku untuk memberi tahu khabar gembira itu. Ya, terima kasih... Maria, maafkan aku kerana menyebabkan kau bersedih begini. Memang, kau sengaja membuataku sedih. Kau dah hancurkan hati dan perasaanku. Adakah kerana kau terlalu mesra denganku hinggakan kau menuduh aku sedemikain? Dia kelihatan cemas. Tidak, hatiku hancur kerana kau tidak mahu lagi berjumpa denganku. Oh Maria! Begitu parah lukamu kerana tindakanku tadi. Percayalah aku tidak berniat begitu walau sedikit pun. Sebenarnya hati ini juga hancur luluh. Oh ya, aku terlupa nak beritahumu. Kau masih ingat lagi Father Marshall tempoh hari? Aku terkehut, tiba-tiba sahaja Abdul Wahab menenyakan tentang Father Marshall. Ya, kenapa dengan dia? Dia telah memeluk Islam. Hah! Memaluk Islam? Ya, dia sudah jadi orang Islam. Baru-baru ini dia datang berjumpa aku untuk mengucapkan terima kasih kepadaku. Katanya akulah penyebabnya. Aku sungguh gembira mendengar khabar ini Abdul Wahab, tapi kenapa ya? Kalaulah mak aku tahu perkara ini tak tahulah apa yang akan berlaku kepadanya nanti tapi Muhammad pasti akan gembira. Sebenarnya Abdul Wahab aku terlalu gembira mendengar khabar ini. Ya Maria, aku juga tumpang gembira kerana kau gembira. Aku rasa tak jadi untuk menghidupkan enjin kereta. Kami kembali mesra. Beberapa detik kemudiannya Abdul Wahab kembali murung seperti sebelumnya. Dah, sudah! Pergilah kau sekarang Maria. Ya, dengan syarat aku tak akan berjumpa kau lagi bukan? Ya begitulah. Maafkan aku... Tapi aku tak mampu berbuat demikian sebab aku tak... Abdul Wahab terus memotong. Sudah, sudahlah tu! Kau boleh pergi sekarang., tolonglah! Aku doakan agar kau akan menjadi seorang muslimah yang sejati. Aku mencari jalan agar boleh bercakap panjang dengannya.

Eh! Tidakkah semua orang Islam adalah muslim sejati? Tidak semestinya. Di kalangan mereka ada yang pandai bercakap sahaja. Dari segi perlaksanaan amat berbeza dengan apa yang Allah perintahkan. Jangan lupa Maria. Semua orang Islam dikira bersaudara. Kau mestilah berhati-hati dengan golongan yang mendakwa persaudaraan hanyalah bagi mereka yang menjadi ahli mana-mana jemaah mereka sahaja, selain daripada ahli jemaah mereka semua kafir. Mungkin selepas ini kita tidak akan berjumpa lagi tapi ingatlah nasihatku tadi. Mungkin suatu hari nanti kau akan menjadi seorang muslimah. Waktu itu jadikanlah keredhaan Allah sebagai matlamat. Jangan hiraukan apa yang orang lain katakan. Kembalilah kepada Allah. Kehadiranmu kepangkuan Islam memang teramat layak. Jangan sekalikali kau lupa nasihatku ini sayang... Hah! Kau panggil aku sayang Abdul Wahab? Abdul Wahab tergamam. Tidak, tak mungkin aku menyebutnya. Mungkin kau salah dengar... Dia menafikannya. Tak, memang kau melafazkan kalimat itu. Tak usahlah kita panjang perbulan kita ini Maria. Mungkin aku tersasul menyebutnya. Sekarang tekan minyak kereta tu dan beredar dari sini. Secara tergesa-gesa aku meninggalkan Abdul Wahab di situ. Aku melihatnya melalui cermin pandang belakang. Dia seperti mengesat air mata. Ya, memang dia menangis lagi. Aku bertambah yakin sekarang yang dia bukannya jenis pemuda yang gila seks. Kalaulah dia sedemikian mengapa dia menyintai Salwa sebegitu rupa? Tuhanku, mengapa dia menyayangiku. Tidak ada gunanya dia bersedih keranaku. Dan mengapa aku juga menyayanginya. Tapi cara dia menyayangiku amat ganjil. Mengapa ya? Apa akan jadi kepadaku nanti. Tuhan, aku tidak mampu sendirian tanpanya. Muhammad, di mana kau sekarang? Datang lah segera padaku. Dah! Tak usah kau datang kepadaku. Sekejap lagi aku akan mendapatkan kau Muhammad. Aku sudah tidak tahan lagi menanggung rindu. Akhirnya aku sampai ke rumah. Untuk kesekian kalinya aku pulang dalam keadaan tidak bermaya.

****************

Ayah Menasihati Ku Ketika di rumah fikiranku hanya tertumpu kepada Father Mashall yang telah memeluk
Islam. Aku ceritakan perkara ini kepada ayah. Dia begitu melenting bila mendengarnya. Agaknya paderi itu dah gila. Apa yang dia perolehi dari agama Islam? Oo, baru ayah faham sekarang. Budak Mesir yang pernah datang ke rumah kita itu agaknya yang telah mempengaruhi paderi itu.lagi pun cara dia bercakap amat menarik dan masuk akal pula. Mujurlah dia tidak dapat mempengaruhi kau Maria kerana kau seorang gadis yang pintar. Ayah masih belum puas lagi tentang pengIslaman Father Marshall. Dia asyik memikrkannya sambil berjalan ke sana kemari kemudian mendapatkan aku semula. Maria, ayah amat gelisah dengan pengIslaman Father Marshall tu. Boleh kau beritahu ayah punca di sebalik pengIslamannya? Manalah saya tahu ayah. Kenapa ayah kelihatan gelisah sangat ni? Oh ya! Jangan buang masa lagi. Cuba kau pergi berjumpa dengan budak Mesir tu lekas. Tak boleh ayah. Lagipun saya rasa dia sendiri tidak tahu menahu tentang perkara ini. Father Marshall hanya berjumpa dia sekejap saja untuk memberitahu yang dia sudah memeluk Islam lepas tu dia terus meninggalkan Abdul Wahab. Ahh! Aku kenal sangat perangai orang Islam ni. Kau ingat dia akan biarkan begitu sahaja bila seseorang paderi memeluk agama meraka. Tak mungkin. Ayah dah masak benar dengan perangai mereka. Ayah telah membuat kajian mengenai mereka sejak dari dulu lagi. Ayah menyambung lagi seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Setahu ayah, orang-orang Islam yang dimaksudkan tadi tidak wujud lagi sekarang. Kalau ada pun sudah boleh dihitung dengan jari. Mereka ingat apa yang berlaku semuanya mereka tahu. Kami tidak akan tinggalkan walau sedikit pun kesan-kesan agama Islam tapi orangorang gila itu semua masih tidak sedar lagi. Aku cuba mencelah. Tapi ayah cakap ayah percaya tentang kewujudan tuhan. Ya, memang ayah percaya tapi tidak semestinya ayah menganuti mana-mana agama. Kalau benarlah tuhan itu wujud sudah pasti dia akan memberitahu manusia tentang suruhan dan laranganNya tadi melalui agama bukan? Ya, secara logiknya begitulah.

Bagaimana sekiranya kita membuat andaian bahawa Allah memberitahu manusia tentang pantang larangNya melalui agama Islam. Eh, apa yang kau cakapkan ni Maria? Sudah, tak usah kau fikirkan benda-benda karut seperti ini lagi. Kau mesti berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan ajaran mereka itu. Sebenarnya, ayah begitu berdukacita mengenai pengIslaman paderi bodoh itu. Apa yang akan terjadi kalau para penganut agama Kristian tahu nanti? Sudah pasti mereka akan terpengaruh dan akan beramai-ramai memeluk Islam. Ayah mesti melaporkan perkara ini kepada pihak akhbar sebagai langkah pertama. Aku kehairanan apabila mendengar langkah pertama yang akan diambil oleh ayah. Ayah segera mengarahkan pihak akhbar supaya memuatkan satu tajuk yang berbunyi Rasa Tidak Puas Hati. Tajuk tersebut menceritakan tentang harta-harta yang disumbangkan oleh pihak gereja dalam keadaan tidak selamat. Akau amat terkejut mendengar kenyataan yang akan dibuat olehnya. Kenapa ayah buat begitu? Sebabnya memang jelas. Bagi mereka yang mengambil berat punca pengIslaman paderi itu mungkin akan memilah Islam sebagai alternatif jika kita biarkan mereka begitu sahaja. Jadi kenyataan akhbar kita tadi mungkin dapat menyelamatkan mereka. Oh, ayah memang pintar! Ya, kita mesti pintar kalau tidak kita tidak akan mampu membentuk dunia yang bertamadun. Eh, kenapa kau enggan berjumpa dengan budak Mesir tu Maria? Sekurangkurangnya kau akan dapat bertanyakan perkara ini. Sebenarnya dia enggan berjumpa dengan saya lagi ayah. Aneh betul! Tapi tak mengapalah sekurang-kurangnya dia tidak akan dapat mempengaruhimu. Selepas berbincang denganku ayah bersiap-siap untuk pergi berjuma Abdul Wahab. Lebih kurang dua jam kemudian ayah pulang dalam keadaan marah. Waktu itu aku sedang berbual bersama mak. Apa yang dah berlaku ke atas ayah kau tu Maria? Tak usahlah Cik Puan bertanya. Paderi bodoh tu sudah menganut Islam. Awak tahu kenapa dia menganut agama Islam? Kerana Islam memang bertepatan dengan logik akal manusia. Emak pula melenting bila mendengar khabar itu. Memang babi paderi itu. Orang yang seperti hanya layak ke neraka saja! Mak, kenapa mak mencaci paderi kita?

Dia bukan paderi kita lagi Maria. Saya rasa tiada bezanya kerana dia meneruskan kehidupannya sebagai seorang yang berbakti kepada agama dan seorang yang mulia. Lagi pun dia tidak menzalimi sesiapa! Ayah memotong cakapku dengan menukar tajuk perbualan kami. Maria, mari sini sekejab. Ayah nak beritahu kau beberapa perkara berhubung dengan tugasmu di sana nanti. Ayah telah pun menyewa sebuah apartment di bandar Istanbul. Apartment tersebut terletak di satu tempat yang bernama Lalehli (mawarku). Kau akan tinggal bersama seorang gadis yang bertugas di seketariat ayah. Di sana kau akan ditugaskan di sebuah syarikat akhbar Jerman. Ayah akan beritahu kau semua alamat orang-orang kita. Percayalah, kau akan hidup selesa di sana nanti. Satu lagi perkara penting, kalau kau dapat menarik perhatian Ataturk dikira satu kejayaan yang besar bagi kita. Ayah akan berikan kau semua yang kau mahu. Sebenarnya sebelum ini kita telah mempengaruhi mereka dengan perempuan-perempuan cantik sehingga kita dapat menakluki istana-istana mereka. Dengan itu kita dapat laksanakan apa yang kita mahu. Semua tugas dan kerja yang diberikan tidak menjadi masalah bagiku tapi untuk memikat sekaligus menjadi gundik Ataturk menyebabkan aku merasa seram kerana pengkhianatan namanya. Aku tidak sanggup mengkhianati Muhammad. Ayah, tak usahlah ayah mengharapkan semua ini dari saya. Saya hanya akan mengahwini Muhammad seorag sahaja. Maria sayang, Ataturk jauh lebih baik daripada Muhammad. Dia seratus kali ganda lebih bijak, lebih kacak dan kekayaannya tak usah cakaplah. Aku tetap berdegil. Bagi saya tiada bezanya ayah. O.k, kalau begitu tidak mengapalah tapi paling kurang kau mesti mendampinginya untuk menyuntik fahaman kita di samping itu kau ditugaskan untuk mengenal pasti para penulis yang di kira mahsyur di sana. Adakan perjumpaan dengan mereka serta berikan dorongan agar mereka menubuhkan lagi banyak pertubuhan di kalangan mereka. Usahlah ayah bimbang mengenai perkara ini. Saya akan mempengaruhi mereka dengan hadiah-hadiah yang berupa penghormatan. Tak begitu? Paling kurang kita berikan mereka tepukan. Itu pun boleh menyebabkan mereka gembira sekali bukan? Ayah begitu kagum melihat lakonanku. Dia semakin mempercayaiku. Kau memang seorang anak yang berjasa Maria. Siapa yang mengajar kau ini semua, ayahkan?

Ya, memang ayahlah yang mengajar saya semua ini tapi saya masih hairan. Bagaimana ayah ayah dapat mengenal pasti tempat-tempat kelemahan mereka? Itu perkara senang Maria. Tabiat semulajadi manusia yang sentiasa suka diuji. Kalau kita perhatikan artis-artis sanggup turun ke jalan-jalan raya hanya kerana untuk mendapatkan nama. Kalau begitu kita akan berikan mereka hadiah dan penghormatan. Tapi hadiah dan penghormatan tadi mestialh bersebab. Dengar sini baik-baik ya. Kita hanya memilih mereka yang mementingkan kedudukan. Mereka yang suka bergaya dengan pakaian yang cantik-cantik. Mereka yang berkebolehan dalam berpidato, serta pandai menggunakan perkataan-perkataan yang puitis,penulis yang terkenal. Mereka yang suka ke kasino. Meraka yang gemar berbogel. Mereka yang suka memelihara binatang jinak di dalam rumah. Mereka yang suka menggunakan pil perancang keluarga. Mereka yang suka menulis syair dan sajak serta guru yang dedikasi. Tapi mungkin kau akan menghadapi kesukaran dalam menentukan siapakah ayng layak daripada kalangan mereka yang ayah sebutkan tadi. Kalau kau tak mampu memadailah dengan memfokuskan salah satu daripada golongan yang disebutkan tadi untuk dipengaruhi. Dengan cara ini gerakan kita akan berjaya memecah belahkan mereka. Ayah sayangkan kau. Buktikan kepada ayah yang kau seorang wartawan liberal serta berjiwa masyarakat. Hantarkan laporan tersebut kapada ayah dan ayah berjanji akan jadikan kau seorang wartawan yang terkemuka di dunia. Tapi ayah, apa kata kalau saya tidak berkelayakan? Layak atau tidak bergantung kepada cara kau berfikir. Kalau kau berfikir sebagaimana kami kau akan dikira sebagai berkelayakan. Kau harus ingat. Tanpa persetujuan kami, manamana wartawan tidak akan terkehadapan. Kalau kami mahu kami boleh jadikan penjual surat khabar seorang terkemuka. Usahlah kau bimbangkan itu semua.

****************

Keberangkatanku Ke Turki Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Esok jam 11.00 pagi. Aku akan bertolak ke negara
Turki. Kegembiraan di hatiku tak dapat dibayangkan lagi. Aku akan berjumpa dengan orang yang sekian lama aku rindui. Muahmmad, kau tahu betapa aku merinduimu. Tak dapat aku bayangkan detik-detik setibanya aku di sana nanti. Barang keperluanku sudah siap aku kemaskan dan masukkan ke dalam beg. Tiba-tiba aku teringatkan Abdul Wahab. Aku mesti menemuinya sebelum berangkat esok. Tapi dia enggan berjumpa denganku. Tidak, aku mesti berjumpa dengannya. Apa nak jadi, jadilah. Aku mesti berjumpa dengannya untuk mengucapkan selamat tinggal. Mungkin lepas ini kami tidak akan berjumpa lagi. Usahlah kau bimbang Abdul Wahab. Inilah pertemuan kita yang terakhir. Aku akan berangkat ke Turki. Maafkanlah segala ketelanjuranku. Tidak tergamak rasanya meninggalkanmu tanpa mengucapkan selamat tinggl. Mudah-mudahan tuhan akan memberkatimu. Aku gembira sekali kerana kau masih lagi mengingati aku Maria. Usahlah kau kata begitu. Aku tahu ia bukannya lahir dari hatimu. Percayalah Maria. Ianya lahir dari hatiku. Bila kau akan berangkat ke sana? Esok jam 11.00 pagi. Abdul Wahab kelihatan bersedih. Adakah ini bermakna aku tidak akan dapat menyaksikan saat yang paling bahagia itu? Mungkin aku tidak akan memeluk Islam... Tidak Maria. Aku yakin kau akan memeluk Islam. Rohmu sudahpun Islam Cuma tinggal akal dan hatimu sahaja yang belum lagi Islam. Terima kasih sajalah Abdul Wahab atas keyakinanmu itu. Oh ya Maria! Aku terlupa nak beritahu kau. Semalam aku bermimpi bertemu dengan Salwa. Dia meminta aku sampaikan salamnya kepada kau. Aku merasa pelik mendengar mimpi Abdul Wahab itu. Pelik ya. Dah! Tak usahlah kita bincangkan perkara itu. Esok aku akan ke Turki. Turki samalah juga dengan negaramu bukan? Abdul Wahab, aku teringin benar hendak melihat cara hidup orang Islam secara lebih dekat. Dengan cara ini aku akan dapat melihat diriku sewaktu bersama mereka. Oh ya, kau akan mengutusi aku semasa aku di sana nanti? Abdul Wahab menjawab ringkas.

Ya, sudah tentu. Sampaikan salam ku buat Muhammad. Beritahu dia yang dia mesti mendapatkan kau sebagai pasangan hidup. Apa yang kau maksudkan itu? Ya. Tak usahlah kita bincangkan, sekadar bercakap kosong saja. Abdul Wahab, adakah kau merasa gembira kerana aku akan ke saa? Dia menjawab sambil matanya memandang ke bawah. Ya, aku rasa sungguh gembira. Tak tahulah mengapa begitu mudah aku memberi jawapan kali ini. Alah! Aku sudah faham. Bukan susah benar untuk memahaminya bukan? Sudah! Sudah! Aku tak ingin membincangkan perkara seperti ini lagi. Aku membalasnya seolah-olah ingin menduga. Ya, aku tahu. Kau tidak ingin membincangkan perkara yang dikira berdosa bukan? Tidak Abdul Wahab. Aku yakin perasaanmu terhadapku bukan sebagaimana yang kau sangkakan. Sebab kalau kau benar begitu sudah pasti kau akan lakukan apa saja untuk menghalang aku dari pergi ke sana, dan lagi menjauhkan aku dari Muhammad. Abdul Wahab mula melenting bila mendengar dugaanku tadi. Apa yang kau cakapkan ni Maria? Kau tu sudah dikira tunang orang. Apa yang boleh aku lakukan sekarang? Sudahlah! Tak usah kita bertengkar lagi dalam perkara ini Maria. Hatiku terasa sayu mengenakkan perpisahan. Mungkin selepas ini kami tidak akan berjumpa lagi. Adakah ini bererti pertemuan terakhir kita Abdul Wahab? Tuhan sahaja yang dapat menentukannya... Dia menjawab selamba tapi sekarang sudah jelas kerana aku akan berkahwin dengan Muhammad dan hidup dengannya di sana. Dia menyambung lagi. Ya, sebaiknya kau tinggal di sana. Sampaikan salamku kepada kaum muslimin turki. Eh, tapi kenapa kau menangis Abdul Wahab? Tidak. Tak apa-apa. Mungkin kerana aku teringatkan Salwa kekasihku. Maria, sekejap lagi aku akan keseorangan. Tak tahulah kenapa. Mungkin kerana kita terlalu mesra. Sekarang ini pun bahangnya sudah terasa. Tak mengapa pergilah. Aku yakin pemergianmu adalah ketentuan yang terbaik. Kalau begitu aku minta diri sekarang. Kau seorang teman yang paling istimewa bagiku Abdul Wahab. Aku tidak akan melupakan kau selagi hayat dikandung badan. Abdul Wahab meninggalkan aku sambil menoleh ke belakang. Dia mengakhiri pertemuan kami dengan manik-manik jernih yang begitu mahal sekali harganya bagiku. Dengan

perasaan penuh hiba aku memujuk hatiku untuk meninggalkan tempat itu. Keesokkan harinya aku berangkat ke Turki. Ketika di stesen keretapi emak, ayah dan kawan-kawan semuanya hadir untuk mengucapkan selamat tinggal. Mataku mencari-cari seseorang. Aku masuk ke dalam perut keretepi dan duduk di tempatku. Abdul Wahab masih belum kelihatan. Aku bagaikan orang gila. Sebelum ini dia pernah beritahuku. Teruna dan dara jika kerap berjumpa pasti akan lahir satu perasaan kasih yang tidak mungkin dielak. Sebab itulah aku seolah-olah sentiasa melarikan diri darimu... Oh Tuhan! Adakah aku telah mengkhianatimu Muhammad. Lindungilah kau aku daripada perbuatan keji itu. Tuhan, jadikanlah cintaku ikhlas kepadanya. Aku yakin cintanya terlalu suci. Keretapi hampir mula bergerak perlahan tapi mataku masih lagi mencari-cari Abdul Wahab. Aku ingin melihatnya buat kali terakhir. Hati ini tidak pernah berniat serong terhadapnya. Aku anggap dia sebagai saudara atau teman yang paling setia. Abdul Wahab, di manakah engkau? Muncullah buat kali terakhir. Harapanku tenggelam dalam bunyi wisel dan enjin keretapi. Aku berada dalam keadaan sayu di tepi jendela. Keretapi perlahan-lahan meninggalkan stesen. Berhadapan dengan kerusiku duduk seorang gadis berambut kuning. Daripada perwatakannya dia seorang gadis yang peramah. Hai, awak nak ke mana? Memang dia seorang yang peramah. Bebarapa jam berlalu kami asyik berbual-bual sehingga terlupa bertanyakan nama. Nama saya Fikriah, awak? Saya Maria. Eer, di Turki awak tinggal di mana? Saya tinggal di Ankara. Awak kenal Ataturk? Siapa yang tidak mengenalinya... Sebenarnya kami tinggal bersama... Saya tak faham, apa maksud awak? Saya tinggal di Istana Jankaya. Oh! Kalau begitu awak ni isteri Ataturklah? Fikriah menjawab sambil tersenyum. Ya, saya akan menjadi permaisurinya nanti, kami saling menyintai. Eh! Macam tak percaya pula saya. Awak bergurau ke ni? Betul, saya tidak bergurau. Hampir gila saya menyintainya.

Aku merasa hairan dengan tingkah laku Fikriah. Baru hampir tiga jam aku berkenalan dengannya tapi dia menceritakan padaku semua kisah hidupnya. Rupa-rupanya dia mula menyedari. Saya mintak maaf Maria, saya suka bercakap banyak sehinggakan awak menjadi pening mendengar cerita-cerita berkenaan diri saya. Aku menenagkan perasaannya. Tak! Jangan awak cakap begitu Fikriah. Saya gembira sekali dapat berkenalan dengan awak. Awak tahu tak, kami berdua tidak boleh jalan berkepit ke sana ke mari sebab negara kami belum lagi bebas daripada golongan yang taksub kepada agama. Mereka menganggap cinta kami satu dosa. Adakah mereka menganggap itu juga bukan perkara biasa? Ya, tepat sekali. Ataturk seorang yang berfikiran terbuka dan seorang yang ingin hidup bebas dan bertamadun tapi rakyak Turki masih belum lagi bersedia untuk cara hidup seperti itu. Tapi itu tak penting, yang penting kami berdua akan hidup bersama tak lama lagi. Aku bertanya untuk menduga. Apa akan jadi kalau dia tak ingin mengahwini awak selepas ini? Tak mungkin sama sekali. Dia tak mungkin akan mengkhianati saya lebih-lebih lagi dia terlalu mengambil berat hal ehwal wanita. Kalau awak nak tahu, demi menjaga hak-hak wanita dia tidak membenarkan lelaki kahwin lebih dari satu kerana bimbang kalau-kalau wanita akan dizalimi. Kerananya saya sanggup menggadaikan nyawa saya. Sebab itulah saya tidak merasa bimbang. Saya sekali-kali tidak akan dikhianati. Cuma apa yang saya takutkan sikap emaknya yang tidak senang dengan hubungan kami, tapi saya tetap meyakini Ataturk. Ya, saya juga rasa begitu. Sebenarnya saya ingin benar menemuinya. Dia seorang yang berfikiran terbuka tapi yang menyatakan bangsa Turki satu bangsa yang ganas dan mundur. Ya, masih ramai yang begitu tapi kami akan menanganinya secara beransur-ansur. Awak akan lihat di suatu hari nanti negara Turki akan jadi seperti negara-negara Eropah. Aku murung. Fikriah dari tadi lagi bercerita. Awak memang seorang yang pintar. Adakah semua gadis Turki seperti awak? Ya, semua yang mendapat pendidikan dari luar negara akan berfikiran seperti saya. Saya merasa gembira sekali. Saya akan berkhidmat untuk negara awak sebagai seorang wartawan. Oh, kalau begitu saya akan kenalkan awak dengan Ataturk. Rasanya tentu dia akan gembira!

Aku mula rasa seram dengan pelawaan Fikriah. Di sana nanti saya akan hubungi awak setiap waktu. Elok benarlah tu. Saya gembira sekali mendengarnya. Saya akan beritahu ayah saya semuanya ini, pasti dia genbira. Maria, awak ada kawan di Istanbul? Aku menjawab dengan pantas sekali. Ya, seorang pemuda yang paling saya kasihi dan kami akan berkahwin di sana tak lama lagi. Maksud awak adakah dia seorang pemuda yang bertamadun? Saya rasa begitulah. Tapi dia masih teragak-agak kerana saya gadis Katholik tapi sekarang tidak lagi. Saya rasa saya akan memeluk Islam. Fikriah terkejut mendengarnya. Eh, beetulkah begitu? Ya, saya sudah nekad. Satu perkara yang aneh saya rasakan. Awak mengambil berat tentang agama Islam berlainan dengan gadis-gadis Islam Turki yang mengambil berat dan berbangga dengan kebuyaan Eropah. Kami terdiam sebentar. Aku cuba bertanya. Adakah awak juga beragama Islam? Dia teragak-agak menjawab. Ya, saya beragama Islam... Pelik ya. Awak menyerupai kami. Tiada perbezaan langsung di antara gadis Turki dengan gadis Barat. Kami hanya mengikut pemimpin kami. Mereka mahu gadis-gadis Islam Turki terbuka pemikiran mereka seperti gadis-gadis barat. Meraka amat bencikan golongan yang taksub kepada ajaran agama. Kalau begitu saya sekarang boleh dikira Islam lah kerana kita berdua sama sahaja. Cara kita berpakaian dan cara kita berfikir tidak jauh bezanya generasi terkini. Persamaan ini menjadikan kita bersahabat. Akhirnya kami sampai di bandar Istanbul, Turki. Aku mempelawa Fikriah bermalam di apartmentku. Dia tidak menolak. Keesokan harinya kami sama-sama mengemas rumah. Pada hari itu juga dia meminta izin untuk pulang ke Ankara. Katanya dia terlalu merindui Ataturk. Fikriah seorang teman yang istimewa buatku.

Setelah Fikriah berangkat ke Ankara aku segera bersiap untuk pergi mencari Muhammad. Akhirnya aku temui rumah kekasihku itu. Dia tinggal di sebuah bangunan berwarna kuning di tingkat dua. Jantungku bagaikan terhenti daripada berdegup. Apa yang Muhammad akan lakukan terhadapku... Siapa tahu? Setelah membayar tambang, kereta kuda yang aku naiki berlalu dari situ. Aku bergegas menaiki tangga bangunan tersebut. Sudah pasti Muhammad ada di rumah kerana dia sudah pun tahu aku akan datang menemuinya hari ini. Degup jantungku semakin kencang. Hampir setahun kami tidak bersua. Hampir ke tingkat dua semakin lemah sendi-sendiku. Tanganku terketar-ketar sewaktu menekan loceng. Aku gagahi jua. Tiba-tiba keluar seorang perempuan. Cik cari siapa? Saya cari kawan saya. Namanya Muhammad. Di rumah ini tak ada orang yang bernama Muhammad cik. Oh! Mungkin yang cik maksudkan keluarga yang baru saja berpindah dari rumah ini 10 hari yang lalu. Ya. Kalau tak silap mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Muhammad. Dia seorang guru. Puan tahu di mana dia sekarang? Tidak, saya tak tahu. Oh tak mungkin, mungkin puan terlupa sebab Muhammad tahu saya akan datang hari ini. Cuba puan tanya kalau-kalau dia ada tinggal apa-apa pesanan di sini sebab tak mungkin Muhammad buat saya begini. Tak ada cik, kalau dia ada meninggalkan apa-apa pesanan sudah pasti sayalah orang yang mula-mula mengetahuinya. Mendengar penjelasan suri rumah itu aku terus terduduk tak bermaya. Suri rumah tersebut segara membawa aku ke dalam lalu memberi aku segelas air dan sejenis minyak wangi. Aku tak dapat mengawal perasaan sedih. Aku menangis teresak-esak di hadapannya Dia menenagkan aku. Setelah mendengar kisahku dari awal hingga akhir suri rumah tersebut amat bersedih dan bersimpati dengan nasibku. Kalau berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga Muhammad dia berjanji akan memberitahuku. Aku kembali semula ke apartment melalui jalan-jalan di tengah-tengah bandar Istanbul. Di bandar tersebut aku rasa begitu asing dan keseorangan. Aku berjalan-jalan seperti orang hilang akal. Akhirnya aku menaiki teksi pulang dalam keadaan lemah longlai. Suzi yang dari tadi menunggu kepulangan ku terkejut sekali melihat keadaanku. Dia terus memelukku. Aku ceritakan padanya apa yang berlaku.

Mengapa Muhammad sanggup buat aku begini? Di mana janji dan sumpah setianya dulu? Katanya dia tidak akan menggadaikan cintanya walau dengan dunia sekali pun. Dia sanggup mati kalau kami tidak mungkin dapat hidup bersama. Aku yakin Suzi, ini mesti ada sesuatu yang tak kena. Sudahlah Maria tidak ada guna kau bazirkan air mata kerananya. Memang dasar lelaki bila jumpa yang lebih cantik terus lupakan kita. Bodoh sekali kalau menangis kerana lelaki. Tapi Suzi, dia bukan lelaki jenis tu! Sudahlah Maria! Kau kena faham, tak seorang pun di dunia ini menyintai seseorang hingga ke akhir hayat! Suzi, kau tak percaya kewujudan cinta? Memang aku percaya kewujudannya cuma yang aku tak percaya kekalnya sahaja. Cinta akan berakhir kerana sebab-sebab tertentu. Oelh itu jangan sekali-kali jadi hamba cinta. Nampaknya kau berdendam Suzi. Ya memang benar. Aku dahulu pun macam kau juga. Aku terlalu menyintai Ataturk sampai ke peringkat gila tapi bila dia rasa bosan dia terus tinggalkan aku terkapai-kapai keseorangan. Hanya dengan sepucuk surat sahaja cintaku hancur musnah. Aku sedikit pun tidak ada nilainya sekarang. Tapi Suzi, Muhammad tidak begitu. Dia tak mungkin meninggalkan aku begini, tak mungkin! Aku baginya ibarat nyawa. Semua yang kau cakapkan itu Maria Cuma omong-omong kosong belaka, percayalah. Aku harap kau jangan sekali-kali tertipu dengan janji-janji manis lelaki Maria. Tapi Suzi, aku tak akan tertipu. Aku yakin dengan ketulusan hatinya. Aku meyakinkan Suzi. Hari-hari yang berlalu amat pahit aku rasakan. Aku hanya menghitung hari. Sampai sekarang pun aku belum dapat menemuinya. Perasaan sedih dan hampa mula bermain di kepala. Tiba-tiba aku teringatkan mak, ayah dan Abdul Wahab. Aku ingin mengutusi mereka. Mula-mula aku menulis surat untuk Abdul Wahab. Buat teman yang setia, Semenjak hari pertama ketibaanku, aku bagaikan orang yang hilang akal merayau ke sana ke mari. Mungkin kau akan merasa hairan dengan sikapku sekarang. Istanbul tidak seperti negara-negara Eropah, cuma ianya hampir mirip. Sebelum ini aku berharap akan ku temui satu alam yang berlainan dengan alam Eropah di sini tapi amat mendukacitakan mereka semua amat berbangga dengan budaya kami. Oh ya! Di sini aku berkenalan dengan calon isteri Ataturk tapi

sampai sekarang aku masih belum yakin. Dia mendapat pendidikan di Eropah. Bagiku dia seorang yang peramah. Dia menyintai Ataturk sebagaimana aku menyintai Muhammad. Sebenarnya sampai sekarang pun aku masih lagi belum berjumpa dengan Muhammad. Aku tak tahu apa yang ingin aku beritahumu Abdul Wahab. Aku sekarang hampir-hampir putus asa. Puas aku mencarinya di merata-rata tempat. Istanbul bukannya bandar kecil. Adakah dia telah berangkat ke Jerman? Kalau benar, aku amat membutuhkan jasa baikmu. Tolong carikannya di sana untukku. Aku tak sanggup lagi hidup di sini tanpanya. Tolonglah! Kaulah satu-satunya teman yang paling mengerti hati dan perasaanku. Tolonglah aku! Berikan aku semangat. Fikian aku berkecamuksekarang. Aku keseorangan dan terasa asing di sini. Aku sekarang tinggal di sebuah apartment mewah di satu tempat yang bernama Lalehli bersama kawan yang bernama Suzi. Dia seorang kawan yang setia. Istanbul memang sebuah bandar yang indah dan strategik dari sudut geografinya tapi aku masih belum dapat memahami kerenah masyarakatnya. Ah, apa lagi yang perlu aku tulis! Abdul Wahab, kau tentu akan marah kalau aku katakan aku merinduimu. Di sini ramai betul oarang Islam tapi mereka tidak ada bezanya denganku. Dari itu aku juga boleh dikira orang Islam. Dalam hal ini aku rasa tidak ada masalah... Surat yang berikutnya untuk ayah. Aku rasa malas untuk menulisnya tapi aku cuba sedaya upaya memberitahunya keadaan di sini.

****************

Tiga Bulan Di Istanbul Sudah


masuk tiga bulan aku di Istanbul. Kenalanku semakin ramai tapi sampai

sekarang Muhammad masih belum aku temui. Aku rasa Muhammad telah mengutusiku tapi mungkin emak yang menyembunyikannya dari pengetahuanku. Aku tidak akan berputus asa lambat-laun kami akan bertemu jua. Kadang-kadang aku menelefon Fikriah sewaktu aku dalam kesunyian. Kalau tidak ada masalah aku akan bertolak ke Ankara minggu hadapan. Di sana nanti akan aku luahkan segala keperitan hidupku di Istanbul ini. Kedatanganku di Turki sebagai seorang wartawan sebagaimana yang dirancangkan oleh ayah tapi sampai sekarang pun aku belum melaksanakan sebarang kerja sebagai wartawan. Ayah sentiasa menasihatiku supaya jangan bekerja terlalu keras kerana bimbangkan kesihatanku. Aku tidak tahu apa sebenarnya yang dia inginkan. Dalam surat tempoh hari aku memberitahunya bahawa negara Turki lebih cepat daripada Jerman dalam menuju era kebuyaan barat. Aku rasa tidak ada gunanya ayah menugaskan aku di sini untuk menyebarkan fahamannya sebabmereka telah pun mengamalkan cara hidup yang kami inginkan. Antaranya kelab-kelab malam tumbuh bagaikan cendawan. Perempuan-perempuan mereka tanpa segan silu menyanyi di atas pentas-pentas sehingga ramai juga di kalangan mereka masuk bertanding ratu cantik. Aku rasa misi ini hanya meletihkan dirinya sendiri kerana Turki sekarang tanpa disuruh atau disogok akan berusaha sedaya upaya untuk hidup seperti kami. Yang penting sekarang aku ingin melihat Ataturk, seorang pemimpin yang diagung-agungkan seperti tuhan. Apa erti semua ini ayah? Aku terasa kaku dan lesu tanpa Muhammad. Patutkah kau biarkan aku sendirian begini. Abdul Wahab juga tidak mengutusiku. Aku benar-benar mengharapkan dia dapat meringankan bebanku tapi... Sedang aku asyik mengelamun seorang posman datang membawa sepucuk surat untukku. Aku berdebar-debar sambil mengambilnya. Surat itu dari Abdul Wahab. Tidak dapat aku bayangkan betapa gembiranya aku waktu itu lantas aku membukanya. Salam sejahtera, Maria, Aku telah pun cuba sedaya upaya agar tidak mengutusimu tapi aku tidak berdaya. Bagaimana keadaanmu sekarang? Aku rasa kau tidak akan menangis untukku. Benar kata-

katamu tempoh hari. Aku orang yang malas membalas surat tidak layak langsung untuk diutusi. Kau telah menghukum aku. Oh ya, sudahkah kau temui Muhammad kekasihmu atau kamu berdua sudah pun naik pelamin. Itu semua tidak pening bagiku. Aku cuma ingin mengetahuinya sahaja. Tempoh hari kau beritahu ku dalam suratmu yang kau sekarang seperti orang Islam. Sebenarnya kau tersilap. Tidak ada hubung kait langsung dengan agama Islam jika orang-orang Islam Turki meninggalkan ajaran agama mereka dan keadaan mereka sama seperti orang-orang barat. Mereka sekarang seolah-olah hidup dalam keadaan penuh kehairanan dan terumbangambing dalam memilih corak hidup begitu juga dengan negara-negara Islam yang lainnya. Adakah mereka telah menjadi orang-orang Eropah atau menjadi orang-orang Islam atau pun kedua-duanya sekali? Mereka sebenarnya dalam kebingungan, tapi awas Maria! Kau jangan sekali-kali macam mereka. Maria, Kenapa sampai sekarang kau belum memberitahuku khabar gembira itu. Sebenarnya kau agak terlewat sedikit. Sememangnya gadis pintar seperti kau tidak seharusnya berlengah-lengah untuk memeluk Islam. Aku tidak memaksa. Kau bebas memilihnya tapi aku suka mengingatkan kau bahawa Allah tidak sekali-kali mencipta alam ini sebagai tempat untuk manusia menderhakai-Nya. Suratnya penuh dengan nasihat walau antara isi kandungannya mengandungi patah-patah perkataan yang membuatkan aku rasa tidak senang. Tapi aku rasa suratnya sedikit sebanyak menenangkan perasaanku. Hari-hari yang berlalu aku masih seperti dulu, hidup tanpa hala tuju. Akhir-akhir ini aku telah berkenalan dengan seorang perempuan separuh umur yang tinggal berhadapan dengan apartmentku. Dia seorang yang berfikiran sederhana mengenai agama. Anaknya pula seorang yang berfikiran liberal. Pernah suatu masa perempuan tersebut bertanyakan keadaan anaknya yang suka minum arak, adakah dia sudah menjadi kafir atau... Suatu hari sewaktu berbual-bual dengan keluarganya aku terpandang sebuah akhbar Millet yang berada di atas meja. Akhbar tersebut penuh dengan iklan-iklan aneh. Iklan tersebut memaparkan nama-nama yang terdapat di Eropah. Betapa bangganya masyarakat Turki dengan masyarakat Eropah. Perempuan tersebut sesekali memandang ke arah akhbar dan sesekali memandang ke arah ku. Cuba bacakan untuk makcik nak. Apa agaknya yang terkandung dalam surat ini? Ini bukan surat makcik. Ini akhbar namanya. Oh begitu! Di negara bukan Islam terdapatkah akhbar-akhbar seperti ini? Sudah tentu. Sebenarnya akhbar mula diperkenalkan di negara kami.

Apa yang terdapat di dalamnya? Tanya makcik itu lagi. Semua berita yang di luar dan dalam negari. Oh, memang elok benarlah kalau begitu! Sebelum ini orang-orang yang tinggal di Mekah pernah buat seperti ini tapi mereka bukan tulis atas kertas seperti akhbar ini. Aku tidak faham apa yang dicakapkan oleh perempuan itu. Apa yang mereka tulis makcik an bila? Sebelum kedatangan Islam mereka mencatat peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka di atas dinding-dinding, kulit-kulit dan seumpamanya. Aku berasa hairan dengan penjelasan perempuan itu. Eh betulkah begitu makcik? Dari mana makcik tahu semuanya ini? Betul, ayah makcik yang menceritakannya. Dia seorang ulama tapi.... Tiba-tiba sahaja perempuan tadi menangis teresak-esak. Makcik, kenapa tiba-tiba sahaja makcik menangis? Dalam nada sendu dia menjawab. Ayah makcik dihukum gantung beberapa tahun lepas. Siapa yang menggantung ayah makcik? Tanyaku inginkan kepastian. Askar pencetus revolusi yang menggantungnya. Waktu itu ayah makcik dan kawankawannya baru sahaja pulang dari bertempur di medan perang. Disebabkan dia seorang yang sensetif terhadap agama, ayah makcik menentang pihak-pihak yang mengapi-apikan semangat revolusi lalu dia dan kawan-kawannya dibunuh. Waktu itu umurnya 50 tahun. Ini semua kerana golongan pencetus revolusi terlalu ingin menjadikan negara Turki seperti negara-negara Eropah begitu juga dengan orang-orang awam. Tapi makcik tak pernah menceritakan perkara ini kepada anak lelaki makcik. Pernah suatu ketika dia berkata Orang macam datuk memang layak dibunuh. Mereka meracuni fikiran anak lelaki makcik. Perempuan itu meneruskan lagi ceritanya dengan linangan air mata. Bagaimana makcik tak menangis nak. Makcik masih ingat suatu hari ayah makcik yang tak pulang-pulang sampai ke senja. Selepas azan maghrib kelihatan anak Syeikh Ismail bergegas mendapatkan makcik. Dia beritahu yang ayah makcik berada di suatu tempat. Makcik bergegas ke sana dengan berjalan kaki. Setelah sampai di sana makcik amat terkejut kerana mendapati ayah makcik disalib pada sepohon kayu dan tidak dibenarkan sesiapa sahaja menurunkannya untuk dikebumikan. Mereka berbuat demikain sebagai pengajaran kepada sesiapa yang berani menentang. Cuba kau bayangkan perasaan makcik waktu itu. Mereka menuduh ayah makcik sebagai pembelot. Apa salah ayah makcik hah? Ayah makcik hanya menyeru rakyat Turki agar kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam tapi mereka semua enggan. Mereka

lebih suka cara hidup masyarakat Eropah. Cuba kau beritahu makcik nak, adakah masyarakat gembira dengan cara hidup sebegini. Demi mengamalkan cara hidup bangsa asing, sanggup membunuh sesiapa sahaja yang menetangnya. Apa yang mampu makcik buat waktu itu, makcik hanya mampu menangis dan meraung macam orang gila bila melihat keadaan ayah makcik. Tibatiba makcik tersungkur ke tanah kerana dipukul dengan senapang. Salah seorang askar mendapatkan makcik dan menyumpah dengan kata-kata kesat sambil memukul makcik berkalikali. Orang seperti ayah kau tu tidak layak ditangsi. Mereka tak ubah seperti anjing. Ayah kau pengkhianat kemerdekaan!!! Dengan nada sayu perempuan itu meneruskan ceritanya. Mereka sanggup menuduh ayah makcik sebagai pembelot. Sebenarnya mereka semualah pembelot dan pembohong sehinggakan rakyat Turki terpengaruh dengan dakyah mereka. Bagi mereka, orang yang mempertahankan empayar Uthmaniah adalah pembelot. Pengaruh mereka begitu kuat sekali sehinggakan anak lelaki makcik sendiri pun terpengaruh. Dia menyambung lagi. Selepas itu, beberapa orang askar mengheret makcik keluar dari medan Taqsim, tempat ayah makcik disalib. Makcik hanya mampu menangis dan berteriak menagih belas kasihan. Aku amat sayu mendengar ceritanya. Perempuan itu terdiam seketika kerana tidak tahan menanggung rasa sebak. Dia terus menangis tanpa menghiraukan kewujudanku di situ. Adakah kerana ingin mengikut cara hidup kami mereka sanggup membunuh sesama sendiri? Kami, aapa yang ada pada masyarakat kami Eropah? Cuma yang ketara kami ialah satu bangsa yang telah hilang rasa perikemanusiaan. Tapi bangsa Turki lebih membanggakan kami mungkin kerana kami maju dalam bidak teknologi sehinggakan mereka sanggip menukar agama mereka. Beberapa detik kemudian perempuan itu kembali tenang. Sambil menyapu air mata di pipi dia menyuruhku membacakan lagi berita-berita yang terkandung dalam akhbar tersebut. Makcik rasa kita makin mesra sekarang, sebab itulah makcik minta kau baca akhbar ini untuk makcik. Aku menoleh ke arahnya. Bimbang dia akan menangis lagi tapi dia masih berkeras. Usahlah kau bimbang nak. Rasa sedih sudah menjadi asam garam hidup makcik dari dulu sampai sekarang. O.k lah, kalau begitu saya akan bacakannya: (Gadis-gadis Turki berduyun-duyun menyertai pertandingan ratu cantik. Syarat-syarat penyertaan seperti berikut : Seseorang yang terhormat dan menjaga nama baiknya.) Dia mengeluh panjang

Mereka pandai sekali mengaturkan rancangan, akibatnya ibu bapa akan membenarkan anak-anak gadis mereka mengambil bahagian tanpa rasa risau dan ragu kerana fikiran mereka telah pun diracunni sehingga mereka rasa perkara tersebut termasuk dalam kerja-kerja yang mulia. Mereka tidak sedar tujuan sebenarnya adalah untuk mengajar anak-anak gadis mereka bertelanjang. Adakah perkara-perkara seperti ini terdapat juga di Eropah? Aku memberitahunya pertandingan ratu cantik telah diperkenalkan di Eropah dan setiap perkara yang bercanggah dengan agama Islam berasal dari Eropah. Dia masih lagi ingin tahu berita-berita menarik dalam akhbar. Aku menurut saja sambil membacakan tajuk-tajuk utama. Cuba makcik lihat apa yang ditulis di bawah gambar perempuan separuh bogel ini. Dia terkejut besar. Astaghfirullah! Tak ada perasaan malu langsung. Sanggup dia berdiri di hadapan lelaki dengan berpakaian begitu. Huh! Pakaian itu namanyamayuh, pakaian mandi makcik. Ya lah, makcik tahu. Adakah kalau ditukar namanya bererti kita boleh memakainya. Nama apa sekali pun pakaian itu tetap bererti baju yang bersambung dengan seluar penbek. Aku memberitahunya mayuh di Eropah lebih pendek dan lebih singkat daripada mayuh Turki. Di Turki hanya dipakai di paras lutut. Setelah mendengar dia semakin terkejut. Sekali lagi dia menoleh ke arah gambar-gambar yang terdapat dalam surat khabar itu. Ya Rabbi! Ini apa pula. Apa yang ditulis di bawahnya? Cuba kau bacakan. Baiklah, iklan ini berbunyi begini: (Ubatilah perasaan malu anda.) Kemudian diiklan cara-cara mengatasi penyakit tersenut. Makcik hairanlah. Apa kaitannya penyakit malu dengan gambar separuh bogel itu? Aku segera menghilangkan kehairanannya. Begini makcik. Tujuan mereka paparkan gambar itu adalah untuk membiasakan muda mudi dengan gambar-gambar lucah. Sebaik-baik cara untuk menyebarkan budaya ini ialah melalui iklan-iklan. Apabila sudah biasa dengan gambar-gambar lucah perasaan malu serta merta akan hilang. Pengaruh iklan berleluasa di tempat kami. Mungkin perkara-perkara seperti ini makcik rasa cukup aneh. Cuba perhatikan apa yang ditulisnya lagi dalam akhbar ini: (Ketua barisan Kehaiman Pertandingan Ratu Cantik Eropah, Morolf telah tiba di Turki.) Di sini pula: (Pertandingan Ratu Cantik adalah satu perkara penting bagi satu-satu bangsa.)

Amat mendukacitakan mereka telah pun berjaya mempengaruhi masyarakat Turki dengan begitu mudah sedangkan bangsa Turki merupakan satu bangsa yang agung. Dahulu bangsa Turki telah berjaya menghalau penjajah Perancis tapi hari ini Ben Ruby datang semula ke negara Turki untuk menghakimi pertandingan itu. Tujuan utamanya adalah untuk mengajar gadisgadis Turki bertelanjang. Tapi apa boleh buat, masyarakat Turki yang menjemputnya. Saya sendiri rasa kesihan bila mengenangkan nasib orang-orang Turki. Terlalu mudah mereka terperangkap. Sebenarnya sikap masyarakat Turki juga kerana mereka inginkan demikian sedangkan pihak yang menganjurkan keruntuhan moral sedikit pun tidak rugi. Bila mengenangkan nasib malang yang menimpamasyarakat ini, say ahampir-hampir menangis makcik.

****************

Malang Nasibmu Fikriah Kini genap enam bulan aku berada di Turki. Keadaan masih seperti dulu. Aku menemui
Fikriah ketika di rumah emak saudara susuannya yang terletak berhampiran dengan bandar Jangqaya. Pertemuan kami tidaklah semesra sebagaimana sebelum ini. Fikriah memberitahuku yang dia mengidap penyakit radang paru-paru. Aku begitu terharu mendengar perkhabaran itu. Fikriah, bersabarlah. Jangan bimbang kau akan sembuh kerana sekarang kaedah rawatan bagi mengubati penyakit seperti telah ditemui. Fikriah nampak murung sahaja walaupun puas aku memujuknya. Bagaimana aku tidak merasa sedih Maria. Puan Zubaidah, emak Ataturk tidak akan merestui perkahwinan kami. Di mana Ataturk sekarang? Dia sekarang berada di Izmir. Jawab Fikriah dengan nada lemah. Semenjak berjauhan daripadanya, perasaan dilanda andaian yang bukan-bukan. Aku sudah tidak sanggup hidup tanpanya. Aku terlalu menyintainya Maria. Aku cuba menenangkan perasaannya yang kusut itu. Janganlah kau bimbang Fikriah. Aku yakin pemuda harapan bangsa seperti Ataturk tidak akan mensia-siakan hidupmu lagi pula dia tahu kau adalah kekasihnya yang setia. Emak saudara susuannya mencelah dengan nada kesal. Sudah puas makcik memujuknya Maria, tapi dia tidak mahu dengar cakap makcik. Fikriah membalas. Bukan saya tidak mahu dengar nasihat makcik tapi hati ni makcik... Oh! Mengapa dia tidak membawaku bersamanya ke Izmir? Mungkinkah dia dapat hidup bahagia tanpaku? Tapi hakikatnya aku tidak mampu... Bukan makcik seorang sahaja yang menasihati saya bahkan ramai lagi tapi, hati ini enggan menerimanya. Sudahlah. Tak perlu kita bicarakan semua ini. Oh ya! Kau dah jumpa Muhammad Maria? Aku tersentak engan pertanyaan itu. Belum lagi. Tapi aku tahu dia sekarang menjadi seorang guru. Aku belum dapat pastikan di mana tempat dia mengajar. Jangan bimbang Maria, aku seorang yang berpengaruh di Jangqaya. Aku akan mencarinya untukmu melalui Kementerian Pendidikan. Betukah begitu Fikriah? Aku tidak akan lupakan jasa baikmu ini.

Malam itu aku bermalam di rumah emak saudaranya. Keesokan harinya aku kembali ke Istanbul. Selang seminggu Fikriah menelefonku. Di atelah menemui sekolah tempat Muhammad mengajar. Saat itu aku rasakan akulah orang yang paling bahagia. Hello Fikriah, kau masih menangis lagi? Ya Maria, Ataturk akan menempatkan aku di sebuah hospital di Munich. Tapi setahu aku tempat itu terlalu mahal. Mampukah kau membayarnya? Tak mengapa semuanya akan diuruskan oleh Ataturk tapi aku rasa, aku tidak akan dapat berjumpa lagi selepas ini Maria. Fikriah semakin sebak. Aku cuba menenagkannya. Jangan kau cakap begitu Fikriah . pergilah berubat di sana. Aku yakin Ataturk tidak akan mensiasiakan hidupmu. Tapi Maria, aku tahu emaknya membencu ku. Apa akan jadi kalau dia ikut cakap emaknya? Beberapa hari selepas itu Fikriah telah dihantar ke sana untuk menjalani pembedahan. Semenjak kali terakhir menelefonku tempohari, dia tidak lagi menghubungi untuk berkongsi masalah yang aku hadapi. Aku tahu dia hampir karam. Sudah tidak ada masa lagi untuk mempedulikan masalah orang lain. Setelah sebulan lamanya di Munich dia mengutuskan sepucuk surat buatku. Hakikatnya ia bukanlah sepucuk surat tapi air matanya yang memenuhi ruang kertas. Sahabatku Maria, Sebenarnya kewujudanku di hospital menambahkan lagi keperitan hidup yang sedang aku alami tapi aku cuba tabahkan hati semata-mata untuk bertemu Ataturk apabila sembuh nanti. Walau apa pun terjadi hatiku tetap tidak rela berjauhan dengannya. Kelmarin aku terima sepucuk surat daripadanya. Katanya dia ingin melihat aku sembuh daripada penyakit ini. Kalaulah aku tidak dapat bertemunya selepas ini aku rasa lebih baik aku bunuh diri... Aku sudah tidak sanggup lagi untuk meneruskan hidup ini. Aku tidak tahu mengapa aku amat menyintainya sehingga ke tahap itu. Sejak akhir-akhir ini perasaaku agak bercelaru. Apa kata kalau kau ke Ankara berjumpa dengannya dan katakan padanya aku tidak mampu hidup tanpaya... Kesihan Fikriah. Dia telah pun karam dalam lautan resah dan aku pula dengan masalahku. Sudah hampir tiga bulan lamanya aku mencari alamat tempat Muhammad bekerja. Pada hari yangsama aku terbaca berita perkahwinan Ataturk dengan Latifah Hanim di Usyakiza. Oh tuhan, apa akan terjadi kalau dia mengetahuinya! Apa yang patut aku buat sekarang? Sungguh malang nasibmu Fikriah. Ataturk telah mengkhianatimu. Aku amat terharu mengenang nasib

malang yang menimpanya. Aku hanya mampu menangis. Emak saudara susuannya turut bersedih bila mendengar berita ini melaluiku. Apa yang patut kita lakukan sekarang Maria? Tak tahulah makcik. Saya rasa Fikriah akan terus meninggal dunia bila saja mendengar berita ini. Ah, saya sudah mati akal sekarang ini makcik! Aku cuba kuatkan semangat untuk menulis surat memberitahunya perkara ini tapi bukan sekarang. Aku akan poskan kepadanya selepas dua puluh hari mulai sekarang. Belum sempat aku berbuat demikian sepucuk surat daripada Fikriah sampai ke tanganku. Aku rasakan seolah-olah surat itu bagaikan sijil kematiannya. Maria sahabatku, Aku harap kau dapat menolongku. Tempohari aku terlihat gambar Ataturk bersama seorang perempuan dalam sebuah akhbar. Perempuan tersebut tidak berapa tinggi berjalan bersama-samanya. Aku bertanyakan perempuan yang memegang akhbar tersebut, yang kebetulan membacanya di hadapanku. Dia memberitahuku bahawa perempuan itu adalah isterinya. Namun aku masih lagi sangsi tapi aku mulai gelisah sekarang. Maria tolonglah. Ceritakan perkara yang sebenarnya! Adakah benar mereka berdua telah pun berkahwin dan ini bererti aku tidak dapat menemuinya lagi? Tolonglah aku Maria! Aku rasa aku akan meninggalkan hospital ini sebelum ketibaan surat daripadamu. Aku akan datang bersama sepucuk pistol yang dibeli khas dari Perancis sebagai hadiah perkahwinannya. Ataturk hanyalah untukku... Kali ini kandungan surat daripadanya aneh sekali. Banyak lagu perkara yang telah disebutkan. Fikriah sudah pun hanyut terlalu jauh. Pada petang yang sama Fikriah menelefonku. Dia telah pun tiba di Turki setelah meninglgalkan Munich. Suaranya agak berlainan. Mungkin kerana terlalu hiba. Esok aku ke sana Maria. Aku akan pastikan sendiri betu atau tidak. Pada petang yang berikutnya aku menelefon emak saudaranya khabar tentang Fikriah. Sambil menahan sebak dia memberitahuku. Fikriah telah ke sana Maria. Dia telah membunuh diri dengan pistol yang di belinya khas untuk Ataturk. Sebaik sahaja mengetahui perkara yang sebenarnya dia melepaskan tembakan di kepalanya. Oh Fikriah! Aku rasa lebih baik aku mati sebelum mendengar berita ini. Kepalaku bagaikan mahu pecah. Oh tuhan, aku terpaku di situ kerana terlalu hiba. Akan ku abadikan persahabatan kita selama hayatku masih ada. Keesokan harinya berita kematian Fiktiah tersebar luas di dada-dada akhbar.

Muhammad Telah Dapat Dikesan Selepas


peristiwa kematian Fikriah hidupku dalam keadaan serba salah. Dia telah

menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa mengundang aku untuk pergi bersamanya. Sebelum itu dia sempat menyerahkan nota berupa maklumat lengkap mengenai Muhammad melalui Kementerian Pelajaran Turki. Di dalamnya tercatat: Cik Maria, Kami telah pun berusaha untuk menolong cik melalui Cik Fikriah. Muhammad telah pun dapat dikesan. Dia sekarang sedang berkhidmat di sebuah sekolah rendah di Izmir. Berikut alamatnya... Oh tuhan. Apa ertinya semua ini? Aku bagaikan terasa mahu terbang kerana terlalu gembira. Aku akan segera ke sana berjumpa kekasihku. Ya, aku akan menatap wajahnya puaspuas. Setelah siap berkemas aku berlari ke stesen bas seperti orang hilang akal dan terus bertolak ke sana. Oh tuhan, kenapa bas ini bergerak perlahan sangat. Kenapa kadang-kadang ia berhenti. Seolah-olah jalan yang aku lalui tidak memahami ku langsung. Aku asyik merungut sendirian mungkin kerana sudah tidak sabar lagi menanti hari yang penuh bersejarah itu. Setelah dua hari berada dalam peryt bas aku pun sampai di Izmir. Tidak berapa lama mencari aku pun menemui sekolah tersebut. Sewaktu aku sampai, seorang pun masih belum kelihatan. Aku duduk di sebuah taman sambil menunggunya. Waktu pengajian akan bermula pada jam 8.00 pagi. Aku rasakan jarum jam ditanganku begitu lambat beredar. Sewaktu menunggu kadang-kadang timbul juga perasaan yang bukanbukan. Apa akan jadi kalau Muhammad sudah berkahwin? Mungkin setelah melihatku nanti dia akan rasa tidak tentu arah dan sudah pasti mukanya akan merona merah kerana menahan malu. Waktu itu dunia bagaikan berputar di sekelilingnya. Sewaktu aku asyik mengelamun seorang lelaki yang bekerja di sekolah tersebut menghampiriku. Ada apa-apa yang perlu saya tolong cik. Cik ni sedang menunggu siapa? Aku tersentak dari lamunan. Oh! Saya sedang menunggu seseorang. Saya rasa cik ni bukan berbangsa Turki. Eh kenapa? Adakah orang asing tidak dibenarkan memasuki kawasan ini?

Oh tidak, tidak! Sebenarnya kami mengalu-alukan kedatangan pelancong asing ke sekolah kami ini. Oh ya, cik ni datang dari mana? Saya baru tiba dari Istanbul beberapa minit lepas dengan menaiki bas. Kalau begitu tentu cik belum bersarapan lagi. Mari, jemputlah ke rumah. Di sana nati bolehlah isteri saya menyiapkan sarapan untuk cik. Terima kasih... Aku dengan serta merta malu kepada diri sendiri. Mereka melayanku semesra ini sedangkan kedatangan ke negaranya adalah semata-mata untuk menjahanamkan mereka. Memang tidak berperikemanusiaan langsung kalau aku meneruskan niatku ke atas bangsa yang semulia ini. Aku pun bangun mengekori lelaki tersebut. Setibanya aku di rumahnya, isterinya menyambutku dengan penuh ramah sekali. Dia mempersilakan aku duduk kemudian bergegas ke dapur menyiapkan sarapan pagi. Mereka berdua mempunyai seorang cahaya mata, namanya Fatimah. Comel sekali. Kakak, kakak akan tinggal bersama kami di sini? Boleh tak kakak buatkan saya anak patung? Mendengar kata-katanya hatiku hancur luluh. Kami adalah satu bangsa yang dipandang agung dan bertamadun oleh mereka sedangkan kami, menyediakan anak patung untuk kanakkanak perempuan pun tak mampu. Apa yang kami sediakan untuk mereka hanyalah pelurupeluru. Oh tuhan, bermula pada saat itu aku bertekad untuk memeluk Islam dan akan berusaha membantu mereka. Alangkah indahnya waktu ini jika Muhammad menemuiku di sini ketika kami sedang rancak berbual. Waktu itu aku akan katkan padanya.Muhammad, kalau kau mahu aku akan memeluk Islam sekarang juga. Saat yang dinantikan telah pun tiba. Jam di tanganku menunjukkan tepat puklu lapan pagi. Setelah meminta izin daripada mereka sekeluarga aku bergegas menuju ke pintu pagar kawasan sekolah itu. Muhammad masih belum kelihatan. Beberapa detik kemudiannya aku bagaikan bermimpi. Kau kah Muhammad yang sedang berjalan menuju ke arahku? Oh, kau sedikit pun tidak berubah sayang! Katika melihatku dia seoalah-olah terpacak kaku di situ lantas segera berlari mendapatkan aku. Dia terpaku di hadapanku. Selamat datang Maria... Bagaimana kau dapat cari aku di sini? Kenapa kau diam sayang? Oh Maria! Maafkan aku, aku agak gelojoh. Mungkin kerana aku terlalu gembira kerana dapat berjumpa denganmu. Aku rasa jantungku sudah pun berhenti daripada berdenyut sekarang. Aku menatap wajahnya.

Muhammad kenapa kau buat aku begini? Apa sebenarnya yang telah berlaku. Mengapa kau tak cari aku? Dia nampak serba salah. Maria, mari kita duduk di sana. Aku akan ceritakan satu-persatu padamu sayang. Apa yang nak ceritakan. Kenapa kau tak cari aku? suatu masa dahulu bukankah pernah berjanji padaku yang kau akn sentiasa menyintaiku sepanjang hayatmu? Dia mula menggelabah. Ya Maria, memang aku pernah mengucapkan kalimah itu. Sebenarnya aku sengaja tidak mencarimu kerana cara hidup kita berbeza Maria. Begitu juga cara kita berfikir. Oh itu puncanya! Baiklah Muhammad. Aku ingin memberitahumu satu perkara, sudah tentu kau akan terkejut nanti. Apa dia sayang? Dia seolah-olah tidak sabar lagi untuk mendengarnya. Aku yakin kau kan gembira mendengar khabar yang sekian lama kau nantikan. Cakaplah, apa dia sayang? Aku... Aku sekarang. Ah! Susahnya. Lidahku kelu kerana terlalu gembira... Cakaplah Maria aku sudah tidak sabar lagi ni! Aku akan memeluk Islam Muhammad. Sekarang benteng pemisah antara kita akan lebur. Dia nampak begitu terkejut. Apa? Kau akan memluk Islam? Ya sayang, kalau kau mahu sekarang juga aku akan lafazkan kalimah itu. Dia bagaikan orang putus asa lantas menjelaskan kepadaku. Maria, aku bukan lagi orang Islam sekarang. Aku telah menganut fahaman Ateis. Kepalaku hampir pecah mendengar kalimah yang terhambur keluar dari mulutnya. Kau... Kau menganut fahaman Ateis sekarang Muhammad? Oh tuhan! Dia dengan bangga menjawab. Ya, aku adlah pendokong perjuangan Ataturk. Perjuangan membasmi kekolotan yang bercorak demokratik. Tak mungkin, jangan kau bohongi aku Muhammad. Di mana janjimu dulu yang ingin mewujudkan sebuah negara Islam yang berbeza daripada negara-negara lain. Sekarang cara hidup yang kau perjuangkan ini alad car ahidup Ateis! Ya, tapi... Aku segera memotong cakapnya. Kau ni dari jenis apa hah! Eropah?

Ya Maria, suatu hari nanti kami semua akan berbangga bangsa Turki akan menjadi seperti bangsa-bangsa Eropah. Jadi, kau ingin praktikan di negaramu cara hidup sebuah negara yang pernah kau menimba ilmu darinya dulu? Bererti kau akan hancurkan nilai-nilai murni yang ada pada bangsamu dan kau akan jadikan mereka semua seperti Henz yang tanpa segan silu cuba menyerahkan jasadku kepada orang lain? Kau akan tukarkan air kepada arak? Kau akan memandang jijik perkahwinan dan kau akan jadikan bangsamu biadap seperti bangsa Eropah yang hanya ingin menjajah negara-negara umat Islam? Ini yang ingin kau perjuangkan? Maria, tidakkah kau merasa kagum dengan negaramu? Dan engkau. Tidakkah kau merasa kagum dengan negaramu? Dia mengeluh? Tapi aku inginkan sebuah negara yang bertamadun, serbamaju dan tidak kolot. Muhammad, alam yang penuh dengan ketemadunan yang kau cakapkan itu telah membenci agama yang pernah kau anuti, kau tahu tak? Ya, aku tahu dan agamalah yang menjadi penyebab utama kepada kemunduran kami. Agama apa yang kau maksudkan itu hah? Dengan sepontan dia menjawab. Semua agama sama sahaja. Awas Muhammad! Jangan kau samakan agama Islam dengan agama lain! Aku terdiam seketika kerana terlalu gemuruh dengan perubahan yang mendadak pada dirinya. Muhammad, adakah sebuah negara yang kau janjikan kepadaku dulu akan mengamalkan sistem yangs erupa sebagaimana negaraku Jerman? Ya, tepat sekali. Muhammad, aku tidak pasti apakah orang yang berada di depanku ini adalah insan yang aku cari selama ini? Maria, akulah Muhammad. Insan yang pernah kau cintai dulu. Tidak Muhammad, kau tak layak untuk dicintai. Sia-sia aku curahkan air mata meratapimu sebelum ini. Maria. Jangan kau cakap begitu sayang! Aku masih lagi menyintaimu seperti dulu. Sudah Muhammad! Engkaulah seorang manusia yang memang membenci bangsamu sendiri. Kau malu dengan agamamu. Apa ertinya kau menyintai aku hah? Langsung tiada faedahnya. Suatu masa dahulu aku anggap kaulah segala-galanya dalam hidup ini tapi sekarang,

kau bagiku langsung tidak berharga. Aku sanjung kau. Aku julang kau. Kau lah yang paling agung dalam duniaku. Maria, jangan kau caci aku begini! Caci? Kau kata aku mencacimu? Kau tahu Muhammad, kalau aku dapat membunuhmu sekali pun aku masih belum puas. Kau tak ubah seperti pak turut dan aku pula bodoh kerana menganggap dirimu insan yang paling berharga. Segala-galanya telah selesai Muhammad. Selamat tinggal. Maria tunggu! Aku ingin cakapkan sesuatu. Aku tak terfikir kau kan memberitahuku perkara yang khusus tentang dirimu sebaliknya kau akan ceritakan benda-benda yang terdapat di negaraku. Aku tak ingin dengar semua itu kerana aku telah lama hidup berbudayakan sistem itu. Bagi kau sistem itulah yang paling agung namun, kepada siapa kau nak sandarkan tamadun yang kau agungkan itu kau punya pasal. Tapi kau harus ingat ianya bukan dari buah fikiranmu. Budaya ini telah pun lama bertapak di Eropah. Kau hanya mengumpulkannya sahaja kemudian perkenalkan kepada bangsa Turki. Sekarang kau berbangga dengan budaya itu dihadapan aku? Kau silap Maria! Diam kau Muhammad! Apa silap aku? Adakah aku tersilap terhadap fahaman sekular? Kau mengambil fahaman ini dari Eropah atau dari kefahaman demokrasi? Kalau kau nak tahu demokrasi pun berasal dari Eropah. Pakaian yang kau pakai juga dari Eropah. Kau telah tinggalkan nilai-nilai murni budayamu kerana ingin mengagungkan budaya kami. Kau tahu Muhammad, negara-negara yang kau perangi dulu untuk melepaskan ikatan daripada belenggunya hari ini ia datang bagaikan diundang untuk menelanjangi anak-anak gadis bangsamu atas nama pertandingan ratu cantik tapi kau tidak sedar. Kamu berlumba-lumba menyertainya. Sekarang tunjukkan aku mana dia pembaharuan yang kau bangga-banggakan itu. Sekarang yang ada semuanya dari Eroapah! Cuba kau buktikan. Kau sebenarnya telah menipu dirimu sendiri. Tak terdapat sedikit pun di negara ini aliran pemikiran yang kau maksudkan itu. Sebenarnya kau malu pada dirimu sendiri dan yang lebih menyedihkan kau sanggup meninggalkan Islam demi semua ini. Apa maksudmu. Adakah bererti kami telah menyerahkan negara kami kepada musuh sebagaimana yang pernah dilakukan oleh pemerintahan Uthmaniah? Siapakah musuh yang sebenarnya hah? Tidakkah mereka yang kamu bangga-banggakan itu sebenarnya musuh kamu. Kau ingat aku tak tahu semua ini kerana aku ini orang asing? Aku rasa orang-orang Turki tidak tahu berkenaan perjanjian Luzan. Dalam perjanjian itu telah

termeterai penyerahan tanah secara sah bahkan ada yang lebih mahal daripada tanah. Kamu bangsa-bangsa Turki telah pun menyerahkan maruah bangsamu tapi kau masih tidak sedar. Dia terpinga-pinga setelah mendengar penjelasan dariku. Apa yang kau cakapkan ini Maria. Bila dan dari mana kau tahu ini semua? Jangan kau buat aku pening Maria. Tidak Muhammad. Sebenarnya kau yang membuat aku pening. Kau bercakap seolah-olah kau seorang Islam yang tahu selok-belok agama sedangkan orang-orang Turki puntidak pernah mengkritik kami dan tidak mempertahan Islam sebagaimana kau mempertahankannya. Ini adalah satu penghormatan buatku. Sebenarnya sudah pun berbulan-bulan aku mempelajari agama Islam begitu juga dengan kalamullah. Aku juga mengetahui Islam! Jawabnya dengan penuh takbur. Jangan kau buat aku tergelak Muhammad. Tunggu sekejab aku akan bacakan beberapa potong ayat al Quran: Jika sekiranya pohon-pohon kayu yang berada di atas muka bumi ini dijadikan pen dan launtan yang ada digandakan tujuh kali ganda (sebagai dakwat) untuk menulis Kalimatullah (ilmu-ilmu Allah) nescaya Kalimatullah belum juga habis. Sesungguhnya Allah itu maha Perkasa lagi maha Bijaksana.
(Surah Luqman:27)

Cuba kau beritahu aku apa yang dimaksudkan dengan perkataan Kalimatullah itu. Dan apa yang kau tahu mengenai ciptaan-ciptaan Allah? Cuba kau dengar lagi firman Allah yang bermaksud: Allah saja yang layak menghukum. Tapi kau tidak pernah mempedulikan hukum-hakam ciptaan Allah. Dia segera menjawab. Tapi pemerintah Uthmaniah... Kita bukan bincangkan pemerintan Uthmaniah tapi al Quran itu Kalimatullah. Cuba kau perhatikan lagi fiman Allah ini: Allah tidak akan mencipta dan membangkitkan kamu semua kecuali sepert mencipta satu jiwa sahaja. Tapi sayangnya kamu seolah-olah tidak percaya dengan kebangkitan semula. Kau anggap ianya suatu perkara yang sia-sia.

Aku rasa tiada gunanya lagi aku bercakap dengannya. Tiap kali diutarakan persoalan dia seolah-olah menggelabah tidak tentu arah. Aku terus meninggalkannya dalam keadaan bingung. Hari itu juga aku kembali ke Istanbul. Ketika di rumah aku ceritakan kepada Suzi peristiwa di Izmir dari awal hingga akhir. Suzi agak terkejut mendengarnya. Kau telah menganut agama Islam Maria? Belum lagi tapi aku rasa aku akan memeluk agama Islam pada hari ini juga. Tak tahulah aku apa akan jadi pada emak dan ayahku. Mungkin mereka hampir gila bila mengetahui hal ini, terserahlah. Apa akan terjadi nanti, jadilah. Aku sekarang telah pun menemui agama yang benar. Bagaimana hubungan mu dengan Muhammad sekarang? Tak usah kau bertanyakan tentang Muhammad sekarang Suzi. Dia telah ku humban jauh-jauh dari hati ini. Memang pada mulanya dia telah menawan hatiku tapi sekarang tidak lagi. Hidup ini tak ubah bagaikan suatu permainan. Lihatlah bagaimana ia bermula dan bagaimana ia berakhir... Suzi terpegun mendengar kata-kataku. Kau seolah-olah penyair Maria. Sungguh indah tutur katamu. Aku memahami perasaanmu. Perkara ini bukannya mudah tapi aku begitu kagum dengan penderianmu yang tegas itu. Kau terlalu yakin pada diri sendiri Maria. Ya Suzi. Cintaku padanya berakhir setelah aku dapati dia begitu asyik mengagumi budaya barat. Aku mencintai seorang lelaki yang mempunyai keperibaian tersendiri. Begitulah berakhirnya epilog cintaku. Tapi mengapa sekarang aku terlalu mencintai Abdul Wahab. Aku tahu dia begitu menyintaiku. Mungkinkah aku akan mengahwini dia. Aku tidak tahu mengapa aku masih mengambil berat tentang dia? Saat itu aku benar-benar merindui Abdul Wahab. Ingin aku utusinya tapi, aku mesti belajar kalimah tauhid daripada jiranku dulu. Seorang muslimah mestilah mengetahui Kalimah tauhid. Lailaha illallah bermaksud: Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, bermakna selain daripada Allah tidak layak mencipta hukum. Asyhadu an la ilaha illa llah. Wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah. Alangkah indahnya kalimah itu. Mula-mula sekali orang Islam mesti meyakini bahawa yang menggubal hukum hanyalah Allah, bukannya tuhan. Sesetengah agama menganggap nabi mereka tuhan dan bukan manusia biasa tetapi nabi bagi agama Islam adalah hamba Allah dan rasulNya (pesuruh).

Jiranku gembira sekali kerana aku telah memeluk agama Islam. Dia memlukku sambil menangis. Selamat datang ke dalam agama kami anakku. Allah akn membalas syurga untukmu, aamiin. Aku cuba bertanya mengenai perkataan amin. Dalam agama Kristian kalimah ini juga ada makcik. Ya benar. Dalam agama Kristian 10-15% hukumnya ada persamaan dengan agama Islam. Ada pun yang selebihnya bukan dari Allah. Paderi-paderi yang menokok tambah. Dalam mana-mana agama atau fahaman tertentu terdapat titik persamaan dengan agama Islam hatta fahaman Ateis. Tapi walaupun ada persamaan tidak boleh dikiaskan dengan agama Islam kerana agama Islam datangnya dari Allah. Walaupun seseorang cuba memasukkan benda-bendakhurafat ke dalamnya dia tidak akan mampu kerana asas agama Islam iaitu al Quran tidak mungkin risak dan diganggu gugat. Hari itu aku gembira sekali. Akan ku utusi Abdul Wahab. Aku mula menulis. Abdul Wahab, Assalammualaikum warahmatullahi wa barakatuh. Aku terlalu gembira sekarang, nak tahu kenapa? Kau pasti akan terkejut nanti. Inilah khabar yang kau tunggu-tunggukan selama ini. Tunggu ya. Aku sekarang sudah pun I. S .L. A. M. Aku yakin tentu sekali kau gembira sekarang bila mendengar berita ini. Abdul Wahab, di samping berita ini ada berita lain yang ingin aku beritahumu. Aku telah membuang Muhammad dari kamus hidupku. Ini kerana keperibadian seperti kau yang aku cari selama ini sudah tidak wujud lagi padanya. Kau tahu apa yang berlaku selepas itu? Abdul Wahab, rinduku padamu mula membuah ranum. Mungkin kerana di antara kita kemesraan telah lama terjalin. Pelbagai pengalaman dan peristiwa telah aku lalui di sini dan yang paling menyedihkan sahabat karibku, Fikriah telah membunuh diri akibat gagal dalam percintaan, kerana kekasihnya Ataturk telah mengahwini gadis lain dan meninggalkannya begitu sahaja. Jika diizinkan Allah kita akan bersua tak lama lagi. Aku akan kembali kepangkuan keluargaku walaupun ayahku melarang. Sampai sekarang aku tidak pernah melaksanakan tugasku sebagai seorang wartawan. Kau tahu Abdul Wahab, orang-orang yang terpengaruh dangan fahaman Ateis sedang bermaharajalela di sini sekarang. Kegiatan mereka seperti biasa iaitu menipu masyarakat Turki. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Kalaulah gejala ini berleluasa dan berpanjangan bererti aku terpaksa menghadapi pelbagai kerenah. Tapi tak usahlah kau binbang. Aku berjanji akan hidup sebagai seorang wanita muslimah. Memang untuk memeluk Islam satu perkara yang mudah tapi untuk kekal di dalamnya memerlukan kecekalan hati dan keimanan yang teguh.

Sampai sekarang aku menganggapmu sebagai guru dan pembimbingku. Jadi apakah yang perlu aku lakukan sekarang bagi menghadapi kemelut hidup sebagai seorang muslimah... Aku meluangkan masa beberapa jam untuk menulis surat itu dan kemudian menghantarnya melalui pos. Selang beberapa hari aku menerima surat daripada Abdul Wahab. Sebulan selepas itu aku dikejutkan dengan kedatangan Father Marshall. Waktu itu aku baru saja pulang dari pasar. Aku tertanya-tanya adakah dia tinggal di sini sekarang. Setelah aku melihatnya, dia berdiri sambil menghadiahkan sekuntuk senyuman. Selamat datang Father... Dia menjawab dengan penuh selamba yang penuh tanda tanya. Awak tahu Maria, saya sekarang sudah pun memluk Islam dan saya juga tahu awak pun sudah menjadi seorang muslimah sekarang. Elok rasanya kita sama-sama berbual berdasarkan asas ini. Aku memerhatikannya dengan penuh kehairanan. Dari mana tuan tahu alamat saya? Oh, Abdul Wahab yang memberitahu saya. Aku bertambah hairan apakah tujuan di sebalik ziarahnya ini. Boleh saya tahu apakah tujuan tuan datang berjumpa saya di sini? Tanpa berlengah dia terus masuk ke tajuk penting tujuan dia datang berjumpa aku. Begini, sebenarnya saya datang untuk melamar awak bagi pihak Abdul Wahab. Sebelum ini saya telah pun berjumpa ayah awak, tapi seorang gadis yang asalnya seorang ahli kitab apabila memeluk Islam kita boleh melamarnya terus. Saya meminta izin daripada ayah awak semata-mata untuk mengambil hati saja. Katanya dia tidak mahu masuk campur dalam perkara ini dan mak awak pula tidak akan menghiraukan awak jika awak berkahwin dengan orang Islam. Ayah awak ada menyebut yang dia berpuas hati dengan keperibadian Abdul Wahab. Sekarang saya mahu dengar keputusan awak dalam hal ini. Ya, inilah saat yang dinanti-nantikan. Aku gembira sekali. Ya, sudah tentu saya terima... Bagaimana keadaan Abdul Wahab sekarang? Oh, katanya dia asyik memikirkan awak setiap masa. Awak telah mencuri hatinya. Dia cuba atasi tapi apa boleh buat. Dia tidak mampu mengawal hatinya daripada mengingati awak. Ya, saya tahu daripada tingkah lakunya sebelum ini, terutama sewaktu memandang saya. Pernah dia memberitahu saya yang dia tidak mahu lagi melihat saya, pun begitu saya tahu dia menyintai saya. Yang peliknay saya juga menyintainya waktu itu. Tuan percaya kalau saya katakan yang dia belum pernah luput daripada ingatan saya? Jadi apa yang awak rasa perlu buat sekarang?

Aku mengeluh panjang tidak tahu apa yang patut dibuat sekarang. Segala-galanya bertukar dengan begitu pantas sekali. Aku tidak tahu apa yang sedang aku fikirkan sekarang. Walau bagaimanapun aku merasa bangga dan bahagia kerana aku sudah menjadi seorang muslimah. Oh ya, saya ingin bacakan sebuah syair yang digubah oleh seorang penyair muslim yang terkenal. Najib Fadhil. Saya akan bacakannya dalm bahasa Turki dan kemudian saya akan terjemahkan ke dalam bahasa Jerman: Suara deringan loceng Suara deringan loceng menghembusi lilin di kamarku Mataku melihat suara deringan loceng Membulat bagaikan bulatan Melewati sekilas di hadapanku Menggugurkan bunga-bunga api Lautan yang tertibus di dasar tanah mula terbuka Kilauan kilat dan guruh silih berganti, gelap dan terang Air yang sentiasa tenang di tangki-tangki mula berkocak Loceng dipukul lagi Bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan Bergerak dan bergerak tanpa berhenti Air, logam dan semua isi alam mula bergegar Gegaran loceng tampak menakutkan Kelihatan paderi-paderi berkeliaran Mencari tampat persembunyian Langkah demi lanhkah kesemuanya hilang Tenggelam dalam kegelapan yang abadi.
(Najib Fadhil)

Sungguh indah ungkapan kata-katanya seolah-olah menjurus kepada saya. Tidak, bukan pada tuan seorang saja malah kita semua. Ya betul katamu itu Maria. Boleh awak beritahu saya bagaimana awak boleh tertarik dengan Islam dan terus memeluknya. Ya, tuan pun tahu sebelum ini Abdul Wahab telah terangkan kepada saya mengenai Islam secara keseluruhannya. Kalaulah dia berkesempatan menerangkan kebaikan dan keagungan Islam kepada semua, saya rasa semua orang akan berdutun-duyun memeluk Islam. Saya amat

bersyukur kepada tuhan kerana telah terlepas daripada mempertuhankan Nabi Isa dan belenggu fahaman Ateis. Apa yang saya fikirkan sekarang saya ingin mempelajari bahasa Arab di Mesir. Tapi saya tidak pasti adakah saya akan mampu. Berserahlah kepada Allah, apa nak jadi-jadilah, yang penting awak akan jadi permaisuri Abdul Wahab. Sebaiknya saya segera menulis surat kepadanya. Sebenarnya Abdul Wahab yakin yang awak tidak akan tolak lamarannya, pun begitu sebelum ini dia kerap berjumpa ayah awak. Sememangnya pemuda yang pintar mesti menawan hati bapa si gadis pujaannya. Sekarangn ini saya lihat ayah awak seolah-olah beriman dengan ajaran Islam. Tak tahulah, mungkin untuk mengetahui rahsia-rahsia tertentu... Waktu itu aku rasakan jantungku berhenti berdegup. Akulah orang yang paling bahagia di kala itu. Apa tidaknya, aku sekarang sudah menjadi tunang Abdul Wahab. Beberapa hari selepas itu wakil Abdul Wahab pun kembali ke Jerman. Tapi iaku akan tinggal di Turki buat beberapa hari lagi kerana belum puas bersiar-siar di bandar Istanbul. Aku mula melawat dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tempat yang mula aku tuju ialh masjidmasjid. Aku tidak melepaskan peluang mengajak Suzi memeluk Islam tapi dia tidak peduli. Untuk melepaskan rasa sedih aku bertandang ke rumah jiranku. Makcik tua itulah yang banyak membimbing ku sebelum ini. Hari demi hari aku semakin benci melihat Istanbul kerana masyarakat Turki semakin hari semakin parah. Terlalu terpengaruh dan terlalu mengagungkan kebudayaan barat dan meninggalkan kehidupan yang kolot. Aku semakin tidak sabar lagi kerana aku terlalu cemburu tehadap agamaku. Sekurang-kurangnya aku akan sedarkan sepuluh hingga lima belas orang Turki daripada khayalan mereka. Sebelum itu aku memberitahu jiranku tapi dengan lembut dia menahan hasratku itu. Sabar dulu nak. Kau jangan gopoh dalam perkara ini. Tunggulah setelah kau memahami selok belok agama Islam secara mendalam. Bukan apa, makcik bimbang kau akan menjadi waswas dan berjauhan dengan Islam jika ditanya oleh mereka perkara-perkara yang bercorak logik akal? Aku membalas kata-katanya tadi dengan sopan. Makcik, tidakkah Islam itu satu agama yang tidak bercanggah dengan logik akal? Ya benar, tapi ianya bukan berasal dari logik akal manusia. Saya tak faham, apa maksud makcik? Begini nak. Islam itu adalah wahyu daripada Allah.bukannya senang untuk menyebarkannya kepada manusia kecuali setelah kita betul-betul memahaminya. Tidak semestinya setiap perkara dapat diselesaikan permasalahannya dengan menggunak logik akal.

Kalau kau nak tahu sudah berapa ramai yang ingin mempelajari selok belok Islam tanpa bersusah payah. Akhirnya apabila mereka berhadapan dengan perkarperkara yang agak sirius mereka mula menyimpang daripada akidah Islam yang sebenar.pepatah ada menyebut: Mereka hanya duduk rehat di bawah rimbunan, dalam hati inginkan syurga Allah. Tapi yang sebenarnya kita mesti faham bahawa untuk mendapatkan syurga Allah kita hendaklah bersusah payah mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Tapi makcik yakin kau bukan tergolong dalam golongan pak turut Maria. Aku merasa lega mendengar nasihat yang diberikan. Baiklah makcik, sekarang ini apa yang patut saya lakukan sebagai langkah pertama? Kau hendaklah tidur awal untuk bangun awal. Setiap hari kau hendaklah mempelajari masalah hukum fekah, buku-buku cerita berbentuk sejarah (sejarah Islam), belajar mengaji al Quran beberapa ayat pada tiap-tiap hari dan hendaklah bercakap mengenai Islam dalam perkaraperkara yang kau tahu saja. Apa maknanya kalimah fekah itu makcik? Fekah itu satu cabang ilmu yang mengandungi cara-cara beribadat, menerangkan halal haram dan lain-lain lagi. Perkataan sunnah pula apa ertinya? Semua perkara yang diambil daripada Rasulullah samada perbuatannya, percakapanya, suruhannya, larangan atau sesuatu yang nabi tidak menegah atau menyuruh serta nasihat daripadanya. Tapi semua ini memerlukan waktu yang lama untuk kau mempelajarinya satu persatu. Selepas mendengar penjelasan daripadanya aku meminta izin untuk keluar berjumpa masyarakat Turki. Betul cakap makcik tu. Baiklah sekarang saya akan keluar bersiar-siar di sekitar bandar Istanbul. Saya berjanji akan bercakap sekitar apa yang saya tahu saja. Kalau makcik tidak keberatan saya mahu ajak makcik menemani saya boleh atau tidak? Jiranku itu memang peramah dan tidak cerewet orangnya, bila diajak terus saja bersetuju. Destinasi pertama yang kami tuju ialah Masjid Sultan Ahmad. Masjid tersebut sudah lama tidak digunakan untuk sembahyang. Jiranku memberitahu, pemerintah Turki yang menutupnya dan melarang orang ramai mendirikan sembahyang di situ. Kenapa begitu makcik? Jiranku seolah-olah mengeluh mungkin kerana pilu mengenangkan nasib rumah Allah itu.

Sebabnya memang sudah maklum, tapi suatu masa nanti makcik yakin rumah Allah itu akan dibuka semula kerana pemerintah yang zalim tidak akan kekal lama. Sasterawan Turki, Mohammad Akil pernah menulis sebuah sajak dalam bukunya Safahat. Sajak tersebut ditujukan khas kepada golongan yang ingin bebas daripada ikatan agama Islam beralasan ingin bebas daripada cengkaman Perancis dan Inggeris. Pernah suatu masa Aku mengunjungi pasar Istanbul kedengaran teriakan Bagaikan orang yang tersiksa Begitulah gambaran kemerdekaan Logik yang mereka dokong mengundang kemarahanku Peristiwa di pekan hari itu tetap meninggalkan Kesan yang amat payah untuk dibuang Seolah-olah semua yang tertambat terlepas dari tambatan mereka tidak ubah bagaikan Pesakit yang keluar dari Hospital sakit jiwa Di belakang mereka teriring penduduk bandar yang meniup trompet Dalam keadaan tempik sorak Mereka berarak sambil mengangkatan sepanduk yang mengeji Memang kebanyak mereka masih berakal Sayangnya kelakuan mereka seperti orang gila Ya... Mereka semua telah pun gila
(Mohammad Akil)

Setelah selesai membaca sajak jiranku mengajak aku ke tempat orang menjual surat khabar. Sewaktu kami menghampiri, lelaki yang menjual surat khabar tersebut berteriak memanggil pelanggan. Sila baca tuan puan semua! Satu kejayaan bagi gadis jelita Turki! Aku menghampiri dan bertanyakan sesuatu. Gadis jelita tersebut berjaya dalam bidang apa saudara? Lelaki itu memberitahuku:

Gadis tersebut menang tempat pertama. Nah, ambil surat khabar ini dan cik boleh baca sendiri. Aku memandang mukanya untuk memberitahu sesuatu. Encik, boleh tak saya tanyakan sesuatu? Tidakkah encik terasa malu seorang gadis sebangsa dengan encik sanggup bertelanjang di khalayak ramai? Kalau encik nak tahu, perkara seperti ini telah pun berlaku di sebuah negara Kristian buat julung kalinya tapi dapat tentangan. Tak bolehkah encik bertindak seperti mereka dalam hal ini? Lelaki tersebut menjawab dengan ringkas. Awak kena faham, awak tu Kristian dan kami ini orang Islam. Aku menjawab dengan nada geram. Agaknya orang Islam seperti encik dan orang Kristian berbangga kerana anak gadis mereka berbogel di hadapan khalayak ramai! Kami meninggalkan lelaki yang menjual surat khabar dalam kebingungan tanpa menunggu jawapan daripadanya. Seterusnya kami mengunjungi kedai arak yang terletak di tengah-tengah bandar Istanbul. Sewaktu sampai pelayan kedai terbut menyambut kami dengan ramah sekali. Silakan puan. Tanpa membuang masa aku menghampiri pengurus kedai tersebut. Encik, boleh saya tanyakan sesuatu? Tahukah encik sebenarnya arak membahayakan kesihatan? Dengan nada selamba dia menjawab. Ya saya tahu. Aku terus menyoal. Encik tahu atau tidak, seseorang yang mabuk akan menyiksa anak isteri mereka. Disebabkan arak jugalah beribu-ribu rumahtangga hancur berkecai dan lagi encik tahu atau tidak agama Islam mengharamkan arak? Lelaki tersebut terus menjawab. Ya, sudah tentu semuanya saya tahu. Kalau begitu kenapa encik masih menjualnya. Tanyaku. Dia terus menjawab. Sebenarnya cik, negara kami sekarang sudah jadi sebuah negara bebasa dan demokrasi, semua perkara boleh dibuat. Arak yang saya jual ini pun kerajaan yang membina kilangkilangnya. Aku semakin hilang sabar.

Oh, kalau begitu jika kerajaan yang memerintah tidak berperikemanusiaan dan tidak hiraukan hukum-hakam agama, encik pun mesti seperti mereka jugalah? Demi Allah! Tak tahulah saya dengan muka mana orang-orang seperti encik ini akan menghadap Nabi Muhammad kelak. Kami terus meninggalkannya dalam keadaan terpinga-pinga tanpa menunggu sebarang jawapan. Sewaktu kami melewati bandar Baizid kami terserempak dengan dua orang perempuan yang memakai topi dan berpakaian ala perempuan barat. Aku tanpa berlengah terus menghampiri mereka. Puan, boleh tak saya bercakap dengan puan berdua sekejap? Sambil senyum mereka menjawab. Oh ya! Sudah tentu. Puan berdua ini agama apa? Mereka agak tersentak. Kami berdua beragama Islam. Aku cuba menarik perhatian mereka. Betulakah ni? Yakinkah puan berdua beragama Islam? Mereka agak terkejut bercampur hairan seraya meyakinkan aku. Aku terus menyoal lagi. Kalau begitu, mengapa puan berdua meniru cara perempuan Ateis Barat berpakaian? Sebenarnya saya rasa hairanlah. Mereka berdua terpegun dengan kepetahanku berbahasa Turki. Cik ini orang asing tapi bercakap begitu petah seperti orang Turki. Aku menjawab selamba. Ya, ayah saya yang mengajarnya sebab dia ingin jadikan model wanita Ateis di sini. Mereka terkejut sekali lalu menjawab. Cik, tapi kami tidak akan sekali-kali menjadi orang Ateis. Mereka nampak tersinggung. Oh, kalau begitu kamu berdua masih lagi berpegang dengan mana-mana agama ya? Mereka semakin bingung dengan pertanyaanku. Setiap kali ditanya mereka teragak-agak menjawabnya. Jawapan mereka bagi pertanyaan terakhirku amat melucukan. Hairan, seolah-olah mereka berdua tidak tahu bahawa agama Islam dalam keadaan yang membimbangkan dan mereka tidak sedikit pun mempedulikannya. Hal seperti ini amat menyedihkan aku. Hari itu siapa sahaja yang aku temui terus aku ajukan pertanyaan. Adakah anda semua beragama Islam? semuanya menjawab Ya!

Aku hairan melihat satu bangsa seperti ini. Semua perkara yang berkaitan dengan agama telah hilang daripada mereka menyebabkan mereka terlempar jauh daripada agama Islam tapi mereka masih menganggap diri mereka sebagai seorang Islam. Dari medan Baizid kami sebuah kedai buku yang menjual buku-buku lama. Sewaktu memasuki kedai tersebut kami terkejut kerana dalam kedai tersebut tertulis Bismillahirrahmaanirrahim sedangkan penjaga kedai tersebut seorang Yahudi. Kebanyakan buku yang dijual telah aku kenal pasti seperti buku yang berjudul. Agama telah pun kami bunuh.. Aku hairan kenapa sampai begitu sekali. Orang-orang Islam di sini tidak pernah terpandangkah ini semua? Waktu itu aku teringat kata-kata ayah. Kalau kita katakan kepada orang-orang Islam bahawa agama mereka itu keji mereka semakin kuat berpengang dengannya. Jadi cara yang terbaik untuk menjauhkan mereka daripada agama mereka ialah dengan mempengaruhi minda mereka sehingga mereka merasa malu terhadap ajaran agama mereka sendiri. Aku semakin sayu mengenangkan nasib umat Islam. Patutkah kita melakukan terhadap mereka sedemikian ayah? Patutkah kita memerangi agama Allah? Tidakkah ayah terfikir bahawa tuhan terlalu mampu menjahanamkan ayah? Oh... Sesiapa saja yang aku temui hari itu tidak aku lepaskan begitu sahaja. Aku memberitahu mereka bahawa budaya kuning (Barat) bertapak di negara mereka sekaligus akan mencemarkan maruah mereka. Di antara mereka ada yang mengejek dan memandang remeh nasihatku. Hoi tengok ni! Rupanya orang asing ini datang untuk memberi nasihat kepada kita semua ya! Yang lebih memilukan ada yang naik radang bila mendengar nasihatku. Tapi yang faham menyebelahiku. Kenapa perlu marah, kalaulah itu sebenarnya keadaan bangsa kita sekarang. Cuba kamu semua baca akhbar ini: (Perkahwinan mengikut mana-mana syariat agama hendaklah dimansuhkan sebagaimana di Rusia.) Kamu tahu tak, Ataturk sendiri enggan berkahwin dengan gadis idamannya kerana gadis tersebut mahu berkahwin mengikut syarak (ajaran agama). Tengoklah, pemuda harapan bangsa sepertinya pun turut terpengaruh. Kata-kata pemuda itu tadi mengingatkan aku berkenaan Ataturk. Aku pernah berjumpa dengan Ataturk dalam satu majlis tari menari. Dia melayanku dengan penuh sopan sekali menyebabkan aku jadi terpegun. Dalam majlis itu terdapat beberapa buah patung Ataturk. Aku hairan kerana mereka mengukir patung Ataturk seolah-olah tingginya mencecah dua meter

sedangkan Ataturk jauh lebih rendah daripada aku. Celaka betul pengukir-pengukir yang mengukir patung tersebut. Dari perbualan kami Ataturk tidaklah begitu arif berkenaan tamadun Barat kalau dibandingkan dengan aku. Inilah yang mengundang simpatiku terhadap bangsa ini. Oh tuhan, kalaulah aku mampu menyelamatkan mereka semua. Wahai umat Islam jangan kamu terus tertipu dengan mereka. Mereka semua ingin menghancurkan kamu dengan cara mempelajari pelbagai bahasa agar dapat bergaul dengan kamu. Sedarlah dan jangan lagi tertipu! Hari sudah hampir senja. Aku pulang ke rumah. Setelah sampai jiranku meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Sebelum meninggalkan aku dia sempat berpesan. Cara dia bercakap amat hati-hati sekali. Maria, kalau makcik beritahu kau sesuatu kau marah tak? Aku menjawab. Tidak. Makcik lihat cara kau berfikir amat baik tapi sebaiknya kau harus pandai. Untuk mengembalikan umat Islam yang sedang hanyut ini kepada ajaran Islam memerlukan kesabaran. Sewaktu kau mengajak mereka kau hendaklah bercakap dengan muka yang manis dan dengan cara yang sopan. Tapi makcik lihat kau seolah-olah menyerang mereka. Kau mesti pandai mengikut rentak mereka sebagaimana yang diajarkan oleh Allah. Kata-kata jiranku itu ada benarnya, tapi... Ya, benar kata makcik itu, tapi saya tak mampu mengawal perasaan. Kalaulah makcik tahu apa yang saya tahu berkenaan perancangan jahat mereka dan kalaulah makcik pernah dengar dan lihat sebagaimana yang pernah saya alami. Perancangan jahat mereka telah lama dilancarkan dan diguna pakai. Ohh.... Ya Maria, makcik faham perasaan kau. Sebelum ini makcik pernah lihat ayah makcik mati di tali gantung. Tapi, agama Islam tidak akan mati. Mereka tidak akan mamapu membunuh Islam di tali gantung.

****************

Suzi Malam itu Suzi naik berang setelah nengetahui keadaanku sekarang. Sedikit pun dia
tidak menyangka aku akan meninggalkan agamaku dan memeluk Islam. Aku tak sangka kau sebodoh itu Maria. Kau tahu telah bertahun lamanya kita berjuang bagi menjayakan rancangan kita. Sepatutnya sekaranglah masanya untuk kita berpesta demi kemenangan ini tapi kau... Aku memotong cakapnya. Cuba kau beritahu aku Suzi apa yang telah kau buat selama ini? Suzi mengeluh. Maria dengar sini. Beritahu aku apa yang kau inginkan sebenarnya selama ini hah? Bertahun-tahun lamanya kita bekerja keras sehinggkan kita berjaya menukar cara hidup satu bangsa yang begitu kuat pegangannya kepada cara hidup kita masyarakat Eropah. Tengok, sekarang orang-orang lelaki dan perempuan Turki telah pun meniru cara kita berpakaian. Di pejabat-pejabat pula para petugas wanita dilarang daripada menutup aurat bahkan melebihi wanita-wanita Eropah. Ini satu kejayaan besar. Di Eropah rahib-rahib dibenarkan bekerja tanpa diarah membuka tudung kepala. Tapi masyarakat Turki memang bodoh. Tradisi menutup kepala (aurat) seolah-olah satu perkara yang paling berat. Bukan itu saja Maria, bahkan kita juga telah pun berjaya campur tangan dalam hal ehwal ekonomi mereka. Jadi apa lagi yang kau mahu lebih daripada itu Maria, atau kau sebenarnya inginkan bala dari tuhan? Suzi menyambung lagi leterannya. Aku biarkan dia melepaskan perasaan marah yang membara di dada. Malah ada yng lebih besar dari itu Maria. Kejayaan kita mempengaruhi mereka bagi membuka kilang-kilang arak, pusat-pusat perjudian dan rumah-rumah urut merupakan satu kejayaan besar bagi kita. Satu perkara lagi perkahwinan mengikut cara Islam tidak dibenarkan lagi di sini. Sekali-sekala aku cuba membalas serangannya yang bertubi-tubi. Tapi mempunyai teman wanita di kalangan remaja sampai lebih sepuluh orang pun tak apa kan? Suzi bertambah berang. Huh, kau ni memang bodoh Maria! Tengok teater-teater dan sinima-sinima (Cinema) itu, semuanya menayangkan keseniaan dan kebudayaan kita. Bukankah itu satu kemenangan? Dalam bidang teknologi pula kita yang

terkehadapan. Semangat mereka ingin maju dalam bidang itu telah pun pudar. Bila saja sebut teknologi barat mereka terus mengaguminya. Suzi diam seketika kemudian menyambungnya. Aku sudah tidak tahan lagi dengan perangai kau ini Maria. Sanggup kau berteriak di jalan-jalan raya menyeru masyarakat Turki kembali kepada Islam. Perbuatan kau ini tak ubah seperti orang gila. Bukan setakat itu sahaja, malah sanggup kau datang memujuk aku untuk masuk Islam. Kelmarin kau masuk Islam, bukan main lagi. Kau seolah-olah berbangga di hadapan kami semua. Macamlah kau tu alim sangat selok-belok agama Islam. Sudahlah Mria, aku meluat melihat kau sekarang! Aku sudah tidak tahan lagi mendengar penghinaan daripadanya. Bukan ke atas diriku tapi Islamku. Saudara-saudara baruku. Kau dengar elok-elok Suzi. Aku tidak ingain bercakap mengenai Islam tapi mengenai kezaliman barat. Aku hanya beritahu mereka kitalah satu bangsa yang menceroboh hak-hak mereka, kau faham tak? Cuba kau beritahu aku kenapa Ben Ruby datang ke sini. Adakah kerana semata-mata untuk menghakimi pertandingan ratu cantik? Sebenarnya kedatangannya disebabkan gadis-gadis Turki sudah sedia untuk bertelanjang. Kau ingat tanpa itu semua Ben Ruby akan datang ke sini? Kemodenan apa namanya ini hah? Adakah dikira berperikemanusiaan sewaktu kita pengaruhi mereka sehingga mereka sanggup meninggalkan ajaran Islam? Sudah berkurunkurun lamanya penganut agama Kristian bermastautin di sini tapi mereka tidak pernah memisahkan orang-orang Kristian daripada agama mereka. Suzi agak melenting. Tidak Maria. Mereka telah cuba sedaya upaya mengIslamnak penganut-penganut agama Kristian. Ya aku setuju Suzi. Tapi mereka tidak pernah mempengaruhi gadis-gadis Kristian supaya berbogel sebagaimana orang-orang Kristian lakukan ke atas mereka. Mereka orang Islam tidak merancang melenyapkan kewujudan orang-orang Kristian. Kalau ada pun dakwah mereka merupakan perkara biasa, tanpa paksaan dan amat rasional sekali kerana mereka inginkan semua orang menganut agama yang sebenar dari Allah. Tapi berbeza sekali dengan tamadun barat yang ingin menjadikan semua orang berfahaman Ateis dengan apa cara sekali pun seperti menunjukkan sikap setia kawan sedangkan dalam hati penuh hasad dan permusuhan dan lagi mereka tidak sekali-kali menzahirkan objektif mereka. Apa pun orang-orang Islam bila mereka ingin memerangi satu-satu gejala mereka bertindak secara zahir dan tujuan mereka terserlah. Sudah, sudah Maria! Aku tidak sanggup lagi mendengar kau membela nasib-nasib orang Islam. Kau sebenarnya bodoh nampak saja cerdik.

Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Aku segera ke arah pintu. Mungkin jiranku yang datang. Setelah aku menguakkan pintu, terkejut besar aku. Rupa-rupanya Muhammad yang datang. Kepalaku mulai rasa pening setelah melihat wajahnya. Ada apa kau datang berjumpa aku Muhammad? Aku datang untuk berunding Maria. Runding apa lagi hah? Suaraku agak meninggi sedikit. Ya, mengenai kita berdua. Kita berdia? Dengar sini baik-baik Muhammad. Tak ada lagi istilah kita berdua di antara kita sekarang. Memang ramai orang yang memperkatakannya tapi kalimah ini sedikit pun tidak ada nilainya, tapi setelah kita masing-masing memilih haluan barulah terserlah nilai diri masing-masing. Dia kelihatan mengeluh. Maria, sebenarnya aku begitu kecewa sekali dengan tindakanmu memilih Islam tapi walau bagaimana sekali pun aku masih sudi menagmbilmu sebagai isteriku. Aku mula melenting setelah mendengar penjelasannya itu. Ohh! Perempuan mana agaknya yang sudi menjadi isterimu itu hah? Ya, sebelum ini pun aku rasa dia tidak akan rasa senang dengan tindakanku memeluk Islam, maka dia cuba mengahwiniku dengan harapan aku menjadi lemah serta hilang rasa cemburu terhadap agama Islam. Aku tahu orang-oarng yang seperti dia tidak akan sanggup langsung melihat gadis Kristian memeluk Islam sebaliknya mereka merasa paling gembira bila melihat ribuan orang-orang Islam menganut fahaman Ateis. Semuanya aku tahu tapi aku purapura buat bodoh dengan bertanya. Aku hairanlah, kebiasaannya orang macam kau ini tidak akan sekali-kali mengahwini orang yang kuat beragama. Tapi kau lain Maria, percayalah! Hai, betulkah kau yang bercakap sekarang ini hah? Dulu kau enggan mengahwiniku kerana aku seorang Kristian. Sekarang bila aku memluk Islam nampaknya kau beriya-iya benar. Sudahlah Muhammad aku tidak akan tertipu dengan janji-janji manismu. Aku lihat kau seolaholah menonjolkan suatu keperibadian yang tidak ada tolok bandingnya di hadapan ku sekarang. Sudahlah! Hentikan sikap hepokrit kau tu. Kau ingat dengan cara kau meminta agar menjadi isterimu merupakan suatu penghormatan bagiku? Hei! Dengar sini baik-baik. Aku tidak akan menerimammu sebagai suamiku lagi pun sekarang ini aku telah jadi tunang orang. Dia tersentak. Tidak! Kau berbohong. Tak mungkin sama sekali.

Inilah hakikatnya. Kalau kau mahu aku berani bersumpah. Dia terdiam seketika kemudian menyambung. Adakah dia juga seorang yang kuat beragama? Ya, bahkan lebih kuat daripada aku. Aku yakin kau pernah mengenalinya. Siapa dia Maria? Setahu aku, aku tidak pernah berkenalan dengan orang yang seperti kau cakapkan itu. Orangnya Abdul Wahab... Tidak! Tidak mungkin! Dia kan sudah bertunang? Ya, memang benar tapi tunangnya sudah meninggal dunia. Dia macam tidak percaya. Bagaimana semua ini boleh berlaku Maria? Bagaimana dia boleh mendampingimu? Aku beritahunya dengan selamba. Ya, aku pernah mengutusinya dan memberitahu darah yang mengalir dalam tubuhku hanyalah kerana cintanya. Hubungan kami erat sekali. Jadi sebelum ini semuanya palsu bukan? Tidak sama sekali Muhammad! Ya, kalau boleh tiada gunanya kita membelek semula warkah usang itu lagi. Tak ada faedahnya langsung. Setelah sekian lama aku bertemankan air mata meniti hari-hari yang berlalu aku yakin akanku temui seorang insan jujur yang sudi mendampingiku. Dia mengeluh panjang. Bangsat! Langsung tidak berperikemanusiaan! Sanggup kau merampas gadis yang aku cintai! Hai, apa yang encik cakapkan ni? Engkau ingatkau telah berjaya menawan hatiku? Dengar sini Muhammad. Mereka yang kau banggakan selama ini dan kau dokong itu sebenarnya suka memperalatkan perempuan-perempuan yang sudah berkahwin bagi menjayakan rancangan mereka dan kau, pernahkah kau menganggap perbuatan mereka itu perbuatan yang paling teruk? Aku menyambung lagi. Lagi pun di antara kita berdua tidak pernah wujud mana-mana ikatan. Aku rasa lebih baik kau beredar sahaja dari sini Muhammad. Tapi perbuatan kau ini Maria langsung tidak berhati perut. Sudahlah Muhammad. Tak usahlah kau mengajar aku semua itu. Erti kemanusiaan amat jauh berbeza di antara kita. Dia menghampiri dan terus merayu.

Jangan begitu Maria. Sekiranya aku bersalah aku minta maaf. Maafkan aku, aku merayu... Memang memohon maaf di atas setiap kesilapan suatu perkara yang mulia tapi kau tahu, aku bukan lagi untukmu. Hatiku telah punku berikan kepada orang lain. Aku tak sanggup melukainya. Lagi pun aku tak mungkin menjadi isterimu kerana kau berfahaman Ateis seperti mereka. Kau menentang perkahwinan yang mengikut syarak (agama). Tapi yang anehnya kau bebas bercinta. Setelah mana-mana gadis masuk perangkap kau yang lain pula akan kau cari, begitulah seterusnya. Tapi apa boleh buat undang-undang melindungimu. Berkahwin mengikut syarak dilarang keras tapi memiliki teman hidup sampai dua puluh orang pun dibenarkan. Muhammad, kau dan mereka sebenarnya hidup tanpa undang-undang. Kamu semua sentiasa menentang apa yang diharamkan oleh agama Islam dan mengiyakan mana-mana maksiat dan dosa. Maafkan aku. Aku tidak sanggup mendampingi orang yang terlempar jauh daripada jalan Allah. Ya sekarang biarkan aku dengan cara hidupku. Hubungan kita brmula dengan tenang dan damai, selayaknya kita akhirinya juga dengan cara damai. Selamat tinggal Muhammad. Aku harap kau akan kembalilah ke jalan Allah dan tinggalkan patung-patung yang kau sembah itu. Muhammad terus beredar dan lenyap dari pandanganku. Aku merasa aneh. Kenapa aku sedikit pun tidak rasa sedih atau rasa ingin menangis. Mengapa begitu mudah aku membuangnya dari kamus hidupku? Sebelum ini pernah berjanji aku tak akan menyintai orang lain selagi hayatku masih ada. Inilah yang dimaksudkan oleh pujangga: Manusia hanya mampu berbangga, menangi dan merasai keperitan. Hati adalah suatu alam yang kabur. Kembali melagukan deruan air. Jiwa-jiwa sentiasa berubah mengikut rentak kemelut kehidupan. Hari ini lahir rasa cinta. Suatu hari kelak mungkin dendam kesumat... Sebaik sahaja Muhammad hilang dari pandangan, Suzi terus menyerangku dengan katkata kesat bagaikan orang yang hilang pertimbangan. Memang dia sudah tidak sanggup lagi melihat cara hidupku sekarang. Aku hanya diam mendengar bedilan yang bertubi-tubi. Pada mulanya aku tidak ingin bertegang leher tapi semakin dibiarkan semakin menjadi-jadi. Dari tadi lagi Suzi tidak mahu diam. Aku mula naik radang. Cukup Suzi, cukup! Jangan kau pertahankan lagi golongan pembunuh itu! Biarkan aku dengan cara hidupku. Siapa yang kau maksudkan dengan golongan pembunuh itu hah? Cakap tu biar elokelok sikit! Ya merekalah! Mereka yang kau dokong selama ini. Aku sendiri telah dengar dari mulut ayahku:

Kita akan pengaruhi orang-orang Islam sehingga mereka sanggup berbunuhan sesama sendiri. Cuba kau beritahu aku pernahkah orang-orang Islam lakukan perkara seperti ini terhadap orang-orang Kristian sehingga mereka sanggup membunuh sesama Kristian. Mereka lakukan ini semua terhadap orang-orang Islam untuk melariskan jualan senjata mereka. Cuba bayangkan, Amerika dan negara-negara barat yang lain tidak akan memberi peluang kepada negara-negara umat Islam mencipta senjata-senjata canggih. Mereka siang malam mencipta senjata. Cuba kau beritahu aku untuk siapakah semua senjata-senjata itu direka? Suzi hanya diam. Aku menyambung lagi. Sedarlah Suzi, sedarlah. Di tangan-tangan mereka sekarang terdapat pelbagai jenis senjata canggih yang mampu membunuh berjuta-juta manusia dalam beberpa minit sahaja bahkan menghancurkan dunia ini sekaligus. Untuk siapa bom-bom itu semua? Dan kenapa? Mereka semua amat berbangga sekali dengan kemajuan teknologi canggih dan dengan bom-bom yang direka khas untuk membunuh manusia. Cuba kau buka mata kau tu sikit Suzi! Tidak ada faedahnya langsung aku berikan dia nasihat. Sedikit pun dia tidak mengendahkannya. Dengan perasaan geram aku terus bangun dan beredar dari situ menuju rumah jiranku. Aku begitu berbangga dengannya. Dia seorang yang berfikiran terbuka dan penyayang. Susah untuk dicari, tidak ada tolok bandingnya. Tapi dia hanya seorang sahaja langsung tidak mencukupi. Untuk membawa risalah Allah ini memerlukan jutaan mereka yang ikhlas daripada golongan lelaki dan wanita. Sewaktu aku menekan loceng pintu rumahnyakedengaran suara orang mengaji al Quran berkumandang. Indah sungguh bunyinya. Begitu mulia kitab itu sehinggakan orang-orang yang tidak memahami maknanya pun turut terpesona. Begitu aneh sekali. Sebentar kamudian daun pintu terkuak. Sekujur tubuh dengan muka yang kelihatan bersedih terpacak di hadapanku lalu mempelawa aku masuk dengan penuh sopan santun. Aku terus masuk ke dalam. Apa erti ayat-ayat al Quran yang makcik bacakan sebentar tadi tu? Oh ayat itu. Kalau kau nak tahu mari kita sama-sama duduk di sana. Kami sama-sama duduk di atas sehelai sejadah. Dia mula menerangkan kepadaku erti ayat al Quran yang dibacakan tadi. Cuba kau dengan dengan teliti Surah al Maun. Allah swt. Berfirman: Pernahkah kau melihat orang-orang yang mendustakan agama? Iaitu mereka yang tidak menghiraukan hal ehwal anak-anak yatim dan tidak memberi makan fakir miskin (kebajikan). Celakalah bagi orang-orang yang menunaikan sembahyang sedangkan hati

mereka lalai daripada khusyuk dalam sembahyang. Mereka hanya ingin menunjuk-nunjuk (dengan bersembahyang) dan enggan daripada mengeluarkan zakat. Dalam surah tersebut Allah swt. Menceritakan golongan yang tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak yatim. Mereka yang tidak ingin menafkahkan sebahagian dari harta kekayaan mereka kepada fakir miskin. Golongan munafik yang menzahirkan Islam mereka sedangkan dalam hati penuh dengan hasad dengki terhadap agama itu dan mereka tidak mendirikan sembahyang dalam erti kata yang sebenarnya. Ya, amat menakjubkan. Tapi mereka yang enggan menolong orang-orang miskin pernahkah membaca dan memahami al Quran ini? Oh tidak. Mereka semua tidak pernah mengambil berat mengenai al Quran! Seterusnya makcik menceritakan perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan agama. Aku tidak pernah jemu mendengarnya. Tapi apakan daya, aku terpaksa kembali ke Jerman. Kalau lah di sana nanti aku temui orang yang seprti dia. Tapi tidak mengapa kerana aku akan berkahwin dengan Abdul Wahab. Aku akan belajar daripadanya. Abdul Wahab akan menjadi suami dan dlam masa yang sama dia adalah guruku. Oh... Akhirnya hari keberangkatanku pun tiba. Aku ke stesen keretapi yang terletak di sebuah bandar yang bernama Haider Pacha. Aku tidak tahu mengapa aku merasa sedih meninggalkan Istanbul. Jiranku dan Suzi serta beberapa orang kawan yang lainnya datang untuk mengucapkan selamat tinggal. Aku akan bertolak ke Ankara dan kemudiannya ke Jerman. Hai, inilah yang dinamakan dunia. Aku kembali dari Istanbul sebagai seorang sahabat sedangkan aku diutuskan ke sini sebagai musuh yang akan menghancurkan Istanbul. Suzi kelihatan sedih sekali. Aku rasa bukan kerana kami terpaksa berpisah tapi kerana akku telah memeluk Islam. Sangkaanku tidak meleset. Dia memberitahuku. Aku yakin Maria. Sesampainya kau di Jerman nanti kau akan meninggalkan Islam. Minta dijauhkan Allah Suzi! Aku akan sentiasa menjadi seorang muslimah yang sejati. Jiranku menyampuk. Ya, dia juga akan menutup rambut serta menukar namanya sekali. Apa yang dicakapkan kali ini lain daripada yang sebelumnya. Aku cuba bertanya. Tapi, saya kan masih muda lagi makcik. Adakah oranng yang masih muda juga dimestikan menutup rambutnya? Jiranku membalas. Ya nak. Wanita dalam Islam sama saja dalam masalah menutup aurat tidak kira tua atau pun muda. Tapi yang terlalu tua ada hukum yang mengharuskan untuk tidak menutup rambut serta aurat yang lain (jika tidak timbul fitnah).

Oh begitu, tapi kenapa wanita-wanita di Istanbul ramai yang mendedahkan aurat mereka tidak seperti makcik? Jiranku mengeluh. Kau tahu Maria, mereka telah mempengaruhi golongan muda-mudi bahawa budaya mendedahkan aurat adalah lambang kemodenan dan kemajuan. Sekarang ini pula kerajaan telah mengeluarkan lesen bagi rumah-rumah urut. Ramai gadis yang menjual kehormatan mereka dan yang menyedihkan, pemuda pemuda Islamlah yang menjadi pelanggan utama mana-mana gadis cantik. Mudah saja gadis-gadis Turki jadi pelacur. Lebih menyedihkan pemuda yang melanggan gadis tersebut masih lagi mengaku yang mereka beragama Islam. Jadi adakah budaya bertudung rambut masih lagi bertempat di hati satu bangsa yang telah rosak akidahnya sebegini rupa Maria? Makcik, boleh saya tahu mengapa makcik tidak pernah menyuruh saya memakai tudung sebelum ini? Sebenarnya begini Maria. Makcik rasa ianya akan membebankan kau kerana budaya menutup aurat suatu perkara yang amat bagi gadis yang terpengaruh dengan persekitaran mereka. Aku menjawab pantas. Pedulikan mereka. Berat atau ringan tidak timbul. Jika Allah menyuruh kita menutup aurat mengapa kita enggan melakukannya. Hah! Sepuluh minit lagi keretapi akan bergerak. Apa yang harus saya buat sekarang makcik? Saya lihat di bawah jilbab makcik ada sehelai kain. Boleh tak makcik berikan saya kain itu? Oh tentu sekali nak! Nah ambillah! Bukan ini sahaja nak, makcik rela serahkan nyawa makcik untuk mu. Dengan penuh rasa bangga jiranku menyerahkan kain itu kepadaku. Aku segera manutup rambutku. Aku rasa lebih yakin lagi bahawa aku seoranng muslimah atau seperti muslimah sejati. Aku yakin mereka semua akan menegur perbuatanku ini. Tapi itu tak penting. Adakah aku mesti hidup mengikut cara yang mereka mahu, kalau begitu di mana jati diriku? Suzi kelihatan marah sekali bila melihat aku memakai tudung. Dia menghampiriku lalu memberitahuku sesuatu dalam bahasa Turki agar jiranku memahaminya. Maria kau sekarang tak ubah seperti perempuan yang sudah berkahwin bahkan lebih tua daripada itu. Kau kelihatan lebih tua kerana berpakaian begitu. Aku buat tak endah sahaja dengan teguran Suzi itu. Oh, itu tak penting. Pedulikan apa dengan cakap orang. Yang penting apa yang aku rasa elok bagi diriku itulah yang diutamakan. Lagi pun apa ayang akan berlaku ke atas diriku kalau

aku kelihatan tua begini?sebaliknya aku yang selayaknya rasa khuatir terhadap kau Suzi kerana kau hilang dalam ketebalan make-up di mukamu itu. Kau seolah-olah tiada. Sewaktu mereka melihatmu mereka hanya nampak make-up bukannya nampak rupamu dan kalau mereka rasa tertarik mungkin tertarik pada make-up bukannya tertarik pada engkau. Keretapi sudah hampir bergerak. Aku memeluk mereka semua dan terus masuk ke dalam perut keretapi dan duduk di tempat yang pernah aku duduk bersama Fikriah sewaktu datang ke Istanbul dulu. Aku duduk disebelah kiri dan Fikriah berhadapan denganku. Akhirnya keretapi mula bergerak perlahan meninggalkan stesen dan rakan-rakanku di situ. Jiranku kelihatan menangis, sedih kerana terpaksa berpisah denganku. Suzi pula kelihatan menangis kerana aku telah pun terlepas dari genggamannya. Aku juga turut menangis terharu mengenanagkan ragam sandiwara dunia yang maha aneh ini. Bangsa Turki. Ooh... Mereka yang seperti ayahlah yang patut dipersalahkan kerana telah menjadikan bangsa Turki berfahaman Ateis sehingga mereka sekarang sanggup memproses arak untuk memabukkan mereka sendiri dan memberi lesen untuk anak-anak mereka agar menjadi seorang yang tidak bermoral dan pelacur. Semuanya dibuat atas nama kerajaan. Mereka melenyapkan pengaruhpengaruh iman sebaliknya menyambut penuh hormat orang-orang yang seperti Ben Ruby. Mereka melakukan ini semua seolah-olah mereka sudah tidak kenal apa yang benar dan apa yang bertentangan. Ya, keadaan seperti ini selayaknya diratapi. Untuk kali terakhir aku melihat Istanbul dalam linangan air mata. Hatiku berbisik: Nyawaku hancur luluh dibekukan dalam acuan di tanam di tanah Istanbul di bawah bunga-bungaan renjisan air Zarkasyi mentari dan bulan berkurun lamanya adalah dua Istanbul... Wahai pujangga! Tahukah tuan ke arah mana mereka akan hanyutkan Istanbul? Sekarang bulan dan mentari seolah-olah turut sama meratapi nasibmu Istanbul...

****************

Suzi Setelah turun dari keretapi aku terus menaiki teksi menuju ke rumah Abdul Wahab. Dia
amat gembira apabila melihatku. Kepulanganku merupakan satu kejutannya baginya. Selamat kembali Maria dan selamat datang ke alam baru. Alangkah indahnya kerana aku masih lagi diberi peluang melihatmu. Tapi akku bukan Maria lagi. Aku telah menukar namaku. Oh ya tak ya juga. Apa nama yang kau pilih itu? Salwa... Hah! Betulkah begitu? Ya betul, kerana aku terlalu menghargai gadis itu dan suatu ketika dahulu kau pernah menyintainya bukan? Sebenarnya aku ingin menghadiahkan kepada kau nama dan rohnya yang ditonjolkan melalui diriku. Dia memandang tepat ke wajahku. Tapi aku bimbang kau akan cemburu nanti. Tidak, jangan bimbang. Aku tidak akan merasa cemburu. Lainlah kalau Salwa wujud semula selepasku tentu sekali aku akan merasa cemburu. Lagi pun sewaktu kewujudannya di sisimu dan ketika kau berada di alam percintaanmu dulu, aku tak pernah wujud bukan? Abdul Wahab melayaniku dengan penuh ramah dan mesra. Aku rasakan inilah kali pertama dia melayaniku sebegini rupa. Di matanya terpancar sinaran cinta suci. Apa khabar Maria, ops! Maaf, apa khabar Salwa? Ya, baik... dan kau? Aku pun begitu... sebenarnya aku terlalu merinduimu. Aku memang hairan dengan perubahan yang mendadak terhadap diriku. Oh ya! Mari kita pergi berjumpa ayahmu. Bagaimana dengan hubungan kamu berdua. Adakah berkeadaan baik? Ya, kami kerap bercakap dan sama-sama bertukar pandangan. Dari rumah Abdul Wahab kami sama-sama menuju ke rumah ku.setelah sampai di rumah, ayah dan emak menyambutku dengan pelukan mesra. Emak menangis sayu. Mungkin kerana terlalu merinduiku. Selang beberap detik kemudian, emak mengajukan pertanyaan. Mungkin emak hairan melihat keadaan ku. Maria kenapa kau menutup rambutmu seperti wanita Islam. Kau sudah terpengaruh dengan cara hidup mereka ya? Ya mak, saya terlalu mengambil berat tentang mereka.

Sebaik sahaja mendengar penjelasanku, emak mulai naik berang. Encik, lihatlah anak perempuan encik sekarang. Dari dulu lagi saya beritahu jangan hantar dia ke negara orang Islam. Tengok sekarang apa sudah jadi. Maria, apa sudah kadi pada kau sekarang hah? Kau sudah terpengaruh dengan mereka? Aku cuba menenangkan emak. Tidak Mak, di sana saya tidak bergaul dengan orang Islam. Kalau ada pun Cuma sebilangan kecil daripada mereka sahaja> Emak mula reda sedikit Kenapa boleh berlaku sedemikian rupa. Apa yang telah berlaku ke atas babi-babi di sana tu hah? Aku tergamam. Mereka bukannya babi mak. Jangan lah mak cakap begitu, tak elok. Kalau mak ingin tahu perkara sebenarnya tanyalah ayah. Ayah tentu lebih tahu apa yang berlaku. Aku segera menoloh ke arah ayah seraya bertanya. Tidakkah begitu ayah? Sudah pasti ayah apa yang berlaku ke atas orang-orang Islam bukan? Sudahlah tu Maria, tak ada gunanya kita bercakap tentang ini semua. Mari duduk di sini dan ceritakan kepada ayah apa yang telah kau lakukan sepanjang beberapa bulan kau di sana. Huh, tidak ada apa-apa yang telah saya buat ayah. Saya hanya menghabiskan masa dengan berfikir sahaja. Muhammad? Bagaimana pula dengan dia? Sekarang ini orang yang bernama Muhammad sudah tiada lagi dalam kamus hidup saya ayah. Pedulikanlah dia. Penjelasanku tadi seolah-olah menyerah jasad Muhammad kepada emak untuk dihentam. Kan aku sudah cakap. Begitulah perangai orang Islam. Apa lagi yang kau harapkan daripada mereka selain itu semua? Tapi mak, adakah orang-orang bukan Islam lebih baik daripada mereka. Yang saya tahu, orang bukan Islamlah yang sentiasa menghina agama Allah dengan mempertahankan manusia. Apa, apa kau kata, agama Allah? Ya mak, agama Allah. Adakah terdapat agama Allah selain daripada agama kitab Injil? Sebenarnya apa yng mak maksudkan itu hanyalah agama Mathew, Marks,Luke dan John. Bukannya agama Allah. Maria! Maksdumu? Kau mesti memberitahu aku.

Sebenarnya, saya sudah memeluk agama Islam mak. Hah! Oh tuhan, tak mungkin! Tak mungkin! Maria, aku haramkan air susu yang telah kau minum itu. Aku tidak rela! Kenapa begitu mak? Tidakkah mak dan ayah beritahu saya seseorang bebas berfikiran mengikut selera, masing-masing. Sekarang saya berfikir mengikut selera saya, jadi kenapa mak marahkan saya pula? Mak, susu yang mak berikan kepada saya sewaktu kecil dulu adalah daru tuhan, Dia yang menciptakannya. Dari itu, susu yang saya minum dulu akan jadi haram jika saya menderhakai Allah. Kenapa kau berkata begitu. Tidakkah ianya keluar dari dadaku? Apa yang mak maksudkan ni? Adakah mak yang mencipta alat bagi memproses susu dalam tubuh mak, menjadikan buah-buahan serta sayur-sayuran bagi menghasilkan susu? Susu yang saya minum dulu halal bagi saya selama mana saya berjalan di atas jalan Allah. Samemang berhutang budi kepada mak kerana menyusukan saya. Apa akan jadi pada saya kalau mak tidak menyusui saya kerana bimbang buah dada mak akan jadi lanjut sebagimana yang telah dilakukan oleh sesetengah ibu. Oh tuhan. Apa yang sudah jadi pada anakku. Aku sudah tidak sanggup lagi menanggung penghinaan ini! Emak terus beredar diiringi dengan seribu kekesalan. Ketika menjelang senja, emak seolah-olah hilang pertimbangan. Dia terus memukulku apabila melihat aku sedang mendirikan sembahyang. Kelakuannya seperti orang yang tidak siuman. Nah ambil ni! Ini untuk Jesus. Ini untuk Maria dan ini untuk Mother Theressa. Nah rasakan! Ini untuk gereja! Aku menerimanya dengan tabah. Pukulan itu tidak akan melemahkan imanku. Sebelum ini Abdul Wahab pernah bercerita tentang penyeksaan yang ditanggung oleh Bilal bin Rabah al Habsyi dan Sumayyah serta ahli keluarganya. Jadi apa yang peliknya jika aku juga mengalami nasib yang sama. Bill adikku menyebelahi amak. Mereka sentiasa menzalimiku. Pernah mereka cuba menghalauku dari rumah. Aku mulai takut dan sebak dada lantas aku pergi berjumpa Abdul Wahab untuk mengadu nasib malang yang menimpa. Sebelum ini kami telah bersepakat akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan, tapi aku sudah tidak sanggup untuk bersabar lagi. Aku akan memintanya agar segera mengahwiniku supaya aku dapat keluar dari rumah. Tapi setibanya aku dirumahnya aku lihat Abdul Wahab menangis. Hairan... Apa pendapatmu Abdul Wahab, nampaknya kita sudah tiada jalan lain. Kita mesti melangsungkan perkahwinan dengan segera. Tolonglah selamatkan aku Abdul Wahab sementara

peluang masih ada. Tapi kau menangis. Kenapa kau menangis hah? Apa yang sudah berlaku? Cakap Abdul Wahab! Salwa, aku bingung sekarang. Kelmarin aku menerima sepucuk surat daripada keluarga. Aku tidak tahu adakah aku sepatutnya bergembira atau sebaliknya? Apa kandungannya? Semua perkara. Abdul Wahab menjawab ringkas. Aku bertanya ingin kepastian. Cakaplah, apa yang tertulis? Se... sebenarnya Salwa masih hidup... Hah! Masih hidup? Ya, Salwa masih hidup. Oh tuhan, apa yang sudah berlaku? Aku sekarang terperangkap. Patutkah aku bergembira atau, oohh... Setelah mendengar khabar sebenarnya aku terduduk bagaikan orang yang hilang semangat. Kedua-dua belah kakiku terasa lemah tidak bermaya. Aku cuba kuatkan semangat. Kenapa jadi begini? Kenapa yang sebelum ini mereka beritahumu yang dia sudah mati? Mereka kata. Sewaktu Salwa dalam penjara. Mereka tidak mendengar apa-apa berita mengenainya. Berbula-bulan lamanya. Mereka mula menaruh keyakinan yang Salwa sudah meninggal dunia. Tapi beberapa bulan dari tarikh itu mereka dapati Salwa dibebaskan dari penjara setelah mengalami seribu macam penyeksaan. Aku bertambah panik. Sekarang apa yang harus kita lakukan Abdul Wahab? Aku tak tahu. Aku bingung sekarang. Bingung! Aku cuba sedaya upaya untuk menjernihkan keadaan. Aku kuatkan semangat lalu memberitahunya. Tak usahlah kau merasa cemas dalam perkara ini Abdul Wahab. Kau sebenarnya milik Salwa. Pergilah.kahwinilah dia. Lagipun bulan hadapan kan akan garduate. Tapi macam mana dengan kau? Aku cuba menenangkannya. Usahlah kau bimbang tentang aku. Duniaku belum berakhir walaupun kita terpaksa berpisah. Ya, suatu hari nanti keperitan ini tentu akan berakhir jua, atau mungkin juga akan berkahwin. Tapi aku rasa aku memerlukan satu tempat untuk berlindung. Mungkin akan ke Istanbul dan tinggal bersama jiranku. Usahlah kau bimbang Abdul Wahab. Pergilah kepadanya. Aku relakan pemergianmu. Tapi bagaimana dengan jiranku sebelum ini? Aku ingin memberitahu kau sesuatu...

Tak usahlah Abdul Wahab. Salwa telah lama menanggung penderitaan. Lagipun dia saudaraku dalam Islam. Apa yang lebih penting, aku ingin melihat dia bahagia di hari-hari mendatang. Hari itu, sebaik sahaja selesai bercakap dengan Abdul Wahab, aku terus pulang ke rumah. Dalam kereta aku menangis sepuas hati. Abdul Wahab, apakah gerangan cinta ini? Duniaku rasakan gelap tanpamu. Oh tuhan. Bagaimana aku akan hidup keseorangan di tengah-tengah kota besar ini. Oh tuhan. Duniaku bagaikan sudah berakhir. Kurniakanlah aku kesabaran serta ketabahan buatku untuk harungi rona-rona hidup ini. Ya Allah Ya Tuhanku. Campakkanlah ketenangan dalam jiwaku, ku pohon padamu ya Rabbi. Sejurus kemudian aku sampai keperkarangan rumah. Aku tidak tahu bagaimana aku memandu kereta tadi. Sesampainya di rumah mata ku masih lagi merah. Diriku kelihatan tidak terurus. Emak yang tercegat di muka pintu terus menyerangkku dengan kata-kata kesat. Hai muslimat sial, babi! Kenapa kau balik lagi ke rumah ini hah? Kata-kata yang keluar dari mulutnya amat menaykitkan hati membuatkan aku terus menangis. Aku tidak menjawab walau sepatah pun dan terus menangis dan menangis.... Inilah balasannya. Baru padan muka. Kau tahu tak yang kau sekarang telah dimurkai Tuhan Jesus. Aku yakin kau akan merana seumur hidupmu! Dalam keadaan sendu aku cuba untuk menjawab. Kenapa Jesus tidak melaknati golongan Ateis, lesbian dan homoseks hah! Kalau Jesus memiliki itu semua kenapa dia tidak melaknati mereka terlebih dahulu. Merekalah yang lebih layak dilaknati. Jangan mak cuba pengaruhi saya. Kembalilah ke jalan Allah mak. Kau dengar baik-baik Maria. Sekali lagi aku dengar kau cuba menyeru aku untuk memeluk agama Islam kau akan tahu akibatnya nanti. Kau seolah-olah menghina kehormatanku Awas Maria! Sedarlah mak. Demi Allah mak lebih mulia daripada orang-orang yang menganut fahaman Ateis...

****************

Duniaku Sentiasa Berubah Setiap Detik Ayah secara tiba-tiba muncul di tengah-tengah ruang tamu. Aku segera mendapatkanya
dengan air mata yang berlinangan. Selamat tengahari ayah. Ayah apa khbar? Ayah menjawab dengan selamba. Ayah baik Salwa... Emak mula meradang setelah mendengar ayah memanggilku Salwa. Jangan awak panggil dia dengan nama itu. Awak sengaja mencari masalahkah? Sudah! Pergi awak dari sini! Saya merayu kepada awak. Eh! Kenapa dengan awak ni, tak pasal-pasal merayu. Untuk siapa awak merayu? Bill segera menjawab. Untuk ayahlah. Bertahun-tahun lamnya ayah hindarkan kami semua daripada orangorang Islam, tiba-tiba ayah sekarang seolah-olah mengiktiraf pengIslaman Maria dengan memanggilnya Salwa. Dia akan kekal dengan nama Maria, kalau tidak dia mesti berambus dari rumah ini. Ayah menjawab spontan. Kenapa dengan dia? Sepatutnya kau yang seharusnya keluar dari rumah ini. Ayah! Bill amat terkejut. Ya Bill. Kau yakinkah yang kau itu neutral? Kelopak mataku digenangi air mata kegembiraan. Aku merasa terlalu gembira. Takku sangka ayah sanggup melindungiku sewaktu aku terlontar keseorangan begini. Aku terus memeluknya sambil menangis tidak henti-henti. Ayah, semoga Allah berikan hidayatNya kepada ayah. Ayahlah tempat saya berlindung sewaktu saya keseorangan sekarang ini. Saya tak akan lupakan budi baik ayah sampai bila-bila. Ayah membelaiku sambil meredakan tangisanku. Ayah baru balik dari rumah Abdul Wahab. Dia kata dia akan pulang ke Mesir esok. Mari kita sama-sama ke sana bercakap dengannya sekurang-kurangnya kau terasa tenang sikit. Pedulikanlah mereka tu semua. Saya masih tidak faham dengan sikap ayah. Ayah bercakap seolah-olah ayah telah memeluk Islam. Mungkin ayah akan memeluk Islam, tak mustahilkan?

Emak yang sejak dari tadi memerhati tingkah laku kami mula hilang pertimbangan lalu berteriak. Oh tuhan! Gila aku kalau macam ni. Bill, cuba kau tengok mak. Adakah mak sekarang dah jadi macam orang gila? Sudahlah tu mak. Siapa saja yang melihat kita sekarang mengatakan kita ni sudah gila. Emak dan Bill hampir-hampir gila. Apa yang sudah berlaku terhadap ayah atau mungkinkah ini hanya muslihatnya. Petang itu, aku dan ayah pergi ke rumah Abdul Wahab. Sesampainya kami di sana, aku dapati dia dalam keadaan yang membimbangkan. Raut wajahnya membayangkan seribu kesedihan dan kekesalan. Untuk kali pertamanya dia mempelawa kami berdua ke bilik tidurnya. Sebentar kemudian dia menatang dulang berisi teh dan menjemput kami minum. Salwa kau tahu yang ayahmu sedang mempelajari Islam? Aku terkejut mendengarnya. Hah! Oh tuhan! Betulkah begitu Abdul Wahab? Tak tahulah tapi dia sentiasa bercakap berkaitan dengan perkara ini. Oh, aku begitu gembira sekali Abdul Wahab. Di saat aku dilanda kesedihan seperti ini aku memang mengimpikan khabar seperti ini. Syabas Abdul Wahab. Belum pun sampai dua tahun, kau telah pun berjaya mengIslamkan tiga jiwa. Kalau sekarang ayah mempelajari Islam, ini bererti semuanya berada dalam keadaan selamat. Aku menatap wajah Abdul Wahab sedalam dalamnya. Dia tersenyu menyembunyikan kepahitan kemudian menjawab. Ya, jika ayahmu memaluk Islam, dua atau tiga orang akan masuk Islam pada setiap tahun atau setiap dua tahun InsyaAllah, sebab kalau aku seorang sahaja tak mencukupi. Semenjak kewujudanku di sini aku berjaya mengIslamkan dua orang Kristian tapi sebagaimana yang kau tahu beberapa orang daripada penganut Ateis berjaya mempengaruhi berjuta-juta orang Islam. Sebenarnya jika kau dan ayah kau menjadi seorang Islam sejati kau adalah lebih baik daripada mereka yang tidak beragama itu. Tapi apa yang berlaku pada orang Islam adalah sebaliknya. Setelah lama bersembang aku memandang wajah Abdul Wahab dengan pandangan sayu, begitu juga dengan dia. Aku cuba sedaya upaya mengawal perasaanku agar tidak menangis. Abdul Wahab boleh kau terangkan bagaimana caranya untuk berjalan dengan betul di jalan Allah? Aku rasa aku memerlukan suatu jadual berupa pedoman yang boleh membantu aku sewaktu aku memerlukan kawan mahupun guru. Oh ya, betul katamu Salwa. Siapa tahu ketika seseorang akan dikejutkan dengan sebarang masalah. Kadang-kadang masalah yang dihadapi mampu ditangani dan kadang-kadang

pula kita akan kecundang. Kalau begitu ambil pen dan kertas. Kita sama-sama garapkan perkaraperkara yang mesti dilakukan. Dia bangun mendapatkan buku tulis dan pen lalu menulis tajuk yang berbunyi Program Kehidupan. Tiba-tiba dia tersentak. Oh aku silap. Sebenarnya program kehidupan bukannya di tangan kita. Kita bukan penentunya cuma merancang sahaja bagi menjaga masa agar tidak disia-siakan. Dia terus menulis di muka surat yang pertama yang bertajuk Erti Hidup Berprogram. Kemudian dia garapkan perkara-perkara yang dikira sesuai dengan kemampuanku. Pertama: Sepuluh Wasiat Penting Dariku. *Elakkan daripada menyesal sewaktu ditimpa sebarang penyesaan dan kezaliman kerana kita telah memilih Islam. Jika kita merasa menyesal segeralah beristighfar (taubat) kepada Allah. *Jangan memusuhi atau mengetepikan mana-mana golongan (mazhab) yang ada kerana kewujudannya disebabkan perselisihan di dalam mentakwil (tafsir). Jika mereka menyisih kita jangan sekali-kali tersisih. Bantu dan sokonglah apa yang berunsur baik dan memberi faedah yang terdapat dalam mana-mana golongan. Ketahuilah meraka yang taksud membabi buta sekalikali tidak akan menyetujui apa yang dilakukan oleh golongan lain. Awas. Jangan sesekali jadi seperti golongan itu! *Jangan bercakap dengan perkara yang kita tidak tahu. *Sentiasa membaca mana-mana buku agamasekurang-kurangnya dua jam sehari. Jadikan ia sebagai satu amalan rutin. Ringkaskan dalam nota mana-mana bahagian yanng dikira penting. *Melatih diri dalam menzahirkan syiar Islam walaupun ianya bukan dari hati yanh ikhlas. Jangan leka dengan berzikir. Sentiasa ingat apa yang diperintahkan oleh Allah. Amatilah sentiasa perkara tersebut. {Tidak lupa juga kepada sidang pembaca yang budiman. Agar iman sentiasa utuh dan mekar di hati. Allah swt berfirman: Mereka yang kufur berkata kenapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tandatanda (kebesaran Allah) jawablah (wahai Muhammad) Allah akan menyesatkan mereka yang dia inginkan dan memberi petunjuk kepada mereka yang yakin dan percaya bahawa mereka akan dikembalikan semula kepada Allah.
(Surah Al Rad ayat 27)

Allah juga berfirman: Mereka yang beriman akan menikmati ketenangan jiwa dengan berzikir kepada Allah. Tidakkah dengan tenang berzikir kepada Allah jiwa-jiwa akan menjadi tenang?

Saya dapati ramai yang mengkritik orang-orang yang berzikir sambil berjalan dengan mendakwa ianya tidak sesuai dengan masa sekarang.} Jangan lupa sukurang-kurangnya setengah jam setiap hari menyebut dan mengulang kalimah (Allah Allah Allah) menyebut dengan lidah atau hati sebaiknya sebutlah dengan hati. Jika mampu dipanjangkan sampai satu jam sehari. Sewaktu menyebut nama Allah yakinlah bahawa kita tidak akan keseorangan di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa hampir dengan hambaNya. Sebaik-baik cara menghampirkan diri dengan Allah ialah apabila seseorang hamba itu merasa dirinya hampir dengan Allah. Sewaktu berzikir hati hendaklah berada dalam keadaan sedar serta membersihkannya dengan air keimanan kerana hati-hati tidak mampu menanggung kemelut dunia yang bisa membinasakan iman seseorang. Awas jangan lupa daripada berzikir Salwa. Allah swt berfirman : Tidakkah dengan berzikir kepada Allah hati-hati kita akan menjadi tenang? Kalau leka kau akan terjerumus ke dalam jurang kesamaran. Natijahnya kau tidak akan mampu mengawal dirimu. Awas daripada merasa terhina. Seseorang yang merasa dirinya berdosa adalah lebih baik kerana dia akan sentiasa berwaspada. Jika kau tidak dapat kawal hatimu kau akan berada dalam keadaan tidak menentu yang amat payah untuk keluar darinya. Adakah dimestikan tiap-tiap hari? Tanyaku inginkan kepastian. Ya, tiap-tiap hari. Kau mesti memperuntukkan sedikit masa dengan mengasingkan diri untul berzikir. Hamba yang sebenarnya adalah mereka yang sentiasa bersama Allah. Jika seseorang mampu memperuntukkan beberapa waktu untuk berzikir kepada Allah dia akan merasa suatu ketenangan di dalam hati dan hatinya akan terlepas daripada belenggu azab kesengsaraan. *Jangan menghindarkan diri daripada orang yang benar-benar kasih kepada Allah. Mungkin kita tidak akan berjumpa dengan mereka itu pada masa sekarang, tapi percayalah bilangan mereka akan bertambah ramai dari masa ke semasa. *Sentiasa ingat bahawa dunia ini tidak akan kekal, yang kekal adalah alam akhirat. Jika kita mendapati satu-satu al Quran yang susah difahami ketahuilah mungkin kerana tidak mengetahui jalan lain lagi bagi memahami ayat tersebut. Jangan lupa satu-satu ayat dilihat dan diteliti dari tiga atau empat jalan atau cara yang berbeza. Untuk menelitinya memerlukan pengalaman dan kepakaran. Benar, Islam merupakan agama yang mudah tetapi memerlukan kesungguhan bagi memahaminya di samping keikhlasan. *Manusia semestinya kembali kepada Islam. Sentiasa memberi peringatan kepada mereka hingga ke akhir hayat. Sewaktu kita berpenat kita dapat rasakan nikmat kerehatan. Ketahuilah para sahabat nabi s.a.w tidur awal dan bangun juga awal. Mereka yang tidak mengamalkan sunnah nabi tidur lewat dan bangun lewat. Di antara mereka ada yang duduk

berbincang mengenai perkara-perkara agama sampai ke pagi tapi mereka tidak sedar yang mereka tidak mengamalkan apa yang agama suruh dalam kehidupan mereka seharian. Awas daripada sifat-sifat tersebut! Kedua: Program harian: *Di antara amalan yang afdhal, berzikir selepas solat subuh sehinggalah matahari terbit. *Mempelajari cara membaca al Quran. *Mempelajari perkara-perkara yang ada hubung kaitnya dengan akidah. Mungkin hari ini kita tidak akan memahami apa itu akidah, InsyaAllh suatu hari kelak kita akan memahaminya. *Membaca buku-buku Fekah dan cari mana-mana guru yang alim lagi taqwa. Jika tidak ada bolehlah membacanya sendiri. Jangan lupa seseorang akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap tingkah laku masing-masing. *Membaca buku-buku sejarah Islam. *Memilih beberapa orang daripada barisan penulis serta membaca kesemua buku-buku karangan mereka. Dengan berbuat demikian kita telah pun menimba sebahagian besar daripada ilmu-ilmu mereka. *Menjaga kesihatan. Jangan terlalu banyak memakan tiga perkara yang dihalalkan iaitu tepung, gula dan garam kerana mungkin akan memudaratkan tubuh badan dan otak. *Jangan hidup dalam keadaan bersedih yang berpanjangan kerna mereka yang sentiasa bersedih atau pun yang sentiasa ketawa tidak layak untuk menjadi seorang pendakwah yang berjaya. Allah swt menyuruh kita di dalam al Quran agar bersederhana dalam semua hal. *Mengunjungi kawasan-kawasan yang bersih atau kawasan-kawasan yang mempunyai banyak oksigen dua bulan dalam masa setahun jika mampu bagi membersih dan memperbaharui sel-sel otak. *Jika dikhianati jangan sekali-kali memarahi agama Islam. Biasakan diri dengan menimba ilmu. Sentiasa tenang dan memenuhi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah jika inginkan apa yang dikerjakan itu betul dan berjaya. Jangan hiraukan sebarang tohmahan. Sentiasa tekun dan jangan sekali-kali takut dan undur. Sesungguhnya kepenatan dalam perjuangan adalah perkara biasa dan ianya akan berakhir setelah tibanya waktu untuk berehat. Manakala takut dan menyerah tidak akan berakhir dengan berehat. Setelah siap menulis dia menanyaku. Sekarang adakah apa yang digarapkan telah pun mencukupi Maria. Ops maaf. Salwa?

Hai, kau yang lebih arif daripada aku dalam perkara ini. Aku rasa apa yang kau garapkan ituu amat baik sekali bagiku. Aku tidak tahu bagaimana ingin berterima kasih di atas jasamu ini. Tiba-tiba aku terpandang ayah. Aku rasa hairan, adakah ayah bersikap demikian kerana ingin mengetahui apa yang dirancangkan oleh Abdul Wahab dan kenapa secara mendadak sahaja ayah berubah? Aku bertanya Abdul Wahab. Apa yang telah kau lakukan bagi mempengaruhi ayahku Abdul Wahab? Sebenarnya aku tidak lakukan apa-apa. Cuma aku sekadar tunaikan kewajipanku terhadapnya. Sebenarnya jika semua orang rasa mustahil dapat mempengaruhi orang seperti ayahmu untuk memeluk Islam, aku rasa tidak ada seorang pun yang sanggup menunaikan tanggungjawab mereka walaupun mereka merasakan diri mereka itu mulia. Ayah hanya diam tanpa bercakap sepatah pun dari tadi lagi. Setelah mendengar amanat daripadanya kami pulang ke rumah. Keesokan harinya Abdul Wahab berangkat pulang ke Mesir. Semanjak pemergiannya aku hanya menangis. Au belum mampu mengawal perasaanku. Hidupku terumbang-ambing. Aku rasa susah untuk melelapkan mata setiap kali malam bertamu tapi walau bagaimana pun aku harus menghadapi kemelut hidup dan membiasakan diri dengannya. Sungguh aneh hidup ini. Aku tidak menyangka bahawa akan tiba suatu hari nanti aku akan berkesempatan menceritakan hidup ini kepada Emine Syenlikoglu. Aku berkemas untuk ke Istambul dan tinggal bersama jiranku di sana tapi adakah tindakan aku ini betul? Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata jiranku bahawa tempat yang paling selamat bagi seorang muslimah ialah rumah ayahnya atau saudara lelakinya atau suaminya. Tapi aku tidak sanggup lagi untuk tinggal di rumahku. Mereka menginginkan aku keluar. Emak sering kali menghalauku. Bagi mereka kalau pun aku meninggalkan rumah, mereka belum rasa puas hati lagi. Mengenangkan ini semua aku terus menangis dan menangis. Apa agaknya yang mampu aku lakukan selain daripada menangis? Aku rasakan dunia ini terlalu asing bagiku. Ianya seolah-olah sunyi sepi. Hari-hari yang berlalu amat pahit aku rasakan. Pemergian Abdul Wahab Cuma beberapa hari sahaja tapi aku rasakan bagaikan bertahun. Kenapa sampai ke hari ini aku tidak dengar khabar berita langsung tentang Abdul Wahab. Apa yang sudah berlaku? Tiba-tiba emak mengajukan soalan. Perlahan aku menjawab. Dia telah pulang ke Mesir mak dan tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. Emak terkejut.

Bagaimana dengan perkahwinan kamu berdua? Semuanya sudah selesai. Kami tidak akan berkahwin. Kami rasa ini yang paling baik. Emak seolah-olah berpuas hati dengan apa yang berlaku ke atas kami. Itu yang kau rasa tapi hakikatnya Tuhan Jesus yang sengaja mengembalikan dia ke Mesir. Mak, sebenarnya Jesus yang mak sebutkan itu bukannya Jesus (nabi Isa) yang orang Islam beriman dengannya. Jesus bagi orang-orang Islam langsung tidak mempunyai kuasa untuk menurunkan bala ke atas orang-orang yang membuat dosa. Anggapan bahawa Jesus yang mengembalikan Abdul Wahab ke Mesir adalah anggapan yang salah dan tidak berasas langsung. Oh tidak, sebenarnya Jesus yang menolaknya kembali ke Mesir. Sudahlah mak, jika benar itu merupakan hukuman kepada Abdul Wahab ianya datang dari Allah bukannya dari Jesus. Sudah seminggu dia pulang. Dia berjanji akan mengutusi saya, tapi surat daripadanya belum saya terima sampai sekarang. Saya rasa nyawa saya seakan mahu terkeluar dari badan mak. Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Aku mengesat air mata. Mungkin posman yang datang. Biar saya buka pintu mak. Aku meluru ke pintu. Setelah membukanya aku bagaikan tidak percaya apa yang dilihat oleh mataku. Adakah ini mimpi di siang hari? Abdul Wahab, apa yang kau buat di sini? Sebenarnya Salwa telah lama meninggal. Setelah keluargaku tahu aku akan mengahwinimu gadis Katholik Jerman, mereka sengaja membohongiku dengan memberitahu bahawa Salwa masih hidup lagi. Lihatlah ragam dunia. Terkadang mereka rasa bahagia dengan menyeksa orang lain. Apa boleh buat. Dari ruang tamu kedengaran suara emak berteriak. Siapa yang datang Maria? Abdul Wahab mak! Jesus yang menolaknya dari Mesir dan mengembalikannya semula kepangkuan saya...

TAMAT

****************

gptdunisel@gmail.com | http://gptdunisel.blogspot.com | http://facebook.com/gptd.unisel M + 6010-269 3310


Kamimengalualukansumbangandaripadaandauntukmenjayakanprogramyangtelahdiaturuntuk membangunkangenerasiaktivispemikirpemimpin. SumbangteruskedalamakaunAmIslamicBankatasnama GRUPPENGKAJITAMADUNDUNIAUNISEL 1242022001555

Вам также может понравиться