Вы находитесь на странице: 1из 13

1.

0 Pendahuluan Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapajenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia,masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion palingutama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individudan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadisemakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ketahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikanMisi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. 2.0 Kemahiran Kemahiran Profesionalisme Guru Kemahiran-kemahiran professional yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri daripada:

2.1 Kemahiran Belajar Belajar secara formal bermula di sekolah iaitu mempelajari kemahiran mendengar, membaca, menulis dan mengira (3M). Kemahiran belajar mempunyai beberapa contoh san antaranya ialah membaca, memerhati, menulis, menghafal, mengingati,berfikir, menganalisis, mensintesis dan menilai. Kemahiran belajar yang penting yang perlu dimiliki oleh seorang guru terdiri daripada: cara-cara bagaimana guru menganalisis pelbagai jenis maklumat daripada sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran, cara bagaimana guru membuat penilaian terhadap pelbagai sumber pembelajaran dan pengajaran, cara-cara guru mengoptimumkan sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran tersebut. Proses belajar adalah secara berterusan, mulai dari masa kita lahir sehinggalah kita sampai tua dan manusia menggunakan organ deria mereka untuk memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Selain tu , kemahiran belajar juga melibatkan beberapa kemahiran contohnya kemahiran penggunaan mental manusia untuk memperolehi ilmu dalam bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif, kebolehan menerima isyarat dengan cepat, memproses maklumat yang diterima, menyimpannya dalam skor ingatan dan dapat mengaptasikan yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah. R.M. Gagne membahagikan hasil pembelajaran berdasarkan kepada tiga jenis kemahiran belajar, iaitu kemahiran kognitif, kemahiran menerima dan memahami

isyarat serta kemahiran. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan peranan guru hari ini adalah diiringi dengan perubahan starategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

2.2 Kemahiran Berfikir Proses ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-perkara yang tersembunyi, membuatkan kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru. Pemikiran boleh diertikan sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitanInteraksi atau hubungan yang berlaku di antara tiga elemen iaitu: pengetahuan, kemahiran kognitif, sikap dan nilai. Empat cabang utama dalam kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kemahiran menilai sesuatu masalah secara logik dan munasabah. Justeru itu, kemahiran berfikir ini mungkin berbeza daripada seorang guru dengan guru yang lain. Dalam kemahiran berfikir secara kritis, guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang berikut: menganalisis sesuatu masalah secara terperinci, menyenaraikan ciri-ciri untuk mendapat gambaran yang lebih menyeluruh mengenai sesuatu konsep, kemahiran untuk membuat aktiviti-aktiviti banding beza, menyusun isi dalam bentuk menaik ataupun menurun, membuat keputusan rasional dan membuat penilaian secara menyeluruh. Guru juga harus memiliki kemahiran berfikir secara kreatif seperti berikut:menjana idea/jalan penyelesaian yang baru terhadap sesuatu situasi bermasalah,membuat inferens dalam aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah di mana guru perlu memutuskan satu tindakan wajar, membuat hubungkait antara konsep-konsep yang berbeza, meramal dengan melibatkan diri dalam kajian masa depan di mana guru dapat membayangkan apa yang akan berlaku dalam satu situasi bermasalah, membuat hipotesis iaitu membuat penyataan masalah yang boleh diuji kesahannya, mensintesis iaitu menggabungkan idea, unsur-unsur item dan fakta yang berasingan untuk mengahsilkan satu gambaran yang menyeluruh, mengitlak iaitu untuk membuat pemerhatian dan rumusan dengan membuat pernyataan-pernyataan umum, menganalogi iaitu untuk membuat perbandingan dan mencari kesamaan antara konsepkonsep yang berlainan, membuat gambaran mental di mana guru boleh membayangkan sesuatu yang abstrak di dalam pemikirannya dan juga merekacipta iaitu mencipta inovasi atau barang maujud yang baru yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berfikir secara menaakul ialah satu kemahiran di mana guru perlu membuat pemikiran tahap tinggi dengan membuat interpretasi, analisis, sintesis dan penilaian untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajarannya. Guru harus mengaplikasikan kemahiran berfikir menaakul kerana ia dapat membantu guru untuk membuat keputusan yang logik dan rasional terhadap semua permasalahan yang dihadapi olehnya. Guru juga harus menggunakan strategi berfikir iaitu proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif untuk mengkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

2.3 Kemahiran Merancang Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu membuat penelitian dan pentafsiran sukatan pelajaran di mana beliau perlu membuat rancangan kerja (tahunan, semester, mingguan dan harian). Guru perlu ada kemahiran merancang persediaan mengajar yang terdiri daripada isi kandungan dan objektif pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam pengajarannya. Kemahiran-kemahiran lain yang termaktub dalam kemahiran merancang persediaan mengajar ialah: memilih isi pengajaran, memilih strategi dan kaedah, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajarandan juga menyediakan bahan pengajaran Guru juga perlu ada kemahiran merancang seperti berikut: set induksi yang dapat menarik perhatian murid, objektif eksplisit yang realistik berdasarkan kebolehan murid dan perbezaan individu, alat bantuan mengajar yang pelbagai dalam pengajarannya, aktiviti pengukuhan dan penutup yang sesuai, penggunaan pemeringkatan isi daripada yang senang kepada yang susah dan daripada konkrit kepada abstrak. Selain daripada itu, guru juga mesti ada kemahiran merancang untuk mencapai yang berikut: interaksi dan komunikasi yang berlaku di dalam bilik darjah pada kadar yang tinggi, disiplin arahan diri dan disiplin arahan kerja di kalangan murid dapat diperlihatkan dalam segala proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti peneguhan untuk memotivasikan murid-murid dan juga aktiviti pemulihan dijalankan untuk murid-murid yang lemah manakala aktiviti pengayaaan dijalankan untuk murid-murid yang pandai.

2.4 Kemahiran Mengajar Terdapat beberapa ciri-ciri kemahiran mengajar, antaranya iaitu pengajaran secara ansur-maju,guru akan memotivasikan murid-murid di dalam peringkat permulaan, aktiviti pengajaran dapar dilaksanakan secara sistematik, isi pelajaran disampaikan langkah demi

langkah,suasana pembelajaran adalah positif dan menggalakkan, murid-murid diberi peluang berinteraksi di dalam kumpulan mereka, murid dapat mendisiplinkan diri dan bekerja bersamasama dengan rakan, strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai, strategi dan kaedah mengajar yang digunakan adalah sesuai, aktiviti peneguhan dalam peringkat penutup adalah sesuai dan membawa perasaan kejayaan murid-murid kepada mereka. Dari segi strategi pelaksanaannya, guru hendaklah memotivasikan murid-murid supaya bersedia belajar ,menyampaikan isi pelajaran,membimbing menjalankan aktiviti pembelajaran, mengurus murid-murid supaya mereka mempunyai disiplin diri, menggerakkan murid-murid dengan aktiviti soal jawab supaya mendapat gerak balas mereka dan interaksi yang positif, membimbing murid menjalankan aktivit pengukuhan, memberi peneguhan dan menutup pelajaran dengan teknik yang sesuai supaya mendapat pengulangan tingkah laku yang positif pada masa kelak. perlaksanaan rancangan mengajar penting dalam proses pengajaran kerana murid- murid dapat memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran dalam proses perlaksanaan rancangan mengajar guru.

2.5 Kemahiran Pemudahcaraan Guru sebagai fasilitator yang membimbing, memotivasikan serta menggerakkan murid Guru membekalkan bahan pengajaran dan alat tulis, menujukan soalansoalan untuk menggalakkan murid berfikir dan mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan juga akan mengawal disiplin dan memastikan kerja kumpulan dijalankan dengan sistematik. Terdapat 2 strategi kemahiran pemudahcaraan. Yang pertama iaitu berpusatkan murid dan yang kedua itu merupakan berpusatkan bahan pelajaran. Berpusatkan murid iaitu guru membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran, komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala dan murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat mereka. Selain itu, kaedah ini juga mementingkan pengelolaan kumpulan.Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberi perhatian Berpusatkan bahan pelajaran pula iaitu bahan pelajaran memainkan peranan yang penting. Komunikasi dan interaksi memang berlaku di antara guru dengan bahan pengajaran, atau di antara murid dengan bahan pembelajaran.Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. Pengajaran guru adalah ditumpukan pada pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan. Peluang interaksi di antara murid adalah banyak. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan.

2.6 Kemahiran Menilai Takrif bagi penilaian ialah proses yang menentukan, mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Penilaian juga boleh dikenali sebagai proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti P&P, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya. Prosedur penilaian adalah seperti yang berikut : Peringkat persediaan ujian ->peringkat pentadbiran ujian -> peringkat pemeriksaan dan pengukuran -> peringkat analisis -> peringkat interpretasi dan tindakan. Terdapat beberapa tujuan untuk membuat penilaian. Antaranya ialah mengumpul maklumat tentang pencapaian murid, menentukan kekuatan dan kelemahan murid, menentukan kesan pengajaran guru, menentukan pencapaian objektif pelajaran, merekod keputusan-keputusan penilaian, dan menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program baru.Jadi, bagi seorang guru mesti mempunyai kemahiran menilai dengan membuat aktiviti soal-jawab untuk membuat penilaian, menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid membetulkan kesalahan yang berlaku dengan serta merta dan hasil penilaian dapat membatu guru mengesan pencapaian objektif pelajaran serta membaiki pengajarannya.

2.7 Kemahiran Berkomunikasi Tujuan berkomunikasi adalah untuk menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Guru dikehendaki menguasai kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis untuk menyampaikan maklumat atau ilmu dengan berkesan. Kemahiran berkomunikasi yang berkesan membolehkan murid-muird mengikuti pelajaran dengan tepat dan berkesan dan murid-murid tidak akan keliru atau salah faham apa yang disampaikan oleh guru. Ciri-ciri bagi kemahiran berkomunikasi ialah guru dapat bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada, suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat serta mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif dan bebas daripada disisip dengan bukan perkataan seperti umm, ahh, er dan ok. Selain itu, guru juga dapat menulis dengan penggunaan saiz tulisan yang mudah dibaca, perkataan yang tepat dan mudah difahami, tatabahasa yang betul, barisan ayat yang teratur serta jarak di antara barisan ayat yang berpatutan.

2.8 Kemahiran Mengurus Guru perlu wujudkan aktiviti pembelajaran dan keberkesanan bergantung kepada kemahiran mengajar. Aktiviti pengajaran dapat merangsangkan murid untuk belajar dan akan membawa hasil pembelajaran dengan bentuk perubahan tingkah laku. Dalam pengurusan persekitaran P&P, ruang aktiviti pembelajaran biasa disediakan secara kelas, ruang-ruang aktiviti pembelajaran yang lain, khasnya ruang digunakan untuk aktiviti kumpulan juga akan disediakan. Aktiviti aktivit yang dijalankan dalam ruang-ruang disediakan contohnya aktiviti pengayaan dan pemulihan, aktiviti sokongan, aktiviti bacaan tambahan, perbincangan, bercerita dan aktiviti jual-beli. Dalam sebuah bilik darjah, guru dijalankan tugas sebagai pengurus untuk mengurus rutin bilik darjah. Guru bertanggungjawab mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja dan kerusi, mengurus murid-murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran; mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan dan juga mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. Dengan itu, pengurusan yang baik menandakan jadual kedatangan, mengutip yuran, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengedar alat bantu mengajar, mengutip atau memulangkan buku latihan dan sebagainya.Suasana yang harmoni akan diwujudkan dengan bilik darjah yang bersih, cahaya yang mencukupi, udara yang segar dan tidak panas, kerusi meja yang teratur dan ruang pergerakkan murid yang mencukupi. Di samping itu, masalah disiplin murid dapat dikurangkan.

2.9 Kemahiran Mengurus ICT Dalam kemahiran ini terbahagi kepada 4. Yang pertama, komputer membantu pendidikan ( computer aided education CAE ). Yang kedua, komputer membantu pengajaran ( computer assisted instruction, CAI ). Yang ketiga, komputer mengurus pengajaran ( computer manage instruction, CMI ). Yang keempat, komputer membantu pengujian ( computer assisted testing, CAT ). Komputer digunakan untuk mengumpul data, membuat analisis daripada keputusan peperiksaan kebangsaan. Digunakan dalam pelbagai bidang pengurusan dan pentadbiran pendidikan, baik di peringkat sekolah dan negeri, mahupun di peringkat kebangsaan.

3.0 Peranan Guru Sekolah Rendah Pada peringkat sekolah rendah , guru merupakan salah satu faktor penentu kejayaan seseorang murid dalam pelajarannya. Guru boleh mempengaruhi interaksi bilik darjah dan persekitaran psikososial bilik darjah. Guru mempunyai autoriti / kebebasan untuk menentukan sumber dan kaedah P&P dalam kelas masing-masing. Perkembangan pendidikan pada masa kini memerlukan guru melaksanakan peranan yang pelbagai. Oleh itu guru telah memainkan peranan yang pelbagai dalam sekolah. Antaranya termasuklah : Guru sebagai Pengamal Ilmu dan kemahiran Guru Sebagai Pembimbing Guru Sebagai Pengamal Reflektif Guru Sebagai Sgen Sosialisasi Guru Sebagai Pengganti Ibu Bapa Guru Sebagai Pembelajaran Guru Sebagai Penyelidik Guru Sebagai Agen Perubahan Guru Sebagai Tingkah laku

3.1 Guru Sebagai Pengamal Ilmu dan kemahiran Guru ialah pengamal pengetahuan kandugan pedagogi apabila beliau Berjaya mensintesis dan menyepadukan 3 teras pengetahuan , iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuan konteks pendidikan serta dapat memeperkaitkan kepada konteks yang berbeza secara bersepadu. Guru mempunyai tanggungjawab untuk sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi keperluan pendidikan dan masa depan generasi muda Negara. Pengamal ilmu membawa maksud mencintai, menguasai, sentiasa mencari dan meningkatkan pengetahuan, menggunakan atay mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Pendidik yang berjiwa guru menganggap tugas mengajar adalah suatu amanah yang diberikan kepadanya untuk berbakti dan bersedia berkongsi ilmu tanpa mengharapkan habuan dan pengiktirafan demi kemajuan bangsa dan Negara. Peranan guru sebagai pengamal ilmu terutama semasa melaksanakan aktiviti P&P merupakan satu peranan utama lagi mulia. Memperoleh ilmu tanpa mengamalkannya tidak akan membawa mafaat kepada mana-mana pihak , termasuklah diri individu tersebut. Amalan cinta ilmu dapat meningkatan adab dan martabat diri dan murid serta memberikan petunjuk ke ajalan yang benar.Guru perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang bersesuaian untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang dikuasainya. Guru menstrukturkan pengajarannya dengan mengintegrasikan unsure-unsur kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam penyampaian isi kandungan agar dapat

menghasilkan pelajar yang mampu berfikir pada aras tinggi serta sesuai dengan gaya pembelajaran dan gaya kognitif mereka. Era teknologi maklumat teleh memberikan kesan kepada peranan guru yang sepatutnya berubah daripada seorang penyampai ilmu kepada seorang pembimbing. Untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran yang optimum.Kesemua kemahiran ini boleh dimiliki oleh setiap guru melalui pembacaan, perkongsian maklumat dengan rakan sejawat , amalan refleksi, menghadiri kursus dan amalam penyelidikan tindakan

3.2 Guru Sebagai Pembimbing Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran samata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seseorang murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam kehidupannya. Perbincangan konsep bimbingan seringkali dikaitkan dengan bimbingan dan kaunseling. Secara amnya peranan dan tugas guru biasa dalam konteks bimbingan boleh dilihat dari segi memberikan nasihat, panduan, pengajaran dan pertolongan kepada pelajar yang memerlukan. Shertzer dan Stone (1981) mendefinasikan bimbingan sebagai perkhidmatan membimbingan individu yang memerlukan untuk mencapai kefahaman , pengetahuan dan kemahiran tertentu Proses bimbingan boleh berlaku secara kelompok atau individu. Proses bimbingan boleh dijalankan secara formal di dalam bilik darjah, di dewan sekolah ataupun di tempat rekreasi melalui kursus khas yang dianjurkan untuk tujuan tersebut. Peluang memberikan bimbingan boleh berlaku semasa interaksi formal dengan pelajar. Guru sebagai pembimbing berperanan untuk : Menyemaikan minat dan motivasi terhadap mata pelajaran akademik supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka. Membimbing pelajar mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri, minat dan kecenderungan diri terhadap bidang yang diceburi, sesuai dengan minat dan kebolehan agar bakar dan potensi mereka dapat dikembangkan. Menanamkan minat dan sikap yang sihat terhadap persekolahan dan memperkaitkannya dengan amalan seharian mereka. Mengenal pasti dan membantu pelajar-palajr yang mengalami masalah pelajaran dalam membuat penyesuaian peribadi dari aspek sosial , emosi mental dan fizikal. 3.3 Guru Sebagai Pengamal Reflektif

Aliran pendidikan guru pada masa kini memberikan penekanan kepada penghasilan guru yang reflektif, mampu melibatkan diri dalam proses inkuiri terhadap amalan diri dari segi sosial, emosi dan akademik ( Schon , 1987 ) Boleh dikatakan setiap guru pernah membuat refleksi terhadap sesuatu yang dikaitan dengan aktiviti pengajarannya. Guru yang reflektif akan merancang dan bertindak dengan penuh kesedaran berasakan teori dalan prinsip P&P. Amalan ini boleh diperkembangkan dengan bertanyakan diri soalan yang berkaitan dengan perkara yang dilakukan sebelum semasa dan selepas mengajar dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran dalam profesion guru. Mengikut Schn (1987) apabilan peristiwa atau pengalaman di luar jangkaan berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalahan tersebut teleh melakukan refleksi semasa tindakan. Apabila seseorang merenung kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancan tindakan susuklan individu tersebut telah mengamalkan refleksi keatas tindakan. Pemikiran refleksi perlu merangkumi aspek sosial, moral dan etika dalam proses P&P. Refleksi tentang keasaan pengajaran yang bermasalah berlaku pada tiga aras yang berbeza iaitu teknikel, praktikal dan kritikan ( Van Manen, 1977) Refleksi aras praktikal , guru cuba mengkaji hasil dan kesan daripada cara-cara yang digunakan demi mencapai matlamat pendidikan. Pemikirannya lebih tertumpu kepada andaian yang dibuatnya mengenai tujuan dan akibat pendidikan. Menurut Van Manen, guru-guru yang menggunakan refleksi aras kritikal cuba menggabungkan criteria akhlak, etika dan tidakan prodesional dalam pengajarannya.Prestasi guru dapat ditingkatkan melalui amalan eflektif antara manfaat yang diperoleh adalah : Dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam dirinya untuk mencapai tahap prestasi yang baik. Pengajaran yang lebih berkesan berdasarkan prinsip dan model pengajaran dan kepelbagaian teknik pengajaran Tindakan dan keputusan berasaskan ilmu dan pengetahuan pedagogi berkesan Pemikiran reflektif dapat didokumentasikan dalam bentuk rulisan merupakan sumber rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri tetapi juga sebagai sumbangan idea baharu untuk dirujuk oleh rakan sejawa t dan guru-guru di sekolah lain.

3.4 Guru Sebagai Penyelidik

Guru digalakkan menerapkan budaya penyelidikan untuk memahami persekitaran pembelajaran serta amalan dan tindakan diri demi mempertingkatkan kualiti profesionalisme mereka. Peranan guru sebagai penyelidik adalah nyata apabila aktiviti harian guru dicatat atau didokumentasikan secara nyata/kormal dan secara sistematik , melihatkan diri dalam proses inkuiri dengan tujuan memperbaiki amalan pengajaran dan pencapaian murid. Penyelidikan tindakan,iaitu satu bentuk penyelidikan dan dilaksanakan oleh guru untuk guru dan tentang guru. Segala peranan, fungsi, amalan, budaya dan norma di sekolah lebih difahami oleh guru berbanding dengan penyelidik pihak ketiga. Oleh itu lebig bertepatan untuk guru menyiasat amaln diri dalam situasi sekolah di tempat berliau bertugas ( Stenhouse , 1983 ).Persoalan kajian dalam penyelidikan tindakan mejelma daripada perasaan ingin tahu tentang permasalahan yang diperhatikan. Guru sebagai penyelidik melibatkan diri dalam menghasilkan teori dan kefahaman baharu berkaitand engan permasalahan yang dihadapi (Elliott, 1991 ). Dengan kajian boleh dikongsikan dengan guru lain di samping membina hubungan dengan rakan taulan dalam usaha mencara amalan terbaik P&P. Antara kebaikan gutu sebagai oenyelidik dalam kelasnya sendiri adalah : Menambahkan kejelasan teori , bahasa dan pembelajaran Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman amalan bilik darjah dan meningkatkan kemahiran mengajar Mumudahkah kolaborasi dengan murid-murid dan guru lain. Berpeluang mengembangkan komitmen bersama kea rah penambaikan dan peningkatan kualiti profesion.

3.5 Guru Sebagai Agen Sosialisasi Guru berperanan menyampaikan ilmu kepada murid di sampingan membentuk sikap, nilai dan personality yang cemerlang selaras dengan keperluan individu dan jangkaan masyarakat.Sebagai agen sosialisasi, guru berperanan membentuk individu yang mampu bersosialisasi dan memiliki kecerdasan emosi yang tinggi agar dapar menyesuaikan diri dalam dumua pekerjaan kelak.Guru yang memahami perasaan diri dan orang lain mempunyai kawalan diri dan motivasi diri akan mempamerkan sifat empati serta mampu membantu pelajar membentuk emosi yang sihat. Dari segi hubungan sosial, gutu harus medaj menyesuaikan diri bersifat penyayang dan menghormati perbezaan individu. Dengan itu murid dapat membentuk konsep kendiri positif serta membina keyakinan diri untuk mencapai potensi mereka.

Dalam memainkan peranan sebagai agen sosialisasi, guru harus turut terlibat dengan aktivit kemasyarakat yang dianjurkan oleh komuniti setempat seperti carnival keluarga ekspedisi mendaki bukit, aktiviti kebudayaan. Guru mungkin diundang untuk menjadi jurulatih dalam komuniti setempat. Guru boleh menghulurkan khidmat bantuan dari segi sumbangan bidang kepakaran, tenaga , masa dan kewangan untuk menjayakan aktiviti tersebut. Guru sebagai agen sosialisasi dapat diperkukuhkan jika beliau mempamarkan kesanggupan belajar dan menyesuaikan diri dengan penggunaan teknilogi baharu dalam berkomunikasi seperti penggunaan laman wed dan seumpamanya agar saluran maklumat dapat dicapai dengan lebih cepat dan efisien.

3.6 Guru Sebagai Agen Perubahan Sepanjang profesion keguruan , seseorang guru sudah tentu menghadapi perubahan dalam pelaksanaan tugasnya, menerima murid baharu, keperluan menguasai ilmu dan kemahiran baharu, kurikulum baharu, skim perkhidmatan baharu dan sebagainya. Kita tidak boleh mengelakkan diri daripada menghadapi perubahan, setiap kali pembaharuan berlaku, rutin atau kebiasaan akan terganggu, terdapat juga sesuatu yang mungkin diabaikan dalam proses transisinya. Perubahan boleh menghasilkan ketidakpastian , kerisauan dan juga tekanan hidup. Perubahan juga boleh mwmbawa kesan positif seperti harapan baharu, inovasi dan bagi mereka yang berani menghadapinya akan memperoleh rasa kepuasan daripda pengalaman baharu tersebut. Perubahan merupakn tindakan membuat sesuatu mengikut cara yang lain. Untuk mengekalkan kecekapan dan keterampilan diri, perubahan seharusnya dijadian sebahagian daripada kehidupan harian kita. Perubahan bersifat generative iaitu perubahan di suatu bahagian boleh menyebabkan perubahan dibahagian yang lain. Sekolah merupak institusi pendidikan yang memainkan peranan sebagai pembawa perubahan dan inovasi modenisasi mesyarakat. Guru sebagai agen perubahan harus mampu menguruskan tempo tansisi daripada yang lama kepada yang baharu, membantu orang lain melepaskan cara sedia ada dan mencuba dengan kemampuan diri dan kesediaan untuk melibatkan diri dengan menghadapi perubahan secara konstruktif. Fullan (1993) menyatakan guru melibatkan diri cara profuktif dalam proses perubahan , guru mempunyai tujuan morak yang dikaitan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.Beliau mengatakan, terdapat 4bidang utama bagi membina keupayaan moral untuk menghadapi perubahan, iaitu : membina visi peribadi, inkuiri, masteri, kolaborasi.

Sebagai agen perubahan , guru sendiri mesti mengamalkan konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat. Perubahan harus bersifat generative, iaitu satu idea baharu dapat menjana idea dan inovasi berterusan atau progresif.

3.7 Guru Sebagai Pengganti Ibu Bapa Ibu bapa ialah individu yang paling dekat dengan palajar kerana pembelajaran peringkat awal kanak diperoleh daripda ibu bapa mereka.Perkembangan awal kanak bermula di rumah dimana aspirasi, nilai dan sikap ibu bapa menjadi model untuk dijadikan ikutan. Oleh itu, aspirasi dan nilai di sekolah seiring dengan aspirasi, nilai dan sikap ibu bapa di rumah. Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap pencapaian persekolahan anak mereka. Adalah penting untuk mengekalkan hubungan baik dan ear antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Keperihatinan dan kepekaan gutu terhadap isu akan membantu kanak menghadapi persekolahan dengan lebih yakin. Guru yang memahami situasi sebegiini akan memeberikan perhatian yang lebih khusus dan berusaha muwujudkan persekitaran sekolah dan bilik darjah yang lebih kondusif supaya kerunsingan dan kerisauan kanak tentang dunia di luar sekolah boleh diminimumkan.Dengan mempamerkan kasih saying, kemestaan dan menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan berkualiti, guru boleh berperanan sebagai pengganti ibu bapa serta melayan pelajar yang dahagakan kemasraan dan kasih saying ibu bapa mereka.

3.8 Guru Sebagai Tingkah laku Guru merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam proses P&P bersemuka dengan pelajar pada setiap hari persekolahan. Guru merupakan model yang sangat penting dalam menyalurkan mesej tentang amalan nilai, kepercayaan falsafah dan sikap kepada anak didik mereka. Ibu bapa dan mesyarakat secara amnya melihat peranan guru sebagai pembentuk tingkah laku yang amat berpengaruh sepanjang tempoh pelajar berada di alam persekolahan. Jika guru mempamarkan perasaan bosan, malas dan tidak bersemangat maka pelajar juga akan meniru perlakuan diperhatikannya. Sebagai pembentuk tingkah laku , pada asasnya guru hendak memahami matlamat pembelajaran yang ingin dicapai. Pendekatan pembentukan tingkah laku yang digunakan seharusnya menyokong matlamat dan tujuan pendidikan. Guru perlu mempunyai kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan pembentukan tingkah laku secara profesionalm berlandaskan falsafah dan teori tingkah laku yang bersuaian. Seorang pembentuk tingkah laku yang menggunakan pendekatan bahaviouris akan :

Memberi fokus kepada perubahan tingkah laku. Tingkah laku merupakan tindakan yang boleh diperhatikan didengan dan diukur Oleh itu , sikap, nilai, pegangan, perasaan dan imej diri bukan focus utama dalam pembentukan tingkah laku yang diingini melalui peneguhan. Mengutamakan penggunaan peneguh semula jadi. Memberi fokus kepada pemikiran, perasaan, keperluan psikologikal dan emosi seseoran individu. 3.9 Guru Sebagai Pembelajaran P&P yang bekesan bakan sahaja bergantung kepada keupayaan guru untuk mengaplikasikan kemahiran pengajaran dalam bilik darjah tetapi mempunyai kemahiran untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang kondusif. Guru sebagai pengurus pembelajaran akan berusaha untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan penglibatan serta kerjasama pelajar dalam aktiviti bilik darjah supaya proses pembelajaran bermakna dan produktf. Sebagai pengurus pembelajaran, guru bertanggungjawab untuk : Merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti P&P Menguruskan bilik darjah dari aspek peraturan dan rutin pengendalian kelas. Menguruskan persekitaran psikososial bilik darjah dengan memastiakn persekitaran pembelajaran adalah mesra ,. Seorang pengurus pembelajaran yang berkesan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi, kompetensi pedagogi dan isi kandungan serta penghayatan nilai dan sikap secara positif.

4.0 Kesimpulan Guru merupakan jabatan atau profesi yang memerlukan keahlian khusus sebagai guru. Orang yang pandai berbicara dalam bidang-bidang tertentu, belum dapat disebut sebagai guru. Untuk menjadi guru diperlukan syarat-syarat khusus, apalagi sebagai guru yang profesional harus menguasai betul seluk beluk pendidikan dan pengajaran dengan berbagai ilmu pengetahuan lainya perlu dibina dan dikembangkan melalui masa pendidikan tertentu atau pendidikan prajabatan.Tugas dan peran guru tidakalah terbatassi dalam masyarakat, bahkan guru pada hakekatnya guru merupakan komponen strategis yang memilih peran penting dalam menentukan gerak maju kehidupan bangsa.

Вам также может понравиться