Вы находитесь на странице: 1из 7

10.

8 KOD ETIKA PERLAKUAN GURU PRASEKOLAH



Adakah anda seorang guru prasekolah yang baik?

Perkara yang sangat mustahak kepada seorang guru prasekolah adalah :
O meletakkan kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai fokus yang
utama. Kanak-kanak adalah kanak-kanak, mereka perlu diterima,
dihormati dan dilayan dengan cara yang terbaik.
O Anda sentiasa menunjukkan kelakuan yang mengambil berat
tentang mereka. Kita perlu senyum, ketawa, bercakap dengan
kanak-kanak, berjenaka dengan kanak-kanak, meletakkan tangan
pada bahunya, duduk bersama mereka, dan memeluk mereka jika
perlu dan memberitahu kanak-kanak bahawa anda sangat
mengambil berat terhadap mereka.


10.8.1 Etika Tanggungjawab Kepada Kanak-Kanak

Sebagai pendidik kanak-kanak adalah wajar anda mempunyai ciri-ciri
profesional seperti berikut:
O Peka terhadap perasaan kanak-kanak dan kualiti kanak-kanak berfikir.
O Lebih mengutamakan kebajikan kanak-kanak dan keselamatan kanak-
kanak kami daripada hal-hal lain.
O Sedia mendengar suara hati kanak-kanak dan memahami mereka.
O Mempunyai rasa belas kasihan dan kasih sayang kepada kanak-kanak.
O Selalu menggunakan komunikasi bukan lisan dan memaksimakan
komunikasi bersama kanak-kanak.
O Sentiasa melindungi hak kanak-kanak.
O Bersikap adil terhadap setiap seorang kanak-kanak tanpa mengira faktor-
faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau
agama.
O Menerima kanak-kanak sebagai individu yang berbeza dan menggunakan
aspek yang positif dalam kumpulan kanak-kanak.
O Membuat kawalan yang baik daripada membuat ugutan (threatening).
O Memberikan perasaan yang responsif, sentiasa memberi galakan dan
memberi peluang kejayaan kepada kanak-kanak serta memberi sokongan
apabila mereka dalam keadaan yang kebingungan dan keliru.
O Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada kanak-kanak.
O Membawa unsur kecindan (humor) dan daya imaginasi dalam kumpulan.
O Meningkatkan dan memaksimakan komitmen terhadap kekuatan dan
potensi kanak-kanak.
O Membimbing dan mengajar kanak-kanak mempelajari satu tahap
penguasaan kemahiran mengikut tahap pencapaian dan penguasaan
kemahiran mereka.


Kod Etika Terhadap Kanak-Kanak ( Etika NAEYC )



P-1.1.Kita tidak boleh merosakkan kanak-kanak. Kita tidak boleh terlibat dalam
membahayakan kanak-kanak dengan apa cara sekali pun. Kita tidak boleh
menindas, merosakkan anggota fizikal kanak-kanak.
P-1.2.Kita tidak patut menyertai mana-mana aktiviti yang mendiskriminasi kanak-kanak
yang memberi kelebihan kepada aktiviti yang berlandaskan agama, bangsa,
warganegara, kebolehan, status, kelakuan atau kepercayaan ibu bapa mereka.
P-1.3.Kita perlu melibatkan diri dengan aktiviti yang berilmu dalam memberi keputusan
yang wajar dan melibatkan kepentingan kanak-kanak.
P-1.4.Kita perlu membiasakan diri dengan simptom penderaan kanak-kanak dari segi
fizikal, seksual, lisan dan emosi serta tahu tentang undang-undang dan akta dalam
melindungi kanak-kanak.
P-1.5.Apabila kita mempunyai bukti tentang penderaan kanak-kanak, kita perlulah
melaporkan kepada pihak yang berkenaan dan pastikan tindakan sewajarnya akan
diambil.





10.8.2 Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa
Pendidik kanak-kanak juga mempunyai tanggungjawab kepada ibu bapa dan
keluarga kanak-kanak seperti:
O Sebagai seorang guru anda adalah seorang manusia yang
mementingkan manusia lain.
O Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
O Kita mempunyai etika tanggungjawab untuk merahsiakan semua
maklumat mengenai kanak-kanak dan keluarganya kecuali yang
berhak mengetahuinya.
O Kita tidak boleh menceritakan hal kanak-kanak di hadapan ibu
bapa mereka, kerana ini akan merosakkan konsep kendiri kanak-
kanak.
O Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
O Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu
bapa secara teliti dan bijaksana.
O Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau
melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
O Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh
kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.






Etika Tanggungjawab Kepada Ibu Bapa dan KeIuarga ( Etika NAEYC)

P2.1 Kita tidak boleh menafikan ahli keluarga kanak-kanak daripada memasuki bilik
darjah.
P2.2 Kita akan memberitahu keluarga kanak-kanak tentang falsafah program, polisi
dan kelayakan akademik
P2.4 Kita akan melibatkan keluarga dalam membuat keputusan penting yang
melibatkan anak mereka.
P2.5 Kita akan memberitahu keluarga jika anak mereka terlibat dengan kemalangan
semasa di sekolah.
P2.6 Keluarga akan diberitahu secara penuh tentang apa-apa cadangan penyelidikan
yang melibatkan kanak-kanak dan mereka akan diberi peluang sama ada
memberi atau tidak memberi persetujuan.
P2.7 Kita tidak akan melibatkan diri dalam eksploitasi terhadap keluarga. Kita tidak
akan menggunakan perhubungan kita dengan keluarga untuk kepentingan
peribadi atau keuntungan diri sendiri.
P2.8 Kita akan mengekalkan kerahsiaan dan hormat terhadap keluarga serta hak
mereka terhadap hal-hal peribadi.


10.8.3 Etika Tanggungjawab Kepada Masyarakat
uru pendidikan awal kanak-kanak harus memupuk kesantunan diri kepada
kanak-kanak di bawah jagaannya supaya menghormati ibu bapa dan orang
yang lebih tua
O Mengelakkan diri mengajar kanak-kanak tentang ajaran yang
bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat.
O Berpegang kepada tingkah laku yang sopan dan diterima oleh
masyarakat.
O Mempamerkan bahasa pertuturan yang baik untuk menjadi ikutan
kanak-kanak dan keluarga.
O Menunjukkan cara berpakaian yang sopan dan terpuji.
O Menghormati masyarakat setempat dan memenuhi segala tanggung
jawab sebagai seorang warganegara dan sanggup mengambil bahagian
dalam sebarang kegiatan masyarakat.
O Mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang sumbang pada mata
masyarakat.
O Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

10.8.4 . Etika Tanggungjawab Terhadap Pentadbir


uru mempunyai etika dan tanggungjawap kepada pentadbir atau guru besar
atau pengurus di premis nursery iaitu :
O sentiasa patuh kepada arahan perkhidmatan atau arahan guru
besar dari masa ke semasa. Contohnya arahan menepati masa
datang dan waktu balik sangat penting.
O uru mesti datang awal sebelum kanak-kanak datang.ke sekolah.
uru tidak boleh balik sebelum kanak-kanak semua balik ke rumah
masing-masing.
O uru perlu menunggu kanak-kanak sehingga ibu bapa mereka
menjemput mereka balik.
O Jawatankuasa pentadbir perlu menetapkan masa paling lewat
untuk mengambil anak mereka dan sekiranya lewat perlu
dimaklumkan lebih awal dan bayaran lebih masa perlu dikenakan
mengikut jam yang ditetapkan.
O uru tidak boleh meninggalkan kanak-kanak tanpa guru lain atau
pembantu. Kita perlu sentiasa hadir bertugas bersama kanak-
kanak.
O Segala kelengkapan dan perabut yang dibeli dan digunakan perlu
direkod dan dilaporkan kepada pentadbir dari masa kesemasa.
O uru hendaklah membuat permohonan kepada pentadbir
sekiranya hendak membawa kanak-kanak untuk aktiviti lawatan
dan mendapatkan keizinan dari ibu bapa atau penjaga tentang
lawatan yang hendak dilaksanakan.
O Segala perkara yang melibatkan kewangan perlu mendapat arahan
dari pentadbir, dan sekiranya memungut yuran atau sumbangan
wang perlu diserahkan kepada bahagian kewangan sekolah.

10.8.5 Etika Tanggungjawab Terhadap Pekerja

Pembantu tadika yang telah dilantik oleh kerajaan adalah menjadi ahli dan rakan
sejawat kepada anda dalam melaksanakan aktivitiaktiviti di prasekolah. Anda
yang menentukan senarai tugas yang perlu dilakukan setiap hari di prasekolah.
Antara tugas yang yang mesti dilakukan oleh pekerja adalah seperti berikut:
O Mempastikan prasekolah sentiasa bersih dan kemas di dalam dan di luar
bilik darjah. Contohnya mengelap lantai bilik darjah setiap hari selepas
kanak-kanak meninggalkan bilik darjah.
O Memasak makanan mengikut menu yang anda ditetapkan pada setiap
hari. Anda memastikan makanan yang dimasaknya sentiasa bersih dan
cara masak yang sesuai dengan selera kanak-kanak iaitu tidak pedas dan
elakkan keracunan makanan.
O Sentiasa hormat kepada pekerja dan menjaga kebajikannya
O Anda perlu membimbing pekerja supaya memahami psikologi kanak-
kanak dan bekerjasama dalam melaksanakan saranan yang positif untuk
kanak-kanak melakukannya contohnya sentiasa mengucapkan terima
kasih, menghormati orang tua dan memuji sekiranya kanak-kanak
melakukan sesuatu perbuatan yang baik dan terpuji.

10.9 GURU SEBAGAI MODEL
Seorang guru prasekolah mesti berkelakuan baik dan berfikir dengan cara
yang berbeza daripada guru sekolah rendah. uru prasekolah perlu
mempunyai keyakinan diri untuk berbuat sesuatu, cekap dalam pengetahuan,
kemahiran dan kepakaran dalam ilmu pengetahuan. uru perlu menunjukkan
model yang baik .
f we want them to treat ech other with courtesy and dignity, then we must do
the same to them. ( Betty 2004 )
uru mestilah melakukan perkara-perkara yang positif seperti berikut:
O Bercakap dengan lemah lembut.
O Biar kanak-kanak tahu yang guru memuji apa yang baik mereka lakukan.
O Beri ucapan salam atau selamat pagi kepada kanak-kanak secara individu
supaya kanak-kanak tahu mereka dihargai dan memang istimewa.
O uru menunjukkan cara yang baik . Sebagai contoh guru tidak boleh
duduk di atas meja atau minum sambil berjalan.
O Demonstrasi kelakuan yang sopan dengan orang dewasa yang lain
dalam bilik darjah. ni kerana kanak-kanak sangat berminat untuk
memerhati orang dewasa berinteraksi dan selepas memerhatikan
kanak-kanak akan meniru tingkah laku tersebut.
O alakkan kanak-kanak bermain. Bermain adalah kerja kanak-kanak.
Bermain adalah konsep belajar yang merupakan pengalaman yang
bermakna.
O uru sebagai pengurusi. uru memberi peluang kepada kanak-kanak
kebebasan dan berdikari untuk membuat keputusan tentang aktiviti yang
mereka pilih, contohnya apabila memilih aktiviti bermain..Play is a natural
avenue for children learning Beri peluang kanak-kanak memilih alat
mainan yang mereka minati.
uru menjadi fasilitator bermakna memudahkan pembelajaran kanak-kanak.
uru sebagai pemandu ( nstructor ) perlu mempraktikkan perkara berikut:
O Menarik perhatian kanak-kanak dengan menggunakan bahan yang
konkrit iaitu bahan tersebut dijadikan bahan untuk memulakan
perbualan. uru menarik perhatian kanak-kanak sebagai contoh bahan
blok. uru boleh juga sediakan bahan yang baru.
O Beri arahan yang jelas kepada kanak-kanak.
Jika disoal apakah kualiti guru yang berkesan untuk kanak-kanak, tentu banyak
jawapan yang diberikan. Di antara kriteria yang penting ialah mudah didekati,
peka, bertenaga, jenaka, fleksibel, atau sabar warmth,sensitivity,energy, sense
of humor, flexibility,or patience. (Feeney &Chun,1985, Katz, 1984).

Вам также может понравиться