You are on page 1of 1

Aku sebuah motosikal. Honda EX5 namaku.

Aku dibuat daripada gabungan besi, getah,


kaca, plastik dan lain-lain lagi. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Tokyo, Jepun.
Setelah anggotaku dipasang, aku dan rakan-rakanku akan dihantar ke pelabuhan untuk
dieksport ke Malaysia. Apabila aku sampai di pelabuhan Klang, sebuah lori lain telah menanti
aku. Aku dan kawan-kawanku dibawa oleh lori ke sebuah kedai.
Di kedai itu, aku dipamerkan kepada orang awam. Tuan kedai itu telah meletakkan
tanda harga pada badanku. Hargaku ialah RM 4 600. Aku begitu bangga kerana banyak orang
memuji-muji akan kecantikanku.
Aku dibeli oleh seorang pemuda. Pemuda itu menunggangku dengan penuh gaya.
Tugasku setiap hari adalah untuk membawa pemuda itu pergi dan pulang dari kerja. Selain itu,
aku turut ke mana-mana tempat yang dihajati pemuda itu. Dia menjagaku dengan baik sekali.
Dia selalu mengelap dan mengilatkan badanku.
Pada suatu hari, aku terperanjat kerana rantai yang mengunciku telah dipotong oleh
seorang lelaki. Dia pencuri motosikal. Tiba-tiba di suatu selekoh, ada sekatan polis. Pencuri itu
memecutkan aku dengan laju hingga gagal mengawalku. Kami terbabas. Badanku remuk
berkecai.
Nasibku makin malang selepas itu. Aku dicampakkan ke kawasan longgokan besi buruk.
Tampaknya, inilah tempat paling sesuai bagiku kini.