Вы находитесь на странице: 1из 27

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

1. Pendahuluan Dalam dunia pendidikan , penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan yang tepat. Oleh itu suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian, seperti pencapaian akademik murid, adalah agak sukar dan rumit, begitu juga membina item atau soalan ujian itu sendiri. Dengan adanya penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), sedikit sebanyak akan dapat membantu guru untuk memilih jenis item atau soalan tersebut. 2. Definisi JSU JSU adalah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. JSU mengandungi maklumat mengenai bentuk dan panjangnya ujian, aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji; pembahagian soalan untuk tiaptiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan

murid-murid yang akan diuji. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan keesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

3. Langkah-langkah membinan JSU Langkah 1 Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji. Langkah 2 1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen 2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah) 3. Menetapkan pemarkahan Contoh bina 30 soalan objektif ,1 markah bagi satu soalan Jumlah soalan bagi setiap topik dikira.

Langkah 3 1. Menentukan aras kesukaran 2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU) 3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom. Soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir murid. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif murid. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada enam tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Aras pengetahuan merupakan aras mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Aras Kefahaman, aras pemikiran yang dapat mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Aras Penggunaan / aplikasi , di mana murid menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah. Aras Analisis adalah aras pemikiran yang di mana sesuatu yang kompleks dapat dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat. Aras Sintesis merupakan aras yang dapat menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat

ramalan, membuat klasifikasi. Aras Penilaian di mana murid dapat membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik.

Langkah 4 1. Memastikan jenis ujian yang akan / hendak diuji. 2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lainlain bergantung kepada format.

Langkah 5 1. Menyatakan matapelajaran 2. Tingkatan atau kelas 3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

4. Ciri-ciri JSU Setiap JSU hendaklah mempunyai tajuk yang hendak diuji. Senaraikan aras kemahiran yang hendak diuji. Paksi menegak mengandungi tajuk yang hendak diuji dan paksi mendatar, jenis kemahiran yang diuji. Gambaran tentang bilangan soalan dan aras kesukaran dalam satu ujian. Merangka secara nyata bidang yang akan diuji

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

5. Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Peperiksaan Pertengahan Tahun Bahasa Melayu Tahun 5 BIL BIDANG Jam TAJUK (A ) 1. 2. MORFOLGI Kata Ganti Nama Imbuhan -Awalan 3. 4. 5. 6. 7. Kata Adjektif Sifatan Kata Sendi Nama Penanda Wacana Kata Hubung Pancangan Keterangan Kata Kerja: -Aktif Transitif -Penggandaan Berentak -Apitan 8. 9. 10 Kata Nama Tunggal Pejodoh Bilangan Sinonim Kata Banyak Makna 1 1 1 2 1 1 2 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 48 1 1 2 OBJEKTIF ARAS 3 4 5 6 BILANGAN ITEM 16 1

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

BIDANG BIL Jam TAJUK 11. 12. (B) 1. 2. 3. 4. PERUMPAMAAN SIMPULAN BAHASA SINTAKSIS Ayat Tanya Ayat Penyata Ayat Seruan Ayat Pasif 15 27 1 1 1 1 2 1 1

OBJEKTIF ARAS 3 4 5 1 6

BILANGAN ITEM 2 1 9 1 2 1 4 2 1 5

1 1 1

(E) PETIKAN 1. Puisi - Pantun Soalan Kefahaman JUMLAH

1 90 4 9

1 6

2 7 2

1 2

5 30

PETUNJUK: 1.Pengetahuan 2.Kefahaman 3. Aplikasi 4. Analisis 5.Sintesi 6. Penilaian

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

N AMA: ___________________________

TAHUN : 5__

011 Bahasa Melayu Pemahaman Mei 2011 40 minit PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN SK. RENGIT, BATU PAHAT

BAHASA MELAYU Pemahaman TAHUN 5 Empat Puluh Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 30 soalan. Jawab semua soalan. 2. Jawab dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 3. Bagi setiap soalan hitamkan satu ruangan sahaja. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. _____________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu sahaja jawapan yang betul. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga soalan 16 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1. Tayar kereta sorong yang digunakan untuk _________ pasir itu pancit. A B C D berangkut mengangkut diangkut tersangkut Imbuhan Awalan (Kefahaman)

2. Jemputlah datang ke rumah ______ pada hujung minggu ini, pelawa Mak Timah dan suaminya kepada Nenek Lijah. A B C D dia kami kita mereka Kata Ganti Nama (Pengetahuan)

3. Tutuplah bekas plastik itu dengan baik agar biskut di dalamnya tidak_________ . A B C D empuk lemau lembik lembut Kata Adjektif Sifatan (Analisis)

4. _________ Halimah pandai ________ dia kedekut ilmu. A B C D Sungguhpun tetapi Walaupun dan Bukan sahaja namu Kerana dan
7

Penanda Wacana Penghubung (Applikasi)

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Soalan 5 berdasarkan gambar 1

Gambar 1 5. Minat Halimah_________ bidang seni tidak pernah padam walaupu ditentang oleh ibu dan ayahnya. A B C D terhadap umpama dengan oleh Kata Sendi Nama (Applikasi)

6 . Samsul mengaku_________ dialah yang mengambil buku itu tanpa kebenaran. A B C D sekiranya semoga agar bahawa Kata Hubung Pancangan Keterangan (Pengetahuan)

7. Keadaan di depan pintu gol pasukan Kedah_________ akibat daripada asakan bertubi-tubi pasukan lawan. A B C D haru-biru kacau-bilau hiruk-pikuk kucar-kacir Kata Kerja Penggandan berentak (Applikasi)

8. Ahli pengakap itu memikul se_________ kayu api untuk kegunaan memasak makanan. A B C D potong ikat berkas batang
8

Kata Nama Tunggal Penjodoh Bilangan (Pengetahuan)

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

9. Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak projek Itu. Perkataan seerti bagi memantau ialah .. A B C D mengawasi memerhati memintas memandai sinonim (Kefahaman)

Soalan 10 hingga Soalan 12 Isikan tempat kosong yang bernombor dengan jawapan yang paling sesuai. Dia tidak sanggup lagi ....(10).... seperti binatang. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk melarikan diri dan ....(11).... tindakan majikannya itu kepada pihak polis. Biar majikannya didakwa di mahkamah dan mendapat ....(12).... yang setimpal dengan perbuatannya. 10 . A B C D 11. A B C D A B C D berkelakuan dilakukan memperlakukan diperlakukan laporkan melaporkan dilaporkan memperlaporkan hukuman dihukum menghukum terhukum Kata Kerja Apitan (Applikasi)

Kata Kerja Aktif Transitif (Kefahaman)

12.

Kata Kerja Aktif Transitif (Kefahaman)

13.Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I Sazali pedih apabila ayahnya berkata begitu.

II Hatinya pedih apabila terkenang akan peristiwa itu. III Bekas lukanya terasa pedih apabila terkena air. IV Kita dilarang bercakap tentang perkara-perkara pedih itu. A B C D I dan III II dan III I, II dan III II , III dan I Kata Banyak Makna (Analisis)

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Soalan 14 dan 15 Pilih peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas.

14. Pembantu rumah itu amat taat akan majikannya dan menurut sahaja segala perintah mereka. A B C D Seperti Si Kudung mendapat cincin Seperti kerbau dicucuk hidungnya Bagai telur di hujung tanduk Bagai pungguk rindukan bulan Perumpaan (kefahaman)

15. Pasangan pengantin yang disandingkan di atas pelamin itu kelihatan cantik dan sepadan , bak kata pepatah .. A B C D bagaikan aur dengan tebing bagaikan pinang dibelah dua Ibarat cincin dengan permata Ibarat anjing dengan kucing Perumpamaan (Sintesis)

Soalan 16 berdasarkan gambar 2

Gambar 2 16 .Apakah simpulan bahasa yang brkaitan dengan situasi dalam gambar. A B C D Pukul curi Peluk tubuh Perang mulut Pasang telinga Simpulan Bahasa (Kefahaman)

10

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

17. Mengapakah kamu masih belum tidur ? Pilih jawapan yang sesuai dengan ayat tanya di atas. A Saya akan tidur sebentar lagi. B Ya, saya masih belum tidur. C Saya biasanya tidur selama tujuh jam. D Saya hendak menyiapkan kerja ini sebelum tidur. Soalan 18 dan 19 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. 18. Di dalam bakul itu terdapat setangkai rambutan . A B C D Adakah di dalam bakul itu terdapat setangkai rambutan? Apakah yang dimasukkan oleh liza ke dalam bakul itu? Apakah yang ada didalam bakul itu? Siapakah yang memasukkan rambutan ke dalam bakul itu? Ayat Tanya Ayat Penyata (Kefahaman)

(Kefahaman)

19. Kerja-kerja penyambungan paip itu telah diselesaikan petang semalam. A B Bilakah kerja-kerja penyambungan paip itu dimulakan? Bilakah kerja-kerja penyambungan paip itu dapat diselesaikan? C D Mengapakah paip-paip itu perlu disambungkan petang semalam? Benarkah kerja-kera penyambungan paip itu telah selesai semalam? Ayat Tanya (Sintesis)

Soalan 20 dan 23 Pilih ayat yang betul. 20. A B C D Nah ! pergi kau dari sini. Wah, sakitnya kakiku ini ! Aduh, cantiknya lukisan kamu ini ! Aduhai, nasibku sungguh malang sekali ! Ayat Seruan (Analisis)

11

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

21. A B C D 22. A B C D

Wah, mahalnya kain songket itu ! Wah !, mahalnya kain songket itu . Ah, simpanlah surat itu baik-baik ! Nah ! dengarlah nasihat nenek itu baik-baik. Budak perempuan itu tidak adik saya. Ana, sila ambil baju-baju kotor di dalam bilik kamu. Saya bukan berasal dari Sarawak tetapi dari Johor. Kelas itu ialah untuk membincangkan soalan UPSR. Ayat Penyata (Analisis) Ayat Seruan (Kefahaman)

23. A B C D

Hujan lebat telah membatalkan perlawanan itu. Ibu telah pulang pada minggu hadapan. Mereka akan berkelah di pantai itu semalam. Cikgu Basir masih belum sihat lagi. Ayat Penyata (Penilaian)

Soalan 24 dan 25 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 24. Emak telah menampal seluar adik yang koyak itu. A B C D Seluar adik koyak itu emak tampal. Seluar adik telah koyak telah emak tampal. Seluar koyak adik itu telah emak tampal. Seluar adik yang koyak itu telah ditampal oleh emak. Ayat Pasf (Analisis)

25. Perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. A B C Hujan lebat telah membatlkan perlawanan itu. Kerana terpaksa perlawanan itu dibatlkan sebab hujan. Hujan yang lebat telah menyebabkan perlawanan itu dibatalkan. D Perlawanan itu akan dibatalkan jika berlaku hujan lebat. Ayat Penyata (Applikasi)

12

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Soalan 26 hingga Soalan 30 Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Matahari terlindung cuaca redup, Budak bermain senangnya hati; Ilmu itu pelita hidup, Harus dicari hingga ke mati. Gembira sungguh di hari raya, Tetamu datang tiada henti; Kaya ada bermacam kaya, Ilmu di dada paling bererti. Pak Lebai memakai kopiah, Sambil tersenyum melayan tetamu; Mencari ilmu bukannya payah, Asalkan rajin tak kenal jemu. Hati gembira apabila bertemu, Setelah lama asyik berjauhan; Membaca itu jambatan ilmu, Rajin bertanya luas pengetahuan

26 Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'? A B C D Ilmu dapat mencerahkan kehidup manusia. Pelita diperlukan semasa mencari ilmu. Ilmu akan dibawa hingga ke mati. Ilmu itu dapat menghidupkan pelita. Aplikasi

27. Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan A B C D rahsia seksa sukar mudah Pengetahuan

13

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

28. Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh A B C D menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu. membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu. menambah pengetahuan orang yang bertanya itu. menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca. Analisis

29. Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali A B C D kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu. kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'. membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu. Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi. Analisis

30. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah A B C D Mari Berpuisi Faedah Ilmu Pantun Ilmu llmu Dalam Pantun Penilaian

14

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

6. Dua pertimbangan dalam pembinaan JSU berdasarkan prinsip-prinsip pembinaan ujian. Beberapa prinsip-prinsip pembinaan ujian diperlukan untuk memastikan bahawa ujian yang dibentuk, dilaksanakan, dan digunakan untuk menilai kebolehan murid yang perlu dinilai. Prinsip utama ujian hendaklah ada keesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran, dan

memudahkan interpretasi. Beberapa pertimbangan perlu dibuat dalam pembinaan JSU, seperti ujian yang hendak ditadbir sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan

pelajaran yang mingkin merangkumi komponen pegetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan murid-murid diuji dengan menggunakan soalan yang releven dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran.

Dua pertimbangan dalam pembinaan JSU berdasarkan prinsip-prinsip pembinaan ujian iaitu kebolehpercayaan dan kesahah.

6.1 Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.Di mana jika ujian ini diberikan kepada murid yang sama dalam keadaan yang sama berulang-ulang kali akan menunjukkan markah atau keputusan yang sama setiap kali. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai.

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan
15

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik. Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang. Kebolehkepercayaan sesuatu alat ukuran bermaksud ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh alat tersebut. Kebolehpercayaan ujian bermaksud ketekalan markah yang dihasilkan oleh ujian itu. Terdapat lima jenis kebolehpercayaan Kesetaraan dan iaitu Ukuran kestabilan, Ukuran Kesetaraan, Ukuran Kestabilan, Ukuran Ketekalan Dalaman dan

Kebolehpercayaan Pemeriksa.

6.1.1 Ukuran Kestabilan Ukuran Kestabilan menggambarkan tahap keyakinan kepada guru untuk membuat generalisasi skor yang akan diperolehi murid, sekiranya ujian ini diberikan sekali lagi kepada mereka di masa akan datang. Ukuran ini

berbeza berdasarkan jarak masa dan pengalaman atau intervensi yang dilalui oleh murid. Biasanya Ukuran Kestabilan adalah tinggi sekiranya jarak masa antara dua pentadbiran ujian adalah pendek, kerana murid masih ingat jawapan kepada soalan. Berbanding kepada muid yang tidak ada intervensi.

6.1.2 Ukuran Kesetaraan Ukuran Kesetaraan menggambarkan tahap keyakinan kepada guru untuk membuat generalisasi skor yang akan diperolehi murid, sekiranya mereka diberi ujian terdiri daripada item-item lain yang setera dengan ujian yang telah diberi. Dua ujian setera yang boleh digunakan ialah ujian pra dan ujia-pos.
16

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Ujian setera juga boleh menguji dua kumpulan murid yang berbeza pada masa yang berlainan.

6.1.3 Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan Ukuran Kesetaraan dan kestabilan memberikan tahap keyakinan kepada guru untuk membuat generasi skor yang akan diperolehi murid-murid, sekiranya diberi ujian yang setara di masa yang berlainan. Ujian jenis ini akan menghapuskan kesan hafalan jawapan atau kesan latih tubi soalan pertama terhadap jawapan ujian kedua, disamping menilai pencapaian murid-murid selepas jangka masa yang panjang. Ukuran Kesetaraan ialah membuat pengukuran dengan mentadbir ujian kedua yang setara dengan ujian pertama. Manakala Kestabilah ialah ujian ditadbirkan pada suatu masa yang lain.

6.1.4 Ukuran Ketekalan Dalaman Ukuran Ketekalan Dalaman boleh ditentukan dengan menggunakan sekali ujian sahaja. Salah satu kaedah yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman ialah dengan membelah atau memecahkan ujian kepada separuhseparuh (split half), iaitu separuh pertama dan separuh kedua. Ukuran Ketekalan dalaman Belah Dua dapat menggambarkan kesetaraan dalaman ujian, iaitu antara separuh pertama dengan separuh kedua sesuatu ujian. Kaedah lain yang digunakan untuk mengukur ketekalan dalam ujian ialah Kaedah Kuder-Richardson dan Kaedah Cronbach. Terdapat dua Kaedah Kuder-Richardson yang digunakan untuk mengira Ukuran Ketekalan Dalam bagi item berjawapan dikotomi (batul/salah) dan sekiranya indeks sama bagi semua item. Kaedah Cronbach menggunakan pekali alfa sebagai Ukuran Ketekalan Dalaman. Ia berguna bagi item bukan jawapan dikotomi, seperti item berbentuk essei.

17

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

6.1.5 Kebolehpercayaan Pemeriksa Kebolahanpercayaan Pemeriksa bermaksud ketekalan ukuran yang diberi oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa kertas jawapan yang sama. Kebolehpercayaan ini tidak diperlukan dalan soalan berbentuk objektif. Kebolahanpercayaan Pemeriksa boleh dikira dengan memberikan jawapan sekumpulan murid yang sama kepada dua pemeriksa. Kebolahanpercayaan Pemeriksa ini memberi tahap keyakinan kepada guru untuk membuat

generalisasi bahawa yang diberikan oleh kedua-dua pemeriksa kepada murid adalah sama. Kebolepercayaan (Ketekalan ) menentukan kualiti dan kredibiliti bagi seseorang pemeriksa terhadap kertas ujian sesuatu peperiksaan. Dengan kata lain ketekalan membawa maksud pengekalan standard yang sama bagi semua pemeriksa yang berlainan apabila mereka memeriksa skrip yang sama. Perbezaan yang ketara antarapemeriksa akan mencerminkan ketekalan yang rendah. Ketekalan yang paling ideal dalam sesatu pemeriksaan kertas ujian terjadi apabila perbezaan sifar antara pemeriksa.

6.2 Kesahan Kesahan adalah ketepatan ujian mengukur apa yang hendak diukur. Ia merujuk kepada kesesuaian, bermakna dan berguna sesuatu inferen yang dibuat daripada skor ujian.Oleh itu kesahan ujian dilihat sebagai satu proses mengumpulkan bukti-bukti bagi menyokong sesuatu inferen atau tafsiran yang dibuat. Sekiranya sesuatu ujian mengukur secukupnya objektif perlakuan yang hendak diukur, maka inferen atau tafsiran yang dibuat berdasarkan skor ujian itu dikatakan sah. Dalam pelaksanaan ujian, kesahan merupakan ciri utama dalam menentukan ujian. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran, konstruk yang telah dirancang diukur itu. ciri, sifat atau

18

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Dengan lain perkataan , sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu. Bagi menjamin kesahan suautu skor uijan, pelbagai bukti perlu dikemukakan. Pengkelasan cara membukutikan kesahan ujin boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, kesahan konstruk, kesahan isi kandungan, dan kesahan kaitan-kriteria. 6.2.1 Kesahan Konstruk Kesahan konstruk merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu dapat mengukur sesuatu konstruk berasaskan teori psikologi tertentu. Kesahan konstruk adalah penting kepada ahli-ahli pendidikan dan psikologi yang ingin membuat kajian tentang konstruk. Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya

diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk menentukan sejauh mana skor ujian itu dapat ditafsirkan kepada trait bagi sesuatu konstruk yang diuji. Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM.

6.2.2 Kesahan Kandungan Salah satu tujuan ujian ialah untuk menilai apa yang telah dipelajari murid bagi sesuatu mata pelajaran pada akhir penggal persekolahan. Bagaimanapun , ujian yang diberi dalam masa yang agak pendek itu tidak dapat menguji semua sukatan pelajaran. Soalan hanya boleh dianggap sebagai sampel kepada sukatan pelajaran yang begitu luas.
19

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukur itu mengumpul maklumat yang mencakupi kandungan pelajaran yang diukur. Sekiranya kandungan bidang pembeajaran yang hendak diuji itu luas, guru boleh menggunakan teknik persempelan isi kandungan yang mewakili bidang pembelajaran yang diuji.Pengesahan bukti berkaitan dengan kandungan dalam membuat tafsiran dan inferen skor ujian ini berkait rapat dengan ujian pencapaian ini. Ini adalah kerana skor yang diperolehi murid akan menunjukkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pelajaran atau topik yang diuji. Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk meningkatkan kesahan kandungan , seperti merujuk semula kepada buku rekod pengajaran dan juga Sukatan pelajaran. Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji. Kaedah ini dapat memastikan soalan-soalan ujian mewakili semua objektif pengajaran dan semua kemahiran yang telah dipelajari. Ujian bahasa, contohnya memerlukan guru membuat persampelan yang lebih meluas tentng kemahiran dan aspek bahasa yang perlu diuji, contohnya kemahiran lisan, membaca , menulis karangan, meringkaskan karangan dan sebagainya.

6.2.3 Kesahan Berkaitan Kriteria Kesahan Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Ia menjelaskan sejauh mana skor sesuatu pengukuran

mempunyai hubungan dengan kriteria luar yang telah diketahui. Pengesahan berkaitan kriteria merupakan satu kaedah secara empirikal yang

menghasilakn kolerasi pekali.


20

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Kolerasi ialah pertalian antara dua pemboleh ubah. Kesahan kriteria ini dapat ditinjau daripada dua aspek iaitu Kesahan Ramalan, dan Kesahan Serentak/semasa.

6.2 .3.1 Kesahan Ramalan Kesahan ramalan merujuk kepada sejauh mana tepatnya skor ujian itu menjangkakan pencapaian murid dalam kriteri tertentu yang berkaitan dalam selang masa yang berbeza. Sebagai contoh sekiranya ujian percubaan Bahasa Melayu menghasilkan markah yang mempunyai hubungan yang kuat dengan gred Bahasa Melayu UPSR, maka ujian ramalan tersebut dikatakan mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. Ini bermakna pencapaian murid dalam ujian percubaan dapat meramalkan keputusan UPSR yang sebenar. 6.2 .3.2 Kesahan Serentak Kesahan serentak merujuk kepada sejauh mana hubungan prestasi murid dalam ujian yang baru berbanding dengan prestasi dalam ujian yang sedia ada. Jelasnya, kesahan bagi ujian yang baru itu ditaksirkan menggunakan pekali kolerasi dengan ujian yang sedia ada. Contohnya, sekiranya alat ukur kecerdasan X menghasilkan skor yang mempunyai dengan skor daripada alat ukuran kecerdasan hubungan yang kuat Y, maka X dikatakan

mempunyai kesahan serentak yang tinggi. Oleh itu alat X boleh menggantikan alat Y untuk mengukur kecerdasan.

21

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

REFLEKSI

Nama No. KP Unit

: Mah Healeni bt. Mahamud : 660705-01-5338 : PGSR Nov 2008 Pendidikan Pemulihan

Saya telah mendapat satu tugasan yang amat mencabar bagi Semester ini. Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini ialah membuat satu Jadual

Spesifikasi Ujian (JSU) dan berdasarkan JSU bina 30 soalan objektif Peperiksaan Setengah Tahun. Semasa mendapat arahan untuk

melaksanakan tugasan ini, saya membayangkan apa yang telah saya pelajari di dalam kuliah mengenai Aras kecerdasan Taksonomi Bloom (domain kognitif) yang menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Soalan pelbagai aras akan saya

apliksikan semasa membina soalan objektif. Sebelum saya merangka JSU. Saya telah berbincang bersama guru Bahasa Melayu Tahun 5. Perbincangan kami berkisar sejauh mana muridmurid telah belajar. Sukatan pelajaran, kandungan ujian dan buku teks yang digunakan merupakan bahan rujukan semasa membina JSU dan soalan. Pemerhatian guru Bahasa Melayu terhadap murid-muridnya di dalam kelas, gred pencapaian lepas dan keputusan ujian tara turut diambil kira. Saya juga mencari maklumat dari sumber internet, buku dan nota kuliah, banyak penemuan baru yang dapat saya perolehi. Pengetahuan yang saya timba memberi kelebihan dan kefahaman bagi membina JSU. Berdasarkan JSU saya membina 30 soalan objektif mengikut prinsi-prinsip pemilihan item-item ujian yang sesuai dengan tajuk dan tahap murid. Memastikan soalan yang dibina tidak mengadungi kesilapan, ketidaktepatan dari segi kandungan, arahan dan rubrik. Tahap soalan berdasarkan Taxonomi Bloom juga diambilkan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
22

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

soalan yang dibina. Semasa proses membina JSU dan menggubal soalan, terlintas di dalam fikiran saya betapa susahnya menggubal soalan peperiksaan setengah tahun.Bukan sekadar mengambil soalan dari buku di pasaran , tetapi tahap pencapaian dan sukatan pelajaran hendaklah diambil kira. Hasil perbincangan dengan guru yang mengajar Bahasa Melayu dan juga Jurulatih Utama Bahasa Melayu, amat membantu saya terutamaya semasa hendak menentukan pemberatan masa mengajar sesuatu bidang dan tahap kesukarannya. Soalan yang saya bina dirujuk kepada ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu Pn. Zaiton bt. Saman. Adakah tata bahasa dan kesesuaian item-item soalan yang dibina menepati skop ujian. Saya juga telah menjalankan ujian tersebut ke atas 10 orang murid untuk menentukan tahap kesukarannya. Perbincangan dengan Pn. Hjh. Sarah bt. Atar selaku guru penanda kertas UPSR juga banyak membantu saya . Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari betapa pentingnya peranan panitia mata pelajaran dan diwujudkan bank soalan., begitu juga peningkatan profesionalisme guru dari masa ke semasa. Saya bersyukur dapat mengikut program PGSR, kerana saya dapat bertukar-tukar pandangan bersama rakan guru yang berpegalaman. Pengalaman ditambah dengan guru yang sentiasa dapat menerima perubahan dunia pendidikan dari masa ke semasa akan menguntungkan negara seterusnya demi kemajuan anak bangsa yang merupakan aset negara yang paling berharga. Melalui peperiksaan seseorang murid akan diuji sama ada mereka cemerlang dalam pelajaran atau sebaliknya. Oleh itu pengetahuan membina JSU dan soalan objektif merupakan kemahiran yang perlu dicapai oleh seorang guru. Taburan soalan hendaklah mengikut aras. Soalan yang digubal seeolokeloknya mempunyai kesehan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Memandangkan peperiksaan masih lagi penting dalam sistem pendidikan di negera kita. Kadang-kala boleh dikatakan sijil penentu masa Depan.

23

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

Kepentingan sijil masih lagi menjadi penentu kepada seorang murid sama ada dapat menempatkan murid ke asrama penuh atau sebaliknya. Sebagai kesimpulan, tugasan ini telah menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru, saya perlu sentiasa peka kepada tahap dan pencapaian murid, hasrat kerajaan menginginkan modal insan yang berkualiti, berkemahiran dan berpengetahuan, keratif dan inovatif yang menjadi prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi akan tercapai. Saya seharusnya juga tidak hanya menumpukan kepada

kecermerlang dalam peperiksaan sahaja. Keseimbangan dari segi jasmani, emosi , rohani dan intelek haruslah menjadi fokus utama melahirkan insan yang seimbang berilmu pengetahuan, berbudi luhur, berakhlak dan mengikut peredaran masa serta perubahan zaman. Oleh itu semasa menggubal soalan nilai-nilai murni hendaklah disisipkan secara langsung atau tidak langsung.

Sekian , terima kasih. Oktober 2011

24

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

7. Penutup Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran,mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilainya, melaporkan dan menjalankan tindakan susulan. Ujian ialah satu kaedah atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh maklumat secaa sistematik berkaitan sifat atau trait seseorang berhubung dengan asek pendidikan. Ujian juga penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan murid dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam kumpulan murid tertentu. Oleh itu guru perlu membina JPU apa bila ingin membuat satu-satu ujian supaya dapat menentukan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai. Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui. Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggung jawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan. Setelah itu ujian mestilah ditadbirkan dengan sempurna. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua murid mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Dengan adanya suasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan murid dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan. Pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna, apabila arahan terutama cara menjawab soalan ujian diberi dengan tepat, jelas dan ringkas. Soalan disusun dari mudah kepada sukar. Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab. Dewan di mana ujian dijalankan haruslah

selamat, ceria dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan yang terang, suhu yang sederhana, sistem siar raya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat jalan raya atau alat.

25

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

BIBLIOGRAFI 1. Alsagoff,S.A.(1985). Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia. 2. Aminuddin Sarmiran , (2009) . Siri Cemerlang Kemahiran Berbahasa Bahasa Melayu Pemahaman. Kuala Lumpur: Berita Harian Unit Pendidikan. 3.Kamarudin Hj. Husin,(1993). Pedagogi Bahasa . Selangor: Longman Malaysia Sdn.Bhd. 4. Mohd. Nasar bin Sukor,(2006). Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Nik Safiah Karim, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Kementerian Pelajaran Malaysia ,(2001).Penilaian Kendalian Sekolah.Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. 7. Kementerian Pelajaran Malaysia (2005).Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Lima. Pusat Perkembangan Kurikulum. Artikel dalam majalah 8.Pendidik (2011 Februari). Peperiksaan masih penting dalam pendidikan. ms 60-61

Laman Web : 1.http://en.wikipedia.org/wiki/Bloom's_Taxonomy 2. http://wnazi.blogspot.com/2010/09/penilaian-melalui-kontrakpembelajaran.html


26

MAH HEALENI BT MAHAMUD/PGSR NOV 2008/PEMULIHAN

27

Вам также может понравиться