Вы находитесь на странице: 1из 11

SULIT

Fizik
Kertas 3
2005

JABATAN PELAJARAN PERAK


______________________________________

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

FIZIK

Kertas 3 Set 2

JANGAN BUKA KERTAS INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini adalah dalam Bahasa Melayu.

2. Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak.

[Lihat sebelah]
Bahagian A

[28 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 60 minit.

1 Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jarak
imej, v, dengan pembesaran linear, m, yang terhasil.oleh sebuah bikar berisi air. Lebih
kurang 90 cm3 air dimasukkan ke dalam sebuah bikar dan diletakkan di antara mentol
dan skrin. Susunan radas bagi eksperimen itu adalah seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 1.1.

Bikar berisi air


Skrin
Mentol

Pembaris

u v
Rajah 1.1

Mentol dihidupkan dan bikar berisi air diletakkan supaya jaraknya dari mentol, u, adalah
8.0 cm. Kedudukan skrin dilaraskan sehingga satu imej tajam terbentuk pada skrin.
Jarak di antara skrin dan bikar berisi air, v, diukur. Jarak sebenar antara skrin dan
bikar berisi air, v ditunjukkan pada Rajah 1.2

Eksperimen diulangi dengan mengubah jarak antara mentol dengan bikar berisi air
kepada 9.0 cm, 10.0 cm, 11.0 cm, 13.0 cm dan 15.0 cm. Jarak sebenar antara skrin
dan bikar berisi air, v ditunjukkan pada Rajah 1.3, 1.4, 1.5, 1.6 dan 1.7.

Pembesaran linear , m, diberi oleh persamaan:

v
m =
u
Skrin
Bikar berisi air

Rajah 1.2

Bikar berisi air

Skrin

Rajah 1.3

Bikar berisi air


Skrin

Rajah 1.4

Bikar berisi air

Skrin

Rajah 1.5
Bikar berisi air

Skrin

Rajah 1.6

Bikar berisi air


Skrin

Rajah 1.7
(a) Bagi eksperimen yang diterangkan kenal pasti;

(i) pembolehubah yang dimanipulasikan

............................................................................................................................................
[1 markah]
(ii) pembolehubah yang bergerak balas

............................................................................................................................................
[1 markah]
(iii) pembolehubah yang dimalarkan

.......................................................................................................................................
[1 markah]

(b) Berdasarkan Rajah 1.2, 1.3, 1.4, 1.5 1.6 dan1.7, ukur nilai v apabila bikar berisi air
diletakkan pada jarak 8.0, 9.0 cm, 10.0 cm, 11.0 cm, 13.0 cm dan 15.0 cm

Jadualkan keputusan anda bagi u, v dan m bagi setiap nilai pada ruang di bawah

[6 markah]

(c) Lukiskan graf v melawan m [5 markah]

(d) Berdasarkan graf anda, nyatakan hubungan antara v dengan m.

.......................................................................................................................................
[1 markah]

(e) Nyatakan satu langkah berjaga-jaga semasa menjalankan eksperimen ini.

.......................................................................................................................................
[1 markah]
v melawan m
2 Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen dengan satu transformer menurun di
mana gegelung primernya disambungkan kepada sesalur a.u. 250 V p.m.k.d. Beza
keupayaan yang dihasilkan dalam gegelung sekunder ialah 10 V p.m.k.d.

nota : (p.p.k.d = p.m.k.d)


a) Berapakah nisbah bagi bilangan lilitan dalam gegelung primer kepada gegelung
sekunder ? [2 markah]

b) Jika arus 0.5 A mengalir dalam gegelung sekunder, berapakah nilai arus dalam
gegelung primer ? (Anggap transformer itu 100% cekap) [2 markah]

Sebuah diod kemudiannya disambungkan kepada punca gegelung sekunder. Sebuah


kapasitor yang sangat tinggi kapasitansnya hampir bernilai 1000 µF disambung
merentangi MN. Suatu perintang R dan sebuah alat Z disambung di antara MN seperti
yang ditunjukkan dalam rajah di bawah :

Nota : p.p.g.d = p.m.k.d


c) Berapakah nilai puncak beza keupayaan pada gegelung sekunder ? [2 markah]

Hubungan antara arus dan beza keupayaan adalah seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di muka sebelah :
Graf Arus Melawan Beza Keupayaan

I (mA)

240

200

160

120

80

40

0 2 4 6 8 10 12 14
V (V)
d) Dengan menggunakan graf, anggarkan beza keupayaan apabila arus adalah
200 mA. [2 markah]

e) Tentukan kecerunan graf apabila beza keupayaan adalah 12 V [2 markah]

f) Nyatakan dua langkah berjaga-jaga yang perlu diambil semasa eksperimen ini
dilakukan. [2 markah]
Bahagian B

Jawab mana-mana satu soalan dalam bahagian ini

Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 30 minit.

RAJAH A RAJAH B

Berdasarkan Rajah A dan Rajah B ,seorang pemandu lori mendapati bahawa lebih sukar
memulakan gerakan yang membawa muatan berbanding dengan lori yang kosong.Beliau
juga mendapati lebih sukar untuk memberhentikan lori yang berisi muatan berbanding
dengan lori yang kosong.
Berdasarkan situasi di atas ;
(a) Nyatakan inferens yang boleh dibuat. [ 1 markah ]
(b) Binakan hipotesis yang sesuai untuk penyiasatan anda [ 1 markah ]
(c) Huraikan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis anda itu. Dalam
huraian anda ,nyatakan dengan jelas tentang perkara-perkara berikut ;
(i) Tujuan eksperimen
(ii) Pemboleh ubah eksperimen
(iii) Senarai radas dan bahan
(iv) Susunan radas
(v) Kaedah mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan
(vi) Kaedah mengawal pemboleh ubah bergerak balas
(vii) Ulangan eksperimen
(viii) Penjadualan data
(ix) Menganalisis [ 10 markah ]
2 Perhatikan pemesongan penunjuk mikroammeter ketika magnet batang yang dijatuhkan
dalam gegelung dawai kuprum dalam setiap rajah.
Magnet Magnet
batang batang

25 lilitan 125 lilitan


dawai dawai
kuprum kuprum

0 3 0 3
µA µA

mikroammeter mikroammeter

Berdasarkan pemerhatian itu.

(a) Nyatakan satu inferens yang boleh dibuat.

(b) Nyatakan satu hipotesis yang sesuai untuk suatu penyiasatan.

(c) Dengan menggunakan radas sesuai, terangkan satu rangka kerja eksperimen
untuk menguji hipotesis anda.
Dalam penerangan anda jelaskan perkara berikut:

(i) Tujuan eksperimen


(ii) Pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen itu.
(iii) Senarai radas dan bahan
(iv) Susunan radas
(v) Prosedur eksperimen termasuk kaedah mengawal pembolehubah
yang dimanipulasikan dan kaedah mengukur pembolehubah bergerak
balas.
(vi) Cara anda akan menjadualkan data
(vii) Cara anda akan menganalisis data

[10
markah]

Вам также может понравиться