Вы находитесь на странице: 1из 13

SULIT

Fizik
Kertas 3
2005

JABATAN PELAJARAN PERAK


______________________________________

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

FIZIK

Kertas 3 Set 3

JANGAN BUKA KERTAS INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini adalah dalam Bahasa Melayu.

2. Jawab semua soalan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak.

[Lihat sebelah]
Bahagian A

(28 markah)

Jawab semua soalan dalam bahagian ini

1. Satu eksperimen dijalankan untuk mengkaji hubungan antara kenaikan suhu air dengan
jisim. 100 g air diisikan ke dalam bikar dan suhu awal air dicatatkan. Pemanas rendam
dimasukkan ke dalam air. Suis dan jam randik dihidupkan serentak. Air dikacau secara
berterusan. Selepas 2 minit, jam randik dan pemanas rendam dimatikan. Suhu
maksimum air kemudiannya dicatat.

RAJAH 1.1

Eksperiman diulangi dengan menggunakan jisim air 200 g, 300 g, 400 g dan 500 g.

RAJAH 2(a), 2(b), 2(c), 2(d) dan 2(e) pada halaman 3, 4, 5, dan 6 menunjukkan
keputusan yang didapati dari eksperimen RAJAH 1.1
(a) Berdasarkan penerangan eksperimen ini, nyatakan
(i) Pemboleh ubah yang dimanipulasi.
…………………………………………………………………………
[1 markah]
(ii) Pemboleh ubah bergerak balas.
……………………………………………………………………….
[1 markah]
(iii) Pemboleh ubah dimalarkan.
…………………………………………………………………………
[1 markah]
(b) Dengan merujuk pada RAJAH 2 (a) hingga 2 (e) pada halaman 2 hingga 4,
rekodkan suhu air dan tentukan kenaikan suhu untuk setiap kes.

Jadualkan keputusan anda bagi jisim air, m, salingan jisim air ,1/m, dan
kenaikan suhu , θ, pada ruang di bawah .

[7 markah]
(c) Berdasarkan jadual anda, lukiskan graf kenaikan suhu , θ, melawan salingan
jisim air, 1/m , pada halaman 6.
[5 markah]
(d) Daripada graf anda, nyatakan hubungan θ dengan 1/m.

……………………………………………………………………………….
[1 markah]
Graf θ melawan 1/ m
2 Seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengukur rintangan dalam, r, suatu
bateri yang disambung secara sesiri kepada suatu reostat. Dengan menyelaraskan
reostat, pelajar tersebut dapat mengubah nilai keupayaan V dan seterusnya
mencatatkan nilai arus, I yang sepadan.

Keputusan eksperimen ini ditunjukkan oleh graf V melawan I seperti pada rajah 2.1
2.9
V/ V Graf V melawan I

2.8

2.7

2.6

2.5

2.4

2.3

2.2

2.1

2.0

1.9

1.8
0.4 0.8 1.2 1.6 2.0 2.4 2.8

I/A
RAJAH 2.1
(a) Daya gerak elektrik bateri, E, bateri itu diberikan oleh persamaan,

E = V + Ir

di mana r ialah rintangan dalam dan diwakili oleh kecerunan graf.

(i) Berikan takrif daya gerak elektrik suatu bateri

……………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………….
[1 markah]
(ii) Hitungkan kecerunan graf V melawan I.

Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan kecerunan itu. [3 markah]

(b) Daya gerak elektrik E boleh ditentukan daripada pintasan paksi-V graf di atas.

(i) Tunjukkan pada graf di atas bagaimana anda menentukan E dan tuliskan nilai
E pada ruang di bawah

E = ……………………. [2 markah]

(c) Kemudian reostat dilaraskan supaya arus yang mengalir ialah 1.9 A

(i) Tentukan beza kepayaan, V.


Tunjukkan pada graf bagaimana anda menentukan nilai V.

V = ……………………. [2 markah]

(ii) Hitungkan jumlah tenaga elektrik yang dibekalkan kepada reostat dalam masa
5 saat apabila arus yang mengalir adalah seperti pada (c) (i)
[2 markah]

(d) Jika reostat itu ditanggalkan dari litar, hitungkan nilai arus maksimum yang boleh
dihasilkan oleh bateri itu
[2 markah]
Bahagian B

[12 markah]

Jawab mana-mana satu soalan dalam bahagian ini.

Masa yang dicadangkan untuk menjawab bahagian ini ialah 30 minit.

1. Rajah 1.1 menunjukkan sebuah cermin cekung yang ditujukan kepada matahari.
Didapati cahaya yang dipantul oleh cermin akan menumpu kepada satu titik O di
hadapan cermin.

Cahaya dari
matahari

cermin cekung

Apabila cermin ini ditujukkan kepada satu lampu cerah yang tergantung dari siling yang
dekat dengan cermin, titik O berubah ke tempat yang baru.

Menggunakan maklumat ini;

(a) buat satu inferens yang sesuai,

(b) nyatakan satu hipotesis yang sesuai dan bolah disiasat,

(c) terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis anda dengan
mengguankan cermin cekung, skrin dan lain-lain radas.

Dalam penerangan anda jelaskan perkara berikut:

(i) tujuan eksperimen

(ii) pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen itu

(iii) senarai radas dan bahan

(iv) susunan radas


(v) prosedur eksperimen termasuk kaedah mangawal pembolehubah
dimanipulasikan dan kaedah mengukur pembolehubah bergerakbalas

(vi) cara bagaimana anda akan menjadualkan data

(vii) cara bagaimana anda menganalisis data


2
V V
V
V

A A

Rajah 2.1 Rajah 2.2

Rajah 2.1 menunjukkan satu litar elektrik yang menunjukkan bahawa apabila suis
dihidupkan, mentol menyala dan voltmeter menunjukkan satu bacaan. Rajah 2.2
menunjukkan bahawa apabila dua biji mentol yang serupa disambungkan secara
selari, bacaan voltmeter berkurang. Menggunakan maklumat di atas,
a) buat satu inferens yang sesuai [1 markah]
b) nyatakan satu hipotesis yang sesuai dan boleh disiasat [1 markah]
c) terangkan satu rangka kerja eksperimen untuk menguji hipotesis anda
menggunakan sel kering dan lain-lain radas.
Dalam penerangan anda, jelaskan perkara-perkara berikut :
(i) tujuan eksperimen
(ii) pembolehubah yang terlibat dalam eksperimen itu
(iii) senarai radas dan bahan
(iv) susunan radas
(v) prosedur eksperimen termasuk kaedah mengawal pembolehubah
dimanipulasi dan kaedah mengukur pembolehubah bergerak balas
(vi) cara bagaimana anda akan menjadualkan data
(vii) cara bagaimana anda akan menganalisis data [10 markah]

Вам также может понравиться