Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
anakku pada hari kamu lihat aku di hari-hari tuaku dan kini aku sudah pun di penghujung usia ku bersabarlah dan cubalah kamu mengerti jika mulutku menjadi comot ketika memamah makanan jika aku terlupa bagaimana cara memakai baju usangku sabarlah anakku sabarlah kamu kenanglah ketika berjam-jam lamanya aku menunjuk ajar caranya kepadamu jika beribu satu kali aku mengungkapkan perkara yang sama ketika berbicara dengan mu janganlah kamu menyampuk dan ganggu dengarlah kata-kata ayah mu ini ketika kamu masih kecil beribu-ribu kali aku telah bacakan cerita demi cerita yang sama kepada mu sehingga kamu terlena dalam pelukan ku jika aku tidak mahu bersiram janganlah kamu malu dan janganlah juga kamu mengherdikku ingatlah ketika aku terpaksa mengajarmu dan kuciptakan seribu alasan hanya untuk membuat kamu mahu mandi bila kamu lihat aku jahil tentang teknologi ya teknologi terkini berilah aku sedikit masa untuk memahaminya dan janganlah pula kamu ukir senyuman sinis mu penuh sindiran banyak perkara telah aku perturun-ajarkan kepadamu untuk makan, makanlah makanan yang baik-baik bila berpakaian, pakailah semolek-moleknya hadapi sebarang cabaran dalam kehidupan ini jika ada ketikanya aku hilang daya-daya ingatanku atau hilang dalam arus perbualan kita berilah aku sedikit masa untuk mengingatinya sekiranya aku tidak terdaya mengingatinya, janganlah kamu gusar kerana perkara yang terpenting bagi ku bukanlah perbualan itu tetapi detik-detik dan saat-saat kamu disisiku sambil mendengar perasaan ku dan detik nadiku jika aku tidak mahu makan janganlah pula kamu memaksaku aku tahu bila aku lapar dan aku tahu bila aku kekenyangan bila kaki ku sudah terlalu longlai untuk melangkah
hulurkanlah tangan mu sepertimana aku memimpinmu ketika kamu bertatih dahulu dan jika suatu hari nanti aku berkata aku sudah tidak mahu hidup lagi aku akan mati jangan pula kamu marah pasti suatu hari nanti kamu akan mengerti jua cubalah kamu fahami usiaku yang telah aku lalui ini bukanlah hanya satu kehidupan..sebaliknya adalah satu perjuangan kamu akan faham jua nanti bahawa disebalik kesilapan demi kesilapan yang pernah aku lakukan aku hanya mahukan yang terbaik untuk mu dan aku cuba merintis jalandemi jalan kehidupan untukmu janganlah kamu bersedih janganlah kamu marah atau lemah apabila melihat aku longlai disisimu kamu mestilah berada di sisiku cubalah fahami diriku cubalah bantu aku sebagaimana aku melakukannya semasa kamu mula mengenali kehidupan ini dahulu bantulah aku berjalan tolonglah aku mengakhiri perjalanan hidup ku ini dalam limpahan kasih dan sayang serta kesabaran mu imbuhan pada mu hanyalah sekuntum senyuman dan kasih sayang sejati yang abadi ketahuilah anakku aku amat menyayangngi mu ikhlas daripada ayahmu