Вы находитесь на странице: 1из 20

1.

PENGENALAN

Perkembangan sosial merujuk kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan
dengan orang lain. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, emosi pula ialah perasaan jiwa
yang kuat seperti seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain. Menurut kamus Advanced
Learners English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa
sahaja yang meluap-luap, seperti kasih gembira, benci, takut, gembira dan sebagainya.
Mengikut Daniel Goleman, emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan pemikiran
tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang
berbeza-beza untuk bertindak. Perkembangan emosi juga merangkumi kemampuan individu
untuk mengenali, mengeksperesikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai
perasaan empati terhadap orang lain.
Keupayaan kendiri merupakan komponen yang penting dalam perkembangan
sosioemosi. Berdasarkan ahli psikologi Albert Bandura (1986), menyatakan bahawa
keupayaan kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu tugasan.
Selalunya, pada peringkat awal kanak-kanak iaitu ketika berumur dua hingga tujuh tahun
emosi kanak-kanak cepat berubah dan sukar untuk difahami. Pada masa ini juga, emosi
kanak-kanak juga sukar untuk dikawal terutamanya ketika mereka tidak mendapat sesuatu
yang diinginkan.
Dalam pendidikan prasekolah, perkembangan sosioemosi memberi fokus kepada
penguasaan kemahiran emosi yang matang. Pekembangan emosi dan sosial yang sihat
penting dalam kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan
perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.
Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan
emosi sendiri, diikuti denagan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan
emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap
pembelajaran.
Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi,
keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam
masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni. Pendidikan prasekolah juga memberi
penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang
penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu adalah penting bagi guru menyediakan
pengalaman pembelajaran yang menarik untuk membolehkan murid menumpukan perhatian
kepada tugas atau aktiviti dan rasa gembira untuk belajar.

. PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI ERIK ERIKSON



2.1 Biografi Erik Erikson
Erik Erikson (1902-1994) dilahirkan di Frankfurt, Jerman pada 15 Jun 1902 oleh seorang
perempuan berbangsa yahudi bernama Karla Abrahamsen. Bapanya telah meninggal dunia
sebelum kelahirannya. Sehingga akhir masa remajanya, ibunya berkahwin semula dengan
Dr. Teodor Homburger, pakar pediatrik Erik. Erik akhirnya menjadi warganegara Amerika
dan menukar namanya kepada Erik Homburger Erikson.
Erik Erikson pada masa kecilnya bukanlah seorang pelajar yang pandai, bahkan
beliau sendiri tidak menghabiskan program diplomanya disebabkan minat beliau untuk
mengembara. Walau bagaimanapun, pengembaraan beliau ke serata Eropah telah
menemukan beliau dengan beberapa orang tokoh ilmuan. Melalui pertemuan-pertemuan
inilah beliau bergiat aktif sehinggakan beliau sendiri dianggap sebagai tokoh ilmuan oleh
para penyelidik. Anna Freud, seorang psikoanalisis merupakan antara orang pertama yang
ditemui oleh Erik Erikson di Austria. Melalui dorongan dan galakan Anna Freud, Erik Erikson
mula mempelajari ilmu kejiawaan di Vienna Psychoanalytic Institute dan kemudiaannya
membuat penghkususan dalam bidang psikoanalis kanak-kanak. Akhirnya pada tahun 1960,
beliau telah dikurniakan gelaran profesor dari Universiti Havard.
Erik Erikson mula tertarik tentang pengaruh masyarakat dan budaya terhadap kanak-
anak ketika berada di Amerika. Beliau membuat kajian berdasarkan anak-anak orang asli
Amerika untuk membantu dan merumuskan tentang teori-teori psikoanalisis kanak-
kanaknya. Melalui kajiannya, beliau berpeluang untuk menghubungkaitkan pertumbuhan diri
kanak-kanak dengan orang dewasa dan nilai-nilai kemasyarakatan.
Childhood and Society (1950) merupakan buku pertama Erik Erikson yang menjadi
salah satu buku rujukan klasik dalam bidang psikoanalisis kanak-kanak. Dalam usaha beliau
meneruskan kajian klinikalnya terhahap remaja, Erik Erikson mengembangkan konsep krisis
emosi dan identiti sebagai suatu konflik yang tidak boleh dipandang mudah pada waktu
remaja. Lain-lain buku hasil karyanya ialah Young Man Luther (1958); Insight and
Responsibility (1964); Identity (1964); Gandhi's Truth (1969) yang menang pada Pulitzer
Prize and National Book Award; dan buku Vital Involment in Old Age (1986).

2.2 Teori Perkembangan Sosioemosi Erik Erikson


Pencapaian terbesar yang juga merupakan teori terpenting Erikson ialah Lapan Tahap
Perkembangan Psikososial. su utama dalam setiap tahap perkembangan ini ialah
penyelesaian krisis sebelum melangkah ke tahap yang berikutnya. Memasuki setiap tahap
ini, seseorang itu akan menghadapi sesuatu krisis yang perlu diatasi, dan meninggalkan
setiap tahap dengan membawa tingkah laku yang bersesuaian ke tahap yang berikutnya.
2.2.1 Lapan Tahap Perkembangan Psikososial Erikson
i. Tahap 1 - Percaya Lawan Ketidakpercayaan ( Trust vs Mistrust)
Tahap ini bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan sehingga berusia 18 bulan. Pada peringkat
ini bayi akan mempelajari dan membina kepercayaan sama ada orang dewasa boleh
dijadikan tempat bergantung ataupun tidak. Proses ini juga bergantung sama ada kehendak
bayi tersebut dipenuhi atau pun tidak. Sekiranya keperluan bayi tersebut tidak dipenuhi
maka aspek ketidakpercayaan akan berkembang dalam diri bayi tersebut, dan aspek
ketidakpercayaan ini akan dibawa terus ke tujuh tahap yang berikutnya dan ini adalah
tingkah laku yang perlu dielakkan. Tingkah laku yang perlu dicapai pada tahap pertama ini
ialah kepercayaan atau harapan.
ii. Tahap 2 - Autonomi Lawan Malu/Ragu ( Autonomy vs Shame/Doubt )
Tahap ini berlaku di antara umur dua hingga tiga tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak akan
bersifat individual dan ingin bertindak secara autonomi. Kanak-kanak lebih gemar
melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Pada tahap ini juga kanak-kanak
dalam proses melatih otot-otot badan dan kawalan terhadap anggota badan. Sekirannya
kanak-kanak ini tidak mendapat sokongan daripada orang di sekelilingnya sama ada
berbentuk pujian atau bimbingan, maka kanak-kanak ini akan mula merasa ragu dan malu
dengan tingkah lakunnya. Adalah penting pada tahap ini kanak-kanak diberi peluang
bereksperimen dengan kawalan tingkah lakunya, tetapi pada masa yang sama orang
dewasa perlu memberikan sokongan. Tingkah laku yang perlu dicapai pada tahap ini ialah
keinginan dan kesungguhan.
iii. Tahap 3 - nisiatif Lawan Rasa Bersalah ( Initiative vs Guilt )
Tahap ini meliputi umur antara tiga hingga enam tahun. Kanak-kanak pada tahap ini lebih
aktif. Mereka suka bermain, meneroka dan terlibat dengan interaksi sosial. Kanak-kanak
akan mula mengembangkan perasaan ingin tahu dan berinisiatif untuk mencuba serta mula
memahami antara yang benar dan yang salah. Kawalan yang agak ketat atau teguran yang

negatif akan menterencatkan daya inisiatif kanak-kanak dan sebaliknya akan menimbulkan
rasa bersalah serta tidak yakin dengan diri sendiri. Akhirnya kanak-kanak lebih suka
menyendiri. Sokongan juga merupakan kunci utama untuk membantu kanak-kanak pada
tahap ini. Tanpa sokongan, rasa bersalah ini akan berkembang dalam diri kanak-kanak dan
akan mengikuti kanak-kanak ini ke tahap perkembangan berikutnya. Kesedaran tentang
potensi dan tujuan diri adalah tingkah laku yang ingin dicapai pada tahap ini.
iv. Tahap 4 - Keberhasilan Lawan Rendah Diri ( Industry vs Inferiority)
Tahap ini meliputi umur antara enam hingga 12 tahun. Melalui interaksi sosial, kanak-kanak
mula merasa bangga dengan keberhasilan dan kemampuan mereka. Pada tahap ini, kanak
kanak ingin merasakan kejayaan terhadap apa yang mereka lakukan. Disebabkan oleh
faktor inilah kenapa alam persekolahan diperlukan pada usia sebegini. Sekiranya krisis
keperluan untuk mengecap kejayaan ini tidak diperoleh, ada kemungkinan kanak-kanak ini
akan merasa rendah diri. Motivasi dan bimbingan diperlukan untuk membantu kanak-kanak
pada tahap ini. Tingkah laku yang perlu dicapai pada tahap ini ialah kompetensi atau
kebolehan untuk berjaya.
v. Tahap 5 - ndentiti Lawan Kekeliruan Peranan ( Identity vs Role Confusion )
Tahap ini meliputi umur 12 hingga 18 tahun atau lebih dikenali sebagai permulaan usia
remaja. Pada tahap ini juga bermulanya krisis identiti dalam kalangan remaja. Mereka mula
tercari-cari identiti mereka, siapakah mereka dan di mana mereka sepatutnya berada dalam
dunia ini. Para remaja pada tahap ini akan cuba "melepaskan diri dari kawalan ibu bapa
atau sekurang-kurangnya memperoleh kebebasan yang lebih daripada ibu bapa.
Penerokaan dan eksperimen adalah penting. Erikson mengatakan bahawa lebih banyak
remaja meneroka dan bereksperimen tentang diri mereka, lebih banyak yang mereka tahu
tentang diri mereka. Sekiranya krisis ini tidak ditangani dengan baik atau kegagalan
seseorang remaja itu mengenal diri sendiri maka mereka akan mengalami kekeliruan
peranan dan identiti mereka. Pada tahap ini, remaja akan belajar tentang tingkah laku dan
keperluan yang melibatkan kesetiaan dan kepercayaan.
vi. Tahap 6 - ntimasi Lawan Pengasingan ( Intimacy vs Isolation )
Tahap umur meliputi umur 20an hingga 30an tahun. Dalam usaha untuk memasuki atau
ingin diterima oleh suatu kumpulan manusia, sesorang individu itu mesti memiliki identiti
yang kuat. Pada masa inilah kebanyakan orang berumahtangga atau berkomitmen. Jika
seseorang itu tidak mempunyai kesedaran yang kuat tentang siapa dirinya sebagai seorang
individu atau peranannya, maka ia berkemungkinan akan mengalami banyak perhubungan

dan menemui kegagalan. Sekiranya krisis ini tidak diselesaikan maka ia akan mengasingkan
dirinya atau rasa terasing daripada dunia. Tingkah laku atau perkembangan yang perlu
dicapai pada tahap ini ialah berkenaan kasih sayang.
vii. Tahap 7 - Generatif Lawan Stagnasi ( Generativity vs Stagnation )
Tahap umur meliputi 40 hingga 65 tahun. Seseorang pada peringkat ini berusaha untuk
mengembangkan usaha atau kariernya disamping membantu generasi seterusnya atau
berpuas hati dengan apa yang ada tanpa berkeinginan untuk lebih maju lagi. Seseorang itu
mungkin berminat isu-isu sosial semasa dan mungking juga tidak terlalu ambil peduli
tentang orang lain. Pada peringkat ini seseorang itu perlu mempelajari untuk mengimbangi
antara menjaga keperluan orang lain dan keperluan diri sendiri. Perkembangan yang perlu
dicapai pada tahap ini ialah keseimbangan.
viii. Tahap 8 - ntegriti Lawan Putus Asa ( Integrity vs Despair )
Tahap umur dijangkakan pada usia 65 tahun ke atas hingga ke saat kematian. Pada
peringkat ini, seseorang itu perlu merasakan apa yang diingini dalam hidupnya telah
tercapai dan dia mungkin akan memikirkan tentang makna kehidupan yang telah dilaluinya.
Sebaliknya, seseorang itu mungkin juga menderita dan menyesal tentang hidup yang telah
dijalaninya selama ini dan mereka berputus asa serta tidak berdaya. Lazimnya golongan ini
tidak bersedia untuk mati berbanding bagi mereka yang telah mencapai matlamat hidup,
umumnya tidak takut untuk mati tetapi redha dengan kedatangannya. Perkembangan dan
tingkah laku yang perlu dicapai pada tahap ini merujuk kepada kebijaksanaan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman yang telah dilalui.

2.2.2 Ulasan Teori Perkembangan Psikososial Erikson Tahap 1, 2 dan 3
Teori Erikson merupakan kajian tentang tingkah laku yang mana menekankan kepada
perkembangan ego sebagai punca utama yang menggerakkan tingkah laku. Teori ini
dipanggil psikososial kerana menurt beliau proses sosialisasi kanak-kanak dalam suatu
budaya mengikut lapan tahap yang bersifat tetap dan telah ditentukan. Hala tuju
perkembangan ego adalah bergantung kepada penyelesaian terhadap krisis-krisis pada
setiap tahap.
Pada tahap pertama iaitu fasa percaya lawan tidak percaya merupakan peringkat
awal dalam pembentukkan ego seorang kanak-kanak. Kebergantungan kanak-kanak pada
usia selepas lahir hingga 18 bulan kepada ibu bapa adalah amat tinggi. nteraksi erat ibu

bapa dan anak adalah amat penting. Sebenarnya ini merupakan fitrah semula jadi yang
berlaku pada setiap kanak-kanak yang lahir. bu bapa merupakan orang dewasa yang paling
rapat dengan mereka. Kanak-kanak atau bayi pada peringkat ini memerlukan kasih sayang
dan perhatian serta sokongan ibu bapa dalam membentuk ego mereka. Namun begitu, bayi
bukan hanya perlu menaruh kepercayaan kepada ibu bapa malah juga persekitarannya.
Sifat rasa percaya ini adalah untuk menghindar berkembangnnya rasa takut, syak wasangka
dan tidak percaya secara berlebihan.
Pada tahap kedua, autonomi lawan rasa ragu-ragu dikatakan suatu tahap di mana
kanak-kanak mula menyedari bahawa mereka bertanggungjawab ke atas tingkah laku
mereka sendiri. Pada usia 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula belajar mengawal diri
dan keinginan melakukan pekerjaan secara berdikari seperti makan, minum, memakai
seluar dan bermain sendiri. Kanak-kanak seharusnya diberi peluang memperkembangkan
kebolehan diri tetapi perlu ada bimbingan dan sokongan, bukannya terlalu mengawal
sehingga kanak-kanak menjadi ragu atau mempersoalkan kebolehan diri mereka dalam
menghadapi cabaran dalam perkembangan sosialnya.
Tahap ketiga, ego inisiatif lawan rasa bersalah dalam lingkungan umur tiga hingga
enam tahun yang mana kanak-kanak mula berkeupayaan untuk meneroka persekitarannya
dan mencipta aktiviti sendiri. Faktor kanak-kanak mempunyai persekitaran fizikal yang lebih
luas dan bebas bergerak membantu meningkat kadar interaksi sosial. Bersesuaian dengan
peningkatan perkembangan bahasa yang cepat pada tahap ini, kanak-kanak mula
berkeupayaan untuk menyoal, memahami jawapan dan boleh membayangkan berbagai
kemungkinan melalui daya inisiatif mereka.
Berdasarkan tiga tahap awal perkembangan psikososial iaitu dalam lingkungan umur
selepas lahir hingga berusia enam tahun, Erikson telah menetapkan perkembangan ego
yang akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Namun begitu terdapat beberapa isu yang
boleh dipersoalkan. Sememangnya corak pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
adalah sama, tetapi adakah kadar cepat dan lambatnya perkembangan itu juga sama? Perlu
diingat bahawa antara dasar kajian yang dijalankan oleh Erikson adalah ke atas kanak-
kanak yang sihat. Adakah teori Erikson ini relevan kepada kanak-kanak yang kurang sihat
terutamanya dari aspek kognitifnya? Bagaimana pula dengan kanak-kanak yang belum
mencapai tahap kognitif yang sepatutnya pada tahat-tahap yang tertentu? Fakta bahawa
kematangan kognitif juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan
perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak tidak boleh diketepikan.
Erikson juga memperkatakan tentang kewujudan krisis atau konflik pada setiap tahap
perkembangan psikososial kanak-kanak. Aspek ini ada kebenarannya. Beliau juga

menekankan bahawa konflik yang dihadapi perlu diatasi melalui sokongan dan bimbingan
ibu bapa atau orang dewasa, kegagalan mengatasi konflik ini akan menjejaskan
perkembangan psikososial pada tahap-tahap yang berikutnya. Aspek ini pula masih boleh
dipersoalkan lagi. Antara persoalannya ialah adakah konsep pengekalan berlaku pada
kanak-kanak apabila mereka berjaya mengatasi konflik yang dihadapi walaupun dengan
bantuan ibu bapa? Sekiranya kanak-kanak tersebut gagal pada pada tahap awal ini, adakah
pada tahap seterusnya mereka akan gagal juga disebabkan terjejasnya perkembangan
psikososial mereka pada tahap sebelumnya? Pada pendapat saya, sekiranya seseorang
kanak-kanak itu gagal menghadapi konflik pada sesuatu tahap perkembangan
psikososialnya, kanak-kanak tersebut masih boleh menyelesaikan konflik yang berkenaan
pada tahap-tahap yang berikutnya apabila mencapai tahap kematangan kognitif yang
sepatutnya. Pandangan saya ini saya dasarkan kepada teori perkembangan kognitif Piaget
yang memperkatakan tentang empat tahap iaitu sensori motor, praoperasi, operasi konkrit
dan operasi formal. Contohnya, Piaget menggariskan bahawa kanak-kanak mula memahami
konsep perhubungan dan pengekalan pada tahap operasi konkrit iaitu dalam lingkungan
usia 7 hingga 12 tahun. Kanak-kanak pada tahap ini masih belum boleh menaakul secara
logik tetapi mereka boleh memahami sesuatu secara konkrit dan literal.
Kita kurang melihat aspek sumbangan persekitaran dalam teori Erikson ini.
Persekitaran juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan sosial dan emosi
kanak-kanak khususnya persekitaran yang melibatkan latar belakang ibu bapa, tempat
tinggal, budaya dan lain-lain lagi. Contohnya, latar belakang ibu bapa yang berpendidikan
dan kurang pendidikan; tempat tinggal di kawasan bandar dan luar bandar; dan kualiti
budaya mempunyai pengaruh yang besar dalam pembentukan sosial dan emosi kanak-
kanak.
Jika diperhalusi teori psikososial Erikson ini, apa yang berlaku pada peringkat awal
tahap perkembangan sebenarnya merupakan suatu proses pelaziman tingkah laku yang
membentuk ego atau emosi kanak-kanak itu sendiri. Suatu tingkah laku hasil daripada
proses pelaziman masih boleh diubah melalui proses kognitif. Apabila tahap kematangan
kognitif bagi sesuatu tahap perkembangan dicapai, kanak-kanak akan berupaya melakukan
organisasi dan adaptasi dalam pembentukan perkembangan sosial mereka.
Walau bagaimana pun, teori Erikson ini memberi sumbangan yang besar kepada
pendidikan dan kajian tentang perkembangan psikososial. Teori ini masih relevan dijadikan
dasar atau panduang dalam melihat perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak secara
umumnya. Melalui teori tahap-tahap perkembangan psikososial Erikson, beliau sebenarnya

telah menggariskan lima prinsip-prinsip yang penting dalam perkembangan psikososial itu
sendiri, iaitu:
i. Erikson memperkatakan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang
sama dari aspek psikososial. Antara keperluan-keperluan tersebut termasuklah
sokongan dan bimbingan orang lain yang berada di sekeliling; kesedaran dan
penghargaan dvtentang kewujudan mereka; kebebasan dan kepercayaan; peluang
memperkembangkan dan menunjukkan potensi; keperluan kepada kasih sayang dan
kebergantungan; keseimbangan; dan kebijaksanaan.
ii. Perkembangan psikososial individu bergantung kepada tindak balas terhadap
keperluan-keperluan asas tersebut. Prinsip ini menekankan bagaimanakah sesuatu
keperluan dipenuhi. Sekiranya proses tersebut ditangani atau dilalui dengan baik
maka individu tersebut dapat berkembang dan melahirkan tingkah laku yang positif.
Sebaliknya. Sekiranya pengalaman yang dilalui dalam memenuhi keperluan adalah
negatif, maka perkembangan individu tersebut akan terencat.
iii. Erikson juga mempercayai bahawa perkembangan psikososial seseorang individu itu
berkembang mengikut tahap-tahap tertentu. Erikson sendiri telah membahagikan
perkembangan tersebut kepada lapan tahap yang perlu dilalui. Seseorang individu
itu tidak akan melompat tahap-tahap tertentu dalam perkembangannya kerana
perkembangan tersebut juga dipengaruhi oleh faktor-faktor pertumbuhan dan
kematangan yang mana faktor-faktor ini juga dilalui oleh semua manusia.
iv. Erikson mengesan kewujudan krisis atau konflik pada setiap tahap. Erikson
memperkatakan bahawa setiap tahap mempunyai krisis dan konfliknya yang
tersendiri. Setiap individu akan menghadapi cabaran-cabaran tertentu di dalam
setiap tahap. Keberhasilan menempuh cabaran ini akan membantu mematangkan
perkembangan seseorang individu tersebut.
v. Erikson menekankan kepentingan untuk mengatasi atau menyelesaikan krisis dan
konflik pada sesuatu tahap perkembangan. ni kerana kejayaan dalam menempuh
tahap yang berikutnya bergantung juga kepada keberhasilan dalam menempuh
tahap yang sedia ada. Kegagalan mengatasi konflik pada tahap yang sedia ada akan
menjejaskan perkembangan seseorang individu itu pada tahap yang berikutnya.
Teori psikososial yang dikemukakan oleh Erik Erikson memberikan implikasi yang
besar terhadap perkembangan manusia terutama dari aspek sosial dan emosi.

Pengetahuan dan input-input yang terdapat dalam teori ini amat berguna kepada para ibu
bapa dan guru khususnya.
Antara implikasi teori ini terhadap pendidikan ialah kefahaman tentang teori ini
membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku sedemikian dan dapat
membantu pelajar untuk memahami diri mereka sendiri. Teori ini juga membantu pendidik
dari aspek perancangan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merancang objektif dan
matlamat pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid dan menyusun langkah
pengajaran supaya pelajarnya mencapai matlamat dan objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan.
Guru juga berkemampuan untuk menjangka atau meramal tingkah laku pelajar,
mengetahui dan memahami kegemaran dan apa yang tidak digemari oleh pelajar pada
peringkat umur tertentu berdasarkan tahap-tahap perkembangan yang terdapat dalam teori
Erikson ini. Guru boleh merancang peneguhan yang sesuai dalam usaha mengawal tingkah
laku dan memotivasikan pelajar. Guru boleh merancang dan mengadakan intervensi untuk
mengatasi masalah pembelajaran pelajar dan memberi peluang pelajar untuk berjaya atau
merasai kejayaan.
Guru juga perlu memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha mendidik pelajar,
prihatin dan sabar dalam membimbing pelajar. Guru boleh memikirkan dan memberikan
sokongan yang sewajarnya dalam usaha membantu murid yang menghadapi masalah
dalam perkembangannya. Di samping itu juga guru boleh mengadakan alternatif lain dengan
berjumpa dengan ibu bapa untuk berbincang tentang permasalahan yang berlaku dalam
perkembangan anak-anak mereka dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah
penyelesaian yang wajar dan sesuai.

. PERANCANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN

3.1 Aktiviti Belajar Bertatih/Berjalan
3.1.1 Tahap : Tahap 1 - Percaya lawan ketidakpercayaan (0 hingga 18 bulan)
3.1.2 Jenis aktiviti : Latihan Fizikal
3.1.3 Kemahiran : Bertatih/Berjalan

Aktiviti ini hanya boleh dijalankan apabila bayi sudah mencapai tahap pertumbuhan dan
perkembangannya. ni bermakna bayi sudah bersedia dari segi kematangan fizikalnya untuk
belajar bertatih atau berjalan. Kemahiran bertatih atau berjalan umumnya mula dicapai pada
peringkat usia mencecah 12 bulan. Kemahiran ini biasanya muncul selepas bayi sudah
boleh merangkak dan kemudiannya berdiri. Pada peringkat ini bayi sudah boleh dilatih dan
diajar untuk berjalan.
3.1.4 Objektif :
Bayi boleh berlatih kemahiran berjalan disamping menanam rasa percaya kepada orang lain
khususnya ibu dan bapa.
3.1.5 Bahan : Bahan permainan atau barangan kesukaan bayi
Penggunaan bahan adalah bertujuan untuk memotivasikan bayi. Bahan yang digunakan
hendaklah berupaya merangsang bayi untuk bergerak. Bahan yang biasa kita gunakan
adalah barangan yang menjadi kesukaan kanak-kanak seperti alatan permainannya, botol
susu atau barangan yang berwarna-warni. bu bapa juga boleh menjadi bahan atau daya
perangsang untuk bayi tersebut berjalan.
3.1.6 Tempat : Dalam rumah di ruang yang agak lapang.
3.1.7 Pelaksanaan :
Pada peringkat awal, ibu bapa perlu membina kepercayaan pada diri bayi untuk melakukan
aktiviti yang dikehendaki. Pembinaan rasa percaya ini adalah dengan cara memberi
sokonngan kepada bayi. Berikut adalah langkah-langkah umum dalam proses mengajar bayi
untuk berjalan.
i. Berdirikan bayi dengan sokongan dua belah tangan dan lepaskan bayi berkenaan
secara perlahan-lahan untuk memberi peluang bayi tersebut menyeimbangkan kedudukan
badannya. Sekiranya bayi tersebut jatuh maka ibu bapa perlu menyambutnya. ni melatih
kepercayaan bayi tersebut bahawa sekiranya dia jatuh, ibu atau bapanya ada untuk
membantunya.
ii. Setelah bayi tersebut boleh berdiri dengan seimbang, jarakkan sedikit kedudukan
and (ibu bapa) daripada bayi. Rangsang bayi untuk bergerak menggunakan barangan
kesukaannya. ni akan membantu menggerakkan keinginan bayi tersebut untuk bergerak.
Jarak langkah dianggarkan kepada 1 atau 2 langkah sahaja. Sambut bayi sekirannya dia
jatuh dan berikan barangan kesukaannya serta berikan pujian apabila ia berjaya. Langkah
ini perlu diulang-ulang dan jarak antara bayi dengan ibu bapa ditambah secara berperingkat-

peringkat. Sokongan dan bantuan hanya diberikan ketika diperlukan dan pujian perlu kerap
diberi kepada bayi berkenaan. ni akan menimbulkan rasa percaya pada ibu bapa dan juga
menanam kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri.
Dua langkah di atas sebenarnya bertujuan untuk memberi pengetahuan atau pemahaman
secara konsep kepada bayi bahawa mereka boleh bergerak bukan sahaja secara
merangkak tetapi juga dengan cara berjalan iaitu suatu kemahiran yang perlu dicapai.
Mendapat pujian atau penghargaan daripada ibu bapa dijadikan matlamat untuk bayi
berjalan dan sokongan dan bantuan ibu bapa dijadikan landasan kepercayaan untuk rasa
selamat.

3.2 Aktiviti Main Masak-masak
3.2.1 Tahap : Autonomi lawan malu/ragu ( 2 hingga 3 tahun)
3.2.2 Jenis Aktiviti : Main peranan/pondok-pondok
3.2.3 Kemahiran : Berkomunikasi
Kemahiran ini melibatkan komunikasi kanak-kanak dengan orang lain melalui aktiviti yang
didominasi oleh kanak-kanak itu sendiri bersesuaian dengan perkembangan sosial dan
emosinya yang bersifat autonomi.
3.2.4 Objektif :
Kanak-kanak boleh main peranan sebagai tukang masak dan boleh menceritakan apa yang
sedang dilakukannya. Kanak-kanak juga diharapkan dapat menyelesaikan masalah yang
diberikan atau dirangsangkan kepadanya semasa proses komunikasi.
3.2.5 Bahan : Kit masak-masak
3.2.6 Tempat : Dalam rumah di ruang tamu
3.2.7 Pelaksanaan :
Pilih waktu bermain yang sesuai dan ajak anak anda bermain pondok-pondok iaitu main
masak-masak. Berikan kanak-kanak tersebut kit masak-masak dan beri dia peluang
mengendalikan barangan permainan tersebut dari aspek pemilihan dan penyusunan alatan
permainan. Aspek ini penting kerana pada tahap ini kanak-kanak suka berdikari. Ambil
kesempatan ini untuk membina kesungguhan diri kanak-kanak tersebut.

Sebagai ibu bapa, berikan soalan-soalan rangsangan untuk menggalakkan


komunikasi kanak-kanak tersebut dan beri peluang dia bercerita tentang apa yang
dilakukannya. Antara soalan-soalan rangsangan yang boleh ditanyakan kepada kanak-
kanak ialah; Hari ini kakak nak masak Apa?; Kakak nak masak apa?; Kakak dah basuh
sayur dan ikan kah? Beri peluang kanak-kanak melakukan aktiviti yang anda tanyakan tadi.
Setelah selesai masak, sertai permainan kanak-kanak tersebut dengan main
peranan untuk merasa hasil makanannya. Berikan pujian atas usaha yang telah dilakukan
oleh kanak-kanak. Anda juga boleh mewujudkan permsalahan ketika main peranan tersebut,
bergantung pada situasi yang dihadapi. Contohnya, apabila kanak-kanak tersebut hanya
menyediakan pinggan hidangan untuk satu orang, tanyakan kepadanya mana hidangan
untuk ibu, ayah atau adik. ni akan menggalakkan murid untuk berfikir dan mencari jalan
penyelesaian. Sekiranya kanak-kanak tidak memperoleh jalan penyelesaian, maka
cadangan penyelesaian hendaklah diberikan seperti masak lagi untuk ayah atau bahagi-
bahagikan hidangan yang sedia ada. Beri peluang kanak-kanak melakukannya sendiri
kerana pada tahap ini kanak-kanak suka melakukan pekerjaan secara berdikari. ni akan
melatih kesungguhan dirinya.
3.3 Aktiviti Lawatan ke kawasan Sekolah
3.3.1 Tahap : nisiatif lawan rasa bersalah ( 3 hingga 6 tahun)
3.3.2 Jenis Aktiviti : Penerokaan dan interaksi sosial
3.3.3 Objektif :
Kanak-kanak boleh mengenal bentuk-bentuk asas melalui penerokaan persekitaran
bangunan sekolah dan berinteraksi sesama rakan mereka tentang apa yang mereka lihat.
3.3.4 Kemahiran :
Kemahiran melibatkan proses sains iaitu memerhati dan mengenal pasti bentuk-bentuk di
persekitaran ketika menjalankan penerokaan disamping interaksi sosial tentang apa yang
mereka terokai.
3.3.5 Bahan : Bahan konkrit, bongkah kayu
3.3.6 Tempat : Luar dan dalam bilik darjah
3.4.7 Pelaksanaan :

Penerangan atau taklimat perlu diberikan kepada kanak-kanak sebelum aktiviti lawatan luar
bilik darjah dijalankan. Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan ialah seperti objektif
lawatan, disiplin dan peraturan serta keselamatan.
Lokasi lawatan dalam persekitaran sekolah hendaklah berfokus kepada tempat-
tempat yang mempunyai binaan bentuk-bentuk asas segiempat, segitiga dan bulatan.
Contoh-contoh lokasi adalah seperti taman sekolah, pondok wakaf, kantin dan bangunan
sekolah. Semasa proses lawatan, beri peluang kanak-kanak meneroka dan berinteraksi
sesama mereka tentang bentuk-bentuk yang mreka lihat. Guru boleh merangsang interaksi
kanak-kanak dengan bertanyakan soalan-soalan mudah. Beri penekanan kepada bentuk-
bentuk kecil bahagian-bahagian bangunan seperti dasar, tiang, rangka dan bumbung
bangunan untuk memberi gambaran tentang gabungan bentuk-bentuk asas secara
keseluruhan.
Selesai lawatan, bawa kanak-kanak balik semula ke kelas dan adakan sesi soal
jawab tentang aktiviti yang telah mereka lakukan. Langkah seterusnya, beri peluang murid-
murid bermain bongkah-bongkah kayu untuk membina struktur bangunan berdasarkan
pengalaman segar mereka semasa melawat kawasan sekolah. Aktiviti ini hendaklah
dijalankan secara berkumpulan bagi menggalakkan mereka bekerjasama, berinteraksi dan
menyelesaikan masalah secara bersama. Setelah selesai membina struktur bangunan, beri
peluang untuk kanak-kanak bercerita tentang hasil kerja mereka.










. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAGI AKTIVITI . LAWATAN KE


KAWASAN SEKOLAH

Nama Kelas : Prasekolah Mutiara.
Bilangan Murid : 25 orang murid.
Tarikh / Hari : 2 Mac 2011 / Rabu.
Masa / tempoh : 8.00 pagi 9.00 pagi (60 minit)
Tunjang : Sains dan Teknologi
Tema : Diri Saya.
Subtema : Sekolah Saya.
Topik : Bentuk-bentuk Asas.
Fokus : ST 2.0 - Kemahiran saintifik.
Standard Kandungan : ST 2.1 - Membuat pemerhatian ke atas objek dan
fenomena alam di persekitaran.
Standard Pembelajaran : ST 2.1.6 - Memerhati dan mengenal pasti bentuk-
bentuk di persekitaran.
Objektif : Murid-murid boleh mengenal pasti dan menyatakan
bentuk-bentuk asas segiempat, segitiga dan bulatan
di kawasan persekitaran bangunan sekolah melalui
pemerhatian.
Pengetahuan Sedia Ada Murid : Murid-murid telah belajar tentang bentuk-bentuk asas.
Bahan Bantu Belajar : Kad paparan bentuk, bahan konkrit, bongkah-
bongkah kayu
Kesepaduan : PSE 3.2.1 - Berkomunikasi secara bersopan dan
berhemah dengan bimbingan.
PSE 3.2.2 - Bertolak ansur dan bekerjasama
semasa menjalankan aktiviti.

Penerapan Nilai : Kebersihan, berhati-hati, kerjasama dan teliti.


KB : Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
Kecerdasan Pelbagai : Visual Ruang

LANGKAH
/ MASA
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
BAHAN
BANTU
BELAJAR
CATATAN
Set nduksi
( 3 minit )
- Bentuk-bentuk asas:
a) Segiempat
b) Segitiga
c) Bulat

- Murid-murid diminta
menamakan bentuk-bentuk
asas berdasarkan kad bentuk
yang ditunjukkan.
- Murid-murid diminta mencari
bentuk-bentuk objek dalam
persekitaran bilik darjah yang
sama dengan kad bentuk yang
dipaparkan.
- Kad paparan
bentuk, bahan
konkrit.
- Kecerdasan
Pelbagai:
Visual ruang
- Nilai:
Berani mencuba,
keyakinan
- mpak: Murid boleh
mencari objek-objek
yang sama dengan
bentuk asas.
Langkah 1
( 3 minit )
- Taklimat Lawatan
a) Objektif Lawatan
b) Disiplin dan
peraturan
c) Keselamatan

- Murid diberikan penerangan
tentang lawatan luar bilik darjah
yang akan dijalankan seperti
aspek-aspek objektif lawatan,
disiplin dan peraturan serta
keselamatan.
- Kad paparan
bentuk.
- Nilai:
Mematuhi arahan,
memberi perhatian,
kerjasama dan
menjaga
keselamatan.
- mpak:
Langkah 2
( 30 minit )
- Lawatan luar bilik
darjah
Lokasi: taman,kantin
sekolah,pondok wakaf
dan bangunan
sekolah
- Bentuk-bentuk asas:
Segiempat, Segitiga
dan bulat

- Murid dibawa melawat ke
lokasi-lokasi persekitaran
bangunan sekolah seperti
kantin, taman, pondok wakaf
dan bangunan sekolah.
- Murid diminta membuat
pemerhatian terhadap struktur
bangunan dan meneliti serta
mengenal pasti bentuk-bentuk
asas.
- Bahan konkrit
di persekitaran
sekolah, kad
paparan
bentuk
- Kesepaduan:
PSE 3.2.1
- Kecerdasan
Pelbagai:
Visual - Ruang
- KBKK
Meneliti bahagian-
bahagian kecil dan
keseluruhan
- Nilai:

- Soalan rangsangan
Contoh:
a) Apakah bentuk
objek ini?
b) Kenapakah
bumbung bangunan
berbentuk segitiga?

- Murid digalakkan berinteraksi
sesama mereka dan diberikan
soalan-soalan rangsangan
untuk berinteraksi.
- Murid diminta menceritakan
tentang bentuk-bentuk yang
telah mereka lihat.
Mematuhi arahan,
disiplin, menjaga
keselamatan
- mpak: Murid
seronok
mengadakan
lawatan dan boleh
mengenal pasti
bentuk asas melalui
pemerhatian.
Langkah 3
( 20 minit )

Binaan model
bangunan
berdasarkan bentuk-
bentuk asas:
a) segiempat
b) segitiga
c) bulat
- Murid dibahagikan kepada tiga
kumpulan dan diminta membina
model bangunan menggunakan
bongkah-bongkah kayu
berdasarkan kreativiti dan
pengalaman semasa lawatan.
- Murid digalakkan bertolak
ansur dan bekerjasama dalam
menghasilkan model binaan.
- Murid diberi bimbingan dalam
pembinaan model bangunan.
- Bongkah
kayu
- Kesepaduan:
PSE 3.2.2
- Kecerdasan
Pelbagai:
Visual - Ruang
- Nilai:
Tolak ansur,
kerjasama
- mpak: Murid boleh
bertolak ansur
semasa
menjalankan aktiviti
kumpulan..
Penutup
( 4 minit )
- Bentuk-bentuk asas:
a) segiempat
b) segitiga
c) bulat

- Murid-murid diminta
menceritakan tentang model
binaan bangunan yang mereka
hasilkan.
- Hasil kerja
murid
- Kesepaduan:
PSE 3.2.1
- Nilai:
Kerjasama dan
menjaga kebersihan.
- mpak: Murid
bercerita
menggunakan
bahasa yang mudah
secara sopan.

. LAPORAN PENGAJARAN

Pembelajaran berorientasikan lawatan ini dipilih bersesuaian dengan kecenderungan kanak-
kanak di usia tiga hingga enam tahun yang suka meneroka dan terlibat dengan interaksi
sosial. a juga bertujuan untuk memajukan potensi diri kanak-kanak disamping menanamkan
kefahaman tentang tujuan atau hala tuju diri terlibat dalam sesuatu aktiviti.
Tunjang pembelajaran bagi aktiviti lawatan ini ialah Sains dan Teknologi, manakala
Tunjang Keterampilan yang merujuk kepada perkembangan sosioemosi disepadukan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini. Walaupun Sains dan Teknologi merupakan tunjang
utama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini, namun fokus pelaporan adalah
berkaitan dengan perkembangan sosioemosi dan bagaimana standard-standard
pembelajarannya disepadukan. Standard-standard pembelajaran yang disepadukan ialah:
i. PSE 3.2.1 - Berkomunikasi secara bersopan dan berhemah dengan bimbingan.
ii. PSE 3.2.2 - Bertolak ansur dan bekerjasama semasa menjalankan aktiviti.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan set induksi yang berfokus
kepada isi pelajaran tentang bentuk-bentuk asas. Sebelum ini murid-murid telah belajar
tentang bentuk-bentuk asas manakala dalam aktiviti kali ini, hasil pembelajaran yang hendak
dicapai ialah kemahiran mengenal pasti bentuk-bentuk asas di persekitaran melalui
pemerhatian. Langkah pertama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini ialah taklimat
atau penerangan tentang lawatan luar kelas yang akan dijalankan. Penerangan adalah
berkaitan tentang objektif lawatan, peraturan, disiplin dan keselamatan.
Langkah seterusnya ialah mengadakan lawatan. Kanak-kanak diberi peluang
meneroka dan berinteraksi sesama mereka. Murid-murid diberi bimbingan dengan
menekankan aspek kemahiran berfikir melalui pemerhatian bahagian-bahagian kecil dan
keseluruhan. Pada langkah ini, standard pembelajaran Tunjang Keterampilan PSE 3.2.1
boleh disepadukan. ni kerana pada satu-satu masa, murid-murid diberi peluang untuk
menceritakan hasil penerokaan dan pemerhatian mereka. Apabila murid-murid
berkomunikasi, mereka digalakkan berkomunikasi secara bersopan dan berhemah.
Bimbingan diberikan kepada murid dalam membetulkan penggunaan ayat dan perkataan-
perkataan yang betul dan sesuai.
Langkah ketiga dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini diteruskan di dalam bilik
darjah. Murid-muri menjalankan aktiviti kumpulan iaitu membina model bangunan

berdasarkan pengalaman mereka membuat lawatan luar kelas. Binaan model bangunan ini
menggunakan blok-blok atau bongkah kayu. Murid-murid diminta bekerjasama dalam
menyiapkan aktiviti kumpulan ini. Pada langkah ini, standard pembelajaran PSE 3.2.2
disepadukan. Pada peringkat awal aktiviti pada langkah ini, aspek kerjasama tidak berjalan
dengan baik kerana setiap murid ingin membina model bangunan sendiri. Walau
bagaimanapun, setelah murid-murid dinasihatkan tentang amalan bertolak ansur dan
digalakkan bekerjasama, baharu setiap kumpulan dapat menjalankan aktiviti dengan licin
dan model bangunan disiapkan. Model binaan bangunan disiapkan berdasarkan
pengalaman dan idea serta kreativiti murid.
Penutup kepada sesi pengajaran dan pembelajaran ini ialah aktiviti menceritakan
tentang hasil kerja murid. Murid diberi bimbingan semasa aktiviti ini dijalankan. Murid-murid
juga dinasihatkan berkomunikasi secara sopan dan berhemah.
Antara kekuatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini ialah minat murid
untuk meneroka persekitaran sekolah. Murid-murid teruja dan seronok untuk melakukan
lawatan luar kelas. Mungkin ini disebabkan murid selalunya terhad berada di dalam kelas
sahaja, dan apabila berpeluang untuk mengikut aktiviti pembelajaran di luar kelas maka
mereka menunjukkan minat untuk membuat pemerhatian di samping interaksi bersama
rakan-rakan. Murid boleh berkomunikasi menggunakan bahasa-bahasa yang mudah dan
boleh respon pada soalan-soalan yang ditanyakan. Murid juga boleh menggunakan
pengalaman bermakna mereka untuk membina model bangunan. Pembelajaran ini juga
menekankan aspek emosi seperti kesediaan untuk bertolak ansur dan bekerjasama apabila
dinasihatkan oleh guru.
Kelemahan yang dapat dilihat dalam aktiviti pembeljaran ini ialah kurangnya
komunikasi yang berkesan di kalangan murid-murid bukan melayu. Lebih 6o peratus murid-
murid dalam kelas ini terdiri dari kalangan murid bukan Melayu. Kegagalan memahami
bahasa Melayu menyukarkan mereka berinteraksi sesama rakan-rakan. Walau bagaimana
pun, kelonggaran diberikan untuk mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka
secara tidak langsung membantu mereka dalam interaksi sosial.
Secara keseluruhannya, hasil pembelajaran telah dicapai bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran ini. Murid-murid berjaya menunjukkan tingkah laku yang diingini. Walaupun
begitu bimbingan serta dorongan guru memainkan peranan penting dalam merangsang
aktiviti pembelajaran. Aspek perkembangan emosi yang disepadukan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ini jelas boleh dilihat terutamanya dalam aktiviti binaan model
bangunan.

BIBLIOGRAFI

Activities For Kids. Capaian pada 28 Februari 2011. Laman Sesawang
http://www.activitiesforkids.com/teacher.htm

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. 2009. Draf Dokumen
Standard Prasekolah Kebangsaan.

Erikson's Psychosocial Development Theory. Capaian pada 28 Februari 2011. Laman
Sesawang http://www.businessballs.com/erik_erikson_psychosocial_theory.htm

PG Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Modul Prasekolah PRA3107 Perkembangan
Sosioemosi.

Jas Laile Suzana Jaafar, 2002. Psikologi Kanak-kanak & Remaja. Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

Haliza Hamzah. Joy N. Samuel.2008. Perkembangan Kanak-kanak Edisi Kedua. Siri
Pendidikan Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Nik Rosila Nik Yaacob. 2010. Pendidikan Kerohanian dan Moral Prasekolah. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Stimulatin Your Child's Creativity. Capaian pada 28 Februari 2011. Laman Sesawang
http://www.brainy-child.com/article/child-creativity.shtml

Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Capaian pada 25 Februari 2011. Laman
Sesawang http://kongkoh.blogspot.com/2010/01/teori-perkembangan-psikososial-erik.html

Teori Psikososial Erik Eriksons. Capaian pada 25 Februari 2011. Laman Sesawang
http://www.scribd.com/doc/16874808/Teori-perkembangan-Psikososial-Erik-Erikson

Toddlers Activities At Home. Capaian pada 28 Februari 2011. Laman Sesawang
http://www.toddler-activities-at-home.com/fun-toddler-activities.html

Toddlers Fun Activities Over 250 Ideas. Capaian pada 28 Februari 2011. Laman Sesawang
http://www.toddlertoddler.com/

Вам также может понравиться