Вы находитесь на странице: 1из 4

Kewangan - Perancangan Kewangan Bagi Pelajar

Merancang kewangan bermula apabila seseorang itu merancang perbelanjaan harian. Hampir
setiap kanak-kanak mendapat wang saku harian apabila pergi ke sekolah. Namun, tidak semua
yang tahu bagaimana untuk membelanjakan wang tersebut.
Berikut adalah beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka:
Rancang Perbelanjaan
- Apabila mendapat wang, rancanglah perbelanjaan. Jadikan tabiat menabung/menyimpan
sebagai satu amalan kehidupan harian. Setiap kali, menerima wang saku, rekodkan jumlah yang
diterima. Rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan
yang boleh dibuat. Elakkan dari berbelanja melebihi peruntukan kewangan yang diperolehi. Ini
adalah untuk menggelakkan deIesit atau pun anda berhutang.
Berbelanja Dengan Bijak
- Berbelanjalah wang anda dengan bijak. Beli hanya barang yang diperlukan sahaja.
- jangan meminjam wang daripada sesiapapun semata-mata kerana gagal mengawal
perbelanjaan. Sebagai pelajar, elakkan daripada meminjam wang daripada rakan-rakan atau pun
meminjamkan wang anda kepada rakan-rakan anda.
- Jangan berbohong kepada ibu-bapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang.
- Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuan ibu-bapa.
Pastikan Sentiasa Mempunyai Wang Di Tangan
- Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan. Ini adalah kerana wang perlu sentiasa
berada di tangan untuk kegunaan pada bila-bila masa yang perlu.
Menyimpan Wang Di Tempat Yang Selamat
- Baki wang yang berada di tangan setelah berbelanja perlulah direkodkan dan disimpan di
tempat yang selamat. Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat di samping
dapat memberi pendapatan kepada wang yang disimpan. Minta bantuan ibu-bapa atau guru-guru
untuk mengetahui cara untuk membuka akaun simpanan di bank.
Melabur Wang Untuk Mendapatkan Pulangan
- Jadikan wang sebagai alat untuk menghasilkan pendapatan dan memberi hasil pulangan.
Jumlah wang disimpan di bank akan bertambah nilainya apabila bank memberi Iaedah kepada
simpanan tersebut.
Menabung

Menabung amat bagus untuk para pelajar. Amalkanlah sikap menabung sejak kecil lagi supaya
anda boleh menggunakan duit itu jika diperlukan. Bagi yang bersekolah, ambillah 1/3 daripada
duit saku anda untuk dimasukkan ke dalam tabung. Ada juga bank yang menyediakan tabung
percuma bagi setiap pelanggannya. Tabung boleh dibuat sendiri dan boleh juga dibeli di kedai.
"Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit".



Membuat akaun bank

Bank ialah tempat yang paling selamat dan menguntungkan anda untuk menyimpan duit. Tetapi
carilah bank yang dapat menjamin masa depan anda. Bagi kanak-kanak, duit raya bolehla
dimasukkan ke dalam bank. Duit di dalam tabung boleh juga dimasukkan ke dalam bank jika
sudah penuh.



Menahan diri dari membeli benda tidak berfaedah

Ramai masyarakat zaman kini membeli benda yang tidak berIaedah terutamanya di kalangan
kanak-kanak. Mereka menggunakan duit saku sekolah untuk membeli ais krim, satay, dan lain-
lain lagi. Tidakkah ini suatu pembaziran ? Mereka patut menyimpan duit mereka di dalam
tabung.



Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika anda mengamalkan ketiga-tiga tips yang
eIektiI di atas nescaya anda akan mempunyai masa depan yang cerah. Jadilah pengguna yang
bijak !

Вам также может понравиться