Вы находитесь на странице: 1из 4

Hari Raya Aidiladha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Sebahagian dari siri berkaitan

Islam
Rukun Iman

Allah Kitab Malaikat Nabi
Hari Akhirat Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah Solat Puasa
Zakat Haji

Kota Suci

Makkah Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

AidilIitri Aidiladha

Hukum

Al-Quran Sunnah Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
KhulaIa al-Rasyidin

KhaliIah KhilaIah
Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
HanaIi SyaIie
Maliki Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik Haiwan Seni
Takwim Kanak-kanak
DemograIi Perayaan
Masjid Dakwah FalsaIah
Sains Wanita Politik

Lihat juga

Kritikan IslamoIobia
Glosari

Portal Islam
p b s


Hari Raya AidiIadha (bahasa Arab: _=-`' ~-= 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang
dirayakan oleh umat slam di seluruh dunia. a adalah perayaan terbesar di dalam slam selain Aidilfitri yang
disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas
bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat
sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang
boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat slam memperingati kisah
pengorbanan Nabi brahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi smail dalam
memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. badat korban ini hanya
boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha
sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah
agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah
slam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah slam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa
dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang slam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga
mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat slam akan mengerjakan sembahyang sunat
Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya
dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan
korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka
yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke
masjid.
[1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan
pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan.
Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid
sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat slam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan
melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat slam memegang bahawa perayaan
korban ini memperingati kesanggupan Nabi brahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada
Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat slam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang
disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan
daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah
dan menziarahi sesama mereka.
[sunting]Hari Raya Aidiladha dalam hadis
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang
bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama
dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa
bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah
SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan
Aidiladha." (Diriwayatkan mam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) "Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari
Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari
kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum
darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban
yang kamu lakukan. (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh mam Tirmizi dan Al-Hakim yang
bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai
Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat
dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil
tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu
dengan hati yang bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) bnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada bnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada bnu Abbas dan Jabir bin
Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri)
dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara
tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a
bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau
sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
[2]

Вам также может понравиться