Вы находитесь на странице: 1из 9

1103/2

Cetera Saya :]

SULIT

1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Oktober 2011 2 jam

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA __________________________________________________________________________ PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011 TINGKATAN EMPAT __________________________________________________________________________ BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua Jam Tiga Puluh Minit ___________________________________________________________________________ JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHlNGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan 2. Sila jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2(b), soalan 2(c), soalan 2(d) dan soalan 4 berdasarkan teks komponen kesusasteraan tingkatan 4. 4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. __________________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

1103/2

Cetera Saya :] Soalan 1 : Rumusan

SULIT

[30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah permainan tradisional dan kekangan untuk memperkenalkannya kepada golongan remaja. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi daripada nenek moyang kita dahulu dan dimainkan terutamanya ketika lapang selepas melakukan sesuatu pekerjaan. Permainan tradisional meliputi pelbagai jenis dan bentuk seperti batu seremban, congkak, gasing, guli, dan galah panjang. Hampir semua permainan ini sesuai dimainkan oleh kanakkanak dan remaja. Ada permainan dimainkan secara perseorangan dan ada juga yang berkumpulan. Permainan ini boleh dimainkan pada bila-bila masa dan di mana-mana, sama ada di luar atau di dalam rumah. Permainan tradisional juga seperti permainan moden yang dapat membina fizikal. mental, dan emosi seseorang. Seseorang yang aktif dalam permainan tradisional, lazimnya mempunyai bentuk badan yang cantik kerana permainan tradisional memerlukan pemainnya melakukan banyak pergerakan tubuh badan. Permainan tradisional bukan sahaja menjadi kegiatan riadah, bahkan permainan tersebut dapat menanam nilai kejujuran, berfikiran kritis, dan semangat juang yang tinggi. Pada masa yang sama permainan tradisional mampu memupuk kemahiran pemain mengatur strategik Selain itu, bermain permainan tradisional secara perseorangan ataupun berpasukan dapat mernpererat hubungan sama ada dalam kalangan pemain ataupun anggota keluarga dan penduduk setempat. Permainan yang dimainkan secara berpasukan pula secara langsung menanam sikap dan nilai kerjasama. Tanpa kerjasama ahli pasukan, permainan tidak dapat dilangsungkandengan baik, wujud perbalahan sesama ahli dalam kumpulan dan kecemerlangan dalam permainan tidak akan dicapai. Bagi permainan yang lebih besar seperti wau, gasing dan kertuk, permainan itu dapat menarik perhatian penduduk dari kampung yang berdekatan, sama ada sebagai pasukan lawan atau penonton. Melalui permainan dan pertandingan, mereka bukan sahaja berhibur dan berpesta, bahkan pada waktu yang sama memperkukuh hubungan dan ikatan sosial mereka. Kalah atau menang bukan perkara yang penting. Yang lebih penting ialah semangat bertanding dalam perasaan persahabatan. Kesimpulannya, permainan tradisional sangat penting dihidupkan dan dikembangkan bersama-sama permainan dan sukan moden. Oleh sebab remaja pada umumnya berada dalam alam persekolahan, tempat paling sesuai untuk menghidupkan dan mengembangkan permainan tradisional adalah di sekolah. Permainan tradisional perlu dihidupkan dan menjadi permainan orang ramai agar usaha untuk menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu identiti nusa akan terlaksana. (Dipetik dan diubahsuai daripada Dewan Siswa, September 2009)

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

1103/2

Cetera Saya :] Soalan 2 : Pemahaman

SULIT

[35 markah] Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud rangkai kata identiti nusa ? [2 markah]

ii.

Berikan tiga kesan sekiranya tiada semangat kerjasama dalam sesebuah pasukan dalam sesuatu permainan tradisional ? [3 markah]

iii.

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menarik minat remaja bermain permainan tradisional ? Berikan tiga cadangan anda. [4 markah]

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

1103/2

Cetera Saya :]

SULIT

Soalan2(b) - Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. "Hii, mengapa gaduh-gaduh ni! Adik-beradik tidak manis bertikam lidah. Kata orang tua-tua carik-carik bulu ayam bercantum jua akhirnya. Tapi, kamu berdua ni bila nak bercantum?" Wah mula masuk campur. Israk dan Mikraj terpempan. "Wah tahu, kamu berdua bertekak fasal Wah, bukan? Wah sedar siapa diri Wah. Wah tinggal di kampung, rumah buruk, tapi kamu tinggal di kediaman mewah. Setiap hari kamu lihat pencakar langit, tapi di sini cuma ada pokok yang mencakar langit. Kamu makan yang enak-enak, tapi di sini Wah hanya makan makanan tradisional, tak sedap pada kamu. Wah sedar Israk selesa dengan keadaan seperti itu. Wah tahu..." Wah memandang cucu-cucunya. Kuyu mata Wah, tetapi tentu kuyu lagi jiwa dan raganya. "Wah tahu kamu berdua tak selorong. Tapi, jangan macam anjing dengan kucing di dalam rumah Wah ini. Pantang nenek moyang Wah bertekak, bertikam lidah, tikai-menikai, maki-memaki, atau apa sahaja di dalam rumah ni. Dulu, kalau kami bergaduh, deras ambil wuduk. Samalah macam bomba padamkan api. Kita juga bomba yang memadamkan syaitan yang dijadikan daripada api itu dengan wuduk. Sudahlah, berbaik-baiklah kamu, moga-moga Allah membahagiakan hidup kita sekeluarga." (Dipetik daripada cerpen "Israk", dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. ii.

Apakah maksud rangkai kata pencakar langit?

[2 markah]

Pada pendapat anda, apakah cara bagi mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.Berikan tiga cadangan [3 markah] Jelaskan satu latar masyarakat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

iii.

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

1103/2

Cetera Saya :]

SULIT

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hatta beberapa lama Khoja Maimun belayar itu, maka datanglah cubaan Allah Taala atas hambanya, dengan demikian dicetera akan orang yang empunya cetera ini. Selama peninggalan Khoja Maimun belayar itu, sebermula ada pada suatu hari maka Bibi Zainab pun bercintalah akan suaminya. Maka ia pun pergilah duduk di tingkap mahligainya beranganangan serta memandang pada jalan seraya itu maka pada ketika itu terpandanglah kepada anak raja di dalam negeri itu lalu berkuda hampir dengan mahligai isteri Khoja Maimun. Pada tatkala Bibi Zainab pun memandang ke bawah maka terpandanglah kepada muka anak raja itu, pemandangan Bibi Zainab terlalu elok rupa anak raja itu. Sebermula anak raja pun memandang kepada isteri Khoja Maimun, terlalu baik parasnya sama berjumpa matanya lalu dibawanya tersenyum oleh anak raja itu. Dengan takdir Allah Taala maka anak raja itu pun berahilah akan Bibi Zainab itu. Adapun akan Bibi Zainab itu pun tersangkutlah hatinya akan anak raja itu. Setelah sudah maka anak raja itu pun menyimpang ke rumah seorang perempuan. Setelah sampai anak raja itu pun berkata kepada perempuan itu, "Hai ibuku, pergilah sampaikan kepada perempuan itu, katakan aku suruh kepada orang itu, katakan aku berkehendakkan dia dengan barang tipu daya ibu akan meluluskan maksud aku ini!" Setelah didengar oleh orang tua itu segeralah ia pergi kepada isterinya Khoja Maimun itu. (Dipetik daripada prosa tradisional "Hikayat Khoja Maimun", dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

i. ii. iii.

Apakah maksud tersangkutlah hatinya? Terangkan peristiwa pertemuan pertama Bibi Zainab dengan anak raja.

[2markah] [3 markah]

Pada pendapat anda, wajarkan Khoja Maimun meninggalkan isterinya terlalu lama? Berikan tiga pendapat . [3 markah]

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

1103/2

Cetera Saya :]

SULIT

Soalan 2(d) - Petikan Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mengintai Ruang Insaf Semakin berat kejahilan terpikul di bahu semakin jauh perjalanan memburu nur-Mu. Sewaktu berlari di padang hidup kerap kakiku tersadung selirat akar tubuhku tercalar duri pidana pada samar kejauhan ancala mulia makin kabur dan menghilang. Sekadar songsong aksara kata tanpa kembali ke tunjang makna, "Apakah dalam saraf khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?" Rabb, moga pintu taubat-Mu terbuka sebelum api dari bara itu menyala.

Shukri Abdullah Sesudah Hujan Dahlia, 2002 Utusan Publications & Drisrtibutors Sdn. Bhd.

i. ii.

Berikan maksud rangkap keempat sajak di atas.

[2 markah]

Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan diri daripada melakukan jenayah ? Berikan tiga langkah [3 markah] Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. [4 markah]

iii.

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

1103/2

Cetera Saya :] Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.

SULIT

a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. i. ii. iii. iv. v. vi. mencantas meraut menghiris mencencang menakik mengupas [6 markah] b) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian tukarkan ayat pasif tersebut kepada ayat aktif.

i. ii. iii.

Pokok kelapa tua di belakang rumah telah ditebang oleh ayah semalam. Tiga buah helikopter Amerika jatuh ditembak oleh tentera pemberontak Libya. Surat itu telah saya tulis untuk dikirim kepada ayah. [6 markah]

c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidakperlu menyalin ayat itu semula.

i. ii. iii.

Dalam pertunjukkan udara itu, salah seorang juru terbang telah terkorban apabila pesawatnya terhempas. Dadah amat merbahaya kerana boleh membawa maut sekaligus meruntuhkan keharmonian negara. Setiap pelajar perlu menguasai teknoloji maklumat untuk tambah ilmu dan kemahiran. [6 markah].

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

1103/2

Cetera Saya :]

SULIT

d) Dalam ayat- ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Penggunaan kredit kad yang begitu pesat di negara ini menyebabkan ramai yang diumumkan muflis. Pihak media massa seharusnya mempertingkatkan keinsafan masyarakat tentang kesan buruk perkara ini agar supaya kemelut yang melanda dapat dikurangkan. Rakyat- rakyat yang jahil akhirnya terpalit dengan permasalahan ini. [6 markah] e) Baca perenggan di bawah ini dengan teliti, kemudian isikan tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Apabila kita hidup bermasyarakat, kita harus sedar bahawa kita mestilah mengamalkan budaya_______(i)_______, tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan sesekali kita menjadi_______(ii)_______.Sikap negatif ini akan menyebabkan jiran-jiran atau masyarakat terasa hati dan akhirnya mengabaikan kita. Jiran tetangga seumpama saudara-mara kita juga kerana_______(iii)_______.Jika mereka susah, kita akan turut terasa akan kesusahan mereka. [6 markah]

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

1103/2

Cetera Saya :] Soalan 4: Novel

SULIT

[15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : i. ii. iii. iv. Azfa Hanani karya Hanis Azhan Mohd Hanafiah PAPA. . . (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof Renyah karya Gunawan Mohamad Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

a) Pengarang menggunakan unsur saspens bagi menarik minat membaca meneruskan pembacaan. Jelaskan dua peristiwa yang mengandungi unsur saspens dalam novel yang anda pelajari. [7 markah] b) Huraikan satu pengajaran yang boleh diambil daripada watak utama dan satu pengajaran daripada watak sampingan dalam novel yang anda pelajari. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Type text]

Cetera Saya :]

[Lihat halaman sebelah

Вам также может понравиться