Вы находитесь на странице: 1из 3

Marilah kita mencontohi sifat tawadhuk seorang yang menjadi contoh tauladan keseluruhan arab dan juga `ajam.

Kamu - wahai pemudahendaklah mengembil sebanyak-banyaknya sifat tawadhuknya itu, serta akhlaknya yang agung supaya kamu mengetahui bahawa nabi saw dicipta dengan sifat tawadhuk, bersederhana, serta merendah diri

HALAQAHMAYA | 02 DISEMBER 2011

Jika dilihat di zaman nabi saw, baginda nabi yang mula-mula memberi salam, dia memberi pengajaran kepada siapa sahaja yang bercakap dengannya, samada kecil mahupun besar. Bagindalah yang terakhir meleraikan salaman tangan, baginda pergi ke pasar, serta mengangkat barangannya sendiri lalu berkata: akulah yang lebih baik mengangkatnya, baginda tidak sombong mengambil pembantu (dalam semua keadaan).. samada ketika membina masjid Madinah, ataupun (ketika menggali) parit (ketika peperangan al-Khandaq)...baginda menyebarkan dakwahnya kepada orang yang merdeka, dan juga hamba.. Baginda bertemu dengan orang yang uzur dan yang memerlukan pertolongan, baginda menampal bajunya sendiri, menjahit kasutnya, dan membantu urusan ahli keluarganya.. baginda mengikat sendiri kepala untanya, baginda makan bersama pembantu (khadam), menunaikan keperluan orang lemah dan juga yang memerlukan pertolongan, dan baginda juga duduk di atas tanah... Bagaimana tidak, baginda telah di didik oleh Allah dengan adab alQuran, dengan firman Allah:

Maksudnya: Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. [As-Syuaraa`: 215]

HALAQAHMAYA | 02 DISEMBER 2011

Tamat Terjemahan: Masa: 09:23 Pagi, Tarikh: 01/12/2011, 05 Muharam 1433H. Lokasi: Hayyu Ula, Dumyat Jadidah, Mesir.

Karangan: Dr. Abdullah Nasih Ulwan [Wafat-1408H]

HALAQAHMAYA | 02 DISEMBER 2011

Вам также может понравиться