Вы находитесь на странице: 1из 4

CABARAN-CABARAN YANG BAKAL DITEMPUHI DALAM MENJADI SEORANG PEMIMPIN.

Dalam era globalisasi ini, profesionalisme keguruan bukan lagi satu profesion yang boleh dipandang enteng. Dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan seorang guru perlu kuat dari segi mental dan fizikal agar mampu menghadapi segala cabaran dunia pendidikan masa kini. Seorang pemimpin guru yang sentiasa berusaha menghadapi segala cabaran akan mampu mampu menjalankan tanggungjawab seorang guru dengan lebih efisyen. Cabaran kepimpinan guru dalam bidang pendidikan dapat dibahagikan kepada empat aspek utama iaitu antara guru dengan sekolah, guru dengan rakan sekerja, guru dengan murid-murid guru dengan diri sendiri dan seterusnya antara guru dengan masyarakat setempat.

Cabaran kepimpinan yang perlu dihadapi guru dalam hubungan dengan pihak sekolah adalah seperti kurang mendapat sokongan dalam aktiviti atau pun tugasan yang ingin dilakukan. Guru-guru menghadapi kesukaran apabila kerjasama yang diharapkan tidak diperoleh sepenuhnya malah dibiarkan sendirian dalam membuat tugasan dan keputusan. Antara sebab lain seseorang guru itu tidak mendapat sokongan ialah kerana sikap yang tidak digemari oleh pihak sekolah, gaya kepimpinan bercanggah dengan kehendak guru besar atau guru-guru lain dan sebagainya. Misalnya apabila seorang guru itu ingin menjalankan sesuatu program di sekolah seperti Program Banyak Membaca, tetapi guru tersebut tidak mendapat sokongan penuh daripada seluruh warga sekolah maka aktiviti yang ingin dilakukan pastinya tidak dapat berjalan lancar. Guru itu mungkin akan menghadapi masalah dalam mendapat peruntukan kewangan, tenaga kerja daripada guru-guru lain juga tidak diperoleh serta tiada masa serta ruang yang sesuai diberikan bagi melaksanakan aktiviti. Kesannya aktiviti tersebut berjalan dengan kurang baik. Bagi mengatasi masalah ini, seseorang guru itu perlu bijak membina hubungan dengan seluruh warga sekolah terlebih dahulu sebelum mampu memperoleh sokongan daripada mereka.

Selain itu, dalam menampilkan gaya kepimpinan yang terbaik para guru juga perlu menghadapi kesukaran dalam memperoleh kepercayaan daripada rakan sekerja lain. Hal ini pada dasarnya lebih kerap berlaku di kalangan guru-guru permulaan yang lazimnya sukar mendapat kepercayaan daripada guru-guru yang lebih senior. Kebanyakkan daripada mereka menganggap guru-guru permulaan kurang pengalaman berbanding mereka. Misalnya apabila terdapat sesuatu majlis yang perlu diadakan di sekolah seperti Majlis Sambutan Kemerdekaan, Majlis Pelancaran Bulan Bahasa dan Majlis Persaraan guru-guru permulaan akan diberikan tugas-tugas yang lebih mudah dahulu seperti menjadi pengurusi majlis, menguruskan bahagian hadiah dan cenderamata serta menjadi ahli-ahli jawatan kuasa lain. Tugasan-tugasan utama dalam sesebuah jawatankuasa masih diberikan kepada guru-guru yang lebih senior. Sebagai mengatasi cabaran ini, guru-guru permulaan perlu bersedia melaksanakan segala amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin serta berusaha menunjukkan kemampuan diri agar guru-guru lain dapat melihat kemampuan mereka seterusnya mampu memberikan kepercayaan yang tinggi.

Dalam aspek cabaran yang perlu ditempuhi para guru dengan diri sendiri pertama sekali adalah cabaran bebanan tugas yang banyak sehingga kadangkala tidak dapat diuruskan dengan baik oleh guru-guru. Bebanan tugas yang berlebihan ini akan menyebabkan berlakunya kurangnya kualiti dalam hasil kerja yang diberikan oleh guru-guru. Misalnya antara kesukaran yang lazim dihadapi oleh guru-guru di sekolah ialah bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan dalam masa yang sama perlu juga menguruskan kokurikulum lain. Malahan ada juga guru-guru yang terpaksa mengorbankan masa hujung minggu bagi menguruskan kerja-kerja yang berkaitan dengan sekolah seperti mengadakan kelas tambahan, mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulm serta

menghadiri mesyuarat-mesyuarat. Hal ini bukanlah satu isu yang baru namun sejak dahulu kala lagi telah mula dibicarakan. Namun begitu kebijaksanaan guru-guru dalam menguruskan masa dengan baik amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini. Dalam masa yang sama guru-guru perlu berusaha menyelesaikan tugasan dengan lebih awal tanpa perlu menangguhkannya. Kebijaksanaan guru memimpin diri

sendiri ini akan membantu guru dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih baik.

Seterusnya, cabaran yang perlu ditempuhi sendiri oleh seorang guru itu kemampuan menghadapi perkembangan dunia pendidikan yang semakin berkembang maju. Pelbagai perubahan yang semakin dalam dunia pendidkan

pada hari ini menuntut seorang guru itu untuk mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi baik dalam bidang pengajaran dan pembelajaran mahupun bidang kepimpinan. Ilmu yang tinggi dalam kepimpinan membolehkan seorang guru itu mempamerkan kualiti kepimpinan yang diharapkan oleh sesebuah sekolah. Bagi meningkatkan mutu kepimpinan ini seorang guru bolehlah menghadiri kursus-kursus kepimpinan, menambahkan pembacaan bahan-bahan ilmiah serta berkongsi

pengalaman dengan guru yang lebih lama. Sebagai contoh, seorang guru yang kurang ilmu pengetahuan mengenai gaya kepimpinan yang terkini akan berterusan menggunaakan kaedah kepimpinan yang kurang sesuai dengan murid-murid pada masa kini seperti menggunakan kaedah menghukum seperti merotan, pemerintahan yang bercorak diktator serta dendaan yang melampau. Hasilnya murid-murid akan lebih memberontak serta menyebabkan keseluruhan sistem pentadbiran sekolah menjadi kucar-kacir.

Dalam masa yang sama, seorang guru itu juga perlu menghadapi cabaran kepimpinan dalam mengelola dan mentadbir murid-murid di dalam bilik darjah masing-masing. Hal ini menjadi semakin sukar dewasa ini sesuai dengan kemajuan dunia masa kini. Murid-murid pada era globalisasi ini semakin sukar untuk dikawal serta mempunyai pelbagai kecerdasan yang berbeza. Hal ini memerlukan kebijaksanaan guru dalam mengendalikan murid-murid yang mempunyai

Cabaran seterusnya dalam menunjukkan ciri-ciri kepimpinan seorang guru itu ialah kesukaran semasa ingin membina hubungan dengan masyarakat setempat. Tidak semua masyarakat pada hari ini dapat menerima kehadiran

seorang guru di kawasan mereka sebagai seorang yang ingin menyampaikan ilmu pengetahuan serta membantu masyarakat setempat ke arah kemajuan.

Вам также может понравиться