You are on page 1of 30

Bincangkan Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Antara Tahun 19711980 Dalam Konteks Pendidikan Untuk Perpaduan Masyarakat dan

Pembangunan Negara. Pendahuluan

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

Sistem pendidikan di Malaysia telah bermula pada tahun 1956 dengan pencarian satu sistem yang dapat membangunkan Negara dan membentuk perpaduan kukuh antara masyarakat. Matlamat sistem pendidikan di Malaysia tertumpu kepada dua aspek iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik. Pembangunan ekonomi, sebagai proses pembangunan yang dilaksanakan oleh Negara Malaysia dalam rangka memakmurkan warganegara. Oleh yang demikian, untuk mencapai matlamat ini, pencarian sistem pendidikan yang efektif telah dimulakan pada tahun 1956 melalui pembentangan Penyata Laporan Razak. Penyata ini menumpukan kepada penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar. Menjadikan Bahasa Melayu

sebagai bahasa perpaduan sememangnya tindakan yang amat proaktif dalam membentuk kesepakatan, kesejahteraan dalam masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum. Bahasa Melayu amat mudah untuk difahami oleh semua kaum, oleh itu bahasa ini tidak menjadi penghalang dalam membentuk perpaduan masyarakat.

Setelah itu, lahirlah laporan Rahman Talib yang telah diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar, mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah,dan menengah atas,memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir dan penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras. Terdapat beberapa pindaan dan perubahan yang telah dilakukan daripada Penyata Razak 1956. Antaranya ialah pelajaran di sekolah rendah adalah percuma ,sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun, murid naik darjah secara automatik, pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang, pendidikan akhlak dititikberatkan.

Hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di

kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Namun begitu, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. Oleh yang demikian, telah muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

Peristiwa 13 Mei 1969

Dalam meneruskan pencapaian matlamat ini, Malaysia menghadapi kesulitan yang tidak di duga akan berlaku. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial

masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab- sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan

ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.

Terdapat pelbagai punca perustiwa 13 Mei ini berlaku. Antara puncanya ialah layanan berat sebelah oleh tentera Jepun. Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orangorang Melayu dan Cina. Seterusnya ialah, latar belakang pendidikan yang berbeza. Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.

Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing mengikut negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi negara.

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam

menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.

Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan telah mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

Rukun Negara

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negara bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan

menjadi bayangan sahaja. Oleh yang demikian, satu tindakan bijak telah diambil dengan mewujudkan Rukun Negara pada tahun 1970. Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang DiPertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13. Doktrin Rukun Negara diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ketika itu memikul tanggungjawab menjalankan

pemerintahan negara apabila sistem kerajaan berparlimen digantung pada 16 Mei 1969 ekoran rusuhan kaum yang lebih dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969. MAGERAN yang diketuai oleh seorang Pengarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu iaitu perbalahan antara etnik yang pernah berlaku pada 1946, 1956 (di Pulau Pinang), 1960 (diPangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur).

Rukun Negara terhasil daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN). Bagi melicinkan pemerintahan negara dibawah MAGERAN yang dipimpin oleh Y.A.B Tun Abdul Razak, MAGERAN telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara.Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilainilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Cita-cita utama yang terdapat dalam Rukun Negara adalah seperti berikut:1. Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh rakyat Malaysia

2. Memelihara satu cara hidup berdemokratik. 3. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4. Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak. 5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut :Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk membentuk warga berintegeriti. Hal ini merujuk kepada matlamat sistem pendidikan Malaysia iaitu pembangunan ekonomi masyarakat. Sememangnya Rukun Negara diwujudkan bertujuan membentuk Malaysia ke arah yang positif. Dalam konteks pendidikan, pengamalan

prinsip Rukun Negara dalam kalangan para pelajar adalah penting untuk melahirkan generasi yang berdaya saing dan berintelektual tinggi. Contohnya, prinsip Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan dapat memupuk para pelajar untuk yakin bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-

hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan tanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya. Antara yang termasuk dalam kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan diberi tumpuan adalah mengakui kewujudan penciptanya, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh pencipta, mengetahui hukum alam dan fenomenanya adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh pencipta, menyedari bahawa manusia sememangnya dijadikan untuk memajukan alam ciptaanNya, menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri, melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama dan yang terakhir adalah menigkatkan serta mengukuhkan kepercayaan beragama. Semua aspek tersebut haruslah dipatuhi dan dijadikan satu kepercayaaan kepada seseorang pelajar dalam membina jati diri yang kukuh di samping berpegang teguh kepada nilai agama dan moral. Dengan mematuhi prinsip -prinsip ini, maka pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh akan berjaya dihasilkan.

Matlamat pendidikan ini amat penting untuk dijayakan demi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal,bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh amat penting dalam melahirkan rakyat dan pemimpin kepada masa depan negara kita kerana mereka adalah tonggak negara.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara

adalah merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan. Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan,pergaduhan kaum dan sebagainya.

Perpaduan negara adalah perkara yang dititikberatkan dalam penyusunan setiap strategi pembangunan dan pentadbiran supaya ia mampu mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil. Kecemerlangan dalam bidang pendidikan, keharmonian masyarakat Malaysia yang sejahtera, bersatu padu, bermaruah dan berwawasan akan terhasil dan seterusnya menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Selain daripada mewujudkan sistem pendidikan yang berasaskan kepada Rukun Negara, Malaysia telah mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatu padukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali.

Sistem Pendidikan di Malaysia (1963-1980)

Secara umumnya sistem pendidikan di Malaysia pada tahun 1963-1980 boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu tahap pertama (1963-1965), tahap kedua (19661970), tahap ketiga (1971-1975) dan tahap keempat (1976-1980). Tahap ketiga (19711975) merupakan tahap yang paling menonjol dalam sejarah sistem pendidikan Malaysia di mana semua sekolah menengah menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar yang utama dan sekolah rendah dan menengah beraliran Inggeris juga sekolah menengah jenis kebangsaan (Cina) turut dihapuskan secara berperingkat-peringkat. Perubahan ini sejajar dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ingin mengurangkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial antara kaum.

Rancangan Malaysia ke-2 - ( Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Sistem Pendidikan Tahap ke-3 ) Kesinambungan daripada Rancangan Malaysia yang pertama ini, sistem pendidikan negara terus mengalami arus perubahan dan perkembangan pada Rancangan Malaysia yang kedua (1971-1975) di mana pada waktu ini sistem pendidikan Malaysia adalah di tahap ketiga. Dalam tahap ini rancangan pendidikan dan latihan menumpukan kepada empat bidang yang utama iaitu yang pertama , menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara. Yang kedua memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat. Manakala yang ketiga pula adalah memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi moden. Tumpuan yang terakhir adalah untuk memperbaiki keupayaan

10

untuk menjalankan penyelidikan perancangan dan pelaksanaan bagi mencapai kesemua tujuan yang telah dinyatakan. Antara strategi yang dilaksanakan untuk mencapai kesemua hasrat ini ialah yang pertama melaksanakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah secara berperingkat. Kedua, mengurangkan jurang perbezaan dalam memberikan peluang pelajaran di antara kawasan kawasan dan juga antara kaum melalui pembinaan sekolah dan kemudahan yang baru di sekolah luar bandar serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Yang ketiga, meningkatkan mutu pelajaran. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pelajaran ini, antara usaha yang dilakukan

adalah melalui pengurangan bilangan pelajar yang terkandas dalam peperiksaan awam, membuat penilaian secara sistematik, memperbaiki sukatan-sukatan pelajaran serta memperseimbangkan antara matapelajaran teras dengan matapelajaran elektif seperti sains dan teknologi.

Strategi-strategi yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Kedua ialah melaksanakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama di sekolah-sekolah secara berperingkat-peringkat, mengurangkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kawasan - kawasan dan kaum-kaum dengan pembinaan sekolahsekolah baru dan kemudahan asrama menggantikan sekolah-sekolah buruk dan membekalkan alat mengajar, kelengkapan makmal serta menambah bilangan guru

terlatih untuk sekolah luar bandar, memperbaiki mutu pelajaran dengan mengurangkan bilangan yang terkandas, membuat penilaian serta memperbaiki sukatan-sukatan pelajaran, cara-cara mengajar, kemudahan nisbah antara guru dan murid serta menyeimbangkan antara mata pelajaran am dengan sains dan teknologi dan yang terakhir

11

membuat penyelidikan dan penilaian pada setiap masa selaras dengan matlamat sistem pendidikan dengan menubuhkan sebuah pusat pengajian sains yang bertanggungjawab memperbaiki sukatan pelajaran, pengajaran sains dan matematik, menyediakan bahanbahan untuk kerja dan ujian makmal serta pelbagai alatan untuk digunakan dalam pengajian sains.

Semakin menuju matlamat yang disasarkan, sistem pendidikan terus mengorak langkah positif dengan berpaksikan kepada Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Ia juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan dan ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain, maka Dasar Ekonomi Baru telah diwujudkan untuk memperbaiki keadaan tersebut. Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk

menghapuskan kemiskinan di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawakira-kira 49.3% daripada semua

keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar.

Untuk mencapai matlamat tersebut, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan

12

air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Oleh yang demikian, kerajaan telah memberi peluang kepada rakyat untuk menaikkan taraf hidup dengan pembukaan tanah tanah rancangan baru seperti FELDA dan FELCRA. Pembukaan tanah rancangan baru memberi tumpuan dalam bidang pertanian kelapa sawit dan getah yang sememangnya memberi jaminan hidup kepada rakyat.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah mengadakan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua, beberapa strategi telah dirancangkan seperti struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama menjelang tahun 1990 mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki

sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi, menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif dan perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan, meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

13

Selain itu, pendidikan juga diberikan keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama untuk semua kaum. Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan, antaranya Bahasa Malaysia dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar. Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi menghasilkan tenaga kerja mahir.

Dalam Rancangan Malaysia Kedua, penggunaan Bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan telah mengalami perubahan yang sangat positif dengan pelaksanaan berbagai langkah efektif oleh kerajaan. Antaranya ialah rancangan peralihan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Bermula pada tahun 1957, penggunaan Bahasa Melayu telah diwajibkan di setiap sekolah rendah kerajaan dan yang menerima bantuan kerajaan. Hal ini bagi memupuk kepentingan penggunaan dan pengamalan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar. Selepas itu, semua mata pelajaran yang terdapat di sekolah Inggeris telah diajar dalam Bahasa Malaysia. Sabah juga telah menerima dasar Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dan mengamalkannya di

14

peringkat darjah satu sekolah Inggeris. Penghapusan kelas peralihan Bahasa Inggeris telah dilakukan dan mata pelajaran sastera juga turut dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Hal ini membuktikan bahawa Bahasa Malaysia mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam sistem pendidikan di Malaysia. Begitu juga dengan Sarawak, dalam tahun 1970-an kebanyakan sekolah di sana telah mengikuti Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti yang telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia. Rancangan alih bahasa telah dilakukan di kebanyakan sekolah yang bertujuan untuk mencapai objektif integrasi. Ia bermula pada tahun 1970 dan pada tahun 1982 rancangan ini telah meliputi keseluruhan sekolah menengah tinggi. Bagi Sarawak pula, rancangan ini bermula pada tahun 1977 dalam darjah satu. Berikut merupakan kronologi penggunaan Bahasa Malaysia dalam sekolah:Tahun 1973 Pelaksanaan Semua mata pelajaran Sastera di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah menengah Inggeris i ) Kelas peralihan pengantar Inggeris dihapuskan ii ) Semua sekolah Inggeris selesai ditukar menjadi sekolah rendah kebangsaan i)Semua mata pelajaran Sastera, Sains, dan Teknik di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah-sekolah menengah Inggeris ii)Semua mata pelajaran Sastera di Tingkatan Empat diajar dalam bahasa Malaysia. Bermula aliran Sastera Tingkatan Enam dalam bahasa Malaysia di semua sekolah menengah Inggeris Tahun pertama jurusan Sastera dan mata-mata pelajaran yang berkenaan diajar dalam bahasa Malaysia sahaja di universiti-universiti.

1975

1976

1979

1980

15

Penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa yang utama semakin terserlah apabila bahasa Malaysia juga digunakan sebagai bahasa peperiksaan. Di bawah adalah kronologi masa bagi penggunaan bahasa Malaysia dalam peperiksaan :Tahun 1971 Pelaksanaan Geografi dan Sejarah dalam peperiksaan penilaian bagi Darjah Lima di sekolah Inggeris diadakan dalam Bahasa Malaysia saha

peperiksaan dalam bahasa Malaysia untuk LCE pengantar Inggeris. ii)Peperiksaan Penilaian Darjah Lima bagi sekolahsekolah Inggeris diadakan dalam bahasa Malaysia sahaja. diadakan peperiksaan dalam Bahasa Malaysia dalam peperiksaan MCE dalam Bahas Satu kertas Bahasa Malaysia yang lebih tinggi iaitu Bahasa Malaysia II menggantikan kertas Bahasa Malaysia 1 dalam peperiksaan MCE Malaysia II menggantikan kertas Bahasa Malaysia I dalam 1974 peperiksaan MCE. i) Lukisan dan Pertukangan Tangan serta Muzik diadakan peperiksaan dalam bahasa Malaysia untuk LCE pengantar Inggeris. ii) Peperiksaan Darjah Lima bagi sekolah-sekolah Inggeris diadakan dalam bahasa Malaysia sahaja Geografi, Sejarah, Lukisan, Pertukangan Tangan, Muzik diadakan peperiksaan MCE dalam bahasa Inggeris Lukisan, Pertukangan Tangan, Muzik diadakan

1972

1975 1976

16

peperiksaan peperiksaan

dalam bahasa MCE

Malaysia sahaja untuk pengantar Inggeris

1977 1978

dalam Bahasa Malaysia sahaja untuk peperiiksaan MCpengantar Inggeris. Geografi, Sejarah, Lukisan, Pertukangan Tangan, Muzik diadakan peperiksaan MCE dalam bahasa Inggeris i ) Peperiksaan LCE pengantar Inggeris dihapuskan melainkan untuk negeri Sarawak. Semua murid Tingkatan III mengambil SRP dalam pengantar Melayu. ii ) S.C Cambridge dihapus di Sabah dan calon-calon mengambil peperiksaan MCE sahaja i ) Mata pelajaran sastera diadakan dalam bahasa Malaysia untuk Peperiksaan Higher School Certificate. Cuma matapelajaran sastera diadakan dalam pengantar Melayu sahaj untuk peperiksaan ii) Sarawak menghapuskan peperiksaan S.C.Cambridge dan mengambil peperiksaan SPM dan MCE sahaja Peperiksaan MCE pengantar Inggeris dihapuskan melainkan untuk negeri Sarawak. Semua murid Tingkatan Lima diwajibkan mengambil peperiksaan SPM pengantar Melayu. Laporan Hussein Onn (1971) merupakan Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh

1979

1980

Hussein Onn yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Ketika itu, di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:"Sistem Pendidikan Kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968

17

bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempertingkatkan pembangunan negara. Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan perdagangan dan juga hal ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua. Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan Kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia, penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) dan pengajaran pemulihan, pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional, peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun, pendidikan kerohanian yang kukuh, peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

Laporan Murad dibentangkan pada tahun 1972 merupakan laporan yang diketuai oleh Encik Murad bin Mohd Noor ketika beliau menjadi Pengarah Perancangan dan

18

Penyelidikan Pelajaran di Kementerian Pelajaran. Fenomena keciciran yang wujud sejak dari awal penubuhan sistem pendidikan Malaysia menjadi semakin serius sekitar tahun1960-an telah membawa kepada pembentangan laporan ini. Laporan ini adalah hasil daripada kajian beliau dalam Operasi Sedar yang dilancarkan bagi mengatasi masalah keciciran pelajar di luar bandar akibat kemiskinan tegar dalam tahun 1969.

Jawatankuasa bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Jawatankuasa Polisi dan Jawatankuasa Teknikal. Jawatankuasa Polisi dianggotai seramai 10 ahli dan diketuai oleh Encik Murad bin Mohd Noor manakala Jawatankuasa Teknikal pula dianggotai seramai 14 ahli dan diketuai oleh Encik Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Selain itu, jawatankuasa laporan ini turut dibantu oleh Profesor Dr. Alan B. Wilson dari Universiti masalah California. Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mengkaji punca-punca keciciran dan mencadangkan polisi dan pelan yang boleh dilaksanakan untuk

memperbaiki perkhidmatan sistem persekolahan di samping membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar. Laporan keciciran ini merupakan sebuah laporan yang lengkap dan komprehensif kerana dilengkapi dengan hipotesis, statistik sebagai bukti dan menyatakan perkaitan setiap faktor dengan faktor yang lain dalam mempengaruhi masalah keciciran ini.

Selain itu, kajian mengenai keciciran ini dilaksanakan di semua negeri yang melibatkan semua jenis kawasan tempat tinggal iaitu bandaraya, kota-kota besar, pekan dan luar bandar, para pelajar pula terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan bangsa. Dalam laporan ini, dua aspek penting yang dikemukakan ialah mengenai

19

faktor masalah keciciran dan cadangan bagi mengatasi masalah keciciran ini. Laporan ini mengemukakan tujuh faktor yang menyebabkan keciciran dan enam cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Faktor-faktor yang dikenalpasti menyebabkan masalah

keciciran ini meliputi aspek ekonomi, budaya, psikologi, sosial dan pendidikan. Faktor pertama ialah taraf sosio-ekonomi yang meliputi tiga aspek iaitu taraf pekerjaan ibu bapa atau ketua keluarga, taraf kelulusan ibu bapa atau ketua keluarga dan barangan yangdimiliki di rumah. Laporan ini menyimpulkan bahawa anak-anak yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan rendah sering tercicir dalam pelajaran kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan anak-anak mereka. bukan sahaja menyebabkan Taraf kelulusan ibu tetapi turut

bapa yang

rendah pula

taraf ekonomi

mempengaruhi

kesedaran mereka mengenai kepentingan pendidikan dalam

kalangan

anak-anak. Manakala kajian terhadap barangan yang dimiliki di rumah seperti televisyen, radio dan mesin basuh dapat memberikan gambaran jelas mengenai taraf ekonomi

sesebuah keluarga tersebut.

Faktor seterusnya ialah keberuntungan seseorang iaitu bermaksud kelebihan yang dimiliki oleh seseorang berbanding orang lain dari segi pendidikan, pendapatan mahupunkelulusan. Faktor ini merangkumi dua aspek iaitu bahan bacaan di rumah dan taraf makanan dan pemakanan. Bahan bacaan yang disediakan oleh ibu bapa untuk anakanak turut mempengaruhi masalah keciciran ini iaitu anak-anak yang tidak didedahkan kepada aktiviti pembacaan akan menjadi hilang minat untuk meneruskan persekolahan mereka. Selain itu, taraf makanan dan pemakanan turut dititikberatkan oleh Laporan Murad dalam mengenal pasti masalah keciciran ini. Taraf makanan dan pemakanan ini

20

adalah saling berkaitan dengan taraf sosio-ekonomi keluarga tersebut iaitu keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah dan bilangan anak yang ramai tidak mampu

untuk menyediakan makanan yang berkhasiat dan kaya vitamin secara berterusan. Manakala bagi faktor pendidikan dan pekerjaan, Laporan Murad membuat kesimpulan bahawa semakin tinggi tahap kelulusan pendidikan seseorang maka semakin tinggi peluangnya untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Masalah keciciran ini turut berlaku disebabkan faktor guru-guru yang merupakan menjadi sumber ilmu pengetahuan dan punca motivasi para pelajar. Menurut Laporan Murad, terdapat segelintir guru yang memberikan jangkaan atau pengharapan yangrendah dan memberikan pandangan yang negatif terhadap pelajar terutamanya yang berasal daripada keluarga yang bertaraf sosio-ekonomi yang rendah. Laporan Murad juga mengklasfikasikan sikap pelajar terhadap pendidikan sains sebagai salah satu punca masalah keciciran. Dua penyataan Laporan Murad mengenai sikap terhadap pendidikan sains ialah lebih tinggi tahap pendidikan ibu bapa, lebih tinggi tumpuan terhadap mata pelajaran sains dan lebih tinggi tahap sosioekonomi, lebih tinggi tumpuan terhadap mata pelajaran sains. Kedua-dua penyataan ini adalah saling berkaitan iaitu pemikiran anak-anak yang tinggal di luar bandar dan berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah terhadap kepentingan mata pelajaran sains dan teknologi adalah agak negatif dan seterusnya membawa kepada masalah keciciran. Masa perjalanan ke sekolah juga dititik beratkan dalam kajian ini iaitu didapati kebanyakan pelajar luar bandar yang terpaksa

berjalan kaki ke sekolah mengalami keletihan yang seterusnya membawa kepada sukar

21

memberi tumpuan dan kurang minat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah. Faktor lain yang membawa kepada wujudnya masalah keciciran ini ialah faktorperbezaan komuniti iaitu kajian bahagian ini melibatkan pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Laporan Murad turut membincangkan mengenai cadangan yang perlu

dilaksanakan bagi mengatasi masalah keciciran ini. Antara cadangan tersebut ialah mewujudkan pengecualian membayar yuran bagi pelajar-pelajar tertentu yang telah dikenal pasti. Hal ini demikian kerana tindakan kerajaan mengadakan pengecualian yuranini akan dapat meringankan beban kewangan ibu bapa dan seterusnya mengurangkan berlakunya masalah keciciran.

Cadangan seterusnya ialah pemberian biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar yang layak terutamanya pelajar yang mempunyai ibu bapa yang kurang

berkemampuan dan bilangan tanggungan yang ramai. Pemberian bantuan dan biasiswa ini adalah sebagai galakan kepada pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka. Laporan Murad turut mencadangkan kerajaan mewujudkan sekolah berasrama untuk menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal di kawansan pedalaman dan jauh dari sekolah. Suatu rancangan khas dan skim pinjaman buku teks turut dicadangkan oleh

laporan ini bagi mengatasi masalah keciciran ini. Rancangan khas adalah seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) manakala skim pinjaman buku teks pula dicadangkan agar bebanan ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah dapat dikurangkan. Laporan Murad juga mencadangkan diwujudkan rancangan kesihatan di sekolah iaitu kerjasama antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan.Pelajar akan diberikan perkhidmatan kesihatan secara percuma di sekolah seperti mendapat

22

suntikan yang diperlukan dan pemeriksaan gigi percuma. Manakala cadangan lain laporan ini ialah membentuk suatu sistem sekolah yang disatukan iaitu sekolah-sekolah kecil dan terpencil disatukan membentuk satu sekolah yang memberi

kemudahan pelajaran yang lebih baik di samping dapat mengurangkan kos pentadbiran pendidikan.

Laporan Murad mempunyai kepentingan-kepentingannya yang tersendiri iaitu melalui laporan ini punca-punca masalah keciciran dapat dikenal pasti dan mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Laporan ini juga menyebabkan lebih banyak sekolah dibina di kawasan luar bandar dengan dilengkapi pelbagai kemudahan yang dan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran mereka. Kajian daripada Laporan Murad ini disifatkan sebagai pembuka mata pelbagai pihak kerana berdasarkan kepada laporan ini punca serta langkah menangani masalah keciciran pelajar terutama di luar bandar dapat dikenal pasti. Malah, hasil daripada laporan ini telah membawa kepada pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks mulai 1975 serta projek Amalan Makanan dan Pemakanan (1976), pemberian biasiswa atau dermasiswa dan juga Rancangan Sekolah Bercantum.

Pelbagai usaha dan perancangan yang dilakukan dalam bidang pendidikan di Rancangan Malaysia Kedua yang bertujuan untuk meningkatkan taraf pendidikan. Antara usaha yang dilakukan adalah membina lebih banyak insitusi pengajian tinggi seperti penubuhan UKM pada tahun 1970 dan menaik taraf dua buah maktab yang menjadi universiti iaitu UTM dan UPM pada tahun 1972. Selain daripada itu, menghantar lebih

23

ramai pelajar Bumiputera ke luar negara, mengadakan lebih banyak sekolah berasrama penuh, mewujudkan pengajian matrikulasi bagi kemudahan pelajar menyambung pengajian di universiti, pembesaran sistem pengajian termasuk penambahan kursus dan penambahan cawangan ITM (UITM). Kerajaan juga mengadakan lebih banyak sekolah teknik, vokasional dan pembinaan politeknik, mengadakan sistem kuota bagi kemasukan ke universiti, menambah jumlah sekolah menengah serta memperkenalakn matapelajaran sains paduan dan matematik moden. Malahan kerajaan juga menambahkan skim pinjaman dan biasiswa kepada pelajar disamping memperbaiki sistem latihan perguruan dengan memperkenalkan proram integrasi. Usaha ini semua adalah untuk mendidik masyarakat dan sekaligus menerapkan nilai-nilai perpaduan di dalam setiap usaha yang dilakukan kerana semua usaha yang dilakukan adalah sama rata dan tidak memilih kaum. Kesan dari pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua ini, pelabagai keperluan sosioekonomi dan politik dapat dipenuhi. Malahan ia memberi peluang yang lebih luas lagi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kelulusan dalam SPM dan STPM untuk menyambung pengajian di politeknik, UiTM dan beberapa universiti tempatan lagi. Sistem kuota kemasukan ke universiti di laksanakan sepenuhnya agar kemasukan ke universiti bersifat adil dan saksama. Rentetan daripada kesan Rancangan Malaysia kedua ini maka wujudlah Laporan Murad atau Laporan Keciciran pada tahun 1973 seperti yang telah dinyatakan tadi.

Rancangan Malaysia ke-3 - ( Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Sistem Pendidikan Tahap ke-4 )

24

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) 1976 1980, merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini disediakan berasaskan kepada kemajuan penting ekonomi dan sosial pada tahun-tahun kebelakangan, khususnya semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), dan seterusnya berpandukan kepada pengalaman yang telah diperolehi dalam proses mendorongkan pembangunan ekonomi dan sosial. Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) pula memberi penekanan kepada perancangan untuk mempertingkatkan tenaga kerja professional dan mahir dalam bidang sains dan industri kerana bilangan pekerja dalam bidang sains, teknologi dan pengurusan perniagaan di peringkat diploma dan ijazah tidak mencukupi (Malaysia 1976). Oleh itu, pengambilan 17 pelajar di institusi pengajian tinggi diselaraskan mengikut kehendak tersebut. Kemahiran tidak formal dirancang melalui program latihan-sambil-kerja.Banyak kursus jangka pendek dijalankan oleh Institut Teknologi MARA (ITM), INTAN dan Institut Pengurusan Negara.

Berteraskan tiga matlamat ,iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha untuk menyusun semula masyarakat,dan memperkukuhkan lagi keselamatan negara. Tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat, pembentukan keperibadian , perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah, usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian

25

sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama. Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.

Seterusya, menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Memperbaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan Negara. Meninggikan kebolehan penyelidikan ,perancangan dan

pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut. Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan era teknologi maklumat ,kerajaan telah mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi.

Kerajaan kini telah memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut, Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A level. Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate. Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-masing supaya para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing - masing.

26

Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut. Kini, selain daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi swasta yang menawarkan kursus untuk para pelajar, lepasan SPM / SPMV Senior Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah. Kumpulan Institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Universiti dan Kolej Universiti Swasta, Kampus Cawangan universiti luar Negara ,Pusat Pengajian Jarak Jauh.Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej Universiti dan Institusi pendidikan tinggi swasta dengan status universiti / Kolej universiti. Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti menawarkan programprogram berikut,Program dalaman seperti perniagaan clan perdagangan, kejuruteraan, perhubungan , pengajian kreatif , teknikal , atau vokasional ,pelancongan, Teknologi maklumat ,seni bila dan program berteknologi tinggi .Kursus peringkat sarjana muda ,melalui kerjasama antara kolej swasta dan institusi tinggi luar negari . Kursus -kursus ini adalah seperti program berkembar ,program pindahan kredit , program advanced setanding ,program jarak jauh dan program bersama .Kursus yang membawa kepada kelayakan oleh Badan Peperiksaan luar seperti ACCA, CIMA, ICSA,AIA, ABG, AAT . Selain itu lnstitusi swasta juga menjalankan kursus menengak / pra universiti seperti STPM, GCE , A- Level, Lcci SAM (Australia) dan BTECHNO (UK) .

27

Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan, objektifnya yang telah dibentuk diperkukuhkan lagi bidang tugasnya. Antara lain tujuannya ialah dibawah Dasar Pendidikan adalah diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek bermatlamatkan untuk melahirkan masyarakat bersatu padu,berdisiplin dan terlatih. Sehinggalah membawa pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada inspirasi negara dinyatakan dalam bentuk penulisan, menekankan kepada usaha melahrkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Usaha ini berterusan ke arah matlamat penting bagi sistem pendidikan negara. Meskipun Laporan Kabinet 1979 ini merupakan satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan, ia masih juga mempunyai kelemahan antaranya adalah laporan ini kurang memberi penekanan dalam penguasaan 3M, kaedah

28

pengajaran yang berpusat kepada guru, tidak memberi tumpuan kepada bakat dan minat murid dan juga pengaliran kepada sastera dan sains secara tertutup menyekat mobiliti pembelajaran. Seharusnya enam aspek perlu diberi perhatian di dalam laporan ini. Aspekaspek tersebut adalah penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia, penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M dan pengajaran pemulihan, pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional, peluang melanjutkan persekolahan daripada 9 tahun hingga 11 tahun, pendidikan kerohanian yang kukuh dan juga peningkatan keseluruhan mutu pelajaran. Kesemua aspek ini perlu diberi perhatian demi menjayakan matlamat dan dasar pendidikan negara.

Sebagai kesimpulannya, ekoran daripada Laporan Kabinet, beberapa perubahan telah dilakukan dalam sistem pendidikan negara bermula 1980-an. Antaranya ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenalkan pada tahun 1983 yang mana sekarang ini dikenali sebgai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pada tahun 1989 pula, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pula diteruskan. Dalam bidang perguruan pula, bilangan guru terlatih ditambah di sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Di samping itu, kursus di bawah program Latihan Dalam Perkhidmatan juga disediakan bagi melahirkan guru yang cekap. Selain itu, kemajuan pesat di pusat pengajian tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa menyediakan beberapa buah pusat pengajian tinggi lain bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Hasilnya, pada tahun 1982, wjudlah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Utara Malaysia pada tahun 1984 (Mohd Salleh, 2002).

29

Tambahan pula, dapat diperhatikan bahawa terdapat satu ciri yang sama bagi dekat 1960-an dan 1970-an iaitu pendekatan pengkhususan melalui sistem aliran bagi peringkat persekolahan menengah yang mana dalam dekat 1980-an , pendekatan ini dirasakan tidak lagi menepati untuk memenuhi keperluan negara. Sistem aliran ini juga telah tidak dapat memenuhi permintaan sosial dan kehendak individu pelajar yang berbeza serta para ibu bapa (Hussein1993).

Akhir sekali, perubahan-perubahan sistem pendidikan dalam tempoh 1970-an sehingga 1980-an adalah akibat daripada konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Maka jelaslah di sini bahawa pelbagai usaha telah dilakukan untuk membentuk perpaduan rakyat Malaysia melalui pendidikan. Oleh itu, perubahan-perubahan dalam dasar pendidikan negara perlulah sesuai dan relevan dengan kepentingan semasa terutamanya dari segi perpaduan agar perpaduan dapat dicapai dan kenikmatan dapat dirasai di masa-masa akan datang.

30