Вы находитесь на странице: 1из 18

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

1. ISU SAHSIAH GURU DI MALAYSIA 2. KAITAN ISU PSIKONALISIS (TEORI PILIHAN) TERSEBUT DENGAN TEORI

3. CADANGAN CARA UNTUK MENINGKATKAN SAHSIAH GURU BAGI MENANGANI ISU TERSEBUT MELALUI TEKNIK DALAM TEORI DAN NILAI BITARA UPSI Oleh :
1. ABD

LATIF B. MD ZUBIR D20111050150 ( semester 1 2011/2012 ) 2. MOHD RAZIF B. ABDUL RAZAK D20111050151 ( semester 1 2011/2012 ) 3. SITI NURJANNAH BT CHE MUD D20111050149 ( semester 1 2011/2012 ) 4. SITI ATHIRAH BT MOHD ZUKI D20111050156 (semester 1 2011/2012 )

5. ALIDA

D20111049330 (semester 1

SAMOEPHOP 2011/2012 )

Pensyarah:
PN. HAJAH NAZARIAH BT AB. SAMAD

Isi kandungan
1. Pengenalan 2. Huraian isu 3. Pengenalan teori psikoanalisis 4. Kaitan teori dengan isu sahsiah guru 5. Cadangan cara untuk meningkatkan sahsiah guru bagi menangani isu tersebut melalui teknik dalam teori dan nilai bitara upsi 6. Penutup 7. Rujukan 8. Lampiran

PENGENALAN :
Teori psikoanalitik telah di asaskan oleh Sigmund Freud ( 1856 1939 ) dalam bidang psikologi. Sigmund Freud dilahirkan pada 6 mei, 1856, di Freiberg, Moravia ( sekarang RepublikCzech ). Beliau bermula sebagai seorang doktor berubatan. Freud di gelar sebagai "bapa psikoanalisis" Beliau menulis beberapa buah buku penting yang masih dikaji sehingga sekarang. Antaranya adalah The Interpretation of Dreams, The Psychopathology of Everyday Life, Beyond The Pleasure Principle, The Ego and The Id dan Civilization and Its Discontents. Menurut pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman kanak-kanak, penekanan perasaan erotic dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, freud pengangkap zaman kanak-kanak yang dilalui oleh seseorang itu amat penting, kerana beliau bercaya peristiwa-peristiwa semasa kecil memberi kesan kepada psikologi individu sepanjang hajat. Psikoanalisis boleh diiktiraf sebagai satu kaedah bagi merawat individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masa emosinya. Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan disanjungi.Guru adalah seseorang yang akan dikenang jasanya oleh anak didikya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya yang tersendiri di mana guru dianggap segalagalanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam setiap bidang dan menjadi orang yangdihormati dalam masyarakat. Walaubagaimana pun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu hangat yang diperkatakan seperti isu salah laku seks, penyalahgunaan dadah, rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya. Dan kes-kes atau isu-isu yang diperkatakan makin bertambah hari demi hari yang menampakkankeburukan serta kepincangan

yang mencalar profesion perguruan itu sendiri walupun ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar cikgu atau guru.

ISU GURU MENAMPAR MURID SUBANG JAYA, 27 Okt 2010(Bernama) Seorang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah.
Sumber : Bernama Huraian Isu : Isu tersebut telah sedikit sebanyak memberi tanggapan yang negatif dari sudut pandangan mata masyarakat. Guru tersebut mungkin berpendapat bahawa tujuannya adalah untuk mendidik, tetapi berbeza menurut spekulasi masyarakat khususnya ibu bapa, tindakan yang sebegitu adalah tidak wajar apatah lagi menimbulkan kecederaan kepada pelajar. Melalui tindakan tersebut secara tidak langsung keyakinan ibu bapa terhadap guru semakin tergugat. Realitinya, manusia mampu membuat andaian mereka sendiri berdasarkan apa yang mereka lihat. Tetapi, sesuatu andaian itu menjadi tidak adil sekiranya dinilai dari sudut pandangan nafsu semata-mata. Mungkin segala sesuatu yang berlaku itu mempunyai sebabnya yang tersendiri seperti kes yang diatas. Kita tidak tahu sejauh mana situasi yang dialami oleh guru tersebut dan kita juga tidak tahu mengapa guru tersebut bertindak yang sedemikian. Oleh itu, adilkah kita untuk terus-terusan menyalahkan tindakan guru tersebut?.

PENGENALAN TEORI PSIKOANALISIS

Eros-naluri (naluri hidup)

Thanatos-naluri (naluri mati)

Peringkat Mulut (Oral) Peringkat Dubur (Anal) Peringkat Falik (Phallic) Peringkat Pendaman (Latency) Peringkat Shahwat (Genital)

Tenaga Psike KONSEP UTAMA PERINGKAT PERKEMBANGAN PSIKOSEKSUAL

TEORI PSIKOANALISIS

STRUKTUR PERSONALITI

TEKNIK KONSELING PSIKOANALIS IS

Id Ego Superego

Perkaitan bebas Interpretasi Analisa mimpi

Tranferen

Resistan

Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud pada tahun 1986. Beliau berasal dari Morovia yang pada masa sekarang terkenal dengan nama Slovakia. Beliau bermula sebagai seorang doktor perubatan dan sebagai penyelidik yang menumpukan penyelidikannya kepada kecelaruan saraf. Psikoanalisis boleh diiktiraf sebagai satu kaedah bagi merawat individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosi dan personalitinya. Teori ini bermula dengan pemikiran Sigmund Freud tentang psikologi dan pemikiran bawah sedar dan sedar manusia yang dianggap sebagai dasar kepada segala tindakan dan perlakuan. Teori ini bermula dengan pemikiran Sigmund Freud tentang psikologi dan pemikiran bawah sedar dan sedar manusia yang dianggap sebagai dasar kepada segala tindakan dan perlakuan. Kata Freud, manusia dilahirkan dengan dorongan naluri dalaman yang bersifat biologi atau kebinatangan. Sebenarnya, apa yang ingin disampaikan disini adalah berkenaan dengan naluri manusia, sifat semulajadi manusia dalam melakukan sesuatu atau menginginkan sesuatu dalam memenuhi tuntutan nafsu. Dimana naluri-naluri ini membentuk personaliti manusia secara tidak langsung. Teori ini juga berkait rapat dengan pengalaman tingkah laku masa lampau hasil dari tuntutan naluri yang tidak dipenuhi. Menurut Freud akal fikiran terbahagi kepada 3 iaitu alam sedar, alam prasedar dan alam bawah sedar. Alam sedar (The Conscious Mind) ialah bahagian yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan ingatan. Pada alam sedar ini manusia menyedari dan boleh mengingati apa yang telah dan sedang dilakukannya.

Alam prasedar (The Preconscious Mind) ialah bahagian pada aras ini, manusia sukar menyedari sesuatu yang sudah berlaku tetapi boleh mengingatinya semula sekiranya diberi tumpuan dan renungan yang bersungguh-sungguh. Ia termasuklah pengalaman, ingatan, persepsi dan perasaan. Alam tidak sedar (The Unconscious Mind) ialah bahagian yang terbesar pada fikiran manusia. Ia merupakan pendorong asas kepada tingkah laku manusia. Ia mengandungi kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya manusia akan bertindak dan menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh masyarakat. Konsep konsep utama teori psikoanalisis terbahagi kepada 3 yakni id, ego dan super ego. Id ialah dorongan biologikal dan tenaga naluri yang mendorong manusia untuk bertindak dan mendapat kepuasan tanpa mengira akibat. Ia mengandungi desakan untuk keperluan-keperluan asas seperti makanan, air dan seks. Ego pula adalah Ia berasaskan prinsip realiti. Ia bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id mengikut cara yang diterima. Peranan ego ialah untuk melengahkan kepuasan id sehingga seseorang dapat mencari objek yang sesuai dalam persekitarannya. Fungsi melengahkan pencapaian kepuasan ini dinamakan prinsip kebenaran. Perhubungan antara id dan ego bertentangan. Ego wujud daripada id dan terus berfungsi untuk memuaskan keperluan id. Ia juga perlu berfungsi untuk menghalang, atau sekurang-kurangnya melengahkan tindakan id yang akan membahayakan individu secara fizikal atau psikologikal. Ego menjadi peratara antara id dengan superego dan sentiasa cuba menyelesaikan keadaan berkonflik, mengurangkan desakan dan bertindak balas secara realistik dan berkesan dengan kebenaran. Superego adalah Bahagian personaliti yang bermoral. Ia merupakan penghayatan segala nilai yang ada dalam masyarakat yang dipelajari kebanyakannya daripada ibu bapa. Superego menghalang tingkah laku impulsif seperti yang terdapat pada id, terutama tingkah laku yang bersifat seksual atau agresif.

Superego juga dapat mempengaruhi ego supaya bertingkah laku secara realistik dan bermoral. Superego berfungsi untuk mencapai tahap cemerlang dalam tingkah laku secara kekal. Ketiga-tiganya merupakan proses-proses yang berinteraksi antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkah laku dan personaliti yang tertentu. Menurut teori Freud, terdapat 5 peringkat perkembangan personaliti iaitu : Peringkat mulut (oral) Peringkat dubur (anal) Peringkat falik (phallic) Peringkat pendaman (latency) Peringkat syahwat (genital)

Peringkat Oral Peringkat ini adalah tertumpu kepada bayi yang berumur antara 0 hingga 18 bulan. Keseronokan dan kepuasan bayi itu boleh dicapai melalui mulut. Ini kerana mulut adalah zon erotik yang aktif bagi bayi. Ini dibuktikan bahawa bahawa hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi. Selain itu bayi lebih menghabiskan masanya bermain dengan mulut contohnya ibunya menyusunya atau menyusu jarinya sendiri. Peringkat Anal Peringkat anal ini berlaku pada lingkungan umur 2 hingga 4 tahun. Pada peringkat ini sudah mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang najis. Pada peringkat ini lebih

kepada rangsangan melalui dubur. Kanak kanak dilatih bagaimana kaedah atau cara yang lebih sesuai untuk membuang najis. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa kepuasan dapat dicapai sekiranya kanak-kanak mampu membuang najis berdasarkan kehendaknya sendiri. Keseluruhannya psikoanalisis menerangkan bahawa semua latihan tunjuk ajar yang dilalui oleh kanak-kanak akan membentuk sahsiahnya. Peringkat Falik Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa pada masa ini kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Ini dapat dibuktikan dengan kanak-kanak pada peringkat umur ini sering memegang organ jantinanya. Pada peringkat ini juga berlaku perkembangan kepada Oedipus kompleks dan Elektra kompleks. Oedipus kompleks ini berlaku kepada kanak-kanak lelaki yang lebih cenderung dengan ibunya manakala Elektra kompleks pula berlaku kepada kanak-kanak perempuan yang lebih cenderung dengan bapanya. Peringkat Latensi Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 6 hingga 12 tahun. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa pada masa ini pemikiran seksual mula berkembang. Maksudnya kanakkanak mula mengalihkan perasaan kasih sayangnya kepada orang lain selain daripada ibubapanya. Ini dapat dilihat bahawa kanak-kanak pada umur begini sudah mula bergaul dengan kanak-kanak yang berlainan jantina dengannya. Peringkat Genitial Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 12 tahun keatas. Kebiasaannya kanak-kanak sudah mencapai baligh pada masa ini. Teori psikoanalisis menerangkan lebih banyak tentang oreintasi seksual untuk peringkat genitial ini. Maksudnya remaja mula tertarik dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Perkembangan ini membentuk kematangan dan pemikiran kepada haluan masa depan iaitu alam perkahwinan.

Peringkat-peringkat perkembangan personaliti ini mampu meramal tingkah laku kita pada masa yang akan datang.

KAITAN TEORI DENGAN ISU SAHSIAH GURU.


Berdasarkan pemahaman terhadap teori, dapat kami simpulkan bahawa perlakuan guru tersebut mungkin disebabkan oleh peristiwa masa lampau guru tersebut berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan personalitinya. Sebagai contoh ketika guru tersebut melalui peringkat falik atau peringkat yang lain, di mana guru tersebut berkemungkinan mengalami gangguan emosi yang telah memberi kesan kepada perkembangan personalitinya. Ditambah pula dengan dorongan tenaga yang membentuk tingkah laku hasil daripada interaksi ketiga-tiga konsep utama teori psikoanalisis iaitu id, ego dan superego.

CADANGAN CARA UNTUK MENINGKATKAN SAHSIAH GURU BAGI MENANGANI ISU TERSEBUT MELALUI TEKNIK DALAM TEORI DAN NILAI BITARA UPSI.
Pendekatan psikoanalisis menumpukan kepada analisis tentang perimbangan antara id, ego dan superego yang berlaku dalam diri seorang insan. Teknik kaunseling secara pendekatan psikoanalisis adalah cara yang terbaik bagi meningkatkan sahsiah guru dalam menangani isu tersebut. Proses kaunseling secara pendekatan psikoanalisis memerlukan interaksi secara bersemuka.

Perbualan dalam proses kaunseling psikoanalisis, rintangan dan berinteraksi adalah perkara utama yang digunakan oleh kaunselor bagi mendapatkan maklumat tentang tahap bawah sedar kliennya. Kaunselor bertanggungjawab bagi membantu klien menimbulkan ke tahap kesedaran segala hal yang terpendam dalam tahap bawah sedar kliennya. Kefahaman dan keupayaan kaunselor dalam membuat analisis terhadap struktur bawah sedar klien merupakan langkah pertama bagi merawat klien tersebut. Selain itu, teknik analisa dan tafsiran mimpi juga membantu dalam menangani masalah sahsiah guru.

Nilai BITARA UPSI


NILAI BITARA PETUNJUK BITARA

Amanah
BERINTEGRITI

Telus Akauntabiliti Adil Iltizam

PROFESIONAL

Cinta Ilmu Kompeten Beretika Muafakat

SEMANGAT BERPASUKAN

Fokus Matlamat Hormat-menghormati Bangga UPSI Responsif

BERORIENTASIKAN PELANGGAN

Proaktif Mesra Berkualiti Empati

PERIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA

Penghargaan Keselesaan Persekitaran Peluang Untuk maju Penambahbaikan Berterusan

KREATIF DAN INOVATIF

Nilai Tambah RebutPeluang Berdaya Cipta

Berdasarkan kepada keenam-enam Nilai BITARA UPSI, seseorang guru itu harus menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri mereka supaya profesion perguruan menjadi semakin profesional dan beretika serta dipandang mulia oleh semua masyarakat. Dalam isu yang telah disebutkan diatas, guru tersebut sangat perlu menerapkan nilai profesional, berorientasikan pelanggan serta prihatin kebajikan anggota didalam diri beliau sebagai seorang guru. Profesion perguruan tidak boleh dianggap mudah bagi sesiapa sahaja kerana proses mendidik itu terletak dibahu setiap guru-guru agar dapat melahirkan bangsa yang berpendidikan tinggi. Seorang guru mampu melahirkan doktor, jurutera, pengurus, arkitek dan sebagainya. Oleh itu, profesion peguruan haruslah dihargai selayaknya kerana tanpa guru anak bangsa tidak mampu berdiri teguh.

PENUTUP
Secara keseluruhnnya dapatlah dirumuskan bahawa semua individu dilahirkan dengansifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai, pergaulan banyak mempengaruhikeputusan yang di buat. Setiap isu yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukanmenunjukkan kegagalan guru keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibatsecara individu disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukanakan meninggalkan kesan terhadap dirinya dan banyak pihak lain. Kebebasannya untuk membuat pilihan dan keputusan menyebabkannya gagal menginterpretasiknnya dalamkeadaan yang betul lantaran gangguan psikologi kawalan luaran yang menghalangnya darimembuat keputusan yang terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral sertakerana beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi.

Rujukan
http://teorisastera.blogspot.com/2009/11/teori-psikoanalisis.html www.scribd.com/doc/51904566/TEORI-PSIKOANALISIS Berita Harian (Bernama) .www.bacaanonline.com/pdf/maksud-pembangunansahsiah-guruhtmlwww.bacaanonline.com/pdf/isu-pembangunansahsiah-guruhtmlwww.bacaanonline.com/pdf/definisi-pembangunansahsiah-guru-html Pratama, Mochammad Hendy Bayu. 2006. Mekanisme Pertahahan Ego Tokoh Utama Novel Melanie karya Barbara Mujica (Kajian Psikoanalisis Sigmund Freud). Skripsi tidak diterbitkan. Surabaya: JBSI, Universitas Negeri Surabaya.

Lampiran
SUBANG JAYA, 27 Okt 2010(Bernama) Seorang murid Tahun Tiga di sebuah sekolah di Pusat Bandar Puchong mendakwa trauma selepas ditampar hingga bengkak oleh seorang guru disiplin hanya kerana lewat 10 minit ke sekolah. Ibu murid itu, V. Kavitah, 29, berkata anaknya turut mendakwa saluran pendengaran kanannya sedikit terganggu dan demam akibat ditampar hingga menyebabkan dia tidak mahu ke sekolah kerana trauma dengan kejadian pukul 7.40 pagi semalam. Kavitah berkata anaknya terlewat tiba di sekolah akibat terperangkap dalam kesesakan teruk lalu lintas. Kavitah berkata pagi ini dia membawa anaknya itu ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menjalani pemeriksaan dan anaknya disahkan mengalami kecederaan dalaman, namun dijangka sembuh dalam tempoh terdekat. Tindakan guru itu memukul anak saya tidak sepatutnya berlaku apatah lagi anak saya seorang perempuan. Saya hanya mendapat tahu mengenai kejadian ini daripada anak saya ketika menjemputnya pulang dari sekolah selepas tengah hari semalam, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Puchong di sini. Kavitah kesal guru besar mahupun guru disiplin enggan meminta maaf apabila beliau ke sekolah berkenaan pagi ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu. Justeru saya kemudian mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana mahu anak saya mendapat keadilan dan supaya guru itu tidak sewenang-wenangnya memukul pelajar. Saya tidak mahu pelajaran anak saya terjejas, katanya.

Sumber : Bernama

Вам также может понравиться