Вы находитесь на странице: 1из 8

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCE SME 3023

MATHEMATICS ANXIETY

STUDENTS NAME: NORAISYAH BT MD NOOR ID NUMBER: D20081033185 I/C NUMBER: 890406-01-6000 COURSE: SIENCE (MATHEMATICS) WITH EDUCATION LECTURERS NAME: PROF DR MARZITAH BT PUTEH

1.0 Apakah Kerisauan Terhadap Matematik? Kerisauan terhadap Matematik (KTM) boleh ditakrifkan sebagai perasaan tertekan dan kerisauan yang mengganggu yang disebabkan manipulasi nombor dan penyelesaian matematik dalam kehidupan seharian dan situasi akademik. KTM ini lebih kepada masalah emosi berbanding dengan masalah intelektual. Sebagai contoh, pelajar yang mengalami KTM akan berlaku kekosongan minda secara tiba-tiba walaupun diarah untuk menyelesaikan masalah Matematik mudah. Walaubagaimanapun, KTM ini akan mengganggu keupayaan seseorang untuk belajar Matematik dan semestinya ia akan menjadi masalah intelektual. Pelajar tersebut seperti hilang ingatan sebaik sahaja menjawab soalan Matematik tersebut. Tanda-tanda seseorang itu mengalami KTM apabila menyelesaikan masalah Matematik adalah berpeluh tapak tangan, perut terasa mual, cemas, ketakutan, mengetap bibir rapat-rapat, menggemgam jari sepenuh hati, seram sejuk serta berpeluh-peluh, tidak berdaya, tegang, kesusahan, mulut kering, malu dan tidak berupaya untuk menyelesaikan. Namun, Burton menyatakan bahawa ciri-ciri ini hanya sebahagian kecil daripadanya. Terdapat pelbagai kesan sekiranya KTM ini muncul dalam diri pelajar; 1) Apabila seseorang pelajar itu menjadi semakin risau apabila menyelesaikan sesuatu masalah Matematik, mereka akan berusaha lebih, tetapi malangnya semakin sedikit akan mereka fahami, bahkan kesrisauan mereka akan semakin bertambahan. Skemp (1971). Di sini kita dapat lihat bahawa sekiranya KTM tidak dapat dihapuskan segera dari dalam diri seseorang, maka ia ini akan semakin meningkat dari masa ke semasa walaupun secara luarannya kita nampak bahawa pelajar tersebut amat berusaha keras untuk menyelesaikan masalah Matematik yang diberi.
Fatalistic Atitude Poorer performance Worsen Fatalistic Atitude Poorer Performance Still Worse fatalistic Still Poorer Performance

2) William (1972) telah membincangkan kesan kerisauan terhadap Arithmetik. Beliau mendapati bahawa dalam tugasan yang mudah, kerisauan ini telah bertindak sebagai motivasi yang berkesan. Sebaliknya, sekiranya tugasan yang lebih kompleks diberi kepada pelajar, beliau mendapati bahawa kerisauan yang tinggi telah mengganggu prestasi mereka. Tambahan pula, william telah menyatakan bahawa kerisauan tersebut seolah-olah telah menghasilkan tingkah laku yang pasif. 3) KTM boleh menyebabkan seseorang kurang munguasai pembelajaran Matematik. Bell et al. (1983) telah memerhatikan bahawa, menyukai atau meminati Matematik akan membantu pelajar untuk lebih menguasai matematik dan setusnya meningkatkan kejayaannya serta sanggup untuk mendalaminya dalam pembelajaran seterusnya. 4) Ng (1971) telah menjalankan kajian terhadap kerisauan dan kejayaan pelajar di sekolah rendah di Malaysia. Kajian tersebut mendapati bahawa terdapat kolerasi antara kerisauan dan kejayaan. Justeru, adalah membimbangkan sekiranya KTM ini tidak dihapuskan dari dalam diri pelajar. Semakin ramai pelajar dihinggapi KTM, semakin ramai pelajar akan kecundang dalam pelajaran dan seterusnya akan mempengaruhi masa hadapannya.

2.0 Mengapa KTM ini berlaku? Lazarus (1974) mendapati bahawa hanya pada suatu ketika dalam pembelajarannya sahaja boleh menyebabkan seseorang pelajar fobia terhadap Matematik. Hal ini boleh terjadi apabila pelajar tersebut telah sampai pada tahap susah yang ekstrem semasa menjalani latihan Matematik. Apabila pelajar telah sampai ke tahap ini, pelajar itu akan terdorong untuk berhenti daripada belajar Matematik. Sekiranya Matematik itu menjadi keperluannya pada suatu ketika nanti, kedua-duanya iaitu keperluan tersebut dan Matematik yang perlu diaplikasikan akan menjadi punca kerisauannya. Di samping itu juga, Lindquist (1981) mendapati bahawa markah Matematik yang telah distandardkan dalam pencapaian peperiksaan juga menjadi faktor wujudnya sindrom ini. Namun, seorang guru yang mencintai Matematik akan menyebabkan keghairahan itu berjangkit kepada muridnya, serupa juga sekiranya guru itu tidak menyukai Matematik, pelajarnya akan turut tidak meminati subjek itu lalu memberi kesan terhadap sikap murid itu. Di sini dapat dilihat sepertinya seorang guru tersebut melahirkan generasi yang takut terhadap Matematik dan bukannya berjaya dalam Matematik. Secara umumnya, perkara utama yang membawa kepada berlakunya KTM ini adalah; 1) Personaliti atau pembawaan individu itu sendiri termasuklah keupayaan seseorang untuk melakukan Matematik, meragui keupayaan diri sendiri, memerlukan kesahan orang, kemestian untuk berjaya, sikap mereka terhadap matematik, faktor yang berkaitan dengan fungsi intelektual, dan menyalahkan diri sendiri. Kajian juga telah membuktikan bahawa pelajar yang cemerlang dalam subjek lain tetapi bukan Matematik percaya bahawa mereka memang tidak boleh menjawab Matematik kerana telah dibuktikan dengan pengalaman buruk yang pernah berlaku di dalam kelas yang lalu.Pelajar ini sepertinya boleh meramal diri mereka sendiri dan sepenuhnya menjangkakan bahawa mereka akan gagal dalam sebarang perkara yang melibatkan Matematik. 2) Situasi tertentu yang boleh membawa kepada KTM seperti cara Matematik itu diajar, personaliti guru tersebut, faktor bilik darjah ataupun sekolah serta pengalaman lalu terhadap peperiksaan. 3) Persekitaran individu itu pada masa lampau termasuklah faktor sosiologi seperti sosioekonomi keluarga, faktor keibu bapaan dan peranan jantina dalam sosial. Kajian yang dijalankan oleh Puteh (1998), perkara yang telah menyebabkan KTM ini adalah; 1) Personaliti guru dan kaedah mengajarnya seperti kelemahan memberi arahan serta sikap guru terhadap subjek itu sendiri. KTM ini berkembang dengan pesatnya dalam diri pelajar sejak di awal persekolahan mereka (Bush,1991). 2) Peperiksaan awam dan kesannya. 3) Domain afektif iaitu faktor diri pelajar itu sendiri seperti personaliti atau persepsi 4) Perasaan, kebimbangan, kesukaran 5) Jangkaan ibu bapa terhadap anaknya samada aspirasi mereka atau standard yang telah mereka tetapkan. Sikap negatif ibu bapa juga kadang kala boleh menguatkan lagi KTM yang wujud dalam diri anak mereka.

6) Pengaruh rakan sebaya 7) Relevan Matematik iaitu kegunaan matematik dalam kehidupan seharian. 3.0 Siapakah yang mempunyai KTM? 1) Pelajar. Sudah semestinya golongan pelajar sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah Menengah merupakan golongan utama yang terlibat dalam masalah ini kerana mereka diwajibkan untuk mengambil subjek ini. Tambahan pula mereka perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam subjek ini sekiranya ingin berjaya di masa hadapan. 2) Guru. Sikap guru terhadap matematik amat perlu dititik beratkan kerana sikap guru akan menjadi cerminan kepada sikap pelajar terhadap matematik. Sekiranya guru telah jatuh hati dengan matematik, maka aura yang sama akan dihasilkan oleh anak muridnya. Jadi, tidak mustahil lah, KTM yang berlaku ke atas pelajar berpunca daripada KTM yang wujud dalam diri guru. Guru perlu menguasai dan mencintai Matematik sehabis boleh. 3) Ibu bapa dan orang awam. Tan (1990) ada menyatakan bahawa ramai pelajar meninggalkan zaman persekolahannya dengan kekurangan asas Matematik. Tambahnnya lagi, mereka (pelajar yang meninggalkan zaman persekolahan dengan asas matematik yang kurang) akan menyedari kepentingan matematik ini pada kerjayanya di masa hadapan dan pada waktu itu mereka akan berasa tertekan dengan kekurangan kemahiran dalam asas Matematik, konsep dan aplikasinya. 4.0 Bilakah KTM ini berlaku? Berdasarkan kajian oleh Marzitah Puteh (2002) terhadap guru pelatih akan masalah ini, kajian tersebut mendapati terdapat empat keadaan yang menyebabkan guru pelatih (seseorang pelajar) itu tidak menyukai Matematik. I. Peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagaimanapun, ramai guru pelatih menyatakan bahawa ia berlaku apabila mereka menaiki Menengah Atas kerana format peperiksaan telah berubah sepenuhnyadaripada soalan berbentuk objektif kepada soalan subjektif yang amat menekankan cara kerja yang tepat atau persis jawapan sebenar. Peperiksaan Keebangsaan. Ramai guru pelatih percaya bahawa Peperiksaan Umum ini merupakan titik tolak kepada mereka untuk tidak menyukai Matematik. Senario pendidikan negara yang berorentasikan peperiksaan telah menyebabkan pencapaian seseorang dalam peperiksaan telah menjadi kayu ukur kepada kejayaan mereka pada masa hadapan. Kegagalan mereka dalam Peperiksaan besar ini telah menyebabkan mereka benci terhadap Matematik. Cara pengajaran dan personaliti guru mereka. Kedua-dua aspek yang hadir dari guru ini telah menjadi punca ramainya guru pelatih tidak menyukai Matematik. Salah satunya adalah guru mengajar terlalu laju untuk seseorang pelajar itu memahami apa yang sedang dipalajari. Sikap guru yang garang, menakutkan, suka merendah-rendahkan, suka menyalahkan apabila tidak faham,sikap memaksa untuk cemerlang dalam Matematik,tidak menunjukkan minat untuk mengajar, mengajar cara lama, kurang mengajak pelajar berbincang jawapan bagi masalah Matematik dan menyalahkan

II.

III.

IV.

perasaan negatif mereka terhadap Matematik juga menyebabkan mereka tidak menyukai. Selain itu, sikap guru yang suka mengarahkan pelajar menyelesaikan masalah Matematik di papan hitam telah menjadi punca pelajar tidak menyukai subjek tersebut kerana adalah menjadi satu masalah besar sekiranya mereka tidak berjaya menjawab dengan betul. Mereka takut jika diketawakan rakan-raknnya. Kegagalan yang berterusan sepanjang menyelesaikan masalah Matematik. Sekiranya seseorang pelajar itu merasakan bahawa kunci kejayaan seseorang dalam Matematik adalah dengan menghafal undang-undang Matematik, mereka akan mengalami kesukaran dalam menyelesaikannya walaupun masalah itu telah dibentangkan. Pelajar yang telah diajar sebegini akan mempercayai bahawa kesilapan yang telah mereka lakukan mampu menunjukkan bahawa mereka mempunyai keupayaan yang rendah dalam Matematik dan secara tidak langsung telah meningkatkan ketidakupayaan mereka terhadap Matematik. Ramai pelajar yang bijak telah hilang keyakinan dan percaya bahawa mereka tidak mempunyai Minda Matematik.

5.0 Siapakah atau apakah yang menyebabkan kepada permasalahan ini dalam diri pelajar? 1) Hubungan Guru dan Murid Sikap guru yang garang, menakutkan, suka merendah-rendahkan, suka menyalahkan apabila tidak faham,sikap memaksa untuk cemerlang dalam Matematik,tidak menunjukkan minat untuk mengajar, kurang mengajak pelajar berbincang jawapan bagi masalah Matematik dan menyalahkan perasaan negatif mereka terhadap Matematik juga menyebabkan mereka tidak menyukai. Selain itu, hubungan murid dengan guru yang tidak kukuh menyebabkan pelajar takut untuk bertanya sebarang masalah yang timbul dalam penyelesaian masalah Matematik. 2) Cara pengajaran guru. Kebanyakan isu yang dibangkitkan guru pelatih dalam kajian oleh Marzitah Puteh adalah guru mengajar dengan kaedah lama. Menghafal, latih tubi dan latihan, menulis dengan kapur lalu menerangkan, membayangkan nombor menggunakan jari, mengajar dengan kaku adalah cara mengajar turun temurun yang gemar dipraktikkan guru sehingga ke hari ini. Selain itu, sikap guru yang suka mengarahkan pelajar menyelesaikan masalah Matematik di papan hitam telah menjadi punca pelajar tidak menyukai subjek tersebut kerana adalah menjadi satu masalah besar sekiranya mereka tidak berjaya menjawab dengan betul. Mereka takut jika diketawakan rakan-rakanya. Namun, terdapat juga guru yang tidak peduli akan soalan yang pelajar kemukakan, tidak membincangkan jawapan bagi masalah Matematik yang diberi serta tidak membenarkan pelajar untuk berbincang sesama mereka dan mengajar dengan laju. 3) Peperiksaan Pencapaian seseorang dalam peperiksaan telah menjadi kayu ukur kepada kejayaan mereka pada masa hadapan. Kegagalan mereka dalam Peperiksaan Kebangsaan telah menyebabkan mereka benci terhadap Matematik. Format peperiksaan yang telah berubah sepenuhnyadaripada soalan berbentuk objektif kepada soalan subjektif yang amat menekankan cara kerja yang tepat atau persis jawapan sebenar juga menjadi punca.

4) Keluarga Keluarga juga memainkan peranan dalam menyebabkan seseorang pelajar itu peroleh KTM. Sesetengah pelajar amat memerlukan sokongan keluarga seperti menemani dan mengajar mereka belajar Matematik. Disamping itu juga, sikap tidak percaya ibu bapa terhadap anak untuk menguruskan sesuatu urusan yang melibatkan Matematik seperti mengurus kewangan gerai telah menyebabkan mereka merasakan bahawa dirinya tidak bagus dalam Matematik. Desakan ibu bapa supaya mereka cemerlang dalam subjek ini juga menjadi faktor. Terdapat ibu bapa yang membezakan keupayaan anak-anak mereka, anak yang lemah dipaksa untuk mengikut jejak langkah anaknya yang cemerlang. Selain itu, ibu bapa mendesak anak untuk cemerlang dalam subjek ini kerana mereka percaya bahawa subjek ini akan mempengaruhi kejayaan mereka di masa hadapan. 5) Rakan sebaya Rakan sebaya juga telah menjadi faktor untuk seseorang itu tidak meminati Matematik. Hal ini adalah kerana, sekiranya semua rakan mereka tidak meminati Matematik, pelajar tersebut akan mengikuti keadaan itu asalkan dirinya diterima rakan mereka. Selain itu, faktor rakan sekelas juga memaminkan peranan kerana tiada cabaran untuk pelajar tersebut lebih cemerlang dalam Matematik kerana purata markah rakan sekelasnya yang rendah. 6) Bagaimana cara untuk mengurangkannya?

Perasaan pelajar sama ada suka atau tidak terhadap Matematik adalah bergantung sama ada mereka minat atau bosan terhadap subjek tersebut dan akhirnya ia akan membawa kepada perasaan takut, rasa terancam dan cemas. Justeru, adalah satu kewajiban guru untuk mewujudkan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) yang menyeronokkan. Disamping itu, guru yang berkualiti akan membantu seseorang pelajar itu menyukai Matematik. Ciri-ciri guru berkualiti yang dimaksudkan oleh Marzitah Puteh (2002) dalam temu bualnya terhadap beberapa guru pelatih adalah sabar, lemah lembut, memberi semangat, baik hati, suka menolong, sedia memberi tunjuk ajar, sentiasa memberi perhatian, beri banyak perhatian kepada keperluan murid dan sentiasa mendengar masalah pelajar mengenai Matematik. Guru yang berkualiti ini secara tidak langsung akan mengurangkan kerisauan pelajar terhadap Matematik. Oleh yang demikian, adalah satu keperluan untuk kerajaan mewujudkan satu sistem yang mampu mengawal kualiti guru supaya setiap guru di negara kita berkualiti dan selari dengan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, penggubalan semula sistem peperiksaan dengan menyeimbangkan peratusan iaitu 50:50 antara peperiksaan bertulis dan penilaian berterusan juga boleh mengurangkan permasalahan ini. Ibu bapa pula perlulah memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka dan tidak sesekali merendah-rendahkan keupayaan anak mereka, mengongkong serta membezakan keupayaan seseorang anak dengan anak yang lain. Rakan sebaya pula perlulah sama-sama membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan tugasan Matematik yang diberikan guru serta membantu dalam memahami permasalahan Matematik.

7) Bagaimanakah cara untuk menghapuskannya? Menurut Haylock (1995), gambaran pelajar mengenai Matematik memainkan peranan yang penting terhadap respon pelajar kepada Matematik. Sekiranya masalah KTM ini ingin dimusnahkan dari dalam diri pelajar, satu perubahan terhadap persepsi, perasaan dan tingkah laku terhadap subjek ini perlu dilakukan. Perasaan dan persepsi pelajar sama ada suka atau tidak terhadap Matematik adalah bergantung sama ada mereka minat atau bosan terhadap subjek tersebut. Jika perkara ini berlaku, kitaran tingkah laku dan KTM ini akan musnah. Kitaran tersebut adalah seperti di bawah.
FEEDBACK

EVIDENCE 1. What they say about maths (PERCEPTION OF MATHS)

VARIABLES Experience of Learning Mathematics Teachers student relationship


ATTITUDE TOWARDS MATHS

2. What they say about themselves (SELF IMAGE)

Peers/parent Examination Pressure

3. What they say about their feelings (FEELINGS) EFFECT OF NEGATIVE ATITUDE

4. How they behaved when doing maths (BEHAVIOUR)

Im poor in Maths

Fear, panic, anxiety -Observation of hands-on maths -Observation of classroom -interviewing

Avoidence

Unable to perform

Secara ringkasnya, jika kitaran ini ingin dimusnahkan, pelajar tersebut perlulah disediakan dengan pengalaman pembelajaran Matematik yang menarik serta diberi sokongan moral yang tinggi oleh masayarakat sekelilingnya seperti ibu bapa, rakan sebaya dan paling penting adalah guru yang mengajar subjek tersebut. Guru juga perlu membina hubungan yang kukuh bersama murid dan menunjukkan sifat-sifat sebagai seorang guru yang berkualiti seperti yang telah disebutkan tadi. Penggubalan semula sistem peperiksaan juga perlu dilakukan supaya pelajar tidak berasa rendah diri dan berputus asa terhadap subjek ini apabila dia mendapat keputusan yang rendah. Langkah-langkah ini adalah bertujuan supaya para pelajar berasa yakin untuk

menjawab soalan Matematik dan melahirkan perasaan yang positif terhadap Matematik. Berdasarkan apa yang kita tahu, masalah KTM ini muncul apabila seseorang pelajar itu mencapai kesukaran yang ekstrem semasa menjawab soalan Matematik. Oleh itu, diharapnya faktor-faktor tadi dapat memperkukuhkan ilmu Matematik pelajar dan secara tidak langsung akan mengubah tanggapan negatif pelajar terhadap Matematik. Sekiranya tanggapan negatif, persepsi buruk, tingkah laku yang negatif serta merasakan bahawa dirinya bijak Matematik, maka secara tidak langsung masalah KTM ini akan musnah.

Вам также может понравиться