Вы находитесь на странице: 1из 6

Yogeswary a/p Subramaniam (880505-08-5168)

Keperluan Ilmu Dalam Mengatasi Masalah Dan Peranan Ilmuan Dalam Membangunkan Tamadun Manusia.
Sejarah membuktikan bahawa kemajuan dalam sesuatu bangsa itu bergantung kepada pencapaian mereka di dalam bidang ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Islam amat menitik beratkan penguasaan Ilmu pengetahuan di kalangan umatnya. Rasullulah s.a.w pada zamannya telah mengangkat tinggi martabat orang yang menuntut ilmu ke serata dunia hinggalah ke negeri Cina. (Hamid, 2004) Terdapat beberapa definisi dan takrifan ilmu yang telah dikemukakan oleh para ilmuan sejak beribu tahun dahulu. Kamus Dewan menghuraikan ilmu adalah pengetahuan, kepandaian dalam perkara perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Encyclopedia of Islam mentakrifkan ilmu sebagai knowledge lawan kepada jahil / ignorance. Menurut Gong Fu Zi (Confucius), ilmu ialah apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan yang kamu sudah tahu ; dan apabila kamu tidak membawa maksud bahawa ilmu itu merupakan suatu kebenaran dan keyakinan. Plato mentakrifkan ilmu sebagai As a kind of conservation of the soul from darkness to light. Definisi ini dapat diterjemahkan ilmu sebagai suatu pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan. Dalam bentuk yang lebih terperinci, pemahaman Plato mengenai ilmu itu telah diterjemahkan sebagai Pemilikan sifat sebenar sesuatu. Sifat ini sebenar ini tidak terdapat melalui pancaindera tetapi melalui idea atau bentuknya yang kekal, semesta dan tidakberubah-ubah. Menurut Plato, setiap manusia ada roh dan jasad. Roh itu bersifat abadi dan kekal, dan dapat memelihara dirinya daripada segala perubahan yang buruk dan yang baik yang datang daripada jasad yang membalutinya. Roh itu banyak tingkatan bentuknya. Dari tingkatan inilah ia memanjat kepada suatu bentuk yang sempurna setelah ia menjauhkan dirinya segala-galanya yang dianggap sebagai kemuncak ilmu. Imam Ghazali(ra) mentakrifkan ilmu sebagai suatu kepastian secara demonstratif; cahaya(nur) merupakan anak kunci kepada ilmu dan untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman langsung (dhauqa). Muhammad Yusuf bin Sultan Muhyiddin, seorang daripada pendukung gerakan islah di Tanah Melayu tahun 30-an pula mengatakan bahawa ilmu ialah pendapat daripada ajaran guru dan daripada fikiran dan pandangan dab penerangan seorang, dan juga daripada pihak nabi menerusi wahyu dan bukan benda yang dicedok dan dituang masuk ke dalam dada manusia. Apa yang dapat ditakrifkan daripada ungkapan Muhammad Yusuf ialah ilmu itu tidak boleh datang bergolek, tetapi mestilah dipelajari atau secara wahyu menerusi para nabi dan rasul.

Yogeswary a/p Subramaniam (880505-08-5168) Syed Muhammad Naqib Al-Attas , yang bayak menulis mengenai teori ilmu dan menjadi seorang daripada pelapor gagasan Pengislaman Ilmu telah cuba mengkaitkan tasawuf dengan kefahaman ilmu. Beliau mentakrifkan ilmu sebagai As the arrival in the soul of the meaning of thing. Takrif beliau ini boleh diterjemahkan sebagai, suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia. Roh atau jiwa di sini ialah bahagian manusia yang tidak mati seperti kalbu, roh, nafs, dan akal. Boleh jadi yang dimaksudkan dengan sampai ke dalam roh atau jiwa ialah wahyu dan yang sampai menerusi roh atau jiwa ialah kasyaf, dhauq, musyahadah atau instuisi. Dengan kata lain, ilmu diperoleh dengan cara wahyu yang disampaikan kepada para nabi dan rasul dan kasyaf atau dhauq menerusi amalan tasawuf. Menurut disiplin tasawuf, ilmu secara kasyaf, dhauq atau intuisi adalah ilmu yang diperoleh secara spontan atau secara langsung oleh manusia tanpa pertolongan pancaindera dan akal; ia merupakan suatu pengalaman sufi yang tidak dapat difikirkan oleh akal. Ini bertentangan dengan kaedah ilmu menerusi pendidikan cara berguru atau menerusi cara berfikir. Kitab Al-Quran membahagikan ilmu kepada tiga bahagian. Pertama sekali, dalam Al-Quran, ilmu bererti lihat atau memerhati, kedua ilmu bererti ketahui atau mengetahui dan yang ketiga ilmu bererti kebenaran atau keizinan. Kedatangan Islam membawa gesaan menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Wahyu yang pertama iaitu ayat 1-5 surah Al-Alaq dengan jelas mewajibkan pencarian ilmu. Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Tanpa ilmu dan pengetahuan kita tidak akan dapat mengenal Khaliq dan seterusnya tidak dapat berbakti kepadaNya. Perkataan ilmu disebut kira-kira 750 kali dalam Al-Quran melalui berbagai bentuk (Muhammad Dawilah,1993:9). Orang yang berilmu diberikan pujian dan dipandang mulia di sisi Islam. Prof. (m.1209M): Merujuk kepada Allah sebagai sumber segala makna ke dalam diri seseorang. ilmu, ilmu adalah ketibaan Syed Muhammad al-Naquib al-Attas mentakrifkan ilmu dengan

mengenengahkan kembali takrif yang pernah dikemukakan oleh Fakhruddin Al-Razi

Bila merujuk kepada diri sebagai penafsir, ilmu adalah

ketibaan diri seseorang kepada makna sesuatu. Takrif tersebut dengan sendirinya menjelaskan bahawa ilmu tidak sama dengan fakta atau maklumat, walaupun, tentunya ilmu memerlukan maklumat. Ilmu memerlukan maklumat yang benar yang membawa makna kepada pemilikNya.

Yogeswary a/p Subramaniam (880505-08-5168) Dalam pengertian Barat moden khususnya kepada aliran yang berpegang kepada kaedah sains, ilmu merujuk kepada pengenalan atau persepsi jelas tentang faktafakta.Fakta-fakta merujuk pula kepada perkara yang boleh ditanggapi oleh pancaindera zahir, yakni yang bersifat empirikal. Perkara-perkara yang diluar pencapaian panca indera zahir tidak disebut fakta dan tidak dikira termasuk dalam ruang lingkup ilmu, ilmu laduni tidak diiktiraf sebagai ilmu dalam kacamata barat. Para ilmuan islam mengkelasifikasi hiraki ilmu kepada dua, iaitu ilmu fardhu ain dan kifayah. Kedua-duanya bersepadu dan tidak boleh dipisahkan, ilmu fardhu ain pada dasarnya merujuk kepada ilmu-ilmu asas yang wajib dipelajari oleh semua orang dengan tugas dan peranan sebagai hamba dan khalifah Allah. Manakala ilmu fardhu kifayah pula merujuk kepada bidang-bidang ilmu yang diperlukan oleh masyarakat dan wajib dituntut oleh yang sebahagian untuk mencukupi keperluan masyarakat. Apabila kita memperhatikan isi Al-Quran dan Al-Hadis, terdapat beberapa suruhan yang mewajibkan bagi setiap muslim baik laki-laki mahupun perempuan, untuk menuntut ilmu, agar tergolong menjadi umat yang cerdas, jauh dari kabut kejahilan dan kebodohan. Menuntut ilmu artinya berusaha dengan jalan menanya, melihat atau mendengar. Perintah kewajiban menuntut ilmu terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud; "Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari) Dari hadis ini kita memperoleh pengertian bahawa Islam mewajibkan pemeluknya agar menjadi orang yang berilmu, berpengetahuan, mengetahui segala kemaslahatan dan jalan kemanfaatan; menyelami hakikat alam, dapat meninjau dan menganalisis segala pengalaman yang didapati oleh umat yang lalu, baik yang berhubungan dengan aqidah dan ibadat, serta hubungannya dengan soal-soal keduniaan dan segala keperluan hidup. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: "Barang siapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim) Hasil daya berfikir dan akal budi golongan intelektual yang dihuraikan diatas telah melahirkan pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual merangkumi ilmu sains tulen dan

Yogeswary a/p Subramaniam (880505-08-5168) sains social termasuk ilmu-ilmu agama dan bukan agama. Ilmu membantu manusia dalam pelbagai hal. Manusia menggunakan ilmu untuk meningkatkan tahap hidupnya. Kemajuan yang kita capai dan menikmati pada hari ini adalah hasil daripada ilmu yang telah diberikan oleh golongan intellektual. Ilmu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Pertama sekali, ilmu membantu kita mengagihkan masa dengan betul. Kebanyakkan masa, kita akan mengalami pelbagai masalah kerana tidak erti mengurus masa dengan baik. Pengurusan masa itu sangat penting dalam kehidupan kita terutamanya pada zaman serba moden ini. Segala benda di sekeliling kita berkait antara satu sama lain dan kita memerlukan masa untuk melaksanakan apa jua kerja. Masalah mula timbul apabila seseorang itu tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Dalam situasi sebegini, ilmu banyak membantu dari segi pengurusan masa. Ilmu membantu kita memahami kesilapan dan kelemahan kita dan membolehkan kita membuat reflektif. Mereka yang tiada pendedahan ilmu, tidak akan memahami situasi diatas dan mereka akan sentiasa menyalahkan orang lain atau pun takdir mereka. Mereka biasanya tidak dapat mengaharungi keindahan kehidupan yang dikurniakan oleh Tuhan yang maha Esa. Ilmu membolehkan manusia membuat reflektif tentang apa jua perkara yang berlaku. Membuat reflektif membantu kita membuat analisis di manakah kesilapan kita dan mengenalpasti cara-cara mengatasinya. Selain daripada membantu menguruskan masa, ilmu banyak membantu manusia dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku disebabkan oleh perselisihan faham. Perselisihan faham boleh berlaku di mana sahaja bermula dari masalah yang remeh temeh tetapi impaknya adalah sangat tinggi. Ramai orang telah mengalami kehilangan yang banyak akibat daripada perselisihan faham. Dalam isu ini, ilmu banyak membantu seseorang itu berfikir sebelum cakap sesuatu perkara. Ilmu juga membolehkan manusia berfikiran terbuka dan menerima pandangan orang lain. Berfikir sebelum cakap itu sangat penting dalam menangani masalah. Hal ini adalah kerana kebanyakkan manusia sangat sensetif dan mereka tidak berfikir atau pun tidak sedar apa yang mereka bercakap ketika dalam keadaan tertekan. Ilmu membolehkan mereka berfikir dan membuat analisa tentang sesuatu masalah itu. Membuat analisa membantu kita mengagihkan yang baik dan buruk. Di samping itu, ilmu membantu kita berfikir terbuka dan matang dalam menghadapi sesuatu masalah.

Yogeswary a/p Subramaniam (880505-08-5168) Justeru itu, ilmu banyak membantu manusia berfikir positif. Pemikiran positif membantu manusia menangani pelbagai masalah yang wujud dalam pelbagai situasi. Penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang membantu manusia berfikir luar batasan. Adalah penting bagi seseorang menimba pelbagai ilmu untuk memartabatkan diri dan meningkatkan tahap profesionalisme. Kefahaman ilmu dalam pelbagai hal akan menyebabkan kita berfikiran positif dan waras.

Penguasaaan ilmu dalam pelbagai bidang amat penting dan perlu di beri perhatian. Perubahan zaman kian membuktikan penguasaan ilmu pengetahuan boleh menjamin kejayaan individu jika di manfaatkan dengan bijaksana. Dengan adanya ilmu, kita kita tidak akan berasa ketinggalan, di perbodohkan dan juga rendah diri. Oleh yang demikian, peluang yang ada harus di rebut untuk memastikan penguasaan ilmu tidak kira dalam bidang tertentu atau pun sebaliknya. Antara manfaat sekiranya kita berilmu ialah dapat memajukan diri sendiri, dan tidak mustahil kita boleh memberi faedah kepada komuniti, masyarakat dan juga negara. Contohnya, pembangunan inovasi dalam pelbagai bidang yang boleh memberikan kemudahan kepada manusia. Selain itu, penguasaan ilmu juga membolehkan kita menjadi manusia yang proaktif. Orang yang berilmu akan sentiasa berfikiran positif, optimis dan sentiasa menjadikan sesuatu ujian atau permasalahan sebagai suatu cabaran yang mengujakan. Menjadi tanggungjawab manusia beriman menuntut ilmu. Sikap tamakkan ilmu dan merasa tidak cukup dengan ilmu yang sedia ada merupakan suatu sifat mulia. Untuk itu juga sangat wajar bagi setiap penuntut ilmu menyediakan ruang dalam dirinya agar dapat berpatah balik dari pandangannya yang tidak tepat. Janganlah dibiarkan keegoan menguasai jiwa hingga menyebabkan tidak bersedia mengaku kesalahan diri. Jadilah seperti para imam-imam salaf yang secara senang hati mengubah pendirian apabila sampai kepada mereka kebenaran. Contoh yang terbaik tentulah al-Imam As-Syafie yang menarik pendiriannya yang lama (mazhab qadim) kepada pendirian yang baru (mazhab jadid).

Yogeswary a/p Subramaniam (880505-08-5168)

Bibliography
Hamid, M. L. (2004). Pengajian Tamadun Islam, Edisi Ke-2. Pahang : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN.BHD.

Bibliography
Hamid, M. L. (2004). Pengajian Tamadun Islam, Edisi Ke-2. Pahang : PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN.BHD.

Mahayudin Hj.Yahaya (2001). Tamadun Islam,Edisi Ke-2.Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. www.slideshare.com

Вам также может понравиться