Вы находитесь на странице: 1из 4

BAB II : SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA Perkembangan tamadun Islam

Zaman Rasulullah SAW


Period Mekah i) Pembinaan Akidah ii) Membenteras maksiat dan kejahilan iii) Membenteras perhambaan iv) Pemulihan akhlak v) Pembelaan terhadap kaum wanita Period Madinah i) Aspek Keagamaan; pembentukan syariah ii) Aspek sosio-politik; pembentukan dustur Madinah iii)Aspek sosio-ekonomi: pembentukan asas muamalat iv) Rasulullah(SAW) sebagai pemimpin negara

Khulafa` Ar-Rasyidin
Khalifah Abu Bakar Ash Siddiq (11H/1632M-13H/634M) i) Menyelesaikan isu murtad dan penderhaka ii) Misi ketenteraan penerusan dari zaman Rasulullah SAW iii) Pengumpulan al-Qur'an iv) Membahagikan wilayah kepada dua belas (12) bahagian Khalifah Omar Al-Khattab (13H/634M-23H/644M) i) Meneruskan dasar yang dilaksanakan oleh Saidina Abu Bakar ii) Menyusun pentadbiran negara iii)Memperkenalkan sistem "Hisbah" iv)Pembaharuan dalam sistem kehakiman v) Membentuk dewan (jabatan) :Dewan Al-Jund :Dewan Al-Ata' :Dewan Kharaj :Dewan Al-Barid :Penubuhan Baitul Mal

Khalifah Usman Affan (24H/644M-35H/655M) - Penubuhan Armada Laut - Pcmbukuan al-Qur'an Khalifah Ali bin Abi Talib (35H/655M-41H/661M) -Penubuhan pasukan polis -Melengkapkan angkatan bersenjata Faktor-faktor Kecermerlangan Tamadun Islam i) ii) iii) iv) v) Ajaran Islam bersumberkan al-Qur'an dan al-Sunnah Galakan dan peranan pemerintah Kestabilan politik, ekonomi dan sosial Kerjasama para sarjana / ulama' Sikap masyarakat, individu dan peranan institusi keluarga

Kerajaan Bani umayyah

-Kerajaan Bani Umaiyah meletakkan al-Qur'an, al-Sunnah dan Ijmak sebagai sumber perundangan negara. -Struktur organisasi Negara seperti politik, pentadbiran dan kewangan dikekalkan seperti pada zaman Nabi dan Sahabat. -Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah adalah di Damsyik (Syam) atau kini dikenali sebagai Syria. -ilmu-ilmu al-Qur'an dan al-Hadis seperti 'ulum al-Qur'an dan mustalah Hadith ilmu-ilmu sains seperti perubatan dan sebagainya berkembang maju.

-Kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol dipimpin oleh Abdul al-Rahman al Dakhil -mendirikan kerajaan Islam di Andalusia, iaitu di Benua Eropah. - Pusat pemerintahannya ialah di Cordova.

Kerajaan Bani Abbasiyah


-Kerajaan Bani Abbasiyah berpusat di Baghdad. -Perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik begitu meluas dan gemilang. -Bidang kebudayaan, iaitu kegiatan seni seperti puisi, binaan dan ukiran turut berkembang pesat. -Bani Abbasiyah menubuhkan Bayt al-Hikmah dan gerakan terjemahan dijadikan sebagai pusat segala kegiatan ilmu. -Bayt al-Mal yang berfungsi untuk menjaga khazanah negara dan mengagihkannya mengikut keperluan negara. -Sumber-sumber ekonomi seperti pertanian, perdagangan dan berkembang pesat. -Dari segi politik, kelahiran fahaman politik mula wujud. -Kerajaan mampu menyediakan angkatan perang yang mantap untuk menghadapi sebarang ancaman musuh sama ada dari luar atau dalam.

Kerajaan Islam di Afrika


-Tamadun Islam telah mewarnai tamadun dunia dan elemen tamadun Islam tersebar luas ke serata dunia, khususnya ke utara benua Afrika dan ke Eropah selama lebih satu alaf. -Penyebaran tamadun Islam itu khususnya khazanah ilmu pengetahuannya terjadi di dalam berbagai bentuk dan cara. -Sebahagian Eropah Barat dan Timur menerima pengaruh Islam dalam jangka Waktu yang berbeza. -Eropah Timur menerima pengaruh tamadun Islam sedikit lambat iaitu pada zaman kekuasaan Kerajaan Turki Uthmaniyah -Pada zaman kegemilangan tamadun Islam, ilmu menjadi tunggak kekuatan umat dan Negara

Вам также может понравиться