Вы находитесь на странице: 1из 2

Mahligai Di Syurga Sharifah Zuliana Syed Jaafar Dalam meniti arus kehidupan ini, ramai di antara kita lebih

fokus kepada pemantapan kerjaya serta kehidupan di dunia, hingga kita terlupa akan adanya akhirat. Sebuah penempatan kekal, penentu syurga atau neraka. Tatkala melihat rumah Bungalow Semi-D, dalam hati teringin mahu memilikinya sepertimana insan lain. Betul? Saya juga begitu. Tidak salah untuk berusaha untuk memilikinya di dunia ini, tetapi janganlah kita lupa akan sebuah mahligai yang perlu kita bina di syurga, bukan di neraka. Bagaimana agaknya kelak, sedang kita bersuka ria, bergembira, tiba-tiba berlakunya tiupan sangkakala yang hebat memusnahkan segala harta yang kita kumpul di dunia ini, dan malangnya kita lupa untuk membina sebuah mahligai kekal di syurga? Fikir-fikirkan. Perhatikanlah betapa banyaknya generasi yang telah mendahului kita pergi meninggalkan dunia, dan diistiheratkan di alam barzakh. Apakah agaknya yang boleh mereka bawa bersama mereka? Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya. Riwayat al-Bukhari dan muslim Ya, hanya amalan sahaja yang akan mengiringi kita, adakah ianya amalan kebaikan atau sebaliknya?. Akan hilanglah segala apa yang kita ada di dunia ini, kereta..rumah..harta kekayaan...segalanya akan ditinggalkan begitu sahaja.. Jika sebelum ini kita memakai pakaian mahal, tetapi di alam barzakh kita hanya dilitupi oleh kain kafan. Inginkan mahligai di syurga? semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Sepertimana kita punya dua belah tangan, kanan penunjuk ke syurga dan kiri penunjuk ke neraka.

Pilihlah, carilah amalan kebaikan sebanyak mana yang boleh, dengan mengharapkan keredhaanNYA dan ikhlas dalam melaksanakannya. Firman ALLAH Taala dalam Surah Al-Nahl ayat ke 97 yang bermaksud; sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sungguh kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan InsyaALLAH, dengan tinta penulisan ini semoga ia dapat membuka mata kita, menggerakkan minda serta mencekalkan hati untuk membina sebuah Mahligai di syurga dengan amalan kebaikan.

Вам также может понравиться