Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Terdapat dua buah gunung terletak betul-betul di hadapan rumahnya. Anderson bercadang untuk memindahkan kedua-dua gunung itu kerana ia menghalang pemandangan dari bahagian hadapan rumahnya. Pada suatu hari, Anderson memberitahu ahli keluarganya tentang hasratnya untuk memindahkan kedua-dua gunung itu. Kesemua, kecuali isterinya bersetuju dan menyokong cadangan Anderson itu. Ke manakah kita hendak buangkan tanah dan batu-batu itu nanti? tanya isterinya. Mereka kemudian memutuskan untuk membuang tanah dan batu-batu itu ke dalam laut. Keesokan paginya, Anderson dan ahli keluarganya memulakan kerjakerja mereka. Kesemua mereka bekerja kuat siang dan malam setiap hari, tanpa rehat. Seorang budak lelaki, berasa hairan dan tertanya-tanya mengapakah jirannya itu perlu melakukan perkara tersebut. Dia bertanya, Kamu sudah terlalu tua. Mana mungkin kamu dapat memindahkan gunung itu sebelum kamu mati? Anderson menjawab, Anak-anak dan cucu-cucu saya akan meneruskan kerja-kerja ini sehingga selesai. Gunung ini sudah pastu tidak akan bertambah tinggi, disebaliknya jika usaha kami diteruskan sudah tentu satu hari nanti kami akan berjaya.