Вы находитесь на странице: 1из 24

Mereka

telah ditimpa kehinaan di mana pun mereka berada, kecuali bila mereka menyambung hubungan dengan Allah ( hablum minallah ) dan dengan sesama manusia ( hablum minannas ). Dan mereka juga ditimpa dengan kemurkaan dari Allah dan ditimpa pula oleh kemiskinan. Yang demikian itu karena mereka mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi-nabi dengan tidak benar. Yang demikian itu karena akibat dari kedurhakaan yang mereka lakukan dan mereka adalah orang yang melampaui batas. ( Ali Imran : 112)

Ayat

ini memberitakan berbagai malapetaka yang telah menimpa Bani Israil sebagai akibat dari berbagai kedurhakaan mereka kepada Allah dan kepada para Nabi-Nabi-Nya Maka telah diberitakan oleh-Nya bahwa jalan keluar dari segala malapetaka yang mengepung mereka itu adalah dengan membangun kembali hablum minallah dan hablum minan-nas

minallah dijelaskan sebagai hubungan antara manusia dengan Allah Hablun minannas adalah berkisar hubungan interaksi antara sesama manusia Kedua-dua hubungan dibentuk berlandaskan acuan yang bertitik tolak daripada sumber Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah
Hablun

Untuk

menjadi seorang manusia yang berjaya, maka seorang Islam mesti menghubungkan segala usaha mereka sesuai dengan tujuan kehidupan mereka sebagaimana perjanjian mereka dengan Allah di alam roh yang mana roh manusia telah mengaku bahawa mereka adalah hamba Allah

Bagi

tujuan menguji perjanjian roh dan penggunaan status sebagai khalifah Allah itulah maka manusia dikirimkan ke dunia. Kemudian nanti, di akhirat, Allah akan tentukan samada manusia masing-masing akan diberikan ganjaran baik atau ganjaran jahat, berdasarkan kepada setakat mana mereka telah memenuhi perjanjian sebagai hamba Allah dan telah menjalankan tugas mereka sebagai khalifah Allah

Dengan

demikian, akhlaqul karimah dibangun di atas kerangka hubungan dengan Allah melalui perjanjian yang diatur dalam Syari'atNya berkenaan dengan kewajiban menunaikan hak-hak Allah Ta'ala dan juga kerangka hubungan dengan sesama manusia melalui kewajiban menunaikan hak-hak sesama manusia baik yang muslim maupun yang kafir.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kemaluannya; kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi (syurga)." (AlMukminun: 1-10)

seorang individu yang inginkan kejayaan cemerlang, konsep Hablum Minallah, Hablum Minannas perlulah diberi penekanan. Terdapat tujuh sifat yang diterangkan Allah swt melalui sepuluh ayat ini sebagai panduan dan pengajaran kepada kita untuk berjaya di dunia dan akhirat
Sebagai

Sifat

pertama ialah sembahyang dengan khusyuk. Erti khusyuk ialah dengan penuh minat atau sepenuh hati, jika melaksanakan sembahyang ia boleh dikatakan merendahkan hati di hadapan Allah swt dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Sifat

kedua ialah menjauhkan perkataan dan perbuatan yang sia-sia. Hari ini terlalu banyak maklumat yang kita baca setiap hari sama ada melalui Internet, surat khabar, majalah ataupun gosip di kedai kopi. Ketika mendapat maklumat ini pasti terdetik di hati kita berbagai-bagai pendapat yang menimbulkan rasa benci dan iri hati.

Sifat ketiga ialah menyucikan harta dengan berzakat. Negara kita adalah di antara negara yang menginstitusikan zakat di peringkat persekutuan dan negeri. Sistem pungutan dan agihan zakat yang teratur akan mempastikan golongan asnaf menerima hak mereka. Sifat keempat ialah menjaga kemaluan atau kehormatan diri. Dunia hari ini penuh pancaroba. Melangkah keluar dari rumah, makruf dan mungkar sama-sama kuat menarik perhatian kita. Bercampur di antara lelaki dan perempuan menjadi lumrah khususnya di tempat keramaian, berjabat tangan dengan bukan mahram juga dianggap biasa malah adegan ringanringan seperti berpegang tangan, berpeluk dan ciumciuman sudah tidak ada yang menegur.

Sifat

kelima ialah menjaga amanah. Sifat amanah adalah berat dan dilaksanakan dengan bertanggungjawab. Orang menilai sifat amanah melalui pelaksanaan yang telus dan berprinsip. keenam ialah setia pada janji. Hari ini terlalu ramai orang yang berjanji. Ada janji betul dan ada janji palsu. Agak hairan kenapa ada yang mahu berjanji palsu. Alangkah baik berterus-terang jika tidak dapat membantu atau menyediakan sesuatu yang diminta supaya orang lain tidak tertunggutunggu.

Sifat

Sifat

ketujuh ialah tetap memelihara sembahyang. Sembahyang adalah tiang agama dan sangat penting. Ia menjadi kayu ukur kepada penilaian Allah swt kelak. Pentingnya sembahyang ini ada dalam semua perkara, dari masuk waktunya hingga berwirid.

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.

1.

Jangan Syirik kepada Allah s.w.t.

2.

Bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak

3.

Berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang

4.

mencegah daripada mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.

5.

melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat

6.

Melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat,urusan al- Qadha',pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.

7.

Menerangkan mengenai 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk

8.

Menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).

9.

Berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran

10.

Bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri

11.

Jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.

12.

Tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan

13.

Bersederhana dan sekata ketika berjalan, tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah kononkononnya ingin dikatakaan 'zuhud dan tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebihlebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling Merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar

14.

1.

Penyerangan akal fikiran 2. Terlalu cintakan kehidupan duniawi 3. Kegemaran masyarakat untuk mengambil contoh yang bukan daripada Rasulullah SAW dan para sahabat 4. Melakukan sesuatu amalan tanpa merujuk kepada nas yang sahih (taklid buta) 5. Ajaran Sesat

Вам также может понравиться