You are on page 1of 6

PEN: 10/2010/23 (PELAJARAN) Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut : 2.

1 Beban Tugas Guru

Isu beban tugas guru telah ditimbulkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP). Antara beban tugas berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh guru, antaranya adalah menguruskan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain yang perlu dibuat mengikut keperluan semasa. Cadangan Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad (http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=148313)agar Kementerian Pelajaran mengambil kira faktor nisbah purata antara guru dan pelajar dalam kelas sebagai satu langkah mengenalpasti formula terbaik bagi mengurangkan beban kerja guru. Ertinya, jika sekarang satu bilik darjah 1.5 guru perlu diubah kepada satu bilik darjah 2.0 guru. Bagi menangani isu ini juga, pihak kementerian satu jawatankuasa khas telah dibentuk iaitu Jawatankuasa Pelaksana Bagi Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKPMIBTG) dan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan. Dalam jawatankuasa tersebut beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua (2) kali sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh KPM untuk memastikan pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2005: Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu. Disamping itu, bagi mengurangkan tugas rencam guru di sekolah, satu Garis Panduan Penggabungan Jawatankuasa telah disediakan supaya jumlah Jawatankuasa di peringkat sekolah tidak melebihi sepuluh (10) yang terpenting.

Bagi mengurangkan tugas perkeranian yang pada ketika ini dilaksanakan oleh guru, KPM telah memohon pertambahan jawatan Pembantu Tadbir melalui urusan pindah butiran perjawatan/ trade off bagi tujuan pelaksanaan kajian rintis di 50 buah sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1500 orang murid. Kementerian juga telah memohon peruntukan kewangan dalam Anggaran Belanja Mengurus 2011 bagi menampung keperluan khidmat Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dalam menampung keperluan guru yang tidak mencukupi. 2.2 Kekurangan guru di pedalaman

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) antara terasnya ialah merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar, namun apa yang dapat dilihat kekurangan guru di pedalaman menjadi penghalang kepada dasar murni ini. Sekiranya permasalahan ini tidak ditangani dengan bijak jurang ini akan menjadi makin membesar dan peluang pendidikan tidak dapat diagihkan sama rata kepada rakyat. Cadagan : Dalam menarik minat guru ke pedalaman, kemeterian telah menambah dua lagi kategori elaun khas bulanan bagi guru yang berkhidmat di kawasan pedalaman, kata Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Dr Amir Salleh @ Mohd Salleh. Menurut beliau, kategori baru di bawah Elaun Pedalaman itu akan membabitkan elaun tambahan masing-masing sebanyak RM750 dan RM1,250. Bagi Sabah dan Sarawak, temuduga terbuka telah terbuka di kawasan terbabit bagi memilih calon guru yang layak. Calon yang memenuhi syarat kelayakan akan dihantar ke institut perguruan untuk mengikuti latihan dan selepas itu akan dihantar balik untuk berkhidmat di kawasan masing-masing. (http://www.bharian.com.my/articles/TemudugaterbukauntukcalongurupedalamanSabah _Sarawak/Article/)

Pendekatan lain yang diambil kementerian adalah dengan memberi kelebihan kepada guru yang berkhidmat lama dipedalaman. Menurut ketua Pengarah pelajaran, Pengalaman guru yang berkhidmat di sekolah luar bandar dan pedalaman akan diambil kira dalam pertimbangan untuk kenaikan pangkat dan pemberian insentif lain, termasuk tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian pada peringkat lebih tinggi. Langkah bagi menangani isu ini juga adalah dengan guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan (TPM). Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman, sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara berada dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan. 2.3 Nisbah guru lelaki dan wanita Menurut TPM, kekurangan guru di kalangan golongan lelaki bukanlah kerana diskriminasi jantina, sebaliknya realiti pada masa kini. Masalah itu juga timbul akibat kurangnya keinginan golongan lelaki memilih profesion perguruan atau tiada kelayakan dan terpaksa memilih kerjaya lain. (kesan )Nisbah rendah guru lelaki telah menyebabkan berlakunya kepincangan dalam pendidikan hari ini. Antaranya gejala keruntuhan moral pelajar. Seperti di rumah, anakanak lebih takutkan ayah daripada ibu. Jadi di sini, guru lelaki sepatutnya adalah pemain utama menggantikan tugas bapa di sekolah. Nisbah yang tidak seimbang turut menjadi punca kemerosotan mutu sukan. Guru perempuan tidak mampu memikul tugas fizikal dan pengorbanan masa maksimum untuk melatih pelajar dalam bidang sukan. Langkah bagi menangani isu ini adalah dengan mengelakkan kaedah meritokrasi dalam pemilihan calon guru. Cadangan ini adalah dengan membuat pemilihan yang terbaik sesama calon guru lelaki dan bukannya bersaing dengan calon perempuan. Kaedah ini dilihat berkesan dan lebih adil bagi calon guru lelaki yang mempunyai kelayakan akademik lebih rendah daripada calon guru wanita. 2.4 Kuarters guru

Masalah Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) usang dan tidak diselenggara bukannya sati isu baru yang dihadapi oleh para guru. Isu ini sering menjadi rungutan bukan sahaja guru yang berkhidmat di luar bandar namun guru di bandar juga sering merungut berkenaan KIP yang rosak dan tidak mencukupi untuk menampung bilangan guru yang tinggal di bandar. Ia sewajarnya digunakan semua pihak sebagai asas untuk menilai semula faktor yang menjadi punca keadaan itu berlaku. Jumlah 3,000 unit KIP terbiar disebabkan keengganan warga pendidik menghuni kediaman itu membuktikan usaha memberikan kemudahan prasarana terbaik kepada warga pendidik tidak mendapat sambutan berikutan beberapa kelemahan yang berlaku dan tidak diatasi dengan segera. (Cadangan) Sebagai penyelesaian jangka panjang kepada isu Kuarters Institusi Pendidikan (KIP) yang rosak dan terbiar di seluruh negara, Kementerian Pelajaran mengenal pasti tujuh kompleks KIP dijadikan sebagai pusat latihan guru.Langkah itu membabitkan empat KIP yang diambil alih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan tiga oleh Institut Aminudin Baki (IAB) bagi dijadikan pusat latihan masing-masing. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, berkata langkah itu adalah antara usaha kementerian untuk menggunakan sepenuhnya unit KIP yang kosong kerana enggan diduduki oleh guru di seluruh negara. Pemilihan lokasi strategik perlu diambil kira sebelum Kementerian Pelajaran membina KIP kerana hasil tinjauan Berita Harian di lima negeri membuktikan kuarters yang tidak dihuni itu jauh daripada kemudahan asas seperti kedai dan Pusat Kesihatan.

2.5

Kekurangan guru Bahasa Inggeris

Salah satu kelemahan ketara dalam dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah kekurangan guru mahir berbahasa Inggeris. Malah, ada guru dikatakan terpaksa membuat penjelasan dalam bahasa Malaysia ketika mengajar, kerana guru itu sendiri kurang memahami bahasa Inggeris dan murid pula tidak memahami bahasa asing itu, terutama pelajar luar bandar yang tidak menuturkan bahasa Inggeris di luar sekolah.

Keadaan menjadi kekok sehingga ada pihak mendakwa dasar PPSMI sepatutnya dilaksanakan apabila segala kemudahan dipersiapkan terutama untuk melatih lebih banyak guru yang fasih berbahasa Inggeris. Berdasarkan kajian oleh universiti tempatan dan badan antarabangsa, PPSMI tidak banyak membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Sebab itu, apabila Kabinet memutus untuk memansuhkan PPSMI, ia memberi penekanan kepada usaha memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Bermula sesi persekolahan 2012, dasar Memperkasa Bahasa Melayu dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan. Dalam pada itu, di peringkat sekolah bilangan guru option Bahasa Inggeris masih belum mencukupi. Ini akan memberi kesan langsung pada dasar ini kerana peringkat pelaksanaan tidak begitu lancar, dimana akan ada guru option lain yang terpaksa mengajar Bahasa Inggeris yang tahap penguasaan mereka tidak begitu baik, ini akan memberi kesan pada pengajaran dan pembelajaran seterusnya kepada murid itu sendiri. Cadangan : Berdasarkan cadangan pelbagai pihak, majoriti menyokong langkah kerajaan untuk memantapkan penggunaan bahasa asing itu. Antaranya ialah menambah seramai 13,933 guru bahasa Inggeris (BI) termasuk 1,000 dari luar negara, 600 guru bersara dan 12,333 guru tambahan dari Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS). Keutamaan diberikan kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik dalam BI. Penggunaan Teknologi maklumat dimanfaatkan dalam pengajaran dan pembelajaran BI melalui penggunaan perisian komputer yang sesuai. Disamping itu pelajaran tatabahasa Inggeris diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran BI serta menyerapkan elemen sains dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran BI untuk mendedahkan murid dengan istilah berkaitan dalam bahasa Inggeris.