Вы находитесь на странице: 1из 48

][P

DI KAWASAN KAJIAN

ALAMAT: JALAN LONG YUNUS 15200,KOTA BHARU KELANTAN.

BIL.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

PERKARA
Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

HALAMAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya dapat juga saya siapkan tugasan Kerja Kursus Geografi 2011 dengan jayanya. Sekalung penghargaan buat Pengetua saya, iaitu Puan Ku Amazon Bt Tuan Yusof. Beliau telah mengizinkan saya menjalankan kajian di kawasan luar sekolah. Saya juga ingin coretkan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada guru matapelajaran saya iaitu Cikgu . Beliau tidak jemu

memberi inspirasi, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan rakan yang lain tentang cara menjalankan kajian mengikut criteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan memberi teguran agar dapat saya hasilkan tugasan dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, yang turut membantu menyiapkan kerja kerja ini. Dengan adanya sokongan

padu mereka, dapatlah saya sempurnakan kajian ini. Ini kerana, bagi menghasilkan kerja kursus ini memerlukan tenaga, buah fikiran dan wang ringgit. Tidak lupa juga kepada para responden yang memberi kerjasama terhadap saya ketika proses soal selidik dijalankan. Ini membantu saya melancarkan perjalanan kajian saya. Sekian.

Kajian yang saya jalankan ialah mengenai pencemaran alam sekitar di kawasan yang dikaji. Kawasan tersebut ialah di sekitar kawasan sekolah saya iaitu Jalan Long Yunus. Saya memilih kawasan tersebut kerana ia terdapat beberapa jenis pencemaran yang dapat saya kaji. Selain itu, saya juga akan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah pencemaran yang dihadapi penduduk di kawasan itu. Sebelum menjalankan kajian ini, saya terlebih dahulu menyediakan jadual kerja supaya perlaksanaan kajian saya akan lebih sistematik dan menepati waktu yang ditetapkan. Saya mengambil masa selama 3 hari untuk

melaksanakan kajian dengan sempurna. Sekian.

Antara objektif kajian saya ialah:1. Untuk mengetahui maksud sebenar pencemaran dengan lebih tepat. 2. Selain itu, saya ingin mengkaji jenis jenis pencemaran di kawasan kajian dengan lebih terperinci. 3. Seterusnya, untuk mengenalpasti punca dan implikasi terhadap pencemaran. 4. Akhir sekali, bertujuan mencari idea penyelesaian kepada pendudukpenduduk yang menghadapi masalah pencemaran ini.

Nama kawasan kajian saya ialah sekitar kawasan sekolah Maahad Pengajian Islam. Sekolah tersebut terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. Kampung yang terdapat di sini ialah Kampung Khatib Ali. Penduduk kampung ini menghadapi beberapa masalah pencemaran seperti pencemaran udara, dan bau.

Pandang darat fizikal yang terdapat di sini ialah Tanah Pamah. Terdapat pelbagai kegunaan yang boleh dimanfaatkan bersama. Antaranya ialah ia dapat digunakan untuk kegiatan pertanian, perhubungan, petempatan dan kemudahan sosial. Contohnya, di kawasan tanah pamah dapat dibina jalan raya, jalan keretapi, sekolah, bangunan, hospital, tempat ibadat, dan sebagainya. Kawasan kajian saya berjarak lebih kurang 3 kilometer dari bandar Kota Bharu. Oleh kerana terletak berhampiran bandar yang menjadi tumpuan rakyat, tempat ini menghadapi pencemaran seperti di atas.

PEMERHATIAN
Saya menjalankan kaedah pemerhatian dengan memerhati jenis jenis pencemaran yang terdapat di kawasan kajian saya. Selepas menjalankan kaedah ini, saya mendapati bahawa di sini terdapat dua jenis pencemaran. Iaitu pencemaran udara, dan pencemaran bau.

SOAL SELIDIK
Selain itu, saya menjalankan kaedah soal selidik kepada 25 orang responden. Seramai 15 orang menyatakan bahawa mereka selalu mengalami batuk, dan sakit kepala akibat daripada pencemaran udara. Manakala 10 orang berikutnya, mereka sentiasa terpaksa menghidu bau busuk yang datang daripada longkang tersumbat dan longgokan sampah yang belum dipunggut oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

RUJUKAN
Di samping itu, saya juga membuat rujukan melalui internet, buku teks, buku rujukan dan atlas untuk mendapatkan info mengenai pencemaran alam sekitar yang dikaji. Saya juga dapat mengetahui isu semasa dan meluaskan ilmu pengetahuan yang sedia ada.

10

8.1 KONSEP PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya, dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam dan ekosistem.

Tafsiran menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 pula menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara lansung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizik, kimia, biologi, atau aras sinaran mana mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan,atau meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan kegunaan berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan merbahaya atau mungkin merbahaya kepada kesihatan, keselamatan, kebajikan awam, atau orgamisma organisma lain, tumbuhan dan haiwan.

Terdapat pelbagai jenis pencemaran. Contohnya ialah pencemaran udara, bau, air, tanih, bunyi dan banyak lagi.

8.2 JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI


11

KAWASAN KAJIAN
Pencemaran alam sekitar yang paling ketara dialami oleh penduduk di sekitar kawasan kajian ialah pencemaran udara daripada asap kenderaan berplumbum dan juga pembakaran terbuka. Definisi pencemaran udara ialah satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan, atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia, organisma hidupan lain atau merosakkan alam sekitar, ke dalam atmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau bauan, logam toksik seperti plumbum, tembaga dan sisa radioaktif. Ia diklafikasikan kepada 2 bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran udara antaranya berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh kenderaan bermotor di jalan raya, dan pembakaran terbuka. Antara kesannya pula adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan global. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan, dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Oleh itu, sama samalah kita membendung masalah pencemaran udara dan pencemaran yang lain juga. Ini kerana, udara yang bersih sememangnya dimahukan oleh semua lapisan masyarakat.

12

EPISOD PENCEMARAN UDARA (SHAM SANI 1982) HARIBULAN NOV 26-DIS1 , 1948 DIS 5-9 , 1952 JAN 3-6 , 1956 DIS 5-10 , 1962 JAN 29-FEB 12 , 1963 TEMPAT LONDON LONDON LONDON LONDON NEW YORK PARAS PENCEMARAN (PURATA 24 JAM) PARTIKEL : 2800 /m3 SO2: 0.75 ppm PARTIKEL : 4500 /m3 SO2: 1.34 ppm PARTIKEL : 2400 /m3 SO2: 0.55 ppm SO2: 1.98 ppm (Purata 1 jam) PARTIKEL : 7 COH SO2 : 0.5 ppm KEMATIAN

700 - 800 4000 1000 700 200 - 400

8.3 PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN


13

Terdapat banyak faktor berlakunya pencemaran udara dan bau di kawasan kajian. Kajian yang saya lakukan mendapati bahawa kegiatan manusia seharian lebih menyumbang kepada masalah ini. Setiap punca pencemaran dapat dibendung supaya bumi dan manusia tidak terlalu terdedah kepada kerosakan dan penyakit.

Faktor yang pertama ialah, keracunan plumbum dan gas karbon monoksida dalam asap kenderaan yang dibebaskan ke udara. Ini menyebabkan berlakunya penipisan lapisan ozon yang sering yang dibicarakan di media massa. Selain itu, manusia turut mendapat lebih banyak penyakit. Contohnya, sakit jantung, sakit buah pinggang, sakit kepala, batuk, dan mengurangkan kecerdasan otak.

Kedua, kegiatan manusia yang sentiasa melakukan pembakaran terbuka turut tergolong dalam punca tersebut. Sesetengah sikap manusia yang tidak mengendahkan peraturan hanya memakan diri. Ketiga, sampah sarap yang dibuang di merata tempat menjadikan persekitaran hilang keindahan semula jadinya. Perjalanan hidup seharian sememangnya tidak terlepas daripada terhasilnya sisa sampah sarap yang mencemarkan alam sekitar. Sehinggalah satu kajian mengeluarkan fakta bahawa longgokan sampah yang dikumpul di negara ini menjadikan sebuah lagi negeri Perak.

Akhir sekali, percaya atau tidak, perniagaan dan keusahawanan, salah satu faktor berlakunya pencemaran. Peniaga yang menjual makanan ringan mahupun

14

berat akan menggunakan pembalut makanan yang menghasilkan sampah apabila pembeli tidak bertanggungjawab membuangnya ke tempat yang sepatutnya. Masalah ini dapat diatasi jika peniaga dan pembeli menitikberatkan mengenainya. Kesemua punca yang tertera di atas dapat diselesaikan dengan kerjasama dan semangat semua pihak.

PENERAPAN NILAI PATRIOTISME

Saya akan lebih berdisiplin agar punca punca ini dapat ditangani untuk kebaikan seluruh masyarakat di negara ini.

8.4 KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

15

Terdapat pelbagai kesan yang dapat dikesan berpunca daripada pencemaran alam sekitar. Kesan dibawah terpaksa ditanggung akibat kelalaian diri sendiri.

Pertama, kejadian hujan asid sering menimpa. Ia berlaku apabila bumi tidak dibasahi dengan air hujan selama beberapa hari. Ini membenarkan asap daripada kilang kilang dan kenderaan berkumpul. Kemudianya, apabila hujan turun, air hujan akan dicemari asid yang dibebaskan ke udara daripada asap kilang dan kenderaan.

Kedua, jerebu yang biasa berlaku di jalan jalan raya menyebabkan pandangan pemandu kenderaan akan menjadi kabur untuk melihat ke hadapan. Ini kerana jerebu merupakan kabut yang bercampur debu yang terapung apung di udara mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor.Ia juga akan mencemarkan udara.

Ketiga, penyakit juga akan meningkat naik. Ini terjadi apabila udara tercemar, pelbagai penyakit akan terhasil. Antara penyakit tersebut ialah sakit jantung, sakit buah pinggang, sakit kepala, demam denggi dan sebagainya.

16

Keempat, akibat daripada pelepasan asap kenderaan yang mengandungi plumbum dan gas karbon monoksida ke atmosfera, akan menipiskan lapisan ozon. Kemudian, cahaya yang berlebihan dipancar ke bumi sekaligus meningkatkan suhunya. Ini menyebabkan manusia masih terasa bahang panas walaupun sudah berada di kediaman yang berhawa dingin.

Akhir sekali, longgokan longgokan sampah di merata rata tempat mendatangkan bau yang sungguh menusuk hidung. Penduduk berhampiran terpaksa menahan bau busuk yang mengganggu kehidupan mereka sekeluarga.

PENERAPAN NILAI PATRIOTISME

Saya akan membina semangat kekitaan sesama masyarakat agar kami berganding bahu membantu kerajaan mengurangkan kesan - kesan di atas.

8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAWASAN KAJIAN

17

Terdapat pelbagai cadangan bagi mengurangkan kesan pencemaran di kawasan kajian iaitu pencemaran udara dan pencemaran bau. Cadangan ini akan membolehkan masyarakat disini menjalankan kehidupan tanpa terjejas dengan pelbagai masalah kesihatan. Ini kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut. Pertama, melalui penguatkuasaan undang undang. Pihak kerajaan telah menggubal pelbagai undang undang untuk melindungi alam sekitar. Antara akta yang penting ialah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang merupakan perundangan menyeluruh tentang alam sekitar. Kedua, orang ramai mesti sentiasa diingatkan tentang kepentingan menjaga alam sekitar melalui kempen. Antara kempen yang biasa dianjurkan ialah kempen kitar semula, kempen cintai alam sekitar, dan kempen cintai sungai kita. Kempen ini dijalankan melalui media massa seperti televisyen dan akhbar. Ketiga, pendidikan alam sekitar diajar secara formal di sekolah melalui mata pelajaran Geografi, Kajian Tempatan dan Sains serta merentasi kurikulum mata pelajaran lain. Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pula, pendidikan ini dijalankan melalui kursus kursus alam sekitar. Ini bertujuan membantu pelajar untuk lebih peka dan prihatin terhadap isu alam sekitar. Ia juga membantu masyarakat umum menyedari dan memahami isu alam sekitar.

Keempat, cadangan meletakkan penapis asap kenderaan juga merupakan

18

idea yang baik. Ini dapat mengelak daripada pelepasan asap yang mengandungi plumbum dan gas karbon monoksida ke atmosfera secara berlebihan.

Akhir sekali, menggunakan petrol tanpa plumbum adalah berkesan. Petrol yang mengandungi bahan pencemar seperti di atas tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana, penggunaan petrol jenis ini melepaskan asap yang berbahaya mengakibatkan lapisan ozon menjadi tipis. Oleh itu, kaedah ini wajar digunakan.

PENERAPAN NILAI PATRIOTISME

Saya akan menyokong sepenuhnya dengan cadangan cadangan pihak kerajaan. Ini kerana, cadangan ini adalah yang terbaik bagi semua rakyat.

19

Rumusan yang dapat saya buat daripada kajian ini ialah pencemaran alam sekitar memberikan impak yang buruk kepada bumi dan juga makhluk yang lain. Melalui kajian ini, sya dapat mengetahui dengan lebih lanjut apa itu erti pencemaran alam sekitar dan juga jenis jenisnya iaitu pencemaran udara, air, tanih, bunyi dan bau. Di samping itu, punca - punca pencemaran juga dapat saya kenalpasti dengan lebih terperinci. Punca punca ini mendatangkan implikasi yang buruk terhadap alam sekitar. Antaranya ialah, kejadian hujan asid, jerebu, penyakit penyakit yang berbahaya, peningkatan suhu, bau busuk dan lain lain. Oleh itu, saya mencadangkan agar beberapa langkah langkah bagi membendung masalah pencemaran yang semakin tenat ini.

Selepas menjalankan kajian ini, saya menjadi semakin berdisiplin,mempunyai semangat kekitaan dan sebagainya. Saya juga mengambil iktibar yang mendatangkan manfaat dan penginsafan kepada diri saya sendiri.

Sekian.

20

21

22

23

LAMPIRAN 4

BORANG SOAL SELIDIK ARAHAN : TANDAKAN (/) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN. BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS RESPONDEN 1. 2. 3. NAMA : .. JANTINA : LELAKI KAUM : MELAYU PEREMPUAN CINA INDIA

24

LAIN LAIN 4. UMUR : 18 29 30 50 51 KE ATAS

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PENCEMARAN TERHADAP PENDUDUK

JENIS PENCEMARAN

KESAN LAIN (sila nyatakan):-

1.PENCEMARAN UDARA 2.PENCEMARAN BAU

. . .

LAMPIRAN 5

25

LAMPIRAN 6

26

INTERNET:

http://w.w.w ecoconsult.ch/uploads/1144-IEL-slide4 pollutions-hazwastes.pdf.definisi pencemaran ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran w.w.w .scribd.com//Kajian Geografi Tempatan

ATLAS:

Kum Vivar Printing SDN.BHD, 2001,2003.Pencemaran, Atlas Informasi KBSR,Penerbit Fajar Bakti SDN.BHD,m/s92.

27

BUKU TEKS:
KOH

KHAW AH SENG,HABIBAH HAJI LATEH,TAN

LIM.Geografi Tingkatan Tiga,PTS Publications & Distributors SDN.BHD,2004.m/s 165.

BUKU RUJUKAN:

NIK IDRIS, K.BHASKRAN,ADRIAN CHONG. SPOTLIGHT ALFA PMR,PAN ASIA Publications SDN.BHD,2011.

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

Вам также может понравиться