Вы находитесь на странице: 1из 20

Kek Pisang Marble Kukus Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.

com Bahan-Bahannya 2 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder) 2 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 3 biji telur 1/2 cawan minyak masak ( atau butter yang dicairkan) 3/4 cawan gula 5 biji pisang yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam (3/4 cawan) 1/2 cawan susu soya ( nak guna susu segar atau santan pun boleh) beberapa titik esen vanila 4 sudu besar serbuk koko atau 1 sudu besar coklat emulco ( untuk lapisan coklat) Cara-caranya 1. Lecek pisang bersama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang. 2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu soya, kacau sebati. 3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan dengan 4 sudu besar serbuk koko dan kacau sebati. 4. Panaskan kukusan, pastikan acuan silicon di sapu dahulu dengan sedikit marjerin, sendukkan adunan apam pisang coklat berselang seli dengan adunan asal dan pastikan adunan 3/4 acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Kukus selama 40 minit hingga 1 jam dengan menggunakan api sederhana. Selamat Mengukus. : )

kek pisang marble kukus ku : )

elok je naik cantiknya tinggal nak potong je

keratan rentas kek pisang marble , jemput makan semua

Nota, ade lebih sikit adunan ni, ros kukus dalam acuan silicon bentuk star, love dan bulat, dan ros kukus 15 minit. Bun Kentang Jaluran Blueberry Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Bahan-bahanya 400gram tepung roti (tepung high protein) 100gram tepung gandum 2 sudu besar susu tepung@skim milk 150gram kentang yang telah dilecek ( dari 2 biji kentang saiz sederhana) 160 ml cecair ( dari 1 biji telur yang ditambah dengan air suam) 40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin 50gram gula 6gram yis atau 2 sudu kecil yis 3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver 1 sudu kecil baking powder ( perlu diingatkan, 1 biji telur tu dipukul sebentar menggunakan garpu, ambil 2 sudu kecil bancuhan telur tu dan ketepikan, telur ini akan digunakan untuk gliss pada permukaan bun kentang ini nanti,

bakinya terus dicampur dengan air dan sukat 150ml) (untuk jaluran, sedikit blueberry filling) * untuk gliss* ros guna egg wash dari (2 sudu kecil telur tadi ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila) Cara-caranya ( Doh Roti) 1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam. 4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti. 5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan jalurkan atasnye dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. 6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba

Nota: Kalau rajin boleh jalurkan dengan kastard ya, ikut selera masing-masing, kalau nak guna kaya pun boleh. sedap di makan panas-panas dan sangat berkhasiat untuk anak-anak anda.

buns sebelum dibakar, elok je naik nye tu..: ) Bun Manis Buttescotch atau Vanila Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Bahan-bahanya 300gram tepung roti (tepung high protein) 50gram tepung gandum 2 sudu besar susu tepung@skim milk 2 sudu kecil esen vanila@butterscotch 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti) 40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin 1/2 sudu kecil garam 6gram yis atau 2 sudu kecil yis 120ml susu suam@air suam 3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver 1 sudu kecil baking powder 3 sudu besar gula (untuk topping, sedikit gula pasir untuk di tabur di atas bun nanti)

* untuk gliss* ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila) Cara-caranya ( Doh Roti) 1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam. 4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil, susun dalam acuan bulat, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti. 5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan taburkan atasnye dengan sedikit gula, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. 6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

siap bakar dah, wangi harum je baunye...

lihatlah betapa gebu dan lembutnya

Nota: Sangat sedap di makan bersama secawan Teh O ataupun secawan kopi, kalau nak letak inti pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya.

Butterscotch Blueberry Finger Buns Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Bahan-bahanya 370gram tepung roti (tepung high protein) 80gram tepung gandum 2 sudu besar susu tepung@skim milk 1 sudu kecil butterscotch@esen vanila 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti) 40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin 1/2 sudu kecil garam 6gram yis atau 2 sudu kecil yis 160ml susu suam@air suam 4 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver 1 sudu kecil baking powder 4 sudu besar gula (untuk topping, sedikit blueberry filling yang dimasukkan dalam platik bersih dan gunting di hujung nya supaya senang untuk di jalurkan atas bun ini nanti) * untuk gliss*

ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila) Cara-caranya ( Doh Roti) 1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing, tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan selepas itu boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Selepas itu perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam. 4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, uli sebentar dalam 5 minit, selepas itu bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bentukkan memanjang, susun dalam acuan petak, buleh juga diletakkan di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti. 5. Gliss permukaan bun dengan egg wash dan jalurkan dengan blueberry filling, akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang. 6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

ButterMilk Doughnuts Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Bahan-bahanya 2 sudu kecil baking powder 180 gram tepung roti 220gram tepung gandum 2 sudu besar susu tepung/skim milk 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 140ml air suam 1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening 3 sudu besar gula 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil) 3 sudu kecil buttermilk ( beli kat kedai bahan bakery seperti gambar di atas) sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ini nanti. 1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan

menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramasramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. - kalau dah buat buttermilk sendiri guna susu dan cuka tu, kuantiti air suam@cecair yang 140ml tu boleh ditukar terus pada buttermilk, dan tepung roti tu juga boleh ditukar pada tepung gandum sahaja.

Mini Wholemeal Sausage Buns Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Bahan-bahanya ( untuk doh roti) 330gram tepung roti (tepung high protein) 120gram tepung wholemeal 2 sudu besar susu tepung@skim milk 3 sudu besar gula 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti) 40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin 1/2 sudu kecil garam 6gram yis atau 2 sudu kecil yis 120ml susu suam@air suam 3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver 1 sudu kecil baking powder (Untuk inti-sosej yang direbus dib dan inti kacang merah ) * untuk gliss dan topping* - sedikit bijan dan ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila) Cara-caranya ( Doh Roti) 1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam. 4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan gentelkan memanjang, lilitkan pada sosej dan susun di dalam di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak atau dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti. 5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, taburkan dengan sedikit bijan, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba. - Ros ambil 1/3 adunan tu dan bulatkan kecil, masukkan inti kacang merah, susun dalam acuan petak dan bakar seperti biasa.

roti sosej gandum penuh yang belum di bakar

perang berkilat pemukaanya, harum baru keluar oven

ni pula mini bun berintikan kacang merah, lembutt.... Nota: Aroma Roti yang baru masa dari oven di percayai adalah satu terapi untuk minda, kalau yang minat buat roti tu, memang suke sangat bau roti yang baru masak kan, selain tu, rasa roti nye pun fresh dan menyelerakan. Bahan-bahanya ( sumber resepi ros@jintanmanis.com) 220gram tepung roti 30gram tepung gandum 4 gram yis 1/2 biji telur 100 ml susu segar suam+1 sudu besar madu ( di kacau sebati) 2 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 40 gram butter atau marjerin 80 gram labu (yang telah direbus dan dilecek baru ditimbang) bahan tambahan 1/2 cawan kismis hitam

bahan topping sedikit kelapa kering/ gula ( ros tak masukkan bread imporver atau bread softner, sebab dah letak telur, tapi kalau nak masukkan pun boleh juga, letak 1 sudu kecil ya, lagi satu kalau nak letak water roux pun boleh, makin gebus buns ni nanti ) Cara-Caranya ( Jika Uli Tangan)- Doh Roti 1. Satukan tepung roti, tepung gandum, yis, gula, butter dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah-tengah. 2. Kemudian masukkan susu segar yang telah dicampur dengan madu, labu yang telah dilecek serta telur di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda. Cara lain jika menggunakan bread maker : -Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, kecuali kisimis hitam, pilih menu dough dan tunggu sampai doh siap diuli baru masukkan kismis hitam dan uli sebentar, selepas itu boleh terus dibentuk bulat-bulat. 3. ( sambungan step jika uli tangan) Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara@angin. Uli lagi 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam. ( ros letakkan dalam papercup muffin dan susun dalam muffin tray, kemudian ros gliss permukaan buns dengan susu segar yang dicampur dengan beberapa titik madu dan tabur kan atasnya dengan kelapa kering dan gula.) 4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 18 20 minit. Setelah masak, sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba. - di bawah ni ade gambar buns sebelum dan selepas dibakar, ros suke buat kecik-kecik, biar nampak comel je dan senang juga untuk dimakan.

Вам также может понравиться