Вы находитесь на странице: 1из 6

Menukar Cakap Pindah Kepada Cakap Ajuk

Cakap ajuk boleh ditulis dalam dua cara: (a) Ayat bentuk dialog dengan pengunaan tanda pengikat kata ("..."). (b) Ayat bentuk dialog yang tersusun mengikut turutan penutur. Nama penutur ditulis pada sebelah kiri sahaja. Tidak perlu tanda pengikat kata. 1 Anda perlu menukarkan kata ganti diri, masa dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam ayat. Kata ganti diti "dia" ditukar menjadi "saya", "aku" menjadi nama seseorang, "mereka" menjadi "kami", "disana,disitu" menjadi "disini", "masa itu" menjadi "masa ini". 2 Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan dialog. 3 Anda perlu menulis tanda soal (?), dan tanda seru (!) dalam ayat yang ditukar. Frasa kata seru hendaklah ditukar dengan kata seru yang sesuai seperti "wah", "memuji ", "Aduh", "menyatakan sakit atau mengaduh" dan sebagainya. 4 Pengunaan kata singkatan boleh digunakan seperti "nak" untuk "hendak", "mak" untuk "emak", "dah" untuk "sudah", "mau" untuk "mahu". 5 Perkataan bahasa Arab seperti alhamdulillah, astaufirrullah, lahaulawala kuwataila dan sebagainya boleh digunakan. Sebagai contoh, "alhamdulillah" bagi "mengucap syukur", lahaulawala kuwatailla" bagi "mengucap panjang". 6 Unsur-unsur slanga dan dialek boleh digunakan. Sebagai contoh "jom" untuk "mengajak", "satsat" untuk "sebentar", "bergebang" untuk "berbual kosong". 7 Anda boleh menambah imbuhan pada kata-kata yang sesuai agar menjadi ayat yang lengkap. 8 Jangan mencampuradukkan bentuk cakap pindah dan cakap ajuk sekali gus. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata. 9 Jangan mengubah maksud dan struktur ayat asal. Soalan Latihan Tukarkan cakap pindah di bawah kepada cakap ajuk dengan mengekalkan maksud asalnya. Gunakan bahasa yang gramatis. Amir menerangkan kepada Hazmi bahawa giginya sakit sejak semalamnya. Hazmi menyuruh Amir bersegera ke klinik gigi. Amir memberitahu bahawa dia takut sekira giginya dicabut. Hazmi menjelaskan kepada Amir agar tidak takut giginya akan dicabut kerana sekiranya kerosakan giginya besar sahaja barulah akan dicabut. Amir bertanya kepada Hazmi jika ada cara lain. Amir memberitahu sekiranya akar gigi Amir masih kuat doktor hanya menampal lubang pada gigi Amir. Amir berseruju untuk ke klinik gigi pada masa itu juga.

Menukar Cakap Ajuk Kepada Cakap Pindah


1. Anda perlu menukarkan kata ganti diri,masa,dan tempat kepada bentuk kata diri ganti yang sesuai dalam dialog. Kata ganti diri "saya"ditukar menjadi "dia","kami"menjadi "mereka","di sini"menjadi "di sana","masa ini"menjadi "masa itu". 2. Pastikan tidak ada isi yang ditambah atau yang ditinggalkan ketika menukarkan perbualan.

3. Kata seru (!) seperti cis, amboi, aduh dan sebagainya hendaklah ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat. Ccontoh: "Cis"- dengan marah,"Eh"- dengan hairan,"Aduh"- sambil mengerang kesakitan. 4. Struktur ayat perlu betul, pengolahan hendaklah baik mengikut susunan teks asal dan lancar. 5. Ayat perintah ditukat kepada frasa yang sesuai. Contoh: "Jangan" - melarang, "Sila masuk" menjemput. 6. Penggunaan kata singkatan mesti ditukar kepada perkataan yang lengkap seperti "nak" menjadi "hendak", "mak" menjadi "emak", "dah" menjadi "sudah", "mau" menjadi "mahu". 7. Perkataan bahasa Arab seperti "alhamdulillah" ditukar kepada maksud ayat, iaitu "mengucap syukur". 8. Unsur-unsur slanga dan dialek hendaklah dibuang dan ditukar kepada bahasa baku, contohnya "jom" menjadi "mengajak", "satsat" menjadi "sebentar" dan "bergebang" menjadi "berbual kosong". 9. Jangan mencampuradukkan bentuk cakap ajuk dan cakap pindah sekali gus. 10. Elakkan kesalahan tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.

Latihan Tukarkan petikan berikut ke dalam bentuk karangan biasa menggunakan cakap pindah. Asmadi: Bila kaupulang dari luar negeri? Maria: Dah seminggu dah, kau macam mana. Masih tinggal di kampung ni ke? Asmadi: Begitulah, Maria, aku ni tak pandai macam kau. Jadi tempat aku di sini sajalah. Maria: Tak apalah, Madi. Di mana-mana pun ada rezeki asalkan kita rajin. Lagipun aku dengar kau dah ada perniagaan sendiri sekarang. Asmadi: Aku setuju dengan pandangan kau tu. Perniagaan aku tu, kecil-kecilan saja. Maria: Baguslah, walaupun kecil aku bangga dengan usaha kau. Asmadi: Terima kasih.

Cakap Ajuk Cakap Pindah

1. Bentuk-bentuk cakap pindah atau perbualan berupa soalan atau dalam bentuk tanda soal hendalah ditukar kepada bentuk kenyataan atau pernyataan. Contoh : CA Petang semalam engkau pergi ke mana? Tanya Jusoh kepada Ali.

________________________________________________________________________________________

2. depan.

Ayat-ayat untuk cakap pindah hendaklah dihubungkan dengan kata-kata penghubung dan juga kata

Contoh: Sudin Man : Man! Kita dah sampai ni. Jangan lupa, tanggal kasutmu sebelum kita menyeberang parit itu. : Baiklah, Din. Nah, tolong pegang beg aku ni, Din!

3. Beberapa kata ganti nama perlu diperhatikan, termasuklah kata ganti nama orang yang pertama. Kata ganti pertama dalam cakap ajuk tidak berubah kiranya yang bercakap itu diri yang pertama. CA Aku akan menjelaskan wang pendahuluan sewa rumah sebelum akhir bulan ini, Aku memberitahu penjual rumah ____________

4. kedua. CA

Kata ganti nama diri pertama dalam cakap ajuk menjadi diri kedua apabila yang bercakap itu didi yang

Awak memberitahu saya. Saya akan balik berjumpa orang tua saya pada hujung minggu ini.

_____________

5. Kata ganti diri pertama hendaklah diubah menjadi kata ganti diri ketiga apabila orang yang bercakap itu diri yang ketiga. CA Dia berpesan kepada saya, Jika saya tidak datang menjemput awak sebelum pukul dua petang ini bolehlah awak balik sendiri dengan bas. _______________

6. CA _____

Kata ganti diri kedua tidak ada apa-apa perubahan kiranya yang dilawan bercakap itu diri kedua. Awak selalu lewat datang ke pejabat, kata saya kepada awak.

7. Kata ganti diri kedua dalam cakap ajuk hendaklah menjadi kata ganti diri pertama apabila yang dilawan bercakap itu diri pertama. CA __________ Dia berkata kepada saya, Awak memang rajin tetapi segala kerja suka bertangguh-tangguh.

8. Kata ganti diri kedua dalam cakap ajuk hendaklah dipindahkan menjadi diri ketiga apabila yang dilawan bercakap itu diri ketiga. CA _____ 9. Beberapa perubahan dari segi masa juga diambil kira; sekarang hari ini esok pagi tadi malam tadi semalam tadi sini, di sini ini begini => => => => => => => => hari itu esoknya, keesokannya => pagi itu masa itu Kata Samad kepada dia, Tindakan awak itu membahayakan orang lain.

malam sebelumnya => tadinya situ, di situ itu begitu semalamnya

10. sahaja. CA _____

Apabila terdapat tanda baca atau tanda soal perlulah dihilangkan dan diganti dengan pemberitahuan

Jamal bertanya emaknya,

Berapa ringgit harga seluar itu mak?

Panduan menukar ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah/perbualan kepada cakap pindah. Ciri-ciri bahasa lisan yang berikut hendaklah dibetulkan o Kependekan kata seperti: dah, mau, pegi dan sebagainya hendaklah dibetulkan iaitu: sudah, mahu dan pergi. o Kata seru ( bertanda !) seperti cis, amboi, aduh dan sebagainya hendaklah ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan o Perkataan bahasa Arab, seperti alhamdulillah, astagahffirullah, lahaulawala kuwatailla dan sebagainya hendaklah ditukar. Contoh alhamdulillah ditukar menjadi mengucap syukur manakala lahaulawala kuwatailla ditukar menjadi mengucap panjang . o Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dengan konteks ayat berkenaan. Unsur-unsur slanga dan dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku/moden. Kata ganti diri saya ditukar menjadi dia , di sini menjadi di sana , masa ini menjadi masa Itu dan kami menjadi mereka

KAD TUGASAN 1 Apa kaubuat di belakang, Hilmi, pakciknya sedang duduk di kerusi ruangan depan itu bertanya sebaik sahaja dia sampai di pintu. Saya melihat-lihat bekas kebun itu, pak cik, Kau suka berkebun? Suka

KAD TUGASAN 2 Kalau kau benar-benar suka berkebun, lebih baik kaujaga sahaja kebun kita tu. Aku sudah carikan kerja, tapi agak susah kerana sekolahmu cuma sekolah Melayu saja. Tadi pak cik suruh saya jaga kebun itu? Bukan kebun itu saja. Bunga-bunga yang di keliling rumah ini pun kaujaga juga. Terima kasih Kau suka? Lebih daripada suka. Saya memang suka berkebun.

Lampiran 2 Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk cakap pindah. Apa kau buat di belakang, Hilmi, pakciknya sedang duduk di kerusi ruangan depan itu bertanya sebaik sahaja dia sampai di pintu. Saya melihat-lihat bekas kebun itu pak cik, Kau suka berkebun? Suka

Perbualan 2 Abu : : Saya mahu kahwin, Pak Aji. Cuma saya tak ada duit. Lagipun, siapa yang nak macam saya ni. Kerja cuma menggali kubur. Pak Aji : Kerja menggali kubur tu, kerja juga. Malah satu pekerjaan yang mulia. Setiap orang yang mati wajib dimandikan, dikapankan, wajib disembahyangkan dan wajib Abu : (Menyambung) Wajib dikebumikan, he..he..he Jadi kerja saya ni mulia, ya Pak Aji. Pak Aji : Memang mulia kalau tak ada penggali kubur, di mana mayat tu nak dikuburkan. Abu : Hmm, betul juga kata Pak Aji tu. Kalau gitu sekarang saya nak pergi gali kubur Ngah Baba tu.

Вам также может понравиться