You are on page 1of 1

Kod etika Kaunselor

Sebagai seorang kaunselor profesional, mereka bukan sahaja perlu menguasai ilmu dan kemahiran kaunseling malah juga amat perlu dipandu dan dibimbing oleh suatu kod etika yang ditetapkan dalam profesion tersebut Antaranya ialah ; 1. Perlu menghormati martabat setiap klien dan memberi kepadanya taat setia. Kerahsiaan diutamakan. 2. Perlu menerima sesiapa sahaja yang datang untuk mendapat bantuan. Kualiti perkhidmatan diutamakan. 3. Perlu secara aktif memperkembangkan kerjaya kaunseling. Kompetensi diutamakan. 4. Perlu berkolaborasi dengan kakitangan dan pentadbir lain untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling yang diperlukan oleh sekolah. 5. Perlu merujuk klien kepada pihak yang sesuai, jika tidak mampu meneruskan sesi. 6. Perlu menerima tanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain secara umum. Jika tugas tersebut mencampuri tugasnya sebagai kaunselor, kaunselor boleh menolak tugas itu dengan bijaksana. 7. Perlu untuk terus berkembang dari segi kerjayanya. Tingkatkan ilmu secara berterusan. 9. Perlu mengekal hubungan aktif dalam kumpulan atau kumpulan-kumpulan profesional. 10. Perlu melibatkan diri secara berterusan dalam penyelidikan. 11. Perlu menilai kerja-kerjanya dari semasa ke semasa.