Вы находитесь на странице: 1из 5

Cara Menggunakan nLite

Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, fungsi perisian nlite adalah untuk mengubahsuai CD Windows Installer supaya kita dapat membuat installasi Windows dengan lebih mudah dan cepat. Perisian nLite adalah percuma dan boleh didapatkan dari www.nliteos.com, cuma ia hanyalah boleh digunakan untuk Windows 2000, Windows XP dan Windows 2003 Server setakat ini.

Cara Menggunakan nLite


Setelah anda mendapatkan perisian ini dan membuat installasi pada komputer anda, anda hanya perlu memasukkan CD Windows Installer selepas perisian ini dimulakan. Terdapat beberapa pilihan yang boleh anda gunakan, diterangkan seperti di bawah:

Task Selection

Di sini anda boleh lihat bahawa terdapat berbagai-bagai pilihan yang boleh anda cuba

Service Pack / Update Packs

Saya telah menerangkan serba sedikit berkenaan apa itu service pack di blog lama saya sufianpc. Pilihan service pack pada nLite membolehkan anda menghasilkan CD Windows Installer baru yang lebih terkini dari yang sedia ada.

Drivers Anda boleh memasukkan terus drivers komputer anda ke dalam CD Windows Installer yang akan dihasilkan nanti. Maka, drivers komputer anda akan dipasang secara automatik semasa installasi Windows. Contohnya, memasukkan SATA driver seperti yang telah diterangkan di blog lama saya sufianpc.

Components

Pilihan ini pula membolehkan anda membuat pilihan berkenaan jenis applikasi yang perlu disediakan secara automatik di dalam CD Windows Installer nanti.

Unattended

Terdapat banyak pilihan yang penting untuk anda cuba di dalam menu Unatteded. Anda boleh melihat dan mencubanya sendiri. Contohnya masukkan terus Windows Product Key.

Begitu juga dengan masukkan terus Computer Name, Workgroup, Domain komputer.

Juga anda boleh sediakan terus login pengguna dan password nya sekali.

Tweaks

Terdapat juga beberapa Windows tweaks yang boleh anda lakukan, contohnya menghidupkan beberapa services dan settings.

Bootable ISO

Akhirnya, cipta image ISO untuk kemudahan anda membuat salinan CD Windows Installer yang baru sahaja anda ubahsuai

Вам также может понравиться