Вы находитесь на странице: 1из 1

SOALAN STRUKTUR 1. Senarai berikut merujuk kepada empat tahap utama dalam Zaman Prasejarah.

Zaman Prasejarah Zaman Paleolitik Zaman Neolitik Zaman Mesolitik Zaman Logam Jelaskan maksud istilah berikut. i. Artifak (1 markah) ii. Arkeologi (1 markah) b) Nyatakan dua ciri- ciri kehidupan manusia Zaman Paleotik dan Zaman Mesolitik. (2 markah) c) Bagaimanakah manusia Zaman Neolitik menyara kehidupan mereka. (2 markah) d) Namakan tiga peralatan Zaman Logam yang ditemui di Malaysia. (3 markah) e) Masyarakat Zaman Prasejarah mampu mencipta pelbagai peralatan yang berguna walaupun mereka hidup serba kekurangan. Nyatakan nilai yang patut kita contohi daripada masyarakat Zaman Prasejarah. (1 markah) 2. Sarjana Islam dan sarjana Barat mempunyai pandangan yang berbeza tentang konsep tamadun. a) Nyatakan pengertian tamadun mengikut pandangan: i. Gordon Childe (1 markah) ii. Darcy Riberio (1 markah) iii. Syed Naquib al- Attas (1 markah) b) Senaraikan tiga ciri- ciri tamadun awal manusia. (3 markah) c) Apakah peranan sistem kepercayaan dalam masyarakat tamadun awal. (2 markah) d) Sekiranya anda dilantik menjadi seorang ketua dalam masyarakat, apakah ciri- ciri kepimpinan yang akan anda amalkan untuk menjamin keamanan dan kemakmuran? (2 marah) Garis masa berikut berkaitan tamadun Mesopotamia. 3500 SM Wilayah Mesopotamia berkembang menjadi pusat tamadun awal. 530 SM Kejatuhan kerajaan Chaldea membawa kepada keruntuhan tamadun Mesopotamia. a) b) c) d) e) Apakah maksud Mesopotamia? (1 markah) Semaraikan dua ciri negara kota dalam tamadun Mesopotamia. (2 markah) Apakah fungsi zigurat dalam tamadun Mesopotamia? (2 markah) Berikan tiga sumbangan tamadun mesopotamia. (3 markah) Warisan dan khazanah negara haruslah dipelihara agar generasi kini dan akan datang dapat menilai dan menghargai warisan yang dimiliki. Nyatakan dua langkah menjaga dan mengekalkan warisan negara. (2 markah) a)

3.

4.

Tamadun Mesir Purba berkembang di Lembah Sungai Nil pada tahun 3100 SM. a) Nyatakan ciri- ciri tamadun Mesir Purba berdasarkan aspek berikut: i. Organasasi sosial (1 markah) ii. Kegiatan ekonomi (1 markah) iii. Sistem tulisan (1 markah) b) Senaraikan dua sumbangan Firaun Hatsepsut kepada tamadun Mesir Purba. (2 markah) c) Sumbangan utama Mesir Purba kepada ketamadunan dunia ialah dalam seni bina. Berikan dua bukti untuk menyokong penyataan tersebut. (2 markah) d) Apakah tujuan pendidikan dalam tamadun Mesir Purba? (1 markah) e) Penekanan terhadap bidang ilmu telah melahirkan golongan terlatih yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara. Senaraikan dua kelebihan kepada individu yang menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran. (2 markah) Rajah berikut menunjukkan bandar yang wujud dalam tamadun Indus. Harappa Mohenjo- Daro a) Berikan dua ciri- ciri bandar tersebut. (2 markah) b) Nyatakan peranan golongan masyarakat tamadun Indus berikut: i. Pendeta (1 markah) ii. Artisan (1 markah) iii. Buruh (1 markah) c) Senaraikan dua bentuk kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat tamadun Indus.(2 markah) d) Berikan dua aspek utama yang menyumbang kepada kecemerlangan tamadun Indus. (2 markah) e) Nyatakan ikhtibar yang boleh diambil oleh generasi masa kini daripada kecemerlangan tamadun Indus. (1 markah)

5.

Вам также может понравиться