Вы находитесь на странице: 1из 16

himPUnan noTA + assiGMANT ipGM, HANya sebUAH PERKONgsian!!

bukaN PENgcopYIan ::))


Home Posts RSS Comments RSS Edit

Wednesday, 21 September 2011


PJ3311P4 (PEN. JASMANI PPSIMP SEM 3)

1.0)

PENGENALAN

Di Malaysia, pada awal 1990 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahah air. Tetapi, pada hari ini kepelbagaian kehidupan dan biodiversiti negara berhadapan dengan pelbagai krisis yang memberi ancaman besar dan menyumbang kepada kemerosotan dan kehilangannya. Dalam keadaan tersebut, terdapat banyak unsur yang menyumbang kepada kemusnahan khazanah yang tidak ternilai ini sama ada unsur secara langsung mahupun unsur tidak langsung. Pemusnahan habitat atau tempat tinggal merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kehilangan biodiversiti pada hari ini. Jika dilihat di negara kita sendiri, habitat

hutan telah banyak dimusnahkan untuk tujuan pembangunan, perumahan,pembinaan jalan raya dan sebagainya. Dalam ruang lingkup ini, ahli biologi menganggarkan bahawa kawasan seluas 10 km2 mengandungi dua kali ganda banyak spesies dengan kadar purata kawasan 1 km2. Langkah mengurangkan ekosistem kepada satu per sepuluh jumlah asal akan menyebabkan sesetengah daripada spesies mengalami kepupusan. Sebagai contoh, haiwan aras tertinggi dalam kitar makanan seperti singa, beruang, harimau, gajah dan sebagainya memerlukan habitat yang luas bagi memastikan jumlah spesies terus dapat dikekalkan. Menurut Kamus Dewan Flora bermaksud (Bio) keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala Fauna bermaksud (Bio) seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya, punah. Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini, kita lihat bagaimana bunga rafflesia yang cantik dan unik telah dilapurkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan kian menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti ikan kelah liar liar juga kian terancam,.Ini jelas menunjukkan bahawa jika kepupusan flora dan fauna ini tidak dibendung, akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies flora dan fauna ini. 2.0) PENDIDIKAN KONSERVASI

Konservasi merupakan perkataan yang berasal daripada Conservation yang terdiri daripada sukukata con (together) dan servare (keep/save) yang memiliki pengertian mengenai usaha memelihara apa yang kita ada (keep/save what you have), namun secara bijaksana (wise use). Idea ini dikemukakan oleh Theodore Roosevelt (1902) yang merupakan orang Amerika pertama yang mengemukakan tentang konsep konservasi.

Menurut Rijksen (1981), konservasi merupakan suatu bentuk evolusi kebudayaan. Pada masa duhulu, usaha konservasi lebih buruk dan sangat lemah daripada sekarang. Konservasi dapat dilihat dari segi ekonomi dan ekologi. Konservasi dari segi ekonomi bererti cuba memperuntukkan sumber daya alam untuk sekarang. Manakala dari segi ekologi, konservasi merupakan peruntukan sumber daya alam untuk sekarang dan masa yang akan datang. Apabila merujuk pada pengertiannya, konservasi didefinisikan dalam beberapa bahagian, seperti berikut : i. Konservasi adalah menggunakan sumber daya alam untuk memenuhi keperluan

manusia dalam jumlah yang besar untuk satu jangka masa yang lama (American Dictionary). ii. Konservasi adalah peruntukan sumber daya alam antara waktu (generasi)

yang terbaik atau menguntungkan (optimum) secara sosial (Randall, 1982). iii. Konservasi merupakan pengurusan udara, air, tanah dan mineral ke organisma

hidup termasuk manusia sehingga dapat meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Ia termasuk dalam kegiatan pengurusan, tinjauan, penelitian, pentadbiran (administrasi), pengawetan (preservasi), pendidikan, permanfaatan dan latihan (IUCN, 1968). iv. Konservasi adalah pengurusan penggunaan kawasan bumi di mana wujudnya

hidupan (biosfera) oleh manusia sehingga dapat memberikan atau memenuhi keuntungan yang besar dan dapat diperbaharui untuk generasi-generasi yang akan datang (WCS, 1980). 2.1) Objektif Pendidikan Konservasi Dibahagikan Kepada Enam Perkara Iaitu:

(i) Kesedaran Pendidikan konservasi akan membentuk kesedaran kepada individu dan masyarakat terhadap alam semula jadi.

ii) Pengetahuan Pendidikan konservasi akan memberi pengetahuan asas tentang kepentingan serta masalah dan krisis alam semula jadi. Kesemua ini diharap akan melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab. (iii) Sikap Pendidikan konservasi akan melahirkan individu yang mempunyai sikap sayangkan alam semula jadi serta bertindak dengan proaktif untuk memelihara alam semula jadi. (iv) Kemahiran Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang mempunyai kemahiran untuk memelihara alam semula jadi.Kemahiran amat perlu dalam menyelesaikan masalah alam sekitar. (v) Kebolehan menilai Pendidikan konservasi akan membantu individu dan masyarakat supaya dapat menilai dan mengambil kira faktor sekitaran dalam semua tindakan. (vi) Bekerjasama Pendidikan konservasi akan melahirkan masyarakat yang sentiasa bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menghadapi isu dan krisis yang berkaitan dengan alam sekitar.

3.0)

FAKTA ASAS (IKAN KELAH LIAR LIAR)

Kelah liar adalah spesis ikan Kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik. Ianya mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas kelihatan di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai bentuk sisik yang besar dan cantik. Jumlah sisik di

bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping. Ikan kelah liar juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor).

Ikan kelah liar juga mempunyai dua kelas jantina iaitu jantan dan betina. Tips mudah bagaimana hendak membezakan jantinanya ialah dengan melihat terus kepada sirip pada bahagian sebelum ekornya. Sirip belakang kelah liar jantan kelihatan tajam manakala sirip belakang betina jelas membulat. Ikan kelah liar yang telah mencapai berat 800 gram ke atas telah dikira matang sebenarnya, walaupun banyak pendapat menegaskan bahawa umur matang bagi ikan kelah liar dewasa hanya setelah ia mencapai berat empat kilogram atau berusia sepuluh tahun ke atas.

Info penting seterusnya ialah ikan kelah liar betina sebenarnya akan bertelur sepanjang tahun dan kerap kali mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai. Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit demi sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekaligus. Proses berteluar pula dilihat agak menyeksakan kerana induk betina akan cuba menghempas perutnya sekuat mungkin ke dasar sungai berbatu. Selepas itu, induk jantan yang berdekatan akan melepaskan cairan sperma ke sekitar telur betina tadi, belum ada penjelasan mutlak atau kajian lengkap menerangkan berkenaan tindakan lanjut induk-induk kelah liar keatas telurnya sama ada akan terus menjaganya sebagaimana tindakan beberapa spesis ikan yang lain atau pun induk akan terus pergi meninggalkan telur-telur yang telah disenyawakan untuk diuruskan sepenuhnya oleh alam semula jadi.

Kelah liar tergolong dalam ketegori haiwan omnivor yang akan memakan pelbagai jenis alga, krustasia,serangga dan amfibia termasuk beberapa jenis buah-buahan dan biji benih pokok yang jatuh ke atas air sama seperti beberapa jenis ikan Kap yang lain

sebagai diet harian yang seimbang. Ikan kelah liar hanya akan memakan spesis ikan lain yang bukan dari keluarga kelah liar.

Berdasarkan rekod kajian, ikan kelah liar dari jenis tor tambroides dan tor tambra boleh membesar sehingga melebihi 1 meter. Manakala Spesies Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton) diketahui mampu mencapai sehingga 2.75 meter panjang dan berat 54 kilogram. Spesimen sebesar ini jarang sekali ditemui lagi pada hari ini

3.1)

TABURAN/ POPULASI IKAN KELAH LIAR LIAR

Ikan Kelah liar hampir terdapat dikebanyakan hulu-hulu sungai pergunungan seperti Sg. Tembeling, Sg. Lebir, Sg. Terengganu, Sg. Tanum, Sg. Endau, Sg. Selangor, Sg. Muda dan Sg. Perak. 3.2) FAKTOR KEPUPUSAN IKAN KELAH LIAR LIAR

Sesungguhnya, pembalakan hutan dan apa jua tindakan mengubah pusat tadahan air adalah memusnahkan, malah menjadi punca sebenar kepupusan melampau spesis kelah liar liar. Peratusnya sangat dasyat. Kemusnahan ekosistem bererti kemusnahan air dan aliran sungai di lubuk-lubuk kelah liar liar bertelur yang akhirnya memusnahkan habitat kelah liar liar mencari makanan, hidup membesar dan menghalangnya dari terus membiak. Selain itu, pencemaran juga turut menjadi penyumbang utama kepada kepupusan ikan kelah liar. Pencemaran bahan kimia ke atas spesies air tawar, laut dan tanah misalnya

boleh membawa kepada lenyapnya jumlah dan spesies di dalam sesuatu ekosistem. Bahan-bahan yang terhasil daripada usaha-usaha pertanian, seperti baja dan racun serangga pula, boleh meresap ke dalam akuifer dan sungai yang akhirnya akan sampai ke habitat akuatik dan akan meracuni hidupan akuatik ini. Keadaan ini sekaligus akan mengancam sumber makanan kita yakni ikan yang kita sedia maklum merupakan sumber protein utama dalam kehidupan kita. Bukan itu sahaja, malah lebih buruk lagi ia akan turut mempengaruhi dan merencatkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Salah satu contoh jelas kepupusan secara langsung yang disebabkan oleh penuaian secara berlebihan. Hal ini kerana, Permintaan yang tinggi terhadap ikan air tawar turut mendorong kepupusanya. Harga ikan air tawar terutamanya ikan kelah liar, boleh mencecah ratusan ringgit bagi setiap kilogram. Jika pemburuan dan penuaian sumber biodiversiti dilakukan secara berterusan tanpa adanya langkah pemuliharaan yang berkesan, dikhuatiri spises ikan kelah liar liar yang masih lagi wujud pada hari ini akan menerima nasib yang sama. 3.3) USAH KONSERVASI IKAN KELAH LIAR LIAR

Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh ramai pihak termasuk pihak bertanggungjawab yakni jabatan kerajaan mahupun pihak swasta malah ramai individu persendirian bertindak proaktif demi menjaga dan memastikan kelangsungan hidup khazanah negara yang kian di ambang kepupusan ini. Usaha mengejetkan dan memperuntukkan beberapa bahagian sungai negara menjadi pusat ternakan atau sentuari khas sangat membuahkan hasil dalam memastikan spesis ikan kelah liar akan terus menjadi penghuni sungai-sungai pergunungan negara. Selain itu, bagi mengatasi masalah pencemaran yang semakin memburuk ini, kempen kitar semula bagi bahan-bahan yang tidak boleh reput seperti plastik dan lain-lain. Proses kitar semula ialah proses mengubah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak digunakan lagi kepada bahan-bahan baru yang berguna dan bernilai di

pasaran. Sebagai contoh, botol-botol kaca yang terbuang dibersihkan, disteril dan digunakan semula. Dengan ini, bukan sahaja dapat mengurangkan masalah pencemaran oleh bahan-bahan yang tidak boleh reput ini, malah dapat menjimatkan sumber-sumber semulajadi yang digunakan untuk membuat botol kaca baru. Kerajaan harus mempergiatkan lagi kempen kitar semula di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula di seluruh negara dengan menyediakan banyak pusat pengumpulan bahan-bahan untuk dikitar semula supaya rakyat lebih senang untuk mengitar semula dan memberikan semangat kepada orang ramai untuk mengitar semula. 4.0) FAKTA ASAS (BUNGA PAKMA ATAU RAFFLESIA)

Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai saiz bunga yang besar. Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan spesies yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah dijumpai dan direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia. Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk.Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisutisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Ini menunjukkan bahawa rafflesia adalah sejenis parasit di mana ia tidak perlu manghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut dari perumahnya, di mana perumahnya juga adalah tumbuh-tumbuhan lain. Warna yang merah kecoklatan bagi kelopaknya, ditaburi dengan bintik-bintik putih menghasilkan bau

yang amat tidak menyenangkan, hampir sama dengan bau yang dikeluarkan daging atau bangkai yang reput. Sesetengah percaya bahawa bau busuk ini menarik perhatian lalat dan serangga lain dan ini membantu dalam menyebarkan benih rafflesia ini. Agar benih ini dapat tumbuh dan membesar, dijumpai bahawa lingkaran tumbuhan perumah mesti dirosakkan dengan apa cara sekalipun bagi membolehkan tiub-tiub rafflesia itu dapat memasukkan benihnya ke dalam tumbuhan perumah. Bunga Rafflesia juga mempunyai Jantina iaitu jantan dan betina, yang betina lebih susah ditemui..Kerosakan pada tumbuhan perumah boleh dihasilkan dengan cara dipijak oleh haiwan. Benihbenih akan melekat pada tapak kaki haiwan yang lalu dan dipindahkan ke tempat lain di mana benih ini akan mencari tumbuhan perumah yang boleh dijadikan tempat tinggal. Walaubagaimana pun, ini tidak boleh dibuktikan. Didapati bahawa tumbuhan ini selalunya dijumpai di kawasan yang berlaku banyak aktiviti dan kurang di kawasan lain. 4.1) TABURAN/POPULASI BUNGA PAKMA ATAU RAFFLESIA

Pakma mempunyai taburan yang semula jadi di Negara Malaysia dan Indonesia kerana terkenal dengan hutan hujan tropikannya, antara tempat-tempat yang menjadi habitat bunga ini ialah Gunung Gading National Park, Lanjak-Entimau Wild life Sanctuary, Padawan and Kelabit Highlands. 4.2) FAKTOR KEPUPUSAN BUNGA PAKMA ATAU RAFFLESIA

Salah satu faktor yang menyumbang kepada faktor kepupusan bunga pakma atau rafflesia ialah penebangan hutan untuk aktiviti pembangunan, Pembinaan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang tinggi menyebabkan banyak kawasan hutan terpaksa ditebang. Kepesatan industri pelancongan turut menyumbang kepada kemusnahan hutan. Pembukaan tempat pelancongan baru memerlukan banyak bangunan didirikan. Ini termasuklah pembinaan prasarana seperti jalan raya untuk menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar.Pembangunan yang terlalu mendadak dan tidak terancang di kawasan pelancongan akan memusnahkan ekosistem kawasam tersebut jadi apabila banyak hutan di tebang, habitat yang sesuai

untuk tumbuhan ini terus membiak semakin berkurangan dan hal ini merupakan penyebab utama kepupusan spesies ini. Aktiviti pembalakan haram juga semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Aktiviti ini dijalankan secara tidak terancang dan salah di sisi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan sumber kayu-kayan untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah. Sebagai contoh, pokok rafflesia merupakan sejenis tumbuhan parasit, jadi apabila perumah-perumahnya ditebang, sumber nutrisinya juga akan hilang, jadi hal ini akan menyebabkan spesies ini pupus. 4.3) USAH KONSERVASI

Terdapat beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan bagi mengawal aktiviti penebangan hutan. Salah satu daripadanya adalah melalui perundangan. Dasar Pehutanan Negara 1978 telah mengisytiharkan hutan simpan kekal untuk mewujudkan hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur. Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Industri Berasaskan Kayu 1985 telah menggariskan beberapa larangan. Antara larangan yang dikenakan adalah larangan memasuki hutan simpan kekal,serta menebang,memotong dan memindahkan sebarang hasil hutan dan mineral. Orang ramai tidak dibenarkan untuk membersihkan apa-apa tanah untuk tujuan tanaman. Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan, mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi, memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram juga merupakan langkah-langkah drastic yang diambil bagi usaha mengekalkan sumber alam yang tidak ternilai ini.

KESIMPULAN Menyelamatkan flora dan fauna daripada diancam kepupusan ialah suatu masalah yang sukar, tetapi boleh diselesaikan. Kerjasama yang erat dari negara-negara di dunia adalah perlu untuk memastikan hutan kekal sebagai suatu habitat bagi berjuta haiwan dan tumbuhan, sumber makanan dan ubat-ubatan untuk manusia. Salah satu keutamaan yang terpenting adalah mendidik orang ramai di seluruh dunia tentang nilai hutan dan khazanah berharga yang dimilikinya. Seluruh dunia akan mengalami kesan yang dahsyat jika kadar pemusnahan hutan kini tidak diperlahankan. Pembakaran hutan hujan membebaskan gas yang menambahkan kesan rumah hijau ke atmosfera. Proses memerangkap haba di atmosfera oleh gas tertentu seperti karbon dioksida dapat menaikkan suhu Bumi dan mungkin mengakibatkan bencana besar. Jadi marilah kita bersama-sama berganding tenaga untuk menyelamatkan spesies flora dan fauna daripada terus dianacam kepupusan. Jika kita tidak bermula daripada sekarang, nescaya anak-anak dan cucu-cucu kita tidak lagi berpeluang untuk melihat keunikan dan keindahan alam semula jadi ini. BIBIOGRAFI BUKU ILMIAH Dewan bahasa dan pustaka (2004) Kang Chai Yoeng, (2008). Geografi Fizikal : Arah Pendidikan Sdn Bhd Hean Chooi Ong, (2008). Tumbuhan liar, khasiat ubatan & kegunaan lain : Utusan Publications Mochamad Indrawan, (1998). Biologi konservasi : Yayasan Obor Indonesia.

Noraini Mohd. Tamin, (1991). Hutan hujan tropika di Timur Jauh : Dewan Bahasa dan Pustaka. LAMAN WEB http://www.ikankelah.com/malaysian-mahseer-king-of-the-rivers http://homepages.wmich.edu/~tbarkman/rafflesia/Rafflesia.html Posted by ihsan nashi at 03:48 0 comments: Post a Comment Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

SUBSCRIBE RSS feeds

Followers ipGm

About Me

ihsan nashi mohd ihsanuddin bin abdul jalil, 920412-06-____.... View my complete profile

ATTEntioN!!
kepada sesiapa yang ingin berkongsi sebarang maklumat yang berkaitan pelajaran, boleh attach fail anda ke ihsannashi22@gmail.com, sumbangan anda amat dihargai

Cara buat kursor buih (03 Jan 2012) (16 comments)

Tutorial letak efek salji pada blog (25 Oct 2011) (8 comments)

Cara pasang kursor bintang berjatuhan (29 Oct 2011) (8 comments)

Recent Post dengan Thumbnail

(04 Nov 2011) (9 comments)

Cara buat kursor buih (03 Jan 2012) (16 comments)

Tutorial letak efek salji pada blog (25 Oct 2011) (8 comments)

Cara pasang kursor bintang berjatuhan (29 Oct 2011) (8 comments)

Recent Post dengan Thumbnail (04 Nov 2011) (9 comments)

Cara membuat perkataan mengikuti kursor (16 Dec 2011)

(11 comments)

Cara pasang welcome image pada blog (24 Dec 2011) (23 comments)

Cara buat kursor buih (03 Jan 2012) (16 comments)

Tutorial letak efek salji pada blog (25 Oct 2011) (8 comments)
get this widget

<a href="http://www.shoutmix.com/?teriak2">View shoutbox</a> ShoutMix chat widget

IPgm kAMPUS ipoH

tiK toK!!

Blog Archive

2011 (12) o September (12) Rhythmic Percussion KLASIFIKASI ALAT MUZIK. JENIS-JENIS PENILAIAN (SENARAI SEMAK) LAPORAN AHLI JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAHATI S... KAUNSELING. MT3311D1 (MATE PPSIMP SEM3) PJ3311P4 (PEN. JASMANI PPSIMP SEM 3) BI3311D (B. INGGERIS PPSIMP SEM 3) EQ3311D1 (KCRDSN EMOSI PPSIMP SEM 3) PM3311P4 (BM 1 PPSIMP SEM 3) PM2311D1 (BM KONTEKSTUAL PPSIMP SEM3) PM3312P4 (BM 2 PPSIMP SEM 3)

Copyright 2010 himPUnan noTA + assiGMANT ipGM, HANya sebUAH PERKONgsian!! bukaN PENgcopYIan ::)) | Design : Noyod.Com

Вам также может понравиться