Вы находитесь на странице: 1из 19

Mengikut

ajaran Islam, mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang hidup. masyarakat Melayu yang beragama Islam, kewajiban menguruskan mayat saudara sesama Islam adalah fardu kifayah.

Dalam

Apabila berlaku kematian, keluarga si mati memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampung-kampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.

Mayat tersebut akan diletakkan di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain.

Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan keduadua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada.

Orang yang menziarah si mati menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran.

akan

Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.

Semasa

mayat masih berada di dalam rumah, sebarang jamuan tidak akan diadakan. tersebut juga perlu dikebumikan secepat yang mungkin.

Mayat

Mayat

dimandikan oleh tukang mandi mayat dengan tertib dan cermat.

Mayat perempuan akan dimandikan oleh tukang mandi mayat perempuan dan sebaliknya. yang paling baik memandikan mayat ialah di kalangan ahli keluarga si mati sendiri.

Mereka

Jenazah

dikapankan, iaitu dengan cara membalut badan mayat dengan kain putih. Jenazah lelaki dibalut dalam tiga lapisan manakala jenazah wanita lima lapis beserta telekung.

Jenazah

akan dipakaikan celak dan dibubuh kapur barus. penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. seterusnya disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.

Sebagai

Mayat

Sebelum

jenazah dimasukkan ke dalam keranda, seorang wakil atau waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil akan meminta supaya hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.

Sebelum keranda diusung, ahli keluarga terdekat akan lalu sebanyak tiga atau tujuh kali dibawah keranda tersebut supaya mereka tidak terasa rindu pada si mati. Walau bagaimanapun adat lalu di bawah keranda ini tidak lagi dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini.

itu jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam.
Tangisan Kaum

Selepas

Mayat diusung dalam keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan.

Sebelum

ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala. mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya, barulah keranda ditutup dan tanah ditimbus.

Kepala

Dua

batang batu nesan tertulis nama, tarikh lahir dan juga tarikh kematian akan dicacak di atas kubur sebagai tanda.

Seterusnya

upacara membaca talkin akan dijalankan oleh tok imam.

Selepas

talkin dan doa selesai dibaca, air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala sampai ke bahagian kaki sehingga habis. Kemudian bunga rampai pula ditabur .

Kenduri

arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari.

Tujuannya

adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu:

Ada

menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas 100 hari seseorang itu meninggal dunia.

Вам также может понравиться