Вы находитесь на странице: 1из 9

Menteri Pelajaran

Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri Pelajaran I

Timbalan Menteri Pelajaran II

Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Sistem Pendidikan
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:(a) Pendidikan Prasekolah

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah

Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun;

Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah

Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas;

Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :-

1.

sekolah akademik

2.

sekolah teknik dan vokasional

3.

sekolah kebangsaan agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-

Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

Imbasan Sejarah
Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan

Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama

Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia

Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira

Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini

Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia

Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional

Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun

Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun

Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan

Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

y y y

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Hala Tuju Pendidikan


Perundangan Pendidikan 1957 - The Education Ordinance, 1957 1961 - Education Act, 1961 1963 - Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak - 1971) 1971 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 - Akta Politeknik Ungku Omar 1980 - Akta Majlis Peperiksaan Malaysia Laporan-Laporan Penting 1956 - Report of the Education Committee, 1956 (Penyata Razak) 1960 - Report of the Education Review Committee, 1960 (Penyata Rahman Talib) 1967 - Penyata Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi 1973 - Laporan Jawatankuasa di atas Kajian Pendapat mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan Keciciran) 1979 - Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Penyata Mahathir) 1991 - Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Latihan Bahasa Melayu Dalam Sistem Pendidikan 1957 - Mata pelajaran wajib sekolah rendah dan menengah 1970 - Bahasa pengantar darjah 1 1975 - Semua Sekolah Rendah Inggeris selesai ditukar menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan 1976 - Bahasa pengantar Tingkatan 1 1979 - Bahasa pengantar Tingkatan VI aliran sastera 1980 - Bahasa pengantar jurusan sastera tahun 1 di universiti 1981 - Bahasa pengantar tingkatan VI aliran sains 1982 - Bahasa pengantar semua peringkat persekolahan 1983 - Bahasa pengantar semua kursus di universiti Peperiksaan Sekolah Rendah 1957 - MSSEE (Malayan Sec. Sch. Entrance Exam) dimulakan 1963 - MSSEE dimansuhkan 1967 - PDL (Penilaian Darjah 5) dimulakan 1973 - UDT (Ujian Darjah 3) dimulakan 1982 - UDT dimansuhkan

1988 - PDL dimansuhkan 1988 - UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dimulakan Peperiksaan Sekolah Menengah 1957 - LCE (Lower Certificate of Education) dimulakan 1957 - OSC (Overseas Cambridge Sch Certificate) dimulakan 1957 - FMC ( Federation of Malaya Certificate) dimulakan 1957 - QT ( Qualifying Test) dimulakan 1960 - SRP (Sijil Rendah Pelajaran) dimulakan 1961 - UK (Ujian Kelayakan) dimulakan 1962 - SPPTM (Sijil Pel. Persekutuan Tanah Melayu) dimulakan 1964 - SPPTM dimansuhkan 1964 - FMC dimansuhkan 1964 - MCE (Malaysian Certificate of Education) dimulakan 1964 - SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) dimulakan 1967 - SRP/LCE soalan objektif mula digunakan 1968 - OSC dimansuhkan di Semenanjung Malaysia. 1969 - SPVM (Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia) dimulakan 1976 - Peperiksaan Bahasa Melayu (Julai) dimulakan 1976 - MCE diambilalih oleh Lembaga Peperiksaan 1982 - HSC (Higher School Certificate Cambridge) dimansuhkan 1982 - STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) diambilalih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dimulakan 1983 - LCE ujian Lisan Bahasa Melayu dimansuhkan 1983 - SRP Ujian Lisan Bahasa Inggeris dimansuhkan 1987 - Sijil SPVM ditukar kepada SPM(V) 1987 - SPM di seluruh Malaysia dimulakan 1991 - KHPP (Kemahiran Hidup Program Peralihan) SRP dimulakan 1992 - Tahun terakhir bagi SRP 1993 - PMR (Penilaian Menengah Rendah) dimulakan 1993 - SPM berdasarkan KBSM (Kurikulum Baru Sek. Menengah) dimulakan Kurikulum 1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan 1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan 1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan 1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development 1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan 1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan 1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah 1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai 1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa 1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain 1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan 1 1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah 1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah 1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah rendah 1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan 1 1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah rendah 1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolahrendah. Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatifmeneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah Peperiksaan Khas 1964 - Penubuhan Unit Pendidikan Khas 1978 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh 1981 - Jawatankuasa Antara Kementerian-Kementerian mengenai Pendidikan Khas (Kementerian Kebajikan Masyarakat/ Kementerian Kesihatan,Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat serta Kementerian Pendidikansebagai Pengerusi dan setiausaha) 1984 - Jawatankuasa Pendaftaran dan Penempatan Kanak-kanak cacat antara Kementerian-Kementerian. 1984 - Penubuhan Jawatankuasa Penempatan Kanak-Kanak Negeri 1984 - Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam ditubuhkan 1985 - Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille Kementerian Pelajaran Malaysia 1985 - Penubuhan Mesyuarat Majlis Perkhidmatan Kebajikan Negara 1985 - Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh Kementerian Pendidikan 1987 - Penubuhan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Shah Alam 1987 - Jawatankuasa Pelaksana Pendidikan Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran 1988 - Arahan Y.B.Menteri Pendidikan mengkaji memberi bantuan penuh kepada Kanak-kanak dengan Perlakuan Autisme Ringan 1989 - Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara 1991 - Lembaga Penasihat Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak dengan keperluan-keperluan

Pendidikan Khas 1993 - Jawatankuasa mengkaji Dasar, Perancangan, Penyelarasan danPelaksanaan Pendidikan bagi kanak-kanak dengan keperluan-keperluanPendidikan Khas.

Perkongsian Pintar
PERKONGSIAN PINTAR :INISIATIF SWASTA Kementerian Pelajaran telah mengiktiraf peranan agensi luar dalam membantu sektor pendidikan khususnya dalam bidang ICT sejak tahun 2000. Ia bermula apabila sistem pendidikan negara terlibat secara langsung dalam usaha melahirkan dan membekal tenaga manusia yang mempunyai kemahiran dalam bidang ICT. Usaha KPM mewujudkan makmal-makmal komputer di seluruh negara, memperkenalkan subjek ICT dan memperkenalkan Aplikasi Sekolah Bestari pada tahun yang sama turut mendorong minat sektor lain membantu kementerian. Penglibatan syarikat swasta dalam sektor pendidikan khususnya semakin serius apabila kerajaan sendiri menggalakkan perkongsian bersama khsususnya bidang-bidang yang mempunyai kepakaran tinggi. Jumlah sumbangan syarikat swasta dalam membantu sektor pendidikan mencecah ratusan juta ringgit sejak ia mula diperkenalkan. Sumbangan dan bantuan yang diberikan dilihat sebagai sesuatu yang sangat berharga dan perlu dimanfaatkan untuk kebaikan sektor pendidikan. Program-program yang telah dan sedang dilaksanakan termasuk berkaitan dengan perkakasan, perisian, latihan ICT, sekolah angkat, aplikasi dan penyelesaian sistem pengurusan. Kementerian Pelajaran Malaysia melihat perkembangan ini sebagai satu indikator yang positif ke arah memantapkan pendidikan Negara dan menjadikannya ia sebagai kerjasama pintar (smart partnership) dalam pendidikan. FAEDAH Pelaksanaan perkongsian pintar boleh menghasilkan faedah-faedah berikut: Menjimatkan kos pembangunan sistem Meningkatkan prestasi agensi kerajaan secara menyeluruh Memudahkan perkongsian data dan sumber Meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kepakaran Mengurangkan jurang antara agensi-agensi kerajaan yang lebih berupaya dengan agensi-agensi yang kurang berkemampuan dalam membangun aplikasi IT Mewujudkan penyelarasan antara agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan IT Membantu usaha pembangunan dan pemulihan ekonomi negara secara keseluruhan GARIS PANDUAN Garis panduan untuk melaksanakan program perkongsian pintar dengan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia: i. Permohonan kepada kementerian untuk melaksanakan program secara rasmi hendaklah dihantar terus ke Kementerian Pelajaran Malaysia(Sektor Operasi Pendidikan) ii. Kertas cadangan yang lengkap perlu menyatakan: o Tujuan dan objektif program o Latarbelakang projek atau program yang dicadangkan o Huraian mengenai program o Skop program o Kumpulan sasaran o Kaedah pelaksanaan o Kos dan perbelanjaan o Tempoh pelaksanaan o Peranan dan Fungsi setiap agensi yang terlibat sama ada di peringkat Kementerian, Jabatan, Sekolah atau agensi pencadang o Harapan dan lain-lain yang berkaitan o Penutup iii. Permohonan akan disemak dan dibincangkan di peringkat kementerian berdasarkan kertas cadangan: o KPM akan meneliti kesesuaian cadangan program dengan mengambil kira pandangan semua bahagian terlibat o Perbincangan awal dengan pihak penganjur o Persembahan kepada pihak kementerian o Makluman ke Mesyuarat Profesionalisme atau Pengurusan atau Mesyurat JPICT jika berkaitan o Penambahbaikan selepas perbincangan iv. Kertas cadangan yang lengkap diangkat ke Pengurusan KPM untuk pengesahan kementerian. v. Persetujuan terma rujukan atau memorandum persefahaman jika berkaitan vi. Surat kuasa melaksana

vii. Arahan pelaksanaan ke sekolah melalui Jabatan Pelajaran Negeri oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah semua proses dan prosedur dipatuhi viii. Format terma rujukan bagi melaksanakan program dengan pihak sekolah o Tajuk Program o Definisi istilah o Tujuan o Fungsi dan Peranan agensi terlibat o Peruntukan-Peruntukan Di Bawah Program Kementerian Pelajaran Malaysia o Kumpulan Sasaran o Peruntukan Khas o Peralatan/Kelengkapan yang dibekalkan untuk setiap sekolah yang terpilih o Nilai Sumbangan o Tempoh Pelaksanaan o Peruntukan Lain o Implikasi-Implikasi Berkaitan o Operasi o Peruntukan Am o Kerahsiaan o Waad Bersaling o Pengiktirafan o Terma-terma khas SENARAI PROJEK Di antara projek perkongsian pintar adalah seperti berikut: Schoolnet GSB Technology Learning in School Program Sekolah Angkat bersama Samsung Digital Classroom K-Perak E-Learning Cluster No.1 (KPEC) Cyberkids Camp Projek e-Learning for Life 2 Syarikat Apple Program IBM Kidsmart Early Learning untuk kelas PraSekolah Program Pendidikan dan Modal Insan NCIA-KPM(Edu Citi-Hostel) Value Add Microsoft(MBMMBI)

Berita Harian bertarikh 6 Januari 2011 - MBMMBI MAMPU MELAHIRKAN GENERASI FASIH MELAYU, INGGERIS

Вам также может понравиться