You are on page 1of 2

Al- Fatihah Selawat dan Salam Doa Selamat Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, selawat

dan sembah ke atas junjungan besar Nabi Muhamad SAW, keluarga dan juga para sahabat baginda. Ya Allah ya Tuhan kami, ampunkanlah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami, dosa ahli keluarga kami, dosa saudara kami, dosa seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, pada malam yang berbahagia ini, kami memanjatkan kesyukuran dengan penuh rasa rendah diri ke hadratMu atas nikmat iman dan nikmat islam yang telah Engkau berikan kepada kami. Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, dan keyakinan yang benar-benar mantap Ya Allah Ya Wahhab Ya Razzaq, dengan nikmat aman yang telah Engkau kurniakan maka dengan ini dapatlah kami berhimpun bersama-sama dalam menjayakan Bengkel lompat tali untuk jantung anjuran Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan IPG Kampus Perempuan Melayu dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia. Ya Allah, berkatilah majlis kami, permudahkan serta lancarkanlah program yang sedang dan akan kami jayakan ini. Dengan redhaMu jualah kami berharap bagi meneruskan program ini. Sesungguhnya usaha yang dijalankan ini tidak lain hanyalah untuk mendapatkan kesihatan yang baik seterusnya berupaya untuk menunaikan segala perintahMu ya Allah. Lindungilah kami dengan naungan sayap para malaikatMu di Arasy Ya Allah Ya Zal jalaliwal ikram, moga program yang telah dirancang ini akan berjaya untuk mencapai objektifnya.

Doa Penutup