Вы находитесь на странице: 1из 61

PERSIAPAN DIRI DAIE

Dr. Azizan Ahmad Naib Presiden HALUAN

MUQADDIMAH
keperluan bagi daie untuk terus memiliki kualiti diri yang mantap. Dengan kualiti diri yang mantap, daie akan dapat bangkit, merancang dan berdawah secara iltizam, bersungguh-sungguh dan berterusan sehingga bertemu Allah SWT. Kualiti diri daie bergantung kepada kompetensi-kompetensi yang dimilikinya.
Satu

Maksud kompetensi ialah gabungan aspek ilmu pengetahuan, iman mendalam, kemahiran, ciri-ciri syakhsiyah dan perlakuan yang perlu dimiliki serta diamalkan oleh daie bagi melaksanakan tugas berdawah di jalan Allah SWT. Daie diserukan untuk segera melengkapkan diri dengan kompetensi-kompetensi yang diperlukan sebagai persiapan diri di jalan dawah.

KOMPETENSI PENDAWAH
Pendawah dalam realiti jamaah dan keperluan amal Islamiy masa kini, perlu mempersiapkan diri dengan kompetensikompetensi berikut: 1. Ilmu Pengetahuan 2. Iman yang kuat 3. Sifat-sifat syakhsiyah 4. Kemahiran-kemahiran

1. ILMU PENGETAHUAN
1. KEPENTINGAN ILMU: a. Allah SWT mengangkat darjat orang yang berilmu:

Allah mengangkat orang beriman dan orang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. (Al-Mujadalah:11) b. Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa dikehendaki Allah dengan dia kebaikan Dia akan memberi kefahaman kepadanya tentang Din.

c. Pendawah perlu memiliki ilmu sebelum berdawah. Ilmu adalah antara modal dawah yang penting di samping akhlak yang baik dan iman yang mendalam. d. Kesungguhan seseorang tanpa disertai ilmu akan mendedahkannya kepada kegagalan.

2. ILMU PALING UTAMA IALAH ILMU YANG: a. Membawa manusia kepada matlamat hidup yang benar untuk beribadah kepada Allah SWT b. Membawa manusia kepada kebahgiaan di akhirat. c. Menggugah hati untuk beramal dengan ilmu tersebut. d. Menyebabkan manusia merasa ghurbah di dunia dan cintakan akhirat. e. Menyebabkan manusia merasa dekat dengan kematian dan menuju akhirat yang kekal abadi. f. Memisahkan antara hak dengan batil, petunjuk dengan kesesatan. g. Mendorong dan meluruskan pendawah untuk berdawah, berkerja dan berjihad di jalan Allah SWT dengan penuh iltizam dan sabar.

3. SUMBER ILMU: a. Al-Quran. b. As-Sunnah. c. Kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak muktabar. d. Penemuan-penemuan atau hasil-hasil kajian manusia yang tidak bertentangan dengan AlQuran dan As-Sunnah, dan membawa maslahah kepada manusia.

4. JENIS-JENIS ILMU PENGETAHUAN: a. Ilmu syara:


Ilmu berkaitan Al-Quran (Ulumul Quran). Ilmu berkaitan Hadits. Sirah Ilmu berkaitan aqidah. Ilmu fiqh dalam pelbagai aspek ibadah, muamalat, munakahat, jinayat dll. vi. Usul fiqh. vii. Ilmu berkaitan akhlak. viii. Sejarah Islam dan sejarah gerakan Islam. ix. Ilmu berkaitan dawah, tarbiah dan harakah. Dan sebagainya. i. ii. iii. iv. v.

b. Ilmu waqi: i. Realiti dunia Islam semasa - masalah dan halangannya, kekuatan dan potensinya. ii. Keadaan minoriti muslim hidup di bawah pemerintahan bukan Islam. iii. Gerakan dan pemikiran pihak yang memusuhi Islam. iv. Aliran politik semasa. v. Ideologi semasa seperti sosialis, kapitalis dll. vi. Ilmu mengenai masyarakat setempat. Dan sebagainya.

c. Ilmu semasa:
Bahasa khususnya Bahasa Arab yang diperlukan untuk memahami sumber asas ilmu Islam, dan bahasabahasa yang diperlukan untuk berdawah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Kami golongan ambiya diperintahkan supaya menempatkan manusia sesuai dengan kemampuannya dan berbicara dengan mereka mengikut tahap kecerdasannya ii. Sejarah pelbagai bangsa. iii. Ilmu kemanusiaan dan psikologi. iv. Ilmu kemasyarakatan atau sosiologi. v. Ilmu yang didapati daripada institusi-institusi pendidikan biasa - fizik, kimia, biologi, geologi, ilmu angkasa, perubatan, ekonomi, perakaunan dll Dan sebagainya. i.

2. IMAN YANG KUAT


1. PENGERTIAN IMAN YANG KUAT: a. Daie yakin sepenuhnya terhadap Din Islam yang dikurniakan Allah SWT dan diperintahkanNya untuk berdawah dengannya. Hanya Islam petunjuk benar, selainnya adalah batil dan sesat. Firman Allah SWT:

Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk sebenarnya

Firman-Nya lagi: Maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan (Yunus:32) b. Iman diperkuatkan dengan bukti dan dalil

Sesungguhnya aku (berada) di atas hujjah yang nyata (Al Qur'an) dari Rabku, sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa (azab) yang kamu minta supaya disegerakan kedatangannya. Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah. Dia menerangkan yang sebenarnya dan Dia Pemberi keputusan paling baik. (Yunus : 57)

c. Iman yang kuat tidak dapat dipengaruhi atau merasa lemah dengan kesusahan dan ujian di jalan dawah. d. Iman yang kuat menimbulkan rasa izzah dengan fikrah dan harakah, walaupun jumlah pendokongnya sedikit. e. Iman yang kuat menggerakkan daie aktif di medan dawah sebagai testing akan kebenaran imannya. Inilah apa yang berlaku pada para anbiya.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. (Al-Ankabut: 14)

2. NATIJAH IMAN YANG KUAT: a. Natijah pertama: CINTA i. Cinta hamba kepada Rabnya dan cinta Rab kepada hamba-Nya. Firman Allah SWT:

Dia (Allah) mengasihi mereka dan mereka mengasihiNya. (Al-Maidah : 54) ii. Hasan Basri: Siapa yang kenal Rabb, ia akan mencintai-Nya.

iii. Hasil daripada mencintai Allah SWT: Rendah diri dan berkasih sayang sesama saudara seislam. Rasa mulia (izzah) dengan Islam dan kuat menghadapi orang kafir. Bersemangat untuk berjihad di jalan Allah SWT (jihaddunnafs, berdawah, merancang, melaksanakan perancangan dan memantau). Tidak takut kepada celaan atau cacian manusia. Bahkan berani menghadapinya. Sentiasa ingin ikuti jejak Rasulullah SAW mentaati perintahnya dan menjauhi larangannya

Firman-firman Allah SWT:

Hai orang beriman, barang siapa di antara kamu murtad daripada Din-Nya, Allah akan datangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya, lemah lembut terhadap orang mu'min, keras terhadap orang kafir, berjihad di jalan Allah, dan tidak takut kepada celaan orang suka mencela. (Al-Maidah: 54)

Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi (Ali Imran:31)

iii. Hasil daripada mencintai Allah SWT juga: Basah lidah menyebut nama-Nya Banyak membaca al-Quran sebagai ubat, penerang dan penghibur jiwa Bermunajat kepada Allah SWT dengan senang hati. Taatkan Allah SWT dengan rasa gembira. Junaidi al-Bagdadi: Tanda cinta kepada Allah ialah selalu kekal dalam ketaatan. Tidak menyesal terhadap kesusahan di jalan Allah SWT. Memilih perkara yang disukai Allah SWT Bersedia untuk bertemu dengan Allah SWT. Merasa tidak senang, jika melanggar perintah Allah SWT.

Mencintai Rasulullah SAW dengan cara mengamalkan ajarannya dan mencontohi baginda menjadi pendawah di jalan Allah SWT. Mencintai al-Quran dengan cara melaksanakan panduannya dan mendawahkannya kepada manusia lain.

b. Natijah kedua: KHAUF (TAKUT) KEPADA ALLAH SWT. i. Takutkan kemurkaan Allah SWT. Sebaliknya tidak takut kepada kemarahan manusia. ii. Meningkat rasa takut apabila memikir dan tadabbur ayat al-Quran yang mengancam orang yang melanggar perintah Allah SWT. iii. Sedih jika terjatuh dalam masiat. iv. Cegah diri daripada melakukan kemungkaran. v. Kemuncak hasil daripada khauf ialah menjadi pendawah dan mujahid di jalan Allah SWT.

c. Natijah ketiga: RAJA (PENGHARAPAN) KEPADA ALLAH SWT. i. Orang yang memiliki sifat raja, tidak akan berputus asa daripada rahmat Allah SWT, bahkan sentiasa dinamik bekerja di jalan Allah SWT. ii. Yakin kepada syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada orang beriman yang berdawah di jalan-Nya. iii. Lapang dada menanti rahmat, pertolongan dan keridhaan Allah SWT dalam melaksanakan kewajipan dawah.

d. Natijah keempat: PELBAGAI NATIJAH DARIPADA IMAN YANG KUAT: i. Bersedia menerima tanggungjawab dan melaksanakannya dengan penuh rasa redha, suka dan lazat. ii. Membersihkan jiwa dengan cara semakin hari semakin jauh daripada dosa dan masiat. iii. Mensucikan jiwa kita melalui wasilah ketaatan sama ada dalam perkara fardu mahupun sunat. iv. Jiwa semakin sabar menanggung kesusahan dan kesukaran di jalan dawah. v. Cintakan keredhaan Allah SWT. vi. Cintakan kematian yang mulia, iaitu mati di jalam jihad fisabilillah.

iv. Jiwa menjadi semakin wara: Minima wara ialah meninggalkan perkara haram atau syubhah dan melakukan perkara wajib. Maksima wara iaitu melaksanakan perkara yang sunat dan meninggalkan perkara yang makruh. Orang yang tinggi sifat wara, berhati-hati daripada melakukan sesuatu walaupun pada zahirnya harus. Termasuk juga dalam sifat wara ialah menyekat/menjahuhi sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah (ini termasuk dalam kaedah saddu zaraik).

3. SIFAT-SIFAT SYAKHSIYAH
1. BENAR (SIDDIQ) a. Firman Allah SWT:

Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (At-Taubah:119)

b. Benar dalam pelbagai aspek: i. Benar dalam cita-cita. Cita-cita hanya untuk menegakkan Islam dan mendapatkan keredhaan Allah SWT. Benar dalam cita-cita akan melahirkan kemahuan yang kuat dan sanggup berkorban untuk mengejar cita-cita tersebut. ii. Benar dalam perkataan bercakap perkaraperkara benar sahaja dan menjauhi dusta. iii. Benar dalam perbuatan - tindakan dengan syariat. c. Orang yang benar , akan nampak bekas kebenarannya pada wajah dan percakapannya. Orang akan bersedia menerimanya dan menghormatinya.

2. SIBUK DENGAN DAWAH a. Hidup pendawah - semua aktivitinya adalah dalam rangka dawah di jalan Allah SWT. b. Kerjaya/Profesyennya dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan dawah. c. Segala potensi & bakatnya digunakan untuk dawah. d. Bagi pendawah, kekuatannya terletak pada kesungguhannya berdawah. e. Sirah Rasulullah SAW (seperti peristiwa hijrah) telah membuktikan bahawa dawah hanya akan berjaya apabila pendawah menyerahkan hidupnya dan hartanya untuk dawah. f. Sistem jahiliyah ditegakkan kerana pengorbanan pendawah-pendawah jahilyah yang berkerja siang dan malam, maka pendawah Islam lebih wajar untuk lebih kuat bekerja daripada mereka.

3. KEMAHUAN YANG KUAT a. Pertolongan dan kemenangan daripada Allah SWT hanya diberikan kepada hamba-Nya yang memiliki kemahuan kuat, tekad jujur dan menang dalam pertarungan melawan hawanafsu. Firman Allah SWT:

Hai orang beriman, jika kamu menolong Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad: 7)

b. Nabi Adam AS dikeluarkan daripada syurga kerana kemahuan yang lemah untuk mencegah dirinya daripada mendekati pohon yang dilarang. Firman Allah SWT:

Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. (Thaha:115)

c. Gagal, hina dan terusirnya Bani Israel adalah berpunca daripada lemah iradah. Firman Allah SWT:

Apakah kamu tidak memperhatikan pembesar Bani Israil sesudah Nabi Musa, iaitu ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Angkatlah untuk kami seorang raja supaya kami berperang (di bawah pimpinannya) di jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Mungkin sekali jika kamu nanti diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang. (Al-Baqarah:246)

d. Para sahabat Rasulullah SAW diseru agar memiliki kemahuan yang kuat untuk menyertai Peperangan Tabuk (peperangan yang berlaku di musim panas dan buah tamar pula sedang ranum). Firman Allah SWT:

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau berat (At-Taubah: 41)

e. Hanya orang kuat iradah (kemahuan) akan mencapai kemenangan dan kemuliaan. Allah SWT arahkan supaya sisihkan orang lemah iradah daripada saf mujahidin. Firman Allah SWT:

Maka jika Allah mengembalikanmu kepada suatu golongan daripada mereka, Kemudian mereka minta izin kepadamu untuk keluar (berperang), Maka Katakanlah: "Kamu tidak boleh keluar bersamaku selama-lamanya dan tidak boleh memerangi musuh bersama-samaku. Sesungguhnya kamu telah rela tidak pergi berperang kali pertama, kerana itu duduklah bersama-sama orang yang tidak ikut berperang." (AT-Taubah : 83)

Tabiat dawah dan jihad memerlukan daie dan mujahid yang berjiwa besar, tahan kesulitan, mampu taat kepada kepimpinan dan bersedia memperjuangkan Islam. g. Untuk perkuatkan kemahuan: i. Perlu faham dengan jelas matlamat hidup adalah untuk mendapat kebahgiaan abadi di akhirat. ii. Kekuatan akan datang apabila orang mumin kembali kepada Allah SWT. Firman-Nya: f.

Mereka berdo`a: "Ya Rab kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang kafir". (Al-Baqarah: 250)

iii. Yakin kepada hakikat bahawa kemenangan dijanjikan Allah SWT kepada golongan yang sabar dan kuat kemahuan. Firman-Nya:

Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang yang sabar. (2: 249) iv. Iltizam dengan jalan mujahadah secara berterusan.
Orang yang bermujahadah untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta dengan para muhsinin. (Al-Ankabut:69)

4. JIDDIAH
a. Jiddiah (kesungguhan) bermakna memberi perhatian besar, bersegera, bersemangat tinggi dan mencurahkan segala kemampuan. b. Lawan jiddiah ialah main-main, ragu-ragu, berhenti di tengah jalan, malas, lemah tekad, langkah lambat, suka menikmati kerehatan, banyak gurau senda, senang dengan liqa santai yang sepi daripada semangat, berasa aman kerana tidak ikut berkerja dan berjihad, suka tidur, redha dengan sedikit sumbangan yang disangka banyak, menyebokkan diri dengan urusan kurang penting dan lupa bahawa kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada.

c. Al-Quran memuji orang yang bersungguhsungguh:

Mereka bersegera untuk mendapat kebaikan dan merekalah orang segera memperolehinya. (Al-Muminun: 61)

5. KESETIAAN a. Setia kepada Allah SWT dan serah diri kepada kehendak-Nya. b. Setia terhadap baiah, perjanjian dan amanah tanpa rasa tekanan. c. Tiada iltizam tanpa kesetiaan. d. Kesetiaan adalah asas kepada istiqamah. e. Dawah dan kerja-kerja Islam tertegak atas kesetiaan. Kerja-kerja dawah dan tarbiah di Madinah tertegak di atas kesetiaan para sahabat dengan janji-janji mereka bersama-sama Rasulullah SAW dalam Baiatul Aqabah. f. Daie yang berada dalam jamaah perlulah setia dengan kepimpinannya dan manhajnya. g. Daie yang setia akan iltizam dengan pendapat jamaah dan hasil syura walaupun bertentangan dengan pendapat sendiri.

h. Daie yang setia tidak akan keluar daripada jamaah walaupun besar perbezaan pandangannya dengan individu atau qiyadah. i. Daie yang setia, akan membuktikan kesetiaannya terhadap keputusan-keputusan jamaah seperti infaq, menguruskan halaqah dan terlibat dengan dawah ammah/fardiah. j. Daie yang setia, akan setia dengan pembentukan diri (tarbiah dzatiyah) seperti qiyamulail dan membaca buku-buku muktabar. k. Al-Quran menyeru agar setia dengan janji:
...penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti

diminta pertanggungjawabannya.

(Al-Isra: 34)

l)

Ketidaksetiaan dikhuatiri akan menjerumuskan seseorang ke dalam ciri-ciri nifaq. Sabda Rasulullah SAW: Tanda munafik ada tiga: jika bercakap - bohong, jika berjanji - diingkari, jika dipercayai - dikhianati (Muttfaq alaih)

6. PENGORBANAN
a. Pengorbanan meliputi pengorbanan masa, tenaga, harta, buah fikiran dan jiwa raga. b. Dawah pilihan kita ini menuntut kepada pengorbanan tanpa balasan kecuali redha Allah SWT. Tidak ada dawah dan tidak ada jihad tanpa pengorbanan. c. Bagi daie pilihan Allah, apabila dituntut berkorban maka tiada ragu-ragu dan tidak bakhil.

d) Pengorbanan adalah harga bagi syurga Allah SWT. Firman-Nya: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. (At- Taubah: 111) d) Allah SWT menjanjikan rezeki bagi mereka yang berkorban (tidak akan rugi): ....Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya. (Saba: 39)

7. MUKHALATOH (BERGAUL DENGAN MANUSIA) a. Rasulullah SAW setelah dilantik menjadi rasul, bergaul dengan manusia dalam rangka menyampaikan dawah kepada mereka. b. Senang bergaul adalah sifat daie. c. Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin: Hendaklah daiemenghancurkan segala halangan yang menghalang dirinya dengan manusia sehingga mantap menyampaikan dakwahnya kepada siapa sahaja memerlukannya. d. Oleh kerana dawah itu wajib, maka pergaulan juga wajib bagi daie dalam rangka menegakkan dawah.

e. Batas pergaulan: Pergaulan wajib pergaulan dalam rangka berdawah. Pergaulan mubah pergaulan atas maksud duniawi. Pergaulan makruh pergaulan atas motif dunia yang menghilangkan ghairah untuk mencapai matlamat akhirat. Pergaulan haram pergaulan yang membawa kepada kerosakan dan dosa.

8. BERANI a. Anas bin Malik RA meriwayatkan (yang bermaksud): Nabi SAW merupakan manusia terbaik, paling berani dan dermawan... b. Ali ibn Abi Talib menjelaskan keberanian Rasul SAW dalam Perang Badr: Kami bersama Rasulullah SAW, beliau paling dekat dengan musuh dan orang paling berani. c. Keberanian satu sifat mulia dan terpuji. d. Keberanian perlu dikawal oleh niat benar iaitu untuk tegakkan kebenaran dan jauh daripada kepentingan hawanafsu. e. Keberanian diikat dengan peraturan jamaah dan syariat Islam supaya tidak melampaui peraturan dan syariat.

f. Keberanian mestilah wujud dalam pelbagai medan amal Islami: Ketika berdawah. Mengatakan yang haq walaupun pahit. Menolong yang lemah Membangkitkan semangat juang anggota jamaah. Mengakui dan perbetulkan kesilapan diri. Berani dalam bertolak ansur, mengasihi, memaafkan dan sebagainya.

4. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN
1. Daie perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran demi melancarkan kerja-kerja dawah, seperti: a. Pengucapan awam dawah. b. Komunikasi dawah. c. Penyediaan bahan penyampaian. d. Kemahiran diskusi. e. Teknik penulisan. 2. Untuk sesi ini, kemahiran yang akan dihuraikan di sini ialah Pengucapan Awam Dawah.

PENGUCAPAN AWAM DAWAH


1. DEFINISI - Kemahiran menyampaikan ajaran Islam secara lisan dengan tujuan memberikan wayun Islamiy kepada manusia. 1. PELAKSANAAN PENGUCAPAN AWAM a. PERSIAPAN i. Persiapan Mental Dawah adalah tanggungjawab mulia untuk penerusan risalah anbiya (para nabi). Dawah sangat penting dan diperlukan oleh masyarakat untuk hidup secara Islam. Pendawah hendaklah yakin perkara yang hendak disampaikan adalah al-haq (kebenaran).

Pendawah paling berhak sampaikan Islam kerana syakhsiah (peribadi)nya tidak bercanggah dengan apa yang hendak disampaikan. Pendawah hendaklah yakin diri dan mampu untuk berdawah, Insya-Allah. ii. Memahami Latar Belakang Pendengar. Mengetahui keadaan pendengar. Apabila pendawah mengetahui latarbelakang pendengar, maka beliau dapat tentukan perkara yang akan disampaikan. Pendawah boleh mendapat maklumat daripada penganjur atau kenalannya yang mengenali latarbelakang pendengar.

iii. Menentukan Masalah. Apabila pendawah dapat menentukan masalah, maka beliau dapat memahami sasaran penyampaian. Tentukan skop/tajuk penyampaian dengan mengambilkira masalah yang dikenalpasti. iv. Menyediakan Bahan. Bahan diperolehi dari al-Quran, hadis, buku-buku fikrah dan, jika perlu, artikel dari surat khabar dan majalah

Menyusun Kandungan Ceramah: o Pendahuluan o Kalimah hamdalah (pujian untuk Allah) dan selawat ke atas Nabi. o Intisari kandungan ucapan. o Isi Kandungan Isi kandungan ucapan Dalil-dalil al-Quran dan hadis ditulis atau dihafal. o Penutup Kesimpulan bahan Saranan untuk beramal Permohonan maaf di atas kesilapan Catatan: Penyediaan bahan perlu dicatatkan terutama di peringkat awal. Biasa terjadi pendawah mudah terlupa.

v. Persiapan Fizikal. Tubuh badan segar dan bertenaga. Pakaian sesuai, kemas dan menyenangkan. vi. Analisis Pendengar Pendawah mampu membaca realiti pendengar dengan sekilas pandang. Jika bahan tidak sesuai dengan pendengar, maka serta merta ubahkan tema ucapan. Perlu ada catatan khusus bahan ceramah.

b. PELAKSANAAN UCAPAN i. Penampilan Mengesankan. Pakaian kemas Wajah ceria Pandangan mata yang ramah Tutur kata yang baik. ii. Pandangan pertama sangat mempengaruhi konsentrasi pendengar. iii. Menguasai Audience (pendengar) Kuasai diri supaya tidak gugup. Memerhatikan seluruh sudut ruang. Membetulkan posisi kedudukan. Uji pembesar suara agar sesuai. Jika sesuai tanya pendengar - adakah boleh dimulakan?.

iv. Jangan Menyimpang. Kawal pengucapan supaya menfokuskan kepada skop tajuk yang telah ditentukan. Pengagihan masa seimbang terhadap isi. Respon pendawah kepada pendengar tidak akan menjejaskan tumpuan terhadap tema. v. Gaya Original. Gaya tersendiri, jangan meniru gaya orang lain (untuk menjaga kewibawaan). Gaya sekadar perlu dan tidak berlebihan. Berikan tumpuan kepada isi ceramah.

vi. Bersikap Setaraf. Bagi pendengar senior dan intelektual jangan terlalu mengajar. Gunakan istilah kita bukan anda istilah kita boleh diterima oleh semua kategori hadirin. Contoh: o Kalimah kita : Sebagai muslim sebenar, kita seharusnya dapat membaca alQuran dengan baik dan kita harus berusaha untuk rajin membacanya. o Kalimah mengajar : Sebagai muslim sebenarnya anda seharusnya dapat membaca al-Quran dengan baik dan anda harus berusaha untuk rajin membacanya.

vii. Mengatur Intonasi - ceramah menarik dan nada suara turun naik serta tidak mendatar. viii. Mengatur Tempo Tidak terlalu cepat atau lambat. Ada jarak antara isi - perhatikan noktah, koma dan sebagainya. ix. Memberi Tekanan Isi penting diberikan tekanan dengan cara mengulang-ulang. Ia boleh dibantu dengan gerak tangan seperti jumlah jari sebagai isyarat bagi jumlah masalah yang dibincangkan. Gaya badan berperanan untuk memperjelaskan, memudahkan kefahaman, meningkatkan daya tarik dan lebih komunikatif.

x.

Memelihara Kontak dengan Pendengar. Biasanya ceramah lebih 30 minit akan melelahkan. Contoh kontak: bertanya, memberi contohcontoh berdata, humor yang segar dan relevan. xi. Pengembangan ucapan - untuk menambah daya tarik ucapan: Memberi keterangan tambahan yang sederhana dan tidak terlalu detil. Memberi contoh atau analogi yang relevan . Memberikan testimoni - kemukakan ayat, hadis, kata-kata mutiara, keterangan pakar, petikan buku, surat khabar, majalah atau buletin. Statistik - kemukakan angka-angka menunjukkan sesuatu kes, seperti data jenayah juvana yang semakin meningkat.

xii. Membuat kesimpulan Ringkasan terhadap keseluruhan isi ucapan. Kemukakan pesanan dan harapan daripada isi ceramah. Akhiri dengan mohon maaf dan salam. c. LANGKAH-LANGKAH SESUDAH UCAPAN i. Turun dari podium dan berjalan dengan tenang ke tempat duduk. ii. Dapatkan maklumat feed back (maklum balas) untuk tujuan eveluasi bukan mendapat pujian. iii. Muhasabah ceramah disampaikan seperti dengar semula rakaman.

d. KESIMPULAN
i. Untuk kompeten dalam berceramah, perlulah banyak berlatih samada secara individu mahupun secara berkumpulan. ii. Untuk mudah berucap mesti memiliki banyak perbendaharaan kata-kata banyak membaca dan mendengar ceramah.

PENUTUP
Para pendawah perlu selalu ditaujihkan (dihalakan) dengan persiapan-persiapan untuk memikul tanggungjawab dawah. Ini kerana kejayaan pendawah dalam melaksanakan sesuatu kerja adalah bergantung kepada sejauhmana beliau bersiap sedia dengan bekalan-bekalan dan melakukannya dengan penuh redha, suka dan seronok (lazat). InsyaAllah.

PENYUSUN: 1. Mohd Ghani Haji Salleh. 2. Nordin Ahmad 3. Abu Taqiyuddin Hussein

ANTARA RUJUKAN: 1. Dr Ali Abdul Halim Mahmud (2002), Fiqih Dakwah Ilaallah, Studia Press, Jakarta. 2. Muhammad Abduh (2005), Memperbaharui Komitmen Dakwah, Robbani Press, Jakarta. 3. Dr Ali Abdul Halim Mahmud (2003), Fiqih Dakwah Muslimah, Robbani Press, Jakarta. 4. Musthafa Malaikah, (2001), Manhaj Dakwah Yusuf al-Qardhawi, Pustaka al-Kautsar, Jakarta. 5. Drs. H.Ahmad Yani (2005), Bekal Menjadi Khatib dan Mubaligh, AlQalam, Jakarta. 6. Dr As-Sayyid Muhammad Nuh (2003), Dakwah dan Tarbiah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Pustaka Barokah, Jakarta

7.

Prof Dr. Muhammad Amahzun (2004), Manhaj Dakwah Rasulullah, Qisthi Press, Jakarta. 8. Dr Muhammad Said Ramadhan (AL-Butty) (1997), Rahsia Dakwah Berkesan, Pustaka Ilmi, Batu Caves, Selangor. 9. Dr Abdul Karim Zaidan (1980), Dasar-dasar Ilmu Dakwah (2), Media Dakwah, Jakarta. 10. Dr. Adil Abdullah al-Laili asy-Syuwaikh (2006), Bersama Kereta Dakwah : Sukses Berdakwah di Era Terbuka, Robbani Press, Jakarta. 11. Dr As-Sayyid Muhammad Nuh (2000), Dakwah Fardiyah (Pendekatan Personal Dalam Dakwah), Intermedia, Jakarta. 12. Syaikh Muhammad bin Sholih Al-Utsaimin (2006), Bekal Juru Dakwah,Al-Qowam, Solo, Indonesia

Вам также может понравиться