Вы находитесь на странице: 1из 15

Renungan sejenak ..

Sekiranya anak kandung anda akan mengikuti program pengembaraan kedalam hutan selama sebulan bersama rakan-rakannya, Bagaimanakah perasaan anda? Apakah yang menjadi perkara paling merunsingkan anda? Bagaimana dengan bekalan makanan yang dibekalkan? Melihat kepada persoalan tersebut,sudah tentu ia membawa berita ngeri kepada ibubapa yang terlibat. Semakin senja berlabuh, semakin dekatlah hari esok akan menjelang dan akhirnya akan tiba jugalah saat paling merisaukan. Episod keresahan tidak akan hilang selepas anak-anak bertolak tetapi setiap saat akan terbayang nasib mereka menyusuri kepayahan yang tidak pernah ditempuh sepanjang hidup. Mampukah anak mereka melawan cabaran alam yang tidak dapat diduga. Isu keselamatan jiwa berhadapan rintangan flora dan fauna serta bencana alam sentiasa menjadi keresahan. Diikuti makan minum mereka. Apakah masih cukup makanan yang dibekalkan atau sudah habis diisikan kedalam perut yang lapar. Bagaimana sekiranya anak mereka telah kehabisan bekalan makanan dan mampukah mereka meneruskan perjalanan untuk pulang. Segala keresahan akan terjawab seandainya mereka selamat pulang pada tarikh yang ditetapkan. Kesimpulannya, keresahan akan timbul bila berhadapan dengan satu situasi di mana kita tidak yakin untuk menghadapinya akibat kekurangan yang disedari. Ekoran itu timbul perkataan penyesalan kerana tidak melengkapkan keperluan yang disedari perlu tersebut. Inilah fenomena bidang pendidikan di negara ini yang menjadi topik hangat sepanjang masa. Semakin dunia bertambah maju semakin terhimpitlah dunia pendidikan diasak oleh manusia yang rakus berlumba mencari ruang untuk membina kehidupan. Ibubapa di sana-sini bertungkus lumus melebihi tingkah laku anak-anak mereka untuk menentukan waris tersayang mendapat ruang yang lebih baik daripada orang lain. Maka bersilatlah kerajaan meneroka sistem pendidikan dunia yang sesuai untuk diaplikasikan kepada rakyat negara ini agar mereka mampu mendapat hak pengetahuan yang terbaik sebaris dengan negara-negara maju di dunia. Usaha kerajaan memperkenalkan pelbagai pendekatan dalam sistem pendidikan di negara ini perlu diakui sebagai satu usaha proaktif dalam menyediakan tahap generasi pelapis yang realistik. Tidak ada usaha yang membazir malahan semuanya memberikan input yang amat positif kepada generasi pelapis negara ini.

Namun begitu, mengapa bidang pendidikan di negara ini menjadi keresahan kepada ibubapa dan masyarakat, menyebabkan timbul pelbagai rungutan dan cadangan samada secara formal ataupun tidak formal? Jawapan yang berterus terang ialah kegagalan guru. Kegagalan guru untuk memahami tanggungjawab mereka yang sebenar. Kesilapan guru dalam membezakan tanggungjawab dan tugas. Inilah hakikat sebenar yang harus ditelan walaupun ianya terlalu pahit. Tidak kira guru yang berpengalaman ataupun guru yang baru menjejak kaki ke alam perguruan, kesemuanya perlu akur bahawa kegawatan ini lahir dari kecuaian mereka. Guru di peringkat rendah dan menengah semuanya terlibat dalam menyumbang kearah kegawatan bidang pendidikan. Boleh dikatakan semua individu yang bernama guru patut bersedia mengakui fakta ini. Individu yang boleh dikecualikan daripada senarai ini dan layak dipanggil guru yang menepati paiawaian alam adalah guru yang; i. Mendidik dengan niat untuk membekalkan ilmu kehidupan yang secukupcukupnya kepada anak didik mereka dan memastikan bahawa mereka benar-benar mampu menguasai apa yang telah dibekalkannya. ii. Mendidik dengan penuh kasih sayang yang sejati agar anak didiknya mendapat pengertian kehidupan melalui contoh teladan. iii. Mendidik dengan hati yang ikhlas untuk menarik perhatian anak didiknya menghargai dan menyintai ilmu pengetahuan. iv. Mendidik dengan penuh pengorbanan diri demi memastikan anak didiknya dapat menyelami intipati ilmu pengetahuan yang harus dikuasai oleh mereka sebagai bekalan hidup. v. Mendidik dengan memastikan anak didik mereka mampu berfikir secara bernas kepentingan dan tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. vi. Memberi tunjuk ajar serta berbincang dengan guru-guru yang lain berhubung kaedah terbaik dan berkongsi ilmu pengetahuan atas dasar tanggungjawab. vii. Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dan membuat penyelidikan kearah penambahbaikan teknik pengajaran. viii. Meletakkan diri sebagai insan yang bertanggungjawab menjadi contoh berhemah dan mampu meninggikan imej diri dengan penuh ketinggian integriti. ix. Seandainya ciri-ciri di atas dipenuhi, maka insan tersebut bertanggungjawab pula untuk membentuk guru-guru di sekolahnya agar memikul tanggungjawab mereka sebagaimana yang diamalkannya.

Bagaimanakah respon daripada guru-guru apabila meneliti ciri-ciri tersebut. Apakah ianya suatu impian atau realiti? Biarlah guru-guru sendiri yang menentukannya secara professional dan melihat kembali saat-saat yang berlalu sejak dari mula mengajar sehingga kini. Penilaian diri perlu dibuat dengan adil dalam semua segi dan dibuat khas untuk mencapai maksud penambahbaikan. Sekiranya kita merasa diri kita telah melakukan yang terbaik, apakah kita sudah berpuas hati apabila suatu hari kita berselisih dengan bekas anak didik sendiri dan mereka langsung tidak mengenali kita? Produk yang dihasilkan adalah berbentuk jiwa maka kegagalan membekalkan anak didik dengan ilmu kehidupan bakal menyumbangkan kesempitan hidup mereka di masa hadapan. Jika ada insan bernama guru menafikan fakta ini, kategorikanlah diri anda sebagai insan yang tidak pernah membuat salah dan tidak gemar dipersalahkan. Pernahkah kita membayangkan dan meletakkan diri sebagai manusia yang hidup dan membesar di dalam hutan. Makan minum kita bergantung kepada sumbangan ekologi di sekeliling kita. Duit tidak pernah menjadi satu nilai penting kerana kehidupan harian kita bergantung di atas tulang empat kerat kita sendiri. Memburu merupakan pekerjaan utama yang menyara perjuangan hidup diri sendiri dan penting sekali anak dan isteri yang bergantung hidup. Jika tidak memburu maka tiadalah lauk yang menjana tenaga untuk terus membesar. inilah rutin seharian manusia yang tinggal dalam hutan belantara. Mengenalpasti tumbuhan hijau yang boleh dibuat sayur serta mencari sumber air yang boleh dibuat minuman. Kemungkinan besar berpegang kepada prinsip hidup untuk makan. Tanpa pengetahuan dan pelajaran, mereka hidup semata-mata untuk mencari makan dan berkeluarga. Makanan amat penting untuk menentukan survival. Maka memburu haiwan dan menangkap ikan menjadi cara termudah untuk memperolehi makanan dan meneruskan kehidupan. Mereka juga sedar bahawa setiap yang hidup akan mati. begitu juga sipemburu menyedari bahawa saat kematiannya akan datang juga satu hari nanti dan di masa yang sama siapakah yang akan memburu untuk membekalkan makanan untuk anak beranak mereka. Maka sipemburu sudah pasti berharap anaknya akan menjadi pengganti dan mampu memburu untuk membawa hidangan makanan kepada keluarganya. Bagi memastikan si anak mampu menjadi pemburu yang baik maka si pemburu perlu memberi tunjuk ajar secara berterusan kepada si anak agar satu hari nanti keluarganya tidak mati kelaparan. Bagaimanakah caranya beliau mendidik agar anaknya mampu memburu amat bergantung kepada matlamat si pemburu tersebut. Beliau pasti mengerti kesan yang akan berlaku sekiranya sianak gagal menjadi pemburu yang baik. Si anak

tersebut perlu memikul amanah sebagai ketua keluarga yang menjadi tempat bergantung seluruh keluarga tersebut. Pemburu tersebut akan menggunakan segala kepakaran yang ada padanya untuk diperturunkan kepada anaknya. Beliau tidak boleh merasa jemu atau bosan untuk mendidik kerana kesannya amat besar seandainya anak tersebut gagal. Kisah pemburu tersebut amat berkait rapat dengan tanggungjawab dan amanah seorang guru. Walaupun senario di antara kedua insan tersebut jauh berbeza namun dari sudut pekerjaan, kedua mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu membekalkan ilmu kepada anak didik sebaik yang mungkin agar anak didik tersebut mampu meneruskan perjuangan hidup mereka di masa hadapan. Secara mudah, kriteria seorang guru yang sejati dapat dilihat di dalam diri pemburu tersebut. Apabila matlamat difahami maka tanggungjawab dan amanah akan disedari secara optimum dan terpulang kepada setiap guru untuk menggunakan kaedah terbaik untuk mendidik. Sembilan kriteria yang dibentangkan merupakan perincian kepada simulasi mudah matlamat seorang pemburu yang mendidik anaknya untuk membekalkan ilmu kehidupan bagi menjamin masa depan. Fahamilah matlamat sebenar seorang guru nescaya anda akan mendapati bahawa tugas anda akan menjadi menarik dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan dalam diri yang lebih positif dan seterusnya menjulang kembali reputasi bidang perguruan.

SEMPENA HARI GURU 2006 : Kualiti guru dari perspektif Islam


Oleh : Zasia Sirin

Pendahuluan Guru atau pendidik pertama bagi setiap insan adalah kedua ibu bapanya yang bertanggungjawab membentuk sahsiah seseorang sejak dilahirkan. Pendidik pertama ini dikatakan tidak formal yang diperolehinya di rumah, diikuti kemudian secara formal di sekolah. Di sekolah guru mengambil alih tanggungjawab ibu bapa dalam memberikan pendidikan, pengajaran dan tunjuk ajar sebagai kesinambungan proses pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan pendidik adalah berhubung rapat dengan kesedaran para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan keilmuan dan keluhuran peribadi. Panduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi adalah merupakan kriteria utama penyumbang kepada kejayaan tersebut. Guru dan Peranannya dari Kaca mata Islam Guru dan pendidik dilihat dari sudut Islam adalah amanah Allah Subhanahu Wata'ala dan pekerjaan mulia yang memberikan tunjuk ajar, kepandaian dan pendidikan kepada anakanak didiknya untuk kepentingan duniawi dan ukhrawi. Islam memberi penghormatan yang amat tinggi kepada ahli-ahli ilmu. Mereka berperanan bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga untuk kepentingan masyarakat. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Faathir ayat 28, tafsirnya: "Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu." Tugas guru merupakan suatu tugas yang berat dan tanggungjawab yang besar dalam membina perkembangan manusia. Mereka bertanggungjawab di hadapan Allah Subhanahu Wata'ala, terhadap ilmu yang disampaikan dan terhadap kesan penyampaian ilmu kepada orang lain pada hari Kiamat nanti. Dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya: "Sesiapa yang mengasaskan jalan yang baik dalam Islam, maka orang selepasnya mengamalkannya, akan dicatatkan baginya pahala sebagaimana pahala orang yang mengikutnya dengan tidak dikurangkan sedikit pun pahalanya. Dan barang siapa mengasaskan jalan yang tidak baik dalam Islam, maka orang selepasnya mengamalkannya, akan dicatatkan baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya dengan tidak dikurangkan sedikit pun dosanya." (Hadis Riwayat Imam Muslim). Matlamat Guru Dalam Pendidikan

Perlu kita imbas kembali apakah fungsi pendidikan secara umum, di mana ahli sejarah pendidikan ada menyebut iaitu bagi menyiapkan generasi muda untuk memegang peranan tertentu dalam masyarakat pada masa akan datang, memindahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan peranan itu dari generasi lama kepada generasi baru dan memindahkan nilai-nilai yang bertujuan untuk memelihara keutuhan dan kesatuan masyarakat yang menjadi syarat bagi kelanjutan hidup suatu masyarakat dan tamadun. Dalam Islam ditambah satu lagi fungsi pendidikan yang membezakannya daripada pendidikan yang lain iaitu mendidik untuk beramal di dunia untuk meraih hasilnya di akhirat. Fungsi ini yang tegak berdasarkan sumber nilai-nilai Islam iaitu Al-Qur'an, Sunnah, Qiyas dan Ijmak Ulama sehingga berjaya menyiapkan generasi muda untuk mengisi peranan, beroleh pengetahuan dan membawa nilai-nilai murni ke dalam hidup masyarakat seluruhnya. Inilah fungsi pendidikan Islam yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat dan pengikut Baginda. Matlamat utama para guru dalam pendidikan adalah untuk membina dan mempertingkatkan anak didiknya dari segi rohani, akal dan jasmani secara sepadu supaya berlaku keseimbangan di antara semuanya yang akhirnya akan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Sebagai contoh pendidikan ilmu jasmani tidak boleh dicemari sempadan moralnya sebaliknya pendidikan itu hendaklah selaras dengan kehendak Islam sama ada dari segi pakaian berolahraga dan penglibatan anak murid atau dari segi kesesuaian olahraga dengan fitrah anak murid itu. Jadi, apabila keselarasan ini ada, wujudlah perkembangan dan peningkatan pendidikan manusia yang sepadu baik dari segi akademik, moral dan agama. Begitu juga aspek-aspek pendidikan yang lain seharusnya selaras dan tidak berlaku percanggahan dengan nilai kerohanian seperti unsur-unsur teori tidak bertuhan, anti tuhan dan anti-agama. Untuk peningkatan potensi ini secara sepadu, guru memerlukan persiapan diri selengkapnya untuk memikul tanggungjawab pendidikan tersebut. Antara Sifat-sifat Guru Yang Berkualiti Sifat-sifat asa yang perlu dimiliki oleh seorang guru menurut petunjuk yang terkandung dalam Al-Qur'an dan contoh kepimpinan yang diamalkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, antaranya ialah: Taqwa Patuh dan taat kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan hati dan perlakuan, melaksanakan segala suruhan-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Sifat taqwa inilah yang akan mendorong seseorang mengerjakan kebaikan dan menjauhi kejahatan dan membentuk dirinya supaya sentiasa berpegang dan mengamalkan nilai-nilai dan perbuatan yang baik dan mulia. Amanah, Benar dan Ikhlas

Seorang guru wajib membetulkan niatnya yang suci, bercakap benar, menepati janji, berdisiplin, jujur dan bersifat ikhlas terhadap Allah dalam segala amal pendidikan yang dilakukannya dan untuk mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala. Sumbangan guru melahirkan sumber tenaga manusia yang berguna kepada agama, negara dan bangsa, tidak dapat kita ukur dengan apa jua pengukur melainkan ukuran Allah yang menepati mengikut niat dan matlamat seorang guru dalam mencurahkan ilmunya. Berilmu Pengetahuan Para guru hendaklah mempunyai pengetahuan dan memahami dasar-dasar pendidikan yang digariskan oleh Islam, prinsip-prinsip akhlak serta undang-undang Islam. Mereka juga digalakkan sentiasa menimba dan menambah ilmu dari semasa ke semasa jika mereka mahu menjadi orang yang digalati dan dihormati. Guru hendaklah mempunyai kebolehan, penguasaan dan kepakaran dalam bidang ilmu yang diajarkan kepada muridnya. Sabar dan Suka Memaafkan Sifat sabar dan suka memaafkan adalah sifat-sifat asasi yang membantu kejayaan seorang guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Sifat ini akan mendorong seseorang anak murid untuk lebih dekat dan lebih menghormati gurunya. Guru hendaklah tahu mengawal marah, tidak bersungut dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam mencurahkan bakti kepada anak bangsanya. Komited Terhadap Tugas Setiap kejayaan seorang murid itu berdiri dibelakang mereka adalah seseorang yang komited terhadap tugas dan tanggungjawab mereka, sama ada terdiri daripada ibu bapa atau guru, mereka inilah yang bertanggungjawab dalam kemajuan pendidikan kanakkanak duniawi mahupun ukhrawi. Guru atau pendidik yang cemerlang adalah orang yang mampu memikul tanggungjawab dengan sempurna, melaksanakannya dengan penuh amanah dan penuh keazaman serta menjalankan tugasnya sesuai dengan petunjuk yang dikehendaki oleh Islam. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Contoh Teladan Dalam Pendidikan Pendidikan melalui contoh teladan merupakan cara yang paling berkesan dalam membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Pendidik atau guru yang mempunyai akhlak mulia, bersifat dengan sifat taqwa, amanah, benar dan bermaruah, merupakan contoh teladan yang patut diikuti dan akan lahirlah seorang anak yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut. Sebaliknya, sukar seorang anak menerima pengajaran dan bimbingan apabila dia melihat orang yang bertanggungjawab mendidiknya itu tidak sehaluan dengan apa yang diajarnya.

Allah Subhanahu Wata'ala telah mengutus Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk menjadi contoh yang terbaik dan terunggul untuk umat manusia dalam semua aspek termasuk pendidikan. Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 45 - 46, yang tafsirnya: "Wahai Nabi, sesungguhnya kami utuskan engkau sebagai saksi, pembawa berita baik, pemberi peringatan, penyeru ke arah keredaan Allah dengan restu-Nya dan sebagai lampu yang menerangi." Guru Berkualiti Meningkatkan Daya Saing Bangsa Setiap kejayaan di dalam sesuatu pembangunan dan kemajuan sesebuah bangsa dan negara adalah berpunca daripada adanya sumber tenaga manusia yang berjaya dan berkualiti. Sumber tenaga manusia itu pula merupakan individu yang lahir dari proses pendidikan yang dialaminya dan hasil didikan atau asuhan para guru yang telah melaksanakan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, ikhlas, dedikasi dan komited dan guru yang mempunyai tujuan dan matlamat pendidikan yang jelas ke arah pembentukan sahsiah yang terpuji merangkumi dari segi ilmu, akal, fizikal, kerohanian dan moral. Guru yang berkualiti dengan sifat-sifat yang terpuji mampu melahirkan generasi bangsa yang digalati, memiliki daya saing dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan bangsa, agama dan negara. Kemurnian kualiti sesuatu bangsa seharusnya dibina dengan cara kembali kepada Islam, kerana sejarah pembinaan tamadun bangsa yang paling unggul adalah tamadun umat Islam pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat yang berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah, yang tetap utuh dan sesuai dicontohi oleh sesuatu bangsa di setiap masa dan zaman. Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang mendukung falsafah Melayu Islam Beraja yang mendaulatkan Islam sebagai agama rasmi. Nilai-nilai Islam yang murni adalah amalan dan panduan yang mendasari Dasar Pendidikan Negara. Sekiranya setiap guru yang mendidik anak bangsanya dapat menjiwai dan mewarnai corak pendidikan dan pembelajaran anak didiknya di semua peringkat dengan nilai-nilai murni tersebut. Maka kita akan dapat melahirkan generasi anak bangsa kita yang cemerlang, berkualiti dan mampu berdaya saing bukan sahaja di arena dunia yang penuh cabaran malahan juga akan dapat mempertahankan kedaulatan negara sebagai Baldatun Taiyibatun Wa Rabbun Ghafuur (Negara Brunei Darussalam yang aman sejahtera dengan dilimpahi rahmat dan keampunan Allah Subhanahu Wata'ala).

Manakala peranan guru pula ialah sebagai pembimbing, pendidik, pembaharu, contoh dan teladan, pencari dan penyelidik, penasihat dan kaunselor, pencipta dan pereka, pencerita dan pelakon, penggalak dan perangsang, pengilham cita-cita, pengurus dan perancang, penilai, pemerhati, rakan dan kawan pelajar, doktor dan pengubat, penguat kuasa, pemberi petunjuk orang yang berwibawa dan sebagainya.

Pada asasnya, pengajaran berkesan bergantung kepada: a. Kepakaran guru terhadap bahan pengajaran, b. Keperluan bahan pengajaran c. Pedagogi dan strategi atau kaedah pengajaran d. Kemahiran berkomunikasi. Di samping itu, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Ini termasuklah: 1. Matlamat dan sasaran pengajaran guru setiap hari. 2. Matlamat dan sasaran pencapaian akademik sekolah 3. Sikap guru dan sikap pentadbir sekolah 4. Kemahiran guru dan kemahiran pentadbir sekolah. 5. Motivasi guru dan motivasi pentadbir sekolah. 6. Misi dan visi guru dan misi dan visi pentadbir sekolah. 7. Etika guru dan etika pentadbir sekolah. 8. Keadaan dan suasana persekitaran sekolah. 9. Kemahiran berkomunikasi guru dan pentadbir sekolah. 10. Pemikiran guru dan pemikiran pentadbir sekolah. 11. Keikhlasan guru dan pentadbir sekolah ketika melakukan pekerjaan juga turut mempunyai saham yang penting ke arah keberkesanan pengajaran guru berkesan. Di samping faktor yang disebutkan di atas tadi, faktor pelajar juga boleh mempengaruhi dan menyumbangkan ke arah pengajaran guru berkesan. Jika terdapat seorang guru yang mengajar dengan cara yang berkesan dalam sebuah kelas tetapi pelajar yang mengikuti pengajarannya tidak tahu

peranan mereka sebagai pelajar yang berkesan, maka usaha tersebut akhirnya akan sia-sia sahaja. Persoalannya sekarang, bagaimanakah dan apakah usaha yang perlu dilakukan dan dilaksanakan agar kita dapat mewujudkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri seperti disebutkan di atas?.... Bincanglah secara kumpulan dengan rakan-rakan guru.

Syarat Utama mengajar Sains Berkesan Terdapat beberapa syarat utama yang perlu diketahui oleh seorang guru untuk menghasilkan pengajaran sains berkesan,. Syarat tersebut ialah:` 1. Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar. 2. Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya. 3. Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan. 4. Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain. 5. Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain. 6. Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur. 7. Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya. 8. Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya. 9. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan pelajar. 10. Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar. 11. Berusaha mewujudkan suasana yang menarik di kalangan pelajar. 12. Mewujudkan hubungan yang mesra dengan semua pelajar. 13. Mempunyai hubungan yang rapor dan rapat dengan pelajar. 14. Mempunyai sikap suka mendengar. 15. mempunyai sikap humor ketika bersama pelajar. 16. Mempunyai daya penarik yang menakjubkan.

17. Mempunyai fikiran yang terbuka dan positif. 18. mempunyai kemahiran dalam bidang yang diajar. 19. Mempunyai kepakaran dam bidang teknik mengajar. 20. Mempunyai kepakaran berkomunikasi. 21. Mempunyai pengetahuan tentang kemanusiaan. 22. Mempunyai pegangan hidup semua orang boleh berjaya jika diberi bimbingan yang mencukupi. 23. Sentiasa berusaha meningkatkan kepakaran dan kemahiran yang berkaitan tugasannya. 24. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup bahawa kejayaan boleh dicapai setelah berusaha. 25. Selalu berdoa untuk diri dan pelajarnya. 26. Sentiasa bertawakal kepada Allah.

Kaedah Mengajar Sains Di Sekolah Rendah Berkesan Seorang pengajar boleh menggunakan beberapa kaedah mengajar sama ada secara berasingan atau gabungan pelbagai kaedah semasa mengajar. pemilihan kaedah atau gabungan kaedah yang dilaksanakan bergantung kepada pelajar yang diajar, bahan pembelajaran dan kemudahan media yang tersedia. Ia juga bergantung kepada kefahaman, kebolehan dan kemahiran pengajar mengenai kaedah yang akan digunakan. Berikut diberikan penerangan ringkas di antara kaedah-kaedah mengajar yang boleh dipilih dan digunakan, iaitu: 1. Kaedah heuristik Dalam kaedah ini, pelajar dibimbing untuk membuat penemuan sendiri bahan-bahan pembelajaran dan menggunakan konsep dalam latihan. peranan guru menjadi pembimbing, penasihat, pakar rujuk dan penilai. 2. Kaedah induktif. kaedah ini menggunakan pendekatan bermula daripada bahan pengajaran yang konkrit dan abstrak, khusus kepada umum dan daripada contoh

kepada hukum am. kebenaran universal dibuktikan daripada ciri-ciri satu kes dan beberapa kes lain yang serupa. 3. kaedah deduktif. ia berlawanan dengan kaedah induktif iaitu pelajar bermula daripada aspek umum kepada khusus, abstrak kepada konkrit dan formula kepada contoh. 4. kaedah Dogmatik Bahan pembelajaran dibentangkan mengikut hukum, prinsip dan formula. latihan diberi untuk pelajar menggunakan hukum, prinsip atau formula itu dalam situasi yang berperingkat. 5. Kaedah projek. pelajar dikehendaki menyiapkan projek khas yang dipilih mengikut bimbingan dan panduan pengajar. Peranan guru ditambah sebagai penasihat, pakar rujuk dan penilai. 6. Kaedah amali. Pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran atau eksperimen atau kajian mengikut arahan yang diberi dengan menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh guru. peranan guru sebagai pembimbing, penunjuk ajar, penasihat, pakar rujuk dan penilai. 7. Kaedah Lawatan. Pengajar mengatur supaya pelajar melawat ke tempat tertentu (di luar bilik darjah) dengan bahan pembelajaran boleh didapati dan dikaji dengan mudah. 8. Kaedah Sintesis. pelajar bermula daripada apa yang diketahui kepada apa yang belum diketahui. berdasarkan data yang ada, pelajar merumus kesimpulan. 9. Kaedah Topik Pengajar membentangkan isi pelajaran mengikut topik sehingga lengkap, sekali gus menghubungkaitkan dengan topik-topik berkaitan. 10. Kaedah Simulasi Kaedah berlakon. Dalam kaedah ini, pengajar menetapkan peranan dan situasi untuk pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran sebagai individu lain. Dengan cara ini, pelajar berpengalaman menjalankan peranan bukan sebagai pelajar sahaja, bahkan ia dapat mengalami sendiri peranan yang

mereka boleh mainkan.Keberkesanannya bergantung kepada kebolehan dan kefahaman peranan yang dimainkan itu. 11. Kaedah Cerita Pengajar membentangkan bahan pembelajaran dalam bentuk cerita yang boleh meningkatkan minat dan motivasi pelajar. 12. Kaedah perbincangan Pengajar membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian. 13. Kaedah Modular Bahan pembelajaran didedahkan mengikut pelbagai teknik dan cara. Sepanjang proses pengajaran kaedah ini, pelajar dikehendaki menjalankan pelbagai aktiviti seperti membuat latihan , menyelesaikan masalah dan menjawab soalan mengenai bahan itu. Pada akhir pembelajaran pelajar mengambil ujian untuk menentukan tahap kefahaman dan penguasaan. 14. Kaedah soal jawab Pengajar mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar di mana jawapan itu dibina sebagai isi pelajaran yang lengkap. Semua kaedah yang disebutkan di atas , dikemukakan bertujuan mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan seterusnya untuk meningkatkan kemahiran sains di kalangan pelajar dalam aspek-aspek sains berikut: 1. Melakukan eksperimen 2. Mengawal pemboleh ubah bagi sesuatu eksperimen 3. Membuat pemerhatian/pengamatan 4. Mengenal pasti perubahan 5. Mengenal pasti perbezaan 6. Mengenal pasti kesamaan 7. Membuat perbandingan 8. Mencatat data 9. Mengolah/memproses data

10. Meramal berdasarkan data 11. Mengingat kembali fakta 12. Membuat kesimpulan 13. Mentafsir data dan maklumat 14. Membuat hipotesis 15. Membuat inferens 16. Membuat laporan (berkomunikasi) 17. Menggunakan konsep 18. Memberi alasan/sebab 19. Melukis rajah 20. Melabel rajah 21. Mengguna peralatan/bahan sains dengan betul 22. Menyimpan peralatan/bahan sains dengan betul 23. Membersihkan peralatan/bahan sains dengan betul Sebagaimana yang telah ditetapkan dalam kurikulum sains untuk menghadap UPSR Kementerian Pendidikan Malaysia.

Langkah-langkah pengajaran Sains Berkesan: Secara ringkas, langkah yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru untuk memastikan ia menghasilkan pengajaran yang berkesan ialah: a. Persediaan pengajaran b. menyatakan tajuk pengajaran c. Menyatakan objektif pengajaran-pembelajaran, apakah yang diperolehi selepas pengajaran-pembelajaran d. melakukan aktiviti pengenalan pengajaran (induksi set?) e. mempersembahkan bahan pengajaran f. membuat kesimpulan pengajaran

g. Mengadakan aktiviti pengukuhan

Persediaan Pengajaran 1. Sediakan tajuk pengajaran 2. sediakan bahan pengajaran secara terperinci, terutamanya mengenai: a. Apakah konsep penting dalam tajuk b. Apakah isi-si penting c. Apakah kata kunci yang perlu diingat oleh pelajar berkaitan tajuk d. Rajah dan alat bantu ajar (transparensi/carta rajah) e. Gambar-gambar yang boleh ditunjukkan f. Contoh yang berkaitan g. Kesimpulan yang disampaikan

3. Fikir, sediakan dan susun urutan kaedah persembahan, terutamanya tentang: a. Induksi set b. Kaedah interaksi c. Soalan yang perlu dikemukakan sepanjang persembahan

Вам также может понравиться