Вы находитесь на странице: 1из 33

Pembentangan Kritikan Jurnal

Dibentangkan oleh: Marimay Cabalce Nur Fitrah Bt Baharudin Nur Amira Bt Muhamad Nor

Tajuk: Teori-teori Pembelajaran dan Aplikasinya

Jenis-jenis teori
Behaviorisme
Gutherie Thordike Skinner

Kognitif
Bruner Ausubel

Teori Behaviorisme

Teori Gutherie
Pembelajaran berlaku apabila sesuatu rangsangan dan gerak balas berlaku secara serentak, tidak kira pembelajaran itu sejajar dengan apa yang diharapkan oleh pemerhati atau orang lain

Teori Thondike
Semua pembelajaran baik di kalangan haiwan mahupun di kalangan manusia, boleh berlaku melalui proses cuba jaya (trial and error process) atau disebut sebagai belajar dengan memilih dan mengaitkan gerak balas.

Teori Skinner
Mencadangkan satu formula pembelajaran berdasarkan ke atas pemerhatian eksperimennya mengenai perlakuan iaitu tikus di dalam kotak. Apa yang dibuat oleh Skinner ialah mengasingkan fenomena pengulangan yang ketara dalam pelaziman. Menggunakan fenomena ini sebagai satu asas untuk menganalisis konsep perlakuan yang lebih kompleks. (konsep yang dimaksudkan adalah termasuk neorosis: keadaan kendiri, pemikiran dan penyesuaian masalah)

Teori Kognitif

Teori Brunner
Berpendapat bahawa pendidikan berlaku sekiranya seseorang itu dapat memperkembangkan kemahiran yang sedia ada. Guru berperanan sebagai pembimbing murid untuk mendapatkan satu pembelajaran yang dikehendaki.

Teori Bandura
Dalam proses interaksi manusia, peniruan berlaku dan ini menghasilkan pembelajaran. Proses ini berlaku secara memerhatikan bagaimana tingkah laku itu dilakukan dan kemudian menirunya.

Teori Ausubel
Pembelajaran boleh berlaku dengan adanya penyusunan maklumat. Menurutnya, pembelajaran manusia ialah melalui penyusunan maklumat dan hafalan yang bermakna.

Kekuatan pada jurnal

Penulis menyatakan definisi dan penjelasan teori. Penulis menyatakan contoh aplikasi yang boleh dilakukan pada setiap teori: Contohnya, - Pensyarah kepada pelatih - Guru kepada murid.

Cara penyusunan isi adalah sistematik dan teratur. -memiliki sistem nombor. -memiliki kepelbagaian sumber rujukan yang berkaitan.

Kelemahan pada jurnal

Cara penulis menyampaikan isi kajian (struktur ayat) terlalu berjela-jela sehingga menyebabkan pembaca sukar untuk memahami kehendak yang penulis ingin sampaikan.

Contoh: 1. Iaitu gerak balas yang tidak diingini sehingga letih dan muak dengan gerak balas itu dengan gerak balas tersebut akan timbul satu-satu gerak balas yang baru (Jurnal Teori Pembelajaran:24)

2. Lupaan merupakan satu fenomena di mana kebiasaan yang wujud masa kini digantikan dengan kebiasaan-kebiasaan satu yang akan berlaku secara beransuransur dan fenomena ini akan berlaku secara partial (Jurnal Teori Pembelajaran:25)

Penulis tidak menerangkan secara teliti dan jelas tentang eksperimen yang telah dilaksanakan oleh tokoh-tokoh yang memperkenalkan teori. Tidak melibatkan semua tokoh yang terdapat dalam mazhab behaviorisme dan kognitif.

Terdapat kekeliruan tentang tokoh yang disebutkan: Teori Albert Bandura pada umumnya dikenali sebagai teori perkembangan sosial namun penulis telah memasukkannya di bawah mazhab kognitif.

Implikasi Teori Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Behaviorisme

Teori Gutherie Proses pembelajaran melibatkan fizikal dan objektifnya. Terdapat hubungan di antara rangsangan dan gerak balas. Huraian adalah berbentuk mekanikal.

Teori Thorndike Belajar dengan memilih dan mengaitkan gerak balas - Setiap gerak balas yang diikat dengan peneguhan menguatkan pembelajaran.

Teori Skinner Pemberian peneguhan yang positif bagi meneguhkan tingkah laku yang dikehendaki. - Motivasi membangkitkan tingkah laku positif. Guru perlu memotivasikan pelajar dengan ganjaran yang sesuai sebelum mereka dapat mengawal tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki dalam P&P.

Mengajar pelajar membezakan persamaan dan perbezaan di antara dua situasi yang berlainan, supaya mereka dapat membuat generalisasi dan diskriminasi dengan betul.

Pelajar boleh mempelajari dengan mengaitkan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna tingkah laku pelajar boleh dilazimkan untuk gerak balas yang diingini atau tidak diingini oleh guru.

Implikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kognitif

Teori Bruner Seseorang itu dapat memperkembangkan kemahiran yang sedia ada. Guru berperanan sebagai pembimbing murid untuk mendapatkan satu pembelajaran yang dikehendaki.

Pembelajaran berlaku apabila seseorang itu mempunyai kesediaan, pengetahuan yang berstruktur, berturutan dan peneguhan. Merupakan teknik cuba jaya kerana pembelajar dikehendaki mencuba mendapatkan kemahiran kognitifnya menerusi usaha yang dibimbing oleh guru.

Teori Ausubel

Pembelajaran boleh berlaku dengan adanya penyusunan maklumat dan hafalan bermakna. Menghubungkan satu pengalaman dengan pengalaman sedia ada supaya pengalaman baru itu lebih bermakna. - Pilih, susun dan sembahkan maklumat baru secara sistematik yang menghubungkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar

Implikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Perkembangan Sosial

Teori Bandura Proses interaksi manusia berlaku peniruan dan ini menghasilkan pembelajaran Peniruan berlaku dengan cara kita meniru apa yang dibuat oleh orang lain. Sekat lakuan: Peniruan yang telah dipelajari dan sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak sesuai dilakukan pada keadaan-keadaan yang lain.

Tamat

Вам также может понравиться