Вы находитесь на странице: 1из 2

Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka

bicara.

Yang Berbahagia

Pn.Hjh Rosnah bt Abd Rahman,

Pengetua SMK Subang,

Tn.Hj Mustafa Kamal bin Mohamad Penolong Kanan, Tn.Hj Shamidi bin Kosiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn.Hjh Noor Azizah bt Che Nawi Penolong Kanan Kokurikulum, Guru kanan Mata Pelajaran, guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menyedut udara segar pada pagi yang indah ini.

Sepanjang bulan Mac 2012, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Karnival Pendidikan kaunseling Kerjaya peringkat sekolah. Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya ini adalah salah satu kaedah yang boleh mencungkil bakat dan potensi diri murid sekolah menengah. Ini akan menggalakkan para murid mencari dan menyebarkan maklumat kerjaya. Program-program seperti ini diharapkan akan memberi banyak peluang kepada murid untuk meneroka alam akademik dan mengaitkan proses pendidikan denga dunia kerjaya yang bakal diceburi oleh mereka.

Hadirin dan hadirat sekalian, Kini, tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan persembahan choral speaking yang disertai oleh Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 3, 4 dan 5 serta Kalaam Jamai yang dijayakan oleh pelajar 2 KAA. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Wah....hebatnya kawan-kawan kita ya...bukan senang sebenarnya nak beraksi di hadapan guru-guru dan rakan-rakan. Jangan tertawan alpa duniawi, Hanya indah serupa mimpi; Duhai pahlawan ksatria pertiwi, Hulurkan madah kata perasmi.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya dijemput Tn.Hj Shamidi bin Kosiran Penolong kanan HEM untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya SMK Subang 2012. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Tn. Haji Shamidi bin Kosiran di atas penyampaian ucapan tadi.

Saya mewakili Majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis kita pada hari ini samada secara langsung mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya. Di kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum waRahmatullahi wa Barakatuh dan saya serahkan semula majlis kepada pengawas yang bertugas.

Вам также может понравиться