Вы находитесь на странице: 1из 3

Kritikan Artikel Principals Instructional Leadership Roles and Effect on Teachers Job Performance: A Case Study of Secondary Schools

in Asaba Metropolis, Delta State, Nigeria. a) Tinjauan Artikel Principals Instructional Leadership Roles and Effect on Teachers Job Performance: A Case Study of Secondary Schools in Asaba Metropolis, Delta State, Nigeria oleh Chika P. Enumene dan Ebele J. Egwunyenga menyatakan terdapat hubungan di antara kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh pengetua dengan peningkatan prestasi guru. Kajian ini menjawab persoalan yang sering ditimbulkan iaitu adakah kepimpinan instruksional yang diamalkan pengetua boleh mempengaruhi prestasi kerja guru-guru di sekolah. Principals Instructional Leadership Roles and Effect on Teachers Job Performance: A Case Study of Secondary Schools in Asaba Metropolis, Delta State, Nigeria oleh Chika P. Enumene and Ebele J. Egwunyenga bukan sahaja dapat merungkai persoalan yang timbul malah dapat membantu para pengkaji seterusnya untuk membuat penambahbaikan bagi kajian ini. Fokus yang dibuat oleh pengkaji ialah pengetua, di mana mereka merupakan teras kepada pelaksanaan proses pendidikan iaitu sebagai role model, pembentuk akhlak yang mulia dan pakar dalam pengetahuan dalam memperkembangkan potensi guru seterusnya memberi impak terhadap prestasi kerja guru. pengkaji dapat menerangkan permasalah itu dengan jelas dengan menyatakan kesan dalam perkembangan ledakan teknologi maklumat yang berlaku di Nigeria telah menyebabkan pelajar lebih terdedah dengan pelbagai maklumat berbanding. Kadangkala guru-guru ketinggalan dalam kemahiran-kemahiran P&P, maklumat serta isu-isu terkini dan dalam keadaan tertentu murid tidak memahami apa yang mereka pelajari. Bagi membuktikan ianya berlaku, pengkaji telah mengenalpasti beberapa buah sekolah di Asaba Metropolis, Delta State Nigeria untuk dijadikan sampel kajian. Jenis kajian yang dijalankan ialah empirikal. Kajian ini telah dijalankan di sekolah menengah kerajaan di Asaba Metropolis, Delta State, Nigeria. Terdapat 650 orang guru di sekolah menengah kerajaan.Untuk kajian ini seramai 240 orang guru dari 12 buah sekolah menengah kerajaan telah dipilih secara rawak untuk menjawab soalan soal selidik yang digunakan. Soalan kajian berdasarkan Questionnaire on Instructional Leadseship Employed by Principals (QILEP) yang telah direkabentuk oleh Kementerian Pelajaran Asaba. Satu pilot test telah dijalankan terhadap 20 orang guru untuk melihat kebolehpercayaan kajian dan didapati reliability consistency coefficient adalah 0.75. Soal selidik telah diberi kepada 240

orang guru dan sebanyak 234 telah dipungut oleh pengkaji pada hari yang sama. Analisa kajian berdasarkan statistik daripada soalan kajian dan hipotesis telah diuji berdasarkan kolerasi Pearson. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji peranan pemimpin instruksional di Asaba Metropolis. Persoalan utama adalah untuk: i) mengenalpasti setakat mana pengetua membantu dan menggalakkan guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ii) mengenalpasti sejauh mana pengetua menggalakkan perkembangan profesional dikalangan guru-gurunya. iii) mengenalpasti jika peranan pengetua dalam instruksional memberi sebarang kesan ke atas prestasi kerja guru-guru. Keputusan dari kaji selidik yang dijalankan menunjukkan guru-guru percaya pengetua banyak membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat apabila pengetua memeriksa buku ringkasan mengajar, memberi teguran dan nasihat jika perlu. Pengetua juga menwujudkan suasana sekolah yang kondusif untuk membolehkan budaya ilmu berkembang dan pengetahuan yang berkaitan dengan isu-isu kurikulum dalam berbagai bidang. Penemuan ini menunjukkan pengetua di Asaba adalah pemimpin pengajaran yang baik. Mereka tahu tentang kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengajar dan belajar. Ini bersesuai dengan kajian yang dilakukan oleh Segiovani (1996) yang mengatakan menguasai kemahiran dalam P&P dan kebolehan untuk berkongsi ilmu dengan guru-guru adalah ciri-ciri pengetua yang baik. Data-data dapat dianalisis oleh pengkaji secara sistematik dan diolah dengan baik bagi menjelaskan tiap-tiap satu pembolehubah. Namun begitu aspek teori dan dapatan kajian yang lepas perlulah dijadikan asas yang utama dalam melaksanakan sesuatu kajian bagi menganalisis dan menginterpretasi agar laporan yang jelas, terperinci serta dapat menyokong setiap dapatan kajian.

b) Aplikasi dalam Sekolah-sekolah di Malaysia. Dalam kejayaan sesebuah sekolah pengetua dilihat sebagai pemain utama (key player) dalam pengurusan instruksional. Pengetua adalah individu yang memimpin hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran yang menjadi penentu kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran bagai menjamin tahap pencapaian akademik yang baik. Seorang pengetua mesti bertindak membuat penyeliaan dan penilaian terhadap guru, perkembangan staf dan latihan dalam perkhidmatan. Komponen-komponen utama dalam pengurusan dan kepimpinan meliputi perancangan, pengelolaan, pengarahan , pengawalan dan penilaian menjadi pemangkin utama. Para pemimpin instruksional hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan

keintelektualan peribadi dan kemantapan emosi, disamping menjadi juara (champion) bagi membangun dan mengembangkan potensi semua staf yang dipimpin. Sesungguhnya kuasa pakar dan kuasa rujukan yang dimiliki pemimpin instruksional menjadi sumber inspirasi kepada staf untuk terus komited dalam menjalankan tugas masing-masing (Lyons & Murphy, 1994). Sebagai seorang ketua mereka sewajarnya mempunyai kemahiran, kematangan dan mempunyai pengalaman yang luas disamping ilmu yang tinggi. Oleh itu mereka hendaklah meningkat dan melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan supaya sesuai dijadikan pakar rujuk. Falsafah pendidikan sepanjang hayat menjadi begitu penting kepada para pengetua untuk dihayati oleh mereka. Percayalah, pengetua yang berjaya menjadikan dirinya sebagai model manusia yang cintakan ilmu maka akan menjadi pemangkin atau pelupur kepada kejayaan guru dan pelajarnya. Pemimpin pendidikan yang berwibawa dan bijak dapat melahirkan ramai juara dikalangan staf. Pengiktirafan yang diberikan kepada staf dengan pengagihan kepimpinan ini mampu meningkatkan keterampilan dan kompetensi staf, sekali gus meningkatkan harga diri dan self-esteem mereka. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin sekolah tetapi juga guru-guru sendiri dalam bentuk kumpulan. Peranan pemimpin instruksional yang perkasa adalah untuk memastikan penyeliaan berjalan, sumber-sumber diagihkan bagi membolehkan program dijalankan, dan segala aktiviti yang membolehkan guru bekerja sesama mereka dengan efektif. Secara keseluruhannya bagi membantu, membimbing dan menyokong pengajaran dan pembelajaran guru, pemimpin instruksional semasa ke semasa. harus membuat penyeliaan dari

Вам также может понравиться