You are on page 1of 1

Tema - "Menyayangi Sekolah"

Terima kasih, kepada pengerusi majlis. Assalamualaikum dan salamat sejahtera !


Yang Berbahagia GB SKKKB Yang berusaha PK1 PKHEM PKKO PK Pen. Khas MOHAMAD AKHWAN B. HJ. JAMIL JAMALIAH BT RAZALI ZAINUDDIN BIN AHMAD RAHEMAH BINTI HASHIM SITI SAFURA BT. ABDUL RASHID

Seterusnya yang dikasihi Alllah, guru2 dan murid2 SK KKB sekalian.... Hari ini saya berucap tentang Menyayangi sekolah. Salah satu amalan mulia yang terkandung di dalam syariat Islam apabila kita menerima sesuatu nikmat berbentuk kebahagiaan, kemudahan dalam hidup, rezeki yang melimpah ruah dan terlepas dari sesuatu musibah adalah dengan memperbanyakkan syukur kepada Allah. INSAN PENYAYANG SEMEKAR DISAYANG. Memupuk perasaan semua warganya untuk menyayangi sekolah sebagai rumah kedua. Menyayangi sekolah bermaksud menghargai sekolah, rasa bangga dengan sekolah dan mencipta kejayaan untuk menaikkan dan memertabatkan nama sekolah selaras dengan visi sekolah. Menyayangi sekolah juga bermaksud semua warga sekolah berusaha mengelakkan diri daripada kegiatan tidak bermoral, terlibat dengan masalah salahlaku disiplin, jenayah seperti mencuri, vandalism, pergaduhan dan sebagainya. Perasaan menyayangi sekolah akan melahirkan murid yang sentiasa berusaha mencemerlangkan diri dari aspek sahsiah, kokurikulum dan kemajuan akademik. Marilah sama-sama BERGERAK SEDERAP untuk mengharumkan nama sekolah. a) menyayangi sekolah - sama-sama menjaga persekitaran agar sentiasa bersih - tidak merosakkan bunga yang menghiasi kawasan sekolah b) bangga terhadap sekolah - pencapaian dalam sukan contohnya pasukan ping pong sekolah kita telah menjadi johan peringkat MSSD - keputusan UPSR 2010 amat membanggakan dan diharapkan menjadi pendorong kepada murid tahun 6 2012 Kesimpulan menyayangi sekolah seiring dengan peribahasa "Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung" - Menyarankan agar pelajar menyayangi sekolah sendiri dan berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai oleh sekolah selama ini. - Pelajar juga perlu bangga dengan segala kemudahan yang dinikmati dan disediakan seperti tandas, makmal dan komputer dan berbeza dengan sekolah lain.