Вы находитесь на странице: 1из 2

Renungan

Jika ada sesiapa pinta cintamu.. Katakan ia untuk Allah.


Rindumu untuk Rasulullah, dan kasihmu untuk ibu dan bapamu.
Tetapi jika dipinta keikhlasanmu berilah pada yang tahu menghargainya.

"Mintalah guru menghalalkan ilmu, kerana mereka


adalah sumber ilmu yang sangat bernilai"

Dipetik dari Petua Menghadapi Peperiksaan


oleh : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
_______________________________________

Gurindam Jiwa
Gurindam Jiwa
(L)
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

(P)
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( korus )
(L)
Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
(P)
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
(L)
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

(L&P)
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Вам также может понравиться