Вы находитесь на странице: 1из 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG, 96500 BINTANGOR, SARAWAK

KERTAS KERJA KEMUDAHAN MESIN BASUH LAYAN DIRI DI ASRAMA


TARIKH : 3 JANUARI 2011

TEMPAT: ASRAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

ANJURAN : JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJANG

KERTAS KERJA KEMUDAHAN MESIN BASUH LAYAN DIRI DI ASRAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS RAJANG

1.0

PENDAHULUAN

Kemudahan Mesin Basuh Layan Diri merupakan satu kemudahan dan keperluan yang penting bagi kehidupan asrama terutama Institut Pendidikan Guru kampus seluruh Malaysia yang lain telah mempunyai kemudahan ini. Kemudahan ini biasanya dikendalikan oleh bahagian pengurusan asrama. Pungutan Suara dalam kalangan pelajar telah dibuat dan secara majoritinya pelajar ingin kemudahan mesin basuh layan diri ini diwujudkan dalam asrama kampus. Walaupun, kemudahan lain ada tetapi diharapkan kemudahan ini dapat diadakan memandangkan kelebihan yang boleh kemudahan ini berikan kepada pelajar.

Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu kemudahan baru iaitu kemudahan mesin basuh bagi membantu pelajar dan pihak pengurusan asrama untuk menjadikan pengurusan asrama lebih tersusun dan bersih. Kemudahan ini merupakan salah satu daripada kebajikan pelajar dan dapat membantu pelajar dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar berijazah Sarjana Muda Perguruan. Pada peringkat awal, kita menempatkan hanya 3 mesin basuh di asrama E,H dan B. Mungkin pada masa akan datang pihak pentadbiran boleh menambah kemudahan ini ke semua asrama.

2.0

RASIONAL

IPG Kampus Rajang merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang menyeluarkan graduan berijazah sarjana muda perguruan, kursus perguruan lepasan ijazah dan PGSR. Sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi adalah relevan kiranya jika kemudahan seperti mesin basuh layan diri ini diadakan di asrama. Pelajar PISMP membayar RM60 sebulan (potongan daripada elaun) kepada pihak pengurusan asrama setiap bulan. Oleh itu, kami meminta jasa baik pihak pentadbiran menimbangkan perkara ini. Kemudahan ini adalah untuk kepentingan pelajar dalam jangka masa panjang.

Tambahan pula, melalui soal selidik yang kami jalankan kira-kira 224 orang setuju manakala hanya 58 orang tidak setuju. 80 % pelajar IPG Kampus Rajang telah bersetuju agar kemudahan mesin basuh layan diri diadakan di asrama manakala 20% tidak bersetuju. Majoriti pelajar menginginkan kemudahan ini kerana kadang-kadang agak sibuk dengan kehidupan sebagai pelajar seperti kuliah, GERKO, Unit Beruniform dan aktiviti rasmi dan tidak rasmi Institut.

3.0

OBJEKTIF:

1. Menjaga kebajikan pelajar. 2. Memberi kemudahan pelajar agar dapat mengurus diri dengan lebih baik. 3. Menjimatkan masa pelajar dan pelajar boleh menumpukan lebih masa dengan pelajaran dan aktiviti Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang. 4. Memupuk semangat kekitaan dan saling bantu membantu dalam kalangan warga Insitut

Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang khususnya antara pihak pentadbiran dan pelajar.

4.0

SASARAN: Pelajar Asrama Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang

5.0

TARIKH : 3 Januari 2011

6.0

LOKASI: Bilik Khas Asrama E, H dan B Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Keningau.

7.0

MESIN BASUH

Terdapat dua jenis mesin basuh iaitu mesin basuh upper loading dan front loading yang yang terdapat di pasaran kini. Setelah meneliti pro dan kontra kedua-dua jenis mesin basuh ini kami mendapati mesin basuh front loading adalah lebih tahan lama dan sesuai untuk penggunaan kerap terutamanya kehidupan pelajar di asrama. Oleh itu, kami mencadangkan agar pihak pentadbiran membekalkan mesin basuh jenis ini.

Mesin basuh jenis ini lebih menjimatkan tenaga dan air kerana hanya memerlukan sedikit tenaga elektrik dan air untuk beroperasi berbanding mesin basuh biasa (mesin basuh automatik dan separuh automatik). Oleh itu, kekurangan mengenai kekurangan elektrik dapat diatasi begitu juga tekanan air yang rendah. Rujuk lampiran A.

8.0

ANJURAN : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang

9.0

AHLI JAWATANKUASA : Rujuk Lampiran B

10.0

BELANJAWAN : Rujuk Lampiran C

11.0

PENUTUP Sebagai Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Rajang, kami berharap kemudahan ini akan mendapat kelulusan daripada pihak pentadbiran. Semoga program ini akan mendapat kerjasama dalam kalangan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang dan

seterusnya menjadi satu kemudahan kekal di IPG Kampus Rajang dan dari tahun ke tahun kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan dan mungkin ke seluruh blok kediaman setiap asrama.

Disediakan Oleh :

_________________________________ ( REZA BADIUZZAMAN BIN ABDULLAH ) Ketua Biro Kebajikan dan Sosial, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang.

Disemak Oleh :

______________________________________ ( DIANA HAMANDANG AK DANGANG ) Yang Dipertua, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang

Disemak Dan Disokong Oleh :

________________________ ( ENCIK MAT KAMAL BIN ABD MAJID ) Ketua Jabatan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang

Disokong Oleh :

_______________________________________ ( TUAN HAJI MAT AKHIR BIN HAJI ABDULLAH) Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang.

Ulasan Pegawai Eksekutif Kanan: 1. Disahkan Peruntukan Mencukupi/Tidak Mencukupi 2. Peraturan Dipatuhi/tidak dipatuhi 3. Permohonan disokong/ tidak disokong

___________________________ ( ENCIK DUBLIN ANAK GUMBANG) Pegawai Eksekutif Kanan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang 5

Diluluskan oleh :

_________________________________ ( EN. RAYMOND GAI PANTING @ GAIE ) Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Rajang.

LAMPIRAN A

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KEMUDAHAN MESIN BASUH LAYAN DIRI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS RAJANG

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG

: TUAN RAYMOND GAI PANTING @ GAIE (Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Rajang)

PENASIHAT

: TUAN HAJI MAT AKHIR BIN HAJI ABDULLAH (Timbalan Pengarah IPG, Kampus Rajang) : ENCIK MAT KAMAL BIN ABDUL MAJID (Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG , Kampus Rajang)

KETUA PENSYARAH PENASIHAT: PUAN ALICE PU TING ANAK KOSIN

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI

: ENCIK MUHAMMAD TAUFIK BIN AWANG

TIMB. PENGERUSI : ENCIK ABG MOHD KASSIM SETIAUSAHA BENDAHARI : PUAN ZAYROYANA BINTI DRAHMAN : PUAN BEJAU ANAK NADING

AHLI JAWATAN KUASA KECIL :

KETUA & PENOLONG KETUA ASRAMA A : -

KETUA & PENOLONG KETUA ASRAMA B: MARWYN WAHYUNI BINTI MANSOR NUR MALIANA SOFEA BINTI UMAR

KETUA & PENOLONG KETUA ASRAMA C: -

KETUA & PENOLONG KETUA ASRAMA G: MERINA ANAK AKIM CALIS ANAK BAYAN

KETUA & PENOLONG KETUA ASRAMA H: JUSNIZA BINTI SPAWI FELECIA KIAI

KETUA & PENOLONG KETUA ASRAMA E: TERRY AK BUNDONG ANAS AMIRUL BIN AHMAD ANNUAR

KETUA & PENOLONG KETUA ASRAMA F : TONY BUDA AK GENDANG NURDEN BIN HAJI KAPRAWI

KETUA & PENOLONG KETUA ASRAMA I : SABTUAMING BIN SULE AMIN SEER

LAMPIRAN B

ANGGARAN BELANJAWAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN MESIN BASUH LAYAN DIRI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS RAJANG

ANGGARAN PERBELANJAAN Pengiraan Penggunaan Elektrik (MESIN BASUH 7-10KG)

1) Penggunaan Elektrik

Katakan penggunaan kuasa elektrik bagi setiap unit adalah 85 Watt sejam. Masa basuhan pula adalah 45 minit dan pengiraan terperinci adalah seperti berikut: = 85W / RM 0.018 - Penggunaan Elektrik setiap basuhan = RM 0.014 1kW = 1000 W = RM 0.218

- Masa basuhan lengkap adalah 45 minit

2) Penggunaan Air

- Basuhan lengkap melibatkan penggunaan air sebanyak

75 liter. : 1 m3 = 1000 liter = RM 0.57 Jadi: 75 liter = RM 0.57 x 75/1000 = RM 0.042 bagi setiap basuhan lengkap. Kesimpulannya jumlah penggunaan Utiliti

- Pengiraan adalah seperti berikut

= RM 0.014 + RM 0.042

= RM 0.056 ( 5.6 sen bagi tiap basuhan lengkap) 9

KESIMPULAN Katakan purata penggunaan maksimum adalah 5 kali basuhan sehari @ 150 kali basuhan dalam sebulan ( 30 hari) = 150 x RM 0.056 = RM 8.40 sebulan

HARGA DAN KOS PEMASANGAN

1. MESIN BASUH ( Beli sendiri) Mesin basuh jenis LG 7KG RM 1600 (TERMASUK KOS PENGHANTARAN BINTANGOR) SEKITAR

2. COIN BOX SET (kotak syiling bermasa)

RM 500 (warranty 1 bulan) Mesin basuh RM 200

3. KOS PEMASANGAN ( Kos pemasangan tidak diperlukan sekiranya staf yang memasang kemudahan ini)

(Wiring+Piping+upah pasang) bagi satu mesin

KESIMPULAN:

- KOS PASANG MESIN BASUH LAYAN DIRI : RM 1600 + RM 500 + RM 200 =RM 2300 Oleh kerana, hanya 3 mesin basuh dipasang bagi permulaan bagi Asrama E, H dan B

3 x RM2300 = RM 6900

10

Вам также может понравиться