Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Terdapat prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dalam pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang didapati dalam keadaan yang baik
Prinsip pemprosesan maklumat
Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu: (i) Ingatan jangka pendek (ii) Ingatan jangka panjang
Proses Ingatan jangka pendek
Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran. Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.
Contoh langkah atau cara penggunaan tapak pembelajaran : Langkah 1 : Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P .
Langkah 2 :
Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :
Langkah 3 : Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.
Langkah keempat: Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:
MINGGU 7 MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.